Koleksi Puisi, Sajak dan Syair

Author Topic: Koleksi Puisi, Sajak dan Syair  (Read 86213 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Azwar

  • *
  • Posts: 97
  • ku milik-Mu
    • View Profile
08 April, 2009, 09:57:29 AM
  • Publish Di FB
  • Lagu tiga kupang
    Mahu bikin ‘story’
    Enam anak muda
    Masuk universiti..

    Bila sudah masuk
    Azam belajar saja
    Mahu bijak pandai
    Tak mahu kecewa

    ( korus )
    Masuk tahun due
    Depa azam lagi
    1 cari makwe
    2 mahu bini

    3 jadi mpp
    4 azam lame
    5 haluan kiri
    6 dok terngange!

    Bila tahun tiga
    1 kena cekup
    2 dapat baby
    3 kejar pangkat hey!

    4 mantain saja
    5 ’extend’ lagi
    6 minta berhenti
    Tak mau ngaji lagi
    Lagi...lagi...lagi



    ( ulang dari mula hingga akhir )

    kanjeng sunan

    • *
    • Posts: 2192
    • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
      • View Profile
    Jawab #1 17 May, 2009, 07:41:19 PM
  • Publish Di FB
  • Tujuan ibadah fardhu dan sunat
    hendak mendapatkan Tuhan
    Dari ibadah hendak menyuburkan
    takut dan cintakan Tuhan
    Dari situ akan sentiasa hidup rasa bertuhan ini
    di dalam jiwa, di dalam kehidupan
    Di mana pergi teringat-ingatkan sahaja Tuhan
    di dalam jiwa
    Rasa bertuhan itulah jiwa mempunyai kekuatan
    Kekuatan jiwa itulah yang dikatakan jati diri
    pada hamba Tuhan
    Ia menjadi baju besi rohani dan maknawi
    agar perkara yang negatif pada pandangan, pendengaran
    dan fikiran di dalam kehidupan
    Jiwa tidak dirosakkan
    Jiwa yang tidak dirosakkan oleh keadaan kehidupan
    tidak merosakkan akhlak insan
    Akhlak yang mulia itu ia adalah hiburan
    Hibur-menghiburkan sesama insan
    atau sesama hamba Tuhan
    Ada orang beribadah, ia dapatkan dirinya sendiri
    Dia rasa senang dengan ibadahnya
    dan rasa selamat kerana ibadahnya
    Dia pun merasa dirinya orang baik
    dan nampak orang lain jelek
    Dia rasa mendapat pahala
    dan merasakan dia orang luar biasa
    Megah pun datang dengan ibadahnya
    Sombong tiba kerana ibadahnya

    Rupanya ada orang beribadah,
    ibadahnya sudah terpesong
    Tujuan ibadah untuk mendapat Tuhan,
    takutkan Tuhan, cintakan-Nya
    hingga rasa bertuhan subur di dalam jiwa
    Side effectnya rasa hambanya pun subur di jiwa
    Rasa hina, rasa malu, rasa lemah,
    rasa harap kepada Tuhannya
    Tapi dia dapatkan dirinya sendiri,
    dia rasa bangga dapat pahala
    Ibadahnya menghilangkan rasa bertuhannya
    ibadahnya merasakan dia bangga
    Maka dia tertipu dengan ibadahnya
    Bahkan dia tidak terasa lagi berdosa
    Begitulah orang yang beribadah
    jahil tentang Tuhannya
    Jahil memahami konsep ibadah
    Maka ibadahnya menjadi bala kepadanya
    Orang beribadah beginilah yang masuk Neraka
    bukan ke Syurga
    Wal`iyazubillah
    Orang beribadah taraf itulah
    banyak terjadi di akhir zaman
    Kerana itulah ahli ibadah di zaman ini
    tidak ada kesannya di dalam kehidupan


    asz...
    TuhAN cInTa aGuNg..

    fariza dewajah

    • *
    • Posts: 11
    • NOT TOTALLY PERFECT,BUT PARTS OF ME R EXCELLENT
      • View Profile
    Jawab #2 30 May, 2009, 08:13:23 PM
  • Publish Di FB
  • Terkadang... pabila siang, kita merindui rembulan
    Pabila malam, kita bertanya kemana pula mentari
    Sering kita tangisi hanya pabila ia tak lagi disisi

    Aku tak mahu jadi begini,
    Maka...
    Malamku bersama rembulan, kusyukuri, kunikmati...
    Walau trkadang malamku suram
    Maka...
    Siangku bersama mentari, kusyukuri, kinikmati...
    Walaupun terkdg bahangnya perit

    Segalanya perlu disyukuri,
    Kerna yg mbuat terasa derita bukanlah
    sekeliling,
    bukan mentari, bukan rembulan,
    Tapi, hati didalam...

    Ummi Na

    Jawab #3 27 June, 2009, 04:09:24 PM
  • Publish Di FB

  • Bisikan itu…
    Masih kudengari…
    Kalimah suci…
    Menggamit hati nurani..
    Bisikan itu…
    Terasa semalam..
    Berlalu di bawa bayu…
    Melintas sepintas lalu
    Bisikan itu…
    Masih kuingati…
    Kerana kutahu ia akan kembali…
    Menggamit diriku
    Menemui Ilahi…
    Lailahaillallah
    Bisikan itu…
    Makin terasa kehadirannya…
    Sedetik…dua detik…tiga
    Lailahaillallah
    Ya Allah…
    Aku menghadapMu…
    Kembali kepadaMu…
    Terimalah diriku…
    Lailahaillallah


    adaptasi karya kembarahati
    http://www.mawaddahrahmat.blogspot.com

    princess_islam

    • *
    • Posts: 5
      • View Profile
    Jawab #4 08 July, 2009, 01:33:15 PM
  • Publish Di FB
  • Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

    satu masa nanti kita pasti dirisik
    pertunangan sejak azali
    dihujung hidup berkahwin dengan maut
    hantarannya sakit dan nazak
    tamu hadir menghadiahkan tangis
    pengantin dimandi dan dipakaikan baju putih
    wangian gaharu
    pengantin bersanding sendirian
    diarak keliling kampung
    berkompangkan azan dan kalimah kudus
    aqadnya talkin
    berwalikan liang lahad
    bersaksi nisan-nisan
    siraman mawar keluarga
    malam pertama bersama kekasih yang dindingnya tanah
    dan menuntut janji perkahwinan kullunafsin zaiqatul maut..


    wallahua'lam...

    :ins:

    'akal senipis rambut,tebalkan dengan ilmu,hati serapuh kaca,kuatkan dengan iman,perasaan selembut sutera,hiasilah dengan akhlak'

    kecempreng_tua

    • *
    • Posts: 5
      • View Profile
    Jawab #5 13 July, 2009, 03:14:16 PM
  • Publish Di FB
  • Batu itu berwarna putih
    Terungkap sebaris nama
    Dahulunya megah
    Berkiblatkan pangkat dan kuasa

    Namun,
    Batu itu menangis
    Dirinya terasa usang
    Susuk tubuh longlai berlalu
    Enggan singgah menyapa
    Enggan mengusap pundaknya
    Tiada alunan Fatihah bergema

    Batu itu terus menangis
    Tanahnya kontang
    Lalang saling meninggi
    Menelan kewujudannya
    Nama yang terpalit dijamah usia
    Hilang sudah segalanya

    Batu itu tetap menangis
    Diratapi nasib penghuni
    Dipandangnya ke bawah
    Sekujur insan terpalit seribu luka
    Jawapan setiap angkara

    Batu itu berhenti menangis
    ‘Everything Happens for a Reason’

     :aamiin:

    kecempreng_tua

    • *
    • Posts: 5
      • View Profile
    Jawab #6 13 July, 2009, 03:26:40 PM
  • Publish Di FB
  • perpisahan akan terjadi
    rindu akan dirantai
    kasih akan dipasung
    cinta akan dibelenggu
    hitamnya besi pengikat
    menjunam 7 lapis bumi
    bersauh di 7 lapis langit

    hati yang mengaum akan dihambat
    kemegahan kalimah yang agung
    jiwa yang celaru akan disiram
    dengan jerbih airmata taubat
    tubuh yang malas
    akan digerakkan dengan hentaman rotan nasuha
    diri akan berlabuh di atas sejadah merahm

    syahirah_nur

    • *
    • Posts: 52
      • View Profile
    Jawab #7 24 July, 2009, 09:56:35 AM
  • Publish Di FB
  •  :)


    Kunci Syurgaku


    Suami yang kucintai
    Pernikahan kita satu anugerah Ilahi
    Hadiah terindah maharnya suci
    Kau calon soleh yang kuimpi

    Lelaki soleh di hati ini
    Bertakhta megah di singgahsana nurani
    Melaksanakan amanah seikhlas hati
    Menggenggam mutiara cinta yang murni

    Kau kucintai
    Pimpinlah aku menuju jannah
    Jalan dakwah ini kita menikah
    Berpimpin redha tawajuh melangkah
    Membina sabar diterjah mehnah
    « Last Edit: 13 September, 2009, 09:31:31 AM by Ummi Munaliza »

    ruhani

    • *
    • Posts: 229
    • http://www.youtube.com/watch?v=Zcrsfg-EeqM
      • View Profile
    Jawab #8 17 August, 2009, 07:04:23 PM
  • Publish Di FB

  • Erti sebuah Pinjaman

    Seringkali kita berkata,

    Ketika semua orang memuji 'milikku'

    Bahwa sesungguhnya ini

    hanyalah pinjaman

    Bahwa rumah ku,kenderaan ku hanyalah
    pinjaman-dari Nya

    Bahwa hartaku hanyalah pinjaman-dari Nya

    Bahwa anak2ku hanyalah pinjaman-dari Nya

    Tetapi, mengapa kita tak pernah bertanya
     mengapa Dia meminjamkan pada kita

    Untuk apa Dia meminjamkan ini pada kita
    Dan kalau bukan milik kita, apa yang harus
    kita lakukan untuk milik-Nya itu

    Adakah aku memiliki hak atas sesuatu yang bukan milik ku ?

    Mengapa hatiku sangking terasa berat, ketika
    pinjaman nya itu diminta kembali oleh-Nya ?

    Ketika diminta kembali, kusebut itu sebagai musibah

    Kusebut itu sebagai ujian, kusebut itu sebagai petaka

    Kusebut itu sebagai panggilan apa saja untuk melukiskan kalau itu adalah derita

    Ketika aku berdoa, kuminta pinjaman yang seiring dengan hawa nafsuku

    Aku ingin lebih banyak harta, ingin lebih banyak kesenangan dari ketenangan,

    lebih banyak populariti daripada rendah diri


    kutolak sakit, kutolak kemiskinan, seolah semua

    "derita" adalah hukuman bagiku

    Seolah keadilan dan kasih-Nya harus berjalan seperti berkira kira:

    'aku rajin beribadah, maka selayaknyalah derita menjauh

    dariku, dan nikmat dunia kerap menghampiriku.

    Kuperlakukan "Dia" seolah bahan berdagang, dan bukan kekasih'

    Kuminta Dia membalas "perlakuan baikku", dan menolak keputusan-Nya
    yang tak sesuai dengan keinginanku

    Ya Tuhan, padahal tiap hari ku ucapkan, hidup dan matiku hanya untuk beribadah.
    dan ibadah ku hanya untok mu,namun pahala ku jadikan perantara
    wal hal jika di ukor jarak antara aku dgn Mu......jauh tidak berantara...dekat tidak bersentuh...

    "Ketika langit dan bumi bersatu, bencana dan keberuntungan sama
    saja".....

    renung2kan lah....  

     
     
      
    « Last Edit: 13 September, 2009, 09:28:47 AM by Ummi Munaliza »

    nur_inlife

    • *
    • Posts: 92
    • salam ukhwahfillah untuk semua...
      • View Profile
    Jawab #9 05 September, 2009, 12:57:54 PM
  • Publish Di FB


  • Sahabat...?

    bicara buat sahabatku...

    sahabat,
    dulu kau dan aku,
    sering bersama,
    namun,
    hanya disebabkan satu perkara,
    kau pergi meninggalkan diriku.

    sahabat,
    andai aku ada waktu,
    ingin sekali aku bertanya padamu,
    mengapa kau tinggalkan aku sahabat,
    sedangkan aku amat mengasihi dirimu,
    aku sedar wahai sahabat,
    diriku banyak melukakan hatimu,
    namun sedarkah dikau,
    mencari seorang sahabat,
    bagaikan mencari sebutir mutiara putih.

    namun sahabat,
    aku tidak akan menyalahkan dirimu,
    kerana perpisahan ini,
    pasti akan wujud,
    walaupun tidak diminta,
    kerana setiap pertemuan,
    pasti akan adanya perpisahan.

    TERIMA KASIH SAHABAT...
    buat semua yg kenal akan diri saya..
    « Last Edit: 13 September, 2009, 09:27:16 AM by Ummi Munaliza »
    Allah aku rindu Kamu....

    Tengku Zhuemy

    • *
    • Posts: 4
      • View Profile
    Jawab #10 12 September, 2009, 09:42:32 AM
  • Publish Di FB

  • Cahaya Cinta ILLAHI


    Cinta itu cahaya sanubari,
    Kurniaan ILLAHI memenuhi fitrah insani,
    Bercambah tautan cinta,
    Disitulah naluri rindu bermula,
    Sang pujangga mencipta kata,
    Cinta itu tak pernah meminta,
    Tetapi memberi sepenuh rela,
    Rasa bahagia menyulam jiwa,
    Bakal perjalanan sang musafir,
    Mencari cinta ILLAHI dari sulaman cinta hambanya.....

    Renungkanlah bersama bukan untuk kalian semua tetapi juga renungan untuk saya.....
    « Last Edit: 13 September, 2009, 09:26:11 AM by Ummi Munaliza »

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #11 13 September, 2009, 09:25:08 AM
  • Publish Di FB


  • Semua puisi , sajak dan Syair akan dikumpulkan dibawah satu topik sahaja. Memudahkan untuk membuar rujukan.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    kecempreng_tua

    • *
    • Posts: 5
      • View Profile
    Jawab #12 18 October, 2009, 02:09:33 AM
  • Publish Di FB
  • Original Version:-

    Perpisahan akan terjadi
    Rindu akan dirantai
    Kasih akan dipasung
    Cinta akan dibelenggu
    Hitamnya besi pengikat
    Menjunam 7 lapis bumi
    Bersauh di 7 lapis langit

    Hati yang mengaum akan dihambat
    Kemegahan Kalimah Agung
    Jiwa yang celaru akan disiram dengan
    Jernih airmata taubat
    Tubuh yang malas akan digerakkan dengan
    Hentaman Rotan NAsuha
    Maka diri akan berlabuh di atas Sejadah Merah

    Kiblat Kita SAtu
    Arahnya juga SAtu
    Caranya cuma Satu
    dan Tuhan kita tetap SATU
    Ayuh, tinggalkan semua
    itu cuma dunia yang palsu
    Yang lebih baik menanti  disana....

    rizlynd

    • *
    • Posts: 49
    • salam ukhwah,salam silratulrahim
      • View Profile
    Jawab #13 10 November, 2009, 03:00:58 PM
  • Publish Di FB





  • Apa perlu ku rasai?
    Mengapa harus ku tempuhi?
    Telah ku cuba hindari
    Namun tetap didatangi.

    Keluh kesah menyinggahi
    agar dapat dijauhi.
    Namun telah disurati
    agar tabah menghadapi.
    Walau beribu alasan dihidangi
    tetap tidak akan dapat dijauhi.

    Semakin pantas berlari
    semakin ia menghampiri.
    Apa yang ditakuti
    tetap jua mendatangi.

    Setelah ku halusi
    setelah ku fahami
    mengapa ini yang terjadi
    ku mengerti ada hikmah yang menanti.

    Akhirnya takut menjadi berani
    dari lari terpaku terpatri
    menjadikan diri merintih menangisi
    kerana aku perlu nikmati
    betapa indahnya sunyi dan sepi.

    Dulu
    ku takut merasa sunyi dan sepi
    tidak ku fahami mengapa sunyi dan sepi menghantui.
    Terasa diri diasingi
    ditolak jauh ketepi
    hingga sunyi dan sepi
    sentiasa menghampiri.
    Tidak dapat ku terima andai diri merasa sunyi dan sepi.

    Kini
    ku fahami
    ku halusi
    betapa indahnya sunyi dan sepi
    sunyi dan sepi yang mendatangi
    membawa aku kelembah Insafi.
    Menginsafi betapa aku lupa
    bahawa aku adalah insani
    insani yang tidak akan pernah dapat lari
    dari merasa sunyi dan sepi.


    Kerana kembalinya aku nanti
    setelah jenazah ku diurusi
    sunyi dan sepi menemani
    gelap gelita disisi
    setelah aku dikuburi
    sementara menanti hukuman dijatuhi...

    Semoga aku akan tenang menghadapi
    sunyi dan sepi bila gelap dan gelita menemani
    dan mengharap belas ihsan Illahi...!!!

    Apakah aku diampuni???
    Apakah aku dimaafi???
    Aku takut dihukumi
    dan aku tidak layak ke Syurgawi...
    Ku serah diri pada Mu Illahi
    dikala sunyi sepi
    menghampiri menemani
    agar aku sentiasa menginsafi diri.



    mardiah

    • *
    • Posts: 19
      • View Profile
    Jawab #14 07 March, 2010, 03:12:20 PM
  • Publish Di FB
  • terdetik di hati ini,
    beTapa beRtuahnya diRi yanG kerDil ini,
    peRistiwa itu.......
    memBuatkan aku teRfikir....
    beTapa leMahnya diRi ini.

    leMahnya aku ini,
    saAt ku raSakan naFas dikerOngkong,
    laLu ku seRu nama-Mu,
    dan ku poHon paDa-Mu.

    janGanlah,
    keTika Engkau memangGilku pulang,
    aKu masih leKa daLam kealPaan,
    seDang syahaDataini beLum semPat aku laFazkan.

    janGanlah keTika cinta-Mu
    melaBuhkan tiRainya,
    aKu, tiDak beRada,
    dalam dakapan cinta-Mu....

    keTika Engkau memangGilku pulang,
    baRu aku seDar,
    diRi ini bukan sesiapa....

    laLu aku meminTa kepada-Mu,
    seLamatkan aku daRi ranTai ini,
    berikan aku pelUang,
    dan.....
    kUatkanlah hatiku,
    teGuhkanlah jiwaku,
    aGar selalu aku,
    beRada di atas lanDasan cinta-Mu

    keRana peLuang yang Kau beRi sekarang,
    munGkin tiDak
    akan ku daPat buat kali lainnya.....

    teRima kaSih Ya Allah,
    EngKaulah pemiLik nyaWaku,
    EngKaulah pemiLik Cintaku....

    (05.03.2010/ jumaat/ 4.14 ptg)


    [mod]
    Sila sunting semula ejaan kiriman ini mengikut tatabahasa yang betul.
    [/mod]
    « Last Edit: 07 March, 2010, 03:15:52 PM by Ummi Munaliza »
    apaBila aiR yaNg tenanG beRkocak......

    cahaya pencinta

    • *
    • Posts: 1096
    • Dalam pahit hidup, aku merasa manisnya~
      • View Profile
    Jawab #15 30 March, 2010, 05:51:01 PM
  • Publish Di FB
  •  :)

    ilham di kala petang....usai menghadap Yang Maha Pencinta..

    SelainMu

    berat..
    kosong..
    jiwa resah, hati gelisah
    sendiri
    walau bukan sendiri
    hati masih meronta
    jiwa masih merintih
    apakah perlu lagi
    selain dari Mu kekasih?

    dalam lorong gelap
    kau beri sinar
    dalam malam suram
    kau hadirkan rembulan
    tapi mengapa aku masih butuh bintang?

    dadaku sempit
    isinya sedikit
    tabahnya bagai emping rapuh
    ditolak, diagah, jatuh
    apa tidak cukupkah
    kasih yang Satu?

    diri masih mencari
    masih mahu berlari
    dalam tatih
    dalam rangkak
    sujud yang tidak punya nilai
    apa lagi perlu aku
    sedang Kau ada di situ?

    jadi burung yang punya sayap
    tapi masih butuh angin
    apakah aku ini cuma tidak erti
    makna syukur?

    jadi bunga teguh berdiri
    hadir madu manis
    hadir haruman wangi
    punya duri pelindung diri
    tapi mengapa masih butuh kumbang?

    saat aku tidak mengerti
    saat aku merintih sepi
    masih juga padaMu aku kembali
    tapi mengapa?
    mengapa jiwa masih derita?
    jauh
    aku masih jauh
    maaf aku butuh selainMu
    dalam mencari erti diriMu

    ~oleh aku;
    Yang Masih Dalam Pencarian

    me_on_all

    • *
    • Posts: 21
      • View Profile
    Jawab #16 16 April, 2010, 02:15:32 AM
  • Publish Di FB
  • salam semua, puisi ni saya luahkan buat diri saya yang hina..
    tiadalah bermaksud untuk menghina atau menyalahkan sesiapa..
    yang salah tetap saya..
    yang hina juga saya..

    Palestina dan aku
    (tiada langsung dalam memori keluarga)

    Palestina melambaiku
    dicelah gelap pohonan zaitun,
    Palestina memanggilku
    didalam ceracak tembok batu,
    Palestina menangisiku,
    didasar jiwa kental nan layu,
    Namun aku,
    tetap seperti aku,
    buta dalam mata terbeliak,
    pekak dalam telinga terpacak,
    hati ini tidak kurasakan sesuatu pun jua,
    melainkan angka dan benda.
    mungkinkah aku?
    sudah pun bodoh ,
    mungkinkah aku?
    sudah pun tuli
    atau aku sebenarnya?
    sudah pun tua.
    Palestina Kukira
    punya pertalian saudara dengan-ku,
    mungkin cuma saudara luah-rasa
    mungkin cuma saudara lihat-tonton
    dan bagiku jika terus begini..
    tiada langsung palestina
    dan aku dalam memori keluarga ..
    [/center][/center]

    cahaya pencinta

    • *
    • Posts: 1096
    • Dalam pahit hidup, aku merasa manisnya~
      • View Profile
    Jawab #17 30 April, 2010, 10:31:34 PM
  • Publish Di FB
  •  berisalam

    kolek terasing di laut
    tanpa arah
    satu sinar di ufuk timur
    jauh tak tercapai

    gelora laut bawa ke sana
    biar seribu tahun makan masa
    mahu mencari rezeki
    buat makanan hati
    perlu sinar dalam legam malam

    ~aku

    sinarhidup

    • *
    • Posts: 226
    • sinarilah hidup kita dengan doa
      • View Profile
    Jawab #18 30 April, 2010, 11:33:48 PM
  • Publish Di FB
  • setiap cahaya mata yg lahir di dunia ini..adalah anugerah Ilahi..ia merupakan cerminan kpd ayahanda dan bonda tercinta..tanpa mereka siapalah aku..
    Kiranya daku menjadi seorang isteri..
    Kurniakanlah padaku kekuatan
    Menjadi tulang belakang seorang suami..
    Pengembang perjuangan di S A Y A P  K I R I..
    Diadun dengan kelembutan
    Menjadi teman sejati, sahabat setia, penyejuk mata
    Pembina semangat dan penguat jiwa
    Seanggun peribadi Saidatina Khadijah
    Ketenangan baginda Rasulullah, utusan ALLAH..

    Namun Ya Tuhan..
    Siapalah daku untuk memiliki
    Watak wanita solehah pendamping nabi
    Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang di hati
    Maka kurniakanlah daku
    Sekeping hati yang sentiasa insaf
    Biarku tadahkan wajahku
    Buat mengusap debu di telapak kakinya.....

    Dan sememangnya daku mengimpikan
    Watak seorang ibu
    Yang bakal melahirkan
    Putera-putera secekal Musa'ab bin Umar
    Menggadai dunia demi kasih Tuhannya
    Segigih Zubair Ibnu Awaam
    Yang diangkat Rasul sebagai hawarij'nya
    Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu jua..
    Memiliki puteri setabah dan seteguh Masyitah
    Atau sesuci Maryam...seluruh hidupnya
    Mengabdikan diri kepada Tuhan

    Meskipun daku bukan ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani
    Yang tiap titis darah mampu berzikir ke hadrat ALLAH
    Namun...
    Mudah-mudahan zuriatku
    Bakal menampilkan
    Mujahid mujahidah yang rindu memburu syahid
    Buat menyemarakkan Islam di akhir zaman

    sinarilah hidup kita dengan doa senyum*
    "robbi yasser wala tu'assir"

    me_on_all

    • *
    • Posts: 21
      • View Profile
    Jawab #19 02 May, 2010, 02:27:41 AM
  • Publish Di FB
  • Assalamua'laikum...

    tiga pinggan nasi
    masih tidak mengeyangkanku,
    "Apa ni?"
    tiga keping roti
    "Alhamdulillah kenyang"
    Syukur..


    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    7 Replies
    2746 Views
    Last post 15 October, 2009, 06:09:22 PM
    by Qishashul
    1 Replies
    7347 Views
    Last post 22 December, 2013, 06:29:00 PM
    by skyluver
    7 Replies
    1966 Views
    Last post 01 November, 2010, 11:43:01 AM
    by Zaki Zikr