Pengenalan Kepada Hukum Tarikan

*

Author Topic: Pengenalan Kepada Hukum Tarikan  (Read 10248 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

04 April, 2009, 11:53:13 AM
  • Publish

  • Pengenalan Kepada Hukum Tarikan
    Oleh Rusdin S. Rauf

    Saya bersyukur kerana berpeluang membaca buku-buku The Secret (karya Rhonda Byrne) dan Law of Attraction (karya M. J. Losier). Kedua-dua buku ini berjaya menyentuh jiwa saya. Pertanyaan yang timbul dalam fikiran saya bertambah. Saya berjaya membaca kedua-dua buku itu dalam masa tiga hari. Saya terkejut. Tiba-tiba saya sedar ajaran yang terdapat dalam kedua-dua buku itu begitu ‘ajaib’.

    Lebih terkejut apabila ajaran yang terdapat dalam kedua-dua buku itu sebenarnya diajarkan Allah dan Rasulullah beberapa abad yang lalu. Malah, sekiranya kita perhatikan dan fahami Quran serta sunah nabi, kita tentu dapat menemukan banyak Hukum Tarikan di dalamnya. Penjelasan dan bukti-bukti Hukum Tarikan dalam Quran jauh lebih baik, lebih sempurna dan tidak menyesatkan. Quran juga membimbing kita memanfaatkan Hukum Tarikan dengan baik dan sederhana. Semua orang dapat mempraktikkannya. Sekiranya kita berjaya mencapai tahap ini, saya yakin kita terbimbing menuju ‘stesen’ kejayaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

    Oleh sebab itu, saya menyarankan supaya mempelajari (kemudian mempraktikkan) Hukum Tarikan yang sesuai dengan nilai-nilai Quran. Kita tentu tidak sesat menjalani kehidupan ini. Sekali lagi saya ingin katakan, kita mencapai kejayaan yang sebenarnya iaitu kebahagiaan dunia dan akhirat.

    Mungkin ada di antara saudara berasa kecewa dengan apa yang diperolehi sekarang. Walhal, saudara membanting tulang mencari rezeki. Namun, hingga ke hari ini, saudara masih tidak berjaya mendapat duit banyak. Saudara berasa kecewa. Setiap hari saudara mengeluh dengan apa yang berlaku dalam kehidupan saudara. Saudara mengejar wang tetapi wang tidak mahu mendekati saudara. Walaupun saudara mendapat wang, ia sentiasa tidak cukup. Saudara juga tidak pernah merasa kesenangan dengan pendapatan yang saudara peroleh hari ini. Kenapa jadi begini?

    Setiap pagi, saudara bangun daripada tidur dengan perasaan kecewa. Saudara fikir, yang saudara tidak mungkin menjadi kaya, kerana setiap hari saudara menjalani kehidupan yang sama maka sukar mendapat rezeki. Pemikiran begini sering menghantui dan menguasai pemikiran saudara. Selepas bergelut dengan pemikiran ini, saudara masih juga tidak mendapat wang yang cukup iaitu pendapatan yang saudara peroleh hanya sekadar mencukupi.

    Mungkin saudara bangun pagi dengan penuh keceriaan, bahagia dan gembira. Saudara yakin saudara bakal bertemu dengan orang yang mahu menjalankan hubungan perniagaan dengan saudara. Saudara juga yakin yang jualan saudara akan terjual dengan banyaknya. SAudara dirikan solat subuh, berdoa memohon kemudahan daripada-Nya dan kemudian berbual dengan isteri dan anak. Selepas itu, saudara pergi menemui pelanggan-pelanggan dengan penuh keceriaan dan kebahagiaan. Hasilnya, sungguh menakjubkan! Saudara memperoleh keuntungan besar ataupun hasil jualan saudara begitu memuaskan.

    Mungkin juga, semasa saudara menelefon teman lama, dia mengatakan yang dia juga sebenarnya mahu menelefon saudara. Pada masa yang lain pula, semasa menghadiri suatu majlis, saudara mendapat tiket cabutan bertuah dan hadiahnya adalah sebuah kereta. Tiba-tiba saudara merasakan saudara pernah membayangkan semua peristiwa itu dan sekarang menjadi kenyataan.

    Beberapa contoh di atas menunjukkan Hukum Tarikan sedang bekerja dalam kehidupan kita. Ia benar-benar wujud dan kita dapat rasa dengan setiap hembusan nafas kita. Cuma kita kurang bertindak balas ataupun tidak menyedari kewujudannya.

    Jadi, apakah sebenarnya Hukum Tarikan itu? Segala perkara yang kita fikirkan dengan seluruh perhatian, tenaga dan fikiran samada perkara positif ataupun negetif, akan datang dalam kehidupan kita. Itulah definisi Hukum Tarikan, seperti yang ditulis M. J Losier.

    Hukum Tarikan memberi tindak balas pada segala perkara yang saudara pancarkan dengan menghasilkan getaran (fikiran dan perasaan) yang lebih banyak, samada positif mahupun negetif. Hukum itu hanya bertindak balas dengan getaran saudara. Dengan perkataan lain, ‘ketika kita memikirkan sesuatu’ hukum itu mengatakan ‘kita sedang menarik sesuatu kearah diri kita.’

    Erbe Sentanu, seorang penulis, mengatakan melalui Hukum Tarikan, saudara menarik apa yang  sering saudara fikirkan, samada saudara menginginkan ataupun tidak. Jadi, jika saudara selalu memikirkan perkara-perkara yang saudara suka, kehidupan saudara akan dipenuhi dengan perkara-perkara itu. Sebaliknya, apabila saudara memikirkan perkara yang tidak saudara sukai, perkara itu bakal memenuhi kehidupan saudara.

    Justeru, kita mesti berhati-hati ketika memikirkan mengenai kehidupan. Jika kita fikir yang kita tidak mungkin mendapat kebahagiaan dalam kehidupan hanya kerana kita dilahirkan dalam keluarga miskin, persekitaran kita bertindak balas pada ucapan kita itu. Tanpa disedari, kita mengundang tenaga negetif memasuki alam ketidaksedaran kita. Akibatnya, kehidupan kita tidak mengalami apa-apa perubahan dan kita terus hidup dalam kemiskinan. Kita tidak mahu perkara ini berterusan dalam hidup kita, bukan?

    Saya mahu memberi astu contoh yang dapat menunjukkan Hukum Tarikan itu wujud dan nyata. Mungkin ada di antara kita yang pernah mengalami kejadian seluk saku di pasar ataupun di pusat-pusat membeli belah. Selalunya kejadian iniberlaku kepada kaum wanita. Ini kerana, sebelum keluar dari rumah, kita selalu membayangkan dan fikiran kita dihantui bayangan penyeluk saku. Tanpa disedari, kita mengundang penyeluk saku mendekati kita dan akhirnya kita pun menjadi mangsa penyeluk saku itu. (Semuanya ini atas kehendak Allah jua).

    Saya juga pernah merasakan proses Hukum Tarikan berlaku dalam kehidupan nyata. Empat tahun lalu, sebelum berhijrah ke Jakarta, saya ingat kehidupan di kota metropolitan ini penuh dengan kegiatan jenayah. Ibu selalu mengingatkan saya supaya berhati-hati hidup di kota besar ini. Jika saya tersesat jalan, bertanyalah kepada pegawai polis ataupun pegawai keselamatan. Ibu saya berpesan, “Jangan sekali-kali bertanya kepada orang yang tidak dikenali!” Maknanya, “Jangan bertanya kepada orang lain kecuali pegawai polis atau keselamatan.

    Pada mulanya saya tidak begitu menghiraukan nasihat ibu, kerana ibu bapa selalu bimbang mengenai anak-anak mereka yang merantau, yang keluar dari tempat kelahiran mereka. Hati saya berkata, “Di mana pun kita berada, jika kita berbuat baik, pasti orang lain juga membalasnya denga kebaikan.

    Apabila tiba di Jakarta, saya tersesat beberapa kali. Saya memberanikan diri bertanya orang lain. Saya yakin mereka tidak mungkin menipu saya. Apa yang penting, saya mesti berikan senyuman dan bertanya dengan sopan. Insya-Allah, mereka tentu memberikan maklumat yang betul. Begitulah harapan kita terwujud. Orang yang saya bertanya, bersikap sopan pada saya dan mereka juga tidak menipu.

    Berbeza pula keadaan teman saya. Dia selalu ditipu kerana sering mencurigai setiap orang yang ditemuinya. Dia pernah bertanya kepada orang yang tidak dikenalinya dan seperti yang dijangka, dia ditipu. Sebelum bertanya, dia sudah berfikiran (getaran) negetif. Dia kemudiannya bertanya dengan perasaan takut serta curiga, dan orang yang ditanyanya ternyata penipu! Nasib memang tidak menyebelahi teman saya itu.

    Begitulah Hukum Tarikan mempengaruhi kehidupan kita (dengan izin Allah). Hukum itu ada dan benar-benar nyata.

    (Dipetik dari buku “Quranic Law of Attraction” karangan Rusdin S. Rauf, terbitan PTS Millennia, cetakan pertama 2009)
    "Aku hanyalah insan biasa yang menyatakan sesuatu hari ini, mungkin esok ku ubah kembali, dan mungkin lusa ku ubah lagi.." -Imam Abu Hanifah.

    Reply #1 26 May, 2009, 12:48:13 PM
  • Publish
  • bagi saya, hukum tarikan adalah hukum alam yang tak lepas dari pandangan Allah.

    Reply #2 02 January, 2010, 02:43:45 AM
  • Publish
  • Bila kita mengimpikan sesuatu dan sentiasa memikirkannya di dalam minda, berdoa sepanjang masa, bersolat hajat, selebihnya kita bertawakkal, dan ianya tercapai. Dengan perkataan lain, ketika kita memikirkan sesuatu kita sedang menarik sesuatu kearah diri kita. Maka rupanya yang kita lalui adalah Hukum Tarikan. Hukum Tarikan memberi tindak balas pada segala perkara yang kita pancarkan dengan menghasilkan getaran (fikiran dan perasaan) yang lebih banyak, samada positif mahupun negetif. Hukum itu hanya bertindak balas dengan getaran kita.  Tenaga getaran yang dihasilkan melalui emosi akan memberikan kesan tarikan pada keadaan persekitaran. Maka sebab itulah kita mesti sentiasa berfikiran positif dalam apa jua dugaan yang datang , ujian yang diterima dalam hidup dan kehidupan. Kerana ia mempengaruhi sebahagian kehidupan kita.

    Reply #3 02 January, 2010, 01:13:30 PM
  • Publish

  • بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


    Semoga Allah menetapkan hati kita didalam Aqidah yang benar serta dijalan 'ihdinas-Sirat-Al-Mustaqeem"sehingga akhir hayat kita.

    Pada akhir zaman ini, kita orang2 Islam banyak terdedah kepada konsep dan falsafah yang diterbitkan oleh orang bukan Islam.   Konsep2 seperti "Kuasa minda",  "Kuasa ESQ"  , "Mind Control secrets", "Mind Reading"  adalah asalnya diterbitkan oleh pemikir2 bukan Islam yang kemudiannya di adaptasikan oleh orang2 Islam kedalam masyarakat Islam.   Ada yang cuba mengaitkannya bahawa ianya adalah bersesuaian dengan Al-Qur'an dan Hadis Nabi.  

    Boleh dikatakan ramai yang terpesona dengan tulisan/idea2 tersebut.

    PAK ARAB tidak berniat untuk mengulas tiap2 satu konsep itu berdasarkan Al-Qur'an dan apakah pendirian kita berkenaan konsep2 ini, kerana ianya akan mengambil masa dan ruang waktu yang sangat panjang.   PAK ARAB cuma ingin menarik perhatian kita semua satu hakikat bahawa kita pada akhir zaman ini terlupa kepada agama kita sendiri sehingga kita mengkagumi, mempelajari konsep dan teori2 orang bukan Islam yang dan menjadikannya pakaian kehidupan.  Sedangkan didalam islam sudah lengkap segala llmu, samada Ilmu zahir maupun batin, ilmu akhlak, ilmu perniagaan, pentadbiran, antarabangsa, saikologi, ilmu sains, ilmu kajibumi, ilmu kaji bintang sehinggalah kepada Ma'rifat Ketuhanan.  Iaitu sumber kepada segala Ilmu ini...Al-Qur'an Kalamulllah. Yang menjadi petunjuk, pembimbing, pemimpin kepada kehidupan dunia dan akhirat.

    Firman Allah Ta'ala :

    ذَلِكَ الْكِتَابُ لاَ رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ

    Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang  bertaqwa;  
    (Al-Baqara : 2)



    Firman Allah :

    وَهَـذَا صِرَطُ رَبِّكَ مُسْتَقِيماً قَدْ فَصَّلْنَا الآيَـتِ لِقَوْمٍ يَذَّكَّرُونَ


    Dan inilah jalan Tuhanmu (agama Islam) yang betul lurus. Sesungguhnya kami telah menjelaskan ayat-ayat keterangan (kami) satu persatu, bagi kaum yang mahu beringat - insaf.  
    (Al-An'am :  126)



    Firman Allah :

    وَلَقَدْ جِئْنَـهُمْ بِكِتَـبٍ فَصَّلْنَـهُ عَلَى عِلْمٍ هُدًى وَرَحْمَةً لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ
    Dan sesungguhnya kami telah datangkan kepada mereka, sebuah Kitab (Al-Quran) yang kami telah menjelaskannya satu persatu berdasarkan pengetahuan (kami yang meliputi segala-galanya), untuk menjadi hidayat petunjuk dan rahmat, bagi orang-orang yang (mahu) beriman.  
    ( Al-Araf : 52)



    Ketika masyarakat manusia didalam kejahilan dan kegelapan para tabi'in telah bangkit menyusun berbagai ilmu mulai dari ilmu2 yang bersangkutan dunia sehinggalah akhirat.  Mereka mengkaji , menghayati dan menggalinya dari Al-Qur'an.  Maka lahir Ilmuan2 Islam yang hebat yang mengkgumkan dunia.

    Selain dari Ilmu Fiqh, Tauhid dan Tasawwuf yang menjadi intipati peribadatan akhirat, Ummat Islam juga yang pertama menghasilkan Ilmu Sains, Perubatan, Kaji bintang, Kimia, Algebra, Saikologi, Falsafah dan banyak lagi secara sistemetik dan tersusun.   Semuanya adalah hasil mereka mendalami, menghayati Al-Qur'an. maka Allah Ta'ala mendatangkan berbagai ilham untuk menerbtikan ilmu2 tersebut.

    Secara khusus berkenaan tajuk didalam thread ini "Hukum Tarikan",  dilihat dari sudut pandangan Ahli2 Ma'rifat ia adalah berkenaan gelombang2 cahaya yang dikeluarkan oleh hati yang naik kepada minda.  Ia bukanlah kuasa minda tetapi cahaya2 yang diterbitkan oleh ruh didalam hati yang kemudian naik kepada otak!   Ianya perlu kepada pendidikan sistemetik melalui didikan zikrullah.  

    Apa yang ditakuti adalah konsep2 yang tidak berteraskan kepada Aqidah dan pendidikan agama melalui guru yang benar boleh membawa kepada kekeliruan didalam Tauhid.  Umpamanya berpegang bahwa "dengan minda yang positif kita akan mendapat apa yang inginkan daripada kebaikan". Di sini berlaku percanggahan kerana penentuan berdasarkan "usaha ikhtiar".  Sedangkan kita Ahlus Sunnah diperintahkan berusaha kearah kebaikan dengan sungguh2 dengan bergantung harap kepada Allah Ta'ala semata2.  Bukan meletakkan matlamat pencapaian dengan bersandar kepada usaha dan kaedah2.

    Adakah salah mengkaji ilmu2 daripada orang2 bukan islam. ?

    Jika ilmu2 tersebut berupa ilmu2 zahir sains dan teknologi  maka tiada salah mempelajarinya.  Tetapi jika ianya berkaitan keruhanian, kejiwaan, minda, ketuhanan dan Tauhid maka SANGAT WASPADA DAN HATI2 ADALAH LANGKAH BIJAK ORANG BERIMAN.  KERANA SYAITAN DAN NAFSU SENTIASA MENUNGGU PELUANG MENYESATKAN ORANG BERIMAN!



    Wallahu A'lam
    « Last Edit: 02 January, 2010, 01:22:33 PM by PAK ARAB »
    NAIKLAH BAHTERA PEWARIS NABI,
    PEGANGLAH TALINYA SEKUAT HATI,
    KAFILAH KESUCIAN TIDAK AKAN BERHENTI,
    DISANA FAJAR MENUNGGU MENTARI.....!

    Reply #4 02 January, 2010, 01:50:13 PM
  • Publish
  • kita adalah apa yang kita fikirkan =)
    Mencari makna hakiki penciptaan manusia di atas muka bumi ni melalui, iman dan amal... Semoga bekalku yang diusahakan ini untuk ke Negeri yang Abadi diberkati-NYA, amiin. ~* Wan Siti *~

    [img width=610 height=70]http://i87.servimg.com/u/f87/12/77/43/73/kelant10.jpg[/img]

    Reply #5 02 January, 2010, 01:51:56 PM
  • Publish
  • kita adalah apa yang kita fikirkan =)

    Reply #6 02 January, 2010, 02:11:05 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum,

    Asal konsep hukum tarikan ini memang diperkenalkan oleh orang Barat. Namun penulis buku ini "Quranic Law of Attraction" iaitu Rusdin S. Rauf cuba mengupas isu ini berdasarkan Al Quran. Sepanjang kefahaman saya dari pembacaan buku ini, (mungkin apa yang saya faham ini salah @atau betul-mohon ditegur jika ada kesalahn), beliau tidak sesekali meletakkan pancapaian itu berdasarkan usaha semata-mata, namun cuba mengaitkan hukum ini dengan konsep sabar, syukur dan usaha.

    Dasar keyakinan adalah bersandarkan kepada Allah semata-mata di mana kita menyakini bahawa apa yang kita lalui setiap hari adalah yang terbaik telah diatur oleh Allah, maka berfikir positif dalam merencana matlamat hidup. Berdasarkan firman Allah, "Aku adalah persangkaan hamba-Ku"(maaf saya tidak ingat ayat berapa).

    Bagi saya, elok kita membaca buku ini secara keseluruhan. Selain itu, mungkin kefahaman dan mesej yang diterima hasil pembacaan daripada isi buku ini agak berbeza mengikut kefahaman setiap individu. Bagi saya sendiri, setelah membaca secara keseluruhan buku ini, mesej utama yang saya dapat ialah meletakkan pengharapan dan setinggi-tinggi tawakal kepada Allah di samping kita merancang, berusaha, berdoa dan meminta petunjuk yang terbaik dari Allah. Apa yang cuma disampaikan ialah kita merancang, Allah merancang, namun perancangan Allah itu lebih baik.



    Sekain, mohon diperbetulkan jika ada salah dan silap, terima kasih.
    Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis

    Reply #7 03 January, 2010, 01:34:02 AM
  • Publish
  • Assalamualaikum,

    Asal konsep hukum tarikan ini memang diperkenalkan oleh orang Barat. Namun penulis buku ini "Quranic Law of Attraction" iaitu Rusdin S. Rauf cuba mengupas isu ini berdasarkan Al Quran. Sepanjang kefahaman saya dari pembacaan buku ini, (mungkin apa yang saya faham ini salah @atau betul-mohon ditegur jika ada kesalahn), beliau tidak sesekali meletakkan pancapaian itu berdasarkan usaha semata-mata, namun cuba mengaitkan hukum ini dengan konsep sabar, syukur dan usaha.

    Dasar keyakinan adalah bersandarkan kepada Allah semata-mata di mana kita menyakini bahawa apa yang kita lalui setiap hari adalah yang terbaik telah diatur oleh Allah, maka berfikir positif dalam merencana matlamat hidup. Berdasarkan firman Allah, "Aku adalah persangkaan hamba-Ku"(maaf saya tidak ingat ayat berapa).

    Bagi saya, elok kita membaca buku ini secara keseluruhan. Selain itu, mungkin kefahaman dan mesej yang diterima hasil pembacaan daripada isi buku ini agak berbeza mengikut kefahaman setiap individu. Bagi saya sendiri, setelah membaca secara keseluruhan buku ini, mesej utama yang saya dapat ialah meletakkan pengharapan dan setinggi-tinggi tawakal kepada Allah di samping kita merancang, berusaha, berdoa dan meminta petunjuk yang terbaik dari Allah. Apa yang cuma disampaikan ialah kita merancang, Allah merancang, namun perancangan Allah itu lebih baik.



    Sekain, mohon diperbetulkan jika ada salah dan silap, terima kasih.



    بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



    Maafkan PAK ARAB kalau Nor_207 atau mana2 ahli tersinggung dengan teguran PAK ARAB  diatas.  Semoga perbincangan ringkas ini dapat kita manfaatkan untuk kebaikan akhirat.

    Maaf cakap, setelah beberapa tahun membuat kajian tentang teori2/falsafah/konsep2 Barat tentang berbagai kuasa dan tenaga dalaman untuk kebaikan dan kemajuan Insan, PAK ARAB membuat kesimpulan bahawa tidak ada suatu pun teori2 tersebut dapat menandingi Ilmu2 dalam ajaran Islam terutama Ilmu Tasawwuf dan Ilmu Ma'rifat.   Semua bentuk yang disebut kuasa dalaman/tenaga dalaman/ kuasa minda sudah diajar beribu tahun didalam Ilmu Tasawwuf oleh Ahli2 Sufi.  Tetapi ianya tidak dizahirkan secara terang2an kerana ini akan membawa kecederaan kepada pegangan dan amalan.

    Kita semua mengakui secara jujur bahawa tujuan kita adalah memperolehi Iman dan Taqwa.  Kita mengakui bahwa apa yang kita cuba pelajari  dari konsep/teori2 tersebut adalah untuk mencari jalan kebaikan dunia akhirat.  Kita mengakui bahawa tujuan kita mengkaji buku2 tersebut adalah untuk mendapat sifat2 yang terpuji tawakkal, sabar, redha.    Kalau begini pengakuan kita maka sesungguhnya bagi kita orang beriman tiada pilihan melainkan mencarinya dalam ajaran Islam sendiri terutama didalam Ilmu Tasawwuf/Ma'rifat ketuhanan yang dipimpin oleh ahli2 Sufi.  Ahli2 Sufi adalah Ulama2 pewaris Nabi yang mewarisi Ilmu Nabi untuk membimbing manusia zahir dan batin kepada keimanan dan ketaqwaan.


    Berkata Shaikh Abdul Qadir Jilani رضي الله عه :

    "Seseorang tidak dapat dikatakan Sufi sehingga dia sampai ke maqam dimana dia di anugerahi pandangan kepada Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam didalam mimpinya dan diberi arahan dan tegahan. Jika keadaan ini terjadi maka hatinya akan dinaikkan ke maqam lebih tinggi serta disucikan batinnya. Beliau seterusnya akan memperoleh kehampiran dengan Allah Ta'ala sementara tangannya didalam pimpinan tangan Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam."

    (Fath-Ar-Rabbaniy)


    dan kata beliau lagi....

    "Wali-wali yang menjadi guru memiliki kehampiran yang serupa dengan Nabi Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam dengan Tuhannya (Ma'rifah, Qurbah dan Mahabbah). Amanah dan penjagaan terhadap ilmu ketuhanan yang serupa dianugerahkan kepada mereka. Mereka merupakan Pemegang sebahagian daripada kenabian, dan diri batin mereka selamat di bawah penjagaan Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi Wasallam."

    Sirrul Asrar Fi ma Yahtaju Ilaihil Abrar)


    Berkata Imam Ghazali رضي الله عه :

    “Selama waktu berkhalwah itu, terbukalah bagiku rahsia yang terhitung banyaknya, tak mungkin di istiqsa (membahas jauh dan dalam). Yang aku katakan untuk mengambil manfaatnya ialah, aku benar-benar yakin, kaum Sufiyyah itulah yang sebenarnya telah menempuh jalan yang dikehendaki Allah Taala. Merekalah yang paling utama cara-cara hidupnya, paling tepat tindak lakunya dan paling tinggi budi pekertinya.
    (Munqiz 'Aladh-dholal)



    Berkata Imam Ghazali رضي الله عه :

    "JIka dihimpunkan aqal segala orang yang beraqal dan dihimpunkan ilmu hikmah segala hukamak serta dihimpunkan segala ilmu ulama, dan yang memperdalami segala rahsia ilmu syari'at supaya mereka mengubah suatu kelakuan ahli sufi atau mengubahkan suatu perangai mereka dan berkehendak pula mereka itu akan menggantikan sesuatu daripada kelakuan mereka itu  atau perangai mereka itu daripada yang terlebih baik daripadanya, nescaya mereka tidak akan menemui jalan bagi menggantikannya dan tidak akan memperoleh sesuatu yang lebih baik daripada kelakuan mereka itu, dan tidak sesuatu yang terlebih baik daripada perangai mereka itu.  Kerana bahawasanya segala  gerak zahir dan batin mereka adalah diambil dari rahsia syari'at Nabi  صلى الله عليه وسلم . "


    Mereka (ahli Ma'rifat/ahli Sufi) adalah mereka2 yang mendapat Rahmat dan pimpinan Allah Ta'ala sbagaimana diisyaratkanNya didalam Kitabullah :

    Firman Allah Ta'ala :

     فَوَجَدَا عَبْدًا مِّنْ عِبَادِنَآ ءَاتَيْنَاهُ رَحْمَةً مِّنْ عِندِنَا وَعَلَّمْنَاهُ مِن لَّدُنَّا عِلْمًا


    Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami yang telah Kami kurniakan kepadanya Rahmat dari Kami dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu; dari sisi Kami.  
    (Al-Kahf : 65)


    Akhir kalam, sebagaiman PAK ARAB sebutkan pada awal tidak ada masalah kita menimba Ilmu2 zahir berupa Ilmu sains, teknologi, kejuruteraan, computer dll daripada mana2 sumber.  Tetapi apabila ianya melibatkan kuasa/tenaga dalaman/ruhani dll yang berkaitan dengan kebatinan, jalan selamat adalah dengan kembali merujuk kepada ajaran Islam iaitu Ilmu Tasawwuf/Ilmu Ma'rifat.  

    Maafkan saya Nor_207 dan yang lain2!


    Wallahu A'lam
    « Last Edit: 03 January, 2010, 01:38:59 AM by PAK ARAB »

    Reply #8 03 January, 2010, 01:58:31 AM
  • Publish
  • Kenapa yea Pak Arab, ilmu tasawuf dan ilmu ma'rifat tidak dipopularkan seperti ilmu tarikan dari barat ni?
    ataukah kita terlalu taksub apabila sesuatu perkara itu datang dari barat,
    maka secara automatiknya kita teruja untuk melihat dan mendalami apa sahaja yang dibawa oleh mereka..?

    p/s: saya yang ingin belajar dari yang pakar

    Reply #9 03 January, 2010, 01:58:49 AM
  • Publish
  • salam.

    Perkongsian ilmu, semestinya ada yang khilaf. Saya amat bersetuju dengan Pak Arab, tidak dapat dinafikan ilmu2 Islam itu yang terbaik. Namun pada pendapat saya, teori2 yang ditemui dewasa ini jika diperhalusi ia membuktikan kebenaran Al-Quran itu sendiri, termasuklah hukum tarikan ini. Seperti yang dikupas oleh akhi Rusdin dalam bukunya, beliau cuba 'mendekatkan' teori "Law of Attraction" yang ditemui oleh Barat (Falsafah) dengan Islam agar teori ini tidak terlalu jauh terpesong.

    Wallahua'lam, sekadar perkongsian.

    Reply #10 03 January, 2010, 02:31:52 AM
  • Publish
  • salam.

    Perkongsian ilmu, semestinya ada yang khilaf. Saya amat bersetuju dengan Pak Arab, tidak dapat dinafikan ilmu2 Islam itu yang terbaik. Namun pada pendapat saya, teori2 yang ditemui dewasa ini jika diperhalusi ia membuktikan kebenaran Al-Quran itu sendiri, termasuklah hukum tarikan ini. Seperti yang dikupas oleh akhi Rusdin dalam bukunya, beliau cuba 'mendekatkan' teori "Law of Attraction" yang ditemui oleh Barat (Falsafah) dengan Islam agar teori ini tidak terlalu jauh terpesong.

    Wallahua'lam, sekadar perkongsian.




    بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



    Alhamdulillah setuju pada satu wajah....... jika ianya tidak melibatkan pengkajian mendalam berkenaan "tenaga dalaman", "kuasa Minda"  dsb.  Kerana jika pengkajian ini tidak dikawalselia oleh 'Ahli"nya maka ianya boleh bawa kepada pemesongan 'aqidah dan kebinasaan amal. 

    Bagaimana ?

    Contohnya 1:
    Sekarang ini ahli2 saintis barat sedang buat kajian mendalam tentang "kuasa minda".  Pada pandangan mereka ianya melibatkan gelombang2 dari otak.  Pada hakikatnya Ianya melibatkan pancaran, sinaran, cahaya dan gelombang2 yang diterbitkan dari dalam ruh yang naik kepada otak.  Tapi pancaran2 ini boleh juga diterbitkan oleh jin dan syaitan.   Bagi mereka2 yang belum 'tahqiq' didalam Ilmu keruhanian yang hakiki apabila didatangkan cahaya/gelombang2 seperti ini kemungkinan akan menyangka ianya kebenaran cahaya ketuhanan padahal ianya dari jin dan syaitan.

    Contoh 2 :
    Sekiranya seseorang ditaqdirkan mendapat sesuatu kekuasaan khusus daripada kajian ini, maka dia akan menjadi sombong dengan kekuasaan dia kerana ia bukan daripada haq. Dan dia memperolehinya dalam keadaan hati belum suci daripada mazmumah.

    Wallahu A'lam


    Reply #11 03 January, 2010, 02:47:35 AM
  • Publish
  • Kenapa yea Pak Arab, ilmu tasawuf dan ilmu ma'rifat tidak dipopularkan seperti ilmu tarikan dari barat ni?
    ataukah kita terlalu taksub apabila sesuatu perkara itu datang dari barat,
    maka secara automatiknya kita teruja untuk melihat dan mendalami apa sahaja yang dibawa oleh mereka..?

    p/s: saya yang ingin belajar dari yang pakar

    Ni kut jawapan dia...
    Kerana bukan semua orang mampu nak mengusai ilmu2 seperti ini...

    Maaf cakap, setelah beberapa tahun membuat kajian tentang teori2/falsafah/konsep2 Barat tentang berbagai kuasa dan tenaga dalaman untuk kebaikan dan kemajuan Insan, PAK ARAB membuat kesimpulan bahawa tidak ada suatu pun teori2 tersebut dapat menandingi Ilmu2 dalam ajaran Islam terutama Ilmu Tasawwuf dan Ilmu Ma'rifat.   Semua bentuk yang disebut kuasa dalaman/tenaga dalaman/ kuasa minda sudah diajar beribu tahun didalam Ilmu Tasawwuf oleh Ahli2 Sufi. Tetapi ianya tidak dizahirkan secara terang2an kerana ini akan membawa kecederaan kepada pegangan dan amalan.

    Untungla, bagi sesiapa yang dapat memiliki ilmu tersebut..terima kasih,
    saya terlepas pandang ..
    « Last Edit: 03 January, 2010, 02:49:08 AM by wansiti »

    Reply #12 03 January, 2010, 10:05:29 AM
  • Publish
  • salam.

    Perkongsian ilmu, semestinya ada yang khilaf. Saya amat bersetuju dengan Pak Arab, tidak dapat dinafikan ilmu2 Islam itu yang terbaik. Namun pada pendapat saya, teori2 yang ditemui dewasa ini jika diperhalusi ia membuktikan kebenaran Al-Quran itu sendiri, termasuklah hukum tarikan ini. Seperti yang dikupas oleh akhi Rusdin dalam bukunya, beliau cuba 'mendekatkan' teori "Law of Attraction" yang ditemui oleh Barat (Falsafah) dengan Islam agar teori ini tidak terlalu jauh terpesong.

    Wallahua'lam, sekadar perkongsian.




    بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



    Alhamdulillah setuju pada satu wajah....... jika ianya tidak melibatkan pengkajian mendalam berkenaan "tenaga dalaman", "kuasa Minda"  dsb.  Kerana jika pengkajian ini tidak dikawalselia oleh 'Ahli"nya maka ianya boleh bawa kepada pemesongan 'aqidah dan kebinasaan amal. 

    Bagaimana ?

    Contohnya 1:
    Sekarang ini ahli2 saintis barat sedang buat kajian mendalam tentang "kuasa minda".  Pada pandangan mereka ianya melibatkan gelombang2 dari otak.  Pada hakikatnya Ianya melibatkan pancaran, sinaran, cahaya dan gelombang2 yang diterbitkan dari dalam ruh yang naik kepada otak.  Tapi pancaran2 ini boleh juga diterbitkan oleh jin dan syaitan.   Bagi mereka2 yang belum 'tahqiq' didalam Ilmu keruhanian yang hakiki apabila didatangkan cahaya/gelombang2 seperti ini kemungkinan akan menyangka ianya kebenaran cahaya ketuhanan padahal ianya dari jin dan syaitan.

    Contoh 2 :
    Sekiranya seseorang ditaqdirkan mendapat sesuatu kekuasaan khusus daripada kajian ini, maka dia akan menjadi sombong dengan kekuasaan dia kerana ia bukan daripada haq. Dan dia memperolehinya dalam keadaan hati belum suci daripada mazmumah.

    Wallahu A'lam






    Terima kasih Pak Arab dan yang lain-lain atas teguran yang diberikan. Jadi dari apa yang saya dapat katakan ialah kita perlu berhati-hati dengan dengan setiap apa yang kita baca dan jika kita bukan 'ahlinya', maka perlu rujuk dahulu.

    Saya ada 1 persoalan, saya dapati banyak buku-buku (ada yang ditulis oleh penulis tempatan dan barat) tentang rahsia tarikh lahir seseorang. Kajian dibuat tentang personaliti seseorang berdasarkan tarikh lahir dan dikaitkan dengan kerjaya, perkahwinan dan kebolehan seseorang. Setakat ini saya tidak pernah membaca buku tersebut, tetapi sedikit sebanyak diceritakan oleh kawan saya yang pernah membacanya.

    Jadi, apakah pendapat halaqian tentang kajian ini (mungkin Pak Arab atau sesiapa yang lebih arif boleh memberikan penjelasan)




    Terima kasih

    Reply #13 03 January, 2010, 10:30:10 AM
  • Publish
  • Kenapa yea Pak Arab, ilmu tasawuf dan ilmu ma'rifat tidak dipopularkan seperti ilmu tarikan dari barat ni?
    ataukah kita terlalu taksub apabila sesuatu perkara itu datang dari barat,
    maka secara automatiknya kita teruja untuk melihat dan mendalami apa sahaja yang dibawa oleh mereka..?

    p/s: saya yang ingin belajar dari yang pakar



    بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


    Sykuran kepada yang bertanya.

    Ilmu Tasawwuf / Ilmu Toriqat Sufiyyah dan Ilmu Ma'rifat adalah adalah salah satu cabang utama Ilmu Agama yang wajib dipelajari oleh setiap mukallaf, samada lelaki atau wanita.   Sebagaimana juga Ilmu Fiqh dan Ilmu Usuluddin, Ilmu Tasawwuf adalah Ilmu yang diijtihadkan oleh Ulama2 beradasarkan Al-Qur'an dan Hadis Nabi صلى الله عليه وسلم.   

    Ilmu Tasawwuf/Toriqat Sufiyyah sebenarnya telah tersebar luas diseluruh dunia.  Mulai dari kurun pertama ianya dijtihadkan pertama kali Oleh Shaikh Junaid رضي الله عه sampailah ke saat ini masih terdapat Ummat islam mengamalkannya.   Tetapi malangnya menuju pengujung dunia ia makin dilupakan oleh kebanyakan Ummat Islam.   Kebanyakan kita hanya mengambil Ilmu zahir syair'at, Ilmu Fiqh tetapi meninggalkan Ilmu Tasawwuf yang menjadi nadi kekuatan Ummat Islam. 

    Akhirnya mereka terperangkap didalam berbgai ideologi dan teori2 manusia.  Pemerintah2 terperangkap didalam mengambil ideologi demokrasi dan kapitalis.  Cerdik pandai agama terpengaruh dengan pelbagai Ilmu2 yang berlawanan dengan jiwa agama.  Orang2 awam pula terpengaruh dengan falsafah/teori/konsep2  barat yang berteraskan 'kuasa minda' dan 'tenaga dalaman'  dan berbagai lagi.   Akhirnya Islam menjadi asing.  Islam menjadi dagang.




    Daripada Abu Hurairah رضي الله عه  berkata: Bersabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم , "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing".
    (Muslim)


    Ahli2 Sufi/Ahli Ma'rifat sentiasa ada sepanjang zaman untuk mendidik manusia sehingga akhir zaman. Kerana mereka adalah pewaris Nabi yang memegang amanah Allah atas muka bumi.  Cuma kita perlu berusaha mencari mereka dan mengambil manfaat Ilmu mereka supaya hidup kita tidak menjadi sia2.


    Wallahu A'lam


    Reply #14 03 January, 2010, 10:40:27 AM
  • Publish

  • Ni kut jawapan dia...
    Kerana bukan semua orang mampu nak mengusai ilmu2 seperti ini...

    Maaf cakap, setelah beberapa tahun membuat kajian tentang teori2/falsafah/konsep2 Barat tentang berbagai kuasa dan tenaga dalaman untuk kebaikan dan kemajuan Insan, PAK ARAB membuat kesimpulan bahawa tidak ada suatu pun teori2 tersebut dapat menandingi Ilmu2 dalam ajaran Islam terutama Ilmu Tasawwuf dan Ilmu Ma'rifat.   Semua bentuk yang disebut kuasa dalaman/tenaga dalaman/ kuasa minda sudah diajar beribu tahun didalam Ilmu Tasawwuf oleh Ahli2 Sufi.  Tetapi ianya tidak dizahirkan secara terang2an kerana ini akan membawa kecederaan kepada pegangan dan amalan.


    بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


    Harap K.Long tidak salah faham dengan perkataan2 yang saya "boldkan".   Apa yang saya maksdukan adalah "kuasa Minda", "Tenaga Dalaman" tidak disebar luaskan oleh Ahli2 sufi walaupun mereka pakar dalam hal2 tersebut kerana takut disalahgunakan oleh orang awam yang belum suci hatinya. Lagipun tujuan Ahli2 Sufi adalah untuk ubudiyyah kepada Allah Ta'ala bukan untuk menunjukkan kekuatan.

    Ada pun Ilmu Tasawwuf/Toriqat Sufiyyah adalah Ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap mukallaf.


    Wallahu A'lam


    Reply #15 03 January, 2010, 06:02:09 PM
  • Publish
  • Quote
    Tak boleh ke orang2 yang berilmu tu turun mencari dan menyampaikan ilmu yang dia ada?
    Bukan kah yang berilmu itu wajib menyampaikan ilmu yang ada padanya?

    Menurut apa yang difahami, berdakwah untuk mengajak manusia menyembah Allah itu memang kewajiban semua manusia. Tetapi untuk menuntut ilmu, adapnya, ialah murid mencari guru, bukan guru mencari murid. Jika murid mencari guru, murid memang memerlukan bimbingan , guru akan membimbing dan mendapat keberkatan. Jika guru mencari murid, murid akan rasa seperti dipaksa belajar, keberkatannya jauh sekali.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Reply #16 03 January, 2010, 06:52:02 PM
  • Publish
  • Quote
    Ermm macam mana nak sebut ye....sebab saya respon tentang kenapa buku2 penerbitan karangan non-muslim senang diperoleh berbanding buku2 karangan ahli agama kita yang mengupas isu2 berkait dengan yang hal ni...
    Adakah tajuk buku karangan mereka lebih menarik perhatian kita untuk membaca?
    Adakah buku2 agama kita membuat tajuk buku yang terlalu tinggi bahasanya sampai bila kita level orang awam terpandang tajuk pun dah seram nak buka sebab langsung tak paham?

    Rasanya respon pembaca bukan kepada buku. Jika ikutkan buku yang ada dipasaran tu sangat banyak. Tinggal nak beli dan baca. Jika tak mahu beli, pinjam diperpustakaan. Bahasa pun mudah untuk difahami, bukannya macam bahasa kitab kuning zaman dahulu.

    Malangnya ialah sikap orang melayu yang tidak suka membaca. (bukan semua tetapi kebanyakkannya). Tidak suka membaca buku biasa apatah lagi buku ilmiah. Ummi menulis berdasarkan kajian. Selama 10 tahun  terlibat dalam PROGRAM NILAM, program membina tabiat membaca dikalangan pelajar sangat menyedihkan. Sedangkan khazanah ilmu terkandung di dalam buku.

    Jadi jika murid ingin menuntut ilmu, tempatnya memang disediakan  seperti surau , masjid yang memang sedia mahu mengimarahkannya. Ustaz, guru agama bergilir-gilir menyampaikan ilmu, cuma murid sahaja mahu atau tidak untuk datang menadah telinga.

    Ini juga pengalaman ummi mengendalikan kelas fardhu ain, kelas fardhu kifayah, kelas pemurniaan hati, amat sedikit yang mahu hadir. Kita buat hebahan, buat iklan. Pernah kelas pemurnian hati yang ummi hadiri selama bertahun2 secara menadah kitab, hanya dihadiri seramai 5 orang yang betul -betul istiqomah. Yang lain, celup-celup timbul. Ini menunjukkan tiada kesungguhan.

    Kelas ada, tok guru mengajar ada, murid yang tidak mahu hadir sebab menjadikan kelas-kelas macam ni sebagai hanya hadir untuk mengisi waktu bukan keutamaan. Sepatutnya menghadiri kelas fardhu ain  itu menjadi keutamaan kepada aktiviti dan perancangan lain. Tapi sebaliknya yang berlaku...

    Reply #17 03 January, 2010, 10:08:19 PM
  • Publish
  • Terima kasih Pak Arab dan yang lain-lain atas teguran yang diberikan. Jadi dari apa yang saya dapat katakan ialah kita perlu berhati-hati dengan dengan setiap apa yang kita baca dan jika kita bukan 'ahlinya', maka perlu rujuk dahulu.

    Saya ada 1 persoalan, saya dapati banyak buku-buku (ada yang ditulis oleh penulis tempatan dan barat) tentang rahsia tarikh lahir seseorang. Kajian dibuat tentang personaliti seseorang berdasarkan tarikh lahir dan dikaitkan dengan kerjaya, perkahwinan dan kebolehan seseorang. Setakat ini saya tidak pernah membaca buku tersebut, tetapi sedikit sebanyak diceritakan oleh kawan saya yang pernah membacanya.

    Jadi, apakah pendapat halaqian tentang kajian ini (mungkin Pak Arab atau sesiapa yang lebih arif boleh memberikan penjelasan)


    Terima kasih



    Saya juga pernah mengikuti bengkel mengenali potensi diri melalui tarikh lahir, oleh Dr. Azizan,
    yang menggunakan kaedah metafizik, macam mane tu?

    rujukan di sini..
    http://richricherclub.com/2009/03/jangan-lepaskan-peluang-ini-kenali.html
    « Last Edit: 03 January, 2010, 10:09:57 PM by wansiti »

    Reply #18 04 January, 2010, 01:28:23 AM
  • Publish

  • Saya juga pernah mengikuti bengkel mengenali potensi diri melalui tarikh lahir, oleh Dr. Azizan,
    yang menggunakan kaedah metafizik, macam mane tu?




    بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



    Kita semua sedia maklum bahawa bertenung nasib, ramalan kehidupan, adalah dilarang keras dalam agama, bahkan mempercayainya boleh membawa kepada syirik dan murtad.  

    Termasuk didalam kategori 'tenung nasib'  ini adalah horoskop atau ramalan bintang.  


    PAK ARAB tidak berapa pasti tentang kaedah metafizik ni. Tapi apa yang PAK ARAB dapat lihat satu contoh seperti dibawah ini memberi gambaran serupa seperti tenung nasib......



    Quote
    PERNIAGAAN - Adakah anda seorang yang berorientasikan perniagaan? Adakah anda dilahirkan untuk berkecimpung di dalam dunia perniagaan? Mengapakah perniagaan anda gagal? Seterusnya, daripada TARIKH PENDAFTARAN SYARIKAT anda, kami boleh melihat apakah yang bakal berlaku di dalam syarikat (masalah, halangan dan keupayaan untuk menempa kejayaan).

    KESIHATAN - Dengan menggunakan kaedah metodologi ini boleh memberi amaran awal kepada anda tentang penyakit-penyakit yang bakal dihadapi.

    PERHUBUNGAN - Kesesuaian seseorang adalah KUNCI kebahagiaan. Analisis TARIKH LAHIR boleh membantu untuk mengenalpasti pasangan ideal anda samada di dalam perniagaan atau di dalam kehidupan. Perhubungan dengan pasangan atau anak, baik atau buruk akan didedahkan. Mengetahui sekiranya wujud 2 perkahwinan di dalam kehidupan dan mengambil langkah kawalan. Mengetahui kebarangkalian berlakunya penceraian di dalam sesebuah rumahtangga.

    KEKAYAAN - Dengan mengetahui TARIKH LAHIR anda boleh memperolehi CARTA yang menunjukkan turun naik kehidupan anda sejak kecil sehingga mencapai umur 120 tahun. Ianya secara jelas dapat menunjukkan bilakah peluang akan muncul. Anda seterusnya hendaklah menggunakan peluang tersebut apabila tiba masanya.

    http://alkiram.net/salam/2008/03/09/tip-mengenal-diri-sendiri-melalui-tarikh-lahir/


    Jika apa yang tertulis itu termasuk didalam kajian metafizik, maka tidak syak lagi ianya termasuk 'tenung nasib' dan 'ramalan' yang diharamkan dan boleh membawa kepada syirik.


    Wallahu A'lam
    « Last Edit: 04 January, 2010, 01:39:50 AM by PAK ARAB »

    Reply #19 04 January, 2010, 08:58:19 AM
  • Publish
  • Terima kasih Pak Arab,

    Walaupun perkara ini menghampiri syirik,
    tapi masih ramai antara kita yang berminat di dalam mengetahui dan mendalami ilmu mengenali diri-sendiri ini..
    Jika tengok di facebook pun, ramai juga yang masih berkecimpung dalam kuiz-kuiz horoskop dan
    membaca diri-sendiri ni melalui tarikh lahir..
    besar sungguh pengaruhnya yea..

    divider3
    halaqahforum4