PETUA UNTUK MENGHALANG ANAI-ANAI MEMBIAK

Author Topic: PETUA UNTUK MENGHALANG ANAI-ANAI MEMBIAK  (Read 28289 times)

0 Halaqian and 2 Guests are viewing this topic.

acit

  • *
  • Posts: 703
  • Ilahi anta maksudi wa redho ka matluubi
    • View Profile
11 April, 2009, 05:03:23 PM
  • Publish Di FB
  •  :ins:  Petua ini sebagaimana saya dah cuba sendiri dibeberapa tempat ,  :syukur: Sang Anai-anai terpaksa akur dengan pukulan "KO" sehingga merajuk bawa diri.
    Ambil hati pari ( kalau boleh ikan pari yang besar - minta free je kat pasar tu... ) ditanam dikeliling rumah mengikut anggaran jarak yang berpatutan atau ditanam di dalam lubang yang yang dikorek dalam rumah ( ditepi lubang anai-anai ).Kalau dalam rumah , tutop lantai tersebut dengan filler atau simen supaya tidak dihurungi semut.Begitu juga ia ditanam pada pangkal pokok ( seperti Durian ) yang mengalami masalah yang sama.Tapi awas ! gunakan glove untuk memegang hati pari ; bau hati pari yang lama akan melekat pada tangan anda , takut nanti anda yang "KO" , bukannya anai-anai.Rumah yang baru dibina juga lagi bagus tanamkan hati pari terlebih dahulu dibawahnya atau ditepi foundation atau beamnya.Selamat mencuba.Cubalah try !
    « Last Edit: 09 May, 2009, 12:50:45 PM by Munaliza Ismail »
    "Berpanjangan lah ubudiyah zahir dan batin serta berkekalan lah
    hadir hati serta Allah".Wallahu a'lam bishowab

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #1 09 May, 2009, 12:59:35 PM
  • Publish Di FB


  • Ini rupa anai-anai...anai-anai pun ada ratunya macam spesis semut. Nama scientific anai-anai ialah Isoptera ,bahasa Inggeris pest.


    [box title=Kenapa anai-anai perlu dikawal pembiakan di kawasan kediaman?]ANAI-ANAI ialah sejenis serangga perosak yang memakan kayu lalu merosakkan tiang, lantai, dinding rumah, buku dan perabot rumah. Rupanya seakan-akan semut dan warnanya putih, tetapi anai-anai bukanlah jenis semut. Badan anai-anai tidak bersayap berwarna putih dan lembut. Ia juga mempunyai bahagian mulut dan sesungut.

    Anai-anai hidup berkumpulan dengan tiga kasta anai-anai iaitu raja dan ratu tugasnya membiak, anai-anai pekerja mencari makan dan anai-anai askar bertugas mempertahankan kumpulannya apabila diserang semut.

    Raja dan ratu anai-anai ialah anai-anai yang paling sempurna. Raja anai-anai bersayap dan warnanya kelabu, mempunyai mata dan boleh melihat. Ratu anai-anai berabdomen besar, berwarna kekuningan dan boleh membesar sehingga 4 sentimeter. Tugas ratu anai-anai ialah mengeluarkan telur dengan banyaknya.

    Kebanyakan daripada anak-anaknya menjadi anai-anai pekerja, beberapa ekor menjadi askar dan yang lainnya menjadi raja dan ratu. Anai-anai hidup di dalam sarang yang diperbuat daripada tanah, yang disebut busut. Kadang-kadang busut ini boleh dibina setinggi melebihi dua meter.
    [/box]

    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #2 09 May, 2009, 01:16:26 PM
  • Publish Di FB
  • RUPANYA ANAI-ANAI NI BUKAN SAHAJA MEROSAKKAN RUMAH, TETAPI TURUT MEROSAKKAN BAHASA. OLEH KERANA SKOP TOPIK
    INI BERCERITA TENTANG ANAI-ANAI, MAKA KEROSAKKAN OLEH ANAI-ANAI MERANGKUMI BAHASA JUGA, BUKAN SAHAJA KAYU.


    [box title=Anai-Anai Bahasa]
    Andai nak jadi peguam, hakim, doktor, jurutera dan juruterbang, sewajibnya mempunyai kelulusan khusus dan diiktiraf.

    Tentunya tidak dapat membayangkan haru-biru hidup ini jika seorang penghantar surat bertindak sebagai doktor bedah kepada sang pesakit.

    Cuba bayangkan andai melantik seorang guru bahasa menjadi peguam bela untuk mewakili anda di mahkamah. Bolehkah?

    Sebab itu juga orang tua dah pesan, kalau berguru biarlah dengan orang yang tahu, bukannya orang yang langsung tidak tahu menahu. Bisa hancur!

    Sekadar nak suruh bayangkan saja. Sebabnya sekarang ramai orang yang menunjuk faham dan tahu tetapi sebenarnya dialah orang yang paling tidak tahu.

    Cuba bayangkan juga jika istilah dan bahasa dicipta oleh orang yang tidak tahu hukum-hakam mencipta bahasa, atau piawaian yang perlu digunakan.

    Sebab mencipta bahasa bukan main sedap sebut dan sesuka hati nak pakai kata apa pun yang dirasakan nak dipakai. Memang kacau-bilau.

    Bahasa bukanlah bak membuat pisang goreng. Pisang goreng sekadar melibatkan si penggoreng dan si pembeli. Tetapi bahasa menyangkut soal citra dan jati diri. Cantik bahasa indahlah bangsa.

    Namun masalah yang seperti ini juga berlaku dalam bahasa Melayu hari ini. Pandai bercakap dan berlagak tahu bahawa istilah yang dicipta hasil saduran bahasa asing sebagai tepat dan benar. Maklumlah nak jadi orang berwawasan dan diangkat sebagai pelopor pembaharuan.

    Maka nak menguatkan hujah disamakanlah dengan beberapa istilah lain yang sudah diterima. Tak cukup dengan itu dikatakanlah bahawa istilah yang ingin dijajanya itu diterima di seluruh dunia; hebat memang hebat.

    Barangkali itulah istimewanya jika ada semangat menegakkan benang yang basah. Malangnya tidak bertempat. Malang juga kerana bahasa yang menjadi mangsa.

    Diperlekehkan sesuka hati oleh orang yang bukan ahlinya tetapi berlagak tahu dan pandai. Sekadar menjadi anai-anai bahasa.

    Nyatalah sekali inilah akibat daripada orang yang tidak tahu-menahu apabila bertegas mengatakan bahawa hujahnya sentiasa benar atau patut diterima. Nak dibuat macam mana, jika dia ada kuasa dan cara untuk  menegakkan benang basahnya.

    Jika hidup punya aturan, dan melanggarnya menjadi suatu kesalahan atau bertentangan dengan norma, maka cermin-cerminlah. Soal mencipta istilah bukan perkara sembrono dan dibuat sesedap rasa.

    Perkara seperti ini tidak boleh berterusan. Takut menjadi budaya. Boleh cipta istilah sendiri sesedap rasa. Juga orang selalu tanya apa DBP buat. Ironinya, bila tugas yang patut diserahkan DBP untuk laksanakan,  kita hanya memalingkan punggung. Berlagak pandai dan buat sendiri.

    Dalam keadaan sekarang, tidak banyak yang boleh dilakukan. Pedih dan sedih, namun terima sajalah. Itulah realiti bahasa.

    Carilah anai-anai bahasa itu. Dan lakukan apa yang patut sebelum menjadi perosak segala-galanya.
    [/box]

     

    Jasmin888

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Jawab #3 15 January, 2010, 10:30:58 PM
  • Publish Di FB
  • Petua paling mudah dan berkesan untuk menghapuskan anai-anai ialah letakkan umpan anai-anai. Dalam 3 hari semua anai-anai hapus termasuk dengan permaisurinya. Umpan tersebut boleh didapati di 

    http://anai-anai.atabox.com/index.php?s3b=hqh
    Selamat mencuba. Saya dah guna lapan bulan lalu, sampai sekarang tiada anai-anai lagi.

    amreenn

    • *
    • Posts: 3
      • View Profile
    Jawab #4 26 January, 2010, 08:11:01 PM
  • Publish Di FB
  • Petua paling mudah dan berkesan untuk menghapuskan anai-anai ialah letakkan umpan anai-anai. Dalam 3 hari semua anai-anai hapus termasuk dengan permaisurinya. Umpan tersebut boleh didapati di 

    http://anai-anai.atabox.com/index.php?s3b=hqh
    Selamat mencuba. Saya dah guna lapan bulan lalu, sampai sekarang tiada anai-anai lagi.


    saya dah order..tunggu barang sampai ajer....tp x paham cara nak gunakannya...mcm mana nak gunakan nya..kena taruh betol2 atas laluan anai2 ker??

    Jasmin888

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Jawab #5 23 March, 2010, 08:58:51 PM
  • Publish Di FB
  • Ya betul letak jer umpan anai-anai itu di laluan anai-anai atau tempat yang ada anai-anai seperti di bawah kotak atau di celah dinding yang telah dikorek oleh anai-anai.

    Umpan itu boleh didapati di laman ini http://anai-anai.atabox.com/index.php?s3b=hqh <---klik sini.

    msa

    • *
    • Posts: 1576
      • View Profile
    Jawab #6 13 July, 2010, 04:13:05 AM
  • Publish Di FB
  • Ayah saya sapukan minyak pelincir enjin motor (minyak hitam) pada tempat anai2...berkesan juga nampak, tapi bau minyak tu busuk..
    ~ Begin with the End in Mind ~

    mohdazri

    • *
    • Posts: 1063
      • View Profile
    Jawab #7 13 July, 2010, 10:32:39 AM
  • Publish Di FB

  • anai anai ni pakai gigi ape ye sampai boleh hancurkan papan :senyum:

    widaduzma

    • *
    • Posts: 11
      • View Profile
    Jawab #8 05 August, 2010, 04:47:54 PM
  • Publish Di FB
  • habis rumah tok dmakan anai2......hurmmm...mana nk cari hati pari??

    acit

    • *
    • Posts: 703
    • Ilahi anta maksudi wa redho ka matluubi
      • View Profile
    Jawab #9 23 August, 2010, 04:51:49 PM
  • Publish Di FB
  • habis rumah tok dmakan anai2......hurmmm...mana nk cari hati pari??
    Minta kat penjual ikan dipasar; kalau tidak pun mereka buang saja hati pari tu.

    keju

    • *
    • Posts: 978
      • View Profile
    Jawab #10 23 August, 2010, 10:28:44 PM
  • Publish Di FB
  • tanam pest control

    yuzwan

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Jawab #11 22 September, 2013, 08:52:30 PM
  • Publish Di FB
  • salam.. saya sedang melakukan kajian bagi menghasilkan produk yang boleh menghapuskan anai2.. boleh saya tahu sebab hati pari boleh menghalang anai2?

    acit

    • *
    • Posts: 703
    • Ilahi anta maksudi wa redho ka matluubi
      • View Profile
    Jawab #12 22 September, 2013, 09:46:50 PM
  • Publish Di FB
  • salam.. saya sedang melakukan kajian bagi menghasilkan produk yang boleh menghapuskan anai2.. boleh saya tahu sebab hati pari boleh menghalang anai2?
    Ni kena tanya anai-anailah kenapa dia tak suka hati pari tu..pantang tok nenek dia ke..bau busuk hati pari tu ker..
    Tapi memang berkesan,cuma nak dapatkan hati pari tu kekadang susah sikit.Dulu free,sekarang ni kerana kerap
    dicari,penjual ikan dah pandai letakkan harga.Tapi kalau tak mahu guna hati pari,saya telah gunakan racun
    Furadan 3G,harganya RM14.Satu lagi Kenfuran,mempunyai kandungan bahan kimia yang sama tetapi lebih
    murah RM10.00.Kalau beli racun anai-anai jenis cecair,dalam botol 70ml pun harganya dah RM7.00.

    Saya dah cuba kedua-dua jenis racun Furadan dan Kenfuran itu untuk rumah di kampong; dengan cara pecahkan
    sedikit lubang anai-anai tu,gunakan sudu platik,ceduk dan bubuh ke dalam lubang anai-anai itu menggunakan
    corong supaya ia tidak tumpah.

    Bentuk racun ini berbiji-biji halus dan berwarna purple.Kalau lubang anai-anai tu besar,banyaklah racun tu akan
    masuk ke dalam,biarkan ia memenuhi lubang tersebut.Kemudian basahkan atau siram dengan air,maka racun itu
    akan meresap ke setiap lubang anai-anai di dalam tanah.Ia dapat bertahan lama selagi biji-biji racun itu tidak
    hancur,kalau hancur pun bau dan kesan racun itu masih ada pada sarang tersebut.Ini membuatkan anai-anai
    terus lari atau mati.Berbanding penggunaan racun cecair,jangka hayat bertahannya tidak lama dan ia cepat
    habis, mungkin untuk sekali guna sahaja.

    keMuNcUpp

    • *
    • Posts: 884
      • View Profile
    Jawab #13 22 September, 2013, 09:48:38 PM
  • Publish Di FB
  • FAKTA MENARIK TENTANG ANAI-ANAI



    Anai-anai juga dikenali sebagai “Semut Putih”.
    Anai-anai suka pada kelembapan tinggi dan makanan utama adalah serat kayu hidup atau mati.
    Terdiri daripada berpuluh spesis, namun hanya beberapa spesis sahaja membawa kerosakan pada harta benda manusia.
    Dalam satu koloni anai-anai, terdapat banyak ratu.
    Askar tidak banyak namun merekalah yang menjaga keseluruhan koloni daripada ancaman luar.
    Anai-anai berkepak (Kelkatu), bertugas mencari tempat baru untuk koloni dan membiak.
    Jika ternampak banyak kelkatu beterbangan, pasti terdapat koloni anai-anai berhampiran.
    Anai-anai tidak tahan matahari, oleh itu mereka menggali terowong di dalam kayu, konkrit dan tanah.
    Anai-anai suap-menyuap makanan di antara satu sama lain. <--- berukhwah betul depa ni yek...
    ♥♫•¸.•´¯`•.♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫​♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫ ♥♫•¸.•´¯`•.♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫​♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫
    CatcH Me If U CaN...LoVe Me If U WaNt...HaTe Me IF U DarE...Hidup ini indah jika Ukhwah Fillah Ila Jannah ++++++

    keMuNcUpp

    • *
    • Posts: 884
      • View Profile
    Jawab #14 22 September, 2013, 09:51:32 PM
  • Publish Di FB

  • Ni kena tanya anai-anailah kenapa dia tak suka hati pari tu..pantang tok nenek dia ke..bau busuk hati pari tu ker..


    adoilaaa...ankel ni buat lawak pulak dah...tapi hati pari tu just letak je dalam sarang anai2 tu ke?

    acit

    • *
    • Posts: 703
    • Ilahi anta maksudi wa redho ka matluubi
      • View Profile
    Jawab #15 22 September, 2013, 09:54:30 PM
  • Publish Di FB
  • Ya, sumbat jer kat apartment anai-anai tu..mungkin busuk kohong,depa tu lari.
    Tapi kalau guna racun Furadan tu,anai-anai akan mati.Kalau digaul dengan perut ikan
    dan dijamu pada babi,babi pun balik awal.

    acit

    • *
    • Posts: 703
    • Ilahi anta maksudi wa redho ka matluubi
      • View Profile
    Jawab #16 22 September, 2013, 10:23:53 PM
  • Publish Di FB
  • Kalau tuan yuzwan mahu buat atau mencipta satu kaedah yang LEBIH MURAH dari
    menggunakan produk pest control,try buat kajian tentang kandungan hati pari dan ikan
    buntal.

    Cuma ikan buntal ni,saya sendiri belum cuba tetapi rumah kawan saya ada diletakkan
    ikan buntal ini.Saya suka bercerita perkara yang saya tahu,saya pernah buat atau apa yang
    saya pernah alami.
    Cubalah cipta produk atau kaedah yang lebih ekonomi,kalau yang dah banyak pitih takpa..
    panggil jer pest control dan bayar.

    RNLQ

    • *
    • Posts: 287
      • View Profile
    Jawab #17 23 September, 2013, 09:05:55 PM
  • Publish Di FB
  • :ins:  Petua ini sebagaimana saya dah cuba sendiri dibeberapa tempat ,  :syukur: Sang Anai-anai terpaksa akur dengan pukulan "KO" sehingga merajuk bawa diri.
    Ambil hati pari ( kalau boleh ikan pari yang besar - minta free je kat pasar tu... ) ditanam dikeliling rumah mengikut anggaran jarak yang berpatutan atau ditanam di dalam lubang yang yang dikorek dalam rumah ( ditepi lubang anai-anai ).Kalau dalam rumah , tutop lantai tersebut dengan filler atau simen supaya tidak dihurungi semut.Begitu juga ia ditanam pada pangkal pokok ( seperti Durian ) yang mengalami masalah yang sama.Tapi awas ! gunakan glove untuk memegang hati pari ; bau hati pari yang lama akan melekat pada tangan anda , takut nanti anda yang "KO" , bukannya anai-anai.Rumah yang baru dibina juga lagi bagus tanamkan hati pari terlebih dahulu dibawahnya atau ditepi foundation atau beamnya.Selamat mencuba.Cubalah try !

    -salam-

    Menarik ni... sebab tanah tempat saya tinggal ini juga di huni sang anai-anai. Dulu selalu bercinta nak buang rumah anai-anai yang panjat dinding rumah.. ni saya petik kiriman uncle acit yang terdahulu. Jika yang terkini ada maklumat tentang campuran hati pari dengan racun Furadan. Menggunakan racun ni kena extra hati-hati pula.sebab kucing saya dah banyak kali maut akibat termakan telur ayam berperisa Furadan yang di khaskan untuk sang monyet.

    Ehh...selalu kita beli ikan pari di pasar tu..dah tak berhati lagi ke? Macam tak perasan pulak ada hati ke tidak...sebab tak ada bau yang bikin "KO"..Satu lagi...kalau kambus dengan tanah...semut hurung tak..ke..ada potensi di korek makhluk lain pula ya... Apa pun..menarik laa..petua ni..

    Ada tak petua nak halau bubuk kayu? Bubuk kayu ni...anai-anai ke? kesan kayu yang dimakan bubuk kayu ni..ada macam serbuk halus warna krim kat kayu yang di tebuk bubuk kayu tu... jenuh jugak nak tukar papan yang kena makan bubuk kayu tu... :senyum:

    acit

    • *
    • Posts: 703
    • Ilahi anta maksudi wa redho ka matluubi
      • View Profile
    Jawab #18 02 October, 2013, 12:19:37 PM
  • Publish Di FB
  • Baca elok-elok RNLQ,jangan salah resepi..KATAK dengan KATOK lain bunyi dan lain barangnya.
    Bila guna hati pari tak perlulah dicampur dengan Racun Furadan..guna hati pari sahaja.
    Timbus hati pari itu elok-elok,tanahnya biar kemas;hentakkan sikit.

    Kalau guna Racun Furadan atau Kenfuran tidak mengapa dicampurkan kerana ia mempunyai
    kandungan kimia yang sama cuma berbeza jenama.

    Kalau beli ikan pari di pasar tu yang tak ada hatinya maknanya hati itu telah diambil orang !
    Kalau pari kecik, tak berbaloi untuk ambil dan tanam.Cari pari yang besar yang sudah dipotong
    ,hatinya juga besar.Kena datang ke pasar awal pagi untuk dapatkan hati itu sebelum dibuang
    atau tempah awal-awal dengan penjual tu.

    Bubuk kayu tu bukan anai-anai tetapi setakat ni belum buat lagi xperimen dengan bubuk kayu ni.
    Sebab tu bila nak buat rumah,orang beli kayu yang sudah siap dimasak untuk mengelakkan
    diganasi oleh bubuk kayu ni.

    keMuNcUpp

    • *
    • Posts: 884
      • View Profile
    Jawab #19 02 October, 2013, 03:01:56 PM
  • Publish Di FB
  • Baca elok-elok RNLQ,jangan salah resepi..KATAK dengan KATOK lain bunyi dan lain barangnya.
    Bila guna hati pari tak perlulah dicampur dengan Racun Furadan..guna hati pari sahaja.
    Timbus hati pari itu elok-elok,tanahnya biar kemas;hentakkan sikit.

    Kalau guna Racun Furadan atau Kenfuran tidak mengapa dicampurkan kerana ia mempunyai
    kandungan kimia yang sama cuma berbeza jenama.

    Kalau beli ikan pari di pasar tu yang tak ada hatinya maknanya hati itu telah diambil orang !
    Kalau pari kecik, tak berbaloi untuk ambil dan tanam.Cari pari yang besar yang sudah dipotong
    ,hatinya juga besar.Kena datang ke pasar awal pagi untuk dapatkan hati itu sebelum dibuang
    atau tempah awal-awal dengan penjual tu.

    Bubuk kayu tu bukan anai-anai tetapi setakat ni belum buat lagi xperimen dengan bubuk kayu ni.
    Sebab tu bila nak buat rumah,orang beli kayu yang sudah siap dimasak untuk mengelakkan
    diganasi oleh bubuk kayu ni.


    :senyum:...gelak sorang2 cupp baca tu...sabar jela...kat sini nak cari ikan pari pun susah...apatah lagi hatinya...hati lain tak boleh ke ankel acit?

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    11 Replies
    2700 Views
    Last post 08 January, 2013, 06:01:41 PM
    by insanhina77
    1 Replies
    1241 Views
    Last post Semalam pada 06:34:07 PM
    by iskandarzulkarnainshah
    0 Replies
    904 Views
    Last post 14 August, 2011, 10:54:12 PM
    by afpest control