Maksud Orang "alim"

Author Topic: Maksud Orang "alim"  (Read 8447 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

06 April, 2009, 04:54:24 AM
Assalamualaikum wbth.. Sya ingin menanyakan pendapat saudara  saudari sekalian .. Di Kalangan Ahli Syurga adalah terdiri drp klangan org alim.. Tetapi mksud " alim" dllm bhsa Melayu adalah " ilmu".. dlm erti kata lain adalah terdiri drp orang 2 yg berilmu.. tetapi msyarakat Malaysia meanggap alim adalah terdiri drp mksud org baik 2.. Adakah mereka yg baik 2 tetapi ilmunya tiada layak digelar ahli syurga ?? krana maksud " baik"  adalah terlalu umum konsepnya....

Ummi Munaliza

  • *
  • Anniversary Ke 32
    • View Profile
Reply #1 26 May, 2009, 06:25:21 PM
 [box title=Dari Abu Bakrah ra., Dari Nabi s.a.w., sabdanya:]"Jadikanlah dirimu orang alim atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pelajaran agama, atau pun orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut); dan janganlah engkau menjadi (dari) golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa."[/box]

Hadis ini menyuruh supaya tiap-tiap seorang menentukan sikapnya terhadap ilmu agama.
[box title=Huraiannya:]Tiap-tiap seorang dikehendaki menentukan sikapnya terhadap ilmu pengetahuan agama dengan salah satu dari empat cara, iaitu menjadikan dirinya orang alim yang mengajar atau orang yang belajar atau orang yang mendengar syarahan-syarahan agama atau pun orang yang mencintai dan menghargai salah satu dari tiga golongan yang tersebut dengan menurut jejak langkahnya.

Dengan sikap yang demikian, seseorang itu terjamin untuk mendapat keselamatan dan kebahagiaan, sama ada dalam perkara jasmaninya mahu pun rohaninya, kerana ia sentiasa dalam jagaan ilmu pengetahuan yang memimpinnya ke jalan yang benar dan memberinya kesedaran untuk memilih yang baik dari yang buruk dan yang hak dari yang batil.

Ada pun golongan yang kelima, iaitu yang tidak termasuk dalam salah satu dari empat golongan yang tersebut, maka mereka adalah golongan yang binasa, kerana mereka tidak ada pimpinan yang dengannya mereka dapat membezakan di antara yang benar dengan yang salah.

Imam Mawardi menyatakan: Bahawa orang yang menganggap ilmu syarak itu tidak ada faedahnya dipelajari dan lebih baik sahaja ditinggalkan, sebenarnya orang itu tenggelam dalam kesesatan dan jauh dan mendapat hidayat pertunjuk, serta ia termasuk dalam golongan yang kelima yang binasa.
[/box]
Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
Penal Utama Baitul Muslim


kanjeng sunan

  • *
  • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
    • View Profile
Reply #2 26 May, 2009, 06:26:46 PM
jadilah orang arifbillah..
jangan sekadar alimbillah...
TuhAN cInTa aGuNg..

Ummi Munaliza

  • *
  • Anniversary Ke 32
    • View Profile
Reply #3 26 May, 2009, 06:44:25 PM
jadilah orang arifbillah...jangan sekadar alimbillah...


Apa bezanya  arifbillah dengan alimbillah?

nur_inlife

  • *
  • salam ukhwahfillah untuk semua...
    • View Profile
Reply #4 17 August, 2009, 03:05:48 PM
assalamualaikm..Islam itu INDAH..mari kita hayatinya..

PERBEZAAN AL'ALIM BILLAH DAN AL'ARIF BILLAH..


AL'ALIM BILLAH - mempercayai Allah atas dasar hujjah ilmu dan aqal...
Atas dasar ilmu dan keyakinan, akalnya tidak dapat menolak kewujudan
dan kekuasaan Allah
 
 
AL'ARIF BILLAH -
mengenal Allah dengan makrifat yang mendalam
Selain ilmu, perasaannya dikuatkan oleh hati yang menghayati
dan merasa jiwa kehambaan kepada Tuhan
 
 
AL'ALIM BILLAH -
suka berbahas, berforum, bermujadalah..namun
ilmu  yang dibincangkan tidakpun dihayati oleh hati dan jiwanya
- bercakap atas dasar ilmu pengetahuan
 
 
AL'ARIF BILLAH -
cinta dan takut Allah amat mendalam
Perasaan itu payah diungkaikan
- bercakap atas dasar pengalaman
 
 
AL'ALIM BILLAH -

sifat2 riyak, megah, suka pujian dan glamour
Ingin dipuji dan dikenang jasanya
tidak sabar dengan ujian dan kejian
 
 
AL'ARIF BILLAH -
sanjungan dan pujian tidak disukainya
Itulah yg dibenci dan menyeksa hatinya...
Ujian dan kejian dianggap hiburan dan ubat penyubur jiwa...
 
Allah aku rindu Kamu....

Reply #5 21 August, 2009, 04:28:26 AM
salam....
jika sudah dktahui alim=ilmu
insyallah org yg brilmu tidak akan mlangar amaran ALLAH kerana dia bijak dan berilmu,
jika sdh mmiliki ilmu insyallah akan ada prasaan sedar diri( hamba)
maaf jika tdk mnepati soalan
salam.

Reply #6 16 December, 2012, 11:43:44 PM
Al Alim adalah asma al husna - nama dan sifat, zat dan af'alnya - Maha Mengetahui akan sesuatu
sementara manusia setara mana pun tak dapat melebihi muhammad Rasulullah SAW, tak dapat menandingi Abu Bakar as siddiq, atau Umar al khattab atau Osman al Affan atau Ali karamallahu wajhah

10 sahabat di jamin syurga, pun tak dapat di tandingi

ahli perang Badar juga tak dapat di tandingi

kemudian ada imam mazhab kata, orang alim Madinah lebih utama berbanding yang di mekah

jadi setara mana alim pun nabi SAW pesan, celuplah jari ke dalam lautan, apa yang lekat di jarimu, itulah ibarat ilmumu

jadi jagalah diri ya, inshallah

sesiapa yang menjadi pekerja Allah, Allah akan teguhkan kedudukannya di bumi

Ikhlaskan diri ya, di hujung ILMU adalah al Alim, inshallah
Kurnia darinya, tak dapat di tandingi selainnya

subhanallah

divider3
halaqahforum4