Sirah Ibnu Hisham

*

Author Topic: Sirah Ibnu Hisham  (Read 6157 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

abdul basit

  • *
  • Posts: 5
    • View Profile
13 April, 2009, 10:59:53 AM
  • Publish
  •  :)

    Ana ingin bertanya kepada saudara@i y tau tentang sirah ibnu hisham sbb ade ust. kite d tnh air y tdk mnerima pkai kitab tersebut kerana dikatakan riwayat dr beliau tdk boleh dtrima pakai..sedangkan rmai ustaz2 kter y mngkuliahkan kitab tersebut.
    mohon penjelasan...

    Syukran kathiran..

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #1 13 April, 2009, 04:33:50 PM
  • Publish


  • Kitab Sirah Nabawiyah susunan Ibnu Hisham yang sangat masyhur dalam dunia Islam adalah merupakan sebuah
    kitab yang sangat-sangat diperlukan oleh setiap individu mahupun kumpulan yang inginkan sebuah perbahasan
    lmiyah perjalanan sirah Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Di dalamnya memberi suatu gambaran dan
    penjelasan yang detail berkenaan perjuangan dan jalan sejarah dakwah nabi kita.

    Kitab ini merupakan antara kitab-kitab sirah yang sangat terpercaya dalam pelbagai rujukan dan kajian sejarah
    Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    halawah

    • *
    • Posts: 2606
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #2 13 April, 2009, 04:44:55 PM
  • Publish
  • Promosyen ke ni?
    Beli-beli jangan tak beli harta hati dan akal untuk kebahagiaan dunia akhirat...
    tapi dimana yaaaa!
    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #3 13 April, 2009, 04:51:59 PM
  • Publish

  •                Biodata Ibnu Hisyam

    Abu Muhammad 'Abd al-Malik bin Hisham (Bahasa Arab: أبو محمد عبدالمالك بن هشام),
    atau Ibnu Hisham (meninggal 833) menyunting biografi Muhammad yang ditulis Ibnu Ishaq.
    Karya Ibnu Ishaq telah hilang dan sekarang hanya diketahui dalam resensi Ibnu Hisham dan al-Tabari.
    Ibnu Hisham dibesarkan di Basra, Irak, namun kemudian pindah ke Mesir, [1] dimana dia memperoleh
    gelaran sebagai ahli tata bahasa dan siswa kebahasaan dan sejarah. Keluarganya berasal dari Himyarite,
    meskipun beberapa narator menganggapnya dari Mu'afir bin Ya'far, ketika yang lain mengatakan dia
    adalah seorang Dhuhli.[2]



     Referensi

       1. Mustafa al-Suqa, Ibrahim al-Abyari and Abdul-Hafidh Shalabi, Tahqiq Sirah an-Nabawiyyah li Ibn Hisham,
              Dar Ihya al-Turath, p. 24
       2. Ibid, p. 23

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #4 13 April, 2009, 05:05:05 PM
  • Publish

  • Kenapa Sirah Ibnu Hisyam tidak diterima pakai adalah kerana beliau berguru dengan Ibnu Ishaq yang di gelar perosak sejarah.


    [box title=TENTANG IBNU ISHAQ : PEROSAK SEJARAH AWAL ISLAM]


    Namanya Muhamad bin Ishaq . Hidup sezaman dengan Imam Malik dan pernah berjumpa dengan Anas bin Malik dan Said ibnu Musayyab.

    Beliau tidak rasminya diangkat sebagai ‘bapa sirah’ dan cerita-cerita sirah yang bersumber dari beliau banyak bertebaran dalam kitab-kitab sirah kemudiannya . Malah dalam sukatan pelajaran Universiti Al-Azhar terdapat cerita-cerita yang bersumber dari beliau.

    Salah seorang anak muridnya Ibnu Hisham telah mengutip secara bebas ( ataupun dengan tapisan yang ringan) cerita-cerita dari Ibnu Ishaq dan memuatkannya di dalam kitabnya yang termasyhur Sirah Ibnu Hisham, sebuah kitab rujukan sirah yang utama masakini.

    Ibnu Ishaq ialah seorang penganut Syiah . Anutannya telah mempengaruhi cara beliau berfikir dan telah banyak diabadikan di dalam kitab-kitab yang beliau nukilkan atau dalam siri pengajiannya.

    Banyak cerita-cerita ganjil berkenaan kehidupan dan suasana awal Islam yang bersumber hanya dari beliau seorang. Cerita-cerita ini banyak untuk menyokong fahaman syiahnya iaitu samada mengangkat Saidina Ali ra atau keluarganya, mengurangkan sumbangan atau memburuk-burukkan sahabat yang lain terutama Saidina Muawiyah serta sahabat-sahabat utama seperti Abu Bakar , Umar ra

    Di antara cerita yang diriwayatkan oleh beliau yang dipertikaikan oleh Ulamak ialah:

    a) Kisah Hindun ra , ibu kepada saidina Muawiyah, yang dikatakan memakan jantung Saidinia Hamzah. Cerita ini tidak pernah diceritakn oleh orang lain malah dalam Shahih Bukari , Wahsyi ra yang membunuh Saidina Hamzah tidak pernah menyebut tentang kisah ini. Motif utama ialah mencacatkan Hindun, ibu kepada Muawiyah , musuh utama golongan Syiah.

    b) Kekarutan dalam cerita-cerita tentang Muawiyah ra dengan menggambarkan beliau sebagai seorang pemutar belit dan suka mengambil kesempatan. Motifnya ialah untuk mencederakan peribadi sahabat besar ini kerana dengan tercederanya beliau bermakna Quran yang ada hari ini berkemungkinan tercedera juga, kerana beliau adalah salah seorang jurutulis wahyu nabi.

    c) Cerita hijrah nabi saw dari rumah beliau saw pada waktu malam dengan Saidina Ali menggantikan tempat tidur baginda saw. Pada mata kasarnya ianya menunjukkan keberanian, kepatuhan dan pengorbanan Saidina Ali. Tetapi dalam kitab hadis paling sahih, Sahih Bukhari , mengatakan nabi saw berhijrah dari rumah Saidina Abu Bakar di waktu siang hari . Dalam Sahih Bukhari dinyatakan dengan jelas peranan keluarga Abu Bakar seperti Abd Rahman, Asma’ dan lain-dain dalam peristiwa hijrah ini. Tidak lain cerita yang dibawa oleh Ibnu Ishak ialah untuk menutup sumbangan dan pengorbanan besar Abu Bakar ra sekeluarga sesuai dengan akidah Syiah yang mengkafirkan sahabat-sahabat besar seperti Abu Bakar, Umar, Usman, Aisyah dan seterusnya.

    d) Kisah Isra’ nabi dari rumah Ummu hani’ . Ummu Hani ialah kakak kepada Saidina Ali dan masa ini masih lagi belum Islam . Secara sepintas lalu dapat diperhatikan Ibnu Ishak cuba mengaitkan setiap peristiwa besar dengan Saidina Ali sekeluarga. Tetapi dalam kes ini beliau sebenarnya cuba mencederakan maruah Rasullullah saw sendiri . Kalau cerita ini benar, kita akan mengatakan bahawa nabi saw bersunyi-sunyi ( atau tidur) di rumah isteri orang tanpa kehadiran suaminya. Alangkah dahsyatnya fitnah yang ingin dilemparkan oleh Ibnu Ishaq terhadap nabi saw.

    e) Kisah mempersaudarakan Ali ra dengan nabi saw. Suatu kisah yang tidak masuk akal bila dipandang dari tujuan ‘mempersaudarakan’ itu sendiri, kerana sememangnya Ali adalah saudara kepada nabi saw dan beliau ra adalah sama-sama dari Mekah. Tidak lain ini adalah untuk menaikkan martabat Ali ra dari yang sepatutnya untuk merasionalkan hujjah bahawa beliaulah yang sepatutnya dilantik menjadi khalifah selepas wafatnya nabi saw.

    Banyak lagi kisah aneh yang dikeluarkan oleh beliau seorang. Maka tidak menghairankan bila ulamak besar mengatakan :

    ”…..salah seorang dajjal ” , ” Kami telah menghalau Ibnu Ishaq keluar dari Madinah” - Imam Malik

    “Dia meriwayatkan hadith-hadith karut dari orang-orang majhul ( orang yang tidak diketahui latarbelakangnya) ” - Ali Ibnu Al-Madini

    ” Muhammad bin Ishaq adalah di antara perawi-perawi yang tidak menepati syarat-syarat hadith sahih” - Imam Nawawi

    “Aku bersaksi bahawa Muhammad bin Ishaq adalah pendusta besar ” - Yahya bin Said al-Qatthan

    Mereka yang men’ta’dil’ kannya bersikap demikian kerana tidak mengetahui dengan jelas kedudukan sebenar beliau samada kerana tidak hidup sezaman dengannya atau tidak dapat mengesan sifat sebenar disebabkan oleh sikap “Taqiyah” yang diamalkan sesuai dengan kehendak ajaran Syiah yang dianutinya.

    Catatan sejarah perlu diperbetulkan kerana ini akan menjaga keutuhan agama Islam ini sendiri. Kita tidak akan berpuashati menganut agama Islam sekiranya nabinya besekedudukan dengan isteri orang, sahabat-sahabat utama yang meneruskan syiar ini berperangai tidak senonoh malah menjadi kafir selepas peninggalan nabi saw, jurutulis wahyu di mana Quran yang kita pegang hari ini merupakan orang yang tidak boleh dipercayai dan sentiasa mencari peluang untuk habuan dunia malah beliau datang dari keluarga yang tidak bertamaddun.

    Sikap yang perlu diambil ialah kita wajib menolak seorang yang bernama Muhammad bin Ishaq secara total untuk menyelamatkan Islam yang kita cintai ini secara total.

    Wallahua’lam.. [/box]

    halawah

    • *
    • Posts: 2606
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #5 13 April, 2009, 05:34:21 PM
  • Publish
  • Ini kisah Peperangan UHUD lah ya!

    Dikiaskan hal-ehwal yang sedang bergolak semasa ini? :msya:

    Maka buku ini membahaskan agar terungkap segala peristiwa yang terjadi?

    haidar

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Reply #6 13 April, 2009, 05:38:06 PM
  • Publish
  • salam,

    apa2 rwyat yang dikaitkan dengan RAsulullah s.a.w. dan para sahabat, biar dalam mana2 kitab sekalipun perlu dinilai berdasarkan metode ilmiah yang diakui  sahih dan mapan iaitu menilai dan menimbang riwayat mengikut neraca ilmu riwayat dan dirayah. in bererti perlu kepada kaedah sanad dan jarh wa ta'dil serta ilmu2 islam yang lain berdasarkan kepada kefahaman tentang prinsip2 syariat yang kulli.

    setelah itu baru boleh diterima sebagai fakta sejarah.

    ahmad_siddiqui

    • *
    • Posts: 525
    • "Aku menyembuhkan jiwaku kerana perbuatannya."
      • View Profile
    Reply #7 16 May, 2009, 01:05:34 PM
  • Publish
  • salam. sekadar pandangan. kalaulah kita lihat matan2 yang diriwayatkan oleh ibn ishaq kebanyakannya menerjah para sahabat, maka tidak hairanlah ibn ishaq dikatakan golongan syiah. ulamak rijal (ulamak yang mengkaji silsilah perawi hadis) termasuk imam malik, menolak ibn ishaq, hadis yang diriwayatkannya automatik jadi daif. jadi kitab sirah ibnu hisyam adalah daif untuk dijadikan rujukan umat, kerana padanya ada racun halus merosakkan para sahabat terutamanya ASWJ. masih banyak lagi kitab sirah yang tidak kurang sahih dan hebatnya seperti, al-bidayah wan nihayah dan yang paling sahih kitab sahih bukhari di dalamnya ada diceritakan sirah yang jelas bertentangan dengan riwayat yang lemah.
    "Aku hanyalah insan biasa yang menyatakan sesuatu hari ini, mungkin esok ku ubah kembali, dan mungkin lusa ku ubah lagi.." -Imam Abu Hanifah.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    0 Replies
    1781 Views
    Last post 16 October, 2011, 09:57:57 PM
    by sunnatulhuda
    Sirah

    Started by umi muslimah Kisah

    1 Replies
    428 Views
    Last post 08 June, 2012, 10:15:41 AM
    by mama_ziera
    5 Replies
    1020 Views
    Last post 08 October, 2013, 06:36:12 AM
    by Abusofea