Isu Makanan Halal & Haram

*

Author Topic: Isu Makanan Halal & Haram  (Read 23732 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

assiddiq

  • *
  • Posts: 4590
  • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
    • View Profile
25 April, 2009, 02:54:11 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum Wr,

    Ustaz, disini saya ada satu soalan berkenaan dengan tempat2 makan berikut, kebanyakkannya kedai/Restoran "Fast Food".

    Boleh ke tidak kalu kita makan ditempat2 berikut:-

    1. Ayamas.
    2. Chiken Rice Shop.
    3. Daging ayam / lembu di Mc Donald.
    4. Daging ayam / lembu di A & W.

    Kalu hok KFC tu saya sudoh sedia maklum, sebab kedai2 di atas baru lagi terdapat di sekitar bandar kuala Terengganu kita ni, jadi saya nok tahu jugok statusnya macammana.

    Wassalam, Terima Kasih.


    Jawapan:
    1. Kalau boleh elakkan makan ayamas kerana berlaku kekkeliruan pada status halalnya. Pihak jakim kata halal tetapi surat2 dari pekerja ayamas sendiri mengatakan tidak halal kerana proses sembelihannya tidak mengikut syarak dan tukang sembelih terdiri dari warga pendatang yg diragui keislamannya.

    2. Chicken rice shop diragui halalnya kerana dimiliki oleh orang kafir.

    3. Mc Donald milik amerika dan ada hubungan dengan yahudi .

    4. A&W setakat ini masih belum ada bukti tentang haramnya maka kembali kepada hukum harus. Ayam dipermis ini diambil dari pusat sembelihan tempatan.

    wallahua'lam
    « Last Edit: 01 April, 2010, 06:56:36 AM by Ummi Munaliza »
    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    masterbutcher

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Reply #1 26 April, 2009, 01:06:21 AM
  • Publish
  • PEMAKANAN (HALAL & THOYYIB)

    KENAPA KITA PERLU KEPADA MAKANAN HALAL??
    Makanan merupakan keperluan asas dalam kehidupan manusia. Tanpa makanan kesihatan manusia akan terjejas. Makanan dapat membekalkan haba dan tenaga bagi tujuan menjaga serta mengekalkan suhu badan.

    Ia juga berfungsi dalam aktiviti pernafasan dan aliran darah bagi semua kerja otot dalam badan serta terlibat bagi proses penggantian zat dalam badan (metabolisme). Selain itu, umat Islam memerlukan makanan untuk tujuan beribadat kepada Allah SWT.

    Pemakanan dapat di takrifkan sebagai sains yang berkenaan dengan zat, khasiat dan nutrien dalam makanan. Ia merupakan kombinasi satu proses di mana organisma mengambil, menghadam, menyerap, mengangkut, mengguna dan mengkumuh bahan makanan untuk tujuan pembuatan serta membaik pulih komponen dalam badan.

    Aktiviti pemakanan yang baik akan membolehkan seseorang itu mendapat faedah daripada pengambilan sesuatu makanan. Ia dapat mengawal aktiviti organ-organ tubuh badan dengan baik (mata, jantung, peparu dan sebagainya) serta membolehkan seseorang bergerak, berjalan, berlari, bekerja, dan bermain.

    Semua aktiviti ini sangat bergantung kepada jumlah tenaga yang mencukupi. Manakala pemakanan yang optimum pula dapat membekalkan zat makanan yang mencukupi kepada manusia bagi tujuan penjagaan kesihatan, pembentukan organ badan serta akan jarang diserang penyakit. Sementara itu, pemakanan yang buruk pula akan membuatkan zat makanan tidak mencukupi bagi kesihatan manusia.

    Sebagai contoh bayi atau kanak-kanak yang mengalami kekurangan protein akan mengakibatkan pertumbuhannya terbantut. Ia merupakan kombinasi satu proses di mana organisma mengambil, menghadam, menyerap, mengangkut, mengguna dan mengkumuh bahan makanan untuk tujuan pembuatan serta membaik pulih komponen dalam badan.

    Aktiviti pemakanan yang baik akan membolehkan seseorang itu mendapat faedah daripada pengambilan sesuatu makanan. Ia dapat mengawal aktiviti organ-organ tubuh badan dengan baik (mata, jantung, peparu dan sebagainya) serta membolehkan seseorang bergerak, berjalan, berlari, bekerja, dan bermain.

    Semua aktiviti ini sangat bergantung kepada jumlah tenaga yang mencukupi. Manakala pemakanan yang optimum pula dapat membekalkan zat makanan yang mencukupi kepada manusia bagi tujuan penjagaan kesihatan, pembentukan organ badan serta akan jarang diserang penyakit. Sementara itu, pemakanan yang buruk pula akan membuatkan zat makanan tidak mencukupi bagi kesihatan manusia.

    Sebagai contoh bayi atau kanak-kanak yang mengalami kekurangan protein akan mengakibatkan pertumbuhannya terbantut.

    MAKANAN HALAL DAN PENSYARIATANNYA.
    Umat Islam perlu kepada makanan yang halal. Halal bermaksud penggunaan sesuatu makanan atau barangan yang tidak mengandungi perkara-perkara yang ditegah oleh syarak seperti khinzir, anjing, arak dan sebagainya.

    Ia juga mestilah diperoleh daripada sumber rezeki yang halal. Makanan yang halal mestilah baik daripada segala segi kerana sifat bagi sesuatu yang halal itu adalah baik.

    Firman Allah SWT yang bermaksud: "Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik (halalan toyyiba) dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan;

    Kerana Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu" (Surah al-Baqarah, 2:168). Bagi menghuraikan maksud halalan toyyiba dalam ayat di atas, Jalaluddin Muhammad dalam Kitab Tafsir al-Jalalain, menyebut bahawa perkataan toyyiba (baik) itu adalah sifat kepada halal itu sendiri. Maka dapatlah di fahami bahawa setiap makanan yang halal itu mestilah juga baik daripada pelbagai segi samada bahan campurannya, bersih dalam proses penyediaan dan dapat memberi manfaat kepada tubuh badan manusia.

    Selain itu, pensyariatan pemilihan makanan yang halal juga adalah jelas di nyatakan oleh Allah SWT. Terdapat banyak dalil yang menyebut berkaitan dengan hal ini, antaranya ialah:
    "Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah" (Surah al-Baqarah, 2:172).

    "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.

    Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya" (Surah al-Maidah, 5:87-88).

    FALSAFAH PEMAKANAN ISLAM
    Islam merupakan agama yang syumul (menyeluruh). Ia mengajar umatnya dalam segala aspek kehidupan samada di dunia mahupun di akhirat. Dalam hal pemakanan, Islam telah menggariskan beberapa etika yang perlu di amalkan oleh umat manusia seperti berikut:

    Makan Apabila Lapar Dan Berhenti Sebelum Kenyang Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak akan makan kecuali apabila lapar dan apabila kami makan tidak sampai terlalu kenyang”
    (Hadith Riwayat Abu Dawud).

    Memilih Makanan Yang Halal Lagi Baik Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Hak anak ke atas bapa ialah bapa itu hendaklah memberi nama yang elok, mengasuhnya dengan budi pekerti yang baik, mengajarnya menulis, berenang dan memanah.

    Janganlah berikan kepadanya rezeki selain yang baik (halal) dan hendaklah mengahwinkannya apabila telah layak berkahwin"
    (Hadith Riwayat Hakim).

    Membaca Bismillah, Ambil Dengan Tangan Kanan & Makanan Yang Terdekat Sabda Rasulullah SAW: “ Bacalah Bismillah (jika kamu hendak makan), dan makanlah dengan tangan kananmu, dan ambillah makanan yang terdekat”
    (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim).

    Menghormati Orang Lain Diriwayatkan oleh al-Baihaqi, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Jikalau seseorang daripada kamu makan bersama-sama dengan orang ramai dan sudah berasa kenyang, maka janganlah kamu mengangkat tangan (berhenti dahulu), sehingga orang ramai sama berhenti (iaitu berhenti makan bersama-sama), ini kerana jika kamu berhenti dahulu sebelum orang lain, hal itu dapat memalukan kawanmu".

    Tidak Membazir Firman Allah SWT yang bermaksud: " Makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan" (Surah al-A'raaf, 7:31). Maksud berlebih-lebihan di sini ialah janganlah melampaui batas dalam mengambil makanan. Makanan perlu diambil berdasarkan keperluan tubuh badan dan di pastikan ianya adalah halal.

    KENAPA MAKANAN YANG HALAL?
    Persoalan yang mungkin timbul kepada manusia ialah mengapa Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW menyeru agar umat Islam memilih makanan yang halal dalam kehidupan seharian. Sudah tentu adanya hikmah dan kelebihan yang dapat membantu manusia menjalani kehidupan sebagai hamba Allah SWT dengan lebih baik sebagaimana berikut:

    Supaya Doa Dimakbulkan Oleh Allah SWT Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Seorang lelaki bermusafir sehingga rambutnya menjadi kusut dan mukanya di penuhi debu. Dia menadah tangannya dan berdoa kepada Allah sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakainnya haram dan mulutnya disuapi dengan sesuatu yang haram, bagaimana akan diperkenankan pemohonannya?”
    (Hadith Riwayat Muslim, Ahmad & Tirmizi).

    Selamat Daripada Seksaan Api Neraka Saad bin Abi Waqas bertanya kepada Rasulullah SAW: "Wahai Rasulullah, pintalah kepada Allah agar Dia menjadikan doaku mustajab. Jawab Rasulullah SAW: Wahai Saad, jagalah soal makanmu nescaya kau menjadi orang yang makbul doanya. Demi Allah yang nyawa Muhammad dalam tanganNya, jikalau seseorang lelaki memasukkan sesuap makanan haram dalam perutnya, doanya tidak akan diterima selama empat puluh hari. Sesiapa hamba yang dagingnya tumbuh dari makanan haram dan riba maka neraka lebih layak baginya"
    (Hadith Riwayat Ibnu Abbas).

    Amal Ibadat Diterima Oleh Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
    "Barangsiapa yang bersembahyang dengan mengenakan pakaian yang dibeli dengan sepuluh dirham dan satu dirham daripadanya dari sumber yang haram, Allah tidak akan menerima solatnya". Rasulullah SAW bersabda : "Allah itu suci dan Dia tidak akan menerima melainkan yang suci juga"
    (Hadith Riwayat Muslim).

    Membentuk Darah Daging Yang Baik Dalam Badan Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: " Ingatlah bahawa di dalam tubuh badan manusia itu ada sepotong daging, yang apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh tubuhnya, dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuh itu, ingatlah bahawa yang dimaksudkan itu ialah hati"
    (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim).

    Oleh yang demikian, adalah menjadi satu kewajipan dan tanggungjawab umat Islam pada hari ini untuk lebih berhati-hati dan mengambil berat berkaitan pemakanan halal ini. Hendaklah kita sentiasa memastikan bahawa setiap makanan yang diperoleh dan di makan itu adalah halal menurut syariat Allah SWT. Sesungguhnya suruhan Allah SWT ini adalah untuk tujuan dan kebaikan manusia bersama.

    PEMAKANAN UNTUK KEPINTARAN AKAL
    Makanan mempunyai pengaruh yang sangat besar terhadap tubuh badan, jiwa, emosi dan akal. Kalau seseorang tidak memperolehi makanan dalam tempoh yang lama, 20 jam umpamanya, badannya menjadi letih, penat dan lesu. Jiwanya lemah dan pesimis. Otaknya lembab dan kuasa fikirannya menurun. Emosinya terganggu menyebabkan ia menjadi pemurung , perakus dan pemarah. Bila sahaja mendapat makanan, tiba-tiba dia berubah menjadi cergas, cerdas, lincah, bersemangat, riang dan gembira. Begitulah besarnya pengaruh makanan terhadap fizikal, spiritual, mental dan emosi. Pun begitu, terdapat pelbagai jenis makanan. Ada yang cepat memberi kesan terhadap kecergasan otak, ada yang lambat.

    Tugas kita ialah memilih makanan yang terbaik dan memberi kesan terpantas terhadap minda. Makanan terbaik ialah makanan yang halal lagi bersih (Halal & Thoyyib), seimbang, berzat dan berjadual. Makanan seimbang ialah set makanan yang mengandungi kesemua bahan makanan yang diperlukan oleh otak dan tubuh supaya dapat berfunsi dengan sempurna. Ia terdiri dari tujuh kumpulan makanan iaitu protein, karbohidrat, vitamin, lemak, mineral, air dan serat. Tanpa keseimbangan makanan, fungsi sel-sel dalam otak dan organ tubuh badan akan terjejas.

    MAKANAN UNTUK KESIHATAN BADAN DAN KEPINTARAN AKAL
    1)KARBOHIDRAT
    Membekalkan tenaga kepada seluruh badan termasuk otak. Sumbernya ialah nasi, roti, sayur - sayuran, madu, gula, buah-buahan seperti kentang, keledek, pisang dan lain-lain.
    2)PROTEIN
    Ia amat perlu untuk KESIHATAN OTAK KESELURUHANNYA. Berperanan menumbuh, membentuk, membesar dan mengantikan sel-sel yang rosak. Sumbernya ialah susu, daging, ikan, telur, kekacang, tauhu, keju, kacang pis dan lain-lain.
    3)LEMAK
    Membekalkan tenaga kepada badan. Sumbernya ialah mentega, minyak makan, marjerin, lemak binatang dan tumbuhan.
    4)AIR
    Merupakan bahan utama semua benda hidup. Air berfungsi mengeluarkan kekotoran, membersih dan mengalir darah serta zat makan ke seluruh badan. Seterusnya MENGEKALKAN KESIHATAN OTAK. Kita mudah dihinggapi penyakit, gangguan emosi dan gangguan sistem pencernaan sekiranya kekurangan air. Seelok-eloknya minumlah air yg ditapis R.O (Reverse Osmosis) kalau Zam Zam itulah yg terbaik sebanyak 8 gelas sehari. Sebelum tidur, cukupkanlah bilangan air yang perlu diminum.
    5)MINERAL
    Untuk aktiviti saraf dimana otak merupakan teraju utamanya. Sumbernya ialah telur, susu, sayur - sayuran, ulam-ulam dan makanan laut.
    6)VITAMIN
    Semua vitamin A,B,C,D,E dan K diperlukan. Vitamin A
    Menguatkan deria penglihatan dan pendengaran, menguatkan tenaga dan urat saraf serta melicinkan pernafasan. Sumbernya ialah susu, kuning telur, sayur-sayuran, buah-buahan, daging dan ikan. Vitamin B Membantu pembakaran makanan yang lebih efektif untuk kesihatan badan. Sumbernya ialah sayur-sayuran, bijirin, telur, yis, buah-buahan segar, beras dan kacang. Vitamin C Penguat sistem ketahanan badan, meningkatkan kesihatan mata dan kulit, meninggikan daya tumpuan seterusnya mengurangkan khayalan semasa proses pembelajaran. Sumbernya ialah sayur-sayuran dan buah-buahan.
    7)SERAT
    Melicinkan sistem pencernaan dan pembuangan najis. Gangguan pada sistem pencernaan menyebabkan kehilangan daya tumpuan, kelemahan fikiran dan gangguan perasaan. Kesemuanya ini menjejaskan potensi otak dan ingatan. Sumbernya ialah sayur-sayuran dan buah-buahan.

    ZAT-ZAT MAKANAN UNTUK KEKUATAN INGATAN
    Menurut penyelidikan saintifik terkini, terdapat beberapa zat makanan yang dapat membantu meningkatkan kekuatan memori. Bahan -bahan tersebut ialah Choline, Lesithin, Vitamin E, Asid Glutamik, Kalium Fosfat, Magnesium Fosfat dan Silika.

    Choline ialah sejenis asid amino. Boleh diperolehi dari kacang soya, bunga kobis, kacang pistachios, daging, ikan dan telur. Lesithin didapati dari telur merah, kacang soya. Vitamin E terdapat dalam hati, telur ayam, betik, sayuran hijau, sayur taugeh, minyak kelapa sawit dan bijirin seperti jagung, beras, tepung gandum penuh(wholemeal).

    Asid Glutamik terdapat dalam kacang soya terutamanya. Manakala Kalium Fosfat, Magnesium Fosfat dan Silika boleh diperolehi dengan menggunakan ubat-ubatan dari sistem perubatan biokimi.

    Makanan yang menyebabkan Lupa

       1. Banyak makan epal Hijau yang masam.
       2. Banyak makan makanan masam termasuk asam atau jeruk buahan.
       3. Banyak makan bawang besar.
       4. Banyak makan makanan yang mengandungi rempah dan ketumbar kering.
       5. Memakan kepala ikan.
       6. Memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan semut. Semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh melemahkan ingatan.
       7. Makan sehingga terlalu kenyang.
       8. Makan makanan yang disentuh oleh tikus.
       9. Makan makanan yang dijual di warung-warung yang kotor dan terdedah.
      10. Minum minuman yang memabukkan seperti arak dan tuak masam.
      11. Banyak makan makanan yang mengandungi bahan kimia termasuk bahan perasa dan bahan awet.
      12. Umpamanya minuman bergas dan makanan segera (junk food). Bahan kimia di dalamnya boleh menumpulkan fikiran dan daya ingatan seseorang.


    Makan untuk Kesihatan.
    Kembalilah kepada Pemakanan Berfitrah !
    Kesihatan adalah sesuatu yang amat berharga dalam dunia masa kini yang terdedah dengan berbagai ancaman penyakit dan masalah kesihatan.

    Punca utama musibah ini adalah hasil dari gaya hidup yang tidak sihat serta amalan pemakanan yang tidak bijaksana.

    Gaya hidup yang lebih kepada pemuasan nafsu syahwat tanpa batasan (seks rambang) telah melahirkan penyakit Aids yang sehingga kini belum ditemui penyembuh muktamad. Pemilihan pemakanan yang tidak bijaksana akan mendedahkan manusia kepada pengumpulan bahan kimia, toksik, racun di dalam tubuh badan. Malah yang lebih dahsyat, manusia sudah mengamalkan makanan luar tabii dengan menzalimi berbagai jenis haiwan yang bukan tergolong sebagai haiwan yang boleh dimakan. Apakah "SARS" juga turun sebagai "bala" yang disebabkan amalan pemakanan yang zalim ?

    Justeru.....kembalilah kepada pemakanan semulajadi dan berfitrah. Amalkanlah GAYA PEMAKANAN SIHAT..

    TIPS AMALAN PEMAKANAN SIHAT
    Makanlah makanan yang halal dari segi syarak dan punca rezeki yang digunakan untuk membeli makanan.
    Amalkan memulai makan dengan sekurang-kurangnya "BismilLah" dan menyudahi dengan "AlhamdulilLah".

        * Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring.
        * Biasakan rehat makan (puasa Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan perut.
        * Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan/minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan air batu sangat tidak digalakkan.
        * Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol.
        * Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.
        * Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.
        * Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.
        * Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan seperti kurma, betik, pisang dan lain-lain pada awal pagi.
        * (Petua orang dulu-dulu ialah mulai makan/minum benda-benda yang belum bermasak pada awal pagi Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja kasar.
        * Pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin.
        * Biasakan makan makanan/minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protin dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda..

    Sekiranya anda mampu mengamalkan perkara diatas, Alhamdulillah.

    SEKURANG-KURANGNYA ANDA TELAH MENUNAIKAN KEWAJIBAN IAITU MENJAGA KESIHATAN TUBUH BADAN YANG DIKURNIAKAN OLEH ALLAH SWT.
    « Last Edit: 26 April, 2009, 01:57:33 AM by masterbutcher »
    Mustaffa Hj Othman

    Abi Naim

    • *
    • Posts: 275
    • Kejayaan kita hanyalah dalam agama Islam
      • View Profile
    Reply #2 14 June, 2009, 10:25:38 AM
  • Publish
  •  :)
    Agama Islam amat mengambil berat tentang makanan yang dimakan oleh umatnya. Justeru, adalah menjadi kewajiban bagi setiap orang Islam untuk mengambil makanan yang halal lagi baik.

    1. Mengapa Halal?

    Berikut dinyatakan sebab-sebab mengapa kita dituntut untuk makan makanan yang halal.

    a. Perintah Tuhan

    Sebab utama mengapa perlu memakan makanan yang halal ialah kerana memang itu sudah diperintahkan Tuhan kepada kita.

    Di dalam Al-Quran, Allah berfirman maksudnya:
    “Wahai sekalian manusia ! Makanlah daripada apa yang ada di bumi, yang halal yang baik (halalan tayyiban)".
    (Surah al-Baqarah: 168)

    Dalam ayat yang lain, Allah menyatakan:
    “Wahai orang-orang yang beriman ! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu". (Surah al-Baqarah: 172)

    Rasulullah menegaskan juga di dalam sabdanya: “Mencari yang halal adalah fardhu (wajib) bagi setiap orang Islam.” (Riwayat Dailami)


    b. Mengelakkan daripada azab Neraka

    Memakan makanan yang halal boleh mengelakkan seseorang itu daripada ditimpa azab di Akhirat.

    Maksud Hadis: Daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka neraka lebih layak baginya. (Riwayat Thabrani)

    Maksud Hadis: "Tidak akan memasuki syurga daging yang tumbuh daripada yang haram". (Riwayat Ahmad)


    c. Doa makbul

    Orang yang makan makanan halal, doanya makbul berbeza dengan orang yang makan makanan haram, terhijab doanya dengan Tuhan.

    Rasulullah bersabda:
    “Betapa banyaknya orang yang rambutnya kusut-masai, badannya berdebu lantaran terlalu lama dalam pelayaran, makanannya dari yang haram dan pakaiannya dari yang haram, dan perutnya dipenuhi dari yang haram, diangkatkan kedua tangannya seraya berdoa: Wahai Tuhan! Wahai Tuhan! Bagaimana boleh Tuhan mengabulkan doanya.” (Riwayat Muslim)

    Rasulullah bersabda; “Baguskanlah makanan engkau nescaya adalah engkau orang yang diperkenankan permintaan.” (Riwayat Thabrani)


    d. Diterima Amalan

    Memakan makanan yang halal akan menjadi sebab amalan diterima. Sebaliknya makanan yang haram itu, membuatkan amalan kita tidak diterima Tuhan.

    Sabda Rasulullah: “Demi (Allah) yang diri Muhammad ditanganNya, sesungguhnya seorang hamba yang memasukkan sesuap makanan haram ke dalam perutnya, tiada diterima Allah amal darinya empat puluh hari.” (Riwayat Thabrani)


    e. Hati bersih

    Memakan makanan yang halal akan menjadi sebab kepada pembentukan hati seseorang. Ini sepertimana disabdakan oleh Rasulullah: “Hati yang bersih ditempa daripada makanan yang bersih (halal).”


    2. Memakan Makanan Dari Orang Bertaqwa

    Telah dinukilkan oleh Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin, bab Adab Makan, satu hadis bermaksud: “Hendaklah kamu makan daripada makanan orang yang bertaqwa.”

    Hadis ini jelas memberitahu kita bahawa apabila kita hendak makan, sebaiknya kita makan makanan yang disediakan oleh orang yang bertaqwa ataupun orang soleh. Mengapa dianjurkan sebegitu? Ini adalah kerana:

    a. Makanan itu jadi berkat atas kerana tangan orang yang membuatnya itu adalah orang bertaqwa.

    b. Makanan itu sudah pasti halal, kerana tidak mungkin orang bertaqwa itu menyediakan makanan yang haram atau mendapatkan makanan itu daripada sumber yang haram.

    c. Makanan itu disediakan dengan menyebut nama Allah. Kebiasaan orang bertaqwa memulakan pekerjaan dengan menyebut nama Allah. Hadis: “Setiap pekerjaan yang tiada disebut dengan nama Allah, maka hilang berkatnya.”

    Sekian.

    [susunan: mfms]

    Jangan lupa mengguna  produk HPA.Semoga kita sama2 beroleh manfaat. InsyaAllah. Layari: http://www.DuniaHerba.net/mazlan65

    kmsc03

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Reply #3 16 June, 2009, 01:23:13 AM
  • Publish
  • saya bukan org muslim tapi mau anda semua tolong perjelaskan kepada saya makanan halal sebenarnya macam mana
    « Last Edit: 16 June, 2009, 06:10:31 AM by Munaliza Ismail »

    ibnuwalidaini

    • *
    • Posts: 2886
    • .:: StiLL iN JoUrNeY tO kNoW AbOuT LiFe ::.
      • View Profile
    Reply #4 16 June, 2009, 03:57:42 AM
  • Publish
  • saya bukan org muslim tapi mau anda semua tolong perjelaskan kepada saya makanan halal sebenarnya macam mana

    pertamanya terima kasih kerana sudi bersama kami di sini...pada asasnya..makanan yang halal disisi islam ini adalah makanan yang bersih dan suci...selalu la ke sini untuk kita meneruskan lagi perbincangan ini..
    " Semua manusia tahu bagaimana
    hendak bercakap tetapi
    tidak semua orang tahu bila dia
    patut bercakap."

    ibnuwalidaini

    • *
    • Posts: 2886
    • .:: StiLL iN JoUrNeY tO kNoW AbOuT LiFe ::.
      • View Profile
    Reply #5 16 June, 2009, 04:10:03 AM
  • Publish
  • Soalan:

    Apakah yang dimaksudkan dengan halal haram dan makruh dari segi makanan? Di dalam Al-Quran apakah barang-barang makanan halal haram dan makruh serta pandangannya.

    Jawapan:

    i) yang dimaksudkan haram di segi makanan itu ialah memakan makanan yang diharamkan oleh syarak' seperti makanan yang bernajis, bangkai, makanan beracun dan makanan-makanan yang mengandungi bahanbahan yang memabukkan dan menggangu kesihatan tubuh badan.

    ii) Yang dimaksudkan halal dari segi makanan iaitu memakan makanan yang tidak diharamkan oleh syarak' di segi jenis pembuatan dan pengeluarannya.iii) Yang di maksudkan dengan makruh di makan iaitu makanan yang terlekat bau busuknya di mulut, pakaian dan tubuh badan, berdasarkan kepada ayat AI-Quran, suroh Baqarah. ayat 168.
    يأيها الناس كلوا مما في الأرض حلالا طيبا ولا تتبعوا خطوات الشيطان إنه لكم عدو مبين

    Ertinya : Wahai manusia, makanlah dari apa yang ada di bumi Allah ini, yang halal dan baik-baik. Janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang paling nyata. الحديث: إن الحلال بين وإن الحرام بين وبينهما أمور متشبهات...

    Ertinya: Sesungguhnya halal itu terang dan haram juga terang. Di dalam halal dan haram itu ada perkara-perkara yang meragukan di antara kedua-duanya. Dengan yang demikian, semua manusia hendakJah memakan makanan yang ternyata halal dan meninggalkan makanan yang ternyata haramnya dan juga meninggalkan perkara-perkara yang meragukan di antara kedua-duanya.

    Negara asal : Malaysia
    Negeri : Pulau Pinang
    Badan yang mengisu fatwa : Jabatan Hal Ehwal Ugama Pulau Plnang
    Penulis/Ulama : Dato’ Haji Hassan Bin Haji Ahmad ( Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang)
    Tarikh Diisu : Jun 1985

    Nota: Fatwa-Fatwa Yang Telah dikeluarkan Jabatan Hal Ehwal Ugama Islam Pulau Pinang, Tahun 1961-1989

    Nur_Ain

    • *
    • Posts: 228
      • View Profile
    Reply #6 27 July, 2009, 09:18:00 AM
  • Publish
  • [box title=Makanan halal dan haram]Fiqh telah menetapkan makanan yang halāl dan yang harām. Makanan halal boleh dijelaskan dengan sesuatu bahan makanan yang suci dan baik di samping tidak melanggari syariat Islam sewaktu mendapatkan dan menggunakannya. Arak, khinzir serta anjing adalah contoh makanan yang telah ternyata tidak dihalalkan oleh syarak (haram) untuk memakannya. Ini adalah berdasarkan pada peraturan yang ditemui dalam al-Qur'an, kitab suci Islam. Peraturan lain ditambah kepada ini dalam fatwa oleh Mujtahid dengan berbagai peringkat ketegasan, tetapi mereka bukan sentiasa dipegang sebagai berautoritatif oleh semua. Menurut al-Qur'an, satu-satunya fokus yang secara jelas diharamkan adalah daging dari haiwan yang mati sendiri, darah, daging babi, dan haiwan yang didedikasikan selain untuk Tuhan.(Al-Qur'an 5:3).

    Perkara berhubung Halal dan Haram telah diperjelaskan dengan begitu nyata dalam al-Quran. Setiap sumber makanan, sumber pendapatan, bahan keperluan harian dan sebagainya, wajib Halal. Dalam Islam tidak ada istilah ‘Separa Halal’, ‘Separuh Halal’ atau ‘Gred Halal dengan 3 Bintang’ atau sebagainya. Setiap bahan dan sumbernya perlulah 100% Halal malah suci dan baik dan tidak menimbulkan rasa was-was atau keraguan mengenai status Halalnya. Ini adalah kerana setiap sumber yang haram akan menjadi darah daging dan akan menjejaskan amalan, doa dan personaliti dalaman dan luaran seseorang.

    Dalam kita membincangkan konsep Haram, ia bukan sahaja meliputi makanan yang tidak mengandungi khinzir, malah ia meliputi konsep yang lebih luas lagi seperti sumber pendapatan, cara hidup dan lain-lain lagi. Malah haram bagi umat Islam sesuatu barangan atau perkhidmatan itu, jika ia dicari dengan cara seperti mencuri dan menyalahi aturan penggunaannya dalam konsep undang-undang Islam.
    [/box]

    Raidoss

    • *
    • Posts: 103
      • View Profile
    Reply #7 27 July, 2009, 11:47:48 PM
  • Publish
  • Salam. Semua Sahabat Halaqah yang di hormati.


    Ana org baru disini. Salam Perkenalan semua.

    Saya tertarik dengan topik makanan halal ni. Saya amati byk sahabat yg menulis mengenai topik ini hanya menyentuh bab bab
    penerangan atau sekadar membuat statement. Jgn makan brand ini jgn makan itu, boikot produk itu, ini. Hampir tiada yg menulis tentang pernanan MUSLIM itu sendiri dlm mengeluarkan produk produk HALAL ni. Berapa ramai MUSLIM di luar sana yg sanggup mengambil risko MUFLIS sekadar utk menunaikan Fardu Kifayah ini.Hukum wajib kalau takda lagi. Dan berapa pula MUSLIM yg memberi sokongan kpd produk produk Muslim. Kenapa NON MUSLIM berebut rebut nak buat makanan halal ni, kenapa tidak kita. Sampai bila kita nak TIDUR!

    Maafkan saya kalau agak lantang skit. Utk pengetahuan sahabat saya pernah menjadi usahawan produk makanan halal. 

    Wasalam

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4590
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Reply #8 27 July, 2009, 11:49:12 PM
  • Publish
  • Salam. Semua Sahabat Halaqah yang di hormati.


    Ana org baru disini. Salam Perkenalan semua.

    Saya tertarik dengan topik makanan halal ni. Saya amati byk sahabat yg menulis mengenai topik ini hanya menyentuh bab bab
    penerangan atau sekadar membuat statement. Jgn makan brand ini jgn makan itu, boikot produk itu, ini. Hampir tiada yg menulis tentang pernanan MUSLIM itu sendiri dlm mengeluarkan produk produk HALAL ni. Berapa ramai MUSLIM di luar sana yg sanggup mengambil risko MUFLIS sekadar utk menunaikan Fardu Kifayah ini.Hukum wajib kalau takda lagi. Dan berapa pula MUSLIM yg memberi sokongan kpd produk produk Muslim. Kenapa NON MUSLIM berebut rebut nak buat makanan halal ni, kenapa tidak kita. Sampai bila kita nak TIDUR!

    Maafkan saya kalau agak lantang skit. Utk pengetahuan sahabat saya pernah menjadi usahawan produk makanan halal. 

    Wasalam
    Wsalam..Mohon maaf dengan kekurangan kami. Jika kamu tahu maka sama2 lah kongsi pada kami.. terima kasih

    IbnuNafis

    • *
    • Posts: 1281
      • View Profile
    Reply #9 28 July, 2009, 09:07:14 AM
  • Publish
  • Assalamu'alaikum,

    Silakan untuk menyenarai produk Islam
    « Last Edit: 28 July, 2009, 09:09:22 AM by IbnuNafis »

    Raidoss

    • *
    • Posts: 103
      • View Profile
    Reply #10 31 July, 2009, 02:04:40 AM
  • Publish
  • Salam.

    Saya selalu buat andaian begini. Kalau sahabat masuk kedai supermarket/kedai runcit berapa produk muslim yg sahabat bole jumpa? memang ada, tapi tak sampai 5% pun produk buatan muslim. Dari produk makanan hingga bukan makanan. Kalau sahabat pernah pergi MIHAS, berapa ramai muslim produk yg pamerkan di booth booth.sikit skali.

    Perkara yg saya nak berkongsi bersama tentang DILEMA pengusaha produk halal ni adalah support dari consumer/pengguna sendiri dan dimana mereka bole pasarkan.Tak payah sentuh hypermarket & supermarket,mcm mcm kerenah nak kena ikut.Kedai runcit (muslim) tak kisah la apa bangsa pun yg do byk ada kat kawasan kawasan perumahan pun payah nak jual produk produk ni. Alasan yg biasa dok bagi, stok byk lagi la, takda tempat nak letak la & mcm mcm lagi. Bagi saya senang je nak selasai masalah ni, semua terletak kat tangan pengguna. Kalau hari hari dok tanya produk muslim kat diorg, diorg mesti jual punya.

    Satu lagi dilema, tentang harga. Saya nak tanya sahabat semua berapakah nilai harga untuk makanan/produk halalan toyiban ni? 10 sen, 20 sen , RM1, RM100.Cuba tanya sahabat yg pernah pergi blajar/kerja luar negara,yg penduduk muslim minoriti, berapa nilai halal bagi mereka?  produk muslim ni harga nya tak la mahal sgt berbanding produk halal non muslim, adalah beza sekitar 20sen - 50 sen. Isu mcm ni dok berkira sgt. kenapa dok berkira sgt. Kebanyakan mereka ni pengusaha IKS harap maklum la, tentang kos operasi mereka berbanding kilang besar. Kemana perginya Ukhwah kita.

    Tidak kah kita akan di tanya nanti kalau ada kilang saudara muslim kita yg tutup/bankrup kerana takda org yg nak membeli?

    Wasalam

    elzuddin

    • *
    • Posts: 578
    • dunia ini bagai melepaskan ikan di air..??
      • View Profile
    Reply #11 23 August, 2009, 05:07:59 PM
  • Publish
  • "MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU BAGI UMAT ISLAM" Oleh itu belilah makanan dikedai atau restoran yg dimiliki oleh orng muslim....

    nornadiah

    • *
    • Posts: 133
      • View Profile
    Reply #12 12 March, 2010, 11:30:33 AM
  • Publish
  • page di bawah adalah guideline halal food selection
    http://sps.nus.edu.sg/~dewihart/halal%20food%20selection.htm
    Sumbangan;
    CIMB: 01180004462058
    Halaqah Net Services

    http://truecalling87yahoocom.blogspot.com/
    email,YM :true_calling87@yahoo.com

    mohdazri

    • *
    • Posts: 1061
      • View Profile
    Reply #13 12 March, 2010, 12:53:17 PM
  • Publish
  • isu makanan halal ni terlalu besr untuk dibincangkan,kena ada forum dengan pihak-pihak industri makanan di malaysia ni.senarai fast food yang disebutkan tadi ada yang ada sijil halal dan ada yang tidak,saya yakin ada halaqian yang ada pengalaman bekerja dengan syarikat yang mengeluarkan sijil halal ni.ok begini,makanan halal sepatutnya dibuat sendiri oleh orang islam dan mesti mengikut standart ISO1500.kita jangan ingat setiap produk yang dibuat oleh orang islam adalah halal.bagaimana dengan ramuan?bagaimana cara pengendalian?sekiranya pihak berwajib telah mengeluarkan sijil halal maka masyarakat perlu mengiakannya.sekiranya masih was-was sila tinggalkan.usaha buat sendiri fast food tersebut demi umat islam sejagat.soal ketelusan pihak yang mengeluarkan sijil halal itu atas anggungan mereka.mereka telah di pertanggungjawabkan.sama-sama kita menceburkan diri dalam bidang produk halal ini dan supportlah usahawan Muslim.tapi jangan lupa tambahkan ilmu tentang sistem halal.

    stonez145

    • *
    • Posts: 453
    • Hope
      • View Profile
    Reply #14 12 March, 2010, 07:23:50 PM
  • Publish
  • Salam.

    Saya selalu buat andaian begini. Kalau sahabat masuk kedai supermarket/kedai runcit berapa produk muslim yg sahabat bole jumpa? memang ada, tapi tak sampai 5% pun produk buatan muslim. Dari produk makanan hingga bukan makanan. Kalau sahabat pernah pergi MIHAS, berapa ramai muslim produk yg pamerkan di booth booth.sikit skali.

    Perkara yg saya nak berkongsi bersama tentang DILEMA pengusaha produk halal ni adalah support dari consumer/pengguna sendiri dan dimana mereka bole pasarkan.Tak payah sentuh hypermarket & supermarket,mcm mcm kerenah nak kena ikut.Kedai runcit (muslim) tak kisah la apa bangsa pun yg do byk ada kat kawasan kawasan perumahan pun payah nak jual produk produk ni. Alasan yg biasa dok bagi, stok byk lagi la, takda tempat nak letak la & mcm mcm lagi. Bagi saya senang je nak selasai masalah ni, semua terletak kat tangan pengguna. Kalau hari hari dok tanya produk muslim kat diorg, diorg mesti jual punya.

    Satu lagi dilema, tentang harga. Saya nak tanya sahabat semua berapakah nilai harga untuk makanan/produk halalan toyiban ni? 10 sen, 20 sen , RM1, RM100.Cuba tanya sahabat yg pernah pergi blajar/kerja luar negara,yg penduduk muslim minoriti, berapa nilai halal bagi mereka?  produk muslim ni harga nya tak la mahal sgt berbanding produk halal non muslim, adalah beza sekitar 20sen - 50 sen. Isu mcm ni dok berkira sgt. kenapa dok berkira sgt. Kebanyakan mereka ni pengusaha IKS harap maklum la, tentang kos operasi mereka berbanding kilang besar. Kemana perginya Ukhwah kita.

    Tidak kah kita akan di tanya nanti kalau ada kilang saudara muslim kita yg tutup/bankrup kerana takda org yg nak membeli?

    Wasalam

    setahu saya yang baru belajar ni, harga berbeza sebenarnya mengikut kaedah pemprosesan dan bahan yang digunakan...
    lebih mahal,lebih berkualiti dari aspek nutrisi dan pengekalan kandungan asal...lebih murah,lebih rendah kualitinya...
    kedua,bahan penambah yang berisiko(pada aspek kesihatan dan halal) adalah jauh lebih murah dari bahan penambah yang halal dan lebih selamat...
    sebab tu kebanyakkan barang HPA lebih mahal dari produk sebandingnya...

    contoh mudah, minyak canola dan minyak zaitun jauh lebih mahal dari minyak kelapa sawit...
    kerana minyak canola dan zaitun adalah jenis MUFA(monounsaturated fatty acid) yang terbaik dari kalangan kebanyakan jenis asid lemak..
    manakala minyak kelapa sawit malaysia adalah jenis SFA(saturated fatty acid) iaitu yang hampir sama bahaya dengan lemak daging...
    tak sentuh mengenai produk lain yang ada komplikasi halal haram lagi...

    wallahualam...
    « Last Edit: 12 March, 2010, 07:29:45 PM by stonez145 »

    Raidoss

    • *
    • Posts: 103
      • View Profile
    Reply #15 01 April, 2010, 12:35:06 AM
  • Publish
  • Salam semua...

    Harga sesuatu produk itu bergantung kepada banyak faktor: bahan mentah, kos operasi, logistik, pembungkusan dan dll. Contoh yang saudari beri itu harga sememangnya mahal sebab bahan mentah itu sendiri sudah mahal. Dan di malaysia barangan tersebut di import.Belum pernah saya melihat orang mengunakan minyak tersebut untuk kerja kerja mengoreng seharian di rumah. Tidak kisahlah jenama apa pun ia sememangnya mahal.

    Yang menjadi isu harga disini ialah barangan runcit seharian yang biasa kita dok kita guna. Roti, tepung, biskut, mee, bihun, minyak masak dll. Kalau saudari biasa berkawan dengan usawahan yang mengeluarkan produk sebegini perkara "common" yang diluahkan ialah marketing dan harga.Dalam isu harga ini , salah satu faktor dari byk faktor yang menentukan harga ialah jumlah pengeluaran sesuatu produk itu" economy of scale". Besar pengeluaran lebih murahlah harga itu. Hendak mendapat jumlah pengeluaran yang besar bergantung kepada permintaan. Kalau permintaan kurang takkan nak proces banyak banyak. Macam mana hendak mendapat permintaan yang tinggi kalau pengguna muslim tidak menyokongn produk muslim tersebut. kalau tidak barang tu rosak atas rak je lah.

    kepada Isu halal di malaysia banyak berfokus kepada kaedah pemprosesan, pengendalian dan bahan mentah yang digunakan. Memang betul kalau pengusahanya muslim belum tentu halal sebab kebanyakan bahan mentah di perolehi dari al- kafirun. Dan sememangnya kita amat memerlukan sokongan mereka. Apa yang boleh usawahan kita buat ialah memastikan bahan mentah itu bersih dan berkualiti setakat yang mampu.Sebab sebagai orang islam kita bukan mencari dunia semata mata tetapi akhirat juga.

    Jangan kita menyalahkan pihak berkuasa saja, mereka mempunyai pegawai yang terhad, hendak memantau beribu kilang yang ada. Kepada yang berani marilah kita berebut membuat kerja fardhu kifayah dgn menjadi usahawan produk halalan toyibah ini, yang kurang berani supportlah produk keluaran saudara seagama kamu yang berkualiti.


    My Two Cents

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #16 01 April, 2010, 06:59:15 AM
  • Publish

  • Jakim patut perketat syarat sijil, logo halal

    LAPORAN akhbar ini pada 7 Mac lalu menyebut Rang Undang-Undang Akta Halal tidak mensyaratkan status agama Islam bagi pengusaha industri berasaskan makanan dan pelancongan, termasuk restoran dan hotel untuk memperoleh sijil dan logo halal.

    Antara syarat mendapatkan sijil dan logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) adalah premis berkenaan perlu menggunakan khidmat sekurang-kurangnya dua tukang masak Muslim.

    Secara peribadi, saya kurang bersetuju dengan syarat ini. Walaupun tukang masak Muslim digunakan, tidak bererti bahan makanan yang digunakan halal. Mereka hanya pekerja dan jika disuruh meletakkan bahan yang tidak halal, mereka terpaksa akur.

    Tidak ada seorang pun yang tahu kerana pelanggan dikaburi dengan status tukang masak Islam.

    Tidak dinafikan, saya juga akan mengunjungi kedai bukan Bumiputera apabila ada sijil dan logo halal di dinding premis.

    Soalnya, sesetengah pengusaha makanan mungkin benar-benar menggunakan bahan halal.

    Tetapi, sejauh mana kebenaran dan jaminannya? Pada pendapat saya, pengusaha bukan Bumiputera memohon untuk memperoleh sijil dan logo halal untuk melariskan perniagaan mereka.

    Saya fikir pengusaha bukan Islam harus faham dan sedar akibatnya apabila seseorang Muslim makan makanan tidak halal.

    Oleh itu, syarat ini harus ditimbang semula bagi mengelak kemungkinan pelanggan Bumiputera (Islam) terus mengunjungi restoran atau kedai bukan Bumiputera yang mempunyai sijil dan logo halal.

    AFIQAH ABDUL RASHID,
    UiTM, Shah Alam
    .
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    dol_bendol

    • *
    • Posts: 1661
    • http://al-merapu.blogspot.com
      • View Profile
    Reply #17 01 April, 2010, 07:19:32 AM
  • Publish
  • masalah bermula, dengan pengeluaran, cop: Halal Jakim

    sebelum ujud COP Halal, masyarakat di lekakan tentang ILMU yg Islam

    kerana suasana dalam masyarakat, 'makan di luar' 'membeli dari pasaraya besar' menambahkan masalah

    benda yg haram, cthnya, Babi atau khinzir - sepatutnya, siapa nak makan kenalah pelihara sendiri, tetapi telah di komersil kan

    benda yg halal tu pula, senang sahaja patutnya; pertama kena tahu, kedua sediakan sendiri, ketiga, eratkan jamaah islam, nanti masing masing bantu membantu, tolong menolong dalam perkara kebajikan, bab makanan tu kebajikanlah yang menyambungkan kepada kebaikan dalam diri manusia

    jika kita terlalu sibuk berpolitik, sibuk dengan hukum hakam, sedangkan, pendidikannya tidak setanding kehendak yang hendak di capai itu, bisakah berjaya?

    ternyatalah, Malaysia, ada sebuah negara, tempat Permainan dan tipudaya = keduniaan semata

    maka layakkah kita menjaga diri, peribadi, Ingatlah Allaah, elakkan  yang haram , elakkan juga yang syubhat
    jika mahu bertaqwalah

    maksudnya, jangan terlalu mengharap kepada Islam yang di "pejabatkan"

    Islam yang syumul, untuk diri masing masing

    semuga terhindar dari yang HARAM

    anis ashraf

    • *
    • Posts: 36
      • View Profile
    Reply #18 01 April, 2010, 12:39:55 PM
  • Publish
  • sebenarnya halal dan haram itu mengikut tahap ketaqwaan kita...
    jikalau kita percaya dengan logo HALAL JAKIM kita blh go on...
    tetapi jika kita berasa was-was, jauhi benda itu...
    jazakillah...
    “Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa ibu bapaku dan rahmatilah mereka dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku"...

    squad izzuddin

    • *
    • Posts: 560
      • View Profile
    Reply #19 01 April, 2010, 06:45:19 PM
  • Publish
  • Salam. Semua Sahabat Halaqah yang di hormati.


    Ana org baru disini. Salam Perkenalan semua.

    Saya tertarik dengan topik makanan halal ni. Saya amati byk sahabat yg menulis mengenai topik ini hanya menyentuh bab bab
    penerangan atau sekadar membuat statement. Jgn makan brand ini jgn makan itu, boikot produk itu, ini. Hampir tiada yg menulis tentang pernanan MUSLIM itu sendiri dlm mengeluarkan produk produk HALAL ni. Berapa ramai MUSLIM di luar sana yg sanggup mengambil risko MUFLIS sekadar utk menunaikan Fardu Kifayah ini.Hukum wajib kalau takda lagi. Dan berapa pula MUSLIM yg memberi sokongan kpd produk produk Muslim. Kenapa NON MUSLIM berebut rebut nak buat makanan halal ni, kenapa tidak kita. Sampai bila kita nak TIDUR!

    Maafkan saya kalau agak lantang skit. Utk pengetahuan sahabat saya pernah menjadi usahawan produk makanan halal. 

    Wasalam
    salam...
    Info bg penduduk kuantan & area balok...
    Muslim shop di kuantan Nadwah (berhampiran tabung haji ktn)
    muslim shop dibalok Ajwa muslim shop (berhampiran basar balok)
    kedua-dua kedai menjual produk halal buatan muslim.....diulangi muslim....
    sila beri sokongan buat mereka yg berada disekitar kawasan tersebut....

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    DoA & MaKaNaN hArAm

    Started by NoZaBiZz Al-Hadeeth

    1 Replies
    3209 Views
    Last post 30 September, 2009, 10:18:13 PM
    by arjuna
    18 Replies
    5545 Views
    Last post 22 October, 2010, 05:50:57 PM
    by cahaya pencinta
    8 Replies
    2690 Views
    Last post 11 November, 2010, 06:27:44 PM
    by hafiz_addnan