Doa Para Nabi & Rasul dalam Al-Quran

*

Author Topic: Doa Para Nabi & Rasul dalam Al-Quran  (Read 17179 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

assujak

  • *
  • Posts: 35
    • View Profile
27 March, 2009, 04:01:15 AM
  • Publish
  • DOA UNTUK MENDAPAT ZURIAT
        
    Surah ALI-‘IMRAN ayat 38

                    
    Maksudnya :  “ Wahai Tuhanku ! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar ( menerima ) doa.

    Keterangan ayat

           Al-Imam al-Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah Allah memberikan Mariam a.s. buah-buahan pada bukan musimnya. Maka baginda meyakini bahawa Allah berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan pula baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun-temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak. ( Tafsir al-Samarqandi, tafsir ayat 38, surah Ali-‘Imran )

    Khasiat dan Kaifiat Beramal

       Melihat ayat ini secara positif dan berbaik sangka dengan Allah s.w.t., digalakkan
      Pasangan yang belum beroleh zuriat agar berdoa dengannya. Juga dinasihatkan supaya
      memperbanyakkan sedekah, puasa sunat, dan qiyamulail untuk mendapat anugerah
      Allah yang hebat itu.
    « Last Edit: 29 March, 2009, 07:30:21 AM by Munaliza Ismail »

    assujak

    • *
    • Posts: 35
      • View Profile
    Reply #1 27 March, 2009, 04:08:27 AM
  • Publish
  • DOA KETIKA MENGHADAPI TEKANAN

    Surah ALI-‘IMRAN ayat 173

                 

    Maksudnya : “ Cukuplah Allah untuk ( menolong ) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus
    ( yang terserah kepada-Nya segala urusan kami ).”

    Keterangan ayat

       Menurut al-Imam al-Bukhari, Ibn al-Munzir, al-Hakim dan al-Baihaqi, daripada
    Ibn Abbas berkata bahawa doa diatas merupakan kalimah yang terakhir diucapkan oleh nabi ibrahim a.s. sebelum dicampakkan ke dalam api. Ia juga diucapkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. ketika golongan kafir menakut-nakutkan nabi tentang tentera bersekutu yang akan menyerang Nabi s.a.w. ( Tafsir al-Fakhrurrazi, tafsir ayat 173, surah Ali-Imran. )


    Khasiat dan Kaifiat Beramal

       Amalkan membaca zikir ini apabila berhadapan dengan suasana yang menakutkan atau ketika menghadapi tekanan atau stress.
    « Last Edit: 29 March, 2009, 07:29:06 AM by Munaliza Ismail »

    assujak

    • *
    • Posts: 35
      • View Profile
    Reply #2 28 March, 2009, 02:44:41 AM
  • Publish
  • DOA AGAR DIKURNIAKAN NUR

    Surah al-Tahrim ayat ke 8



    Maksudnya : “ Wahai Tuhan kami ! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

    Keterangan ayat

       Al-hakim meriwayatkan dalam sebuah hadis yang dianggap sahih bahawa
    Ibn Mas’ud berkata yang bermaksud ; Taubat Nasuha menghapuskan semua dosa kerana terdapat dalam Al-Quran, Allah s.w.t. berfirman…”, lalu beliau membaca ayat sebelum doa ini. Orang-orang beriman akan dikurniakan Allah Nur sedangkan orang-orang munafik akan dipadamkan Nur yang diberikan kepadanya. Perkara yang sama diriwayatkan oleh Ibn Abbas ketika menceritakan tentang hari akhirat.
    (Tafsir Fathil Qadir, tafsir ayat 8 surah al-Tahrim)

    Khasiat dan Kaifiat beramal

       Amalkan membaca doa ini selepas solat fardhu.
    .Semoga kita dikurniakan Allah keampunan dan Nur pada hari perhitungan.
    « Last Edit: 29 March, 2009, 07:31:36 AM by Munaliza Ismail »

    assujak

    • *
    • Posts: 35
      • View Profile
    Reply #3 28 March, 2009, 02:48:32 AM
  • Publish
  • DOA NABI YUSOF AGAR MATI DALAM ISLAM

    Surah Yusof ayat 101




    Maksudnya : “ Sempurnakanlah ajalku ( ketika mati ) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh.”


    Keterangan ayat

       Selepas kewafatan ayahandanya Nabi Yaakub a.s dan disemadikan di Baitul Maqdis, Nabi Yusof mula merasakan bahawa nikmat dunia ini adalah sementara.
    Baginda memohon kepada Allah agar menganugerahkan baginya husnul khatimah dan keredaanNya. Walaupun hidup sebagai seorang yang mulia dan diberi segala kemewahan, namun nabi Yusof tidak leka dari mengingati Allah s.w.t. ( Tafsir al-Khazin, tafsir ayat 101)

    “Sempurnakanlah ajalku ( ketika mati ) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh.” Maksudnya masukkan aku ke dalam kalangan orang-orang yang soleh seperti datuk-datukku : Ibrahim a.s., Ishaq a.s. dan Yaakub a.s.
    ( Tafsir al-Nasafi, tafsir ayat 101 )

    Menurut Ibn Abbas r.a., tidak ada seorang nabi pun yang pernah meminta daripada Allah s.w.t. agar dimatikan selagi belum ajalnya, selain daripada Nabi Yusof a.s.
    Jelas dalam ayat di atas permintaan baginda memohon agar mati dalam keadaan muslim dan berada disamping hamba-hamba Allah yang soleh. Dalam Islam perkara ini adalah dilarang, ini disebabkan syariat mereka berbeza daripada syariat kita kerana jika seseorang itu merupakan hamba yang taat, mudah-mudahan ketaatannya itu akan bertambah, sebaliknya jika dia seorang ahli maksiat, moga dia sempat bertaubat dan mempernaiki amalannya. Menurut al-Imam Ibn Kathir, ayat ini sebenarnya merupakan permohonan agar mati dalam husnul khatimah bila menjelang ajalnya. ( tafsir Ibn Kathir ayat 101 )

    Khasiat dan Kaifiat beramal

       Menurut hadid sahih, Nabi s.a.w. mengucapkan”ila al-rafiq al-a’la ( ke hadrat
    Allah s.w.t. ) sebanyak 3 kali sewaktu nazaknya baginda. Pengajarannya ialah kita wajar memohon kembali kepada Allah s.w.t. dalam keadaan yang diredai-Nya selari dengan apa yang Allah s.w.t. anjurkan dalam kisah doa Nabi Yusof a.s. ini.
    Amalkan membaca doa ini pada setiap doa yang kita panjatkan kepada Allah s.w.t.
    ( Fiqh Sirah oleh al-Buti ) 
    « Last Edit: 29 March, 2009, 07:33:03 AM by Munaliza Ismail »

    assujak

    • *
    • Posts: 35
      • View Profile
    Reply #4 29 March, 2009, 03:10:23 AM
  • Publish
  • DOA APABILA MENDERITA SAKIT GIGI

    Surah al-Mulk ayat 23



    Maksudnya : “ Katakanlah ( wahai Muhammad): Allah yang menciptakan kamu ( dari tiada kepada ada ), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati
    ( untuk kamu bersyukur ) tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur :”

    Keterangan ayat

       Menurut al-Khatib dalam kitab al-Tarikh dan Ibn Munzir daripada Ibn Abbas berkata, Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: “ Sesiapa yang mengalami sakit gigi, maka hendaklah dia meletakkan jarinya atas gigi tersebut lalu dibacakan ayat ini “ ( Al-Durrul Manthur; tafsir ayat 23, surah al-Mulk )

       Al-Daruqutni pulq meriwayatkan dalam al-Afrad daripada Ibn Abbas berkata, Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: “ Sesiapa meletakkan jarinya atas gigi tersebut lalu dibacakan ayat ke-98 surah al-An’am dan ayat ini, maka dia akan sembuh dengan izin Allahs.w.t.”
    ( Al-Durrul Manthur, tafsir ayat 23, surah al-Mulk
    Manusia kurang mensyukuri nikmat kurniaan Allah. Menghabiskan usia pada perkara yang tidak memberi faedah seperti kebanyakkanorang awam merupakan tanda tidak mensyukuri nikmat Allah. Sasterawan yang lalai menyebabkan fakta-fakta  sejarah tentang lembah yang sudah luput dalam lipatan sejarah juga merupakan tanda membahagi masa pada perkara yang tidak bermanfaat. ( Hada’iq zatu bahjt,, Dr Aid al-Qarni )


    Khasiat dan Kaifiat beramal

       Ayat ini boleh digunakan sebagai ikhtiar mengurangkan sakit gigi .Walau bagaimanapun bergantung semata-mata kepada ayat sahaja tidak mendatangkan apa-apa kesan kecuali dengan izin Allah s.w.t. .
    « Last Edit: 29 March, 2009, 07:34:01 AM by Munaliza Ismail »

    assujak

    • *
    • Posts: 35
      • View Profile
    Reply #5 29 March, 2009, 03:15:42 AM
  • Publish
  • KELEBIHAN AL-TA’AWWUZ UNTUK MENGHALAU SYAITAN

    Surah al-A’raf ayat 200



    Maksudnya : “ Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan daripada syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha Mendengar lagi Maha Mengetahui “


    Keterangan ayat

       Ibn Zaid berkata, apabila allah s.w.t. menurunkan ayat menyuruh memberikan kemaafan serta melakukan al-amru bil ma’ruf dan al-nahyu ‘anil mungkar; maka Nabi s.a.w. bertanya kepada Allah tentang marah. Allah s.w.t. menurunkan ayat ke 200 doatas untuk mengajar Nabi s.a.w. cara menghadapinya iaitu dengan berta’awwuz daripada syaitan. Hasutan untuk menyebabkan seseorang itu merasa tertekan emosinya mengakibatkan berlakunya kemarahan itu. Oleh itu , antara teknik yang berkesan untuk mengatasi perasaan marah ialah dengan berta’awwuz daripada syaitan yang direjam.
    ( Tafsir al-Baidhawi, Tafsir al-Khazin, tafsir ayat 200, surah al-A’raf )

    Khasiat dan kaifiat beramal
     
       Ayat ini mengajar umat Islam mempertahankan diri daripada gangguan jin.
    Jika gangguan itu dilakukan oleh manusia, maka kita diminta berlembut dan memberikan kemaafan. Sebaliknya jika ia dilakukan oleh jin, maka kita tiada pilihan melainkan dengan membaca al-Ta’awwuz seperti yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.
    ( Tafsir Adwa’ al-Bayan, tafsir ayat 200. )

    Selain daripada membaca al-Ta’awwuz kita juga disuruh melaungkan azan.
    Terbukti pada zaman sahabat, Zaid bin Aslam telah memerintahkan para sahabat yang berhadapan dengan gangguan jin agar melaungkan azan sebanyak-banyaknya.
    Akhirnya mereka tidak lagi berhadapan dengan gangguan jin-jin itu. ( Al-Wabil
    al-Sayyib, bab zikir menghalau syaitan )
    « Last Edit: 29 March, 2009, 07:35:19 AM by Munaliza Ismail »

    assujak

    • *
    • Posts: 35
      • View Profile
    Reply #6 29 March, 2009, 03:18:32 AM
  • Publish
  • DOA NABI MUSA MEMOHON PERLINDUNGAN ALLAH

    Surah al-Qasas ayat 24



    Maksudnya : “ Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang
    rezeki pemberian yang engkau berikan. “

    Keterangan ayat
       
       Lanjutan daripada kejayaan melarikan diri daripada hukuman Firaun, baginda
    telah masuk ke Madyan dan ditakdirkan membantu 2 anak gadis memberi kambingnya minum. Baginda mengadu dengan merendah diri kepada allah agar beroleh rahmat dan belas-Nya. ( Tafsir al-Fakhr al-razi, tafsir ayat surat 24 surah al-Qasas )

    Khasiat dan kaifiat Beramal

       Amalkan doa ini apabila orang lain menghargai bantuan yang kita hulurkan.
    Walaupun kita kelihatan hebat pada tanggapannya, sebenarnya kita sangat bergantung
    pada Allah. 
    « Last Edit: 29 March, 2009, 07:36:11 AM by Munaliza Ismail »

    5zul

    • *
    • Posts: 3025
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Reply #7 27 October, 2011, 07:32:13 PM
  • Publish
  • Semuga ada kebaikkan dalam diri (Senyum)-
    ALLAH maha mengetahui isi hati setiap manusia...


    subahanallah....
    ~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

    Munzir khan

    • *
    • Posts: 611
      • View Profile
    Reply #8 12 November, 2011, 04:40:51 AM
  • Publish
  • Allah kurniakan doa untuk umat Rasul SAW

    Ya Tuhan kami,Janganlah Engkau hukum kami jika
    kami lupa atau kami tersalah,Ya Tuhan kami,Janganlah
    Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana
    Engkau bebankan kepada orang orang sebelum kami,
    Ya tuhan kami,Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa
    yang tak sanggup kami memikulnya,Beri maaflah kami.ampunilah
    kami dan rahmatilah kami,Engkau lah penolong kami,Maka tolonglah
    kami terhadap kaum yang kafir.
    Al Baqarah:286


    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    24 Replies
    6463 Views
    Last post 04 December, 2010, 05:42:50 PM
    by Rahimah Sakinah
    3 Replies
    6856 Views
    Last post 17 September, 2012, 09:04:02 PM
    by ummieones
    1 Replies
    244 Views
    Last post 14 April, 2014, 10:43:18 AM
    by amru