Khasiat Daun Pegaga

*

Author Topic: Khasiat Daun Pegaga  (Read 17741 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

wildan salsabila

  • *
  • Posts: 162
    • View Profile
11 April, 2009, 11:34:58 AM
  • Publish
  • [KHASIAT DAUN PEGAGA]

    Daun pegaga selain daripada enak dibuat ulam ianya juga boleh mengubati beberapa penyakit di antaranya ialah kencinng manis, kecutkan peranakan, mengubat gatal pada vagina, menghilangkan bintik-bintik hitam di muka dan ubat darah tinggi. Selain dari itu, daun pegaga juga boleh merawat kecantikan anda.

    (a) Serikan Wajah Anda.
    Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya, direbus dengan dua gelas air sehingga tinggal segelas air rebusan itu, tapiskan dan sejukkan. setelah itu, minumlah sekali sehari setelah makan malam, amalkan seminggu 3 kali. Anda akan dapati wajah anda alan lebih berseri.

    (b) Kecutkan Peranakan
    Bagi wanita yang mengalami masalah peranakan kembang atau lepas kedatangan haid bolehlah makan pucuk pegaga dengan buat ulam atau digulai. Amalkan setiap hari sehingga peranakan kecut.

    (c) Menghilangkan Bintik-bintik Hitam Di Muka
    Daun pegaga yang ditumbuk halus dan kemudian dicampurkan dengan bedak sejuk amat  mujarab untuk menghilangkan bintik-bintik hitam di muka.

    Caranya

    Ambil 10 helai daun pegaga, cuci dengan air garam, kemudian ditumbuk halus dan campurkan air garam dengan bedak sejuk yang telah dicampurkan dengan sedikit air suam. Amalkan memakainya pada muka anda setiap malam dan cucilah pada keesokan harinya.
    Lakukan petua ini setiap malam sehingga bintik-bintik hitam di muka anda hilang.
    « Last Edit: 11 April, 2009, 05:07:40 PM by wildan salsabila »
    ::[Nota Buat Da'ie]::

    ::Apabila kita sendiri sering diuji dengan apa yang kita dakwahkan, itu petanda Allah sdg mendidik kita agar melaksanakan apa yg kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dlm usaha kita mengingatkan manusia

    wildan salsabila

    • *
    • Posts: 162
      • View Profile
    Reply #1 11 April, 2009, 11:48:12 AM
  • Publish
  • Wil selalu amalkan khasiat daun pegaga nie ker, patut la Wil berseri2 sukasangat

    P/S: Nak try jugak la sekali. Lelaki boleh try ker?


    Boleh Awit..cuba la...kena rajin2 taaw!!! sukasangat

    halawah

    • *
    • Posts: 2589
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #2 11 April, 2009, 02:29:11 PM
  • Publish
  • Wil selalu amalkan khasiat daun pegaga nie ker, patut la Wil berseri2 sukasangat

    P/S: Nak try jugak la sekali. Lelaki boleh try ker?


    Boleh Awit..cuba la...kena rajin2 taaw!!! sukasangat
    hm...betul tu hasiat daun ni bagus membersihkan darah agar otak kita sihat dan cerah macam warna daunnya yang ibarat lambang AGAMA ISLAM
    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    iswimsuit

    • *
    • Posts: 30
      • View Profile
    Reply #3 30 April, 2009, 11:52:13 PM
  • Publish
  • dalam pantang amalkan ulam pegaga..boleh slim..hiihhi..selain membanyakkan air susu..

    Abi Naim

    • *
    • Posts: 275
    • Kejayaan kita hanyalah dalam agama Islam
      • View Profile
    Reply #4 15 June, 2009, 06:53:41 PM
  • Publish
  •  :)
    Amalan kerap memakan pegaga boleh menjadikan seseorang itu awet muda dan tubuh badan tidak gemuk. Pada masa lampau ada gerai yang menjual jus pegaga sebagai tonik untuk menyihatkan badan dan mengurangkan panas badan. Dimakan, dibuat jus minuman atau direbus untuk diminum sebagai penawar alahan, antikanser, menghentikan pendarahan dan menyembuhkan luka, melawaskan buang air kecil, meransang peredaran darah, merawat cirit-birit, merawat sakit keronkong, penawar kencing berdarah, penawar batu karang, penawar demam panas, penawar ulser, sebagai minuman tonik dan menurunkan tekanan darah tinggi. (petikan dari artikel saya yang terdahulu iaitu Makan Sayur Setiap Hari - klik di sini)

    Hari ini tergerak hati saya untuk bercerita lebih lanjut tentang amalan memakan pegaga ini samada di makan sebagai ulam atau dibuat jus minuman. Kedua-dua pendekatan itu memang ternyata berkesan kerana hasilnya masalah sakit-sakit badan maupun keletihan dapat di kurangkan berbanding sebelumnya.

    Ceritanya bermula beberapa tahun lalu di mana rumah lama kami menerima kunjungan seseorang yang kalau tidak silap saya berumur dalam linkungan 70-an. Beliau merupakan salah seorang saudara 'bau-bau bacang' kami. Yang membuat saya terpegun mengenainya ialah bila setiapkali memandang wajahnya yang bersih berseri-seri dan tampak cantik walaupun dalam usia emas. Semasa di dapur ketika membasuh pinggan, saya mengambil peluang bertanya rahsia awet muda beliau. Tanpa mahu berselindung beliau dengan senang hati memberitahu saya rahsia yang diamalkannya sejak dari usia remaja lagi.

    Caranya tidak lain dari menumbuk segenggam pegaga setiap pagi, ditapis patinya lalu dicampur dengan air masak setengah gelas untuk diminum. Hampas pegaga tadi jangan dibuang, lumurkan pula di muka dan biarkan ia selama kita memasak di dapur. Bagi saya, ini merupakan satu alternatif rawatan penjagaan kesihatan yang baik dan berkesan jika diamalkan setiap hari. Selain untuk rawatan diri sendiri, saya juga cuba memanafaatkan khasiat sayur ini untuk suami dan anak-anak. Tapi budak2 biasa lah, mereka hanya makan sebagai ulam dan tak berapa gemar minum jus nya(mungkin bagi mereka rasanya tidak sesedap jus carrot/belimbing).

    Alhamdulillah sehingga sekarang, saya menanam sendiri pegaga di laman dapur. Ianya lebih baik dari membelinya di pasar kerana jika ditanam sendiri, insyaAllah kedapatan bahan-bahan kimia pada sayur dari sebab baja/racun serangga boleh dielakkan. Saya lebih suka menggunakan kaedah orang-orang tua dulu yang menyiram sayur-sayuran dengan air dari basuhan beras atau ikan. Hasilnya sayur kita akan lebih cantik, subur dan selamat untuk dimakan melalui penggunaan baja yang semulajadi. Selamat mencuba, wassalam.

    p/s:Jangan lupa mengguna  produk HPA.Semoga kita sama2 beroleh manfaat. InsyaAllah. Layari: http://www.DuniaHerba.net/mazlan65

    acapklcc9

    • *
    • Posts: 339
    • Perjuangan Belum Selesai
      • View Profile
    Reply #5 15 June, 2009, 09:05:15 PM
  • Publish
  • selain drp buat ulam utk dimakan dgn nasi...........
    gunakan blender utk menghancurkan daun pegaga nie......
    pas tu minum airnya......

    icahmanja

    • *
    • Posts: 41
      • View Profile
    Reply #6 15 June, 2009, 09:29:50 PM
  • Publish

  • Buat jus pegaga campur dengan madu asli, rasanya lagi sedap...
    Kalau nak makan madu kena guna sudu plastik, nanti hilang khasiat madu.
    Kira 2 dalam satu la...

    Shohib Mirbat

    • *
    • Posts: 363
    • MurkaNya adalah Rahman, CintaNya adalah Rahim
      • View Profile
    Reply #7 16 June, 2009, 08:32:29 AM
  • Publish
  • teringat masa saya kecil dulu...arwah ayah suka minum air daun pegaga...katanya cerdaskan otak bila belajar...kami adik-beradik pakat minum air daun pegaga...alhamdulillah sodap...raso daun la..
    "Hitori no kamisama shika hoka ni kami ha nai, Muhanmado ha kamisama no shito"

    mashatul

    • *
    • Posts: 554
      • View Profile
    Reply #8 19 August, 2013, 10:36:55 PM
  • Publish

  • Dalam pada itu...jangan lupa basuh dengan cuci daun pegaga tu...

    kalau nak buat ulam la..

    ni spesies yang banyak e coli...

    kan tak pasal kena keracunan...

    In Shaa Allah tak ada apa2...tapi hanya tulung ingatkan saja...

    :senyum:

    azmiibnu

    • *
    • Posts: 11
      • View Profile
    Reply #9 20 September, 2013, 10:00:44 AM
  • Publish
  • :)tima kasih atas ilmu khasiat daun pegaga.. :syukur: saudara/saudari tahu khasiat senduduk putih selain untuk penawar kencing manis..tima kasih[/i][/i][/i][/b]

    Mei

    • *
    • Posts: 1053
      • View Profile
    Reply #10 20 September, 2013, 11:13:43 AM
  • Publish
  • teringat masa saya kecil dulu...arwah ayah suka minum air daun pegaga...katanya cerdaskan otak bila belajar...kami adik-beradik pakat minum air daun pegaga...alhamdulillah sodap...raso daun la..

    mestilah rasa daun.takkan rasa coklat.

    baru semalam jumpa senduduk putih. Tak tahu pulak khasiatnya. Buahnya cantik warna oren. Bunga nya kembang brwarna putih.

    azmiibnu

    • *
    • Posts: 11
      • View Profile
    Reply #11 20 September, 2013, 04:04:17 PM
  • Publish
  • teringat masa saya kecil dulu...arwah ayah suka minum air daun pegaga...katanya cerdaskan otak bila belajar...kami adik-beradik pakat minum air daun pegaga...alhamdulillah sodap...raso daun la..

    mestilah rasa daun.takkan rasa coklat.

    baru semalam jumpa senduduk putih. Tak tahu pulak khasiatnya. Buahnya cantik warna oren. Bunga nya kembang brwarna putih.

     :syukur: kt rumah mak saya ada pokok ni, mak saya tanam skg dh tinggal dua pokok, sblm ni ada lbh krg 5 pokok..buahnya bleh mkn manis, sdap..

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    9 Replies
    2712 Views
    Last post 17 June, 2011, 12:17:14 PM
    by sitirahmah
    17 Replies
    9270 Views
    Last post 04 November, 2013, 11:21:32 PM
    by alhaudhie
    0 Replies
    2359 Views
    Last post 06 June, 2013, 10:52:01 AM
    by Nizam Herbalist