Hakikatnya Aku Tidak Punya Apa-Apa

Author Topic: Hakikatnya Aku Tidak Punya Apa-Apa  (Read 3674 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

kanjeng sunan

  • *
  • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
    • View Profile
22 April, 2009, 10:21:14 PM
HAKIKATNYA AKU TIDAK ADA APA-APA

Tidak ada apa pun yang ada padaku
Engkau suruh aku beribadah, aku pun beribadah
Aku pun beribadah, kemahuanku beribadah adalah kemahuan-Mu
Aku berusaha dan bertenaga ke arah itu semuanya qudrat dan kehendak-Mu
Engkau suruh aku membuat kebaikan
Setakat yang termampu aku membuatnya
Aku membuat setakat yang termampu adalah juga kehendak dan takdir dari-Mu
Tidak ada pun campur tanganku
Segala-galanya dari-Mu, terima kasih Tuhan
Aku patut bersyukur kepada-Mu
Engkau larang aku membuat maksiat
Sejauh yang termampu aku menjauhinya
Gerakan hatiku hendak meninggalkannya bukankah taqdir dari-Mu,
Engkau yang menggerakkan
Setakat yang termampu bukankah juga qadha dan qadar-Mu
Hakikatnya aku tidak ada usaha sekalipun sebesar habuk
Walaupun berusaha itu suruhan-Mu
Kalau begitu kalau ada pun sedikit kebaikan yang aku buat aku tidak boleh berbangga
Sepatutnya aku bersyukur kepada-Mu
Jika kejahatan yang aku buat walaupun hakikatnya dari Engkau juga
Sebagai beradab biarlah aku mengaku bersalah,
memang hamba sifatnya bersalah
Engkau sebenarnya tidak menzalim,
Maha Suci Engkau
Mesti ada hikmah yang tersembunyi yang aku tidak tahu
Aku baik sangka dengan-Mu
Mungkin juga selepas berdosa aku memohon ampun kepada-Mu
Itulah yang Engkau mahu
Aku pun memohon ampun, Engkau pun mengampunkan aku

asz....
TuhAN cInTa aGuNg..

Reply #1 22 April, 2009, 10:29:39 PM
Ya Allah… Lemahnya diri ini…Aku pohon kekuatan daripadaMu Tuntunilah langkah aku biar hanya mampu merangkak….. Itu pasti lebih baik daripada terus rebah dalam kaku… Berikan aku peluang merentasi jalan yang Engkau redhai… Ampunilah kekhilafan semalam Atas kejahilan aku mengenal makna Kasih sayangMu...Ya Rabbal’alamin.

hina,jahil dan jijiknya aku disisi-MU Ya Allah ...

(NuR MuHaMMaD86)
Ya Allah… Lemahnya diri ini…Aku pohon kekuatan daripadaMu Tuntunilah langkah aku biar hanya mampu merangkak….. Itu pasti lebih baik daripada terus rebah dalam kaku.. Ampunilah kekhilafan semalam Atas kejahilan aku mengenal makna Kasih sayangMu..

http://www.sadusikedah.blogspot.com

Reply #2 22 April, 2009, 11:01:48 PM
HAKIKATNYA AKU TIDAK ADA APA-APA

Tidak ada apa pun yang ada padaku
Engkau suruh aku beribadah, aku pun beribadah
Aku pun beribadah, kemahuanku beribadah adalah kemahuan-Mu
Aku berusaha dan bertenaga ke arah itu semuanya qudrat dan kehendak-Mu
Engkau suruh aku membuat kebaikan
Setakat yang termampu aku membuatnya
Aku membuat setakat yang termampu adalah juga kehendak dan takdir dari-Mu
Tidak ada pun campur tanganku
Segala-galanya dari-Mu, terima kasih Tuhan
Aku patut bersyukur kepada-Mu
Engkau larang aku membuat maksiat
Sejauh yang termampu aku menjauhinya
Gerakan hatiku hendak meninggalkannya bukankah taqdir dari-Mu,
Engkau yang menggerakkan
Setakat yang termampu bukankah juga qadha dan qadar-Mu
Hakikatnya aku tidak ada usaha sekalipun sebesar habuk
Walaupun berusaha itu suruhan-Mu
Kalau begitu kalau ada pun sedikit kebaikan yang aku buat aku tidak boleh berbangga
Sepatutnya aku bersyukur kepada-Mu
Jika kejahatan yang aku buat walaupun hakikatnya dari Engkau juga
Sebagai beradab biarlah aku mengaku bersalah,
memang hamba sifatnya bersalah
Engkau sebenarnya tidak menzalim,
Maha Suci Engkau
Mesti ada hikmah yang tersembunyi yang aku tidak tahu
Aku baik sangka dengan-Mu
Mungkin juga selepas berdosa aku memohon ampun kepada-Mu
Itulah yang Engkau mahu
Aku pun memohon ampun, Engkau pun mengampunkan aku

asz....

masyaAllah...segala-galanya daripada MU Ya ALLAH..

imanhilmi

  • *
  • LA DIINA LIMAN LA AQLA LAH
    • View Profile
Reply #3 23 January, 2011, 10:32:31 AM
 :)
Hakikatnya Engkaulah yang maha berkuasa
Maha Hebat...Maha Bijaksana
Hakikatnya Engkau tidak pernah menzalimi aku
akulah yang lemah..lalai...leka dan lupa
akulah yang buruk akhlak.....
akulah yang tercalar iman....
akulah yang yang semakin jahil

Hakikatnya engkau Maha Pengampun
Engkau Maha Penyayang
Engkau Maha Pengasih
akulah yang tak pernah puas
akulah yang tidak pernah cukup
akulah yang tidak pernah bersyukur
akulah yang sering mendustaiMU

Hakikatnya inilah aku....
hambaMU yang tidak upaya
Hakikatnya tanpa RahmatMU
tersadailah aku...
di NerakaMU...

Ampunilah aku....
bimbinglah aku....
kejalan yang Kau redhai...
aku tak takut nerakaNYA..aku tak cari syurgaNYA..yang ku rindu adalah cintaNYA

jaimejoothman

  • *
  • striving for an independent soul
    • View Profile
Reply #4 24 January, 2011, 12:05:42 PM
Qalbu

Iman itu runtuh

Ranap, rapat ke bumi

Kerana lekanya hati

Iman itu susut

Surut tidak bisa ditahan

Hilang dalam keriuhan

Hanya qalbu yang sedar,

Semakin kehilangan.

Merangkak-rangkak

Mencari tangan pautan

Atau rendangnya dahan

Namun redup itu

Tak meneduhkan gundahnya hati

Yang rawan

Kejatuhan iman

Allah bantulah aku

Peliharalah qalbuku

Dari berpaling dari mu

Kerana aku sangat tahu

Tidak sedetik waktu

Berlalu tanpaMu.

by:JJo 24/1/11
A Long Walk Home - http://jaimejoothman.blogspot.com ~ Kerugian & kemiskinan yang paling mengerikan; bahwa surga itu seluas langit & bumi; tapi kita tak beroleh sepijakpun tempat di sana~

Reply #5 24 January, 2011, 12:21:14 PM
saya!!!! dicipta dari air yang hanyir......di-keluarkan dari lobang yang busuk dan asal kejadianku dari tanah yang hitam dan busuk tempatnya pembuangan najis2 binatang.......itu lah saya.... :ins:

Reply #6 24 January, 2011, 12:59:42 PM
Hakikatnya juga,
Ubah diri kita sendiri,
Muhasabahlah diri kita sendiri,
Insyaallah, DIA akan merubahkan kita kearah diri yang lebih baik.
لا إله إلا الله

Reply #7 24 January, 2011, 01:04:01 PM
Neraka dan Syurga itu, hakikatkah, atau hanya ..........................

jika Syurga Neraka itu hakikat, untuk siapa? untuk apa pula?

lalu, jika kamu kata, tak punya apa apa, DIA akan hisab kamu dengan apa?

catatan Perakaunan kamu, setiap diri anak adam, ada dengan Malaikat, yang berserta kalian selalu

barangsiapa mendapat Hidayah Allah, selamatlah dia, tiada siapa yang dapat sesatkan dia

barangsiapa yang disesatkanNYA dengan pilihan sendiri, maka tak ada sesiapa yang dapat hidayahkannya

memilih hidayah, dengan kehendak dari dalam diri - ujudnya kehendak dalam diri, UHUH itulah, pancaindera kalian, apa yang kalin masukkan, rakamkan ke hati kalian.

diujikanNYA dengan HARTA, Anak Pinak, sekiranya, harta dan anak pinak itu MASUK ke hati, tentulah kerugian, kamu rasai

sekiranya, kamu Ingat Kuasa Allah, kamu redha, kamu TENANG tenteram, Maha Suci Allaah, dari Allah aku datang, kepada Allaah aku kembali

bolak balik hati mu?

Ya muqalibal qulub, thabit qalbi ala diiniq ...............

semuga Dunia tidak masuk ke hatimu
itulah hakikatnya, Ujian dan Dugaan dariNya

hakikatnya, Allah yang menciptakan setiap sesuatu

subhanallah

jaimejoothman

  • *
  • striving for an independent soul
    • View Profile
Reply #8 24 January, 2011, 03:47:41 PM

Ya setuju, semoga dunia tak masuk ke hatimu..
bila masuk rosaklah segalanya

"Letakkan dunia ditanganmu agar mudah kau membalingnya jika ia mengganggu, jangan biar ia menyusup ke hatimu, kerana kau tidak akan bisa mengeluarkannya jika ia mengganggumu"

hada_islamic

  • *
  • ~cintailah DIA yang mencintai kita~
    • View Profile
Reply #9 24 January, 2011, 06:16:37 PM
 :)
Quote
Ya setuju, semoga dunia tak masuk ke hatimu..
bila masuk rosaklah segalanya

"Letakkan dunia ditanganmu agar mudah kau membalingnya jika ia mengganggu, jangan biar ia menyusup ke hatimu, kerana kau tidak akan bisa mengeluarkannya jika ia mengganggumu"

hindarilah dari sifat wahan iaitu cintakan dunia takunkan mati..nauzubillah....
mencari redha ALLAH...jadilah insan berguna kepada orang lain

Reply #10 20 February, 2011, 06:13:57 PM
 :)semoga kita sentiasa merasa rendah diri kepada Allah....

imanhilmi

  • *
  • LA DIINA LIMAN LA AQLA LAH
    • View Profile
Reply #11 20 February, 2011, 07:09:51 PM
ISLAM adalah agama yang benar ..hakikat ini menjawab berbagai persoalan manusia.
AL QURAN  berperanan sebagai panduan agung untuk umat islam sebagai pedoman.

Sebagai muslim hendaklah kita mengetahui apakah matlamat sebenar kita diciptakan ke dunia ini.
Apapun status kita di dunia ini, sebenarnya kita ini adalah fakir iaitu tidak memiliki apa apapun
kerana segala yang dimiliki oleh manusia adalah milik ALLAH SWT dan hanya dipinjamkan kepada
kita untuk sementara waktu .Justru ,jika doa yang di pohon tidak dimakbulkan lagi,bersangka
baiklah kepada ALLAH SWT.

ALLAH SWT berfirman dalam Hadis Qudsi:

Maksudnya:"Hai manusia kamu semua berada dalam kesesatan kecuali mereka yang AKU beri taufik
dan hidayah .Oleh itu mintalah hidayah kepadaKU.
Hai manusia kamu semua lapar kecuali mereka yang AKU berikan makanan.Oleh itu mintalah rezeki
daripadaKU.
Hai manusia kamu semua telanjang kecuali mereka yang AKU berikan pakaian. Oleh itu mintalah
pakaian dari padaKU"

Reply #12 20 February, 2011, 08:16:36 PM
:)

But if my life is for rent and I don't lean to buy. Well I deserve nothing more than I get. Cos nothing I have is truly mine

Cause nothing i have....is truly mine..

Allah SWT Maha berkuasa atas sesuatu...Maha Mengadakan sesuatu..Maha Pemurah bagi kita pinjam...Subhanallah...Semoga sentiasa jadi hamba yang bersyukur..insyaAllah..senyum*

Eyda Aam

  • *
  • Wanita solehah adalah sebaik2 perhiasan duniawi
    • View Profile
Reply #13 20 February, 2011, 08:40:14 PM
:)

But if my life is for rent and I don't lean to buy. Well I deserve nothing more than I get. Cos nothing I have is truly mine

Cause nothing i have....is truly mine..

Allah SWT Maha berkuasa atas sesuatu...Maha Mengadakan sesuatu..Maha Pemurah bagi kita pinjam...Subhanallah...Semoga sentiasa jadi hamba yang bersyukur..insyaAllah..senyum*

 couldn't agree with you more.

WE DON'T EVEN OWN OUR OWN LIFE
WE ARE BORROWED

"Ya ALLAH, we are nothing without your help"
ALLAH sentiasa dekat dengan kita.

Delima^Biru

  • *
  • Kembara ku di Kejora Biru
    • View Profile
Reply #14 26 November, 2011, 05:13:24 PM
Aku mana ada apa-apa,
Aku cuma ada IC dan nyawa,
Itupun bukan milik total aku,
Aku amat bersyukur kiranya  dapat memiliki Islam dan Iman yang sempurna.

divider3
halaqahforum4