Jin, Hantu dan Syaitan

*

Author Topic: Jin, Hantu dan Syaitan  (Read 23089 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

09 April, 2009, 01:58:42 PM
  • Publish


  • 1. Apakah hantu itu daripada kalangan syaitan atau jin?

    2. Apakah makhluk halus ini berbentuk seakan gelombang yang memiliki
    frekuansinya yang tersendiri.

    3. Apakah perkara atau bahan-bahan  yang digemari  oleh hantu?

    4. Apakah bahan-bahan yang tidak disukai oleh hantu (Hantu akan lari bila
    ada benda ni berhampirannya)?

    5. Apakah hantu boleh mencederakan seseorang?

    6. Bilakah waktu yang sesuai untuk hantu masuk ke dalam tubuh seseorang
    manusia dan merasuk?

    7. Apakah cara biasa yang boleh dilakukan bagi menghalau hantu?

    8. Mengapa kebanyakan orang takutkan hantu?

    9. Ketika ditindih hantu, apakah kita dalam keadaan jaga atau dalam
    keadaan tidur?

    10. Apakah hantu ada tempat kediaman tertentu seperti di bawah pokok besar
    , di perkuburan atau sebagainya?

    11. Apakah hantu takut kepada bomoh hantu ?

    12. Apakah hantu boleh ditangkap dan dikurung?


    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Reply #1 09 April, 2009, 05:05:10 PM
  • Publish
  •  

    Tahukah anda selain manusia, alam ini juga dihuni oleh makhluk ghaib yang bernama JIN. Alam kedua-dua makhluk ini letaknya sangat berdekatan bahkan boleh dikatakan letaknya saling bertindih (cuma dimensinya sahaja yang berbeza). Dan antaranya ikut hidup berkeliaran dengan manusia di rumah-rumahnya (ada yang menyerupai kucing dan lain-lain haiwan peliharaan).

    Sesuatu tempat itu mungkin tempat kediaman JIN ataupun mungkin perkampungannya. Sebab itu bila berada di tempat yang kita belum kenal keadaannya janganlah bertindak sebarangan, takut nanti perlakuan kita itu mengganggu ketenteraman JIN dan menjadikan ia marah (walaupun dengan tidak sengaja).

    Kebanyakan manusia walaupun percaya adanya makhluk ini disekelilingnya tetapi kerana tidak nampak, maka mereka mudah terkena tipuan dan godaannya. Dengan ini patutlah kita sedari bahawa syaitan itu selalu mengintip-ngintipkan manusia bagi membencanakan anak-anak Adam.

    Menurut kejadiannya, JIN ini merupakan makhluk yang perkasa dan boleh menunduk atau mengalahkan manusia. Namun mereka tidak mempunyai ruang untuk menyambar manusia kerana Allah s.w.t. menjadikan bagi manusia (yang sentiasa mengingati Allah) malaikat-malaikat penjaga yang lebih gagah daripada JIN. Dan dengan ini manusia dapat mengalahkan JIN dengan mudah. Kiranya tiadalah pemeliharaan Allah kepada manusia, nescaya binasa dan musnah mereka semuanya.

    Sesungguhnya tubuh JIN dan manusia itu terbina daripada bahan-bahan yang boleh musnah, maka terjadinya kematian dan kemusnahan itu sama-sama dialami oleh dua makhluk ini.

    Reply #2 09 April, 2009, 05:08:37 PM
  • Publish


  •    Adakah JIN Itu Beranak Pinak Seperti Manusia?


    Manusia memerlukan masa mengandung selama sembilan bulan untuk melahirkan zuriat dan anak manusia juga memerlukan masa yang lama untuk matang dan menjadi baligh.

    Berbeza dengan JIN dimana, apabila di sentuh alat kelamin lelaki dengan alat kelamin perempuan, maka JIN perempuan akan terus mengandung dan beranak dan anak JIN yang baru lahir itu terus mukallaf. Begitulah keadaannya sehingga ke hari kiamat.

    Iblis pula apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan mengeluarkan 33 biji telor. Dalam setiap biji telor itu ada 33 pasang benihnya. Tiap-tiap pasang benih itu apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan keluar seperti yang terdahulu. Begitulah proses pembiakan JIN dan Iblis sehinggalah ke hari kiamat.

    Bunian atau lebih masyhur di kalangan orang-orang Melayu dengan panggilan orang Ghaib pula ialah hasil campuran lelaki atau perempuan JIN dengan lelaki atau perempuan dari kalangan manusia. Anak yang terhasil daripada percampuran itu dikenali dengan nama Bunian. Perangai dan tingkah laku serta rupa bentuknya orang Bunian ini dalam beberapa perkara mengikut manusia dan dalam beberapa perkara pula mengikut JIN.

    Jika asal usul datuk manusia ialah Nabi Adam, maka asal usul datuk JIN pula ialah" Jaan " yang asalnya adalah beriman kepada Allah dan melahirkan keturunan yang beriman. Selepas itu terdapat pula dari keturunan Jaan yang kufur dan melahirkan pula keturunan yang kufur. Anak cucu Jaan yang asal beriman itu ada yang kekal dalam iman dan ada pula yang kufur dan ada pula yang  kembali beriman kepada Allah.


    SUMBER MAKLUMAT DARI

    Petikan Dari Buku  "Jelajahi Alam Jin"   ‘Syaitan Syiqq’ yang menyerupai separuh manusia dan haiwan.

    Sebenarnya Allah sudah menentukannya dalam rupa  bentuk sedemikian, bukan disebabkan perubahan evolusi seperti yang didakwa oleh Dr. Paul Ledbrader.

     
    « Last Edit: 09 April, 2009, 05:10:38 PM by Munaliza Ismail »

    Reply #3 09 April, 2009, 05:12:30 PM
  • Publish

  •    
    Betulkah JIN Mempunyai Pelbagai Agama?


     

    JIN juga seperti manusia, iaitu ada yang baik, ada yang jahat, ada yang soleh, ada yang tidak soleh, ada yang alim lagi mukmim, ada yang kufur, ada yang murtad, fasik dan zalim, ada yang masuk syurga dan ada yang dihumbankan oleh Allah ke dalam neraka di hari akhirat kelak.

    Majoriti puak-puak JIN terdiri daripada golongan Jin Kafir. Golongan JIN kafir ini kebanyakanya beragama Yahudi, Kristian, Komunis dan sangat sedikit daripada mereka yang beragama Buddha dan Majusi. Terdapat juga golongan JIN yang tidak beragama. Golongan Jin yang memeluk Islam hanyalah sedikit bilangannya dan terdiri daripada golongan minoriti jika di bandingkan dengan keseluruhan bilangan JIN.

    Seperti juga manusia biasa, JIN juga berada dalam tingkat-tingkat iman, ilmu dan amalan yang tertentu berdasarkan kepada keimanan dan amalan mereka kepada Allah. Antaranya ada JIN Islam yang bertaraf awam sahaja, JIN Islam yang di tingkat iman Khawas dan JIN Islam yang berada ditingkat iman yang Khawasil-Khawas.

    Walaupun Jin Islam yang paling tinggi imannya dan paling soleh amalannya serta paling luas serta banyak ilmunya, tetapi masih ada pada diri mereka sifat-sifat mazmumah seperti takbur, riak, ujub dan sebagainya. Tetapi mereka mudah menerima teguran dan pengajaran.

    Mungkin inilah yang sering diperkatakan bahawa "Sebaik-Baik JIN Itu Ialah Sejahat-Jahat Manusia Yang Fasik." Tetapi yang berbezanya manusia yang paling jahat susah menerima pengajaran dan teguran yang baik.

    Golongan JIN Islam yang awam dan JIN kafir suka merasuk manusia yang awam dengan berbagai-bagai cara, kerana pada pandangan mereka manusia-manusia yang awam itu bukanlah manusia sebenarnya, sebaliknya adalah rupa seekor binatang. Manusia yang Khawas dan Khawasil-Khawas tidak dapat di rasuk oleh JIN, bahkan JIN pula akan datang kepada mereka untuk bersahabat.

     

    Reply #4 09 April, 2009, 05:14:45 PM
  • Publish


  •    Adakah JIN Itu Beranak Pinak Seperti Manusia?

    Manusia memerlukan masa mengandung selama sembilan bulan untuk melahirkan zuriat dan anak manusia juga
    memerlukan masa yang lama untuk matang dan menjadi baligh.

    Berbeza dengan JIN dimana, apabila di sentuh alat kelamin lelaki dengan alat kelamin perempuan, maka
    JIN perempuan akan terus mengandung dan beranak dan anak JIN yang baru lahir itu terus mukallaf.
    Begitulah keadaannya sehingga ke hari kiamat.

    Iblis pula apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan mengeluarkan 33 biji telor.
    Dalam setiap biji telor itu ada 33 pasang benihnya. Tiap-tiap pasang benih itu apabila menyentuh
    paha kanan dengan paha kiri akan keluar seperti yang terdahulu. Begitulah proses pembiakan
    JIN dan Iblis sehinggalah ke hari kiamat.

    Bunian atau lebih masyhur di kalangan orang-orang Melayu dengan panggilan orang Ghaib pula ialah
    hasil campuran lelaki atau perempuan JIN dengan lelaki atau perempuan dari kalangan manusia.
    Anak yang terhasil daripada percampuran itu dikenali dengan nama Bunian. Perangai dan tingkah
    laku serta rupa bentuknya orang Bunian ini dalam beberapa perkara mengikut manusia dan dalam
    beberapa perkara pula mengikut JIN.

    Jika asal usul datuk manusia ialah Nabi Adam, maka asal usul datuk JIN pula ialah

    " Jaan " yang asalnya adalah beriman kepada Allah dan melahirkan keturunan yang beriman.
    Selepas itu terdapat pula dari keturunan Jaan yang kufur dan melahirkan pula keturunan yang kufur.
    Anak cucu Jaan yang asal beriman itu ada yang kekal dalam iman dan ada pula yang kufur dan ada pula
    yang  kembali beriman kepada Allah.


    SUMBER MAKLUMAT DARI

    Petikan Dari Buku  "Jelajahi Alam Jin"   ‘Syaitan Syiqq’ yang menyerupai separuh manusia dan haiwan.

    Sebenarnya Allah sudah menentukannya dalam rupa  bentuk sedemikian, bukan disebabkan perubahan

    evolusi seperti yang didakwa oleh Dr. Paul Ledbrader.

     

    ratu balqis pun asal dari jin jugak kan?
    sy pernah dengar ustaz bagi ceramah..
    mak dia atau ayah dia salah seorang manusia..
    org cakap berkahwin ngan jin ni makhruh..
    yela..2 alam..
    susah jugak..
    kata ustaz tu jugak..
    tulang ikan yang kita hancurkan pun..
    tetap menjadi bentukl tulang ikan yg asli di alam jin..
    mereka jugak macam kita..
    ada yang alim dan yang lain2..
    ada perkampungan..
    ada perhintungan di hari akhirat kelak..
    syurga dan neraka..
    "TIDAK AKU JADIKAN MANUSIA DAN JIN KECUALI BERIBADAH PADAKU"
    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    Reply #5 09 April, 2009, 05:15:15 PM
  • Publish


  •   Bolehkah Manusia Melihat JIN?

    Manusia tidak boleh melihat JIN dalam kewujudannya yang asli, kerana Allah s.w.t. telah memperkenankan
    permohonan Bapak JIN(ketika mula diciptakan) agar ia dapat melihat tetapi ia sendiri tidak dapat dilihat.
    (JIN pula tidak boleh melihat malaikat kerana malaikat diciptakan dari cahaya di mana lebih hebat dari JIN).

    Firman Allah (bermaksud): “Sesungguhnya dia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari semua tempat
    yang kamu tidak boleh melihat mereka.”  - (Surah Al-A’raaf: 27).

    Maka barang siapa yang mendakwa dia telah melihat JIN/ Syaitan (dalam keadaan rupa sebenar) maka dia
    telah berdusta, kecuali dia memang seorang nabi. Sebab bagi para nabi melihat jin adalah suatu mukjizat
    (merupakan bukti kenabian).

    Al-Qusyairi menyatakan, “Allah s.w.t sudah menetapkan (mengikut hukum alam) bahawa anak cucu Adam
    tidak akan dapat melihat syaitan di dunia.”

    Dalam buku ‘Aqidah Islam’, Prof. Sayyid Sabiq menulis, JIN atau syaitan itu secara aslinya tidak dapat dilihat
    oleh mata (zahir). Tidak diketahui bagaimana bentuknya tetapi mereka mempunyai kuasa menjelma diri
    dalam bentuk lain, menyerupai sahabat terdekat, kekasih atau suami seorang wanita dan haiwan.

     Dalam hal ini (lebih-lebih lagi untuk waktu yang lama) adalah sesuatu yang sulit dilakukan oleh JIN
    mahupun syaitan. Ia memerlukan kondisi-kondisi jasmaniah dan psikologi yang membantu dan terjadinya
    pula pada waktu-waktu tertentu sejalan dengan kebolehan jin atau syaitan itu.

    JIN dan syaitan sebenarnya menderita kesakitan sewaktu menukar jasadnya ke dalam bentuk asal.
    Ia memerlukan masa yang lama dan proses pertukaran ini mengalami penderitaan yang teruk.

    Di samping itu ia juga takut akan perkara-perkara yang boleh mengakibatkan risiko
    (kerana ia pun takut akan manusia) sama ada tertangkap atau mati dibunuh. Bila tertangkap dan
    dibaca kepadanya Ayat Kursi, nescaya akan menggeletar sehingga boleh mengalami stress berat
    dan akhirnya mati. Kalau tidak pun ia akan lemah-lunglai dan menjadi tidak bermaya.

     

    Reply #6 09 April, 2009, 05:17:31 PM
  • Publish

  •    Tahukah ANDA?

    Mereka yang dapat melihat JIN/syaitan dalam bentuk penyemarannya dikatakan mata hitamnya (manusia) seperti berbentuk PIRAMID.

    Bagi memastikan sama ada manusia sebenar atau makhluk halus yang menjelma sebagai manusia,
    maka ambil segenggam tanah dan gosokkan di lengannya. Kalau ia manusia sebenar maka tanah
    yang digosokkan tadi akan melekat dikulitnya.


    Reply #7 09 April, 2009, 05:18:45 PM
  • Publish

  •    Tahukah ANDA?

    Mereka yang dapat melihat JIN/syaitan dalam bentuk penyemarannya dikatakan mata hitamnya (manusia) seperti berbentuk PIRAMID.

    Bagi memastikan sama ada manusia sebenar atau makhluk halus yang menjelma sebagai manusia,
    maka ambil segenggam tanah dan gosokkan di lengannya. Kalau ia manusia sebenar maka tanah
    yang digosokkan tadi akan melekat dikulitnya.



    SUBHANALLAH..
    biarlah..tak payah kenal pun takpa..
    takut kelu lidah nanti.
    :senyum:..gurau je..

    Reply #8 09 April, 2009, 05:19:08 PM
  • Publish


  • Buer adalah Presiden Syaitan. Ia dipanggil oleh Tukang Sihir bila mereka mahu belajar falsafah serta
    logik atau mahu mengubati penyakit dengan menggunakan  Herba Ajaib.
    Tetapi ia hanya boleh  dipanggil di waktu tertentu sahaja dan akan menjelma dalam bentuk
    ‘TAPAK SULAIMAN’ atau "Singa Berkaki Lima"

     Petikan Dari Buku "Jelajahi Alam JIN"

    Reply #9 09 April, 2009, 05:26:01 PM
  • Publish


  • Buer adalah Presiden Syaitan. Ia dipanggil oleh Tukang Sihir bila mereka mahu belajar falsafah serta
    logik atau mahu mengubati penyakit dengan menggunakan  Herba Ajaib.
    Tetapi ia hanya boleh  dipanggil di waktu tertentu sahaja dan akan menjelma dalam bentuk
    ‘TAPAK SULAIMAN’ atau "Singa Berkaki Lima"

     Petikan Dari Buku "Jelajahi Alam JIN"


    ummi..ummi mmg ada ke buku ni...?

    Reply #10 09 April, 2009, 05:27:07 PM
  • Publish


  • Menafikan Wujud Jin Boleh Menidakkan Kekuasaan Maha Pencipta

    Oleh Dr Muhammad Azizan Sabjan

    JIN makhluk ciptaan Allah yang ditaklifkan untuk menyembah Allah dan melakukan ibadat kepada-Nya.
    Seperti manusia, mereka juga dikehendaki beriman dengan Nabi Muhammad SAW dan melaksanakan
    segala ajaran Islam.

        Tegasnya, mereka hanyalah makhluk ciptaan Allah yang mempunyai kelemahan seperti manusia.
    Sememangnya jin wujud dan mempercayai kewujudannya bukanlah suatu kepercayaan tahyul atau
    momokan masyarakat.

        Tegasnya, kewujudan ciptaan Allah bernama jin sudah termaktub dalam al-Quran dan hadis.
    Menafikan kewujudannya boleh membawa erti seolah-olah kita menafikan kehebatan Allah mencipta hamba-Nya.

        Firman Allah yang bermaksud: "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku." (Surah al-Dzariyaat, ayat 56)

        Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Maka janganlah kamu beristinjak dengan tulang dan tahi binatang.
    Sebab hal itu adalah bekal (makanan) saudaramu daripada kalangan jin." (Hadis riwayat Tarmizi)

        Allah mencipta Adam dan keturunannya iaitu manusia daripada tanah. Malaikat pula diciptakan Allah
    daripada nur (cahaya). Berlainan pula keadaan penciptaan jin, ia tidak dicipta daripada tanah mahupun nur.
    Ia juga bukan berasal daripada Adam dan Hawa.

        Asal usul jin daripada jin bernama Jaan. Jaan beriman kepada Allah dan melahirkan keturunan beriman.
     Ada pula daripada keturunan Jaan yang kufur dan melahirkan pula keturunan kufur.

        Anak cucu Jaan yang beriman itu ada yang kekal dalam iman, ada pula kufur dan ada yang kembali
    beriman kepada Allah. Dalam erti kata lain, Jaan ialah bapa segala jin seperti Adam ialah bapa segala manusia.

        Jaan ialah jin yang pertama, dicipta dan dijadikan daripada lidah api. Keturunan jin yang seterusnya pula
    dijadikan dan berkembang-biak daripadanya sama seperti halnya Adam dan keturunannya iaitu manusia.
    Seperti manusia, jin juga daripada pelbagai bangsa dan jenis.

        Mereka juga mempunyai jajahan pemerintahan dan kerajaannya tersendiri. Jin juga seperti manusia
    inginkan keturunan dan hidup berpuak-puak. Puak dan kumpulan jin terlalu banyak dan bercakap pelbagai
    loghat serta bahasa. Jin juga diperintahkan Allah untuk menerima syariat Islam seperti diperintahkan kepada manusia.

        Majoriti bangsa jin daripada golongan jin kafir. Jin kafir ini kebanyakannya beragama Yahudi, Kristian,
    komunis dan sangat sedikit beragama Buddha dan Majusi. Ada juga jin tidak beragama. Golongan jin yang
    memeluk Islam sedikit bilangannya dan daripada golongan minoriti jika dibandingkan dengan keseluruhan
    bilangan jin.

        Hanya Allah dan Rasul-Nya mengetahui rupa bentuk asal jin selepas dicipta dan ditiupkan roh.
    Menurut sesetengah ulama, rupa, tabiat, kelakuan dan perangai jin 90 peratus mirip kepada manusia.

        Jin juga diberi keizinan oleh Allah untuk menzahirkan diri dalam pelbagai bentuk dan rupa disukai serta
    dikehendakinya kecuali rupa Rasulullah SAW. Rupa dizahirkan pula mengikut tahap dan kemampuan
    masing-masing. Pada asasnya rupa bentuk jin tidak banyak berbeza daripada manusia, iaitu mereka
    mempunyai jantina, mempunyai hidung mata, tangan, kaki, telinga dan sebagainya.

        Pada dasarnya 80 hingga 90 peratus jin menyerupai manusia. Perbezaan ketara adalah sudut fizikal.
    Jin lebih kecil dan halus daripada manusia. Bentuk tubuh mereka itu ada yang pendek, terlalu tinggi dan
    mempunyai pelbagai warna seperti putih, merah biru dan hitam.

        Menurut sesetengah pendapat, ketinggian jin kira-kira tiga hasta saja. Dalam al-Quran,
    Allah berfirman setiap yang berjiwa pasti akan merasai mati. Dalam konteks ini, jin juga merasai kematian.

        Usia jin mencecah ribuan tahun. Ini kerana mereka bertubuh halus dan tidak terdedah kepada
    penyakit sakit jantung, kencing manis dan sebagainya seperti manusia.

        Biarpun usia jin menjangkau ribuan tahun, mereka tetap merasai kematian. Satu-satunya jin yang
    tidak akan merasai kematian melainkan apabila datangnya kiamat ialah Iblis laknatullah. Ia berdasarkan
    permintaannya kepada Allah supaya dipanjangkan umur sampai kiamat untuk menyesatkan anak Adam.

        Kecepatan jin bergerak melebihi gerak cahaya dalam satu saat. Disebabkan jin adalah daripada
    makhluk seni dan tersembunyi, tidak zahir seperti manusia dan tidak sepenuhnya ghaib seperti malaikat,
    maka ruang kecil pun boleh di duduki berjuta-juta jin dan ia juga boleh memasuki dan menghuni tubuh
    badan manusia.

        Alam kediaman jin di lautan, daratan, udara dan alam Mithal iaitu suatu alam antara alam manusia dan
    alam malaikat. Makanannya pula berasaskan asap, gas, haruman dan ada juga buah-buahan bersesuaian
    dengan penciptaan mereka. Makanan jin juga daripada tulang, manakala makanan haiwan ternakan mereka
    ialah bongkah najis binatang ternakan manusia.

        Manusia mengandung sembilan bulan untuk melahirkan zuriat dan anak manusia juga perlu masa lama
    untuk matang serta menjadi baligh. Berbeza dengan jin, apabila disentuh alat kelamin lelaki dengan alat
    kelamin perempuan, jin perempuan terus mengandung, beranak dan anak baru lahir itu terus mukallaf.

        Alam jin itu satu daripada kebesaran dan keagungan Allah. Cubaan menafikan kewujudan jin dan alamnya boleh membawa kepada menafikan kekuasaan Allah.

        Banyak lagi pendedahan alam jin perlu diketengahkan untuk dijadikan garis panduan kasar mengenai
    jin serta memberi kesedaran pentingnya Muslim menjaga akidah, menjauhi syirik dan mengelakkan diri
    terjerumus dengan tipu daya jin yang ingkar terhadap Allah.

     *Penulis ialah pensyarah Bahagian Falsafah dan Tamadun Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia

    Reply #11 09 April, 2009, 05:31:54 PM
  • Publish


  • Nabi Sulaiman Dengan Jin Ifrit

    Pada masa pemerintahan Nabi Allah Sulaiman, semua binatang, syaitan dan jin adalah dibawah kekuasaan
    pemerintahan kerajaan Nabi Sulaiman. Kisah ini adalah diantara kisah-kisah yang terjadi semasa pemerintahan
    Nabi Allah Sulaiman.

    Oleh kerana baginda amat dihormati, ramailah manusia, binatang dan jin ingin berbakti kepada baginda.
    Pada suatu hari Jin Ifrit telah keluar daripada bandar Baitulmaqdis kerana ingin mencari sebiji mutiara
    yang sangat cantik untuk dihadiahkan kepada Nabi Sulaiman supaya dia mendapat pujian daripada
    Nabi Sulaiman dan sekaligus ingin membuktikan kepada jin dan syaitan yang lain bahawa dialah jin
    yang paling disayangi oleh Nabi Sulaiman. Secara senyap-senyap Jin Ifrit keluar supaya tidak diketahui
    oleh makhluk yang lain. Setelah sampai di Laut Merah Jin Ifrit menyelam di dasar lautan untuk mencari
    mutiara tersebut. Setelah puas menyelam, mutiara tersebut tidak juga dijumpai oleh Jin Ifrit sehingga
    sampai ke suatu tempat yang berbatu, ternampak olehnya kilauan dari celah-celah batu tersebut.
    Setelah diamatinya ternyata kilauan tersebut adalah mutiara yang sangat cantik yang dicari-carinya.
    Jin Ifrit terus mangambil mutiara tersebut dan berenang sehingga sampai ke tepi pantai.

    Semasa perjalanan pulang, Jin Ifrit tidak mengetahui bahawa dia telah diekori oleh jin lain yang bernama Bota.
    Bota terus mengejar Jin Ifrit dan memintas lalu merampas mutira tersebut. Jin Ifrit sangat marah lalu
    mengejar Bota. Oleh kerana Bota lari dengan pantas ke arah selatan menyebabkan Jin Ifrit tidak dapat
    mengejarnya lagi. Jin Ifrit sangat takut kalau-kalau diketahui oleh Raja Jin bahawa mutiara tersebut telah
    hilang. Tidak lama kemudian Jin Ifrit mendengan suara memanggilnya. Ifrit mengenali suara tersebut
    adalah suara Raja Jin. Dengan segera Ifrit pergi mengadap Raja Jin. Raja Jin bertanya kepada Ifrit
    “Mana mutiara tersebut ?” Ifrit menjawab “Mutiara tersebut telah dirampas oleh Bota”.

    Raja Jin mengambil keputusan untuk mempersempahkan kes tersebut kepada Nabi Sulaiman.
    Satelah tiba dihadapan Nabi Sulaiman, baginda bertanya kepada Raja Jin “Apakah kesalahan Ifrit?”.
    Raja jin menjawab “Ifrit telah menghilangkan sebiji mutiara yang sangat cantik”. Nabi Sulaiman
    berkata kepada Ifrit “Adakah kamu telah menyembunyikan mutiara tersebut?” Ifrit menafikannya
    dan menceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Nabi Sulaiman berkata “Aku akan panggil semua
    jin dan syaitan untuk diperiksa”. “Sementera itu kamu akan dipenjarakan terlebih dahulu sehingga
    kamu dibuktikan tidak bersalah” kata Nabi Sulaiman.

    Salah seorang yang mendengar perbicaraan tersebut ialah Perdana Menterinya yang bernama Asif.
    Beliau adalah seorang yang bijak dan tahu bahawa Bota adalah salah seorang hamba kepada orang lain.
    Beliau berkata kepada Nabi Sulaiman ” Allah menjadikan peristiwa sebagai pembuka jalan kepada Nabi
    Sulaiman supaya pergi ke selatan untuk berjuang pada jalan Allah seperti baginda janjikan dahulu”.
    “Mungkin Raja tersebut masih menyembah berhala” sambung Perdana Menteri. Nabi Sulaiman menerima
     kata-kata tersebut lalu baginda berangkat ke Baitulmaqdis untuk beribadah dan bersyukur kepada Allah
    keatas nikmatNya.

    Reply #12 09 April, 2009, 05:44:37 PM
  • Publish

  •    Tahukah ANDA?

    Mereka yang dapat melihat JIN/syaitan dalam bentuk penyemarannya dikatakan mata hitamnya (manusia) seperti berbentuk PIRAMID.

    Bagi memastikan sama ada manusia sebenar atau makhluk halus yang menjelma sebagai manusia,
    maka ambil segenggam tanah dan gosokkan di lengannya. Kalau ia manusia sebenar maka tanah
    yang digosokkan tadi akan melekat dikulitnya.



    Klau ia jin? Tanah tu akan jatuh?
    alhamdulillah

    Reply #13 09 April, 2009, 05:51:27 PM
  • Publish

  •    Tahukah ANDA?

    Mereka yang dapat melihat JIN/syaitan dalam bentuk penyemarannya dikatakan mata hitamnya (manusia) seperti berbentuk PIRAMID.

    Bagi memastikan sama ada manusia sebenar atau makhluk halus yang menjelma sebagai manusia,
    maka ambil segenggam tanah dan gosokkan di lengannya. Kalau ia manusia sebenar maka tanah
    yang digosokkan tadi akan melekat dikulitnya.



    Klau ia jin? Tanah tu akan jatuh?

    kalau dah manusia camtu..
    jin pun sebaliknya la kut

    Reply #14 09 April, 2009, 06:39:24 PM
  • Publish


  • Mengenali Alam Jin Dan Gangguan Mereka     
     
    Written by al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri   
    Sunday, 05 August 2007

    Alam Jin

    Alam jin adalah alam realiti tapi tersembunyi. Kita diperintahkan oleh untuk beriman dengan kewujudannya dan meminta perlindungan kepada Allah daripada gangguannya. Mereka juga diberi tanggungjawab menjadi hamba kepada Allah dan mengikut para rasul. Mereka diberikan beberapa kelebihan yang kadang-kadang mengatasi kemampuan manusia

    Hakikat Makhluk Jin

    Perkataan dasar bagi Jin pada bahasa merujuk kepada sifat yang tersembunyi.[1] Makhluk Jin dinamakan demikian kerana sifatnya tersembunyi daripada pancaindera manusia biasa.[2] Orang-orang Jahiliyah juga menggelar para Malaikat sebagai jin kerana sifat Malaikat yang juga tersembunyi.[3] Dari sudut istilah ia merujuk kepada sejenis makhluk bernyawa yang hidup di alam ini, sifat kejadiannya halus tak dapat ditanggapi oleh pancaindera manusia biasa, berakal dan bernafsu seperti manusia dan dicipta oleh Allah dengan tanggungjawab untuk menjadi hamba kepada Allah seperti manusia. Kewujudan makhluk ini ditegaskan oleh al-Quran dan Hadis. Jin disebut dalam 40 ayat dalam 10 surah al-Quran. Malah terdapat satu surah dalam al-Quran yang diberi nama surah al-Jin yang khusus membicarakan tentang makhluk Jin mendengar Nabi sedang membaca al-Quran lalu mereka beriman dan kembali memberi peringatan kepada kaum mereka.

    Firman Allah maksudnya: Katakanlah (Wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran Yang Aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: `Sesungguhnya Kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!`Kitab Yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu Kami beriman kepadaNya, dan Kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami.(Jin 1-2)

    Begitu juga dalam surah al-Ahqaf terdapat cerita mereka mendengar Al-Qur’an lalu kembali
    menceritakannya kepada kaum mereka.

     Allah berfirman maksudnya: “Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu
    rombongan jin datang kepadamu (Wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah mereka
    menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain): "Diamlah kamu dengan
    sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya!" kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah
    mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran.
    Mereka berkata: "Wahai kaum kami! Sesungguhnya Kami telah mendengar Kitab (Al-Quran) yang
    diturunkan (oleh Allah) sesudah Nabi Musa, yang menegaskan kebenaran Kitab-kitab suci yang
    terdahulu daripadanya, lagi, memandu kepada kebenaran (tauhid) dan ke jalan yang lurus (ugama Islam).
    Wahai kaum kami! Sahutlah (seruan) Rasul (Nabi Muhammad) yang mengajak ke jalan Allah,
    serta berimanlah kamu kepadaNya, supaya Allah mengampunkan sebahagian dari dosa-dosa kamu,
    dan menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya.(al-Ahqaf 29-31)

    Menurut ulama tafsir, mereka merupakan Jin yang tinggal di perkampungan Bakr berhampiran Syam
    atau Jin perkampungan Naynawiyy berhampiran Mushol. Mereka datang tatkala Nabi saw sedang solat
    Subuh di kebun tamar berhampiran Thaif. Baginda pula sedang membaca surah al-`Alaq. [1]

    Setengah riwayat menyatakan surah al-Rahman. Terdapat pelbagai riwayat yang berbeza menyebut
    samada baginda menyedarinya atau tidak. Menurut riwayat Ibn `Abbas  Nabi saw tidak menyedarinya
    dan tidak bermaksud menyampaikan al-Qur’an kepada mereka, tetapi berbetulan mereka hadir
    di kala Nabi saw membacanya. Hadis juga menegaskan bahawa Nabi Muhammad saw diutuskan oleh
    Allah kepada makhluk bergelar manusia dan jin. Beberapa hadis pula menjelaskan mereka telah datang
    menemui baginda saw. Pandangan yang kuat ianya berlaku sebanyak 6 kali.[2]Antara riwayat yang kuat
    ialah kisah baginda dengan ditemani oleh Ibn Mas`ud pergi ke tempat pertemuan dengan Jin. Apabila tiba,
    Ibn Mas`ud ditinggalkan oleh baginda di satu tempat lalu baginda pergi ke kawasan yang tak dapat dilihat
    oleh Ibn Mas`ud. Kemudian, sekumpulan Jin datang berkumpul di hadapan Nabi lalu baginda saw
    membacakan al-Qur’an dan mengajak mereka beriman. Setelah itu mereka kembali memberi
    peringatan pula kepada kaum mereka.[3] 

    Justeru mempercayai kewujudannya adalah sebahagian aqidah yang mesti diyakini oleh umat Islam.
    Menafikan kewujudannya dikira fasiq dan kufur.  Allah berfirman maksudnya: “Dan (ingatlah)
    Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
    (al-Zariyat 56)

    Reply #15 27 April, 2009, 01:09:55 PM
  • Publish
  • BERIMAN KEPADA KEWUJUDAN JIN

    OLEH: MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI

    Dewasa ini banyak sekali cerita-cerita hantu yang diterbitkan dan mempengaruhi masyarakat Islam Malaysia khasnya. Penerbitan filem seumpama ini sebenarnya jika tidak dikawal akan mencemarkan akidah Islam dan menunjukkan imej buruk Islam terhadap kaum kafir.

    Sebenarnya percaya kepada kewujudan Jin dan Syaitan atau yang disebut hantu dalam masyarakat kita adalah wajib hukumnya dan termasuk dalam rangka beriman terhadap perkara-perkara ghaib. Firman Allah s.w.t:

    الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ

    Maksudnya: “Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka”.[al-Baqarah: 3].

    Oleh itu, tindakan sebahagian orang yang enggan percaya kepada kewujudan jin dan sebagainya amatlah berbahaya kerana ia boleh mencemarkan akidah mereka.

    Demikian juga para penerbit filem yang berunsur elemen ini perlu merujuk kepada pihak ulama Ahli Sunnah wal Jamaah terlebih dahulu sebelum membuat sesuatui filem supaya tidak tercemar dengan akidah yang salah.

    Dalil Kewujudan Jin:

    Firman Allah s.w.t dalam surah al-Nas:

    قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ (1) مَلِكِ النَّاسِ (2) إِلَهِ النَّاسِ (3) مِنْ شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ (4) الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ (5) مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ (6)

    Maksudnya: “Katakanlah (Wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. “Yang Menguasai sekalian manusia,”Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, “Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, - “yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, - “(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”.

    Imam Ibn Kasir r.h menjelaskan maksud al-Khannas dalam ayat dengan kata beliau:

    وهو الشيطان الموكل بالإنسان

    Maksudnya: “dia itu adalah syaitan yang diwakilkan kepada manusia (untuk menghasutnya)”. [Ibn Kasir, 8/539].

    Firman Allah dalam surah al-Rahman ayat 15:

    وَخَلَقَ الْجَانَّ مِنْ مَارِجٍ مِنْ نَارٍ

    Maksudnya: “dan Dia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang;”

    Dalam surah al-Khafi ayat 5o Allah s.w.t menyatakan:

    وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ بَدَلًا

    Maksudnya: “dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”; lalu mereka sujud melainkan Iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. oleh itu, Patutkah kamu hendak menjadikan Iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu”.

    Bahkan dalam al-Quran terdapat surah yang dinamakan surah al-Jin iaitu surah yang ke-72 dalam turutan Mushaf. Allah s.w.t menceritakan dalam surah ini bahawa bukanlah semua jin itu syaitan bahkan ada antara mereka yang beriman dan beramal soleh:

    قُلْ أُوحِيَ إِلَيَّ أَنَّهُ اسْتَمَعَ نَفَرٌ مِنَ الْجِنِّ فَقَالُوا إِنَّا سَمِعْنَا قُرْآنًا عَجَبًا (1) يَهْدِي إِلَى الرُّشْدِ فَآمَنَّا بِهِ وَلَنْ نُشْرِكَ بِرَبِّنَا أَحَدًا (2) وَأَنَّهُ تَعَالَى جَدُّ رَبِّنَا مَا اتَّخَذَ صَاحِبَةً وَلَا وَلَدًا (3)

    Maksudnya: “Katakanlah (Wahai Muhammad): “Telah diwahyukan kepadaku, Bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: `Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!`Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadaNya, dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami.`Dan (ketahuilah Wahai kaum kami!) Bahawa sesungguhnya: tertinggilah kebesaran dan keagungan Tuhan kita daripada beristeri atau beranak”.

    Allah s.w.t juga dalam surah al-Jin ini mencela para dukun dan bomoh dengan firman-Nya:

    وَأَنَّهُ كَانَ رِجَالٌ مِنَ الْإِنْسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِنَ الْجِنِّ فَزَادُوهُمْ رَهَقًا

    Maksudnya: “Dan Bahawa Sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat”. [al-Jin: 6]

    Allah s.w.t juga menetapkan Jin itu tidak dapat dilihat manusia tetapi mereka boleh melihat manusia:

    إِنَّهُ يَرَاكُمْ هُوَ وَقَبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لَا تَرَوْنَهُمْ إِنَّا جَعَلْنَا الشَّيَاطِينَ أَوْلِيَاءَ لِلَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ

    Maksudnya: “Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.” [al-A'raf: 27].

    Semua dalil ini jelas menunjukkan kewujudan jin dan mereka adalah makhluk ghaib serta mukallaf seperti manusia juga.

    Bolehkah Menangkap Jin?

    Sabda Rasulullah s.a.w:

    إِنَّ عِفْرِيتًا مِنْ الْجِنِّ تَفَلَّتَ عَلَيَّ الْبَارِحَةَ أَوْ كَلِمَةً نَحْوَهَا لِيَقْطَعَ عَلَيَّ الصَّلَاةَ فَأَمْكَنَنِي اللَّهُ مِنْهُ فَأَرَدْتُ أَنْ أَرْبِطَهُ إِلَى سَارِيَةٍ مِنْ سَوَارِي الْمَسْجِدِ حَتَّى تُصْبِحُوا وَتَنْظُرُوا إِلَيْهِ كُلُّكُمْ فَذَكَرْتُ قَوْلَ أَخِي سُلَيْمَانَ {رَبِّ هَبْ لِي مُلْكًا لَا يَنْبَغِي لِأَحَدٍ مِنْ بَعْدِي}قَالَ رَوْحٌ فَرَدَّهُ خَاسِئًا

    Maksudnya: Sesungguhnya Ifrit dari kalangan jin telah datang untuk menggodaku semalam agar aku lalai ketika sembahyang. Tetapi Allah telah melindungi aku daripadanya sehingga aku dapat menangkapnya iaitu menjerat lehernya. Aku mempunyai keinginan untuk mengikatnya di salah satu tiang masjid hingga ke waktu pagi supaya kamu semua dapat melihatnya. Kemudian aku menyebutkan kata-kata saudaraku Nabi Sulaiman a.s: {رَبِّ هَبْ لِي مُلْكًا لَا يَنْبَغِي لِأَحَدٍ مِنْ بَعْدِي} Tuhanku! Ampunilah aku, berikanlah kepadaku suatu kekuasaan yang tidak akan dicapai oleh seorang pun selepasku. Maka akhirnya Allah melepasnya secara menolak Ifrit tersebut dalam keadaan rugi, hina dan lemah [al-Bukhari dan Muslim].

    Berdasarkan hadis ini kita dapati memang boleh kita menangkap jin jika dia menyerupa dalam bentuk lain secara tabii tetapi secara syarak, perbuatan tersebut dilarang kerana menghormati Nabi Sulaiman a.s.

    Diriwayatkan juga bahawa Ifrit itu datang kepada Rasulullah s.a.w dalam bentuk anak kucing maka tidak ada pertentangan antara hadis ini dengan ayat di atas yang menyatakan manusia tidak dapat melihat jin dalam rupa asli mereka.

    Apakah Ada Perbezaan Antara Jin dan Syaitan?

    Terdapat perbezaan pada Jin dan Syaitan walaupun pada asalnya kalimah Syaitan itu merujuk kepada: ‘Jin yang mengganas dan mengganggu manusia’ atau istilah mudahnya: Jin Kafir atau Jin Muslim yang Fasiq; tetapi digunakan juga kalimah Syaitan pada manusia yang melakukan kejahatan kerana manusia tersebut menjadi pengikut syaitan. Firman Allah s.w.t:

    وَكَذَلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا شَيَاطِينَ الْإِنْسِ وَالْجِنِّ

    Maksudnya:  “dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin,..[al-An'am:112]

    Apakah Pula Itu Hantu?

    Hantu adalah Syaitan daripada kalangan jin yang menganggu manusia dengan menakut-nakutkannya. Adapun tanggapan bahawa hantu itu adalah roh manusia yang mati yang tidak tenteram dan seumpamanya adalah karut berdasarkan firman Allah s.w.t:

    حَتَّى إِذَا جَاءَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ رَبِّ ارْجِعُونِ (99) لَعَلِّي أَعْمَلُ صَالِحًا فِيمَا تَرَكْتُ كَلَّا إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَائِلُهَا وَمِنْ وَرَائِهِمْ بَرْزَخٌ إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ (100)

    Maksudnya: “kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: “Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia) - “Supaya Aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan”. Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat)”. [al-Mukminun: 99 & 100].

    Ayat ini menjelaskan bahawa roh orang yang mati itu berada di alam barzakh yang menghalang mereka untuk kembali ke dunia ini.  Demikian juga wujudnya azab dan nikmat kubur yang menafikan sama sekali roh itu akan kembali ke dunia semula.

    Bolehkah Jin Merasuk?

    Kerasukan jin terhadap manusia adalah sabit dengan firman Allah s.w.t:

    الَّذِينَ يَأْكُلُونَ الرِّبَا لَا يَقُومُونَ إِلَّا كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ

    Maksudnya: “orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu…” [al-Baqarah: 275]

    Ayat ini menunjukkan bahawa berlaku di dunia ini kerasukan jin terhadap manusia [Tafsir al-Alusi, 2/374]. Berkata Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari r.h:

    وأن الشيطان يوسوس الإنسان ويشككه ويخبطه خلافا للمعتزلة والجهمية

    Maksudnya: “dan sesungguhnya (antara akidah Ahli Sunnah wal Jamaah itu) syaitan mewas-waskan manusia dan memasukkan syak dalam dirinya serta merasuknya bersalahan dengan akidah al-Muktazilah dan al-Jahmiah”. [al-Ibanah, 11].

    Penutup:

    Ini adalah sebagaian elemen yang perlu diketahui seorang muslim berkenaan beriman dengan kewujudan jin. Kita percaya kewujudan jin itu benar namun kita perlu yakin apa-apa perbuatan memohon pertolongan dan bantuan jin adalah membawa syirik kepada Allah s.w.t. Akidah yang benar dalam masalah jin ini adalah percaya mereka wujud dan percaya pula mereka itu sama dengan kita sebagai makhluk Allah s.w.t yang diberi tugas taklif yakni beribadah dan beriman kepada Allah s.w.t.


    Reply #16 27 April, 2009, 02:50:25 PM
  • Publish
  • Jangan sampai bersahabat dengan jin sudahlah .......
    "Berpanjangan lah ubudiyah zahir dan batin serta berkekalan lah
    hadir hati serta Allah".Wallahu a'lam bishowab

    Reply #17 27 April, 2009, 10:15:16 PM
  • Publish
  • Syukran jazilan. Bahan bacaan yg bagus. Selalunya mmg orang ramai keliru antara jin, syaitan, iblis dan hantu.

    Reply #18 19 May, 2009, 05:07:31 PM
  • Publish
  • Syukran jazilan. Bahan bacaan yg bagus. Selalunya mmg orang ramai keliru antara jin, syaitan, iblis dan hantu.

    sekadar catatan, jins samsudin adalah manusia.

    Reply #19 19 May, 2009, 06:02:50 PM
  • Publish
  • Quote
    sekadar catatan, jins samsudin adalah manusia.

     sukasangat lawak..lawak..lawak..

    Dato' Jins Samsudin tu orang kampung ummi sha...Taiping.. =;8)
    « Last Edit: 19 May, 2009, 06:08:04 PM by Munaliza Ismail »
    Bagi mendapatkan info tambahan, layari blog-blog ummi sha
    http://sarimahshaniza.blogspot.com/

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    49 Replies
    10320 Views
    Last post 07 February, 2010, 12:22:08 AM
    by umaira124
    16 Replies
    4821 Views
    Last post 24 May, 2011, 09:31:14 AM
    by nurhikmah
    20 Replies
    4151 Views
    Last post 28 April, 2011, 12:44:58 PM
    by hani muslim