Hukum Menyentuh Isteri Ketika dalam Wudhu'

*

Author Topic: Hukum Menyentuh Isteri Ketika dalam Wudhu'  (Read 28144 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Ummi Munaliza

  • *
  • Posts: 14513
  • Anniversary Ke 30
    • View Profile
Reply #20 11 September, 2009, 03:26:52 AM
  • Publish
  • Quote
    - Dalam Madzab syafei, khusus  pada saat haji di masjidil haram menyentuh wanita tanpa syahwat tidak membatalkan wudhu (pengecualian).

                      

    PERIHAL WUDUK SEMASA TAWAF


    ( Keputusan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan ke 21 pada 5-7 jun 2005 di Shah Alam )
     
    Bersentuhan lelaki dan perempuan yang halal nikah tanpa lapik batal wuduk
    Rukhsah adalah keringanan yang Allah berikan kepada umat Islam dalam melaksanakan perintah Allah di saat-saat darurah ( terdesak ), masyaqqah ( kesusahan ) atau haajah ( keperluan )
    Azimah pula suatu kemestian melaksanakan perintah Allah dalam apa jua keadaan sekalipun.
    Oleh itu boleh beralih dari pendapat Syafi'e yang masyhur kepada pendapat Syafi'ie yang marjuh iaitu :-
    -    Tidak batal wuduk jika berlaku persentuhan lelaki dan perempuan tanpa syahwat
         
    -    ( Pendapat Ibn Suraij dan Al-Rafi'ie )
    Dalam masyaqqah sahaja ( bermula dari tangga hotel hingga selelai tawaf )
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14513
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #21 11 September, 2009, 04:07:26 AM
  • Publish

  • Fatwa: Bertaqlid Dengan Mazhab Maliki Dalam Perkara Wudhu

    Bertaqlid Dengan Mazhab Maliki Dalam Perkara Wudhu Ketika Mengerjakan Tawaf

    Soalan:
    Bagaimanakah cara berwudhu yang sebaik-baiknya sewaktu melakukan tawaf haji atau umrah bagi mengelakkan berulang-ulang mengambil wudhu kerana keadaan sekeliling Ka’bah yang sentiasa bersesak-sesak dan ramai? Adakah sebarang rukhshah mengenainya atau dibolehkan bertaqlid kepada mazhab lain?

    Jawapan:


    الحمد لله حمدا يوافى نعمه ويكافئ مزيده ، يا ربنا لك الحمد كما ينبغى لجلال وجهك وعظيم سلطانك ، اللهم صل وسلم على سيدنا ومولانا محمد وعلى آل سيدنا محمد صلاة تحيينا بها حياة طيبة ترضاها وتجعلنا بها هداة مهديين غير ضآلين ولا مضلين، وبعد

    Masalah batal wudhu ketika tawaf kerana tersentuh kulit antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah isu yang sering kali ditimbulkan oleh para jemah haji atau umrah. Perkara ini menjadi rungutan sebilangan jemaah khususnya lelaki terutama pada musim haji atau pada bulan ramadhan kerana ia sangat sukar dielakkan.

    Mengikut al-qaul al-azhar dalam mazhab asy-Syafi’e bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan yang tiada hubungan mahram merupakan antara perkara-perkara yang membatalkan wudhu kedua-dua pihak sama ada yang disentuh atau yang menyentuh. Maka sebagai langkah ke arah itu orang yang tawaf hendaklah berusaha supaya tidak menyentuh orang yang boleh membatalkan wudhu, kerana menurut al-qaul al-muqabil li al-azhar wudhu orang yang menyentuh sahaja yang batal sementara orang yang disentuh itu tidak batal wudhunya.

    Maka dalam permasalahan tawaf yang menyebabkan kesulitan kepada para jemaah untuk mengambil wudhu kerana kepadatan yang amat sangat di kawasan tawaf itu, maka bolehlah beramal dengan qaul yang mengatakan tidak batal wudhu orang yang disentuh sebagai jalan masyaqqah atau kesulitan kerana terpaksa mengambil wudhu berulang-ulang kali jika beramal dengan qaul yang azhar.

    Bahkan jika secara amalinya pendapat berkenaan itu pun susah juga untuk diamalkan, maka dalam hal ini adalah diharuskan bagi jemaah bertaqlid dengan mazhab Imam Malik yang mengatakan tidak batal jika bersentuh antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram tanpa diiringi nafsu syahwat.

    Akan tetapi perlu difahami bahawa keharusan bertaqlid dengan mazhab-mazhab lain itu terdapat beberapa syarat yang wajib dipatuhi supaya perkara yang ditaqlidkan itu sah dan boleh damalkan.

    Jika seorang yang bermazhab Syafi’e bertaqlid dengan mazhab Imam Malik, maka terlebih dahulu hendaklah dia mengetahui perkara-perkara yang hendak ditaqlidkan itu. Umpamanya jika bertaqlid dalam perkara tidak membatalkan wudhu jika bersentuhan antara lelaki dan perempuan, maka hendaklah dia mengetahui syarat-syarat sah wudhu dan mengamalkan perkara-perkara wajib dalam wudhu yang terdapat dalam mazhab Imam Malik seperti yang akan dihuraikan kemudian, baharulah bertaqlid dalam perkara yang tidak membatalkan wudhu iaitu dalam perkara bersentuh dengan wanita bukan mahram tanpa syahwat.

    Oleh yang demikian secara terperinci dijelaskan, bagi jemaah yang hendak mengikut mazhab Maliki dalam perkara ini hendaklah dia mengambil wudhu sebagaimana cara berwudhu dalam mazhab Maliki iaitu:
    1. Niat.
    2. Membasuh muka.
    3. Membasuh dua tangan serta dua siku.
    4. Menyapu semua kepala, termasuk lubang (lekuk) tengkuk, kulit di atas dan di belakang dua telinga serta rambut dua pelipis (ekor rambut antara mata dan telinga).
    5. Membasuh dua kaki serta dua buku lali.
    6. Berturut-turut dengan tidak berlengah-lengah pada membasuh satu anggota ke satu anggota wudhu yang dibasuh.
    7. Menggosok atau menyental dengan tapak tangan anggota-anggota wudhu yang dibasuh.
    Perlu diingat, ketika membasuh dan menyapu anggota wudhu hendaklah dilakukan berturut-turut tanpa bertangguh dari satu anggota ke satu anggota yang lain dan menggosok atau menyental dengan tapak tangan setiap anggota wudhu. Perbuatan ini menjadi tuntutan kerana termasuk di dalam fardhu atau rukun wudhu dalam mazhab Maliki.

    Sementara perkara-perkara yang membatalkan wudhu dalam mazhab Maliki adalah seperti berikut:

    1. Keluar sesuatu yang biasa keluar dari qubul (kemaluan) dan dubur, iaitu air kencing, air mazi, air wadi, air mani, air tetuban, darah istihadhah, tahi, dan angin.

    2. Hilang akal dengan sebab gila, pitam, mabuk ataupun dengan sebab tidur yang lena. Antara tanda-tanda tidur yang lena itu ialah orang yang tidur itu tidak lagi mendengar suara di sekelilingnya, mengalir air liur daripada mulutnya ataupun terlepas sesuatu daripada genggamannya.

    3. Apabila seorang yang baligh menyentuh lawan sejenis (antara lelaki dan perempuan) dengan perasaan nikmat (syahwat). Adapun mengucup pada mulut juga membatalkan wudhu walaupun tanpa perasan nikmat.

    4. Apabila seorang lelaki baligh menyentuh kemaluannya dengan tapak tangannya tanpa berlapik. Tetapi tidak membatalkan wudhu seorang perempuan yang menyentuh kemaluannya (farj).

    5. Murtad.

    6. Merasa ragu setelah berwudhu adakah masih suci atau sudah batal.

    Sehubungan dengan ini kita sarankan pihak yang bertanggungjawab dalam urusan haji sewajarnyalah menyampaikan maklumat di atas kepada jemaah haji supaya pengetahuan jemaah tentang bertaqlid dengan mazhab lain dalam masalah wudhu ketika tawaf akan lebih jelas dan sempurna dilakukan mengikut sebagaimana yang dikehendaki dalam mazhab berkenaan. Dengan demikian tidaklah bertaqlid dalam perkara wudhu itu dilakukan dengan sewenang-wenangnya tanpa ilmu yang betul.

    والله أعلم بالصواب

    Negara asal : Brunei darussalam
    Badan yang mengisu fatwa : Jabatan mufti Kerajaan, jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam
    Penulis/Ulama : Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Junid
    « Last Edit: 11 September, 2009, 04:32:21 AM by Ummi Munaliza »

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14513
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #22 11 September, 2009, 04:43:18 PM
  • Publish


  • Sila baca dan fahami dahulu sesuatu ilmu sebelum  mengamalkan. Jangan hanya jadi pak turut, mengamalkan sesuatu tanpa ilmu.

    2ming

    • *
    • Posts: 160
    • Mencari keredhaan Allah S.W.T
      • View Profile
    Reply #23 11 September, 2009, 11:09:24 PM
  • Publish
  • belajar tanpa guru umpama belajar dengan syaitan

    Saya Hamba

    • *
    • Posts: 1375
      • View Profile
    Reply #24 12 September, 2009, 12:35:34 AM
  • Publish
  • belajar tanpa guru umpama belajar dengan syaitan .. Hadis peringatan ... bukan hukuman

    org keluar fatwa pun solat memohon pentunjuk dari Allah, apa2hal tu mohonlah pentunjuk ... tu dipesan belajar tanpa guru

    kalau buat sesuatu tanpa menyebut nama-NYA bagaimana plak ......

    Daeng Acan

    • *
    • Posts: 141
      • View Profile
    Reply #25 12 September, 2009, 11:23:20 AM
  • Publish
  •  :)

    ilmu itu luas pngertiannya..islam itu sanggat unik,dan kte umat "muhammad" yg akhir zaman ini haruslah berusaha dan pelajarilah dgn mendalam lagi ilmu Allah s.w.t dan haruslah kte sentiasa beriman kpdanya..hidup kte ini haruslah kte pandukan dgn Al-quran dan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w...pelajarilah ia dgn bersungguh2..

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14513
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #26 12 September, 2009, 04:33:18 PM
  • Publish

  • Keputusan Muzakarah Haji

    Muzakarah haji yang ke21 telah memutuskan tidak batal wudhu' Mazhab Shafie ketika berada di Tanah Haram Makkah jika bersentuhan lelaki dan perempuan yang halal berkahwin (ajnabi) dengan syarat tidak ada syahwat.

    [warning]
    Keputusan Muzakarah Haji

    Berikut adalah keputusan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali ke 21

    "Pandangan Mazhab Dalam Kes Batal Wudhu' : Pendapat Pilihan Berdasarkan Maslahat Jamaah Haji"

    1. Rukshah adalah keringanan yang Allah berikan kepada umat Islamdalam melaksanakan perintah-perintah Allah di saat-saat ada darurah, masyaqqah atau haajah. Azimah pula ialah suatu kemestian melaksanakan perintah atau hukum Allah dalam apa keadaan sekalipun.

    2. Memilih pendapat selain Mazhab Syafi'ie atau menerima pendapat Marjuh dalam Mazhab Syafi'ie di dalam melaksanakan ibadat boleh dianggapsebagai satu keringanan atau rukhsah.

    3.Dalam isu batal wudhu' ketika mengerjakan tawaf, maslahat jemaah haji dapat dijamin, masy Jaqqah dan haraj mereka seperti kesesakkan ditempat tawaf yang boleh menyebabkan berlaku persentuhan lelaki dan perempuan, ianya dapat dihindarkan dengan beralih dari pendapat  Syafi'ie yang masyhur dan berpegang kepada pendapat marjuh dalam Mazhab Syafi'ie.

    4. Jemaah Haji boleh menggunakan pendapat mengatakan tidak batal wudhu' jika berlaku persentuhan lelaki dan perempuan tanpa syahwat, berdasarkan hal-hal berikut:

    4.1 Ianya adalah pendapat yang paling sederhana
    4.2 Fuqaha Mazhab Syafi'ie pun ada yang berpendapat sedemikian sebagaimana yang disebutoleh Ibn Suraijdan Al-Rafi'ie.
    « Last Edit: 12 September, 2009, 04:35:00 PM by Ummi Munaliza »

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14513
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #27 12 September, 2009, 04:42:26 PM
  • Publish
  • Selama ni pandangan saya tentang hukum menyentuh isteri dalam wudhu adalah batal.

    Dan saya baru terlihat satu video youtube dari Dr Asri mengatakan mulai tahun ni Tabung Haji Istiharkan Tidak batal.
    Ada sesiapa tau berkenaan hal ni? Sebab saya baru je tau bawah video youtube petikan kata2 Ustaz Asri:

    Saya harap voda faham apa yang dimaksudkan tidak batal wudhu' persentuhan lelaki dan perempuan ajnabi yang dinyatakan oleh Tabung Haji. Ianya hanya diberikan keringanan ketika untuk mengerjakan tawaf di musim haji di Masijdil Haram.

    Saya keluarkan petikan Muzakarah Haji yang diberikan kepada semua jemaah haji yang pergi menunaikan haji. Ilmu ini hanya disampaikan untuk jemaah haji yang akan pergi menunaikan haji, sebab itu tidak diajar dalam kelas -kelas pengajian fardhu ain , bimbang orang akan terkeliru.

    iswandi

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Reply #28 24 September, 2009, 09:58:42 AM
  • Publish
  • Assalamualaikum... saya baru di sini dan saya masic basic. A quick one -

    Wuduk batal tak jika:-
    -  beri pelukan kepada anak lelaki yg blum berkhatan inginkan pelukan
    -  dukung bayi dan setelah kemudian ingin mula solat, ada bau muntah. Tapi takde kesan muntah di baju
    - tersentuh istri tapi berlapik dgn kain
    - ke masjid lalu hendak membeli juadah dalam keadaan berwuduk. Berikan wang kepada wanita. Tangan tak disentuh. Hanya hulur kan wang kepada wanita tersebut.

    adakah batal wuduk saya?

    haizam

    • *
    • Posts: 122
      • View Profile
    Reply #29 24 September, 2009, 02:33:14 PM
  • Publish
  • yang mana satu ni.ada yang kata batal ada yang kata tak batal.....

    IbnuNafis

    • *
    • Posts: 1281
      • View Profile
    Reply #30 24 September, 2009, 04:31:34 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum... saya baru di sini dan saya masic basic. A quick one -

    Wuduk batal tak jika:-
    -  beri pelukan kepada anak lelaki yg blum berkhatan inginkan pelukan
    -  dukung bayi dan setelah kemudian ingin mula solat, ada bau muntah. Tapi takde kesan muntah di baju
    - tersentuh istri tapi berlapik dgn kain
    - ke masjid lalu hendak membeli juadah dalam keadaan berwuduk. Berikan wang kepada wanita. Tangan tak disentuh. Hanya hulur kan wang kepada wanita tersebut.

    adakah batal wuduk saya?

    Wa'alaikumussalam warahmatuLlah,

    1. Tidak batal
    2. Tidak batal
    3. Tidak batal
    4. Tidak batal

    Jawapan yang kita ambil dan digunakan dalam permasalahan wudhuk ini ialah. BATAL WUDHUK jika bersentuhan dengan wanita ajnabi dan juga isteri.

    Sila ikuti ETIKA FORUM di portal ini iaitu persoalan soal jawab agama, hendaklah dijawab di dalam MAZHAB SYAFIE kecuali sekiranya ada keperluan untuk dijawab dalam mazhab lain dan juga permasalahan kontemporari. Dalam pada itu kami menghormati mazhab besar 3 yang lain. Tiada persoalan TAKSUB MAZHAB di sini, kerana bila kita kaji dan selidiki semula, apabila di Mekah semasa bertawaf pun kita mengambil mazhab Maliki (bukan kerana talfiq mengikut hawa nafsu atau bermudah-mudah - tetapi atas dasar keperluan/ ataupun mengambil pada pendapat mazhab Syafie yang lemah iaitu tidak batal menyentuh wanita dalam keadaan yang susah untuk dielakkan seperti yang berlaku semasa TAWAF dan ini perlu mengikut tatacara dan syarat-syaratnya) Tetapi ini tidak termasuk pada mereka yang ANTI MAZHAB dan mengikut fahaman Wahhabi Salafi. Harap Maklum.

    « Last Edit: 24 September, 2009, 04:46:40 PM by IbnuNafis »

    white hunter

    • *
    • Posts: 11
      • View Profile
    Reply #31 31 January, 2011, 12:48:38 PM
  • Publish
  • Assalamu'alaikum...
    Saya ingin bertanya, mengikut mazhab Syafie hukum sentuh suami isteri maka terbatal wudhu'
    Manakala mengikut mazhab Hanafi tidak menjadi masalah

    Secara ringkasnya, bolehkah kita berpegang dengan mazhab Hanafi dalam soal ini? Apakah hujahnya?
     Sekian..

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14513
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #32 31 January, 2011, 01:52:36 PM
  • Publish
  • Supaya lebih jelas akan persoalan ini,mohon saudara membaca dan merujuk topik ini  dari awal. Telah dibahaskan bersama dalil pada setiap isunya.

    hafizul_84

    • *
    • Posts: 322
      • View Profile
    Reply #33 14 February, 2011, 04:28:32 PM
  • Publish
  • apakah dalil saudara tentang pembatalan wudhu' ini????saya ada dengar kerana nabi pernah tersentuh kaki aisyah sms nk mendirikan solat dan nabi meneruskan solat tanpa mengambil wudhu' yang baru...apakah pendapat saudara dalam hal ini???

     :)
    -senyum-

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14513
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #34 14 February, 2011, 04:51:51 PM
  • Publish
  • apakah dalil saudara tentang pembatalan wudhu' ini????saya ada dengar kerana nabi pernah tersentuh kaki aisyah sms nk mendirikan solat dan nabi meneruskan solat tanpa mengambil wudhu' yang baru...apakah pendapat saudara dalam hal ini???

    Sepatutnya saudara  bawakan hadith tersebut ke sini untuk kita  bahaskan. Ini juga hadith berkaitan wudhu' dari Sayidina Aisyah RA.


    SENTUHAN SUAMI TERHADAP ISTERI

    Menurut Mazhab Syafi'i suami yang menyentuh isterinya sedang dia berada dalam keadaan berwudhu' hukumnya batal wudhu'.

    عن عاءشة رضي الله عنها قالت : كنت انام بين يدى النبى صلى الله عليه وسلم ورجلاي فى قبلته, فإذا سجد غمزنى فقبضت رجلي

    Maksudnya : daripada Aisyah r.ha. katanya : "Saya pernah tidur di hadapan Nabi s.a.w dan kedua kaki saya terletak di tempat kiblat baginda. Maka bila baginda hendak sujud dia memberi isyarat kepada saya lalu saya tarik kaki saya". (Muttafaqun 'alaih)

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14513
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #35 14 February, 2011, 05:09:55 PM
  • Publish

  • Segala perbahasan mengenai HUKUM Menyentuh isteri berwudhu tidak batal telah diterangkan
    dengan jelas berserta nas dan dalilnya.


    TOPIK DIKUNCI

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    5 Replies
    8064 Views
    Last post 10 February, 2010, 03:17:07 PM
    by cahayalurus
    5 Replies
    2297 Views
    Last post 13 March, 2012, 02:14:03 AM
    by Ace Abbas
    15 Replies
    5402 Views
    Last post 29 July, 2013, 04:13:24 PM
    by Syumaimah