Bagaimana untuk meningkatkan iman dan memantapkan nya?

*

Author Topic: Bagaimana untuk meningkatkan iman dan memantapkan nya?  (Read 14092 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

anonymous

  • *
  • Posts: 123
    • View Profile
Reply #20 28 March, 2009, 03:22:23 AM
  • Publish
  • tingkatkan iman dengan berpegang kuat kepada aqidah, mengamalkan ilmu2/amalan2/sunnah2 Nabi s.a.w. yg dipelajari dengan istiqamah dan sentiasa memperbaiki akhlak ...

    zawq

    • *
    • Posts: 362
      • View Profile
    Reply #21 30 March, 2009, 01:43:41 AM
  • Publish
  • ada dua cara memperbaharui iman (AMAT MUDAH):

    1- lafaz "lailahaillallah"
    2- wudhu' - kerana barangsiapa yang memperbaharui wudhu'nya, Allah akan memperbaharui imannya, dan menjadikan wudhu'nya itu bagai cahaya di atas cahaya.

    dalam syahadah, ada dua kalimah.
    kalimah pertama, kalimah iman - "lailahaillah"
    kalimah kedua, kalimah amal - "muhammadarrasullulah"

    jadi, bagaimana mahu meningkatkan keimanan?
    ikut amalan nabi. cara nabi. bagaimana nabi solat, itulah cara kita solat. bagaimana nabi makan, itulah cara kita makan. bagaimana nabi bahagikan masa sehari-hari, itulah yang sepatutnya kita contohi.
    "AKU akan membelimu; masamu; nafasmu; hartamu; dan hidupmu. Habiskan semua itu kepada-KU. Palingkan semua itu kepada-KU. dan Ku-bayar dengan kebebasan, keagungan dan kearifan Ilahiah. Inilah hargamu di mata-KU.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14513
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #22 30 March, 2009, 09:30:33 AM
  • Publish



  • Banyakkan Bergaul Dengan Orang-Orang Yang Soleh Dan Melibatkan Diri Dengan Majlis-Majlis Ilmu

    Cintailah Seseorang Tetapi Tidak Berlebihan.

    Hargailah Setiap Pemberian Dan Hadiah Dari Orang Lain Kepada Kita.

    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    SNF

    • *
    • Posts: 904
    • "Kau ibarat permata berharga"
      • View Profile
    Reply #23 31 March, 2009, 02:10:54 PM
  • Publish
  • *Iman hanyalah tertakluk kepada enam perkara sahaja yang terkandung dalam rukun iman.

    *Dalil-dalil al-Quran dan al-Hadith mengenai iman seperti berikut:
    i. Surah al-Baqarah : 285

    *Iman itu penting untuk membentuk modal insan cemerlang di dunia dan akhirat

    *Iman dapat membentuk insan cemerlang dengan menghayati segala suruhan Allah dan menjauhi laranganNya yang terkandung dalam al-Quran dan Sunnah Nabi S.A.W.

    * Jika Iman berkurangan dalam diri atau tiada iman langsung maka akan wujud kecenderungan untuk melakukan kemungkaran dan kemaksiatan tanpa rasa takut dan menyesal.

    * Langkah-langkah untuk menguat dan mengukuhkan iman terhadap Allah S.W.T:
    i. Taat segala perintah Allah.
    ii. Menunaikan segala tanggungjawab Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah.
    iii. Meninggalkan segala larangannya.

    *Antara contoh-contoh masalah iman di kalangan masyarakat Islam di Malaysia adalah seperti berikut:
    i. Timbul pelbagai bentuk ajaran sesat.
    ii. Keruntuhan moral di kalangan muda mudi.
    iii. Derhaka kepada ibu bapa.
    iv. Keruntuhan institusi kekeluargaan.
    v. Pendedahan aurat yang berleluasa.
    vi. Perzinaan, meminum arak dan perjudian di kalangan umat Islam..

    maaf sekiranya ada yang terkurang..

    aqilah_kuis

    • *
    • Posts: 6
      • View Profile
    Reply #24 24 April, 2009, 11:43:54 AM
  • Publish
  • ape yg sye wat utk tgkatkan keimanan n mantpkan n brdasrkn ilmu yg ada....
    kte hndklah sntiasa muhasabah diri..
    bl muhsabah kte tersa byk dosa yg dbuat..
    lakukan byk solat2 sunat..
    slalu istighfar..klu kte x istighfar hati kte leh jd hitam..
    cnth klu kte wat 1 dosa..bl kte x istghfar, 1 bintik hitam akan tumbuh dln hati kte..
    lame2 hati kte akn jdi hitm event kte x nmpakkn...
    jd sush untk kte nk mengingati ALLAh..
    pastu slaloo libatkan dri dgn majlis ilmu n progrm yg islamic..
    ana bru je jd ahli halaqah..salam ukuwah...

    elbeesan

    • *
    • Posts: 252
      • View Profile
    Reply #25 04 October, 2009, 11:08:20 PM
  • Publish
  • 99 Langkah Meningkatkan Iman
     
    01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;
    02. Sabar apabila mendapat kesulitan;
    03. Tawakal apabila mempunyai rencana/program;
    04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
    05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
    06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
    07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
    08. Jangan usik dengan kekayaan orang;
    09. Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang;
    10. Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan;
    11. Jangan tamak kepada harta;
    12. Jangan terlalu terlalu agungkan akan sesuatu kedudukan;
    13. Jangan hancur karena kezaliman;
    14. Jangan goyah kerana fitnah;
    15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi
    kemampuan diri.
    16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
    17. Jangan sakiti ayah dan ibu;
    18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
    19. Jangan sakiti anak yatim;
    20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
    21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
    22. Banyakkan berkunjung ke rumah Allah (masjid);
    23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu;
    24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;
    25. Biasakan solat malam;
    26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah;
    27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
    28. Sayangi dan santuni fakir miskin;
    29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
    30. Jangan marah berlebih-lebihan;
    31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
    32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah karena Allah;
    33. Berlatihlah konsentrasikan fikiran;
    34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila karena sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;
    35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;
    36. Jangan percaya ramalan manusia;
    37. Jangan terlampau takut miskin;
    38. Hormatilah setiap orang;
    39. Jangan terlampau takut kepada manusia;
    40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
    41. Berlakulah adil dalam segala urusan;
    42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
    43. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;
    44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
    45. Perbanyakkan silaturrahim;
    46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
    47. Bicaralah secukupnya;
    48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;
    49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
    50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
    51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;
    52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;
    53. Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan tidak berlebihan;
    54. Hormatilah kepada guru dan ulama;
    55. Sering-sering berselawat kepada nabi;
    56. Cintai keluarga Nabi saw;
    57. Jangan terlalu banyak hutang;
    58. Jangan terlampau mudah berjanji;
    59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;
    60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti bercakap-cakap yang tidak berguna;
    61. Bergaul lah dengan orang-orang soleh;
    62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;
    63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;
    64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
    65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;
    66. Jangan membenci seseorang karena pahaman dan pendiriannya;
    67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
    68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan
    69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan.
    70. Jangan melukai hati orang lain;
    71. Jangan membiasakan berkata dusta;
    72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;
    73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;
    74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;
    75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita
    76. Jangan membuka aib orang lain;
    77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita;
    78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;
    79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;
    80. Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong karena kaya;
    81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama,bangsa dan negara;
    82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;
    83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;
    84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;
    85. Hargai prestasi dan pemberian orang;
    86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan;
    87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.
    88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan keadaan diri kita;
    89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fisikal atau mental kita menjadi terganggu;
    90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
    91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;
    92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;
    93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya;
    94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;
    95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;
    96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri;
    97. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;
    98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan;
    99. Jangan berjaya di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang.

    Selamat beramal.

    adrieyana

    • *
    • Posts: 224
      • View Profile
    Reply #26 23 February, 2010, 07:40:15 AM
  • Publish
  • semoga dirahmati Allah..dan ikhlas dalam melakukan segala kebaikan bukan kerana pahala semata-mata...biarlah demi Allah s.w.t yang kita cintai....

    kiki09

    • *
    • Posts: 27
      • View Profile
    Reply #27 07 May, 2010, 07:09:33 AM
  • Publish
  • sy suke benang ni.. insyallah... sy bace.. n serap dlm fikiran.. n cuba amalkan..

    ifahuzir

    • *
    • Posts: 523
      • View Profile
    Reply #28 02 November, 2010, 01:36:38 PM
  • Publish
  • 99 Langkah Meningkatkan Iman
     
    01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;
    02. Sabar apabila mendapat kesulitan;
    03. ....bla...bla...bla.....bla.....bla.... sampai 99....
    Selamat beramal.

    Huis.. banyaknyer.... tapi belom cukup... sampai 7 air laut habis digunakan pun xkan cukup.. hehehehe..

    Alhamdulillah.. telah diberikan Ilham olehNya kepada yang diberi ilham tentang perkara ini..
    mulakan dengan MenCari ilmu... baca buku² sejarah islam dan berimajenasi seolah² "diri" ada dalam cerita yang dibaca tu...
    fikir dan berfikir sambil pesan memesan.. pastu sedar diri tu sape (di alam nyata sekarang).. mula lah mengingatiNya (zikir)..
    pastu duk dalam kumpulan yang betul.. (contoh : dalam halaQah ni ker..) promosi tuh.. :senyum:

    InsyaAllah keimanan tu akan meningkat sehingga mantop!!

    ketahuilah, potensi anda menjadi seperti apa yang dibaca amat tinggi..
    so, bacalah dengan nama Tuhanmu yang menjadikan manusia dari segumpal darah..
    yang mengajar manusia dengan pena dan tulisan..

    cakap jer x guna kan? kan? kan?

    Just Do it!



    tapi......... malas la pulak.. sebuk dengan urusan lain.. x sempat nak baca..

    nah.. dah sendiri NAK pilih jalan tu.. pastu nak jadi benda lain??

    kasarnyer bahasa!! :sedihnya: mintak maaf yer.. saya masih Jahil.. belum Kamil lagik..
    harap dimaafkan..

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2401
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Reply #29 02 November, 2010, 01:51:07 PM
  • Publish
  • Nabi saw bersabda: Iman ada 70 lebih cabang-cabangnya.. Sabar sebahagian darinya, kebersihan sebahagian darinya..Yakin pula sepenuh-penuh iman..

    Dalam sebuah lagi hadis sahih Bukhari (lebih kurang maksudnya)...ketika datang seorang lelaki (Jibril sebenarnya) bertanya : Apakah iman itu ? Nabi saw pun memebritahu Iman tu ada 6 perkara...beriman kepada Allah...dan seterusnya.

    Fahami rukun Iman yang 6 perkara itu sedalam-dalamnya, insya Allah.
    "Selagi kita lurus dengan Allah, dunia dalam genggaman."- Sayyidah Nafisah.

    halawah

    • *
    • Posts: 2606
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #30 02 November, 2010, 02:04:55 PM
  • Publish
  •  :)
    Iman itu bertambah dan surut..
    maka perbaharuilah Iman itu dengan kalimah Tauheed;
    .   لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَـى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ عَدَدَ ماَ هُوَ خَالِقٌ.   
    Sekurang-kurangnya;
        .          .   لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ .   x33   
    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4856
      • View Profile
    Reply #31 13 December, 2010, 10:33:11 PM
  • Publish
  • Jangan lah kata, aku dah beriman

    sebaliknya katakan, aku muslim

    maksudnya, amalkan dululah, syahadah, solat, puasa, ....amalkan bersungguh sungguh, semuga Iman masuk ke hatimu

    Iman masuk ke hati ialah kepercayaan
    sebab tu Iman di ertikan Percaya

    PERCAYA - mampu buat amal tu pun atas rahmat Allah taala jugalah
    semuga ingat begitu, betullah berserah diri pada Allah bulat bulat, semuga di kurniakanNya keyakinan padaNya

    subhanallah

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    23 Replies
    7824 Views
    Last post 05 February, 2010, 08:54:52 PM
    by Monsieur Gaban
    2 Replies
    1200 Views
    Last post 07 September, 2011, 07:14:45 PM
    by halawah
    5 Replies
    1424 Views
    Last post 19 June, 2010, 06:58:39 PM
    by keju