HORMON PENGARUHI EMOSI WANITA - Page 1

*

Author Topic: HORMON PENGARUHI EMOSI WANITA  (Read 16242 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

16 April, 2009, 12:51:27 AM
  • Publish
  • JANGAN mudah melenting atau cepat melatah andai wanita yang anda kenali sebagai seorang yang sabar atau periang boleh berubah emosinya secara tiba-tiba. Perubahan ini mungkin menyebabkan mereka menjadi seorang yang begitu sensitif, mudah marah, cepat tersinggung atau sebagainya.Tidak kira siapa pun wanita terbabit sama ada ibu, kakak, adik, isteri, teman wanita, bahkan yang bergelar nenek sekalipun boleh mengalami perubahan emosi seumpama ini.Hakikatnya ialah bukan mudah menjadi seorang wanita. Namun, inilah yang harus dilalui oleh wanita dalam meniti setiap fasa kehidupan mereka.

    Bermula dari peringkat bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa hinggalah mencecah ke usia emas, terlalu banyak perubahan fisiologi dan biologi yang harus dilalui oleh seseorang wanita.Andai kurang persediaan dan pengetahuan mengenai setiap fasa perubahan ini, banyak masalah boleh timbul.Masalah bukan saja dihadapi oleh wanita terbabit, malah kepada orang yang rapat dengan mereka.

    Pakar perunding obstetrik dan ginekologi di sebuah hospital swasta di Kuantan, Dr. Suraya Arshad berkata, perubahan ini biasanya tidak
    disedari oleh ramai wanita.Sebaliknya, ia lebih banyak dikesan oleh mereka yang hampir dengan wanita terutama pasangan mereka.
    Menurut beliau, salah satu aspek yang mungkin tidak difahami oleh sebahagian besar wanita, mahupun mereka yang berada di sekelilingnya, ialah emosi seseorang wanita.

    ``Ini kerana emosi dan perasaan seseorang wanita banyak dipengaruhi
    oleh hormon yang terdapat dalam tubuhnya.

    ``Bagaimanapun, para penyelidik masih dalam kajian mencari punca
    mengapa wanita begitu mudah terdedah pada perubahan emosi,'' katanya.


    Beliau tidak menafikan kurangnya pemahaman berhubung perubahan emosi wanita boleh menjadi salah satu faktor yang menyumbang kepada penceraian.Dr. Suraya memberitahu, emosi wanita banyak dipengaruhi oleh hormon-hormon tubuh mereka.Dua hormon utama yang terdapat dalam tubuh wanita ialah hormon estrogen dan progesteron.

    ``Kedua-dua hormon ini mempunyai kuasa dan pengaruh yang cukup besar
    dalam setiap fasa kehidupan seseorang wanita.

    ``Sekiranya berlaku ketidakseimbangan pada hormon-hormon ini, maka ia
    boleh menyebabkan perubahan terutama kepada mood wanita terbabit,''
    katanya.


    Hormon ini dihasilkan oleh kelenjar ovari. Penghasilannya dipengaruhi oleh sebahagian hormon yang dirembeskan oleh kelenjar pituitari dalam otak.Peranan kedua-dua hormon ini bukan sekadar hanya mengatur pusingan haid seperti perubahan pada dinding rahim dan pengeluaran darah haid.Pada masa yang sama hormon-hormon ini mempunyai kesan pada tisu-tisu tubuh. Ini termasuklah buah dada, tulang, pembuluh darah, jantung, saluran usus, pundi kencing dan kulit.Dr. Suraya menjelaskan, ketidakseimbangan hormon-hormon estrogen dan progesteron boleh menyebabkan perubahan kepada wanita terbabit.

    ``Ini termasuklah perubahan tingkah laku atau emosi yang menyebabkan
    mereka menjadi seorang yang mudah sensitif, tertekan, mudah marah atau
    mengalami kemurungan,'' ujarnya.


    Bagaimanapun, katanya, bukan semua wanita mesti melalui perubahan emosi.Pusingan haid, kehamilan, keadaan selepas bersalin, ketidaksuburan dan menopaus boleh mengakibatkan perubahan mood yang menyebabkan seseorang wanita seolah-olah mengalami kemurungan.Malah, para penyelidik turut mengesahkan bahawa hormon boleh mempengaruhi pengeluaran endorfin yang berfungsi mengawal emosi dan mood.

    Tambah beliau, tiga fasa kehidupan yang menyebabkan wanita boleh
    mengalami perubahan ketara ialah:

    - Fasa sebelum pusingan haid

    - Fasa selepas melahirkan anak

    - Fasa selepas menopaus (putus haid)


    A. Fasa sebelum pusingan haid (Pre-menstrual syndrome - PMS)

    Di seluruh dunia, berjuta-juta wanita menganggap apa yang berlaku setiap bulan umpama satu pusingan jam biologi.Keletihan, mudah tersinggung, perut kembung, masalah jerawat dan sebagainya sering kali dikaitkan dengan pusingan haid.Sehingga hari ini belum ada satu teori yang berjaya membuktikan mengapa wanita mengalami perubahan mood atau emosi setiap kali mereka hampir dengan fasa pusingan haid mereka.Bagaimanapun, ia dikaitkan dengan perubahan hormon yang menimbulkan tindak balas abnormal.Gejala PMS biasanya terjadi seminggu sebelum seseorang wanita mengalami pusingan haid.Ia akan hilang beberapa hari selepas haid berlaku. Gejala-gejala ini hanya sementara waktu dan tidak begitu mengganggu rutin harian seseorang wanita.Ia merangkumi gangguan pada psikologi, perut, kulit, kandungan cecair pada badan dan lain-lain.Ini termasuklah perubahan dari segi selera makan, kemaruk makan,
    jerawat, mood terganggu, gangguan tidur dan emosi terlalu sensitif.


    B. Fasa selepas melahirkan anak

    Fasa ini yang juga dikenali dalam istilah perubatan sebagai post partum depression (PPD) merupakan satu keadaan di mana wanita mengalami kemurungan selepas melahirkan anak.Penurunan hormon estrogen yang mendadak selepas bersalin dikatakan faktor yang menyumbang kepada masalah seumpama ini.Ketidakseimbangan hormon boleh berlaku kepada semua wanita, namun mereka yang tidak menanganinya dengan baik boleh mendapat psikosis.

    PPD boleh terbahagi kepada tiga kategori:


    - PPD baby blues. Seseorang wanita boleh termasuk dalam kategori ini
    sekiranya mereka mengalami perubahan emosi atau mood dalam tempoh dua minggu selepas melahirkan anak.Bagaimanapun, bukan semua wanita yang melahirkan anak melalui fasa seperti ini. Wanita di Barat dikatakan lebih ramai mengalami fasa ini berbanding wanita Asia dengan anggaran sebanyak 80 peratus.

    Biasanya wanita terbabit akan mengalami gejala seperti:

    a. kesedihan

    b. menangis lebih daripada biasa

    c. lebih sensitif

    d. mudah tersinggung

    e. rasa berdebar-debar


    Wanita yang mempunyai masalah dalam rumah tangga dan mengalami banyak komplikasi semasa hamil lebih terdedah kepada risiko ini.Risiko ini meningkat sekiranya mereka pernah mempunyai sejarah PPD. Gejala yang dialami ini biasanya akan hilang selepas sepuluh hari.


    - PPD kemurungan. Wanita yang dikategorikan dalam kumpulan ini
    mengalami gejala-gejala seperti:

    a. Perasaan putus asa

    b. Tidak boleh memberi tumpuan

    c. Gangguan ingatan

    d. Perasaan bersalah

    e. Rutin harian seperti makan terganggu


    Masalah ini kebiasaan dialami dalam tempoh sebulan selepas bersalin dan terus berlaku dalam tempoh beberapa bulan.Mereka yang menghadapi masalah ini perlu diberi bantuan. Mereka memerlukan rawatan kaunseling, terapi psikiatri dan sokongan emosi ahli
    keluarga.


    - PPD psikosis. Di kalangan masyarakat Melayu, PPD psikosis dikenali
    sebagai penyakit gila meroyan.

    Individu terbabit mengalami gejala seperti pesakit mental.

    Antara gejala-gejala yang dialami ialah:

    a. Mendengar suara-suara halus

    b. Tingkah laku yang pelik seperti gelak atau

    bercakap seorang diri

    c. Kekeliruan yang ketara

    d. Sentiasa dalam keadaan ketakutan

    e. Memiliki tenaga fizikal yang begitu kuat

    f. Mengalami kesukaran untuk tidur

    g. Keinginan untuk membunuh diri


    Seperti juga PPD kemurungan, individu yang mengalami penyakit gila meroyan perlu menerima bantuan dan rawatan.


    C. Fasa menopaus (putus haid)

    Menopaus merupakan satu perubahan biologi yang normal apabila ovari wanita tidak lagi menghasilkan dua hormon wanita, estrogen dan progesteron.Perlu difahami bahawa menopaus bukan sejenis penyakit. Ia adalah satu titik perubahan yang harus diterima secara positif oleh seseorang wanita, baik dari segi emosi mahupun fizikal.Bagaimanapun, menopaus boleh menjadi salah satu punca utama kemurungan.Menopaus boleh berlaku apabila seseorang wanita mencapai usia dalam lingkungan umur pertengahan 40-an hingga lewat 50-an.Menopaus menyebabkan wanita mengalami perubahan hormon. Penghasilan hormon estrogen mula berkurangan dalam tempoh beberapa tahun sebelum menopaus.

    Perubahan pada penghasilan hormon ini boleh menyebabkan seseorang wanita mengalami perubahan emosi seperti:

    - kemurungan (bergantung kepada tahap keterukan)

    - cepat marah

    - mudah tersinggung

    - sukar tidur

    - rasa panas

    - pelupa

    - Sesetengahnya mengadu sentiasa rasa sedih atau sakit-sakit badan

    - fikiran bercelaru


    Bagi menangani masalah ini, wanita boleh mendapat rawatan terapi gantian hormon (HRT).

    Menopaus mungkin dianggap oleh sebahagian besar wanita sebagai fasa yang terpaksa dihadapi apabila mereka melangkah usia tua, tetapi ia juga mempunyai banyak kebaikan.Mereka kini bebas daripada belenggu pusingan haid pada setiap bulan. Wanita harus menerima menopaus sebagai satu titik permulaan kehidupan baru dalam hidup mereka

    YA ALLAH..........jadikanlah aku seorang muslimah...mukminah...mujahidah..dan seorang anak,isteri & ibu yg solehah....jadikanlah aku salah satu bidadari di syurga nanti......

    Reply #1 16 April, 2009, 10:11:52 AM
  • Publish
  •  :)

    Kadang-kadang ummi sha sendiri pun mengalami gangguan hormon ini, lebih-lebih lagi usia pun dah meningkat "remaja".

    Susah juga nak kawal emosi...tapi orang akan mudah perasan perubahan ummi sha kerana kalau sehari ummi sha tidak tersenyum, maknanya "angin dah naik kepala" .

    Tapi ummi sha akan cuba kawal dan tak marah-marah..banyakkan selawat bila kita alami gangguan emosi...

     :ins: akan peroleh ketenangan.
    Bagi mendapatkan info tambahan, layari blog-blog ummi sha
    http://sarimahshaniza.blogspot.com/

    Reply #2 16 April, 2009, 11:04:06 AM
  • Publish
  • Begitulah ummi sha...ini salah satu ujian untuk kita bergelar wanita. Kita kena sabar menghadapinya.InsyaAllah syurga menanti kita. Biasalah ummi, kadang-kadang najwa pun begitu. Ada hari murung saja.Ada hari happy saja.

    Reply #3 03 May, 2009, 03:29:56 AM
  • Publish
  • pernah berlaku di luar negara,seorg wanita sanggup membunuh org lain kerana tidak dapat mengawal emosinya ketika sedang haidh.
    p/s:janganlah main2 dgn wanita yg sedang period ni ye..bahaya..
    « Last Edit: 05 May, 2009, 08:42:17 AM by Annalthafunnisa »
    smile until you cant smile;

    Reply #4 05 May, 2009, 08:37:50 AM
  • Publish
  • pernah berlaku di luar negara,seorg wanita sanggup membunuh kerana tidak dapat mengawal emosinya ketika sedang haidh.
    janganlah main2 dgn wanita yg sedang period ni ye..bahaya..


    Wah bahaya tu sampai membunuh diri..Moga-moga iman sentiasa di dada kita untuk membezakan yang mana baik dan buruk....

    Reply #5 25 May, 2009, 12:56:35 PM
  • Publish
  • pernah berlaku di luar negara,seorg wanita sanggup membunuh org lain kerana tidak dapat mengawal emosinya ketika sedang haidh.
    p/s:janganlah main2 dgn wanita yg sedang period ni ye..bahaya..


    YaAllah betul ke?? berita nih dasat juga
    ia bercampur dengan hasutan syaitan...walupun dalam keadaan berhadas besar kena la sentiasa mengingati Allah..
    tak dinafikan emosi tuh mmg tak menentu...
    dalam keadaan begitu jangan biarkan diri kita dalam fikiran kosong tanpa m'ingati Allah kerana ia mudah dikuasai syaitan laknatuulllah..
    Quote
    banyakkan selawat bila kita alami gangguan emosi..
    btul tu ummi sha  =;8)
    Success Through Endeavour
    <img src="http://i87.servimg.com/u/f87/12/77/43/73/banner12.gif?v=0" border="0">

    Reply #6 25 May, 2009, 01:00:06 PM
  • Publish
  • Emosi.. Banyakkan kan istigfar.. Dan berdoa mohon bimbingan ALLAH~
    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    Reply #7 25 May, 2009, 01:12:20 PM
  • Publish
  • Emosi wanita memang sukar dijangka apabila tak dikawal dengan baik..
    Jika kita lihat dari sudut kesihatan,emosi yang tidak terkawal menyebabkan harmon kita meningkat dan bertambah..
    Lebih-lebih lagi apabila wanita hadith,harmon dalam badan akan menyebabkan kita cepat beremosi..
    dan di sini ada beberapa faktor yang menyebabkan perkara utama yang penyebab emosi wanita..
    1. kurang tidur.

    2. Kurang OlahRaga.

    3. Diet (Diet yang ketat mengakibatkan tubuh kekurangan nutrisi yang sangat dibutuhkan tubuh. Hal demikian menyebabkan wanita mudah sakit. Gilirannya, emosi mudah berubah. Karena itu, berhati-hatilah jika berdiet.)

    4. Pre Mentruasi Syndrom (Wanita biasanya menjadi mudah tersinggung dan pemarah pada saat mentruasi atau sebelumnya. Bicaralah dengan dokter Anda. Ada beberapa pengobatan sederhana seperti olahraga, vitamin B1 dan B6,minyak pimrose yang digunakan malam hari dan mengurangi garam dan alkohol seminggu sebelum mentruasi.)

    5. Minuman Beralkohol.

    6. Depresi. (Jika wanita kehilangan rasa ceria dan merasa sedih sepanjang waktu, mungkin itu menderita depresi. Gejala lainnya termasuk kehilangan selera makan, gairah seks, susah tidur atau sebaliknya tidur terlalu banyak. Wanita yang sedang depresi mudah marah. Jika wanita sedang depresi sebaiknya berkonsultasi dengan psikiater.)

    7. Frustasi.

    8. Badan Tak Rasa Selesa. (Jika merasa tubuh tidak fit, wanita perlu menduga penyakit apa yang dideritanya. Wanita yang sedang sakit, mudah marah. Lakukan check up. Dokter akan membantu Anda mencari penyebabnya.)



    Reply #8 31 August, 2009, 12:34:06 PM
  • Publish
  • Jika tak jaga mungkin akan meyumbang kepada penyakit kronik yang lain
    Ikthihar Itu Ada Rahmat
    http://www.hormonlife.com

    Reply #9 24 September, 2009, 04:19:55 PM
  • Publish
  • betul tu....
    emosi wanita susah nak dirmal dan mudah berubah2 sekelip mata.
    bagi lelaki yang faham dan dalm ilmu tentang wanita akan mudah menangani masalah perubahan emosi ni.
    walau pun tak 100% sekurang2nya dapat mengagakperangai wanita ni.

    Reply #10 08 February, 2012, 04:09:41 PM
  • Publish
  • Kaum lelaki patutnya memahami emosi wanita yang sering berubah-ubah serta mendapat maklumat yang mencukupi tentang perihal wanita supaya tidak timbul salah faham.

    Wanita ibarat kaca yang mudah retak ketika waktu kemuncak seperti di atas. Sebarang berita atau kejadian atau maklumat yang tidak diingini sangat-sangatlah mempengaruhi emosinya. (Tambah-tambah lagi waktu haid tu kan syaitan iblis suka menghasut kerana wanita tidak boleh solat.)
    halaqahforum4

    Reply #11 08 February, 2012, 05:27:11 PM
  • Publish
  • wanita mudah berasa ..terasa..jiwa nya lembut..halus...mudah sensitif.

    sebab itu perkara remeh bagi lelaki boleh jadi perkara rumit bagi wanita....

    bagi yang hati batu...memang susah nak menangi hati wanita...

    ego wanita mudah cair....sebab tu ada peribahasa untuk wanita..."sekeras2 kerak nasi akhirnya lembut jua"


    Reply #12 08 February, 2012, 09:13:54 PM
  • Publish
  •  :)
    ada tak wanita yang keras macam saya?

    panas..panas..panas...

    kuang3
    Innamal A`Malu binniat " Segala Amal adalah dengan Niat"
    Asif ala kulli hal "Maaf atas apa2 hal", Wallahualam

    Reply #13 08 February, 2012, 10:04:55 PM
  • Publish
  • Bagi saya emosi sebenarnya yang mempengaruhi kadar pengeluaran hormon. Emosi yang seimbang, berjaya mengawal diri seseorang, meletakkan emosi pada tempatnya, senantiasa meletakkan ketenangan, kesabaran, keredaan pada waktu dan tempat serta keadaan yang sepatutnya, insya Allah kadar hormon yang terhasil menjadikan diri seseorang dapat menguasai keadaan, bukannya keadaan menguasai diri seseorang, seumpama Saidina Ali ra yang tidak jadi membunuh musuh kerana rasa marah.

    Dalam istilahnya, emosi yang tidak stabil inilah letaknya pengaruh nafsu yang tidak elok yang turut menerima bisikan syaitan yang mengalir dalam aliran darah. Hidup berpedomankan ajaran quran dan Nabi saw, insya Allah, emosi mudah terkendali. Perhatikan di sinilah letaknya erti dibekalkan 9 nafsu kepada perempuan dan 1 akal, manakala 9 akal kepada lelaki beserta 1 nafsu.
    "Selagi kita lurus dengan Allah, dunia dalam genggaman."- Sayyidah Nafisah.

    Reply #14 05 June, 2012, 11:16:02 PM
  • Publish
  • Kaum lelaki patutnya memahami emosi wanita yang sering berubah-ubah serta mendapat maklumat yang mencukupi tentang perihal wanita supaya tidak timbul salah faham.

    Wanita ibarat kaca yang mudah retak ketika waktu kemuncak seperti di atas. Sebarang berita atau kejadian atau maklumat yang tidak diingini sangat-sangatlah mempengaruhi emosinya. (Tambah-tambah lagi waktu haid tu kan syaitan iblis suka menghasut kerana wanita tidak boleh solat.)

     :syukur:
    Betultu.Wanita ni kompleks..Penyakit-penyakit wanita pun kompleks.. :senyum:
    Emosinya macam waves..naik turun selalu,lagi-lagi around time period.Bukannya dia nak macamtu,it just happens..naturally..
    Selalunya,kalau dia sensitif tiba2 tu,PMS (Premenstrual Syndrome) latu.. :senyum:
    Menopause pon ada masalah mood2nya juga..
    unpredictable :senyum:
    Hormon ada pengaruh besar terhadap wanita..

    wanita mudah berasa ..terasa..jiwa nya lembut..halus...mudah sensitif.

    sebab itu perkara remeh bagi lelaki boleh jadi perkara rumit bagi wanita....

    bagi yang hati batu...memang susah nak menangi hati wanita...

    ego wanita mudah cair....sebab tu ada peribahasa untuk wanita..."sekeras2 kerak nasi akhirnya lembut jua"



    Betul tu kak Mei..
    Small thing for a man can be a big thing for woman..and vice versa.. :senyum:

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    7 Replies
    17683 Views
    Last post 05 June, 2012, 12:07:52 AM
    by msa
    0 Replies
    1136 Views
    Last post 09 July, 2012, 08:06:45 AM
    by Aliahzakaria
    0 Replies
    118 Views
    Last post 08 November, 2014, 10:53:27 PM
    by Aliahzakaria