Azab dan Nikmat Kubur Dalam Al-Quran dan Al-Hadith

Author Topic: Azab dan Nikmat Kubur Dalam Al-Quran dan Al-Hadith  (Read 5426 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Ummi Munaliza

  • *
  • Posts: 14528
  • Anniversary Ke 30
    • View Profile
12 April, 2009, 03:00:23 PM
  • Publish Di FB
  • MUKADDIMAH :

    AZAB DAN NIKMAT KUBUR

    BUKAN SUATU YANG MUSTAHIL :


    Sungguh banyak perkara yang tidak dapat disaksikan oleh mata kasar di dalam alam dunia ini tetapi kita yakini akan wujudnya. Dan bukan saja tentang kewujudannya malahan apa yang dirasakan oleh rohani juga dapat dirasakan oleh jasmani. Di antara contoh perkara tersebut ialah :


    Beberapa orang yang tidur nyenyak di atas satu hamparan. Di antara mereka ada yang bermimpi indah. Ketika bangun jasadnya turut merasakan nikmat yang dirasakan oleh rohnya ketika dalam mimpi. Demikian sebaliknya , orang yang bermimpi buruk dan mengerikan. Bukan saja rohnya tersiksa tetapi badan juga terasa tersiksa. Mereka yang tidur berhampiran masing-masing tidak mengetahui apa yang dirasakan oleh rakannya. Jika perkara seperti ini tidak dapat kita ingkari hakikat kewujudannya maka demikianlah dengan alam barzakh , malahan kejadian di alam barzakh akan lebih hebat lagi.


    Malaikat Jibril 'Alaihissalam yang turun membawa wahyu kepada Rasulullah s.a.w. dalam bentuk seorang lelaki. Baginda s.a.w. dapat melihatnya dan mendengar ucapannya sedangkan para sahabat yang berada disekeling baginda s.a.w. tidak dapat melihat dan mendengarnya.


    Para Jin bercakap dengan sesama mereka dengan suara yang lantang. Mereka berada ditengah-tengah umat manusia tetapi kita tidak mendengar pertuturan mereka.


    Berdasarkan beberapa contoh di atas nyatalah bahawa azab dan nikmat kubur bukanlah suatu yang mustahil terjadi. Bagi mereka yang mempunyai keimanan yang mantap , ilmu pengetahuan agama yang mencukupi , yakin akan kodrat atau kuasa Allah yang tiada tandingannya pasti akan yakin akan adanya siksaan dan nikmat kuburan.


    Hanya orang jahil dan sesat serta suka mendustakan ucapan Rasulullah s.a.w. dan meragukan kodrat Allah sajalah yang akan mengingkari adanya azab dan nikmat kubur.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #1 12 April, 2009, 03:04:06 PM
  • Publish Di FB
  • DALIL-DALIL ADANYA AZAB  DAN NIKMAT DALAM KUBUR :


    Dalil-dalil dari Al-Quran :

    " Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di waktu orang-orang yang zalim (berada) di dalam tekanan-tekanan sakratulmaut , sedang para malaikat memukul dengan tangannya (sambil berkata) : " Keluarkanlah nyawamu ". Di hari ini kamu dibalas dengan siksaan yang sangat menghinakan , kerana kamu selalu mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar dan (kerana) kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayat-Nya ". ( Al-An’aam / 6 : 93 )


    Ungkapan “ Di hari ini kamu dibalas dengan siksaan yang sangat menghinakan “ mengandung makna azab ketika akan mati atau azab di dalam kubur sebab jika yang dimaksudkan azab di sini setelah hancurnya dunia (kiamat) maka tidak tepat istilah “ Di hari ini kamu dibalas “ digunakan di sini.

    " Maka Allah memeliharanya dari kejahatan tipu daya mereka , dan Fir'aun beserta kaumnya dikepung oleh azab yang amat buruk. Kepada mereka dinampakkan neraka pada pagi dan petang , dan pada hari terjadinya Kiamat. (Dikatakan kepada malaikat) : " Masukkanlah Fir'aun dan kaumnya ke dalam azab yang amat keras ". ( Al-Mukmin / 40 : 45 -46 )


    Allah S.W.T. memperlihatkan azab kepada Firaun dan pengikutnya pagi dan petang kemudian akan menyiksa mereka dengan azab yang keras setelah kiamat. Ini bermakna azab sebelum kiamat itu adalah azab kubur , bukan azab di akhirat (neraka) dan bukan pula di dunia kerana beberapa sebab :


    Azab tersebut sebelum kiamat.

    Di alam akhirat tidak ada pagi dan petang.
    Azab tidak diperlihatkan (‘aradh) kepada Fir’aun di dunia.
    Ayat ini untuk umum , tidak hanya khusus untuk Fir’aun dan pengikutnya saja. ( Kaedah Ilmu Tafsir )(25)

    " Disebabkan kesalahan-kesalahan mereka , mereka ditenggelamkan lalu dimasukkan ke neraka , maka mereka tidak mendapat penolong-penolong bagi mereka selain dari Allah ". ( Nuh / 71 : 25 )


    Ayat ini menyatakan azab yang ditimpakan ke atas oarng-orang dari umat Nabi Nuh a.s. Setelah mereka ditenggelamkan kerana kesalahan-kesalahan mereka  lalu Allah sambung dengan  “ lalu mereka dimasukkan ke neraka “. Maksud : mereka dimasukkan ke neraka di sini adalah azab kubur , bukan azab neraka setelah kiamat sebab kata sambung ( ‘ataf) yang digunakan di sini adalah huruf  . Menurut kaedah bahasa Arab , kegunaan kata sambung mengandung makna tertib yang dekat bukan berselang lama.


    Atas dasar ketentuan itu maka maksud ayat : Umat Nuh yang durhaka itu dimasukkan ke dalam neraka langsung setelah mereka ditenggelamkan tanpa menunggu lama. Demikianlah menurut zahir ayat , bukan azab masuk api neraka setelah kiamat terjadi kerana azab tersebut masih lama setelah kejadian taufan Nabi Nuh a.s.

    " Bermegah-megahan telah melalaikan kamu , sampai kamu masuk ke dalam kubur ". ( Al-Takaathuir / 102 : 1-2 )


    Saidatina Aisyah r.a dan Saidina 'Ali r.a berkata : ” Kami masih meragukan akan adanya azab kubur sehingga turunlah ayat ini ”. ( HR Imam Tarmidzi )

    " Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku , maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta ". ( Tahaa / 20 : 124 )


    Imam Ibn Kathir ketika menafsirkan ayat di atas berkata : Dari Abi Hurairah dari Nabi s.a.w. “ maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit “ maksudnya adalah azab kubur. ( Sanad hadis ini jayyid yakni baik )

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #2 12 April, 2009, 03:06:17 PM
  • Publish Di FB
  • Dalil-dalil dari Al-Hadith.

    Jika direnung dengan cermat hadis-hadis yang berkaitan dengan azab dan nikmat kubur nescaya kita akan dapati bahawa hadis-hadis tersebut adalah sebagai perincian dan tafsiran terhadap ayat-ayat Al-Quran yang berhubungan dengannya. Adapun hadis-hadis tersebut , antaranya :

    Daripada Ibn Abbas r.a. : " Sesungguhnya Nabi s.a.w. melalui dua kuburan , lalu baginda s.a.w bersabda : Sesungguhnya kedua dua penghuni kuburan ini sedang disiksa dan mereka tidaklah disiksa kerana dosa besar , adapun yang seorang disiksa kerana tidak istinjak setelah kencing , sedangkan yang satu lagi kerana suka mengadu-domba. Kemudian baginda s.a.w. meminta satu pelepah korma lalu dibelahnya menjadi dua , lalu bersanda : Semoga pelepah korma ini akan dapat meringankan siksaan mereka berdua selama ia belum kering ".( HR Bukhari dan Muslim )

    Daripada Zaid Bin Thabit r.a berkata : Ketika Rasulullah s.a.w. berada di kawasan Bani Najjar sambil menonggang baghlnya dan kami bersamanya , tiba-tiba baghlnya terkejut dan hampir saja baginda terjatuh. Kiranya di kawasan itu terdapat enam atau lima atau empat kuburan , lalu baginda s.a.w. bertanya : Siapakah di antara kamu yang mengetahui penghuni-penghuni kuburan ini ? Seorang lelaki menjawab : Saya. Baginda s.a.w. bertanya lagi : Bilakah mereka mati ? Lelaki tersebut menjawab : Mereka mati dalam syirik. Lalu baginda s.a.w. bersabda : Sesungguhnya umat ini (penghuni-penghuni kuburtan ini) sedang disiksa di dalam kuburan mereka. Andaikata mereka tidak dikuburkan nescaya aku memohon kepada Allah agar Dia memperdengarkan kepada kamu siksaan kubur sebagaimana yang aku mendengarnya. ( HR Muslim )

    Daripada Abi Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda : " Jika salah seorang dari kamu selesai membaca tasyahhud akhir (dalam solatnya) maka hendaklah ia memohon kepada Allah daripada empat perkara : Daripada azab Jahannam , dan daripada azab kubur , dan daripada fitnah hidup dan mati , dan daripada fitnah Dajjal ". ( HR Muslim dan Semua Sunan )

    Daripada 'Aisyah r.a. katanya : Seorang wanita tua daripada kalangan orang-tua orang-tua Yahudi Madinah telah masuk menemuiku , lalu dia berkata : Sesungguhnya penghuni-penghuni kubur disiksa di dalam kuburan mereka. 'Aisyah r.a. berkata : Aku merasa ragu untuk membenarkan (ucapannya) itu. Lalu dia (wanita-tua itu) keluar. Dan ketika itu Rasulullah s.a.w. masuk menemuiku ,maka akupun bertanya : Ya Rasulallah ! Sesungguhnya seorang wanita-tua daripada kalangan wanita-tua wanita-tua Yahudi Madinah masuk menemuiku dan dia mendakwa bahawa penghuni-penghuni kubur disiksa di dalam kuburan mereka ? Baginda s.a.w. bersabda : Benar dia , sesungguhnya mereka disiksa dengan siksaan yang boleh didengar oleh semua binatang. Aisyah r.a. berkata : Setelah peristiwa itu aku tidak pernah melihat baginda s.a.w. solat melainkan baginda s.a.w. memohon perlindungan daripada siksaan kubur. ( HR Bukhari dan Muslim )

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #3 12 April, 2009, 03:08:11 PM
  • Publish Di FB
  • GHAIB HAKIKI DAN GHAIB IDHAFI :


    Pada asalnya hanya Allah S.W.T yang mengetahui akan perkara ghaib. Ini sebagaimana firman Allah :
    Katakanlah : “ Tidak seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib , kecuali Allah “, mereka tidak mengetahui bila mereka akan dibangkitkan. ( Al-Naml / 27 : 65 )


    Namun demikian menurut pandangan ASWJ bahawa Allah S.W.T. juga berkuasa untuk memberitahu Rasul-Nya beberapa perkara ghaib. Ini berdasarkan firman Allah :
    ( Dia adalah Tuhan ) Yang Mengetahui yang ghaib , maka Dia tidak memperlihatkan kepada seseorang tentang yang yang ghaib itu. Kecuali kepada Rasul yang iredhai-Nya … ( Al-Jinn / 72 : 26 – 27 )


    Atas dasar itulah kita yang menganut fahaman ASWJ membagi perkara ghaib kepada dua jenis , iaitu :

    Ghaib Hakiki , iaitu perkara ghaib yang hanya diketahui oleh Allah. Tidak seorangpun dari kalangan makhluk-Nya yang mengetahui jenis ghaib ini walaupun Malaikat ataupun para Rasul. Contohnya : Bilakah kiamat akan terjadi.


    Ghaib Idhafi , iaitu beberapa perkara ghaib yang dapat diketahui oleh para Rasul kerana mereka diberitahu oleh Allah melalui wahyu. Contohnya : Nabi s.a.w. dapat menyatakan beberapa tanda-tanda kiamat akan terjadi seperti : matahari akan terbit dari sebelah barat , pengembala miskin akan memiliki bangunan tinggi dan lain-lain.


    Adanya ghaib idhafi ini diperkuatkan oleh firman Allah , antaranya :
    " Dan Dia (Muhammad) bukanlah seorang yang bakhil untuk menerangkan yang ghaib ". ( Al-Takwir / 81 : 24 )


    Oleh itu , adalah keliru kalau ada orang yang mendakwa kononnya Rasulullah s.a.w. tidak ada otoriti untuk menyatakan perkara-perkara ghaib kerana baginda s.a.w. mempunyai keistimewaan yang tidak dimilki oleh manusia biasa walaupun bergelar bomoh atau dukun. Baginda s.a.w. mendapat wahyu dan ucapan baginda s.a.w adalah wahyu , bukan berdasarkan hawa nafsu. Allah S.W.T. menjelaskan di dalam Al-Quran :
    " Katakanlah : " Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang manusia seperti kamu , yang diwahyukan kepadaku ……. ". ( Al-Kahf / 18 : 110 )

    " Dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya ".( Al-Najm / 53 : 3-4 )

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #4 12 April, 2009, 03:11:01 PM
  • Publish Di FB
  • DALIL GHAIB HAKIKI DAN GHAIB IDHAFI DARI AL-QURAN DAN AL-HADITH :


    Sungguh banyak ayat Al-Quran yang menyuruh kita orang-orang yang beriman agar mematuhi Allah dan Rasul-Nya. Malahan jika terjadi percanggahan pendapat di antara sesama kita tentang sesuatu perkata kita disuruh agar mengembalikan perkara tersebut kepada Allah dan Rasul-Nya iaitu kepada Al-Quran dan Al-Hadith. Ini berdasarkan firman Allah :
    " Hai orang-orang yang beriman , taatilah Allah dan taatilah Rasul(Nya) dan Ulil Amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu , maka kembalikan ia kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (sunnahnya) , jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya ". ( Al-Nisaa' /4 : 59 )


    Rasulullah s.a.w. bukan hanya bertugas sebagai " postman " atau penyampai sahaja terhadap risalah Allah kepada umatnya sebagaimana dakwaan golongan ingkar sunnah atau anti hadith , tetapi baginda s.a.w. juga pada masa yang sama bertugas sebagai juru penerangan dan pemberi menjelaskan terhadap keumuman atau apa yang tersirat di dalam Al-Quran. Tugas ini diperjelaskan sendiri oleh Allah S.W.T. di dalam firman-Nya :

    " Dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran, agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan ". ( Al-Nahl / 16 : 44 )


    Atas sebab itu , walaupun Al-Quran tidak menyatakan secara jelas tentang azab dan nikmat kubur , namun penjelasan Rasulullah s.a.w. tentangnya secara terperinci wajib kita imani dan yakini. Apalagi hadis-hadis yang menerangkan tentang azab dan nikmat kubur sebagaimana yang dipaparkan di atas adalah hadis-hadis yang sahih belaka dan kuat derjatnya.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #5 12 April, 2009, 03:12:26 PM
  • Publish Di FB
  • SEBAB-SEBAB AZAB KUBUR :


    Al-‘Allamah Al-Safaarainiy berkata : Sebab-sebab penghuni kuburan disiksa terbagi kepada dua bahagian , iaitu :


    (1) Global (mujmal) ; Mereka disiksa di dalam kuburan kerana kejahilan mereka terhadap Allah dan enggan mematuhi suruhan Allah serta melakukan maksiat. Azab kubur dan azab akhirat adalah akibat daripada murka Allah kepada hamba-Nya. Siapa yang dimurkai Allah di dunia ini kerana durhaka kepada-Nya dan tidak segera taubat kepada-Nya lalu mati dalam keadaan demikian maka untuknya azab kubur setimpal dengan kemurkaan Allah kepadanya.


    (2) Terperinci (mufassal) ; Rasulullah s.a.w. pernah dipelihatkan atau diperdengarkan azab kubur ketika baginda s.a.w. melalui dua kuburan , yang satu disiksa kerana suka mengadu domba (namimah) sedangkan yang satu lagi kerana tidak istinjak setelah kecil. ( HR Bukhari dan Muslim ). Rasulullah s.a.w. bermimpi (semua mimpi para rasul adalah wahyu) diperlihatkan oleh Allah kepadanya sebab-sebab manusia disiksa di dalam kubur : orang yang solat tanpa bersuci (taharah) , orang yang melalui seseorang yang sedang dizalimi lalu enggan menolongnya , orang yang membaca Al-Quran lalu tidur pada malamnya kemudian tidak mengamalkan apa yang dibacanya itu pada waktu siangnya , orang yang berzina , orang yang makan riba , orang yang malas solat Subuh , orang yang enggan mengeluarkan zakat , orang yang gemar menyibar fitnah di dalam masyarakat , orang yang takabbur (sombong) ,orang yang riyak , orang suka mencaci orang lain apakah melalui ucapannya atau tindakannya. (HR Bukhari ).

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #6 07 July, 2012, 10:39:05 AM
  • Publish Di FB
  • Sangat bagus, untuk mengamalkan berdoa dalam hati selepas membaca tasyahud akhir sebelum salam, seperti mana sabda Rasullulah yang bermaksud:
    Daripada Abi Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda : " Jika salah seorang dari kamu selesai membaca tasyahhud akhir (dalam solatnya) maka hendaklah ia memohon kepada Allah daripada empat perkara : Daripada azab Jahannam , dan daripada azab kubur , dan daripada fitnah hidup dan mati , dan daripada fitnah Dajjal ". ( HR Muslim dan Semua Sunan )

    Hj Naim

    • *
    • Posts: 715
      • View Profile
    Jawab #7 18 July, 2012, 11:57:24 AM
  • Publish Di FB
  • Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya, tiba2 kain kafan itu bergerak. Apabila merekamembuka kain kafan itu, mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

    Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak
    membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."

    Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di
    antaranya;

    1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang
    2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
    3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Maka inilah balasannya"
    .

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    10 Replies
    4923 Views
    Last post 26 September, 2007, 08:16:17 AM
    by swordofdeen
    1 Replies
    785 Views
    Last post 13 March, 2010, 09:00:22 PM
    by mohdazri
    4 Replies
    3142 Views
    Last post 14 September, 2010, 01:42:21 AM
    by syarqowy