Hukum Menyentuh Isteri Ketika dalam Wudhu'

Author Topic: Hukum Menyentuh Isteri Ketika dalam Wudhu'  (Read 25284 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

abu atiyah

  • *
  • Posts: 387
    • View Profile
31 May, 2007, 08:44:32 AM
  • Publish Di FB
  • CIUMAN DAN WUDHU’

    Di antara contoh kepada keperluan menilai semula pandangan Imam Syafie adalah berhubung dengan persoalan batal atau tidaknya wudhu’ dengan ciuman suami terhadap isteri. Al-Imam asy-Syafie r.h berpendapat bahawa ciuman membatalkan wudhu’. Beliau menolak Hadith Aishah r.ah. daripada Urwah bahawa Nabi s.a.w. mencium sebahagian isterinya, kemudian baginda terus keluar untuk bersolat dan tidak berwudhu’ semula [Sunan at-Tirmidhi 1/133, juga oleh Abu Dawood dan an-Nasaa’ie, lihat al-Muntaqa : 55].

    Selepas meriwayatkan Hadith ini, at-Tirmidhi berkata, “riwayat ini telah dinukilkan daripada bukan hanya seorang ahli ilmu dari kalangan sahabat Nabi s.a.w dan Tabi’een. Ia juga adalah pendapat Sufyan ats-Tsauri, Ahli Kufah, yang mana mereka berpendapat bahawa ciuman tidak menuntut wudhu’ diperbaharui”.

    Namun, Imam asy-Syafie bersama-sama dengan Malik bin Anas, al-‘Auza’ie dan Ishaq, serta sejumlah sahabat Nabi s.a.w dan Tabi’een, berpendapat bahawa ciuman menuntut wudhu’ diperbaharui. Seterusnya at-Tirmidhi menjelaskan bahawa, punca Ahli Hadith menolak riwayat itu ialah kerana kelemahan sanadnya.

    Imam asy-Syafie menghukumkan Hadith tersebut sebagai lemah, kerana di kalangan perawinya terdapat seorang yang bernama Ma’bad bin Nabatah (معبد بن نباتة) yang tidak dikenalinya (majhul). Hadith yang diriwayatkan oleh seorang perawi yang majhul adalah hadith yang dhaif (lemah) dan tidak boleh dijadikan hujah. Oleh yang demikian, hadith ini adalah hadith yang dhaif kepada Imam Syafie dan beliau berijtihad dengan betul, untuk tidak menerima pakai hadith tersebut.

    Hal ini tidaklah memberikan sebarang keaiban terhadap Imam Syafie, hanya disebabkan oleh ketiadaan maklumat beliau terhadap seorang yang bernama Ma’bad bin Nabatah. Malah dari sudut yang lain, ia menyerlahkan kehebatan Imam Syafie yang tahu banyak perkara, dan ketiadaan maklumat hanya tentang perkara sekecil Ma’bad bin Nabatah!

    Imam Syafie membuat penjelasan bahawa, “seandainya terbukti sahih Hadith Ma’bad bin Nabatah di dalam masalah ciuman itu, aku berpendapat tidaklah ciuman malah sentuhan, memerlukan kepada pembaharuan wudhu’” [Bidayah al-Mujtahid oleh Ibn Rushd 1/39]

    Fenomena seperti ini adalah perkara yang biasa kepada mana-mana tokoh Islam. Ia berpunca daripada pelbagai sebab, namun yang paling utamanya adalah soal kesukaran untuk mendapatkan maklumat akibat faktor geografi dan kaedah komunikasi yang terbatas. Walaupun begitu, ulama Islam telah menumpahkan usaha yang amat luar biasa di dalam pengumpulan Hadith dan ilmu-ilmu yang lain meski pun tercabar oleh dua faktor yang disebutkan tadi. Akan tetapi, untuk seorang alim yang sehebat Imam Syafie r.h tidak mempunyai maklumat, khususnya di dalam perkara-perkara yang terpencil seperti salah seorang daripada ribuan perawi, bernama Ma’bad bin Nabatah, ia adalah suatu keadaan yang terlalu normal untuk kita salah ertikan.

    Ternyata Ma’bad bin Nabatah adalah seorang perawi yang tsiqah dan ini dibuktikan melalui maklumat-maklumat yang pelbagai. Misalnya seorang penganalisa teks Islam yang telah membuat komentar terhadap Sunan at-Tirmidhi iaitu asy-Syeikh Ahmad Muhammad Syakir telah menghimpunkan sumber-sumber berhubung dengan Ma’bad bin Nabatah sehingga tiada ruang untuk mengingkari kelayakannya sebagai perawi. Beliau juga telah menjelaskan bahawa di antara tokoh yang meriwayatkan daripada Ma’bad bin Nabatah adalah Ibn ‘Abd al-Birr, Abu Dawood dan al-Baihaqi.
    " Berpuluh tahun kita meninggalkan asal usul kita, demi mencari pengertian sebuah kehidupan. Namun tidak salah untuk kita kembali jatuh cinta pada dunia yang pernah membesarkan kita, dan di sinilah bermulanya kehidupan sebenar "

    kursanie

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Jawab #1 11 March, 2009, 10:48:28 PM
  • Publish Di FB
  •  :)
    Ana ada satu kemusykilan.
    Apakah batal wudhuk suami apabila ia bersentuhan dgn isterinya.
    Contohnya apabila selesai solat berjemaah maka isteri akn mencium tngan suaminya. Adakah wudhuknya terbatal sebab selepas solat berjemaah itu suami ingin pula menunaikan solat sunat.
    Minta tolong para ilmuan sekalian. :ins:
    « Last Edit: 25 September, 2009, 01:47:05 PM by Ummi Munaliza »

    kayrule

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Jawab #2 11 March, 2009, 11:57:27 PM
  • Publish Di FB
  • apakah dalil saudara tentang pembatalan wudhu' ini????saya ada dengar kerana nabi pernah tersentuh kaki aisyah sms nk mendirikan solat dan nabi meneruskan solat tanpa mengambil wudhu' yang baru...apakah pendapat saudara dalam hal ini???

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4596
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Jawab #3 09 April, 2009, 09:21:30 AM
  • Publish Di FB
  • :)
    Ana ada satu kemusykilan.
    Apakah batal wudhuk suami apabila ia bersentuhan dgn isterinya.
    Contohnya apabila selesai solat berjemaah maka isteri akn mencium tngan suaminya. Adakah wudhuknya terbatal sebab selepas solat berjemaah itu suami ingin pula menunaikan solat sunat.
    Minta tolong para ilmuan sekalian. :ins:
    :ws:
    batal la wuduk..
    mereka halal perhubungan je..
    tapi tetap bukan sedarah daging..
    « Last Edit: 09 April, 2009, 09:23:02 AM by assiddiq »
    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    kakisamun

    • *
    • Posts: 187
      • View Profile
    Jawab #4 09 April, 2009, 03:04:39 PM
  • Publish Di FB
  • Quote
    2. Menyentuh perempuan yang halal dinikahi (bukan mahram) dengan syahwat

    ermm.. penerangan yg lebih jelas aku perlukan.. harap kak muna dapat membantu..
    "we support anti zionist movement"

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #5 09 April, 2009, 03:30:06 PM
  • Publish Di FB
  • Quote
    2. Menyentuh perempuan yang halal dinikahi (bukan mahram) dengan syahwat

    ermm.. penerangan yg lebih jelas aku perlukan.. harap kak muna dapat membantu..

    Perkara yang membatalkan wuduk yang saudara kaki samun quote adalah perkara yang membatalkan wuduk menurut mazhab Hambali.

    Menurut mahzab Hambali menyentuh perempuan bukan mahran tanpa sengaja tidak batal wuduk, tetapi sekiranya  semasa tersentuh itu, tiba-tiba lelaki terangsang (naik syahwat) maka batallah wuduknya.

    Begitu juga sebaliknya jika perempuan yang tersentuh lelaki.
    « Last Edit: 09 April, 2009, 03:31:49 PM by Munaliza Ismail »
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    wildan salsabila

    • *
    • Posts: 162
      • View Profile
    Jawab #6 12 April, 2009, 12:43:19 PM
  • Publish Di FB
  • SENTUHAN SUAMI TERHADAP ISTERI

    Menurut Mazhab Syafi'i suami yang menyentuh isterinya sedang dia berada dalam keadaan berwudhu' hukumnya batal wudhu'.


    عن عاءشة رضي الله عنها قالت : كنت انام بين يدى النبى صلى الله عليه وسلم ورجلاي فى قبلته, فإذا سجد غمزنى فقبضت رجلي

    Maksudnya : daripada Aisyah r.ha. katanya : "Saya pernah tidur di hadapan Nabi s.a.w dan kedua kaki saya terletak di tempat kiblat baginda. Maka bila baginda hendak sujud dia memberi isyarat kepada saya lalu saya tarik kaki saya". (Muttafaqun 'alaih)
    ::[Nota Buat Da'ie]::

    ::Apabila kita sendiri sering diuji dengan apa yang kita dakwahkan, itu petanda Allah sdg mendidik kita agar melaksanakan apa yg kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dlm usaha kita mengingatkan manusia

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4596
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Jawab #7 12 April, 2009, 12:51:39 PM
  • Publish Di FB
  • SENTUHAN SUAMI TERHADAP ISTERI

    Menurut Mazhab Syafi'i suami yang menyentuh isterinya sedang dia berada dalam keadaan berwudhu' hukumnya batal wudhu'.


    عن عاءشة رضي الله عنها قالت : كنت انام بين يدى النبى صلى الله عليه وسلم ورجلاي فى قبلته, فإذا سجد غمزنى فقبضت رجلي

    Maksudnya : daripada Aisyah r.ha. katanya : "Saya pernah tidur di hadapan Nabi s.a.w dan kedua kaki saya terletak di tempat kiblat baginda. Maka bila baginda hendak sujud dia memberi isyarat kepada saya lalu saya tarik kaki saya". (Muttafaqun 'alaih)

    oh..jelas sekali..
    terima kasih wildan..
    well done...~
    :senyum:

    zawq

    • *
    • Posts: 363
      • View Profile
    Jawab #8 12 April, 2009, 03:08:16 PM
  • Publish Di FB
  • SENTUHAN SUAMI TERHADAP ISTERI

    Menurut Mazhab Syafi'i suami yang menyentuh isterinya sedang dia berada dalam keadaan berwudhu' hukumnya batal wudhu'.


    عن عاءشة رضي الله عنها قالت : كنت انام بين يدى النبى صلى الله عليه وسلم ورجلاي فى قبلته, فإذا سجد غمزنى فقبضت رجلي

    Maksudnya : daripada Aisyah r.ha. katanya : "Saya pernah tidur di hadapan Nabi s.a.w dan kedua kaki saya terletak di tempat kiblat baginda. Maka bila baginda hendak sujud dia memberi isyarat kepada saya lalu saya tarik kaki saya". (Muttafaqun 'alaih)

    //sekadar pandangan//

    saya melihat dalil yang disebutkan di atas lebih kepada perbuatan yang mengalang seseorang itu dari sujud. ini kerana apabila seseorang itu sujud, maka hendaklah dia mengelak dari sebarang objek, dari berada di hadapannya. sekiranya nabi sujud ketika itu, maka nabi seolah-olah sujud pada kaki Aisyah r.a. 
    oleh yang demikian, nabi telah mengisyaratkan kepada Aisyah agar mengalihkan kakinya.

    berkenaan batalnya wudhu' apabila bersentuhan, ulamak Syafi'i berdalilkan kepada firman Allah Taala :
    "atau jika kamu (lelaki) menyentuh (laamastum) perempuan." (al-Maidah:6)
    mereka menafsirkan laamastum (mulamasah) pada ayat di atas- dengan maksud bersentuhan (al-lams)

    Hanafi pula menafsirkannya dengan jimak, bukan bersentuhan.
    penafsiran mereka ini disokong oleh beberapa hadis riwayat Aisyah, katanya:  Bahawa Rasulullah s.a.w. mencium/kucupnya, sedangkan baginda berpuasa, dan sabdanya: sesungguhnya ciuman tidak membatalkan wudhuk dan tidak membatalkan puasa (Riwayat Ishak bin Rahawiyah dan al-Bazzar)

    ada hadis lain riwayat al-Nasa'i dan Ahmada, juga dari Aisyah, katanya :
    Nabi mencium sebahagian dari isterinya kemudian dia keluar mengerjakan sembahyang, dan tidak berwuduk.

    manakala Maliki menghimpunkan hujah-hujah yang dikemukakan oleh ulamak syafi'i dan hanafi.
    (lihat: Dr Muhamad Bakar Ismail di dalam al-Feqh al-Wadhih minal Kitab was Sunnah, vol 1, hal 62)

    wallahu a'lam

    dan, kepada sesiapa yang ingin berpegang/ bertaklik kepada mazhab lain (maliki, hambali, atau hanafi) dalam hal pembatalan wudhu' ini, ia sama sekali tidak menjadi satu kesalahan.


    [error]
    Ulasan Moderator : Silakan nak mengambil mazhab lain untuk dijadikan pegangan. Tetapi awas, jangan digunakan kemudahan dalam mazhab untuk mengikut nafsu. Ini dinamakan talfiq mengikut hawa nafsu dan hukumnya adalah haram. Sila rujuk pada fatwa Dr Yusof Al Qardhawi mengenai talfiq mengikut nafsu ini.[/error]
    « Last Edit: 24 September, 2009, 04:37:09 PM by IbnuNafis »
    "AKU akan membelimu; masamu; nafasmu; hartamu; dan hidupmu. Habiskan semua itu kepada-KU. Palingkan semua itu kepada-KU. dan Ku-bayar dengan kebebasan, keagungan dan kearifan Ilahiah. Inilah hargamu di mata-KU.

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4596
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Jawab #9 12 April, 2009, 04:53:24 PM
  • Publish Di FB
  • SENTUHAN SUAMI TERHADAP ISTERI

    Menurut Mazhab Syafi'i suami yang menyentuh isterinya sedang dia berada dalam keadaan berwudhu' hukumnya batal wudhu'.


    عن عاءشة رضي الله عنها قالت : كنت انام بين يدى النبى صلى الله عليه وسلم ورجلاي فى قبلته, فإذا سجد غمزنى فقبضت رجلي

    Maksudnya : daripada Aisyah r.ha. katanya : "Saya pernah tidur di hadapan Nabi s.a.w dan kedua kaki saya terletak di tempat kiblat baginda. Maka bila baginda hendak sujud dia memberi isyarat kepada saya lalu saya tarik kaki saya". (Muttafaqun 'alaih)

    //sekadar pandangan//

    saya melihat dalil yang disebutkan di atas lebih kepada perbuatan yang mengalang seseorang itu dari sujud. ini kerana apabila seseorang itu sujud, maka hendaklah dia mengelak dari sebarang objek, dari berada di hadapannya. sekiranya nabi sujud ketika itu, maka nabi seolah-olah sujud pada kaki Aisyah r.a. 
    oleh yang demikian, nabi telah mengisyaratkan kepada Aisyah agar mengalihkan kakinya.

    berkenaan batalnya wudhu' apabila bersentuhan, ulamak Syafi'i berdalilkan kepada firman Allah Taala :
    "atau jika kamu (lelaki) menyentuh (laamastum) perempuan." (al-Maidah:6)
    mereka menafsirkan laamastum (mulamasah) pada ayat di atas- dengan maksud bersentuhan (al-lams)

    Hanafi pula menafsirkannya dengan jimak, bukan bersentuhan.
    penafsiran mereka ini disokong oleh beberapa hadis riwayat Aisyah, katanya:  Bahawa Rasulullah s.a.w. mencium/kucupnya, sedangkan baginda berpuasa, dan sabdanya: sesungguhnya ciuman tidak membatalkan wudhuk dan tidak membatalkan puasa (Riwayat Ishak bin Rahawiyah dan al-Bazzar)

    ada hadis lain riwayat al-Nasa'i dan Ahmada, juga dari Aisyah, katanya :
    Nabi mencium sebahagian dari isterinya kemudian dia keluar mengerjakan sembahyang, dan tidak berwuduk.

    manakala Maliki menghimpunkan hujah-hujah yang dikemukakan oleh ulamak syafi'i dan hanafi.
    (lihat: Dr Muhamad Bakar Ismail di dalam al-Feqh al-Wadhih minal Kitab was Sunnah, vol 1, hal 62)

    wallahu a'lam

    dan, kepada sesiapa yang ingin berpegang/ bertaklik kepada mazhab lain (maliki, hambali, atau hanafi) dalam hal pembatalan wudhu' ini, ia sama sekali tidak menjadi satu kesalahan.


    oh..
    ilmu baru..terima kasih zawq~
    terpaksa saya mengaji banyak bab-bab fekah ni..
    sibuk urusan dunia je skarang..
    berdosa betul..
    allah ya rabbi..

    zombi

    Jawab #10 12 April, 2009, 08:41:25 PM
  • Publish Di FB
  • sekiranya ketika itu saudara sedang berwudhu', dan timbulnya rasa sedemikian, maka lebih baik bagi saudara untuk memperbaharui wudhu'.

    tetapi, sekiranya saudara memang sering mengalaminya, (banyak kali megalami penyakit was-was ini) maka saudara boleh berpegang kepada hadis di bawah.

    dan, sekiranya saudara ketika itu di dalam masjid, janganlah saudara keluar dari masjid sehingga mendengar bunyi, atau mencium baunya.

    Hadis yang ke 66 dari Bulughul Maram yang bermaksud Dari Abi Hurairah RA berkata bahawa Rasul SAW bersabda : "Jika seseorang diantara kamu menemukan sesuatu dalam perut, lalu ia meragukannya, apakah sudah keluar sesuatu itu dari perut atau tidak, maka janganlah sekali-kali keluar dari masjid sehingga ia mendengar suara atau menemukan baunya. (H.R. Muslim)

    Hadis yang 77 dari Bulughul Maram bermaksud : Syaitan datang kepada salah seorang di antara kamu dalam solatnya, lalu meniup dalam pantatnya dan berkhayalkan kepadanya bahawa ia berhadas pada hal ia tidak berhadas. Maka apabila salah seorang daripada kamu menemukan demikian, janganlah berpaling, sehingga mendengar suara atau menemukan bau"(H.R. Al- Bazzar)

    dari 2 hadis di atas jelaslah kepada kita betul-betul yakin keluarnya angin barulah berlakunya hadas. ingatlah was-was itu adalah permainan syaitan. banyakkanlah membaca surah Annas untuk mengubat penyakit was-was.

    sekiranya saudara minum air masak, sudah tentu, tiada sebarang rasa yang tinggal.
    sekiranya, yang diminum itu air oren, atau air sirap, sudah pasti rasanya tertinggal pada lidah. oleh yang demikian, seeloknya bersugi sebelum solat.

    wallahua`lam.

    adakah hadis yang anta pamerkan ini sohih????

    maaf...ana bukan nak menguji....ana hendakkan kebenaran....

    wslm...

    zombi

    Jawab #11 13 April, 2009, 05:56:00 PM
  • Publish Di FB
  • Suami Istri Bersentuhan Setelah Wudlu
    Assalamualaikum Wr. Wb.

    Saya ingin bertanya tentang hukum suami istri yang bersentuhan setelah berwudhu. Sebagian ulama mengatakan wudhu kita batal setelah bersentuhan dengan istri dengan alasan bukan muhrim (satu darah). Padahal, setelah akad nikah Allah menghalalkan suami istri untuk bersentuhan. Saya baca di al-Qur'an banyak ayat yang menyatakan Allah menghalalkan suami istri untuk bergaul.

    Salmi Sarkis


    Jawab:

    Jika mengacu kepada pendapat mazhab-mazhab yang ada, paling tidak ada dua hukum untuk kasus lelaki menyentuh wanita bukan muhrim (termasuk suami-istri) setelah berwudlu. Pertama, tidak membatalkan wudlu jika sentuhan tersebut tidak disertai dengan syahwat. Pendapat ini diikuti oleh Mazhab Hanafi, Maliki, Hanbali (dalam pendapat mereka yang masyhur) dan Imami.

    Pendapat kedua, sentuhan tersebut membatalkan wudlu, disertai syahwat ataupun tidak. Pendapat ini dianut oleh Mazhab Syafi'i dan Dzahiriy.

    Pendapat yang kuat (rajih) adalah pendapat pertama, yang mengatakan bahwa sentuhan pria dan wanita tidak membatalkan wudlu jika tidak disertai rasa syahwat, tetapi jika disertai syahwat maka wudlunya batal. Dasar pendapat ini adalah Rasulullah SAW pernah mencium salah seorang istrinya kemudian melakukan salat tanpa wudlu terlebih dahulu (Sunan Abi Dawud Hadis ke-178 Bab "Wudlu min al-Qublah" dan Sunan Nasai Jilid 1 hal. 104).

    Pernyataan Anda bahwa Allah menghalalkan suami istri untuk bersentuhan adalah benar. Bahkan lebih dari itu, seperti mencium dan berhubungan badan pun dihalalkan. Tetapi tidak berarti hal itu tidak membatalkan wudlu bukan?
    Kita juga halal dan boleh memegang kemaluan kita, tetapi kenapa wudlu menjadi batal karena memegang kemaluan tersebut? Jadi, bukan berarti segala sesuatu yang halal kita sentuh lantas tidak bisa membatalkan wudlu.

    Wa Allahu A'lam

    wudhuk kita akan menjadi batal jika bersentuhan dengan isteri kita...
    dan...kita kene ingat,ade juga beberapa perkara yang kita tidak boleh ikut nabi....contohnya,kita melewatkan berbuka,nabi boleh melewatkan berbuka....so,same juga kita tidak boleh mencium isteri kita dalam keadaan wudhuk,jika kita nak cium boleh,tapi,batallah wudhuk kita...

    wslm...

    zombi

    Jawab #12 13 April, 2009, 06:11:03 PM
  • Publish Di FB

  • wudhuk kita akan menjadi batal jika bersentuhan dengan isteri kita...
    dan...kita kene ingat,ade juga beberapa perkara yang kita tidak boleh ikut nabi....contohnya,kita melewatkan berbuka,nabi boleh melewatkan berbuka....so,same juga kita tidak boleh mencium isteri kita dalam keadaan wudhuk,jika kita nak cium boleh,tapi,batallah wudhuk kita...

    wslm...

    cuba kamu terangkan tentang kenyataan kamu ini...

    kenyataan ana banyak diatas...yang mane satu?

    wslm..

    zombi

    Jawab #13 13 April, 2009, 06:28:03 PM
  • Publish Di FB
  • Yang ini..


    wudhuk kita akan menjadi batal jika bersentuhan dengan isteri kita...
    dan...kita kene ingat,ade juga beberapa perkara yang kita tidak boleh ikut nabi....contohnya,kita melewatkan berbuka,nabi boleh melewatkan berbuka....so,same juga kita tidak boleh mencium isteri kita dalam keadaan wudhuk,jika kita nak cium boleh,tapi,batallah wudhuk kita...

    wslm...

    cuba kamu terangkan tentang kenyataan kamu ini...

    batallah wuduk kita jika bersentuhan dengan isteri kita...tak kira jika kita syahwat ke tak....ianya tetap batal....
    sebab ape die batal....????
    sebab,mereka halal nikah....

    wslm...

    alief

    • *
    • Posts: 80
      • View Profile
    Jawab #14 14 April, 2009, 10:06:04 AM
  • Publish Di FB
  • masih lagi bab suami dan isteri....?

    bagi yg mengikut al-kitab penulisan dan ikutan Imam Syafie [Malaysia] bersentuhan lelaki dan perempuan tanpa alas, hatta suami dan isteri sama ada dengan keinginan syahwat atau tidak, ia membatalkan wudhuk,

    berbeda pula bagi karangan kitab dan ikutan imam-imam besar lain, bersentuhan lelaki atau perembuan tanpa keinginan syahwat ia tidak membatalkan wudhuk.

    sebab itu bila mana orang Malaysia yg rata-rata berpegang kepada amalan imam Syafie, bilamana mau ke Mekkah mnunaikan Haji, kita disarankan bertukar imam [ikutan] imam ya lain selain Syafie, sebab bila tawaf dalam keadaan berasakkan, pasti akan bersentuhan lelaki dan perempuan, sebab lelaki berpakaian ikhram, maka sukar mau tutup anggota kulitnya sepenuh, kebiasaan kakilah yg bersentuh / tangan, sebab bertolakkan.

    jadi terpulanglah kepada individu mau mengamalkan mengikut amalan imam-imam yg disukai, "Ulama' adalah pewaris Nabi, barang siapa yg mengikut ulama' pasti ia mengikut sunnahku [nabi]".............hadis riwayat apa??? tak tau, maaf.......

    « Last Edit: 14 April, 2009, 10:09:18 AM by alief »

    alief

    • *
    • Posts: 80
      • View Profile
    Jawab #15 14 April, 2009, 10:45:58 AM
  • Publish Di FB
  • Rasulullah pernah mencium aisyah lalu terus ke masjid dan bersolat...tanpa mengambil wuduk lain..
    ini membuktikan tidak batal wuduk antara suami istri....
    pelik betul org kita  lepas akad nikah ada pula acara membatalkan wuduk..mana ada batal...
    tak batal bila mana seseorang itu mengikut imam-imam besar selain imam Al-syafie.... tatapi rata-rata Malayu, mengamalkan ikutan cara Imama Syafie, maka batallah wudhuk andai tiada beralas.....

    Istilah membatalkan Wudhuk tu tiada dalam SUNNAH..... dan dilarang kita mengadakan Majlis atau Upacara MEMBATALKAN WUDHUK... kenapa mahu dinamakan...? sesuatu yg baik [sunnah]dibatalkan dengan upacara... apasal tak kata MAjlis / Upacara SARUNG CINCIN je...? nah inilah kata-kata yg boleh merosakkan ibadah dan amalan SUNNAH.

    tetapi kalau ISTERI pakai sarung tangan yg nipis dan si suami menyarungkan cincin tanpa buka sarung tangan diatas jari tersebut, hal ini tiadalah membatalkan wudhuk...tetapi kita pula namakan itu Majlis Membatalkan Wuduk...hal ini tidakkah dimanakan PEMBOHONGAN....? atau memperdayakan...?

    kenapa tak dianakan Majlis / upacara Menyarung Cincin, kan itu lebih molek dan tiada merosakkan ibadah...?
    perihal batal atau tidak, itu terpulanglah kerna mereka kan suami isteri yg sah...!

    « Last Edit: 14 April, 2009, 10:50:50 AM by alief »

    Jawab #16 14 April, 2009, 02:28:51 PM
  • Publish Di FB
  • Assalamua'laikum...

    Whudu' antara suami isteri terbatal sekiranya bersentuhan.

    Jangan salah faham ikatan pernikahan menghalalkan sentuhan antara suami isteri.

    Jadi si suami perlu mengambil whudu' semula...

    harap maklum


    voda

    • *
    • Posts: 68
      • View Profile
    Jawab #17 10 September, 2009, 07:11:47 PM
  • Publish Di FB
  • Selama ni pandangan saya tentang hukum menyentuh isteri dalam wudhu adalah batal.

    Dan saya baru terlihat satu video youtube dari Dr Asri mengatakan mulai tahun ni Tabung Haji Istiharkan Tidak batal.
    Ada sesiapa tau berkenaan hal ni? Sebab saya baru je tau bawah video youtube petikan kata2 Ustaz Asri:

    AIM S15 : S2. Hukum menyentuh isteri apabila berwudhu?


    DAN saya terjumpa source ni kat satu forum ehoza.com...

    Sentuh Perempuan, batal wudhu atau tidak?
    1. Apakah ada hadis atau fatwa atau dalil2 atau yang seangkatan dengannya yang mengatakan bahawa bersentuh kulit suami isteri tidak batal air sembahyang?
    2. Rasulullah pernah mencium ‘Aishah tetapi kemudian terus beribadat. Ada pula satu ketika semasa beliau smbahyang tersentuh kaki ‘Aishah tetapi beliau terus beribadat. Apa komen Ustaz?
    3. Apakah yg dimaksudkan dgn bersentuhan itu, adakah ia bersentuhan dgn telapak tangan atau bersentuhan antara kulit dgn kulit [selain telapak tangan] dan apakah hukumnya air sembahyang itu jika ia bersentuhan kulit dgn kulit tanpa disengajakan antara suami isteri..?
    4. Oleh kerana kita di Malaysia, kita mengikut mazhab Syafii. Tapi, boleh tak kalau saya tak ikut pendapat Mzhab Syafii dalam hal ini. Saya ingin mengikut pendapat Maliki iaitu batal hanya jika berniat syahwat atau mendapat keseronokan. Ini adalah kerana saya rasa pendapat ini lebih praktikal dengan cara hidup saya. Adakah ini sah ???

    so, bolehkah kita memilih mazhab mana yang ingin kita ikuti ?? Mestikah kita kekal selama2nya dlm mazhab Syafii ? Apa perbezaan utama antara mazhab2 Islam?

    Saya harap soalan saya ini tidak menganggu ketenteraman saudara. Saya dahului bantuan saudara dengan ucapan terima kasih.

    Sekian, Wassalam

    jawapan:

    awab:
    assalamualaikum,

    JAWAB 1. Ulamak berbeza pendapat mengenai hukum menyentuh kulit perempaun
    ajnabi (yang halal dinikahi), apakah membatalkan wudhuk?

    Menurut mazhab Syafi’i, hukumnya batal secara mutlak (tanpa syarat).
    Ini termasuk dengan isteri sendiri.

    Mazhab Maliki: Menyentuh kulit perempuan ajanabi membatalkan wudhuk
    jika dengan tujuan `talazzuz’ (berlazat-lazat), atau mendapat
    kelazatan ketika bersentuhan.

    Hanafi: Menyentuh kulit perempuan ajnabi tidak membatalkan secara mutlak, samada dengan tujuan talazzuz atau merasainya ketika bersentuhan.

    Mengapa mereka berselelisih pendapat?

    Ulamak Syafi’i berdalilkan, firman Allah Taala:
    “Atau jika kamu (lelaki) menyentuh (laamastum) perempuan.” (al-Maidah:6)
    Mereka menafsirkan laamastum (mulamasah) pada ayat di atas- dengan maksud bersentuhan (al-lams)

    Hanafi pula menafsirkannya dengan jimak, bukan bersentuhan. Penafsiran mereka ini disokong oleh beberapa hadis riwayat Aisyah, katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w. mencium/kucupnya, sedangkan baginda berpuasa, dan sabdanya: Sesungguhnya ciuman tidak membatalkan wudhuk dan tidak membatalkan puasa (Riwayat Ishak bin Rahawiyah dan al-Bazzar)

    Ada hadis lain riwayat al-Nasa’i dan Ahmada, juga dari Aisyah, katanya:
    Nabi mencium sebahagian dari isterinya kemudian dia keluar mengerjakan sembahyang, dan tidak berwuduk.

    Manakala Maliki menghimpunkan hujah-hujah yang dikemukakan oleh ulamak syafi’i dan hanafi.

    (lihat: Dr Muhamad Bakar Ismail di dalam al-Feqh al-Wadhih minal Kitab was Sunnah, vol 1, hal 62)

    JAWAB 2. Hadis berkenaan adalah bukti bahawa bersentuhan kulit tidak tidak batal. Namun para ulamak syafi’i menolak kehujahan hadis berkucup/cium dengan mengatakan bahawa hadis berkenaan dha’if dan mursal. Manakala hadis bersentuhan kaki aisyah dengan kaki nabi, mereka menolak kehujahan hadis berkenaan dengan mengatakan bahawa:
    1. mungkin ketika itu ada lapik/alas
    2. Atau ia dikhususkan untuk nabi sahaja (tidak batal wuduk).

    Mana satu pendapat yang rajih? Dr Wahbah al-Zuhaili dalam tarjihnya mengatakan bahawa penolakan ulamak syafi’i mengenai hadis menyentuh kaki dengan mengatakan kemungkinan berlapik adalah sengaja
    diada-adakan dan bertentangan dengan realiti yang berlaku. Menurutnya lagi, yang paling rajih ialah pendapat yang mengatakan bahawa menyentuh perempuan ajnabi secara tiba-tiba atau yang tidak dalam
    keadaan bernafsu adalah tidak membatalkan wudhuk. Manakala jika bernafsu, membatalkan wudhuk

    JAWAB 3. Maksud menyentuh ialah bersentuhan kulit dengan kulit. Tidak kira samada dengan telapak tangan atau ataupun anggota lain.

    Hanya dalam mazhab Syafi’I mengecualikan penyentuhan kuku, gigi dan rambut. Mereka berpendapat bahawa anggota itu bukan tempat yang dizhankan syahwat. Oleh itu menyentuh anggota berkenaan tidak batal wuduk.

    Cuma dalam masalah menyentuh zakar/faraj, para ulamak Syafi’I menetapkan sentuhan yang membatalkan wuduk ialah dengan telapak tangan, tidak dengan belakang telapak tangan atau anggota lain.

    Kembali kepada masalah sentuhan yang membatalkan wuduk (selain dari zakar dan faraj):

    Soal: apakah hukumnya air sembahyang itu jika ia bersentuhan kulit dgn kulit tanpa disengajakan antara suami isteri..?

    Jawab: Menurut Syafi’I batal hukumnya. Manakala menurut Hanafi, Hanbali dan Maliki, tidak batal.

    Alasannya telah dikemukakan sebelum ini.

    JAWAB 4. Perkara ini menyangkut masalah taklid dan talfiq. Pembahasan ini telah dibicarakan secara terperinci dan hingga ke dasarnya di dalam ilmu Usul Fiqh. Ilmu ini amat penting bagi mereka yang benar-benar mendalami dasar-dasar pembinaan hukum Islam.

    Taklid ialah: Mengikut pendapat seorang mujtahid tanpa mengetahui sumber dan cara pengambilannya.

    Seperti seseorang itu mengkut pendapat Imam Syafi’I tanpa mengetahui dalilnya atau hujahnya. Orang seperti ini disebut muqallid.

    « Last Edit: 25 September, 2009, 01:43:11 PM by Ummi Munaliza »

    voda

    • *
    • Posts: 68
      • View Profile
    Jawab #18 10 September, 2009, 07:14:56 PM
  • Publish Di FB
  • sbnarnye pnjang lagi huraian.. cume nk tanya kepada yg lebih arif laa bagaimana pndapat???
    leh sapa2 jawab..

    IbnuNafis

    • *
    • Posts: 1294
      • View Profile
    Jawab #19 10 September, 2009, 09:48:25 PM
  • Publish Di FB
  • Persoalan ini adalah khilafiyah,

    Saya yakin orang seperti Dr Maza ini sepatutnya faham tentang waqi' di Malaysia ini mengikut mazhab Syafie dalam banyak perkara ibadah. Tetapi ditimbulkan juga persoalan khilafiyyah entah apa tujuannya.

    Kesan buruk dari apa yang dibawanya kepada orang awam yang tidak mendalami perkara khilafiyyah dan tidak berhati-hati dalam menangani permasalah ini. Ia boleh menimbulkan permusuhan. Saya beri keadaan : Suami yang mengambil dalil bahawa batal menyentuh isteri apabila berwudhuk, manakala isteri pula sebaliknya. Dan kemudian dengan ketidakfahaman serta tiada tolak ansur menimbulkan perkelahian.

    Apatah lagi bagi mereka yang suka-suka ingin bermudah-mudah dalam perkara hukum hakam ini. Iaitu mengambil mana yang mudah dan senang.

    Sekiranya tujuan beliau menerangkan adalah untuk memberi kefahaman dalam perbezaan pendapat ulamak mazhab (saya boleh terima). Tetapi sekiranya untuk menimbulkan kekeliruan. Maka saya tidak setuju.

    Cuba kita lihat dalil dari Ulamak Mujtahid Mazhab Syafie :


    A. Dalil Dalam Al quran


    dalilnya adalah QS Annisa 43, dan QS Al Maidah 6.

    1.  An Nisa(4):43
    Quote
    يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَقۡرَبُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَأَنتُمۡ سُكَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَعۡلَمُواْ مَا تَقُولُونَ وَلَا جُنُبًا إِلَّا عَابِرِى سَبِيلٍ حَتَّىٰ تَغۡتَسِلُواْ‌ۚ وَإِن كُنتُم مَّرۡضَىٰٓ أَوۡ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوۡ جَآءَ أَحَدٌ۬ مِّنكُم مِّنَ ٱلۡغَآٮِٕطِ أَوۡ لَـٰمَسۡتُمُ ٱلنِّسَآءَ فَلَمۡ تَجِدُواْ مَآءً۬ فَتَيَمَّمُواْ صَعِيدً۬ا طَيِّبً۬ا فَٱمۡسَحُواْ بِوُجُوهِكُمۡ وَأَيۡدِيكُمۡ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَفُوًّا غَفُورًا (٤٣)
    Arti An Nisa(4):43 :
    “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu salat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri mesjid) sedang kamu dalam keadaan junub, terkecuali sekedar berlalu saja, hingga kamu mandi. Dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau kembali dari  buang air (al-ghaith) atau kamu telah sentuh-menyentuh perempuan (al-mulamasah), kemudian kamu tidak mendapat air, maka bertayamumlah kamu dengan tanah yang baik (suci); sapulah mukamu dan tanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun.


    Keterangan :


    Lihat bagaimana pentafsiran imam Asy-syafei dalam Kitab Al-Umm  bab wuddlu bagian :
    Quote
     “wudlu dari al mulamasah (sentuh-menyentuh) dan air besar (al ghaith)”

    ….. (An Nisa(4):43 ).

    Maka serupalah bahwa Ia (Allah)  mewajibkannya wudlu dari al- ghaith (air besar atu berak) dan Ia (Allah) mewajibkannya dari sentuh -menyentuh ( al -mulamasah).

    Allah ta’ala menyebutkan al-mulamasah itu bersambaung dengan al- ghaith, sesudah menyebutkan al-janabah (junub). Maka serupalah al-mulamasah bahwa adalah dia itu sentuhan dengan tangan. Dan Pelukan itu bukan al-janabah.

    Dikabarkan kepada kami oleh malik dari ibnu syihab, dari salim bin Abdullah, dari ayahnya, yang mengatakan : “Pelukan lelaki akan isterinya dan menyentuhkannya dengan tangannya itu termasuk al-mulamasah. Mka siapa yang memeluk isterinya atau menyentuhkannya dengan tangannya, maka haruslah ia berwudhu kembali”

    Telah sampai kepada kami dari ibnu mas’ud, yang mendekati dengan makana ucapan ibnu umar : ” Apabila seorang lelaki membawa tangannya kepada isterinya atau sebagahian tubuhnya kepada isterinya, yang tiada berlapik di antara dia dan isterinya, dengan nafsu berahi atau tiada dengan nafsu birahi, niscaya wajiblah ia berwudlu dan juga isterinya berwudlu kembali.

    Demikian juga, kalau  isterinya menyentuhkannya. Maka wajiblah ia berwudlu kembali dan juga isterinya berwudlu kembali. Samalah pada demikian itu semua.

    Artinya :

    Mana saja dari badan keduanya tersentuh kepada yang lain, apabila yang lelaki menyentuh kepada kulit yang wanita atau wanita menyentuh kepada kulit lelaki, dengan sesuatu dari kulitnya.

    Apabila lelaki menyentuh dengan tangannya kepada rambut wanita dan tidak menyentuh kulitnya, maka tidaklah wudlu atas lelaki itu. Adalah ia dengan nafsu birahi atau tidak dengan nafsu birahi, sebagai mana ia bernafsu kepada isterinya dan ia tidak menyentuhkannya. Maka todak wajib ia berwudlu kembali. Tidak ada makana nafsu birahi itu, karena dia itu didalam hati. Hanya baru bermakna, bila dengan perbuatan. Dan rambut itu berbeda dengan kulit.
    Kalau orang itu lebih menjaga, lalu berwudlu kembali apabila ia menyentuh rambut wanita, niscaya adalah yang demikan itu lebih aku sukai (memandangnya sebagai sunat).

    Kalau ia menyentuh dengan tangannya, akan apa yang dikehendakinya di atas badan wanita, dari kain yang tipis, yang belum diapa-apakan lagi atau sudah dipotong atau lainnya atau kain yang tebal tenunannya, dengan pmerasa kelazatan atau tidak ada kelazatan dengan sentuhan itu dan diperbuat juga oleh wanita yang demikian, niscaya tiaaklah wajib atas salah seorang daripada keduanya berwudlu kembali. Karena Masing-masing dari keduanya tidak menyentuh temannya. Hanya ia menyentuh kain temannya.

    Rabi Berkata : “Aku mendengar Asy-syafi’i berkata : “Menyentuh itu dengan tapak tangan. Tidaklah engkau melihat, bahwa Rasulullah SAW melarang dari al-mulamasah?”.

    Berkata Penyair :

    Aku sentuhkan tapak tanganku dengan tapak tangannya.
    Aku mencari kekayaan.
    Aku tidak tahu, bahwa kemurahan dari tapak-tangannya,
    adalah mendatangkan kesakitan.

    Maka tiadalah aku memperoleh faidah daripadanya.
    Dan tiada orang yang kaya itu memberi faidah.
    Ia menjangkitkan penyakit kepadaku.
    Lalu aku menaburkan, yang ada padaku.

    (Kitab Al-umm (kitab induk), Al- imam Asya-syafi’i R.A., Jilid I Halaman 54-55, Penerbit Victory Agencie Kula Lumpur, 1989)

    2. Almaidah (5) ayat 6 :
    Quote
    6    يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ ۚ وَإِنْ كُنْتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا ۚ وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَىٰ أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ مِنْهُ ۚ مَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُمْ مِنْ حَرَجٍ وَلَـٰكِنْ يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ    

    ” Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan shalat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki, dan jika kamu junub maka mandilah, dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air (kakus) atau menyentuh perempuan, lalu kamu tidak memperoleh air, maka bertayamumlah dengan tanah yang baik (bersih); sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu. Allah tidak hendak menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan ni’mat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur…..


    Keterangan Tafsir ayat diatas :

    - ayat itu merupakan dalil bahwa bersentuhan dg kaum nisa mestilah berwudhu atau bertayammum bila tak ada air, cuma para Imam berikhtilaf dalam makna ayat : “jika kalian menyentuh kaum wanita”, :
    Imam syafii berpendapat yg dimaksud menyentuh ini ya menyentuh kulitnya,

    Imam Ahmad bin hanbal berpendapat yg dimaksud adalah “menyentuh” adalah Jimak,
    dan Imam Ahmad bin hanbal berhujjahkan dengan hadits Aisyah ra yg mengatakan bahwa nabi saw mencium diantara istrinya lalu keluar menuju shalat tanpa berwudhu lagi”. (Tapi Hadits ini dhoif, hadis ini didhoifkan oleh Imam Bukhari, dan hadits lainnya yg riwayat Attaimiy adalah mursal, ia telah tertolak untuk dijadikan hujjah.)

    - Imam Syafii tetap berpendapat bahwa bersentuhan itu adalah bersentuhan kulit, dan hadits Aisyah ra itu dhoif dan tak bisa dijadikan dalil, pun bila itu dijadikan dalil maka hal itu adalah kekhususan bagi nabi saw.

    - Imam Ahmad bin hanbal dan Imam malik berpendapat bahwa bersentuhan dg wanita bukan muhrim bila tanpa syahwat tidak batal wudhu dan menjadikan hadits dhoif diatas sebagai sandaran dalil.

    - Imam Abu Hanifah (Imam Hanafi) berpendapat menyentuh wanita tak membatalkan wudhu. (Ibanatul Ahkam Syarh Bulughul Maraam Juz 1 hal 129)

    B. Hadits Rasululloh SAW yang mendukung pendapat imam syafei,
    :


    1) “Dari Ma’qil bin Yasar dari Nabi saw., beliau bersabda:
    Quote
    Sesungguhnya ditusuknya kepala salah seorang diantara kamu dengan jarum besi itu lebih baik daripada ia menyentuh wanita yang tidak halal baginya.”
    (HR. Thabrani dan Baihaqi)

    2) Dari asy-Sya’bi bahwa Nabi saw. ketika membai’at kaum wanita beliau membawa kain selimut bergaris dari Qatar lalu beliau meletakkannya di atas tangan beliau, seraya berkata,
    Quote
    “Aku tidak berjabat dengan wanita.”
    (HR Abu Daud dalam al-Marasil)

    3) Aisyah berkata,
    Quote
    “Maka barangsiapa diantara wanita-wanita beriman itu yang menerima syarat tersebut, Rasulullah saw. berkata kepadanya, “Aku telah membai’atmu – dengan perkataan saja – dan demi Allah tangan beliau sama sekali tidak menyentuh tangan wanita dalam bai’at itu; beliau tidak membai’at mereka melainkan dengan mengucapkan, ‘Aku telah membai’atmu tentang hal itu.’


    4) Dalil yang terkuat dalam pengharaman sentuhan kulit antara laki-laki dan wanita yang bukan mahramnya adalah menutup pintu fitnah (saddudz-dzari’ah), dan alasan ini dapat diterima tanpa ragu-ragu lagi ketika syahwat tergerak, atau karena takut fitnah bila telah tampak tanda-tandanya. Semua pihak, terutama 4 imam besar, mendukung hal ini tanpa penolakan sedikitpun.
    Pada umumnya, yg memegang pendapat ini adalah mazhab Syafei, mazhab Az-Zuhri, ‘Ata’ bin As-Sa’ib, Al-Auza’ie.

    C. Hadits-hadits yang berlawanan dengan hadits diatas dan penjelasannya

    1) Aisyah istri Nabi saw. berkata,
    Quote
    “Saya tidur di depan Rasulullah dengan kedua kakiku berada di arah kiblatnya. Apabila beliau sujud, beliau mendorongku. Lalu, aku menarik kedua kakiku. Apabia beliau berdiri, aku memanjangkan kembali kedua kakiku.” Aisyah menambahkan, “Pada waktu itu tidak ada lampu di rumah.”
    (Hadits dhoif)

    keterangan :
    hadits itu dhoif, dan sebagian pendapat menafsirkan bahwa saat itu Rasul saw menyingkirkan kaki Aisyah ra dengan menyentuh bajunya dan bukan kulit terbuka,

    2) hadits Aisyah ra yg mengatakan bahwa nabi saw mencium diantara istrinya lalu keluar menuju shalat tanpa berwudhu lagi”. (Tapi Hadits ini dhoif, hadis ini didhoifkan oleh Imam Bukhari, dan hadits lainnya yg riwayat Attaimiy adalah mursal, ia telah tertolak untuk dijadikan hujjah.)

    keterangan :

    ada pula yang menshahihkan hadits ini mengatakan bahwa Rasul saw mencium istrinya, tetapi penafsiran para Muhaddits berbeda beda, sebagian pendapat mengatakan itu adalah kekhususan Rasul saw sebagaimana beberapa kekhususan Nabi saw yg boleh menikah hungga 9 istri, karena beliau saw ma;shum, dan tidak diizinkan bagi selain beliau saw,

    pendapat lainnya bahwa hal itu untuk umum, bersentuhan dengan wanita tidak membatalkan wudhu, pendapat lainnya mengatakan bahwa bersentuhan dg syahwat membatalkan wudhu jika tidak maka tidak,. pendapat lain mengatakan bahwa jika menyentuh maka batal, jika disentuh (bukan kemauannya atau tanpa sengaja) maka tidak batal.

    namun Madzhab Syafii mengatakan bersentuhannya pria dan wanita yg bukan muhrimnya dan keduanya dewasa dan sentuhan itu tanpa penghalang berupa kain atau lainnya maka membatalkan wudhu, bersentuhan suami dan istri batal wudhu, demikian dalam madzhab kita.

    D. Catatan

    - jangankan menyentuh wanita yang halal dinikahi (termasuk istri) tanpa ada pembatas… akan membatalkan wudhu, bahkan menyentuh kemaluan (farji) dan dubur sendiri dengan menggunakan bagian depan telapak tangan (yang berwarna putih) tanpa ada pembatas ………juga membatalkan wudhu (kitab fathul qarib, fiqh madzab syafei)


    - juga menyentuh kemaluan/dubur binatang/anak kecil/mayat manusia menggunakan bagian depan telapak tangan (yang berwarna putih) tanpa ada pembatas ………juga membatalkan wudhu (kitab fthul qarib, fiqh madzab syafei).

    - Dalam Madzab syafei, khusus  pada saat haji di masjidil haram menyentuh wanita tanpa syahwat tidak membatalkan wudhu (pengecualian).

    - wanita menyentuh sesama wanita tanpa pembatas, tidak membatalkan wudhu (karena satu jenis) . lelaki menyentuh sesama lelaki tanpa pembatas juga tidak membatalkan wudhu


    wallahu a’lam
    wajib bagi yang belum mujtahid….mengikut pada imam mujtahid

    Abu Haidar

    Alumni Ponpes Darussa’adah – Jl Punawirwan 7 Bandar Lampung – Indonesia
    http://salafytobat.wordpress.com/


    Rujukan :

    - Jawaban Syaikh Habib Munzir Al-Musawa, Majelis Rasulullah http://majelisrasulullah.org/index.php?option=com_simpleboard&Itemid=28&func=view&id=10739&catid=8

    - (Kitab Al-umm (kitab induk), Al- imam Asya-syafi’i R.A., Jilid I Halaman 54-55, Penerbit Victory Agencie Kula Lumpur, 1989)

    - Kitab shahih Bukhari

    - Kitab Shahih Muslim

    - Tafsir jalalain, Beirut

    p/s : Mazhab Syafie amat berhati-hati dalam perkara ibadah, manakala talfiq mengikut hawa nafsu itu jelas haram. Maka kita berhati-hatilah dengannya.

    sumber jawapan saya ambil dari : http://salafytobat.wordpress.com/2008/12/07/dalil-batalnya-wudhu-karena-menyentuh-wanita/
    « Last Edit: 11 September, 2009, 11:28:14 AM by IbnuNafis »

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    5 Replies
    7765 Views
    Last post 10 February, 2010, 03:17:07 PM
    by cahayalurus
    5 Replies
    2110 Views
    Last post 13 March, 2012, 02:14:03 AM
    by Ace Abbas
    15 Replies
    4850 Views
    Last post 29 July, 2013, 04:13:24 PM
    by Syumaimah