Hukum Membawa Masuk Baju Bertulis Allah & Rasulullah Ke Dalam Tandas

*

Author Topic: Hukum Membawa Masuk Baju Bertulis Allah & Rasulullah Ke Dalam Tandas  (Read 5806 times)

0 Halaqian and 2 Guests are viewing this topic.

peluru

  • *
  • Posts: 369
  • Mujahidin
    • View Profile
19 April, 2009, 01:30:47 PM
  • Publish
  •  :)

    nk tanye..boleh ke baju yg ade tulis Allah bawak masuk toilet..
    or yg ade tulis Rasulullah S.A.W...
    perjelaskan..syukran..
    -hOLla-

    ...seorng hamba ALLAH...tnpa pinjaman dariNYA siapalah aku...
    [img width=610 height=70]http://i87.servimg.com/u/f87/12/77/43/73/selang10.jpg[/img]

    zawq

    • *
    • Posts: 362
      • View Profile
    Reply #1 19 April, 2009, 01:58:37 PM
  • Publish
  • tidak boleh di bawa masuk ke tempat-tempat seperti itu, apatah lagi menyebutnya.
    kalimah atau asma Allah itu suci.
    jadi muliakanlah nama Allah itu, semoga Allah memuliakan nama mu di akhirat kelak.

    dahulu, ada seorang hamba Allah, yang terjumpa kertas yang bertulis nama Allah di jalanan.
    kemudian, dia mengambil kertas tersebut, dan menyemburkan haruman di atasnya, dan seterusnya dia menyimpannya di tempat yang selayaknya.

    kemudian, malamnya itu dia bermimpi, bahawa berkata satu suara, (lebih kurang)"engkau telah mengharumkan nama Ku, dan Aku pula akan mengharumkan nama mu, baik di dunia, mahu pun di akhirat."

    //check tazkirah al-auliya - farid din attar//
    "AKU akan membelimu; masamu; nafasmu; hartamu; dan hidupmu. Habiskan semua itu kepada-KU. Palingkan semua itu kepada-KU. dan Ku-bayar dengan kebebasan, keagungan dan kearifan Ilahiah. Inilah hargamu di mata-KU.

    peluru

    • *
    • Posts: 369
    • Mujahidin
      • View Profile
    Reply #2 19 April, 2009, 02:22:32 PM
  • Publish
  • tidak boleh di bawa masuk ke tempat-tempat seperti itu, apatah lagi menyebutnya.
    kalimah atau asma Allah itu suci.
    jadi muliakanlah nama Allah itu, semoga Allah memuliakan nama mu di akhirat kelak.

    dahulu, ada seorang hamba Allah, yang terjumpa kertas yang bertulis nama Allah di jalanan.
    kemudian, dia mengambil kertas tersebut, dan menyemburkan haruman di atasnya, dan seterusnya dia menyimpannya di tempat yang selayaknya.

    kemudian, malamnya itu dia bermimpi, bahawa berkata satu suara, (lebih kurang)"engkau telah mengharumkan nama Ku, dan Aku pula akan mengharumkan nama mu, baik di dunia, mahu pun di akhirat."

    //check tazkirah al-auliya - farid din attar//

    syukron ya sahabat..

    tanpanama

    • *
    • Posts: 409
      • View Profile
    Reply #3 19 April, 2009, 06:43:00 PM

     :)

    al-jawab,

    Untuk mengatakan tidak boleh mesti ada dalil yang jelas dan khusus tentang larangan perbuatan tersebut.

    Jawapan yang sebenar ialah tidak mengapa, jika ada yang mengatakan hadith yang melarangnya seperti hadith dalam sunan abi daud

    Imam Abu daud membawakan BAB "بَاب الْخَاتَمِ يَكُونُ فِيهِ ذِكْرُ اللَّهِ تَعَالَى يُدْخَلُ بِهِ الْخَلاءُ"

    Kemudian beliau membawakan hadith berikut

    -حَدَّثَنَا نَصْرُ بْنُ عَلِيٍّ عَنْ أَبِي عَلِيٍّ الْحَنَفِيِّ عَنْ هَمَّامٍ عَنِ ابْنِ جُرَيْجٍ عَنِ الزُّهْرِيِّ عَنْ أَنَسٍ قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ الْخَلاءَ وَضَعَ خَاتَمَهُ قَالَ أبو داود هَذَا حَدِيثٌ مُنْكَرٌ وَإِنَّمَا يُعْرَفُ عَنِ ابْنِ جُرَيْجٍ عَنْ زِيَادِ بْنِ سَعْدٍ عَنِ الزُّهْرِيِّ عَنْ أَنَسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اتَّخَذَ خَاتَمًا مِنْ وَرِقٍ ثُمَّ أَلْقَاهُ وَالْوَهْمُ فِيهِ مِنْ هَمَّامٍ وَلَمْ يَرْوِهِ إِلا هَمَّام

    hadith ini adalah hadith dhaif, di dhaifkan sendiri oleh Imam abu daud kerana Imam Abu  Daud sendiri telah mengatakan hadith ini hadith mungkar.

    Walaubagaimanapun atas dasar penghormatan, paling tinggi ulama' menghukumnya sekadar makruh sahaja.

    Persoalan untuk mimpi itu pula, ia tidak boleh dijadikan hujjah. Islam datang bukan melalui mimpi yang terawan-awangan.
    Islam datang dengan hujjah yang konkrit yang tidak boleh dipatahkan.
    « Last Edit: 19 April, 2009, 06:47:13 PM by tanpanama »
    Kajian Hingga Akhir Hayat...

    zawq

    • *
    • Posts: 362
      • View Profile
    Reply #4 19 April, 2009, 07:15:55 PM
  • Publish
  • sauadara, boleh terangkan dalam bahasa melayu? ini kerana saya tak faham bahasa arab.

    OK, berbalik kepada pandangan saya yang mengatakan hal tersebut tidak wajar, dan tidak boleh sama-sekali dilakukan.

    saya berdalil kepada ayat pertama surah al-a'la,
    "bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi (dari segala sifat-sifat kekurangan). "

    ayat ini merupakan perintah supaya kita bertasbih mensucikan Tuhan dari segala sifat kekurangan (mengangungkan Dzat nya) dengan hati, lidah, mahupun perbuatan.

    perbuatan membawa masuk kalimah atau asma Allah ke dalam tandas, dan tidak meletakkan ia di tempat selayaknya, adalah perbuatan yang sama sekali tidak wajar. jadi, tanya diri sendiri, berapakah nilai kemuliaan nama Tuhan mu itu, sehingga kamu sanggup kalimah itu dibawa sekali bersama air kencing, dan najis?

    dalil kedua ini, saya kiaskan daripada perbuatan nabi sendiri yang tidak menjawab salam ketika dia sedang berhadas. (ini kerana dalam kalimah salam itu, adanya asma Allah). apatah lagi, perkara yang dinyatakan oleh saudara  kita ini adalah asma yang telah dinyatakan atau dizahirkan melalui tulisan.

    kalimah alif-lam-lam-ha ini bukan sekadar membawa maksud Ilah (iaitu Tuhan), ia lebih agung dari segala-galanya. secara peribadi, saya rasa tidak layak ia dibawa ke tempat sedemikian.

    malahan, sebelum saya membuang buku-buku zaman saya sekolah dulu, saya akan menelitinya kembali. sekiranya terdapat kalimah Allah, atau ayat al-quran, saya akan gunting dan menyimpannya. pernah satu ketika saya terjumpa dengan sebuah jam dinding yang hendak dibuang. di dalamnya tertera kalimah Allah. kerana memikirkan kalimah itu tidak layak duduk di tempat buangan sampah, maka saya mengambil dan menyimpannya.

    sekiranya jawapan yang diberikan oleh saudara adalah tidak mengapa, saya fikir, saudara belum benar-benar mensucikan Tuhan. adakah saudara membenarkan orang menggantung kalimah ini di dalam tandas, bersandingan dengan Muhammad?

    ingat ye, kalimah Allah ini bersanding dengan kalimah Muhammad di syurga. (tempat itu tempat mulia)
    maka, membawanya masuk ke tandas, untuk bersanding dengan najis, bukan lagi makruh, tapi haram.

    //saya menghargai pandangan saudara, tapi tolong (tolonglah!) translate hadis tersebut supaya saya faham//

    al-maududi

    • *
    • Posts: 157
    • iluvislam
      • View Profile
    Reply #5 19 April, 2009, 09:13:52 PM
  • Publish
  • tidak boleh di bawa masuk ke tempat-tempat seperti itu, apatah lagi menyebutnya.
    kalimah atau asma Allah itu suci.
    jadi muliakanlah nama Allah itu, semoga Allah memuliakan nama mu di akhirat kelak.

    dahulu, ada seorang hamba Allah, yang terjumpa kertas yang bertulis nama Allah di jalanan.
    kemudian, dia mengambil kertas tersebut, dan menyemburkan haruman di atasnya, dan seterusnya dia menyimpannya di tempat yang selayaknya.

    kemudian, malamnya itu dia bermimpi, bahawa berkata satu suara, (lebih kurang)"engkau telah mengharumkan nama Ku, dan Aku pula akan mengharumkan nama mu, baik di dunia, mahu pun di akhirat."

    //check tazkirah al-auliya - farid din attar//

     :)

    al-jawab,

    Untuk mengatakan tidak boleh mesti ada dalil yang jelas dan khusus tentang larangan perbuatan tersebut.

    Jawapan yang sebenar ialah tidak mengapa, jika ada yang mengatakan hadith yang melarangnya seperti hadith dalam sunan abi daud

    Imam Abu daud membawakan BAB "بَاب الْخَاتَمِ يَكُونُ فِيهِ ذِكْرُ اللَّهِ تَعَالَى يُدْخَلُ بِهِ الْخَلاءُ"

    Kemudian beliau membawakan hadith berikut

    -حَدَّثَنَا نَصْرُ بْنُ عَلِيٍّ عَنْ أَبِي عَلِيٍّ الْحَنَفِيِّ عَنْ هَمَّامٍ عَنِ ابْنِ جُرَيْجٍ عَنِ الزُّهْرِيِّ عَنْ أَنَسٍ قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ الْخَلاءَ وَضَعَ خَاتَمَهُ قَالَ أبو داود هَذَا حَدِيثٌ مُنْكَرٌ وَإِنَّمَا يُعْرَفُ عَنِ ابْنِ جُرَيْجٍ عَنْ زِيَادِ بْنِ سَعْدٍ عَنِ الزُّهْرِيِّ عَنْ أَنَسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اتَّخَذَ خَاتَمًا مِنْ وَرِقٍ ثُمَّ أَلْقَاهُ وَالْوَهْمُ فِيهِ مِنْ هَمَّامٍ وَلَمْ يَرْوِهِ إِلا هَمَّام

    hadith ini adalah hadith dhaif, di dhaifkan sendiri oleh Imam abu daud kerana Imam Abu  Daud sendiri telah mengatakan hadith ini hadith mungkar.

    Walaubagaimanapun atas dasar penghormatan, paling tinggi ulama' menghukumnya sekadar makruh sahaja.

    Persoalan untuk mimpi itu pula, ia tidak boleh dijadikan hujjah. Islam datang bukan melalui mimpi yang terawan-awangan.
    Islam datang dengan hujjah yang konkrit yang tidak boleh dipatahkan.
    salam......
    tlong ye translate hadis ni
    dalm malay........
    ana x hebt bahasa arab....
    nnti jels ckit....semoga anta drahmati.....
    "Yang ku harapkan adalah
      rahmat dan keredhaan ALLAH swt"
    Kejayaan yang sebenarnya adalah berada di dalam syurga ALLAH swt.....

    tanpanama

    • *
    • Posts: 409
      • View Profile
    Reply #6 19 April, 2009, 09:53:24 PM
  • Publish
  •  :)

    terjemahan hadith dalam sunan abi daud No. 19

    Nasr bin Ali telah meriwayatkan kepada kami daripada Abu Ali al-Hanafi daripada Hammam daripada Ibnu Juraij daripada Zuhri daripada Anas, beliau berkata: “Nabi s.a.w. bila hendak masuk ke tempat sunyi (untuk qada hajat)  baginda meletakkan cincinnya (di luar)”. Abu Daud mengatakan hadits ini adalah hadits mungkar. Hadits ini hanya diketahui daripada Ibnu Juraij daripada Ziyad bin Sa’d daripada Zuhri daripada Anas: “Bahawa Nabi s.a.w. telah memakai cincin perak kemudian baginda membuangnya”. ‘Waham’ dalam hadits ini berpunca dari Hammam dan tidak ada yang meriwayatkannya selain daripada Hammam.

    Ayat al-Quran yang saudara bawakan itu adalah berbentuk UMUM, dan boleh saya tahu ulama' mana yang
    berdalilkan ayat tersebut dalam larangan ini?.Kalau boleh bagi tahu juga hadith yang saudara nyatakan berkenaan jawab salam itu.
    paling kurang kena bawak riwayatnya, mudah untuk di takhrij dan ditahqiq.

    Secara peribadinya saya melihat HUKUMnya adalah makruh, atas dasar hormat.

    Untuk pengetahuan semua, Lencana POLIS juga terdapat kalimah ALLAH s.w.t, tetapi tidak pernah di bangkitkan pun.

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4590
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Reply #7 19 April, 2009, 10:04:45 PM
  • Publish
  • Hukum Membawa Tulisan Ayat Al-Qur’an ke Tandas
    Membawa apa sahaja benda yang tertulis padanya ayat-ayat al-
    Qur’an mahupun zikrullah ke tandas hukumnya adalah makruh.
    Termasuk juga dalam hal ini nama-nama yang dimuliakan seperti
    nama-nama Allah, para nabi dan malaikat-malaikatNya
    sebagaimana yang disebutkan dalam kitab Tuhfah al-Muhtaj.
    Imam asy-Syirazi Rahimahullah berkata dalam kitabnya al-
    Muhadzdzab : “Jika ada seseorang ingin memasuki tandas dan
    bersama-samanya ada sesuatu yang terdapat padanya zikir-zikir
    Allah, maka baginya menjauhkan benda tersebut daripada dirinya
    (tidak membawanya masuk ke tandas), kerana telah diriwayatkan
    oleh Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu, bahwasanya Nabi
    Shallallahu ‘alaihi wasallam apabila hendak memasuki tandas,
    Baginda meletakkan cincin Baginda itu di luar, ini kerana di atas
    cincin Baginda itu ada tertulis perkataan محمد رسول الله yang Baginda
    jadikan sebagai mohor atau cap Baginda dalam urusan surat
    menyurat.”
    Imam an-Nawawi Rahimahullah ketika mengulas kata-kata
    pengarang kitab al-Muhadzzab ini telah berkata : “Para ulama asy-
    Syafi‘eyyah telah bersepakat mengatakan bahawa adalah sunat
    dijauhkan sesuatu yang ada padanya zikir-zikir Allah ketika
    seseorang itu hendak masuk tandas dan tidaklah wajib ianya
    dijauhkan daripada dirinya (membukanya).”
    Imam an-Nawawi Rahimahullah seterusnya menambah: “Sama
    ada benda yang tertulis padanya zikir-zikir Allah itu duit perak
    (dirham) atau emas (dinar) atau cincin atau lainnya, begitu juga
    jika ada bersama-samanya tangkal ataupun azimat, sunat dijauhkan
    benda-benda itu daripada dirinya ketika hendak memasuki tandas.”
    Ini bertujuan bagi memuliakan ayat-ayat al-Qur’an yang terdapat
    pada alat-alat tersebut dan sebagai mencontohi perbuatan
    Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang meletakkan cincin
    Baginda (di luar) apabila hendak masuk ke tandas kerana terdapat
    padanya ukiran perkataan

    sumber:-http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2007/bil245.pdf
    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    zawq

    • *
    • Posts: 362
      • View Profile
    Reply #8 19 April, 2009, 10:22:16 PM
  • Publish
  • //DUH! ni yang saya lemah ni. yang saya tulis itu, adalah pandangan saya sendiri. tidak ada ulama' yang berdalil tentang itu. dan, hadis tu pula, pernah saya jumpa - tetapi, perawi nya i lupa, OH. sudah tua saya ini//

    tentang makruh pula. memang kebanyakan ulama' mengatakan bahawa ia adalah makruh. tetapi, maaf, secara peribadi, saya melihatnya lebih berat dari suatu hal yang dibenci. dan maaf, kerana saya keterlaluan mengatakannya haram. kerana pada pandangan saya, kita bukan berbicara tentang mohor raja-raja, tetapi kita berbicara tentang mohor Tuhan - nama Nya yang dizahirkan, tidak kira di atas apa pun.

    Imam asy-Syirazi Rahimahullah berkata dalam kitabnya al- Muhadzdzab : “Jika ada seseorang ingin memasuki tandas dan bersama-samanya ada sesuatu yang terdapat padanya zikir-zikir Allah, maka baginya menjauhkan benda tersebut daripada dirinya  (tidak membawanya masuk ke tandas), kerana telah diriwayatkan oleh Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu, bahwasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam apabila hendak memasuki tandas, Baginda meletakkan cincin Baginda itu di luar, ini kerana di atas cincin Baginda itu ada tertulis perkataan محمد رسول الله yang Baginda jadikan sebagai mohor atau cap Baginda dalam urusan surat menyurat.”

    Imam an-Nawawi Rahimahullah ketika mengulas kata-kata pengarang kitab al-Muhadzzab ini telah berkata : “Para ulama asy- Syafi‘eyyah telah bersepakat mengatakan bahawa adalah sunat dijauhkan sesuatu yang ada padanya zikir-zikir Allah ketika seseorang itu hendak masuk tandas dan tidaklah wajib ianya dijauhkan daripada dirinya (membukanya).”

    Imam an-Nawawi Rahimahullah seterusnya menambah: “Sama ada benda yang tertulis padanya zikir-zikir Allah itu duit perak (dirham) atau emas (dinar) atau cincin atau lainnya, begitu juga jika ada bersama-samanya tangkal ataupun azimat, sunat dijauhkan benda-benda itu daripada dirinya ketika hendak memasuki tandas.”

    Ini bertujuan bagi memuliakan ayat-ayat al-Qur’an yang terdapat pada alat-alat tersebut dan sebagai mencontohi perbuatan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang meletakkan cincin Baginda (di luar) apabila hendak masuk ke tandas kerana terdapat padanya ukiran perkataan محمد رسول الله . (Fatwa 22/2006).

    divider3
    halaqahforum4

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    29 Replies
    6781 Views
    Last post 18 January, 2010, 03:41:22 AM
    by 5zul
    3 Replies
    1026 Views
    Last post 17 October, 2011, 07:16:24 PM
    by mohd faimier
    2 Replies
    369 Views
    Last post 14 August, 2013, 08:06:39 PM
    by al_ahibbatu