Persoalan Mengenai Rambut

*

Author Topic: Persoalan Mengenai Rambut  (Read 16858 times)

0 Halaqian and 2 Guests are viewing this topic.

husnulkhatimah

  • *
  • Posts: 899
  • hitam putih kehidpan..sendiri yg menentukan....
    • View Profile
27 December, 2007, 03:02:58 PM
  • Publish


  •         PERSOALAN RAMBUT

            (Bilangan  139)


            Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu
            `Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah

     

        Rambut adalah bulu yang tumbuh di kepala atau sesuatu yang seperti rambut. (Kamus Dewan: 1094)

        Dalam Islam rambut mempunyai hukum tertentu seperti mencukur rambut anak yang baru lahir, masalah mengqaza‘ rambut, menyambung rambut dan mewarnainya. Inilah masalah-masalah yang akan dijelaskan dalam Irsyad Hukum kali ini.

        Mencukur Rambut Anak Baru Lahir

        Sunat dicukur keseluruhan rambut anak damit pada hari ketujuh selepas kelahirannya, sama ada anak itu lelaki ataupun perempuan. Menurut pendapat yang ashah, sunat mencukur rambut anak itu selepas menyembelih binatang aqiqah. (Al-Majmu‘: 8/324-325) Sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya :

        "Anak-anak tergadai (terikat) dengan aqiqahnya, disembelih (aqiqah) untuknya pada hari ketujuh (kelahirannya) dan diberi namanya serta dicukur rambutnya."

        (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

        Demikian juga, sunat disedekahkan emas atau perak setelah ditimbang berat rambut yang dicukur itu kepada fakir miskin, jika berkemampuan. Jika tidak mampu, maka tidaklah diberatkan ke atas ibu bapa anak damit tersebut melainkan sekadar yang terupaya, umpamanya digantikan dengan nilaian wang atau sebagainya mengikut kemampuan. Hal ini bersandarkan kepada hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam daripada ‘Ali bin Abu Thalib katanya yang bermaksud :

         "Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah beraqiqah untuk Hasan dengan seekor kambing dan Baginda bersabda: "Wahai Fatimah! Cukurlah kepalanya (rambutnya) dan bersedekahlah seberat timbangan rambutnya itu dengan perak." (‘Ali) berkata: "Lalu dia (Fatimah) timbang (rambut anaknya itu), maka beratnya adalah satu dirham atau setengah dirham."

        (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

        Qaza‘

        Terdapat bentuk cukuran yang dilarang oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam iaitu apa yang disebut dalam bahasa Arab sebagai qaza‘ (قزع). Qaza‘ ialah mencukur sebahagian rambut dan meninggalkan sebahagian yang lain. Sama ada mencukur di tengah kepala dan meninggalkan yang tepi, mencukur di tepi meninggalkan rambut di tengah atau mencukur rambut depan meninggalkan rambut belakang atau sebaliknya. Hukum melakukan qaza‘ ini adalah makruh. (Al-Majmu‘, kitab ath-thaharah bab as-siwak: 1/363-364)

        Larangan melakukan qaza‘ ini telah disebut dengan jelas di dalam hadis daripada ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma katanya yang bermaksud :

        "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menegah daripada melakukan qaza‘ (mencukur sebahagian daripada rambut kepala)."

        (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

        Dalam hadis yang lain daripada ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma yang bermaksud :

        "Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam telah melihat seorang kanak-kanak yang dicukur sebahagian rambutnya dan ditinggalkan sebahagian yang lain, lalu Nabi melarang mereka berbuat demikian dan Baginda bersabda: "Kamu cukur (rambut itu) kesemuanya atau kamu tinggalkan kesemuanya (tidak mencukurnya)."

        (Hadis riwayat Abu Daud)

        Menyambung Rambut

        Haram menyambung rambut dengan rambut ke atas lelaki dan perempuan. (Al-Majmu‘, kitab ath-thaharah bab as-siwak: 1/364) Malahan Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam melaknat orang-orang yang melakukan perbuatan demikian. Sebagaimana disebutkan oleh beberapa hadis di antaranya daripada Ibnu ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma berkata:

        Maksudnya: "Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam melaknat perempuan yang menyambung rambut dengan rambut yang lain, orang yang meminta sambungkan rambut dan orang yang bertatu."

        (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

        Hadis di atas jelas menerangkan bahawa menyambung rambut perempuan dengan rambut orang lain atau meminta orang lain menyambungkan rambutnya dengan rambut orang lain adalah haram.

        Dalam hal menyambung rambut ini para ashab (‘ulama-‘ulama Asy-Syafi‘e) telah menghuraikannya dengan lebih jelas, iaitu tiada perbezaan pendapat ‘ulama mengenai hukum haram menyambung rambut dengan rambut manusia, sama ada rambut lelaki atau perempuan ataupun rambut suami atau mahram. Ini kerana menggunakan atau memanfaatkan rambut manusia adalah haram disebabkan kemuliaannya.

        Jika rambut itu bukan berasal daripada manusia dan ianya najis seperti bulu daripada bangkai binatang atau bulu binatang yang tidak boleh dimakan adalah haram disambung dengannya. Sementara rambut bukan kepunyaan manusia yang suci, jika perempuan itu tidak bersuami maka haram dia menyambungnya, melainkan bagi perempuan yang bersuami dan diizinkan oleh suaminya. (Shahih Muslim Bisyarh An-Nawawi: 7/359-360)

        Mewarnai Rambut

        Para Fuqaha telah sepakat mencela perbuatan mewarnai rambut atau janggut dengan warna hitam. Adapun pendapat yang shahih mengatakan bahawa ianya haram melainkan ke atas orang-orang yang berjihad. (Al-Majmu‘, kitab ath-thaharah bab as-siwak: 1/360-361) Dalil haram mewarnai rambut atau janggut dengan warna hitam itu adalah berdasarkan riwayat daripada Jabir Radhiallahu ‘anhu katanya yang bermaksud :

        "Pada hari penaklukan Mekkah dibawa Abu Quhafah ke hadapan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dengan rambut dan janggutnya memutih seperti tsaqhamah (sejenis tumbuhan yang bunga dan buahnya berwarna putih). Maka Baginda bersabda: "Tukarlah ini dengan sesuatu, tetapi jauhilah warna hitam."

        (Hadis riwayat Muslim)

        Sementara hadis daripada Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma katanya:

        Maksudnya: "Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: "Di akhir zaman akan banyak kaum yang mewarnai rambut dengan warna hitam, seperti dada burung merpati. Mereka tidak dapat menikmati harumnya bau syurga."

        (Hadis riwayat Abu Daud)

        Menurut mazhab as-Syafi‘e, bahawa tidak ada perbezaan di antara lelaki dan perempuan dalam larangan mewarnai rambut dengan warna hitam itu. Akan tetapi menurut Ishaq bin Rahawiyah, hal ini diberi kelonggaran ke atas perempuan bagi tujuan berhias untuk suami. (Al-Majmu‘, kitab ath-thaharah bab as-siwak: 1/360-362) Demikian juga menurut As-Syihab Ar-Ramli, harus bagi perempuan yang bersuami mewarnai rambutnya dengan warna hitam jika dengan izin suami. (Bughyah Al-Musytarsyidin, bab Aqiqah: 78)

        Sunat mewarnai rambut atau janggut yang beruban dengan warna kekuningan atau kemerahan, sebagaimana yang telah disepakati oleh para ashab. (Al-Majmu‘, kitab ath-thaharah bab as-siwak: 1/360-362) Hadis daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu katanya yang bermaksud :

        "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: "Bahawasanya orang-orang Yahudi dan Nashrani tidak mewarnai (rambut atau janggut mereka), kerana itu buatlah kelainan daripada mereka."

            (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

        Oleh kerana rambut itu ada ketikanya mempunyai hubungan dengan ibadat, maka adalah wajar diketahui hukumnya, kerana adakalanya tanpa menggunting atau mencukur rambut seseorang itu akan dikenakan fidyah (dam) sebagaimana perkara ini dihuraikan dalam ibadat haji.

    Annalthafunnisa

    • *
    • Posts: 519
    • put ALLAH first,everything will come to you..
      • View Profile
    Reply #1 03 May, 2009, 03:46:39 AM
  • Publish
  • saya pernah berjumpa dgn seorg perempuan,hair cutting dia sebijik macam lelaki..style punk lg tu..setiap kali org pandang dia akan berkata "eh,macam lelakilah"...setiap mulut  yg berkata itu umpama pemberi dosa kepada sang wanita td..kerana secara tidak langsung,dia sudah berperwatakan seperti lelaki..
    smile until you cant smile;

    syazana hamizah

    • *
    • Posts: 52
    • kehidupan abadi adalah di akhirat
      • View Profile
    Reply #2 18 October, 2009, 03:32:34 PM
  • Publish
  • macam mane klau ana buat rebonding dgn tujuan utk suami..
    tapi ana pakai tudung..
    ape hukumnye?

    NurWahidaFauzi

    • *
    • Posts: 1195
    • "Dihujung Kelopak CintaNYA"
      • View Profile
    Reply #3 18 October, 2009, 03:37:12 PM
  • Publish
  • saya pernah berjumpa dgn seorg perempuan,hair cutting dia sebijik macam lelaki..style punk lg tu..setiap kali org pandang dia akan berkata "eh,macam lelakilah"...setiap mulut  yg berkata itu umpama pemberi dosa kepada sang wanita td..kerana secara tidak langsung,dia sudah berperwatakan seperti lelaki..

     :)

    ana pun pernah berlaku mcam nie...
    smapi teragak2 yg org depan tu lelaki ke permpuan...
    sebb rambutnya ala2 lelaki betul...
    apatah lagi gayanya...
    mmg cam lelaki...
    dgan hisap rokok sekalinya
    mgelirukan orang...
    tapi...bile dgr suara...
    alahai...wanita rupanya.....
    ~..Ukhwah yang dibina antara kita, Biarlah seperti seutas tasbih, Ada awal,  Tiada penghujungnya, Dicipta untuk mengingatiNYA, Dibahagi untuk cintaNYA, Diratib demi redhaNYA..~

    swordofdeen

    • *
    • Posts: 465
    • Slashing Through Hypocrisy
      • View Profile
    Reply #4 18 October, 2009, 06:54:00 PM
  • Publish
  • Tajuk di atas hendaklah lebih jelas kepada hukum menyambung rambut atau mengubah rambut yang dikenakan ke atas wanita yang sudah cukup syaratnya.

    Dan hadis "Artinya : Barangsiapa menyerupai suatu kaum maka ia merupakan bagian dari mereka" , ada sesiapa yang pakar ingin menjelaskannya dengan lebih jelas? Atau ada yang ingin membuat  tafsiran direct semata-mata?

    Allahu'alam
    We Punish to Preach, not Preach to Punish

    IbnuNafis

    • *
    • Posts: 1293
      • View Profile
    Reply #5 18 October, 2009, 08:22:12 PM
  • Publish


  •         PERSOALAN RAMBUT

            (Bilangan  139  Bahagian Kedua)


            Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu
            `Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah

     

        Irsyad Hukum kali ini pula akanmenghuraikan lagi beberapa persoalan rambut di antaranya rambut yang beruban, menyikat rambut dan meminyakinya, membelah rambut, orang yang masuk Islam, ketika melakukan ibadah korban, tahallul, dam ketika haji dan masalah potongan rambut.

         

        1.           Uban

        Makruh mencabut uban ataupun janggut yang beruban dan makruh membakarnya dengan api ataupun sebagainya supaya nampak seperti orang yang sudah tua. (Mughni al-Muhtaj, kitab al-udhiyyah fasal fi al-aqiqah: 4/374)

         

        Larangan mencabut uban ini telah disebutkan dalam hadis daripada ‘Amr bin Syu‘aib daripada ayahnya daripada neneknya berkata yang maksudnya :

         

        “Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam melarang daripada mencabut uban (kepala atau janggut) dan Baginda bersabda: “Sesungguhnya uban itu cahaya orang muslim.”

        (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

         

        Hadis yang lain, daripada ‘Amr bin Syu‘aib daripada ayahnya daripada neneknya berkata yang maksudnya :

         

         

               

        Maksudnya: “Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Jangan kamu cabut uban. Tiada daripada seorang muslim beruban dengan satu uban di dalam Islam,  berkata Musaddad (periwayat) daripada Sufyan: “Melainkan bagi uban itu cahaya di hari qiamat.” Sementara katanya (periwayat) dalam hadis Yahya: “Melainkan Allah menulis baginya dengan sehelai uban itu satu kebajikan dan menggugurkan daripadanya (orang itu)  dengan sehelai uban itu satu kesalahan.”

        (Hadis riwayat Abu Daud)

         

        2.           Menyikat Rambut Dan Meminyakinya

         

        Sunat sekali sekala (ghibban) menyikat rambut dan meminyakinya. Adapun yang dimaksudkan dengan sekali sekala itu ialah, apabila kita meminyaki rambut, maka tunggulah ia sehingga kering baharulah diminyaki sekali lagi. (Al-Majmu‘, kitab ath-thaharah bab as-siwak: 1/359-360) Hadis daripada ‘Abdullah bin Mughaffil katanya yang maksudnya :

         “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melarang daripada berdandan dengan berlebihan (at-tarajjul) secara berterusan setiap masa.”

                 (Hadis riwayat Abu Daud, at-Tirmidzi dan an-Nasaie)

                       

        Hadis di atas menunjukkan bahawa, makruh melakukan tarajjul dengan berterusan setiap waktu kerana ianya adalah salah satu daripada perkara bersenang-lenang. Maksud larangan di atas, ialah jangan terlalu sibuk memberi perhatian yang lebih pada tarajjul tersebut. (Bazlul Majhud, kitab At-Tarajjul: 17/43-44)

         

        3.           Membelah Rambut

         

        Sunat membelah rambut menjadi dua belahan, berserta dengan minyak, air atau sebagainya. (Al-Majmu‘, kitab ath-thaharah bab as-siwak: 1/363) Sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadis Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhu katanya yang maksudnya :     

        Maksudnya: “Kebiasaan ahli kitab menguraikan rambutnya. Kebiasaan orang-orang musyrik menyisir rambutnya menjadi dua belahan. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam suka menyamai dengan ahli kitab dalam hal yang tidak diperintahkan. Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menguraikan rambut ubun-ubunnya, kemudian setelah itu menyisirnya menjadi dua belahan.”

                (Hadis riwayat Muslim)

               

        4.           Masuk Islam

         

        Sunat bagi lelaki yang baru memeluk agama Islam mencukur keseluruhan rambutnya. (Bujairimi ‘ala al-Khatib, : 4/437-438)

         

        5.           Ketika Melakukan Ibadah Korban

         

        Apabila masuk 10 Zulhijjah, disunatkan bagi orang yang hendak membuat korban untuk dirinya supaya tidak mengunting atau mencukur rambut, mengerat kuku atau lain-lain sehinggalah dia selesai menjalankan upacara korban itu. Hikmatnya supaya mendapat keampunan serta lepas daripada seksaan api neraka.

         

        6.           Tahallul

         

        Mencukur atau menggunting rambut adalah salah satu daripada rukun haji atau umrah iaitu tahallul. Melakukan tahallul itu sekurang-kurangnya menggunting tiga helai rambut dan yang afdhalnya bagi lelaki adalah mencukur keseluruhan rambut. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang tafsirnya :

             Tafsirnya: “Mencukur kepala kamu dan kalau (tidak pun) mengguntingnya.”

        (Surah Al-Fath: 27)

         

        Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dalam hadis Baginda memohon supaya dikurniakan rahmat kepada orang-orang yang menggunting atau mencukur rambut kerana tahallul dalam ibadah haji. Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya :

        “Ya Allah kurniakan rahmat kepada orang-orang yang bercukur” Mereka berkata: “Dan orang-orang yang menggunting rambut ya Rasulullah” Baginda bersabda: “Ya Allah kurniakan rahmat kepada orang-orang yang bercukur” Mereka berkata: “Dan orang-orang yang menggunting rambut ya Rasulullah” Baginda bersabda: “Dan orang-orang yang menggunting rambut.”

        (Hadis riwayat Al-Bukhari)

         

        Adapun bagi perempuan pula, hendaklah menggunting rambut sahaja tanpa mencukurnya. Menurut pendapat yang ashah, makruh bagi perempuan mencukur rambut. (I‘anah Ath-Thalibin, bab Haji: 2/454-455) Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya :

          “Tidak dituntut ke atas perempuan mencukur rambut, sesungguhnya yang dituntut ke atas perempuan hanyalah menggunting rambut.”

        (Hadis riwayat Abu Daud)

         

        7.           Dam Ketika Haji

         

        Haram ke atas orang yang berihram menggugurkan rambutnya walaupun sehelai, sama ada dengan dicukur, gunting, cabut, bakar atau sebagainya, maka wajib ke atasnya membayar dam. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang tafsirnya :

         “Dan jangan kamu mencukur kepala kamu (untuk bertahallul, sebelum binatang dam itu sampai (dan disembelih) ditempatnya.”

        (Surah Al-Baqarah: 196)

         

        Tidaklah menjadi haram ke atas orang yang berihram apabila dia mencukur rambutnya kerana sesuatu sebab seperti adanya kutu kepala yang menyakiti atau disebabkan luka. Maka dalam hal ini ia hanyalah diwajibkan membayar fidyah sahaja. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang tafsirnya :

               “Maka sesiapa di antara kamu sakit atau terdapat sesuatu yang menyakiti di kepalanya (lalu ia mencukur rambutnya) hendaklah ia membayar fidyah iaitu puasa atau bersedekah atau menyembelih dam.”

        (Surah Al-Baqarah: 196)

         

        Adapun bulu mata atau bulu kening yang panjang sehingga menutupi mata, jika digugurkan bulu tersebut maka tidaklah haram dan tidak juga diwajibkan fidyah ke atasnya.

         

        Perbezaan di antara kedua hukum di atas (tidak wajib fidyah dan sebaliknya) adalah kerana perkara yang menyakiti orang yang berihram itu adalah bulu itu sendiri, maka tidak diwajibkan fidyah, sementara hukum wajib fidyah itu adalah kerana rambut itu tidak menyakitinya, akan tetapi yang menyakiti itu adalah apa yang ada pada rambut itu. (I‘anah Ath-Thalibin, bab Haji, Fasal Fi Muharramat Al-Ihram: 2/500-501

         

        Syarat wajib membayar dam disebabkan gugur rambut itu ialah:

         

        1.         Hendaklah ianya mumayyiz.

        2.         Gugurnya rambut itu bukan disebabkan rambut itu menyakitinya.

        3.         Bukan disebabkan orang lain yang mencabutnya sedangkan dia tidak menyuruhnya atau tidak berdaya untuk melarangnya. Dalam hal ini wajib pula ke atas orang lain yang mengugurkan itu membayar dam untuknya. (Fath Al-‘Allam: 4/451-452)

         

        8.           Menanam Rambut Yang Dipotong

         

        Rambut perempuan yang dipotong, kuku kaki dan bulu-bulu yang haram dilihat adalah wajib disembunyikan daripada pandangan orang lain. Demikianlah juga bulu ari-ari lelaki, wajib disembunyikan daripada pandangan orang lain. Ini kerana setiap sesuatu yang haram dilihat daripada anggota lelaki atau perempuan ketika bersambung (anggota tersebut), adalah haram juga dilihat ketika ianya bercerai. (I‘anah Ath-Thalibin, bab an-nikah: 3/416)

         

        Oleh yang demikian sunat bagi perempuan dan lelaki menanam potongan kuku, rambut dan lain-lain bulu di dalam tanah. (Al-Majmu‘, kitab ath-thaharah bab as-siwak: 1/357)

         

        Menurut kitab Al-Ihya’, jika seseorang itu dalam keadaan junub atau berhadas besar, jangan dia memotong rambut, kuku atau mengeluarkan darah atau memotong sesuatu yang jelas daripada badannya sebelum dia mandi junub. (I‘anah Ath-Thalibin, bab ash-shalah: 1/131)

         

        9.           Rambut Itu Aurat

         

        Selain daripada leher, lengan dan seluruh anggota badan  (melainkan muka dan dua tapak tangan sehingga pergelangan), rambut juga termasuk dalam aurat perempuan yang wajib ditutup daripada pandangan orang lain. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang tafsirnya :

         “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.”

        (Surah An-Nur: 31)

         

        Sesungguhnya pada rambut itu banyak perkara-perkara yang berhubungkait dengan hukum, sama ada perkara yang dilarang atau yang disunatkan. Oleh yang demikian, adalah wajar diketahui perkara-perkara tersebut agar tidak ketinggalan dalam mempertingkatkan amal atau tidak terlanjur pada melakukan kesalahan.

    IbnuNafis

    • *
    • Posts: 1293
      • View Profile
    Reply #6 18 October, 2009, 08:27:04 PM
  • Publish
  • Hukum Rebonding ada dibincangkan di sini : Hukum Rebonding Rambut

    WaLlahua'lam

    khalila

    • *
    • Posts: 957
      • View Profile
    Reply #7 18 October, 2009, 09:34:29 PM
  • Publish
  • ooo..
    makruh rupanya cabut uban..
    tapi macam mana kalau ibu bapa kita mintakkan cabut uban mereka kat kepala sebab gatal2??

    syazana hamizah

    • *
    • Posts: 52
    • kehidupan abadi adalah di akhirat
      • View Profile
    Reply #8 18 October, 2009, 11:33:34 PM
  • Publish
  • Hukum Rebonding ada dibincangkan di sini : Hukum Rebonding Rambut

    WaLlahua'lam


    terima kasih..
    ana dah dpt jwpanya.

    ukhtima

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Reply #9 02 January, 2011, 02:10:43 AM
  • Publish
  • sy ada kemusykilan..emm..mcmana dgn misai/janggut pada perempuan?apakah hukum mencabut atau mengguntingnya?

    amYunus

    • *
    • Posts: 258
      • View Profile
    Reply #10 02 January, 2011, 06:24:46 AM
  • Publish
  • ooo..
    makruh rupanya cabut uban..
    tapi macam mana kalau ibu bapa kita mintakkan cabut uban mereka kat kepala sebab gatal2??

    Betul tu...
    Saya pun pernah cabut uban mak saya sebab gatal-gatal?
    Macam mana ye?

    sonidoter89

    • *
    • Posts: 622
    • ipraytobeclosedtoyouandonthatdayi'llseeyousmile!
      • View Profile
    Reply #11 02 January, 2011, 10:29:14 AM
  • Publish
  • ooo..
    makruh rupanya cabut uban..
    tapi macam mana kalau ibu bapa kita mintakkan cabut uban mereka kat kepala sebab gatal2??
    :)
    Samalah..mak saya pun selalu minta saya cabut uban dia..ingatkan tak ada apa2 sebab tak terfikir pun pasal haram/tidak cabut uban ni...emm..lagipun,mak kata sedap "main kepala"..huhuho
    Jangan menilai saya berdasarkan penulisan atau post saya!!!!!(kalau saya post pasal christianity/pluralisme bukan saya nak ajak anda join agama/fahaman itu!!!!atau saya seorang christian!!!!!TETAPI saya sedang berkongsi apa yang saya belajar!!!!!
    INGAT!!!!DAKWAH IS NOT ABOUT I AM BETTER THAN YOU!!!

    Ixora_skru

    • *
    • Posts: 922
    • Kehidupan Pertama Penentu Kehidupan Kedua
      • View Profile
    Reply #12 02 January, 2011, 10:33:34 AM
  • Publish
  • nak tanya... kalau cabut rambut yang bukan uban pulak apa hukumnya?
    contohnya mencabut rambut yang rosak...
    Catatan Warna-Warni Kehidupan | Di Laman Halaqah ku Mencari IlmuNya
      http://www.cwwk.blogspot.com  |  http://ilmuhalaqah.blogspot.com

    sonidoter89

    • *
    • Posts: 622
    • ipraytobeclosedtoyouandonthatdayi'llseeyousmile!
      • View Profile
    Reply #13 02 January, 2011, 10:39:16 AM
  • Publish
  • Lagi nak tanya kalau tersubur rambut macam mana pula..atau tersembur racun rumput sebab malas nak cabut...satu lagi,kalau terguna rambut sebagai rumput kat padang macam mana pula...?heheheeeee

    aini zinnirah

    • *
    • Posts: 473
    • Indah senyuman pengubat kedukaan...Insya-Allah..
      • View Profile
    Reply #14 02 January, 2011, 06:37:04 PM
  • Publish
  • ooo..
    makruh rupanya cabut uban..
    tapi macam mana kalau ibu bapa kita mintakkan cabut uban mereka kat kepala sebab gatal2??
    :)
    Samalah..mak saya pun selalu minta saya cabut uban dia..ingatkan tak ada apa2 sebab tak terfikir pun pasal haram/tidak cabut uban ni...emm..lagipun,mak kata sedap "main kepala"..huhuho

    :senyum:. Aini pun pernah macam tu.
    ya allah pelihara lah diriku sepertimana Engkau pelihara kekasih-kekasih-Mu yang lain..

    Ummu Fatimah

    • *
    • Posts: 2160
      • View Profile
    Reply #15 03 January, 2011, 11:55:17 AM
  • Publish
  • Ibu tiri saya dulu, suka juga minta tolong cabutkan uban. Satu hari, saya dengar syeikh nuruddin syarahkan hadith bab uban ni, panjang lebar huraiannya.. Sejak tu, saya akan menolak dengan lembut jika ibu tiri meminta mencabutkan uban. Saya sayangkan ibu tiri saya, dan berharap beliau juga tergolong dalam golongan yang dikasihi Allah walaupun hanya pada sekecil perkara, yakni uban..

    Hadith-hadith yang telah dinyatakan di atas sudah cukup sebagai dalil untuk kita memujuk ibu-ibu kita agar tidak lagi mencabut uban. Bersabarlah wahai ibuku, uban adalah satu anugerah yang tidak semua orang memilikinya.. :-)
    zaujah n aliah yusri.. ummu yusuf ramadhan & nur fatimah mujahidah..

    keju

    • *
    • Posts: 959
      • View Profile
    Reply #16 03 January, 2011, 12:49:15 PM
  • Publish
  • ooo..
    makruh rupanya cabut uban..
    tapi macam mana kalau ibu bapa kita mintakkan cabut uban mereka kat kepala sebab gatal2??
    :)
    Samalah..mak saya pun selalu minta saya cabut uban dia..ingatkan tak ada apa2 sebab tak terfikir pun pasal haram/tidak cabut uban ni...emm..lagipun,mak kata sedap "main kepala"..huhuho

    tak sampai haram.


    Izzah0404

    • *
    • Posts: 653
    • o()xxxx[{::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::>
      • View Profile
    Reply #17 25 February, 2011, 10:30:47 PM
  • Publish
  • kalau ade sorang tu usianya masih muda (contohnya dalam lingkungan 18-25 tahun), tapi rambut dia dah ade uban dalam 2-3 helai. Ape hukumnye kalau dia cabut uban tu?
    [warning]I AM NOT WHO I THINK I AM. I AM NOT WHO YOU THINK I AM. I AM WHO I THINK YOU THINK I AM[/warning]

    rabbitah

    • *
    • Posts: 606
      • View Profile
    Reply #18 27 February, 2011, 08:32:17 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum..

    Ita selalu cabut ubat mak walaupun mak tak suruh..
    Sebab ita suka belai rambut mak..
    Persoalan ita,sebenarnya cabut uban atau cabut rambut rosak sebenarnya..
    Boleh ke tidak?
    Maafkan ita sekadar bertanya..
    Assalamualaikum...
    Hidup di dunia bukan sekadar suatu kembara yang akan berakhir tatkala nafas terakhir terhela. Jua bukan bermakna kehidupan seseorang manusia itu akan ternoktah tatkala nyawa terpisah dari jasad. Sebaliknya, tatkala jasad ditinggalkan roh, hidup baru bagi seseorang manusia itu bermula.

    Izzah0404

    • *
    • Posts: 653
    • o()xxxx[{::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::>
      • View Profile
    Reply #19 21 April, 2011, 01:24:32 AM
  • Publish
  • Tentang Uban


    Soalan:
    [float=left]
    Salam Alaikum
     
    Dalam perbicangan di facebook seorang teman mengetengahkan hadis tentang larangan mencabut uban. Seorang teman lagi, menyarankan untuk mempelajari pendapat ulama manakala saya yang baru tahu tentang hadis tersebut mengajukan persoalan lain berkenaan dengan mencabut uban. Pada beberapa orang, uban dicabut karena gatal dan menimbulkan pening. Uban yang dicabut tidak menghabiskan semuanya dan tidak dalam niat mempercantik diri dengan  menghilangkan uban. Saya ingin tahu tentang hal ini.
     
    Dalam suatu tausiah di TV (TV 9 Malaysia, krn saya di KL), kami ketahui bahwa tidak apa mencabut beberapa uban karena gatal atau pening, begitu juga dari pengajian yang pernah diikuti oleh ibu saya bersama seorang Tuan guru di kampungnya, kuala simpang.
     
    Jika ada Ustadz/Ustadzah/Bapak/Ibu yang lebih mengetahui tentang hal ini,kami mohon sumbang sarannya
     
    Rugaya
    Pelajar PhD Fisika Material
    Universiti Kebangsaan Malaysia
    [/float]



    Jawapan:

    [float=left]Assalamu 'alaikum wr. wb.

    Asy Syaikh Abu Iyaas hafidhahullaah berkata:

    Dalam hal ini disebutkan (dalil-dalil) sebagai berikut:

    Dari ‘Amru bin Syu’aib dari ayahnya dari kakeknya berkata: Telah bersabda rasulullaah shallallaahu ‘alaihi wa sallam ” janganlah kalian mencabut uban karena sesungguhnya dia adalah cahaya seorang muslim. tidaklah seorang muslim memiliki satu uban dalam Islam melainkan ditulis baginya satu kebaikan, dan diangkat karenanya satu derajat atau dikurangi darinya satu kesalahan kerena uban tersebut” diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, An Nasa’i, dan Ibnu Majah. Tirmidzi juga meriwayatkannya, dan beliau menganggapnya hasan.

     Dari Ka’ab bin Murah berkata: “aku mendengar Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam berkata “barang siapa ditumbuhi satu uban dalam islam baginya suatu cahaya di hari kiamat“. Diriwayatkan oleh Tirmidzi dan beliau menganggapnya hadits hasan.

    Dari Fudholah bin ‘Abiid, bahwa nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda “Barang siapa ditumbuhi uban di jalan Allah baginya cahaya di hari kiamat.” Maka berkatalah seorang laki-laki mengenai hal tersebut: “seseorang telah mencabut ubannya“. Maka rasulullaah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “barang siapa mau, maka silahkan cabut cahaya yang dimilikinya“. Diriwayatkan oleh Ahmad, Tirmidzi, dan An Nasa’i.

    Hadits-hadits tersebut merupakan dalil atas makruhnya  mencabut uban. Dan Itu merupakan pendapat Al Malikiyuun, Asy Syafi’iyuun dan Al Hanabilah (ulama-ulama madzhab Hambali). Sesungguhnya hadits-hadtis yang ada menganjurkan untuk tidak mencabut. Dan mensifati uban bahwa dia adalah cahaya.  Dan bahwasanya ada satu kebaikan dari tiap uban yang ada bagi pemiliknya, atau diampuni satu kesalahan karena uban tersebut, dan seterusnya sampai akhir. Himbauan dan dorongan ini merupakan indikasi bahwa ada pahala dalam membiarkan uban, sekaligus memberi indikasi terhadap makruhnya mencabut uban.

    Selesai sampai di situ saja penjelasan beliau. Beliau tidak menyebutkan pendapat kalangan ahnaaf/al-hanafiyuun.

    Wallahu a’lam bishawab[/float]



    Sumber : http://groups.yahoo.com/group/Tauziyah/messages/20331?threaded=1&m=e&var=1&tidx=1

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    17 Replies
    4092 Views
    Last post 07 December, 2012, 10:53:35 AM
    by Fakir Billah
    60 Replies
    27788 Views
    Last post 08 March, 2012, 03:52:40 PM
    by wan_sgmt
    2 Replies
    123 Views
    Last post 08 August, 2014, 09:39:00 AM
    by al-baab