Sindrom Carpal Tunnel (Kesihatan Pekerjaan)

*

Author Topic: Sindrom Carpal Tunnel (Kesihatan Pekerjaan)  (Read 7546 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Daeng Jati

  • *
  • Posts: 616
  • Daeng Jati Merah Silu
    • View Profile
30 March, 2009, 09:02:26 AM
  • Publish
  • Sindrom Carpal Tunnel

    Oleh: DR. MOHD MAHAMUD MUSMAN (Pakar Ortopedik & Traumatologi, Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam)

    SINDROM Carpal Tunnel terjadi apabila saraf median pada pergelangan tangan tersepit.Ini disebabkan oleh terowong yang berada di bahagian tapak tangan sendi pergelangan tangan menjadi semakin sempit.

    Terowong ini memberi laluan dan perlindungan kepada saraf median ke bahagian tangan dan sembilan tendon lain yang menggerakkan bahagian tangan.

    Tekanan pada saraf median ini akan menyebabkannya tidak berfungsi dengan normal serta menimbulkan rasa sakit dan kebas, seterusnya melemahkan bahagian tangan.

    Simptom Sindrom Carpal Tunnel bermula secara perlahan-lahan dengan rasa sakit pada bahagian pergelangan tangan yang boleh melarat ke bahagian tangan dan lengan.

    Antara simptom yang biasanya terjadi adalah:

    1. Kebas - pada bahagian tangan dan jari-jari tangan terutamanya ibu jari, jari telunjuk, jari hantu dan jari manis tetapi tidak pula berlaku pada jari kecil. Rasa kebas ini akan menjadi lebih kuat terutamanya semasa memandu, semasa memegang objek seperti telefon atau surat khabar atau semasa bangun dari tidur. Kebanyakan pesakit akan menggoyangkan tangan mereka untuk mengurangkan simptom tersebut.

    2. Kesakitan - yang terjadi pada sendi pergelangan tangan sehingga ke lengan atas, bahu atau ke tapak tangan dan jari, terutamanya selepas menggunakan tangan secara berterusan atau menggunakan tangan dengan kuat.

    3. Rasa lemah pada bahagian tangan dan boleh menyebabkan objek yang dipegang akan jatuh.

    Mereka yang berisiko menghidap sindrom ini adalah golongan mengalami tekanan pada tangan atau penggunaan tangan yang berlebihan dalam pekerjaan, terutamanya melibatkan penggunaan tangan atau pergelangan tangan secara berlebihan, berulangulang dan dengan kuat.

    Contoh pekerjaan yang melibatkan pergerakan seperti di atas adalah seperti bekerja di kilang pemasangan yang menggunakan jentera berat.

    Walaupun penggunaan komputer yang berlebihan turut dikaitkan dengan Sindrom Carpal Tunnel namun belum ada bukti saintifik yang boleh mengaitkannya setakat ini.

    Sindrom ini berpunca daripada tekanan pada saraf median di bahagian pergelangan tangan.

    Punca tekanan pada saraf median ini tidak dapat dipastikan dengan tepat, tetapi ia mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti:

    1. Penyakit lain yang melibatkan gangguan hormon seperti diabetes, gangguan tiroid dan menopaus atau keadaan yang menyebabkan takungan cecair badan seperti wanita hamil dan amyloid.

    2. Penggunaan tangan yang berulang-ulang secara berpanjangan atau kecederaan pada bahagian pergelangan tangan.

    Faktor-faktor lain yang meningkatkan risiko menghidap sindrom ini adalah:

    * Jantina: Wanita mengalami tiga kali lebih risiko berbanding dengan lelaki. Kebanyakannya berlaku selepas menopaus.

    * Keturunan: Ini berkaitan sekiranya ada di kalangan saudara-mara yang mengalami keadaan fizikal yang sama, seperti bentuk pergelangan yang sama.

    * Keadaan kesihatan tertentu: Perubahan hormon seperti pada pesakit yang mengalami gangguan tiroid, obesiti, diabetes, wanita yang hamil dan mereka yang menggunakan pil perancang keluarga. Sindrom Carpal Tunnel yang berlaku semasa hamil biasanya akan hilang selepas melahirkan anak.

    * Mereka yang merokok juga akan mengalami simptom Sindrom Carpal Tunnel yang lebih teruk berbanding mereka yang tidak merokok.

    Diagnosis

    Sekiranya ada simptom dan tanda Sindrom Carpal Tunnel, doktor akan mencadangkan untuk melakukan beberapa ujian seperti:

    1. Elektromygram: Untuk menentukan bahawa kerosakan otot pada bahagian tangan sudah berlaku atau tidak.

    2. Nerve conduction study: Untuk melihat sama ada impuls elektrik saraf menjadi perlahan atau tidak.

    Saraf median yang menyebabkan terjadinya simptom Sindrom Carpal Tunne tidak memberikan perubahan deria rasa pada jari kecil tangan.

    Tanda lain seseorang menghidap sindrom ini adalah masa berlakunya simptom tersebut.

    Masa simptom Sindrom Carpal Tunnel timbul adalah semasa memegang objek seperti telefon, surat khabar, memegang stereng ketika memandu atau ketika bangun dari tidur pada waktu pagi.

    Doktor juga akan memeriksa deria rasa pada jari dan kekuatan otot-otot pada tangan.

    Dengan menekan tangan secara membongkokkan pergelangan tangan (phalen’s sign) atau mengetuk pada bahagian pergelangan tangan (tinel’s sign) turut akan menyebabkan simptom Sindrom Carpal Tunnel semakin jelas dan teruk.

    Pesakit yang mendapatkan rawatan perlu memastikan dan memaklumkan doktor tempat di mana simptom dan tanda-tanda Sindrom Carpal Tunnel berlaku sekitar bahagian tangan.

    Rawatan

    Pesakit yang mengalami simptom yang tidak teruk boleh mengurangkan rasa sakit dan kebas dengan mengambil lebih banyak masa untuk merehatkan tangan atau membuat “cold packs” (ais) untuk mengurangkan bengkak pada tangan.

    Terdapat juga kaedah rawatan lain yang melibatkan pembedahan atau tanpa bedah (non-surgical).

    Kaedah tanpa pembedahan melibatkan:


    * wrist splinting: Splinting (anduh) yang mengurangkan pergerakan pada pergelangan tangan akan mengurangkan simptom terutamanya pada waktu malam.

    * non-steroidal anti-inlammatory drug (NSAIDs): Menggunakan ubat mengurangkan bengkak untuk mengurangkan rasa sakit terutamanya mereka yang mengalami kesakitan disebabkan oleh keadaan yang berkaitan dengan pembengkakan bahagian tangan.

    * steroid: Suntikan ubat jenis steroid ke dalam bahagian Carpal Tunnel boleh mengurangkan kesakitan. Pengambilan steroid secara oral pula mungkin tidak dapat mengurangkan simptom.

    Kaedah pembedahan pula mungkin terpaksa dilakukan dalam keadaan di mana simptom tidak dapat dirawat menggunakan cara lain atau simptom terus berlarutan dan bertambah teruk.

    Pembedahan boleh dilakukan dengan cara endoskop atau dengan membuat pembedahan kecil di bahagian pergelangan tangan.

    Doktor akan membuat hirisan pada ligamen carpal yang memberi tekanan pada saraf median.

    Pembedahan boleh memberi perubahan yang ketara pada simptom Sindrom Carpal Tunnel tetapi kadangkala kesan seperti kebas, lemah tangan dan kesakitan mungkin akan berlarutan untuk satu tempoh masa tertentu.

    Kira-kira 70 peratus pesakit yang menjalani pembedahan akan menyatakan bahawa simptom hilang sepenuhnya.

    Namun, pesakit yang merokok dan mereka yang sering minum alkohol mungkin akan terus mengalami kesan simptom Sindrom Carpal Tunnel.

    Pesakit yang mengalami Sindrom Carpal Tunnel akibat daripada penyakit rheumatoid arthritis pula dinasihat mendapatkan rawatan untuk penyakit berkenaan terlebih dahulu.






    'Berjinjang Naik, Bertangga Turun' - http://signifikankkal.blogspot.com

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14489
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #1 20 April, 2009, 12:48:00 PM
  • Publish
  • ni berkaitan masalah tangan…

    apabila orang yang bekerja menggunakan komputer seharian…

    posisi tangan apabila menggunakan mouse dan keyboard harus betul…

    bagi mengelakkan kita terkene carpal tunnel syndrome nih….

    maklumat lanjut mengenai carpal tunnel ni boleh klik di sini

    http://faizahrazaly.com/myblog/wp-content/uploads/2008/11/4.GIF

    http://faizahrazaly.com/myblog/wp-content/uploads/2008/11/5.GIF
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14489
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #2 20 April, 2009, 01:05:46 PM
  • Publish
  •                                
    Sebuah kisah benar seorang insan yang terkena penyakit Sindrom Karpel Tunnel
         Sindrom Karpal Tunne mengetuk keyboard untuk mencari sesuap nasi
    l
    Kisah benar Sindrom Carpal Tunnel
    Pergelangan tangan kanan aku sakit makin teruk seminggu ni. Aku tak pasti sebab over work atau memang position tempat duduk baru aku tu yang sebabkan tangan ni makin sakit. Benda ni memang dah lama ada kat tangan kanan aku. sejak time kat kolej lagi.

    Aku pun memang dah lama duduk depan pc. Sejak komputer pertama, tahun 1999 tak silap. Tapi jadi sakit lepas 2 tahun, satu aku kena sakit pinggang. Sebab aku duduk kat kerusi kayu. Kerusi kayu tu sebenarnyer kerusi meja makan. Keluarga aku bukan orang senang, so nak dapat kerusi taip tu bukan le senang.

    Lepas aku dapat kerusi biru (pejabat) 180 rnggit beli guna duit sendiri campur mak sponsor sikit. Jadi bertambah baik, tapi benda lain yang timbul. Pergelangan tangan aku sakit. Makin teruk kalau aku banyak assigment nak kena taip.

    Bila aku start kerja, benda nih on and off. Selalu nya kalau sakit, tidur, esok nya dah ok. Sakit kat pergelangan tangan ni akan muncul dalam 2-3 bulan sekali. Macam sakit kepala aku yang sometime kronik tu.

    Then aku pindah syarikat, kat situ seingat aku aku tak pernah rasa sakit tangan. Sakit kepala pernah, and gatal². Tapi lepas pindah company baru aku ni, sakit menjadi². Memang overwork pun, sebab aku sorang yang handle bahagian teknikal.

    Btw, carpal tunnel syndrome ni memang agak teruk kalau dah sampai peringkat kronik. Sebagai tukang taip, tukang kod dan sebagainya, korang patut pastikan keadaan kerusi, meja, sudut monitor, keselesaan keyboard dan mouse berada di tahap yang terbaik. Maksud aku selesa buat kerja.

    Elakkan dari korang yang menyesuaikan diri dengan keadaan machine, biar machine yang berubah ikut keselesaan korang. Dan kalau dibenarkan gunakanlah software yang mengingatkan korang untuk regangkan badan atau rehatkan mata seketika. Software yang aku gunakan adalah Workrave.

    p/s:  Aset seorang tukang taip adalah mata dan tangan.

    Daeng Jati

    • *
    • Posts: 616
    • Daeng Jati Merah Silu
      • View Profile
    Reply #3 27 April, 2009, 07:36:15 AM
  • Publish
  • Interaksi pengguna dan mesin boleh ditafsirkan dalam bidang ilmu 'Ergonomik' ataupun 'Kejuruteraan Manusia'

    786

    • *
    • Posts: 284
      • View Profile
    Reply #4 27 April, 2009, 12:34:02 PM
  • Publish
  • Ni adik beradik dengan sindrom Karpal Singh ke ??? ........

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14489
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #5 27 April, 2009, 12:35:49 PM
  • Publish
  • Ni adik beradik dengan sindrom Karpal Singh ke ??? ........

    Lebih kurang macam tu lah encik 786...Karpal Singh dengan Carpal Tunnel tu satu ibu, ayah lain lain...

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14489
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #6 06 April, 2011, 04:57:11 PM
  • Publish
  • Harap-harap kesakitan pada jari ini bukan sindrom carpal tunnel.

    Kalau carpal Tunnel,sakit dipergelangan tangan,tapi saya mengalami kesakitan jari sehingga jari kaku tidakboleh diluruskan.Doktor kata ada tendon yang tersepit dan perlu ditoreh tapak tangan untuk dibetulkan.


    p/s :  macamana aku nak menaip  lagi?

    anazahra

    • *
    • Posts: 924
      • View Profile
    Reply #7 06 April, 2011, 05:01:52 PM
  • Publish
  • ni berkaitan masalah tangan…

    apabila orang yang bekerja menggunakan komputer seharian

    posisi tangan apabila menggunakan mouse dan keyboard harus betul…

    bagi mengelakkan kita terkene carpal tunnel syndrome nih….


    alamak, saya dah la seharian guna laptop...
    pagi petang siang malam..

    anazahra

    • *
    • Posts: 924
      • View Profile
    Reply #8 06 April, 2011, 05:03:17 PM
  • Publish
  • Harap-harap kesakitan pada jari ini bukan sindrom carpal tunnel.

    Kalau carpal Tunnel,sakit dipergelangan tangan,tapi saya mengalami kesakitan jari sehingga jari kaku tidakboleh diluruskan.Doktor kata ada tendon yang tersepit dan perlu ditoreh tapak tangan untuk dibetulkan.


    p/s :  macamana aku nak menaip  lagi?

    erk..
    sabar ya ummi..
    saya pun menyaksikan depan mata jari ummi tu dapat rasa kesakitannya...
    insyaAllah, dengan izinNya akan kembali pulih seperti sediakala dan boleh taip macam biasa..
    saya yakin itu!

    imanhilmi

    • *
    • Posts: 489
    • LA DIINA LIMAN LA AQLA LAH
      • View Profile
    Reply #9 06 April, 2011, 06:59:02 PM
  • Publish
  • Harap-harap kesakitan pada jari ini bukan sindrom carpal tunnel.

    Kalau carpal Tunnel,sakit dipergelangan tangan,tapi saya mengalami kesakitan jari sehingga jari kaku tidakboleh diluruskan.Doktor kata ada tendon yang tersepit dan perlu ditoreh tapak tangan untuk dibetulkan.


    p/s :  macamana aku nak menaip  lagi?
    Patutlah dah lama tak baca post post hebat dari ummi..yang selalu jadi inspirasi saya..
    rupanya ada masalah jari jemari..moga ALLAH SWT mengembalikan kesihatan ummi seperti sediakala..
    « Last Edit: 06 April, 2011, 07:01:05 PM by imanhilmi »
    aku tak takut nerakaNYA..aku tak cari syurgaNYA..yang ku rindu adalah cintaNYA

    elsanxs

    • *
    • Posts: 902
      • View Profile
    Reply #10 08 February, 2012, 12:20:10 PM
  • Publish
  • Terima kasih.. suatu maklumat yang bagus untuk individu yang kerapkali menggunakan komputer. Boleh ambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan sindrom ini.
    halaqahforum4

    Ramzita Mohd Nayan

    • *
    • Posts: 4
    • Sunnah
      • View Profile
    Reply #11 02 November, 2013, 10:11:58 PM
  • Publish
  •  :)
    Saya dulu penghidap penyakit Carpel Tunnel Syndrome atau Saraf Tersepit. Selama 7tahun menanggung kesakitan. Memandu, Memasak, Pegang Telefon, Memberus Gigi. Semua itu sangat mustahil dilakukan. Tidur malam yang pasti terganggu. Kesakitan yang amat sangat. Nak dibedah...tak semestinya sembuh seperti sediakala. Saya mengambil keputusan untuk berikhtiar dengan yang Sunnah. Jus Kurma Qaseh Gold yang banyak membantu merawat masalah saraf saya. Kini tanpa ubat Doc... :syukur: saya boleh buat apa yang saya tidak boleh buat dulu. Tidur malam yang lena tanpa perlu saya memakai Splint lagi.  :syukur: Saya ingin sarankan pada sesiapa yang menghidap CTS ni...ikhtiarlah dengan yang sunnah iaitu Jus Kurma Qaseh Gold. Hubungi saya jika sayangkan kesihatan anda dan seisi keluarga. 012-2979285 @ whatsapp.
     :jaz:

    Memartabatkan Pemakanan Sunnah :)

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    0 Replies
    1584 Views
    Last post 13 June, 2007, 10:46:27 PM
    by adeq_fauzy
    19 Replies
    9632 Views
    Last post 16 December, 2012, 04:17:21 PM
    by al_ahibbatu
    0 Replies
    1288 Views
    Last post 14 July, 2011, 10:02:50 PM
    by putra_aftus