Koleksi Puisi, Sajak dan Syair

*

Author Topic: Koleksi Puisi, Sajak dan Syair  (Read 88360 times)

0 Halaqian and 2 Guests are viewing this topic.

eba

  • *
  • Posts: 85
    • View Profile
Reply #40 28 November, 2010, 08:31:45 AM
  • Publish
  • DUHAI HATI

    duhai hati..
    keraslah engkau dengan kemahuan diri,
    tetaplah engkau dgn pendirian yg suci,
    sombonglah pada nfsu sndiri,
    agar aku bangga berdiri..

    duhai hati..
    tangkislah segala godaan duniawi,
    hindarlah dari api yg menanti,
    agar aku peroleh syurgawi..

    duhai hati..
    elaklah perkara yng di mungkari,
    berkatalah pada perkara yg di redhai,
    agar aku peroleh kasih ilahi..

    duhai hati..
    dambakanlah kasih pada ilahi..
    elakkanlh kasih pada insani,
    agar aku tidak menyendiri,
    agar aku tidak meratapi,
    kebodohan dan keangkuhan diri,
    dalam dunia akhir yg penuh sepi,
    terselamat dari pnyesalan yang tidak bertepi..

    duhai hatiiii..
    jangan di harap kasih lelaki,
    yang tidak selayaknya engkau kasihi,
    agar dirimu sntiasa di berkati,
    menjadi hamba yang taat berbakti..

    duhai hati..
    bantulah aku utk terus begini,
    menjadi hamba yg tidak mengerti,
    keseronokan dunia yg hanya ilusi..

    duhai hati..
    dengarlah kata dan pesan ku ini..
    bantulah aku utk mengecapi,
    kemanisan iman yg tinggi,
    utk bersama para solihin,
    di kehidupan yang kekal abadi..

    duhai hati..
    bersamalah kita saling melengkapi,
    agar menjadi hamba-NYA yang sejati,
    menuju akhirat yang sedia menanti..
    duhai hatiii...
    ' sesungguhnya, setelah DIA menyiapkan seluruh makhluk-NYA, maka
     di cipta-NYA satu tulisan untuk diri-NYA sendiri yang di letakkan-NYA di atas arasy yang berbunyi, SESUNGGUHNYA KASIH-KU MELEBIHI MARAH-KU"

    eba

    • *
    • Posts: 85
      • View Profile
    Reply #41 28 November, 2010, 08:35:28 AM
  • Publish
  • Di mana boleh cari ramai Melayu
    Pastinya di Kelantan dan Trengganu
    Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
    Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
    Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
    Di Sungai Buloh dan sebelum ini di Pudu
    Dan di jalan, lumba haram tak buka lampu
    Dan di selekoh duit rasuah depa sapu
    Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu
    Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
    Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

    Apa hobi orang Melayu?
    Terkenal dengan budaya malas dan lesu
    Berlepak buang masa tak jemu-jemu
    Atau baca majalah Mastika cerita hantu
    Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
    Sambil makan junk food kacang dan muruku
    Mana tak gendut berpenyakit selalu
    Kalau nak berlagak melayu nombor satu
    Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu

    Boleh tak jumpa mereka di kedai buku ?
    Atau di perpustakaan dan majlis ilmu ?
    Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu ?
    Ada tapi kurang sangat ke situ
    Kenapa Melayu jadi begitu
    Nak salahkan sapa ibubapa atau guru
    Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
    Ayat lazim di mulut ialah malas selalu
    Nak harap kerajaan saja bantu
    Terutama sekali kontraktor kelas satu
    Tak habis-habis gaduh nak jatuh sapa dulu
    Dan suka sangat dengan budaya mengampu

    Sampai bila kita nak tunggu
    Bangsa Melayu jadi bangsa termaju ?
    Boleh, dengan beberapa syarat tertentu
    Pertama dengan banyak menguasai ilmu
    Kata nabi ikutlah al Quran dan sunnah ku
    AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dulu
    tapi apakah yang kita tahu,
    cuma baca nak halau hantu..


    http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=93&thread_id=509&rowstart=40

    azrinkun

    • *
    • Posts: 1648
    • -keyakinan, keikhlasan dan kerelaan-
      • View Profile
    Reply #42 28 November, 2010, 09:06:11 AM
  • Publish
  • Sebagai santapan jiwa, ana lampirkan syair sufi terkenal Jalaluddin Rumi, yang dipetik dari Mathnawi beliau yang terkenal itu:

    Syair
    Pelita banyak dan berbeza
    Cahaya sama dan satu jua
    Jika anda lihat lampu saja
    Hilanglah anda dalam banyak dan berbeza.

    Pandanglah pada cahaya
    Anda akan lihat satu jua
    Berbilang-bilang hanya bentuk jua
    Boleh dibilang satu, dua dan tiga.

    Begitu jua pendapat manusia
    Berlain-lain dan berbeza-beza
    Timbulah pelbagai mazhab agama
    Keluarlah pelbagai pendapat dan fatwa.

    Jikalau kita ada Cahaya
    Dapat memandang keseluruhan
    Tidaklah lagi ada perbezaan
    Lenyaplah segala perbalahan.

    Semoga Bermanfaat.

    Syair
    Syahadah no.1 ..  Ikut Rasulullah saw..
    jalan islam itu tauhid. jalan mukmin itu syahadat

    rabbitah

    • *
    • Posts: 606
      • View Profile
    Reply #43 10 December, 2010, 10:11:58 PM
  • Publish
  •  :)

    HANTARKAN AKU KE SANA….
    Pelbagai perasaan memenuhi dada ini…
    Bersama rasa yang rindu mendalam…
    Dari hamba yang yang bergelumang dosa dan kealpaan…
    Berharap dapat bersua dengan-Mu…
    Wahai Rabbal`alamiin…

    Dengan taubat ku berharap…
    Kuatkan jiwa ini mendatanginya…
    Kukuhkan langkah kaki ini menempuhnya…
    Azamkan niat ini dalam mencapainya…
    Ikhlaskan hati ini menjalaninya…

    Aku rindu…aku rindu…aku rindu…
    Rindu berjumpa dengan-Mu dalam SYAHADAH…
    Rindu bersua dengan-Mu dalam IMAN…
    Rindu bersama-Mu dalam TAUHID…
    Rindu indahnya hidup dalam naungan redha-Mu…
    Syariat ISLAM…Daulah ISLAM…Khilafah ISLAM

    Duhai Allah yang tiada sekutu bagi-Mu…
    Hantarkanlah kerinduanku ini…
    Mudahkanlah…
    Lapangkanlah…
    Tuk raih cita-cita…
    KEMULIAAN HIDUP DALAM ISLAM, ATAU
    KESYAHIDAN DALAM PERJUANGAN
    Aku berharap termasuk yang Kau hantarkan….
    Redhai dan kabulkanlah…

    Amin Ya Allah, ya Rabbal`alamiin…
    Hidup di dunia bukan sekadar suatu kembara yang akan berakhir tatkala nafas terakhir terhela. Jua bukan bermakna kehidupan seseorang manusia itu akan ternoktah tatkala nyawa terpisah dari jasad. Sebaliknya, tatkala jasad ditinggalkan roh, hidup baru bagi seseorang manusia itu bermula.

    rabbitah

    • *
    • Posts: 606
      • View Profile
    Reply #44 10 December, 2010, 11:16:17 PM
  • Publish
  •  :)

    Putri tujukan puisi ini kepada semua muslimah diluar sana agar kita semua menjadi seperti wanita didalam puisi ini..InsyaAllah,Amin

    Mujahidah dari Bumi Jihad

    Aku Wanita Mujahidah Sejati…
    Yang tercipta dari tulang rusuk lelaki yang berjihad..
    Bilakah khan datang seorang peminang menghampiriku mengajak untuk berjihad..
    Kelak ku akan pergi mendampinginya di bumi Jihad..
    Aku selalu siap dengan semua syarat yang diajukannya..
    cinta Allah, Rasul dan Jihad Fisabilillah
    Aku rela berkelana mengembara dengannya lindungi Dienullah
    Ikhlas menyebarkan dakwah ke penjuru bumi Allah

    Tak mungkin ku pilih dirimu.. .bila dunia lebih kau damba…
    Terlupa kampung halaman, sanak saudara bahkan harta yang terpendam..
    Hidup terasing apa adanya.. asalkan di akhirat bahagia…
    Bila aku setuju dan kaupun tidak meragukanku…
    Bulat tekadku untuk menemanimu…

    Aku Wanita mujahidah pilihan…
    Yang mengalir di nadiku darah lelaki yang berjihad…
    Bilakah khan datang menghampiriku seorang peminang yang penuh ketawadhu`an…
    Kelak bersamanya ku harungi bahtera lautan jihad…
    Andai tak boleh kau miliki
    Agar kelak batin, jiwa dan ragamu tak terusik,
    terbebani dengan segala kemanjaanku, kegundahanku, kegelisahanku…
    terlebih keluh kesahku…

    Tak mungkin aku memilihmu…
    bila yang fana lebih kau cinta…
    Lupa akan kemilau dunia dan remangnya lampu kota…
    lLzatnya makanan dan lajunya makar durjana…
    Sebab meninggalkan dakwah kerana lebih mencintaimu…
    dan menanggalkan pakaian taqwaku kerana laranganmu…

    Meniti jalan panjang di medan jihad…
    Yang ada hanya darah dan airmata tertumpah…
    serta debu yang beterbangan,
    keringat luka dan kesyahidan pun terulang…
    Jika masih ada ragu tertancap dihatimu…
    Teguhkan `azam`ku  untuk melupakan dirimu…

    Aku wanita dari bumi Jihad…
    Dengan sepenuh semangat berangkat ke padang jihad…
    Persiapkan bekal diri menanti pendamping hati, pelepas lelah serta kejenuhan…
    Tepiskan semua mimpi yang tak bererti…
    Adakah yang siap mendamaikan Hati ??
    Kerana tak mungkin kulanjutkan perjalanan ini sendiri…
    Tanpa peneguh langkah kaki.. pendamping perjuangan…
    Yang melepasku dengan selaksa doa…
    Meraih syahid… tujuan utama…
    Rabbi… terdengar panggilanMu tuk meniti jalan ridhoMu…
    Kuharapkan penolong dari hambaMu… menemani perjalanan ini…


    Saya Hamba

    • *
    • Posts: 1368
      • View Profile
    Reply #45 11 December, 2010, 12:01:00 AM
  • Publish
  • Mujahidah dari Bumi Jihad

    Adakah Saya seperti Manusia Biasa yang Sejati…
    Yang dilahirkan “Mujahidah” tercipta dari tulang rusuk lelaki yang berjihad..
    Sedang dari merekalah akan lahir seorang pendakwah yang mengajak untuk berjihad..
    Adakah saya hidup dalam mendampingi-NYA di bumi Jihad..
    Adakah saya selalu siap dengan semua syarat yang diajukan atas perintah-NYA
    Atas nama cinta kerana Allah, peringatan Rasul ……. Jihad Fisabilillah
    Adakah saya rela berkelana berjemaah sesame manusia dengan-NYA lindungi Dienullah
    Bolehkah saya Ikhlas menyebarkan dakwah ke penjuru bumi Allah

    Adakah saya mungkin memilih selain Engkau... .bila dunia lebih saya damba…
    Boleh jadi saya terlupa kampung halaman(akhirat), sanak saudara(manusia) bahkan harta yang terpendam(lapang dikala sihat dan muda)
    Hidup saya pasti terasing jika tidak ada apa ada-NYA.. bolehkan nanti di akhirat bahagia…?????
    Bila saya mengakui keEsaan-MU dan moga2pun tidaklah saya meragukan akan keAkuanku
    Bulat tekad saya untuk mengikut perintah-MU

    Saya ingin menjadi umat Nabi Muhammad sebagai pilihan…
    Yang mengalir di nadiku darah anak soleh yang berjihad…
    Bila masa malaikat maut datang menghampiriku dijemput pulang moga2 saya antara orang yang dalam bersedia penuh ketawadhu`an…
    Moga-moga sentiasa bersama atas jalan-NYA ingin saya peringati sesama manusia harungi bahtera lautan ujian…
    Andai boleh kita semua miliki
    Andai boleh rasa akan batin, jiwa dan raga tak terusik(berlapang dada, tak khuatir),
    Ingin bebas dari sikap segala kemanjaan, kegundahan, kegelisahan…
    Juga tidak kurang terlebih keluh kesah saya… moga2 dalam kedewasaan dalam rahmat-NYA

    Tak mungkin saya memilih selain dari Engkau Ya Allah…
    bila yang fana lebih saya cinta…
    Pasti tak leka akan kemilau dunia dan remangnya lampu kota… (merendah diri)
    Lazatnya makanan dan lajunya makar durjana…  (bersikap sederhana)
    Sebab meninggalkan dakwah kerana lebih mencintai selain dari Engkau Ya Allah
    Jika itu saya lakukan maka tertanggalkan pakaian taqwa kerana melanggar larangan-MU…

    Mahu tidak Mahu tetaplah saya kena meniti jalan panjang di medan amal…
    Yang ada pengorbanan darah dan airmata tertumpah sebelum ada saya
    serta cerita serta sirah yang telah dibentang berhalaman,
    Telah ada cerita contoh umat akan keringat luka dan kesyahidan dari zaman berzaman…
    Kenapa masih ada ragu tertancap dihati saya…
    Ya Allah, Teguhkan `azam`semua dan kami  untuk agar tidak mudah lupakan diri…

    Saya ingin menjadi seperti mana anak yang soleh dibumi Jihad…
    Dengan sepenuh semangat berangkat ke padang jihad
    Sanggup bersabar walaupun hanya digigit seekor nyamuk
    Tanpa dicela akan ketentuan ujian Allah walaupun nampak remeh
    Persiapkan bekal diri menanti pendamping hati, pelepas lelah serta kejenuhan… penuh rajin berbakti
    Tepiskan semua angan yang tak bererti… melakukan kebajikan yang pasti
    Adakah yang siap mendamaikan Hati ??
    Kerana tak mungkin kulanjutkan perjalanan ini sendiri… usaha dalam hidup pasti bersama makhluk-NYA
    Tanpa peneguh manakan akan ada langkah kaki.. rahmat-MU pendamping perjuangan…
    Yang melepas kami dengan selautan doa…
    Meraih Ridho-MU… tujuan utama…
    Rabbi… moga tertunjuk jalan-Mu yang lurus untuk dimeniti jalan ridhoMu…
    Kami harapkan penolong dari hamba-hambaMu… bersama2 menemani perjalanan ini…
    Terima kasih wahai ibubapa/penjaga, jiran2, saudara2 dan sahabat.
    « Last Edit: 11 December, 2010, 12:06:44 AM by ساي همبا »

    rabbitah

    • *
    • Posts: 606
      • View Profile
    Reply #46 11 December, 2010, 12:04:10 AM
  • Publish
  • Mujahidah dari Bumi Jihad

    Adakah Saya seperti Manusia Biasa yang Sejati…
    Yang dilahirkan “Mujahidah” tercipta dari tulang rusuk lelaki yang berjihad..
    Sedang dari merekalah akan lahir seorang pendakwah yang mengajak untuk berjihad..
    Adakah saya hidup dalam mendampingi-NYA di bumi Jihad..
    Adakah saya selalu siap dengan semua syarat yang diajukan atas perintah-NYA
    Atas nama cinta kerana Allah, peringatan Rasul ……. Jihad Fisabilillah
    Adakah saya rela berkelana berjemaah sesame manusia dengan-NYA lindungi Dienullah
    Bolehkah saya Ikhlas menyebarkan dakwah ke penjuru bumi Allah

    Adakah saya mungkin memilih selain Engkau... .bila dunia lebih saya damba…
    Boleh jadi saya terlupa kampung halaman(akhirat), sanak saudara(manusia) bahkan harta yang terpendam(lapang dikala sihat dan muda)
    Hidup saya pasti terasing jika tidak ada apa ada-NYA.. bolehkan nanti di akhirat bahagia…?????
    Bila saya mengakui keEsaan-MU dan moga2pun tidaklah saya meragukan akan keAkuanku
    Bulat tekad saya untuk mengikut perintah-MU

    Saya ingin menjadi umat Nabi Muhammad sebagai pilihan…
    Yang mengalir di nadiku darah anak soleh yang berjihad…
    Bila masa malaikat maut datang menghampiriku dijemput pulang moga2 saya antara orang yang dalam bersedia penuh ketawadhu`an…
    Moga-moga sentiasa bersama atas jalan-NYA ingin saya peringati sesama manusia harungi bahtera lautan ujian…
    Andai boleh kita semua miliki
    Andai boleh rasa akan batin, jiwa dan raga tak terusik(berlapang dada, tak khuatir),
    Ingin bebas dari sikap segala kemanjaan, kegundahan, kegelisahan…
    Juga tidak kurang terlebih keluh kesah saya… moga2 dalam kedewasaan dalam rahmat-NYA

    Tak mungkin saya memilih selain dari Engkau Ya Allah…
    bila yang fana lebih saya cinta…
    Pasti tak leka akan kemilau dunia dan remangnya lampu kota… (merendah diri)
    Lazatnya makanan dan lajunya makar durjana…  (bersikap sederhana)
    Sebab meninggalkan dakwah kerana lebih mencintai selain dari Engkau Ya Allah
    Jika itu saya lakukan maka tertanggalkan pakaian taqwa kerana melanggar larangan-MU…

    Mahu tidak Mahu tetaplah saya kena meniti jalan panjang di medan amal…
    Yang ada pengorbanan darah dan airmata tertumpah sebelum ada saya
    serta cerita serta sirah yang telah dibentang berhalaman,
    Telah ada cerita contoh umat akan keringat luka dan kesyahidan dari zaman berzaman…
    Kenapa masih ada ragu tertancap dihati saya…
    Ya Allah, Teguhkan `azam`semua dan kami  untuk agar tidak mudah lupakan diri…

    Saya ini menjadi seperti mana anak yang soleh dibumi Jihad…
    Dengan sepenuh semangat berangkat ke padang jihad
    Sanggup bersabar walaupun hanya digigit seekor nyamuk
    Tanpa dicela akan ketentuan ujian Allah walaupun nampak remeh
    Persiapkan bekal diri menanti pendamping hati, pelepas lelah serta kejenuhan…
    Tepiskan semua angan yang tak bererti… melakukan kebajikan yang pasti
    Adakah yang siap mendamaikan Hati ??
    Kerana tak mungkin kulanjutkan perjalanan ini sendiri… usaha dalam hidup pasti bersama makhluk-NYA
    Tanpa peneguh manakan akan ada langkah kaki.. rahmat-MU pendamping perjuangan…
    Yang melepas kami dengan selautan doa…
    Meraih Ridho-MU… tujuan utama…
    Rabbi… moga tertunjuk jalan-Mu yang lurus untuk dimeniti jalan ridhoMu…
    Kami harapkan penolong dari hamba-hambaMu… bersama2 menemani perjalanan ini…
    Terima kasih wahai ibubapa/penjaga, jiran2, saudara2 dan sahabat.
    :)

    putri pernah baca puisi ini....dalam maksudnya...maaf lari topik sekejap
     :)



    rabbitah

    • *
    • Posts: 606
      • View Profile
    Reply #47 11 December, 2010, 12:48:01 AM
  • Publish
  •  :)

    Izinkan Aku Bercerita Tentangmu…!!!

    Jangan pernah lelah wahai Mujahidku
    Kerana diriku akan senantiasa berada belakangmu untuk menyokong perjuanganmu
    Jangan kau tengok ke belakang, lihatlah kedepan
    Didepan ada musuhmu, musuh Tuhan kita
    Jadikan mereka terhina dengan kekuatanmu
    Janganlah ragu untuk melepaskan peluru dari selongsong senapangmu
    Tepatkan sasaran peluru senapangmu dijantungnya
    Jadikan ia mati sia-sia, tak memberi kemenangan bagi sekutunya
    Maju terus jangan pernah menyerah
    Lepaskanlah duniamu
    Kerana sungguh dunia ini hina
    Sesungguhnya disisi Tuhan kitalah sebenar-benarnya kebahagiaan
    Ingatlah isteri-isteri akhiratmu menunggumu dengan penuh cinta
    Mereka senantiasa mendendangkan syair kerinduan
    Hanya untukmu, hanya untukmu

    Disaat kau pulang dengan membawa kemenangan
    Maka janganlah kau merasa puas hingga Allah memenangkan agama ini atau kau menemui syahid dimedan itu
    Dua pilihan yang menguntungkan, bukan?
    Siapakah yang tidak suka dengan perniagaan demikian?
    Sungguh merugi bagi orang yang membeli kehidupan dunia dengan kehidupan akhirat
    Bukankah kau tidak demikian?

    Kau sering bercerita kepadaku tentang indahnya syurga
    Dengan berbagai kenikmatan didalamnya
    Dan akupun mendengarkan dengan seksama
    Betapa indahnya jika kita termasuk penghuni didalamnya
    Menuai keredhaan-Nya selamanya

    Wahai Mujahidku…aku sering melihatmu bercucuran air mata
    Dan seketika itu kau tersungkur bersujud
    Memanjatkan sebuah doa kepadaNya
    Aku tak bisa mendengarnya kerana suaramu tertahan oleh gejolak didadamu
    Namun ku tau
    Itu adalah gemuruh kerinduanmu padanNya
    dan kau memohon untuk bisa membela saudara-saudaramu dari para Thagut kaum kuffar
    mengembalikan izzah mereka

    Wahai Kekasihku…ku kan senantiasa berdoa untuk mu agar harapanmu dipenuhi
    Untuk dirimu kembali ke medan pertempuran itu
    Sungguh aku redha jika harus dua kali atau bahkan berulang kali ditinggalkan olehmu
    Meskipun kerinduanku belum hilang untuk dirimu
    Meski sajadahku belumlah kering karena banyaknya air mata kerinduan mengharapkan  kehadirmu disisiku
    Meski hari-hariku kan kembali sepi oleh canda dan petuahmu

    Meski dirimu tak lagi menjadi iman kepada solatku
    Meski kau tak akan menyaksikan kehadiran Mujahid kecilmu menghirup udara kehidupan
    Aku redha, sungguh aku redha
    Asalkan Rabb kita memperkenankan kita bersua dan berkumpul di JannahNya
    untuk selamanya
    Jika kita tak berjumpa kembali
    Maka kan ku semai cintamu disyurga
    Dalam istana takwa

    Senyumku mengembang jika ku membayangkannya (syurga)
    Namun ku tak bisa menyembunyikan rasa cemburuku pada bidadari bermata jeli
    yang akan membahagi kasihmu dengan ku
    Kecantikan mereka tiada tandingan
    Meski kau selalu menyanjungku tiap pagi dan malam hari
    Namun seperti yang kau tau aku adalah wanita pecemburu
    Jika rasa itu menyerang maka aku kan mengingat kata-katamu
    “kecantikan bidadari memang tiada duanya namun wanita dunia lebih mulia dan tiada tandingannya karena mereka bersusah payah beribadah sewaktu didunia”
    Dan seketika itu pula hatiku riang
    Ahhh..kau selalu mengerti bagaimana caranya membuatku senang

    Wahai pujaanku….tiada berita yang lebih kusukai selain berita tentang kesyahidanmu
    Oleh karena itu janganlah berhenti untuk mengharap syahadah pada-Nya
    Mudah-mudahan Allah melapangkan jalanmu menujuNya
    Kau ingat bukan Rabb kita telah berfirman
    “Barang siapa menolong agamanya maka dia akan menolongnya pula”
    Yakinlah itu

    Wahai kekasih hati….jangan pernah ragu untuk meninggalkanku kembali
    Jangan fikirkan aku
    Kerana ku akan baik-baik saja
    Ku kan setangguh isteri Handzalah
    Yang merelakan malam pengantinya untuk memenuhi seruan-Nya
    Kan kuserahkan hidupku tanpamu
    Kerana kini ku telah terbiasa
    Kau yang mengajarkannya padaku, bukan?
    Bukankah kita telah berkomitmen dari awal perjumpaan
    dan saat ijab Kabul diucapkan
    untuk mendirikan bangunan kasih kita diatas jalanNya
    hingga syahid menjemput?
    Kita tau perjumpaan didunia adalah sementara
    KeranaNya kita memohon perjumpaan yang kekal
    Hingga kau dan aku tak terpisahkan lagi oleh ruang dan waktu
    Allaahumma Amiin
    « Last Edit: 11 December, 2010, 01:06:47 AM by putri_hambali »

    wajdani

    • *
    • Posts: 154
    • "man jadda wajada"
      • View Profile
    Reply #48 14 December, 2010, 11:40:17 AM
  • Publish


  • Langit itu dipandang dan ditatapnya,

    dia berfikir dan terus berfikir,

    merenung hakikat kehidupan,

    kehidupan dunia..kehidupan akhirat,

    baris-baris ungkapan  itu berlegar-legar di mindanya,

    apakah yang harus dia lakukan?

    demi mencapai misi sebagai seorang hamba

    demi menggapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat,

    seorang hamba itu sentiasa mengemis kasih,

    seorang hamba itu sentiasa mendambakan “cinta” sang Pencipta,

    dia terlalu lemah…lemah segala-galanya,

    tatkala jatuh..dia tersungkur..dia rebah,

    dia cuba bangkit semula,

    luka yang dialami bukan sedikit,

    duri-duri jalanan itu menikam dirinya,

    duri-duri jalanan itu menikam hatinya,

    namun…

    dia sedar perjalanannya masih lagi jauh,

    amanah yang dipikul itu masih digenggamannya,

    amanah itu masih setia di sisi,tidak berganjak walau sedikit,

    dia tidak mahu berundur….dia melangkah dan terus melangkah,

    kerana dia tahu….Allah S.W.T sentiasa di sisinya,

    “La Takhauf Wa la Tahzan Innallaaha ma’ana”


    -wajdani-
    « Last Edit: 14 December, 2010, 06:33:14 PM by wajdani »

    rabbitah

    • *
    • Posts: 606
      • View Profile
    Reply #49 14 December, 2010, 04:37:59 PM
  • Publish
  •  :)

    HIDUPKAN SILATURRAHIM
     
    Memang sukar
    untuk menyatukan hati
    dan bersilaturrahim
    bila manusia
    hanya menurut kata hati
     
    Memang sukar
    untuk menyatukan hati
    malah dalam keluarga sendiri
    apatah lagi sebangsa, seagama
    senegara malah sedunia
    bila ikut hati tanpa panduan suci
    begitulah yang akan terjadi

    Manusia suka menegakkan
    emosi sendiri walau tak pasti
    ianya hitam atau putih..
    cemar atau bersih                             
    kerana bila hati dan rasa
    menjadi ikutan dan panduan
    bukan Al Quran dan Al Hadith
    menjadi pegangan, panduan
    dan pedoman...
    akan terjadilah segala
    yang tidak menyenangkan
    dan porak perandalah
    sesama insan malah...
    mencacat celalah sebuah negara.
    tercinta....

    Marilah kita bersama
    menegakkan ukhuwah Islamiah
    dan bersilaturrahim
    demi berpegang pada tali Allah
    dan tidak berpecah belah
    atau bercerai-berai...
     
    Nabi tercinta telah meninggalkan
    kepada kita umatnya dua perkara
    yang jika kita berpegang teguh
    kepada keduanya
    tidak tersesatlah kita...
    iaitulah Al Quran dan Al Hadith
    Marilah bersama
    kita menjunjungnya
    dan mengamalkan
    isi panduannya
    perintah dan larangnya
    demi untuk selamatnya kita   
    dan bahagia dunia akhirat...

     :)

    wajdani

    • *
    • Posts: 154
    • "man jadda wajada"
      • View Profile
    Reply #50 14 December, 2010, 06:37:22 PM
  • Publish
  •  

                          HANYA UNTUKNYA

                       

                          Seorang insan yang hatinya
                          hanya kepada Allah
                          sangat menginginkan
                          tiadanya kepentingan peribadi
                          atau untuk duniawi

                          Dirinya menginginkan
                          tunduk khusyuk hanya kepada-Nya
                          dipenuhi masa bertakwa sentiasa
                          merasa betapa ruginya
                          membuang masa sia-sia
                          ingin sentiasa menambah pahala

                          Andaikan lebih dihajatinya
                          dirinya bagai malaikat
                          tanpa keperluan peribadi
                          segalanya darinya hanyalah
                          untuk pengabdian kepada Allah

                          Allah-lah segala-galanya...
                          yang menyiram air ketenangan
                          yang menyinar cahaya keteduhan
                          di ruang hati yang berseri
                          bersinar cahaya kebahagiaan...
                          abadi sentiasa...

                          Itulah pencinta Allah
                          Islam junjungannya...
                          Rasulullah ikutannya...
                          Al-Quran amalannya...


                          Sumber:
                          Petikan sajak di atas adalah hasil nukilan saudari Noor Ainy M. Y. @Nurdina M.Y.

    aq muslimah

    • *
    • Posts: 9
      • View Profile
    Reply #51 15 December, 2010, 03:08:11 AM
  • Publish
  • DIA PILIHANKU...


    Aku sedang menanti dia..
    Seorang lelaki yang akan bergelar suami
    Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH
    Seorang hambaNYA yang senantiasa zikrullah
    Dia seorang lelaki yang tegas dan berani
    Dia tidak pernah takut untuk berkata benar
    Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri
    Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah

           Dia selalu menghiburkan aku
           Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran
           Dengan zikir-zikir munajat
           Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya
           Dia sentiasa mengingati mati
           Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata
           Kita hambaNYA adalah pelakon
           Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkkara-perkara maksiat
           Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran islam

    Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa
    Dia sentiasa menjaga solatnya kerana itulah maruah dirinya
    Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga
    Dia tidak pernah malu mempertahankan agama IslamNYA
    Kerana Islam adalah Ad-din ALLAH yang sebenar-benarnya
    Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasulullah S.A.W
    Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya
    Kekasih sejatinya dan kekal abadinya ialah ALLAHURABBI

           Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha
           Pencipta
           Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku padanya
           Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku PadaNYA
           Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia
           Siapakah dia???
           Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodohku itu
           Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu
           Doaku, semoga dia tercipta untuk ku
           Semoga aku bertemu jodoh dengan dia
           Kerana dia pilihanku..

    p/s buat para muslimah: Jika sedemikian pilihan akhlak jodohmu maka lakarkan atau lukiskan akhlak sedemikian pada dirimu..

    dari: remaja_masjid

    azrinkun

    • *
    • Posts: 1648
    • -keyakinan, keikhlasan dan kerelaan-
      • View Profile
    Reply #52 15 December, 2010, 03:56:09 AM
  • Publish
  • Di antara manusia ada yang tergesa-gesa dan bersegera melakukan poligami tanpa pertimbangan dan pemikiran, sehingga ia menghancurkan kebahagiaan keluarganya dan memutus ikatan tali (pernikahannya) dan menjadi seperti orang yang dikatakan oleh seorang A’rabi (dalam bait syairnya):

    Aku menikahi dua wanita karena kebodohanku yang sangat

    Dengan apa yang justru mendatangkan sengsara

    Tadinya aku berkata, ku kan menjadi seekor domba jantan di antara keduanya

    Merasakan kenikmatan di antara dua biri-biri betina pilihan

    Namun kenyataannya, aku laksana seekor biri-biri betina yang berputar di pagi dan sore hari diantara dua serigala

    Membuat ridla istri yang satu ternyata mengobarkan amarah istri yang lain

    Hingga aku tak pernah selamat dari satu diantara dua kemurkaan

    Aku terperosok ke dalam kehidupan nan penuh kemudlaratan

    Demikianlah mudlarat yang ditimbulkan di antara dua madu

    Malam ini untuk istri yang satu, malam berikutnya untuk istri yang lain, selalu sarat dengan cercaan dalam dua malam

    Maka bila engkau suka untuk tetap mulia dari kebaikan

    yang memenuhi kedua tanganmu hiduplah membujang

    namun bila kau tak mampu, cukup satu wanita, hingga mencukupimu dari beroleh kejelekan dua madu


    Bait syairnya yang dikatakan A’rabi ini tidak benar secara mutlak, tetapi barangsiapa yang takalluf (memberat-beratkan dirinya) melakukan poligami tanpa disertai kemampuan memberikan nafkah, pendidikan dan penjagaan yang baik, maka dimungkinkan akan menimpanya apa yang dikisahkan oleh A’rabi itu yaitu berupa kesulitan dan kepayahan.

    Wallahu A’lam

    (sumber dari kitab : Al Intishar lihuhuqil Mu’minat. Karya : Ummu Salamah As Salafiyyah Hal. 154 -. Penerbit darul Atsar Yaman Cet. I Th. 2002. Telah diterjemahkan dengan judul buku : Persembahan untukmu Duhai Muslimah Cet. Pustaka Al Haura’ Yogyakarta)

    Rahimah Sakinah

    • *
    • Posts: 152
      • View Profile
    Reply #53 15 December, 2010, 04:51:33 AM
  • Publish

  • Aku mencintaiMu

    zakizikr.blogspot.com

    Ya Allah
    aku mencintaiMu
    aku hambamu yang lemah
    janganlah kau tinggalkanku sendirian
    aku sepi tanpa mu
    aku resah tanpa redhaMu
    aku ketakutan andai hilang maghfirahMu
    ampunilah aku ya Allah
    hamba yang selalunya khilaf
    tersilap dalam bertatih
    di titian penipuan
    kerap ku berhadapan
    onak kemunafiqan
    racun kefasiqan
    serta kuku besi kekufuran
    pimpinlah aku Ya Allah
    jangan pernah lepasi aku
    kerana aku
    teramat amat
    menyayangiMu


       
    Khatimah khilaf

     Kelemahan dan kekhilafanku
    menyakitkan kalbu temanku
    kemanusiawian ini
    memustahilkan aku bernada sempurna

    Ku mohon maaf
    saat munculnya keaibanku
    dalam aku merentas arena alpa
    diri ini yang tiada sempurna
    menghulurkan salam
    ke tiap gurisan hati
    yang ku sakiti

    Barangkali dosa-dosaku
    assbab kaffarahku
    mungkin musibah itu
    menghampirkanku kepadaNya
    atau mungkin
    ianya nikmat
    tanda Tuhan
    masih sayangi aku
     
       
     Banduan nan bahagia

    Dunia bukanlah syurga
    bahkan penjara
    bagi mukmin bertakwa
    yang gentar
    kala bergegaran
    firman azabNya

    Bahkan begitu,
    Yusuf a.s sanggup dipenjara
    Musa a.s
    tangkas berdepan firaun terlaknat
    Malahan lagi
    Zakaria a.s
    Isa a.s
    dan Habibun Najah
    rela tersiksa
    sekadar di dunia
    yang sempit nan sementara

    Sungguh benar
    terpateri kalam
    syurga bagi banduan dunia
    yang rela
    menyiksa nafsunya menahan yang haram
    menekan hatinya
    berterusan taat

    Malahan lagi,
    syurga kemudiannya
    rindu pula
    pada si dia
    perindu syurga

       
    Rindu Musafir

    Untuk apa aku kufur?
    sedang tuhanku mncukupkanku

    Apa ada pada dunia?
    pencintanya akan sengsara
    serta perindunya
    diapit nafsu
    lalu mengelabui mata hati

    Apa yang kau cari di dunia ini?
    biarkan imanmu menjawabnya
    Apa ada pada jelitawan?
    andai bidadari sedia menanti
    Apa ada pada harta duniawi?
    sedangkan akhirat kekal abadi
    Apa ada pada pangkat dan darjat?
    bisakah dibawa
    ke liang lahad?

    Wahai sang Musafir,

    Safarmu pasti berakhir
    janganlah
    kau hasratkan dunia tempat bermuqim
    sudahkah kau bawa iman dan amal
    bagimana nanti
    andai ajal
    memanggilmu pergi?

     
    Cintailah cinta kerana Allah

    Cintailah cinta kerana Allah
    tak perlu berbalas sentuhan
    andai sudah berbalas doa
    tak perlu bertaut maksiat
    andai sudah bertaut takwa
    jika hati yang dicintai
    perlukah musnah sebuah maruah
    benarkah couple tanda cinta?
    atau ia fatamorgana
    bahagiakah hati dalam kemungkaran
    bahagiakah hati dalam syubhah
    cinta ini dari Allah
    tanya hatimu..
    di mana letaknya Dia?
     
       
    Sang Penghidap Cinta

    Cinta,
    Andai penghidapnya adalah 'Abid
    maka makin menghampirkan kepada Dia
    Andai,
    penghidapnya adalah Da'i
    maka tutur tarbiyyahlah dilentur lidah
    Andai,
    penghidapnya adalah 'Alim
    maka ilmunya semakin melaut
    Andai,
    penghidapnya adalah Mujahid
    maka pacuannya ke syurga kian deras

    Akan tetapi,

    Jika sang Fasiq dihidap cinta,
    awasilah segera!
    bisa jadi maksiat
    bisa jadi jauhnya taubat

    Cinta,
    ia mengajar kejujuran
    bukan penipuan,
    mengajar pengorbanan
    bukannya paksaan,
    ia seringkali memberi
    tidak pernah meminta

    Bagaimana kita melihat cinta
    sayugia,
    begitulah juga ia kan hadir..


    Indahkah hidup

    Hidup tak selalunya indah
    tapi kan terasa indah
    andai hidup dinaungi Allah

    Indahnya usia
    andai tepu dengan ketaatan
     alangkah kasihan
    andai hidup bergelojak kefasiqan
    dan nanti
    di pengakhiran
    apakah yang ingin dikenangkan
    pada episod dosa
    yang mengalirkan air mata
    yang meruntunkan hati
    ketika dikenang kembali
    sekadar iktibar
    yang mustahil
    diubah lagi

    Hargailah hayatmu
    selagi tersisa

       
     Halilintar al-Haq

    Tugu kebenaran
    walau seringkali roboh
    hatta hingga pembinanya diperbodoh
    diperbudak-budakkan
    oleh kroni berkepentingan
    tetap kan ia teguh
    disimbahi darah perwira mulia
    disirami air mata bertaraf permata
    dan sang penzalim
    telah ditetap di kalam al-Haq
    kezaliman hakikatnya
    sibuk membina
    kerandanya sendiri
    sebagai hantaran
    lamaran neraka

    Perindu_Sepi

    • *
    • Posts: 147
      • View Profile
    Reply #54 15 December, 2010, 05:02:21 AM
  • Publish
  • Dalam Diam Ku Merintih

    Angin datang mendesah
    menawarkan kesejukan
    kamu datang dalam hidup aku
    menawarkan keindahan.

    aku menatap malam
    angin kembali berhembus
    berlalu menghilang tanpa jejak
    seperti diri kamu
    hilang tanpa cerita.

    Aku menunggu lagi
    Tak kunjung datang
    aku sedar
    ada pertemuan
    aku belajar
    ada perpisahan.

    Kau datang dan pergi
    begitu saja
    meninggalkan duri
    yang sakit di dada ..

    tiap kali aku sendiri...
    bayang mu hadir...
    menemani suka ku...
    lara ku...
    menghapus air mata ku...

    tiap kali aku sendiri..
    bayangmu hadir...
    membuat aku di selimut rindu..
    aku terbaring lesu..
    di mamah kerinduan..

    tiap kali aku sendiri..
    bayang mu hadir...
    aku cuba menggapai..
    namun tangan tak sampai...
    keliru aku...

    tiap kali aku sendiri...
    bayangmu hadir...
    kali ini aku cuma terpaku..
    memandang kelibat itu...
    kerana ku tahu...
    hanya itu dalam jangkauan ku....
    « Last Edit: 15 December, 2010, 05:04:34 AM by Gula »

    Perindu_Sepi

    • *
    • Posts: 147
      • View Profile
    Reply #55 15 December, 2010, 03:57:51 PM
  • Publish
  • Rendah Hati Sang Di Cipta

    Kalau engkau tak mampu menjadi beringin
    yang tegak di puncak bukit
    Jadilah belukar, tetapi belukar yang baik,
    yang tumbuh di tepi danau

    Kalau kamu tak sanggup menjadi belukar,
    Jadilah saja rumput, tetapi rumput yang
    memperkuat tanggul pinggiran jalan

    Kalau engkau tak mampu menjadi jalan raya
    Jadilah saja jalan kecil,
    Tetapi jalan setapak yang
    Membawa orang ke mata air

    Tidaklah semua menjadi kapten
    tentu harus ada awak kapalnya….
    Bukan besar kecilnya tugas yang menjadikan tinggi
    rendahnya nilai dirimu
    Jadilah saja dirimu….
    Sebaik-baiknya dari dirimu sendiri

    rock kapak

    • *
    • Posts: 76
    • sila beri tunjuk ajar , maafi kesalahan ku
      • View Profile
    Reply #56 16 December, 2010, 03:45:55 PM
  • Publish
  • wahai ibu wahai ayah~~
     


    kau lah payung ku....
    membimbing ku...
    tak henti-henti..
    sungguh...
    sungguh , tak terkira kebaikan yang engkau curah kan...

    oleh itu wahai pujaan hati ku...
    perbaiki lah hubungan mu...
    bait kan kembali kasih sayang diantara mu..

    ya walid...
    ya ummi...
    dengar lah rintuhan hati ku....
    damai itu yang ku mahu...
    pergi lah wahai jeritan dan pertengkaran..

    pergi jauh....
    pergi lah bawa dirimu jauh dari keluarga ku....
    doa ku tak henti...
    agar, keluarga ku ini...
    selamat dunia akhirat...

    dikejayaan yang sebenar....
    ibu, taati lah abah....
    ku merayu pada mu...
    kerna disitu letak nya syurga mu...
    kebahagiaan yang abadi wahai ummi ku....

    abah,
    teruskan kesabaran....
    kerna Allah itu bersama orang2 yang sabar...

    sugguh...
    sungguh sayang ku...
    kalian dalam hati ku...
    niat ku...
    impian ku...
    moga..kita berjaya di sana...
    di hari yang sebenar2nya....

    marilah keluarga ku....
    utuhkan ikatan  !!!
    rapatkan saf perhubungan...
    tegur menegur dengan mahabbah....

    Allah.....
    Allahuakabar!!
    Allahuakbar.......Allahuakbar......
    impian ku...impian ku...~~~

    hidup ini satu perjuangan..kayuh dan kayuh!

    rock kapak

    • *
    • Posts: 76
    • sila beri tunjuk ajar , maafi kesalahan ku
      • View Profile
    Reply #57 16 December, 2010, 04:02:28 PM
  • Publish
  • kalau lah kau tahu adikku..^^

     


    Assalamualaikum adikku..~~
    sejahtera lah engkau...
    wahai adik kecil ku...

    jaga lah solat mu...
    mungkin kau tidak tahu...
    mengapa kakak mu ini..
    kadang2 kala memarahi mu....

    wahai adikku...
    kau bawah tanggungjawab ku...
    akan ku tegur..
    akan ku nasihat..
    akan ku didik...
    akan ku berikan pelbagai perantaraan
    menuju perjuangan ini..
    menuju kefahaman fikiranmu....

    kala saat ini...
    ku termenung..
    menaip butang2 huruf...
    mengharapkan kau memahami...
    memahami situasi ku...

    adik ku sayang,
    hidup ini perjuangan...
    laluinya..
    walau perlahan..walau seidkit...
    walau kepayahan....
    kayuh lah...kayuh perlahan2 adikku...

    itu pesan sahabat akak...
    moga satu ketika...
    kau mengerti mengapa akak
    begini...

    insyaallah...
    insyaallah ya adikku...

    salam sayang dari kakak mu...^^

    rock kapak

    • *
    • Posts: 76
    • sila beri tunjuk ajar , maafi kesalahan ku
      • View Profile
    Reply #58 16 December, 2010, 04:27:57 PM
  • Publish
  • kawan ku ^^




    tersenyum...
    ku tersenyum...
    mengimbau kembali saat itu..

    kau, aku, kita,
    semua....
    sama2 berjalan...
    sama2 ketawa...

    sama2 mengalirkan air mata..~~
    sama2 ke sini ke sana...
    Atas rah mat yang maha ESA..
    kita bersua...

    geng pacat?
    hehhehe....
    saiz nya pelbagai...
    kontot tinggi rendah gempal..
    tersenyum lagi ku saat ini...
    tatkala jari menari2..
    tergesa2 menekap2 butang kotak ini...

    namun kawan ku,
    buka ini tujuan persahabatan ku
    bukan ini tujuan ukhwah ku...
    sentuh lah hati ku..
    rasai perasaan ku...

    ku juga ingin bersahabat bersama mu semua..
    di syurga kelak...
    semoga...yeah...amin...
    bukan sahaja bersama2 tatkala gelak ketawa...

    ku tak ingin jadi kawan begitu...:(




    wajdani

    • *
    • Posts: 154
    • "man jadda wajada"
      • View Profile
    Reply #59 16 December, 2010, 08:09:26 PM
  • Publish
  • Perjuangan Belum Selesai

    Runtuhan Masjid Babri,
    Peperangan di Afghanistan,
    Kemusnahan di Palestin,
    Rusuhan di Indonesia,
    Diskriminasi di seluruh dunia,
    Setiap detik yang tiba,
    Umat Islam bagai ujian senjata,
    Tomahawk, Markava, Tornado,
    Menyerang bagai singa lapar,
    Amerika, Britain, dan musyrikin seantero mereka,
    Bongkak memusnahkan dunia Islam yang agung,
    Demi petroleum di Lembah Kaspia,
    Afghanistan dihentam serangan membabi buta,
    Demi untuk menguasai dunia,
    Iraq, Iran, Sudan, dan Libya,
    Dijolokkan negara pengganas oleh Amerika,
    Pejuang berani mati,
    Mempertaruhkan nyawa demi bumi Palestin,
    Mengorbankan jiwa demi maruah Islam,
    Mujahidin, Al-Qaeda, Taleban,
    Berjuang dan berpecah demi kekuasaan,
    Kelemahan yang amat terserlah,
    Membawa dunia Islam ke Lembah kejatuhan,
    Sedarlah wahai generasi seagamaku,
    Usahlah dibuai arus kemodenan,
    Kerana perjuangan kita,
    Masih belum selesai...


    Sumber:Puteri Bongsu (SMKAS)

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    7 Replies
    2769 Views
    Last post 15 October, 2009, 06:09:22 PM
    by Qishashul
    1 Replies
    7436 Views
    Last post 22 December, 2013, 06:29:00 PM
    by skyluver
    7 Replies
    1996 Views
    Last post 01 November, 2010, 11:43:01 AM
    by Zaki Zikr