Ketika di Padang Mahsyar

*

Author Topic: Ketika di Padang Mahsyar  (Read 10891 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

al-maududi

  • *
  • Posts: 157
  • iluvislam
    • View Profile
20 April, 2009, 09:25:23 PM
  • Publish
  •  :).......
           
          Rasulullah saw bersabda...
    "Tiada keluhan di padang mahsyar melainkan setiap diri
         berkata,"Wahai diriku yang malang,aduhai alangkah malangnya diriku"

    Hari kiamat juga di kenali sebagai Yaumul Jidal iatu hari perdebatan,sebagaimana firman Allah swt....
     
    "(Ingatlah) suatu hari (ketika) tiap-tiap diri berdebat membela dirinya sendiri...."
                                                         surah an-Nahl(16:111)

    Setelah manusia di bangkitkan dari kubur masing2 pada hari kiamat dan di himpunkan
    di padang mahsyar,mereka menghadapi kesulitan dan kesengsaraan disebabkan dosa2 daripada amal
    kejahatan mereka.Mereka saling menyalahkan orang lain yang di dakwa sebagai penyebab berlakunya
    kejahatan dirinya itu.Anak-anak menyalahkan ib bapa kerana membiarkan mereka tanpa bimbingan,rakyat menyalahkan
    pemimpin kerana melibatkan diri mereka dalam pemerintahan yang tidak melaksanakan hukum Islam dan seterusnya......
     
      Apa yang lebih menyedihkan ialah manusia berdebat dan menyalahkan dirinya sendiri kerana tidak
    melakukan ketaatan kepada ALLAH swt,sedangkan ALLAH swt telah menyediakan segala kemudahan hidup
    di dunia,serta di utuskan para rasul untuk memimpin mereka ke jalan yang benar.Namun segala kemurahan ALLAH swt
    itu tidak pernah di hargai,sebaliknya mereka menurutkan kehendak hawa nafsu yang sentiasa mendesak manusia supaya
    merasa indah dan lazat terhadap segala kejahatan yang di lakukan.......

      Renungkanlah wahai sahabat2 sekalian....
     
    kitab bertemu janji ALLAH.......(Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat)
    "Yang ku harapkan adalah
      rahmat dan keredhaan ALLAH swt"
    Kejayaan yang sebenarnya adalah berada di dalam syurga ALLAH swt.....

    asrar_syamim

    • *
    • Posts: 222
    • jaDlah Wnita yG d ibaratkn sKuntum MAwaR brDuri..
      • View Profile
    Reply #1 03 May, 2009, 01:30:46 PM
  • Publish
  • Panas terik di muka bumi pun tidak sanggup manusia hadapi.
    Apatah lagi bila di padang mahsyar nanti...

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4596
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Reply #2 03 May, 2009, 03:19:57 PM
  • Publish
  • Panas terik di muka bumi pun tidak sanggup manusia hadapi.
    Apatah lagi bila di padang mahsyar nanti...

    dengar cite..kat padang arafah memiliki antara ciri2 padang masyar ni..
    betul ke?
    salah tolong betulkan~
    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    peluru

    • *
    • Posts: 369
    • Mujahidin
      • View Profile
    Reply #3 21 September, 2009, 03:32:05 PM
  • Publish


  • 1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.


    2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya.Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini? Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya. Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa. Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.


    3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.


    4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.


    5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.


    6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.


    7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.


    8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta'ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.


    9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.


    10. Terdapat satu kolam kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.


    11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:


    1. Pemimpin yang adil.

    2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

    3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.

    4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

    5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

    6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

    7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


    12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta'ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.


    13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta'ala. Lalu diperkenankan doa baginda.


    14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.


    15. 'Arasy  ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.


    16. Kursi  iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.


    17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.


    18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.


    19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.


    20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.


    21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.


    22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.


    23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.


    24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.


    25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.


    26. Syafaat Nabi Muhammad s.a.w. di akhirat :

    a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

    b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

    c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

    Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta'ala.

    27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.


    28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.


    29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.


    30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


    Rujukan:

    Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.



    -hOLla-

    ...seorng hamba ALLAH...tnpa pinjaman dariNYA siapalah aku...
    [img width=610 height=70]http://i87.servimg.com/u/f87/12/77/43/73/selang10.jpg[/img]

    muridin

    • *
    • Posts: 199
    • Kenal diri Nyata-Nyata , Baru Kenal Yang Maha Esa
      • View Profile
    Reply #4 02 July, 2010, 06:51:55 PM
  • Publish
  • Salam ...
    Allahumma Solli 'ala Saiyidina Muhammadinin Nabiyil Ummiyyi Wa 'ala Alihi Wasohbihi Wasallim

    Yupp ..

    Hasyar merupakan antara bahagian persoalan di dalam Tauhid pada persoalan Sam'iyyat
    yakni Maut,  Seksaan Kubur , Persoalan Mungkar Naqir .. Ma'ad dan seterusnya ..
    padanya Hasyar - Wajib ke atas setiap mukallaf mempercayai iaitu dihidupkan seluruh makhluk
    setelah mati dan kemudiannya dihimpunkan di Padang Mahsyar

    FirmanNya
    " Dan (ingatlah) akan hari (yang ketika itu) Kami perjalankan gunung-gunung dan kamu akan dapat melihat bumi itu datar dan Kami kumpulkan seluruh manusia, dan tidak kami tinggalkan seorangpun dari mereka.  ( al kahfi ayat 47 )

    Maka berterusanlah akan hal keadaan  makhluknya ... melewati Alam Masyar ini
    pada Hisab Mizan Sirat Al Mustaqim Syafaat Syurga Neraka

    Mudah2an ..
    Allahumma Amin ..ya Lathiff

      
    « Last Edit: 02 July, 2010, 06:58:45 PM by muridin »
    Ayam Serama Ditangkap Lepas,  Dikejar Lari si Anak Penghulu,
    Selagi Hidup Berdalilkan Nafas,  Turun Naiknya Beserta Allahu.

    5zul

    • *
    • Posts: 3025
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Reply #5 02 July, 2010, 07:00:47 PM
  • Publish
  • 50-[44]
    Pada hari bumi terbelah-belah untuk mereka segera keluar (daripadanya). Perbuatan (menghidupkan dan) menghimpunkan mereka di Padang Mahsyar itu, mudah bagi Kami melaksanakannya.
    50-[45]
    Kami lebih mengetahui apa yang mereka katakan (dari berbagai tuduhan terhadapmu wahai Muhammad), dan engkau bukanlah seorang yang berkuasa memaksa mereka (supaya masing-masing beriman). Oleh itu, berilah peringatan dengan Al-Quran ini kepada orang yang takutkan janji azabKu.

    ~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14525
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #6 19 January, 2011, 06:40:15 PM
  • Publish
  • " jagalah waktu hidupmu sebelum datang masa matimu"
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #7 19 January, 2011, 08:24:46 PM
  • Publish
  • kenapa ada subjek Perakaunan

    untuk mendidik manusia menjadi warga yang ada akauntabiliti

    oh yeah

    Muslim, accountable terhadap dirinya, sebelum tidur, kamu maafkanlah semua makhluk Allah selain kamu, semuga kamu mendapat kebaikan dunia dan akhirat

    beramanahlah

    ADIL lah, jangan berat sebelah, jangan pilih kasih, berlaku adil lah, dan amanahlah, serta jujurlah, kebaikannya ke atas dirimu juga

    Inshallah lah,

    sonidoter89

    • *
    • Posts: 622
    • ipraytobeclosedtoyouandonthatdayi'llseeyousmile!
      • View Profile
    Reply #8 20 January, 2011, 08:09:08 AM
  • Publish
  • :)

    Tiada Jamuan Kecuali Orang Yang Suka Menjamu

     Di Mahsyar, Allah SWT tidak akan memberi bantuan kepada manusia, dengan meringankan segala derita dan huru-hara yang menimpa melainkan kepada mereka yang berserah dan tawakkal sertaa mematuhi arahan Allah semasa di dunia dahulu. Contoh terbaik kepatuhan dan sifat tawakkal serta mematuhi arahan Allah ialah Nabi Muhammad s.a.w. Walaupun Allah SWT telah menjanjikan keampunan kepada baginda atas kesalahan yang dilakukan sama ada yang terdahulu ataupun yang terkemudian, namun baginda tetap melakukan ibadah. Baginda tetap bangun malam dan mendirikan solat sehingga bengkak-bengkak kakinya.

    Rasulullah SAW bersedekah kepada orang yang memerlukan dengan pantas bagaikan angin yang kencang, sehingga di rumahnya tidak ada baki makanan.Dalam hal itu Aisyah R.A pernah mengatakan bahawa rumah Rasulullah SAW sehari berasap dapurnya dan sehari kemudiannya tidak berasap, keadaan berselang-seli iaitu sehari ada makanan dan sehari kemudiannya tidak ada makanan.

    Firman Allah dalam surah al-Insan,ayat 7-11:

    "(Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana) mereka menyempurnakan nazarnya (apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepadanya), serta mereka takutkan hari (akhirat) yang azab seksanya merebak di sana sini.Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan,(Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih,Kami sebenarnya takutkan Tuhan kami, takut Dia kenakan kami azab hari yang padanya muka orang-orang yang bersalah: Masam berkerut-kerut.Dengan sebab (mereka menjaga diri dari kesalahan), maka Allah selamatkan mereka dari kesengsaraan hari yang demikian keadaannya, serta memberikan kepada mereka keindahan yang berseri-seri (di muka) dan perasaan ria gembira (di hati)."

     Memberi jamuan makan tidak semestinya dengan mengadakan majlis kenduri secara besar-besaran, atau menanti berlakunya kematian dalam keluarga, lalu mengadakan majlis tahlil dan sebagainya tetapi memadai mengajak kawan bersarapan pagi, dengan secawan kopi dan sepotong kuih dan sebagainya.Mereka yang bernazar dan memberikan sedekah makanan yang baik-baik tidak lainlah hanyalah untuk mendapatkan keredhaan Allah, di samping takut akan azab Allah yang merata di Mahsyar kerana apabila datangnya azab itu tidak ada sesiapapun yang dapat menghindarinya kecuali apabila Allah memberikan pertolonganNya hanya semata-mata kepada mereka yang takut serta taat akan Allah SWT semata-mata.


    Jangan menilai saya berdasarkan penulisan atau post saya!!!!!(kalau saya post pasal christianity/pluralisme bukan saya nak ajak anda join agama/fahaman itu!!!!atau saya seorang christian!!!!!TETAPI saya sedang berkongsi apa yang saya belajar!!!!!
    INGAT!!!!DAKWAH IS NOT ABOUT I AM BETTER THAN YOU!!!

    sonidoter89

    • *
    • Posts: 622
    • ipraytobeclosedtoyouandonthatdayi'llseeyousmile!
      • View Profile
    Reply #9 20 January, 2011, 09:30:17 AM
  • Publish
  • Sehari Di Mahsyar Menyamai 50 Ribu Tahun di Dunia

     Di akhirat tidak ada peredaran matahari lantaran matahari telah dilipat oleh Allah SWT, tugasnya telah ditamatkan. Sebab itulah para sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW, berapa lamakah manusia mesti berada di Mahsyar.

     Dalam hal ini, Abu Said Al-khudri meriwayatkan hadis Rasulullah SAW. Katanya Rasulullah SAW telah membacakan firman Allah SWT,surah al-Ma'arij,ayat 4:
    tafsirnya:

    "Yang dilalui oleh malaikat-malaikat dan Jibril ke pusat pemerintahanNya (untuk menerima dan menyempurnakan tugas masing-masing, terutama) pada satu masa yang adalah tempohnya (dirasai oleh orang-orang yang bersalah) sungguh panjang, (kerana banyak hitungan hisab dan berat soal jawabnya). "

    selain itu,tafsirnya:

    "Malaikat-malaikat dan Jibril naik(menghadap) kepada Tuhan sehari yang kadarnya lima puluh ribu tahun."

     Berdasarkan ayat di atas, Allah SWT menjelaskan mengenai para malaikat dan juga Jibril yang saban hari menghadap Tuhan, kadar masa bagi satu hari di alam malaikat itu ialah 50 000 tahun. Demikianlah bandingan masa bagi satu hari yang ditempuh oleh para malaikat bersamaan dengan lima puluh ribu tahun.

     Para ulama membandingkan alam akhirat itu berdasarkan ayat 4 surah al-ma'arij, iaitu dengan kadar bagi satu hari itu bersamaan dengan lima puluh ribu tahun. Sekiranya manusia berada selama sebulan(30 hari) di akhirat, bandingannya dengan tahun dunia ialah 1.5 bilion tahun.Betapakah halnya jika seseorang itu terdampar di Mahsyar selama 50 000 tahun akhirat?

    "Alangkah lamanya,"kata para sahabat apabila mendengar baginda membacakan surah al-Ma'arij yang menjelaskan kadar bandingan masa dunia dan akhirat itu.kemudian Rasulullah SAW bersabda lagi bagi menyahut keluhan para sahabat itu dengan sabdanya yang bermaksud;

    "Demi jiwaku yang berada di dalam genggaman Tuhan, sesungguhnya Allah SWT meringankan(tempoh masa di akhirat) bagi orang mukmin hanya sekadar lama masa bagi tempoh waktu melakukan solat fardhu."

    bersambung...


     

    sonidoter89

    • *
    • Posts: 622
    • ipraytobeclosedtoyouandonthatdayi'llseeyousmile!
      • View Profile
    Reply #10 20 January, 2011, 09:49:40 AM
  • Publish

  •  Singkatnya masa yang bakal ditempuh oleh orang-orang mukimin sekadar satu solat fadhu. Sesungguhnya masa yang digunakan bagi melakukan solat fardhu itu lebih kurang lima minit, bagi orang mukmin lima minit itu sememangnya terlalu ringan,malah mereka merasa tenang melakukan solat setenang ikan di dalam air. Walaupun masa yang digunakan bagi melakukan solat yang khusyuk itu lebih daripada 10 minit, namun mereka merasa seolah-olah hanya sekejap sahaja.

     Lebih-lebih lagi bagi orang yang melakukan solat dengan khusyuk, yang sentiasa mengikuti makna bacaan surah. Apabila dibacanya surah-surah yang menyebut hari kiamat, mengenai gegaran bumi ketika bumi digoncang untuk dikiamatkan dan seumpamanya, maka mereka akan bertambah khusyuk malah dengan linangan air mata. Dalam suasana begitu mereka tidak akan memikirkan berapa lama solat yang dilakukan, lantaran jiwa mereka tenggelam dalam rasa khusyuk.

     

    sonidoter89

    • *
    • Posts: 622
    • ipraytobeclosedtoyouandonthatdayi'llseeyousmile!
      • View Profile
    Reply #11 20 January, 2011, 10:03:27 AM
  • Publish
  • sambungannya...

     Tetapi bagi golongan fajir dan munafik, solat yang dilakukan dengan malas, terasa bagai beban berat yang menyulitkan. Apabila melakukan solat dilakukan dengan pantas dan tergopoh-gapah,hati mereka gelisah seperti burung dalam sangkar, lebih-lebih lagi jika imam membaca surah yang agak panjang, maka mereka gelisah dan hati mereka berkeluh kesah. Dalam hati mereka mengutuk imam tersebut yang membaca ayat yang panjang-panjang, mereka mempersoalkan imam tersebut,mengapakah imam membaca surah yang panjang-panjang?

     Bagi golongan seperti itu, mengerjakan solat yang hanya ambil masa 5 minit sudah dirasakan terlalu lama, sebab itu mereka lebih senang meninggalkan solat. Apabila ditanya mengapa mereka tidak mengerjakan solat? Jawabnya,kerana sibuk."Banyak kerja, tidak sempat hendak sembahyang,".Bagi mereka menyudahkan solat seperti orang sakit yang teramat sangat menunggu lama untuk sembuh.mereka lebih sanggup mengerjakan puasa, sanggup berlapar dan dahaga sepanjang hari di bulan Ramadhan, tetapi tidak sanggup mengerjakan solar walaupun beberapa minit sahaja.

    *Fajir>>>derhaka/orang yang suka melakukan maksiat/sihir

    sonidoter89

    • *
    • Posts: 622
    • ipraytobeclosedtoyouandonthatdayi'llseeyousmile!
      • View Profile
    Reply #12 20 January, 2011, 10:15:01 AM
  • Publish
  • sambungannya...

     Bagi golongan mukmin yang sebenar, tempoh masa yang bakal dilalui di padang Mahsyr selama 50 000 itu terasa amat singkat, seolah-olah seperti melakukan satu solat fardhu sahaja.Demikian anugerah Allah SWT kepada golongan mukmin, sesuatu kebahagiaan yang dilalui oleh seseorang terasa masa berlalu amat singkat. Sebaliknya jika derita yang dialami pasti terlalu lama walaupun sebenarnya hanya sekejap.

     Demikian peristiwa Mahsyar, di mana ukuran masa yang dilalui setiap orang itu ditentukan oleh Allah SWT semata-mata, Allah yang memanjangkan dan memendekkan masa.Dialah yang meringankan dan memberatkan suatu tanggungan.

     Sebab itulah Rasulullah SAW sering berdoa kepada Allah SWT supaya memudahkan yang sukar:

    "Allahumma 'Yassirli Kulla 'Asir"

     Kenapakah baginda berdoa begitu?Tidak lain tidak bukan memudahkan perkara yang sukar..Siapa yang memudahkan?Tiada yang berkuasa memudahkan iaitu Allah SWT dan itu adalah mudah bagi Allah SWT...

    *sama2lah beramal dengan ikhlas..takutlah kepada azabnya..carilah redhaNya..
    « Last Edit: 20 January, 2011, 10:17:00 AM by sonidoter89 »

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    5 Replies
    2187 Views
    Last post 24 February, 2010, 09:46:30 AM
    by sayyidahumaira
    6 Replies
    2936 Views
    Last post 08 May, 2011, 09:08:43 PM
    by nurul hana
    5 Replies
    3526 Views
    Last post 11 December, 2010, 01:29:14 PM
    by Saya Hamba