JANGAN TANAM POKOK SEMBARANGAN - Page 1

*

Author Topic: JANGAN TANAM POKOK SEMBARANGAN  (Read 17215 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

14 April, 2009, 10:36:01 AM
  • Publish
  •    Orang tua-tua seringkali mengaitkan perkara tahyul dengan pokok tanaman, pokok bunga, batang, daun dan akar kerana dipercayai memberi makna-makna tertentu kepada orang yang menanamnya. Ia memberi petanda samada keuntungan atau kerugian pada pemiliknya.

       Dibawah ini perturunkan perkara-perkara tahyul itu sebagai sebahagian renungan atau kajian, sekurang-kurangnya sekadar untuk pengetahuan. Wallahua’lam

     
    1. Disarankan menanam pokok bunga Cempaka. Kononnya pemilik rumah yang menanam pokok cempaka di halaman rumah akan merasa tenteram dan damai dalam kehidupan hariannya bersama keluarga.

    2. Dilarang menanam bawang. Menanam bawang di halaman rumah akan memberi pengaruh yang menyedihkan iaitu pemiliknya akan selalu ditimpa kesusahan.

    3. Dilarang menanam pokok lada. Pokok lada di halaman rumah akan memberi pengaruh kepada pemiliknya seperti pertengkaran dan perselisihan diantara ahli keluarga.

    4. Disaran menanam pokok pinang merah. Orang yang menanam pokok pinang merah, dikatakan memperolehi keuntungan dan rezeki. Selain itu boleh dijadikan tangkal terutama kepada orang yang bermaksud tidak  baik seperti  ilmu hitam, tuju-tuju, ubat guna-guna dan sebagainya.

    5. Disarankan menanam pokok bunga matahari. Kerana ia dapat memberi kebahagian dan kedamaian serta  keharmonian rumahtangga kepada orang yang menanamnya.

    6. Dilarang menunujukkan bunga pokok-pokok buah-buahan. Perbuatan itu akan membuatkan bunga-bunga tersebut berguguran dan pokok tidak akan berbuah.

    7.Dilarang menanam pokok betik di halaman rumah. Menanam pokok tersebut di halaman rumah akan mengakibatkan pemilikya mendapat sial. Segala  hasil usaha tuan rumah akan merosot hari demi hari.

    8. Dilarang menanam pokok anggur di sekitar rumah. Perbuatan ini dikatakan akan membawa akibat pada tuan rumah iaitu kehilangan mata pencarian.

    9. Dilarang menanam pokok belimbing. Pemilik rumah akan selalu diganggu roh halus yang jahat.

    10. Dilarang menanam pokok jagung dihalaman rumah. Pemiliknya akan selalu dapat penyakit dan selalu bertengkar dengan tetangga ataupu keluarga sendiri.

    11. Dilarang menanam pokok kemboja di halaman rumah. Selain daripada menimbulkan kesan yang menyeramkan seperti terasa berada di tanah perkuburan. Ia juga akan mengundang roh jahat datang menggangu.

    12. Dilarang menebang pokok buluh waktu tengahari. Buluh yang akan digunakan akan cepat rapuh dan patah.

    13. Disaran menanam pokok ciku kerana pemilik rumah akan selalu dihormati masyarakat.
     
    14. Disaran menanam pokok kenanga, melor dan halia kerana ia berguna sebagai penangkal untuk ilmu hitam seperti sihir, tuju-tuju, guna-guna dan sebagainya.

    15. Dilarang menanam pokok beringin di halaman rumah kerana dipercayai menjadi tempat bersemayam roh-roh jahat.

    16. Disaran menanam pokok wijaya kusumah (terdapat di puncak gunung). Dikatakan memberi rezeki yang banyak kepada pemilik rumah terutama jika sedang mekar.

    17. Disaran menanam bunga mawar kerana ia dapat memberi rezeki yang banyak kepada pemilik rumah.

    18. Memiliki bunga kemboja yang berkelopak ganjil juga dikatakan dapat memberi rezeki yang banyak kepada pemilik rumah.

    19. Memiliki buluh tidak berubang dianggap sebagai penangkal kepada ilmu hitam.

    20. Menggantungkan daun sirih ketika menghadapi seseorang. Khabarnya orang yang ditemui itu akan mendengar apa yang kita cakap.

    21. Memasukkan daun sirih ke dalam kasut untuk dipijak ketika mengikuti ujian dapat menimbulkan ketenangan dan meninggalkan rasa simpati pada diri kekasih dan calon mertua.

    22. Menanam pokok keladi besar di empat penjuru rumah dapat menghindari pencuri masuk rumah.

    23. Jika anda seorang peniaga dilarang menanam anggur dihalaman rumah maknanya segala perniagaan anda akan jatuh bangkrap.

    24. Disaran menanam halia di halaman rumah untuk tujun menghalau roh halus.

    Begitulah antaranya perkara-perkara tahyul yang berkaitan dengan tanaman, pokok bunga dan sebagainya. Maka jadikanlah ia sebagai renungan dan bukannya amalan atau kepercayaan.
    "Berpanjangan lah ubudiyah zahir dan batin serta berkekalan lah
    hadir hati serta Allah".Wallahu a'lam bishowab

    Reply #1 22 April, 2009, 05:36:56 PM
  • Publish
  •  :)

    err...bukan ke kita patut percaya dengan kekuasaan ALLAH SWT???
    semalam adalah sejarah,hari ini adalah kenangan dan esok pula penentuan..



    http://fatihah-realitidanfantasi.blogspot.com

    Reply #2 23 April, 2009, 08:16:56 AM
  • Publish
  • Semua perkara dalam kehidupan ini adalah berlandaskan jamal  dan jalal Allah swt.Perkara di atas telah diquotekan sebagai renungan kita sebagai orang Islam tidak membuat perkara2 khurafat , syirik dan yang menyalahi agama.

    Reply #3 28 April, 2009, 03:17:36 PM
  • Publish
  •    Orang tua-tua seringkali mengaitkan perkara tahyul dengan pokok tanaman, pokok bunga, batang, daun dan akar kerana dipercayai memberi makna-makna tertentu kepada orang yang menanamnya. Ia memberi petanda samada keuntungan atau kerugian pada pemiliknya.

       Dibawah ini perturunkan perkara-perkara tahyul itu sebagai sebahagian renungan atau kajian, sekurang-kurangnya sekadar untuk pengetahuan. Wallahua’lam

     
    1. Disarankan menanam pokok bunga Cempaka. Kononnya pemilik rumah yang menanam pokok cempaka di halaman rumah akan merasa tenteram dan damai dalam kehidupan hariannya bersama keluarga.

    2. Dilarang menanam bawang. Menanam bawang di halaman rumah akan memberi pengaruh yang menyedihkan iaitu pemiliknya akan selalu ditimpa kesusahan.

    3. Dilarang menanam pokok lada. Pokok lada di halaman rumah akan memberi pengaruh kepada pemiliknya seperti pertengkaran dan perselisihan diantara ahli keluarga.

    4. Disaran menanam pokok pinang merah. Orang yang menanam pokok pinang merah, dikatakan memperolehi keuntungan dan rezeki. Selain itu boleh dijadikan tangkal terutama kepada orang yang bermaksud tidak  baik seperti  ilmu hitam, tuju-tuju, ubat guna-guna dan sebagainya.

    5. Disarankan menanam pokok bunga matahari. Kerana ia dapat memberi kebahagian dan kedamaian serta  keharmonian rumahtangga kepada orang yang menanamnya.

    6. Dilarang menunujukkan bunga pokok-pokok buah-buahan. Perbuatan itu akan membuatkan bunga-bunga tersebut berguguran dan pokok tidak akan berbuah.

    7.Dilarang menanam pokok betik di halaman rumah. Menanam pokok tersebut di halaman rumah akan mengakibatkan pemilikya mendapat sial. Segala  hasil usaha tuan rumah akan merosot hari demi hari.

    8. Dilarang menanam pokok anggur di sekitar rumah. Perbuatan ini dikatakan akan membawa akibat pada tuan rumah iaitu kehilangan mata pencarian.

    9. Dilarang menanam pokok belimbing. Pemilik rumah akan selalu diganggu roh halus yang jahat.

    10. Dilarang menanam pokok jagung dihalaman rumah. Pemiliknya akan selalu dapat penyakit dan selalu bertengkar dengan tetangga ataupu keluarga sendiri.

    11. Dilarang menanam pokok kemboja di halaman rumah. Selain daripada menimbulkan kesan yang menyeramkan seperti terasa berada di tanah perkuburan. Ia juga akan mengundang roh jahat datang menggangu.

    12. Dilarang menebang pokok buluh waktu tengahari. Buluh yang akan digunakan akan cepat rapuh dan patah.

    13. Disaran menanam pokok ciku kerana pemilik rumah akan selalu dihormati masyarakat.
     
    14. Disaran menanam pokok kenanga, melor dan halia kerana ia berguna sebagai penangkal untuk ilmu hitam seperti sihir, tuju-tuju, guna-guna dan sebagainya.

    15. Dilarang menanam pokok beringin di halaman rumah kerana dipercayai menjadi tempat bersemayam roh-roh jahat.

    16. Disaran menanam pokok wijaya kusumah (terdapat di puncak gunung). Dikatakan memberi rezeki yang banyak kepada pemilik rumah terutama jika sedang mekar.

    17. Disaran menanam bunga mawar kerana ia dapat memberi rezeki yang banyak kepada pemilik rumah.

    18. Memiliki bunga kemboja yang berkelopak ganjil juga dikatakan dapat memberi rezeki yang banyak kepada pemilik rumah.

    19. Memiliki buluh tidak berubang dianggap sebagai penangkal kepada ilmu hitam.

    20. Menggantungkan daun sirih ketika menghadapi seseorang. Khabarnya orang yang ditemui itu akan mendengar apa yang kita cakap.

    21. Memasukkan daun sirih ke dalam kasut untuk dipijak ketika mengikuti ujian dapat menimbulkan ketenangan dan meninggalkan rasa simpati pada diri kekasih dan calon mertua.

    22. Menanam pokok keladi besar di empat penjuru rumah dapat menghindari pencuri masuk rumah.

    23. Jika anda seorang peniaga dilarang menanam anggur dihalaman rumah maknanya segala perniagaan anda akan jatuh bangkrap.

    24. Disaran menanam halia di halaman rumah untuk tujun menghalau roh halus.

    Begitulah antaranya perkara-perkara tahyul yang berkaitan dengan tanaman, pokok bunga dan sebagainya. Maka jadikanlah ia sebagai renungan dan bukannya amalan atau kepercayaan.

    Salam
    Terima kasih dgn maklumat ini.
    Saya sebelum ni tak pernah dengar tentang pantang larang org tua2 yang macam ni.
    Sekarang barula tau tanam pokok pun ada tahyulnya...

    Reply #4 23 October, 2012, 07:50:04 AM
  • Publish
  • pantang larang alam melayu, banyak di pengaruhi oleh, Bunian, Jin, Syaitan

    Bunian Jin Syaitan itulah yang kini menganggu ramai orang
    di tambah dengan sifat manusia sendiri, membaca al quran tak mengambil pelajaran, Allah tambah syaitan syaitan kepada diri yang seperti tu

    inshallah ya, manusia - Khalifah
    manusia, makhluk terbaik

    inshallah

    Basmallah, bujur lalu melintang patah

    sunnah, ikuti, semuga dapat bertaqwa

    inshallah

    Reply #5 23 October, 2012, 08:15:34 AM
  • Publish
  •  :)

    Saya tak pernah dengar kita dilarang tanam pokok-pokok tertentu..bagaimana dengan orang yang berniaga jual tanam-tanaman,pokok bunga,sayur-sayuran dan buah-buahan..
    Seorang petani,atau yang gemar akan tanam-tanaman ni takkan dibiarkan tanah kosong begitu saja,tak dibiarkan rumput naik meliar,akan ditanam dengan pelbagai tanam-tanaman..
    Selagi ada orang yang membeli tanam-tanaman tersebut,selagi mana hasilnya memberi faedah kepada orang ramai,selagi itulah ganjaran dapat kepada si penanam..

    wallahualam..

    Reply #6 23 October, 2012, 08:47:27 AM
  • Publish
  • -salam-

    Kesian kat pokok tu.. Manusia memilih-milih nak tanam. Kena fikir 10x baru boleh tanam. Tumbuhan pun nak jugak hidup..

    Lagipun, bukan ke tumbuh-tumbuhan membekalkan oksigen..

    halaqahforum4

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    18 Replies
    17806 Views
    Last post 26 August, 2009, 10:23:12 AM
    by Ummi Munaliza
    2 Replies
    3447 Views
    Last post 28 January, 2010, 01:18:54 PM
    by shakila
    6 Replies
    1340 Views
    Last post 30 November, 2011, 12:32:14 PM
    by fathrulrazi