Koleksi Puisi, Sajak dan Syair

Author Topic: Koleksi Puisi, Sajak dan Syair  (Read 157638 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

halawah

  • *
  • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    • View Profile
Reply #180 17 June, 2012, 10:34:24 AM
Salam ahad salam rewang
maaf sihat ke jewang-jewang
kasian awan tak larat mata memandang
berat akal hati gersang..

Malam kenangan 27 Rajab
Nostagia Nabi Di Israk Mikraj
Perintah Solat tunaikan penuh harap
usahlah matikan hati dengan istidraj..

Sedihnya mengenang bukan kepalang
Allah menghiburkan hati Nabi tika walang
Tapi kita sebagai hamba insan malang
kerana Pengorbanan yang besar ini tak mengenang.

Jerami dipetik padi ditampi
seramnya badan letih kenang perjuangan ini
apalah malang ummat Nabi
dosa tak seram badan akan dimamah bumi... :msya: 


İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

qalamm

  • *
  • bersatu hati dan jiwa keranaMU..
    • View Profile
Reply #181 24 June, 2012, 11:43:07 PM
ZIARAH.

Dalam lembah yang penuh nista

Saat kegelapan menutupi hati

Kulihat secercah cahaya MU

Laksana kerlipan bintang di gelap gulita


 
Kulangkahkan kaki dari lembah berlumpur ini

Kudatangi Mu wahai pemilik KASIH

Kubersimpuh dikaki MU mengharapkan ampunan

Atas dosa dan noda

 
Kudatangi Mu karena aku rindu

Rindu akan arif bijak MU

Rindu akan tegur sapa MU

Rindu saat terindah yang pernah kumiliki dalam hidup

Saat aku bersama MU



*andai ini ziarah terakhirku...maafkan kesalahanku...doakan kesejahteraanku..




cinta ini biar sampai syurga...

Reply #182 26 June, 2012, 10:11:01 PM
Aku Anak Felda

Bukit itu kususuri
menjejak ayah di belantara
harapan
kala itu ku terlihat
ada keringat menitis di pipi ayah
namun ku masih belum mengerti
makna sebuah kelelahan.

Biji sawit itu kugenggam
hingga keluar isinya
tanpa kusedar
itulah air mata darah dan keringat
daripada ayah.

Teringat waktu dahulu
ke hulu ke hilir memikul bekal
dari tanah tumpah darah ke bukit
belantara
dek arahan 'pegawai'
kulihat sayu wajah ibu
mengerti...ibu tidak mahu lagi
keadaan itu
sampai masa, ibu tidak tertahan
lagi
bernekad....ingin sahaja terus di kampung
berbudi pada tanah
lantas, arahan itu dibiarkan berlalau
walau kertas pelbagai warna silih bertandang.

Kini
kulihat ayah tiada lagi daya
untuk terus mendaki bukit itu
muali aku sedar
keringat dan darah bukan percuma
ada harga yang belum dibayar
bukan wang emas yang kami dahagakan
namun hak dan maruah kami pertaruhkan.


AKU SRIKANDI
Akademi Pengajian Melayu,
Universiti Malaya.

Reply #183 26 June, 2012, 10:25:54 PM
Aku Anak Malaysia

Bukit itu kususuri
menjejak ayah di belantara
harapan
kala itu ku terlihat
ada keringat menitis di pipi ayah
namun ku masih belum mengerti
makna sebuah kelelahan.

Biji sawit itu kugenggam
hingga keluar isinya
tanpa kusedar
itulah air mata darah dan keringat
daripada ayah.

Teringat waktu dahulu
ke hulu ke hilir memikul bekal
dari tanah tumpah darah ke bukit
belantara
dek arahan 'pegawai'
kulihat sayu wajah ibu
mengerti...ibu tidak mahu lagi
keadaan itu
sampai masa, ibu tidak tertahan
lagi
bernekad....ingin sahaja terus di kampung
berbudi pada tanah
lantas, arahan itu dibiarkan berlalau
walau kertas pelbagai warna silih bertandang.

Kini
kulihat ayah tiada lagi daya
untuk terus mendaki bukit itu
muali aku sedar
keringat dan darah bukan percuma
ada harga yang belum dibayar
bukan wang emas yang kami dahagakan
namun hak dan maruah kami pertaruhkan

dan tak lama lagi ……..
dah ramai orang2 muda di sini tak mahu kerja berat2
dan imbulan pulak sedikit
maka pekerja-pekerja import akan masuk sedikit2
mengantikan apa jua perkerjaan yang tidak mahu dek si anak tempatan

qalamm

  • *
  • bersatu hati dan jiwa keranaMU..
    • View Profile
Reply #184 03 July, 2012, 09:02:48 PM
Aku bermusafir..
kerana mencari kebesaranMU

Ku bawa diri menuju ke Masjid..
kerana itu rumahMU

Lantas disitu aku beruzlah
kerana kotornya diri ..oleh kejahilan sendiri

di satu sudut aku bertafakur
mengenal keagonganMu..
menilai hinanya diri..
betapa kecilnya aku..
di sisiMU Yang Maha Perkasa.

Tanpa wahyu dan Sabda..
Tanpa kasih dan rahmat...
Tanpa izinMU..
Tanpa pertolonganMu...
Aku pasti dalam kejahilan
bersama kebutaan mata dan hati.

SYUKRAN YA RABB...
Kerana masih terus membuka jalan untukku

Ana Tholibah

  • *
  • No Pain, No Gain.
    • View Profile
Reply #185 15 July, 2012, 03:11:57 PM
                 Usah Berahsia


Se0rang penyair menulis sebuah puisi……

Ketika engkau tidak mampu melepaskan fikiran dari material,
walaupun hanya sehari, maka jangan katakan bahawa engkau telah melepaskannya,
Tetapi katakanlah bahawa Allah akan selalu mengawasi gerak-geriku,
Jangan sesekali menyangka bahawa Allah akan lalai dari pengawalannya-NYA terhadapmu,
Walaupun hanya sekelip,
   
Dan tidak sesuatu pun yang kamu
Sembunyikan luput daripada ilmu-Nya,
Kerana bagi-Nya,tidak ada yang tersembunyi dan rahsia,
Apakah kamu tidak melihat bahawa hari ini sangat cepat berlalu?
Sedangkan hari es0k sangat dekat bagi mereka yang memeng menantikannya.
Inf0: berzikir dengan nama Ar-Raqib dengan penuh keikhlasan hati,
insyaAllah akan dijaga daripada bahaya
yang akan menimpa harta peribadi & keluarga.


~~~sumber majalah NUR 2010~~~
SETIA HQ

Ana Tholibah

  • *
  • No Pain, No Gain.
    • View Profile
Reply #186 18 July, 2012, 01:07:03 PM
Cinta itu suci
Senyum itu tak semestinya suka
Masam muka belum tentu benci
Bergaduh mungkin bersel0r0h
Berpaling tapi berdamping
Menjeling dalam seiring
Rahsia hati hingga ke mati
Naluri terisi cinta yang suci


sumber:majalah M0Y

Nurul Nawar

  • *
  • Forgive me. May Allah bless you -)
    • View Profile
Reply #187 25 July, 2012, 12:11:45 AM
Kata Hati

Jika benar kata hati,
Aku tak mengerti,
Mengapa engkau yang dinanti,
Sedangkan jawapannya tak pasti.

Jika benar kata hati,
Inginku bebas pergi,
Terbang mencari-cari,
Agar kau sentiasa di sisi.

Jika benar kata hati,
Selagi nyawa di nadi,
Kau tetap kunanti,
Setiaku tak pernah mati.

Jika benar kata hati,
Ku ingin melupai,
Namun hati berbelah bagi,
Bayanganmu masih terpatri.

Jika benar kata hati,
Sekiranya engkau tidak sudi,
Mengapa ini yang terjadi,
Cinta yang tak abadi.

Jika benar kata hati,
Akan kuturuti,
Aku sudah mengerti,
Ku ingin bersendiri,

Jika benar kata hati,
Bisikan hati yang merindu ini,
Jika diturutkan nanti,
Jiwa sendiri mati.


nukilan,
meamr

Yuzie

  • *
  • Demi Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang
    • View Profile
Reply #188 31 July, 2012, 01:59:49 PM



Bacalah sebagai selingan sementara menanti waktu...
Cukuplah bila kami merasa mulia karena Engkau sebagai Pencipta bagi kami dan cukuplah bila kami bangga bahawa kami menjadi hamba bagiMu. Engkau bagi kami sebagaimana yang kami cintai, maka berilah kami taufik sebagaimana yang Engkau cintai.

qalamm

  • *
  • bersatu hati dan jiwa keranaMU..
    • View Profile
Reply #189 13 September, 2012, 12:13:48 AM

Syair Imam Syafie

ANUGERAH ALLAH

Aku melihat-Mu pada saat penciptaanku,
yang penuh dengan anugerah.
Engkaulah sumber satu-satunya,
pada saat penciptaanku.
Hindarkan aku dari anugerah yang buruk.
Karena sepotong kehidupan telah cukup bagiku,
hingga saat Engkau mematikanku.

qalamm

  • *
  • bersatu hati dan jiwa keranaMU..
    • View Profile
Reply #190 13 September, 2012, 12:15:39 AM
KEPUASAN (QANA'AH)

Aku melihat bahawa kepuasan itu pangkal kekayaan,
lalu kupegang erat-erat ujungnya.
Aku ingin menjadi orang kaya tanpa harta,
dan memerintah bak seorang raja. 

qalamm

  • *
  • bersatu hati dan jiwa keranaMU..
    • View Profile
Reply #191 13 September, 2012, 12:20:17 AM

TENTANG CINTA

Engkau durhaka kepada Allah,
dan sekaligus menaruh cinta kepada-Nya.
Ini adalah suatu kemustahilan.
Apabila benar engkau mencintai-Nya,
pastilah engkau taati semua perintah-Nya.
Sesungguhnya orang menaruh cinta,
Tentulah bersedia mentaati perintah orang yang dicintainya.
Dia telah kirimkan nikmat-Nya kepadamu,
setiap saat dan tak ada rasa syukur,
yang engkau panjatkan kepada-Nya.

qalamm

  • *
  • bersatu hati dan jiwa keranaMU..
    • View Profile
Reply #192 13 September, 2012, 12:22:59 AM
RENDAH HATI

Bagaimana mungkin kita dapat sampai ke Sa’ad,
Sementara di sekitarnya terdapat gunung-gunung
dan tebing-tebing.Padahal aku tak beralas kaki,
dan tak berkendaraan.
Tanganku pun kosong dan,
jalan ke sana amat mengerikan??

qalamm

  • *
  • bersatu hati dan jiwa keranaMU..
    • View Profile
Reply #193 13 September, 2012, 12:24:13 AM
MENCINTAI AKHIRAT
 
Duhai orang yang senang memeluk dunia fana,
Yang tak kenal pagi dan petang dalam mencari dunia,
Hendaklah engkau tinggalkan pelukan mesramu,
kepada duniamu itu.
Karena kelak engkau akan berpelukan,
Dengan bidadari di syurga.
Apabila engkau harap menjadi penghuni syurga abadi,
maka hindarilah jalan menuju api neraka.

qalamm

  • *
  • bersatu hati dan jiwa keranaMU..
    • View Profile
Reply #194 13 September, 2012, 12:29:48 AM

TIPU DAN PALSU

Aku melihat tipu muslihat dunia,
tatkala ia berkira kira di atas kepala-kepala manusia,
dan membincangkan manusia-manusia yang terkena
tipunya.
Bagi mereka,
Orang sepertiku tampak amat tak berharga.
Aku disamakan olehnya,
dengan anak kecil yang sedang bermain di jalanan.

Reply #195 18 September, 2012, 10:07:26 PM
 :)
blogwalking last weekend and found this...

Tauhid pendirian kehidupan
Untuk Menyata keujudan Tuhan
Tuhan Mencipta sekalian alam
Yang Menguasai hari kemudian

Ilmu tauhid mengesakan Tuhan
Mengimbangi islam dengan iman
Memperolehi makrifat kehidupan
Barulah sempurna segala amalan

Maka terdapat beberapa kaedah
Jalan tauhid makrifat Allah
Tauhid rububiyah dan uluhiyah
Serta Asma' dan Sifat Allah

Tauhid rububiyah meng-Esa Tuhan
Tuhan mencipta sekalian alam
Rabb perkataan dari Al Quran
Ayat pertama surah pembukaan

Tauhid uluhiyah meng-Esa Tuhan
Yang menurut amalan kerasulan
Jalan yang disebut dalam al Quran
di hujung surah pembukaan

Tauhid Asma' dan Sifat Tuhan
Asma' tuhan dalam al Quran
Meng-Esa Tuhan dengan hujahan
Sehingga disebut Ilmu Kalam

Ana Tholibah

  • *
  • No Pain, No Gain.
    • View Profile
Reply #196 23 September, 2012, 12:36:34 PM
Dzun Nun seterusnya membacakan sebuah syair:

Wahai manusia yang lupa
Yang selalu dijaga oleh Zat Yang Maha  Agung
Daripada kejahatan yang datang dalam kegelapan
Bagaimana mungkin mata ini boleh terpejam
Daripada Sang Penguasa
Yang mengurniakan beberapa kenikmatan………….


qalamm

  • *
  • bersatu hati dan jiwa keranaMU..
    • View Profile
Reply #197 10 October, 2012, 10:17:06 AM
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
 "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji?
Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka,
maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan,
sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2

Di saat kamu ku pilih...
bukan kerana aku cukup sempurna
namun ketahuilah...saat itu
jiwa ku sedang lemah
iman ku sedang kecundang
semangatku semakin pudar
keinginan jihad ku sudah semakin menjauh

Di saat kamu ku pilih..
kerana ku tahu kamu mampu....bersamaku..
mencari kekuatan jiwa
memelihara iman..membina taqwa
meneruskan jihad yang masih separuh jalan

Di saat kamu ku pilih...
aku bersyukur akan nikmat ALLAH
Hadirmu pasti bersama Hidayah
Bersama Rahmah dan Hikmah..
Bersama menyemai cinta kepada ILAHI
walau dalam usia yang masih hijau
pasti akan datang RedhaNYA..
kerana kamu ku pilih dengan IzinNYA...

Di saat kamu ku pilih...
permudahkanlah jalan syurga untuk kami..
seumpama seorang Syuhadah....
Ameen Ya Rabb..

afiQoh

  • *
  • bakal jenazah
    • View Profile
Reply #198 28 June, 2013, 12:35:49 AM
Sangkar emas...
Bukan milikku...
Angan cuma ia milik diri..

Sangkar emas..
Perhiasan cantik.
Kilauannya..
Tak bisa ku lihat..

Sangkar emas...
Bukan tempatku..
Tak padan..
Dalamnya melemaskan..
Sesak nafas.jaringannya...
~kurangkan bicara soal hati,pasti jiwa mu mati tapi banyakkan bicara dalam soal mati pasti hatimu sentiasa hidup~

Reply #199 02 July, 2013, 05:59:13 PM
Mathnawi  telah lama ditinggalkan
Dulunya tempat dilebur hati lara
Bait kata metafora
Sarat dengan wacana alam
Kiasan ketuhanan

Mata merenung sangkar itu
Disepuh emas bertatah intan
Kelibat si mabuk pusingan tarian
Asyik masyuk keseorangan

Ada bibit cahaya putih
Sejuk dan tenang
Merungkai rantaian nafsu
Jasad lega hati fana seketika

Gadis itu merenung sangkar
Mata bundar mendongak
Pandangan lembut nan tajam
Jauh merentas sukma harapan
Bibirnya menguntum senyum
Biar nafasnya bagai terhenti
Menyesak istana sanubari
Sedetik cuma..
Seketika cuma..
Berat itu dirasa..
Wajah berseri itu berlalu pergi
Senyuman yang pasti..
Jejak nyata tiada awangan

Mathnawi yang berdebu..
Dicapai kembali
Sekadar mencari  titik sama
Atas apa yang diperhati

divider3
halaqahforum4