Hukum Memakai Celak Bagi Muslimah

*

Author Topic: Hukum Memakai Celak Bagi Muslimah  (Read 24021 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

assiddiq

  • *
  • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
    • View Profile
Reply #20 07 April, 2009, 02:18:55 PM
  • Publish
  • camni..
    boleh bagi perempuan pakai celak di rumah untuk suaminya..
    pakai celak juga boleh untuk keluar rumah jika yakin tidak menimbulkan fitnah..
    atau pun keluar rumah kerana ke suatu tempat yg smua nya muslimah shj..
    tu je..

    ini jawapan dr saudara assiddiq

    hmm..sy bertanya pada sorang ustaz smalam..
    ustaz syukri..selalu kedengaran di radio terengganu setiap hari isnin pukul 6.15 ptg..
    ada sebarang jawapan lain maka sama2 la kongsi..

    untuk keluar rumah tu tidak galakkan pakai celak..
    sebab ia nya perhiasan..
    mmg sunnah ustaz tu cakap..
    tp untuk kaum lelaki..
    perempuan sesuai kat rumah je..
    untuk suami..~


    syukran atas jawapan.sukasangat

    sama2..:)
    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    nurdiyana

    • *
    • ana Muslimah
      • View Profile
    Reply #21 07 April, 2009, 02:21:28 PM
  • Publish
  • terima kasih kpd para sahabat yg sama2 membincangkan isu ini...rasanya semuanya telah jelas..Alhamdulillah...
    Islam Terlalu Indah & Sempurna *Image Removed*

    nuri

    • *
    • ~Sabar itu indah~
      • View Profile
    Reply #22 07 April, 2009, 03:53:00 PM
  • Publish
  • ana pun ada sorg kawan yang suka pakai celak ni tapi ana pulak naik malu bila nampak mata dia...

    bukan apa bila dia pakai celak, mata dia nampak galak...

    bila ada kemusykilan sebegini, ana dapat jawapan yang selayaknya...

    syukran semua...

    Reply #23 03 December, 2009, 03:40:56 PM
  • Publish
  • salam,

    saya nak kepastian,

    apakah sah solat seseorang jika dia bersolat dalam keadaan celak/maskara tidak dibersihkan sebersihnya? tq.
    « Last Edit: 09 December, 2009, 04:39:28 PM by Ummi Munaliza »

    Reply #24 03 December, 2009, 03:49:01 PM
  • Publish
  • kiranya kalau waterproof mmg tak sahlah ye kak long?

    nnurr

    • *
    • حسبي الله ونعم الوكيل
      • View Profile
    Reply #25 03 December, 2009, 04:19:14 PM
  • Publish
  • bila waterproof air akan rata ke anggota wuduk tu..so wuduk tu sah.
    Tapi cek la bahan celak/maskara tu pulak..ada bahan najis ke? Saya bab make-up ni tak arif sebab tak pernah beli make-up apa2 pun.

    waterproof tu bukan kalis air ke? :sedihnya:.. tak tau jugak....
    "Menyingkap sesuatu yang tersembunyi disebalik kesibukan manusia menyusun perancangan,
    kadang2 kita perlu menoleh seketika utk mencari nilai makna pengorbanan hakiki(pengorbanan pd agama).."

    Reply #26 03 December, 2009, 04:26:39 PM
  • Publish
  • waterproof = kalis air.

    jadi? *confuse*

    nnurr

    • *
    • حسبي الله ونعم الوكيل
      • View Profile
    Reply #27 03 December, 2009, 04:41:46 PM
  • Publish
  • kalis air tu kan tahan air.. jadi tak jejas kalau basuh.. sah ke? :sedihnya:.. betul ke kak camni?

    bila waterproof air akan rata ke anggota wuduk tu..so wuduk tu sah.


    Reply #28 03 December, 2009, 04:47:12 PM
  • Publish
  • setuju dgn nur.

    mintak kak long jelaskan...

    nurdiyana

    • *
    • ana Muslimah
      • View Profile
    Reply #29 09 December, 2009, 12:01:51 PM
  • Publish
  • salam,

    saya nak kepastian,

    apakah sah solat seseorang jika dia bersolat dalam keadaan celak/maskara tidak dibersihkan sebersihnya? tq.
    rasanya kalo maskara/celak tu kalis air wudhuk x smpurna,so wudhuk x smpurna solatnyer x sah la...waallahualam

    nazirul razali

    • *
    • HIDUP JIHAD, MATI SYAHID, ALLAH HUAKHBAR.
      • View Profile
    Reply #30 09 December, 2009, 03:25:18 PM
  • Publish
  • erm......
    betol la tu kot?
    huhuhuhuhu............
    <')))))<                              <')))))<                              <')))))<                              <')))))<                              <')))))<
                         <')))))<

    assiddiq

    • *
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Reply #31 09 December, 2009, 04:25:04 PM
  • Publish
  • rasanya kalo maskara/celak tu kalis air wudhuk x smpurna,so wudhuk x smpurna solatnyer x sah la...waallahualam
    Rasa nya? That mean jawapan anda x yakin la tu..

    Ummi Munaliza

    • *
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #32 09 December, 2009, 04:38:34 PM
  • Publish


  • Berwudhu' Di Atas Lapisan Solek.

    Perbincangan ini lebih tepat ditujukan kepada para wanita yang hendak berwudhu' lalu di tangan atau di muka terdapat lapisan alat-alat solek seperti pewarna kuku, bedak, maskara dan berbagai lagi. Maka timbul pula persoalan - Adakah dibolehkan berwudhu' di atas lapisan-lapisan solek tersebut atau adakah ia perlu dibasuh dan dihilangkan terlebih dahulu ? Atau adakah sebarang kemudahan hukum agama terhadapnya ?

               Bagi memberikan jawapan yang jelas, perhatian dibawa kepada ayat al-Qur'an yang mensyari'atkan wudhu', iaitu firman Allah Azza waJalla: Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwudu'lah) iaitu BASUHLAH muka kamu, dan kedua belah tangah kamu ;meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali. [Maksud surah al-Maidah 05 - 06]. Dari ayat di atas, perkataan maka basuhlah berasal dari Bhs. Arab - membawa maksud dalam hukum tafsir sebagai 'mengalirkan air atas sesuatu untuk menghilangkan kotoran yang melekat padanya.' [1]

    Maka apabila kita berwudhu' , adalah dituntut supaya setiap anggota yang wajib dibasuh itu dikenakan  air yang mengalir bagi memenuhi syarat wudhu' sebagaimana perintah ayat al-Qur'an di atas. Termasuk dalam tuntutan ini ialah meratakan air di seluruh kawasan anggota wudhu' tersebut. Apabila ada suatu bahagian atau kawasan yang tidak kena air, samada kerana ia diliputi sesuatu atau kerana air tidak sampai kepadanya maka wudhu' tersebut tidaklah sah. Pernah sekali Nabi sallallahu-alaihi-wasallam melihat beberapa orang di kalangan para sahabat yang baru selesai berwudhu' tetapi tumit kaki mereka kelihatan kering tidak disentuh air. Maka beliau memerintah mereka agar mengulangi semula wudhu' tersebut dan meratakan air dengan sempurna di setiap bahagian anggota wudhu' yang wajib dibasuh.[2]

    Walaubagaimanapun berbeza hukumnya dengan pembasuhan kepala dalam etika berwudhu'. Allah Subhanahu waTa'ala berfirman dalam ayat yang sama di atas ……dan sapulah sebahagian dari kepala kamu……. Perkataan dan sapulah berasal dari Bahasa Arab yang mengandung erti dalam hukum tafsir sebagai menyentuh bahagian tanpa mengalirkan air.[3] Justeru itu para fuqaha menyatakan bahawa pembasuhan kepala adalah menepati syarat hukum dengan melalukan tangan yang basah di atasnya.[4] Oleh itu apabila seseorang itu berwudhu' dia tidak perlu membasuh kepalanya dengan air yang mengalir sebagaimana dia membasuh muka, tangan dan kakinya.

    Dalil-dalil di atas jelas menunjukkan bahawa setiap anggota wudhu' kecuali kepala perlu dibasuh dengan sempurna. Wajib dialirkan dan diratakan air pada keseluruhan bahagiannya. Oleh itu jikalau ada bahagian yang tidak terkena air atau terlindung di sebalik sesuatu yang kalis air seperti lapisan solek atau krim pelembab atau minyak atau cat atau debu tebal atau apa-apa yang seumpama maka wudhu' tersebut adalah tidak sah.[5]

    Dengan ini jelas menunjukkan bahawa jika alat solek seperti maskara itu kalis air (menahan dari air sampai kulit dibahagian wudhuk) maka wudhuk itu tidak sah. Jika jelas wudhuk tidak sah,maka solat juga tidak sah. Jadi pastikan dahulu adakah alat solek yang tidak tertanggal habis itu tidak kalis air.

    Allahu'alam

    Rujukan :

    [1]               Shaikh Ali as-Shabuni - Tafsir Ayat-ayat Hukum al-Qur'an, 1/935, Shaikh Ahmad Mustafa Maraghi -  Tafsir al-Maraghi,  5/118.

    [2]               Maksud pengajaran hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim, al Lu' Lu' wal Marjan - no: 0139.

    [3]               Imam as-Suyuti - Tafsir Jalalain, 1/450.

    [4]               Prof. Dr. Wahbah Zuhaili - Fiqh dan Perundangan Islam, 1/200.

    [5]               Prof. Dr. Abdul Karim Zaidan - Ensaiklopedia Fiqh, 1/110-118.
    « Last Edit: 10 December, 2009, 07:27:55 PM by Ummi Munaliza »
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Reply #33 09 December, 2009, 10:19:33 PM
  • Publish
  • tapi celak yang dipakai mesti celak serbuk kan??
    bukannya celak yang modern2 ni..
    hmm..
    baru lah ikut sunnah...
    ittibaun Nabi...
    guru ana cakap..
    niat ittibaunnNabi..
    bukan untuk perhiasan juga untuk makhluq..

    assiddiq

    • *
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Reply #34 10 December, 2009, 06:30:09 PM
  • Publish
  • salam,

    saya nak kepastian,

    apakah sah solat seseorang jika dia bersolat dalam keadaan celak/maskara tidak dibersihkan sebersihnya? tq.

    Jawapan:

    Jika celak tersebut jenis tidak menghalang dari sampainya air ke kulit seperti jenis berdebu maka tidak wajib menanggalkannya terlebih dahulu sebelum mengambil wuduk.

    Jika jenis berlilin seperti make up maka wajib ditanggalkan terelbih dahulu sebelum berwuduk keranan ia menghalang air dari sampai ke kulit.

    Biasanya maskara yg dipasaran sekarang ini jenis yang menutup helaian bulu mata olih itu kenalah tanggalkan dahulu sebelum mengambil wuduk.

    wallahua'lam

    Rujukan Ustaz Azhar Idrus

    Reply #35 10 December, 2009, 06:38:41 PM
  • Publish
  • Bagaimana dengan lipstik...setahu saya di pasaran skrg ade lipstik yg jenis kalis air...
    ..sebutir air mata jatuh kerana keinsafan,seribu kali lebih baik dari sejuta mutiara di lautan.. sesaat bersedih kerana redha Allah adalah berjuta kali lebih mulia daripada seharian bersedih kerana cinta dunia...

    Ummi Munaliza

    • *
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #36 10 December, 2009, 07:29:44 PM
  • Publish
  • Bagaimana dengan lipstik...setahu saya di pasaran skrg ade lipstik yg jenis kalis air...

    Sila baca dan fahamkan, rujuk topik ini.Berwudhu' Di Atas Lapisan Solek

    Reply #37 25 December, 2009, 01:03:28 PM
  • Publish
  • terima kasih di atas penjelasan kemusykilan saya. (:

    Reply #38 25 December, 2009, 02:40:57 PM
  • Publish
  • sya dh pernah paki eyeliner dlm solt...=)...sya yakin ia sah...

    Reply #39 25 December, 2009, 03:10:07 PM
  • Publish
  • sya dh pernah paki eyeliner dlm solt...=)...sya yakin ia sah...

    Kenapa kamu kata kamu yakin??
    Andai eyeliner itu cair terkena air,
    Wudhu tidak sah sebab dah jadi air musta'mal

    divider3
    halaqahforum4