Sifat 20

*

Author Topic: Sifat 20  (Read 4299 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

peluru

  • *
  • Posts: 369
  • Mujahidin
    • View Profile
26 April, 2009, 11:59:48 AM
  • Publish
  • Assalamu'alaikum...w.b.t,

    Huraian Sifat 20 itu sendiri berdiri dengan dalil-dalil naqal(dalil yang dipetik dari Al-Quran dan Hadith)...Dan kalau tanpa Sifat 20 itu, bagaimana kita nak jawab kepada anak-anak kecil kita akan soalan "Umi, Siapakah Allah itu..??". Bahkan dinasyidkan, Allah Wujud, Qidam, Baqa.. supaya mudah untuk difahami oleh sikecil. Saya tetap tekankan mengimani Sifat 20 adalah PENTING dalam asas Tauhid.
    Jawapan cikgu rahim

    Wa'alaikumsalam w.b.t

    Saya tidak kata mempelajari sifat 20 tidak penting. Saya hanya mengajak ahli-ahli fikrah berfikir tentang metodologi mempelajari tauhid yang dipelupori oleh Sheikh Abu Hassan `Ali Al-Asy'ari dan Sheikh Abu Hassan `Ali Al-Asy'ari. Kaedah mempelajari tauhid ini adalah kaedah yang baru timbul setelah dunia Islam dipengaruhi oleh ilmu kalam.


    Metodologi Al-Qur'an:

    Al Quran dengan kaedahnya tersendiri menjawab persoalan siapa Allah?

        * "Dialah Allah, tiada Tuhan melainkan dia, Yang Mengetahui yang Ghaib
          dan Yang Nyata, Yang Rahman dan Rahim..."

        * Dialah Allah tiada Tuhan melainkan dia, Al Malik, Al Quddus As Salam,Al Mu'min, Al Muhaimin, Al Aziz, Al Jabbar, Al Mutakabbir..."
          (al-Hasyr, ayat akhir)

        * "Katakanlah Dialah Allah Yang maha Esa..."(al ikhlas)

        * "Allah tiada tuhan melainkan dia yang Hayyun Qayyum..."(ayat kursy) dan banyak lagi ayat-ayat Al Quran.


    Metodologi ilmu kalam:

    Sifat Nafsiah iaitu dari zat itu sendiri, bukan sifat yang menumpang pada zat itu. Sifat ini dikatakan Nafsiah kerana tidak menunjukkan makna yang menumpang pada diri zat. Menurut Jumhur Ulama' sifat ini menunjukkan kepada zatnya, bukan menunjukkan kepada perkara yang menumpang pada zat.

    Sifat `Wujud' dikatakan Sifat Nafsiah ertinya, wujud itu bukan merupakan sifat yang menumpang atau menempel pada Zat Allah s.w.t. akan tetapi Zat Allah s.w.t. itu dengan sendirinya kewujudan Allah. Ataupun Zat Allah dengan Wujud Allah tidak dapat dipisahkan.

    Berbeza dengan Sifat Ma'ani seperti Ilmu, kerana sifat ini merupakan sifat yang menempel pada Zat Allah. Ertinya sifat Ilmu itu terpisah dengan Zat Allah. Sebab Allah mengetahui sesuatu dengan Ilmu-Nya, bukan dengan Zat-Nya. Hanya sifat `wujud' sahaja yang termasuk dalam Sifat Nafsiah.

    (petikan dr kitab Al-Misbahul Munir)


    Saya tidak pernah menghalang mempelajari tauhid dengan kaedah sifat 20 dan saya tidak mencela pun. Cumanya janganlah kita menganggap bahawa itulah satu-satu kaedah mempelajari ilmu tauhid. Kebetulannya majoriti kita di Malaysia mempelajari tauhid dengan kaedah ini.
    -hOLla-

    ...seorng hamba ALLAH...tnpa pinjaman dariNYA siapalah aku...
    [img width=610 height=70]http://i87.servimg.com/u/f87/12/77/43/73/selang10.jpg[/img]

    khalifah_04

    • *
    • Posts: 304
      • View Profile
    Reply #1 26 April, 2009, 01:44:38 PM
  • Publish
  • Salam

    Saya tidak menafikan perbicaraan sedara, namun pandangan sedara berkenaan usuluddin mungkin sedikit meleset....

    usuluddin menggunakan wadah akal didalam membicarakan sifat-sifat kesempurnaan bagi Allah....

    wajib akal
    mustahil akal
    harus akal

    ianya suatu ilmu yang di kaji dan bersumberkan alquran dan assunnah sebagai salah satu cara didalam membimbing akal didalam memahami sifat-sifat kesempurnaan bagi Allah

    disebabkan zaman sekarang, sukar sekali untuk memahami alquran tanpa akal yang tidak dibimbing.

    Begini katakanlah orang kafir yang perlu didakwah, jikalau kita terus memberikan ayat alquran sahaja, mana mungkin mereka akan percaya.... Namun bilamana akal mereka telah ditundukkan akan kebenaran kewujudan Allah, dan lain-lain sifat-sifat 20, maka dari situ mereka akan membenarkan kebenaran al quran.....

    beginilah, berkenaan sifat nafsiah, salbiah, maani dan ma'nawiyah itu jikalau difahami tanpa dipelajari memang sukar difahami dan akan membuahkan kasalah fahaman akan maksud sebenarnya. Maka sebaik-baiknya pelajarilah dengan berguru, bukan sekadar menilai dari sebuah buku yang tidak mampu menjawab segala persoalan kita....

    sebagai buku rujukan bagi saya yang jahil bahasa arab ini, maka saya sarankan buku "risalah tauhid" yang menggunakan bahasa yang mudah, dan cari lah guru untuk memahamkannya....

    sekian

    http://www.bicaraaddin.com
    Dari Allah AKu Datang, Kepada Allah AKu Kembali

    humayra_solehah

    • *
    • Posts: 52
      • View Profile
    Reply #2 26 April, 2009, 02:08:16 PM
  • Publish
  • ana tak faham...
    um.. kalau dulu2, ana tanya kat ummi, ummi akan jawab, Allah Pencipta kita, yg buat langit dan bumi, yg Maha Bijaksana mengaturkan alam ini.. dll...

    kaedah2 mane ye? x perasan pun guna cara yg mana dulu2.. (^_^)
    Fill the world with colors, paint it everywhere u go
    Paint everything u see, and tell everyone u know
    Quran will be ur paint and ur brush will be iman
    So fill the world with colors... every color of Islam

    wArDaH iSlAm

    • *
    • Posts: 372
    • hidup penuh dengan perjuangan..
      • View Profile
    Reply #3 26 April, 2009, 06:26:06 PM
  • Publish
  • salam..sekarang nie ana bljar sifat 20 nie dgn nenek..dlu pun ada blajar...nak perhangat balik..kat skolh pun bljar tapi dlm bahasa arab,,
    berkawanlah selagi ada hati..bergembiralah selagi ada teman disisi..berbahagialah selagi ada ibu bapa yang sentiasa menemani..ingat ALLAH sokmo...

    ibnuaruz

    • *
    • Posts: 5
      • View Profile
    Reply #4 26 April, 2009, 08:55:43 PM
  • Publish
  •  :) ada siapa boleh tolong jelaskan, apa kelebihan kitab risalah tauhid & siapa pengarang sebenar pengarang kitab ini.

    khalifah_04

    • *
    • Posts: 304
      • View Profile
    Reply #5 27 April, 2009, 01:06:36 AM
  • Publish
  • sedikit info berkenaan buku risalah tauhid, banyak dah di pasaran, nipis jer bukunyer...

    nak tengok, klik pada link di bawah

    http://www.jahabersa.com.my/tauhid/risalah-tauhid

    ibnuaruz

    • *
    • Posts: 5
      • View Profile
    Reply #6 27 April, 2009, 12:34:20 PM
  • Publish
  • sedikit info berkenaan buku risalah tauhid, banyak dah di pasaran, nipis jer bukunyer...

    nak tengok, klik pada link di bawah

    http://www.jahabersa.com.my/tauhid/risalah-tauhid

    syukran jazilan ya akhli rabbuna yubarik

    zawq

    • *
    • Posts: 362
      • View Profile
    Reply #7 27 April, 2009, 01:20:11 PM
  • Publish
  • usuluddin menggunakan wadah akal didalam membicarakan sifat-sifat kesempurnaan bagi Allah.

    wajib akal
    mustahil akal
    harus akal


    saya pernah melihat mereka yang berbicara tentang sifat 20, dengan berdalil dengan dalil akal tentang perbuatan-perbuatan, serta sifat-sifat allah. justeru, ada sedikit kepincangan.

    berbicara tentang sifat-sifat allah, tanpa pengetahuan yang jelas - (terutamanya tentang sifat ma'nawiyah) iaitu berbicara tentang "keadaan-keadaan" Allah yang berkuasa, hidup, berkata-kata dan sebagainya perlu diawasi. ini kerana bicara seperti ini dengan pengetahuan yang sedikit adalah sesuatu yang dianggap bathil, lagi berdosa.

    oleh itu, saya lebih suka untuk berbicara tentang sifat-sifat makhluk, dari berbicara tentang sifat-sifat Allah (yang mana, manusia diberi ilmu yang sangat-sangat sedikit tentangnya). sekiranya anda mahu berdalil, berdalil-lah dengan apa yang anda lebih arif.

    contohnya: saya ambil kisah seorang hamba allah, dengan seorang majusi.
    si hamba allah itu tadi berdalil tentang api, yang bersifat lemah. sekiranya seorang anak kecil itu menjiruskan air kepada api, sudah tentu api itu padam. sekiranya kamu letakkan cendana, atau sampah ke dalamnya, api itu tidak bisa memilih yang baik untuknya. dan, sekiranya kamu menyembahnya selama 70 tahun lamanya, dia tetap akan membakar dirimu.

    sebagai tambahan, berdalillah tentang perbandingan sifat, antara Khaliq dan makhluk (tetapi, dalam hal ini, bicaralah tentang keterbatasan makhluk, agar kamu melihat keagungan Tuhan mu).

    dakwah nabi dahulu juga melalui perbandingan ini, dan paling penting adalah dakwah melalui akhlak.
    "AKU akan membelimu; masamu; nafasmu; hartamu; dan hidupmu. Habiskan semua itu kepada-KU. Palingkan semua itu kepada-KU. dan Ku-bayar dengan kebebasan, keagungan dan kearifan Ilahiah. Inilah hargamu di mata-KU.

    sAdra Abadi

    • *
    • Posts: 6
      • View Profile
    Reply #8 15 August, 2009, 02:39:17 PM
  • Publish
  • assalamualaikum..
    banyak jln utk kita mengenali Allah SWT dan sy bersetuju dgn pendapat saudari zawq dgn mengatakan perbincangan sifat-sifat Allah melalui akal ader kepincangannya namun pada satu sisi yg lain atau pd aspek yg lain ada pendapat mengatakan kt memerlukan kpd dasar akal utk berhujjah. cth kewujudan Allah sebagaimana yg dihujjahkan oleh Ibnu Sina. hujjahnya seperti ini :
    - setiap wujud sama ada wajib atau mungkin
    - sekiranya wujud itu wajib maka kita sudah mendapat jawapannya
    - dan sekiranya wujud itu mungkin akan terjadi tasassul dan daur
    - dan tasassul dan daur adalah tidak LOGIK
    maka natijahnya wajib wujud itu wajib ada.
    huraian:
    maksud Ibnu Sina ialah...apa yg kt lihat sekarang kewujudan yg ada memerlukan kewujudan yg lain utk ada seperti kewujudan kita melalui proses ibu dan ayah.
     Begitu juga dgn kewujudan yg lain dan kewujudan lain itu tidak kekal.
    Maka Ibnu Sina membahagikan kpd 2 bahagian wujud yg memerlukan wujud yg lain utk wujud
    Ia dinamakan wujud mungkin dan lawan dari wujud mungkin adalah wujud wajib yg tidak memerlukan wujud yg lain utk ada,diistilahkan oleh filusuf wajib wujud itu adalah Tuhan.
    Maka disni Ibnu Sina mencari noktah keberadaan kewujudan itu sendiri...kalu kt mengatakan wujud kt adalh wajib maka tak usah kt mencari noktah dari mana titik permulaan wujud itu dtg tetapi realiti di sebaliknya. Dan realitinya kt memerlukan wujud yg lain utk berada. Dan sekiranya wujud yg lain itu juga mungkin dia juga memerlukan wujud yg lain utk ada cth :
    A memerlukan B
    B memerlukan C
    dan seterusnya, ini tiada kesudahannya maka ia disitilahkan tasassul.
    atau kita katakan
    A memerlukan B
    B memerlukan C
    dan C memerlukan A utk wujud
    maka terjadi yg diistilahkan "daur" (pusingan)
    kedua2nya tadi tidak logik krn akan sampai pd kesimpulan " kamu mendakwa ia ada dan dlm masa sama juga  kamu mendakwa ia tidak ada"

    Natijah dari hujjah di atas..wajib wujud itu wajib ada krn dia tidak memerlukan sesuatu yg lain utk keberadaannya dan semua wujud dtg drpdnya..maka filusuf mengistilahkannya Tuhan.
    Tapi ada kelompok yg tidak menerima pendapat ini.
    walhasil masih banyak metodologi yg kt harus kaji....sebaik2 metodologi adalah metologi Al-Quran.
    sekadar pendapat.....mohon diberi tunjuk ajar lagi

    Saya Hamba

    • *
    • Posts: 1372
      • View Profile
    Reply #9 15 August, 2009, 03:06:25 PM
  • Publish
  • Sejahtera ke atas semua .. Allah sentiasa merahmati dan memberkati kalian

    (3:79)  Tidak wajar bagi seseorg manusia yg Allah berikan kpdnya Al Kitab, hikmah & kenabian, lalu dia berkata kpd manusia: "Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku bukan penyembah Allah." Akan tetapi (dia berkata): "Hendaklah kamu menjadi org2 rabbani , krn kamu selalu mengajarkan Al Kitab & disebabkan kamu tetap mempelajarinya.

    (21:22)  Sekiranya ada di langit & di bumi tuhan-tuhan selain Allah, tentulah keduanya itu telah rusak binasa. Maka Maha Suci Allah yg mempunyai 'Arsy drpd apa yg mrk sifatkan.
    (21:23)  Dia tidak ditanya tentang apa yg diperbuat-Nya & mrklah yg akan ditanyai.

    maaf ...tak salah berbincang ilmiah ... jalan untuk mengenali sedang dilalui ...sedia ada ...setiap langkah kita sekarang lepas dan akan dtg pun di kira ibadah
    Ada pendapat jalan untuk mengenali adalah lebih mudah difahami ada dalam berjalan tu kawallah diri ... mengawal tingkah laku
    bukankan ikut sifat @ akhlak Rasulullah SAW serta para2 Nabi
    Ibnu Sina terkenal dalam ilmu kedoktoran yg memberi manafaat pada masyarat
    apapun2 perbuatan kita eloklah ada manafaat pada org lain sebagai insan contoh
    kat Islam tu fitrah-NYA
    kehendak Allah menjadikan adalah "Sejahtera"
    perhatikan kemahuan kita sendiri
    maaf jika pendapat saya tak menepati tajuk topik nie ... tak dinafikan ilmu itu indah
    tapi kena ingat sedara2 yg mungkin kurang cerdik dari kita ... indah sungguh dunia ciptaan-NYA
    maaf lagi sekali

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    35 Replies
    7531 Views
    Last post 22 July, 2011, 11:03:57 AM
    by Ad-Dien
    3 Replies
    1635 Views
    Last post 13 June, 2010, 09:25:36 PM
    by squad izzuddin
    6 Replies
    3461 Views
    Last post 08 July, 2013, 10:17:01 AM
    by 5zul