Hukum Bersalam Selepas Solat

*

Author Topic: Hukum Bersalam Selepas Solat  (Read 9528 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

30 May, 2007, 12:26:31 AM
  • Publish



  • Ulasan Ust Zaharuddin Abd Rahman:

    Asal hadith berkenaan bersalaman tangan adalah hadith :

    مَا مِنْ مُسلِمٍ يَلتَقِيَانِ فَيَتصَافَحَانِ إلا غَفَرَ لَهُمَا قَبْلَ أن يَتَفَرَّقا

    Ertinya : "Tiada seorang Muslim yang bersalaman antara keduanya, kecuali Allah akan mengampunkan keduanya sebelum ia berpisah" ( Riwayat Abu Daud, Tirmidzi , Hadith Hasan)

    Menurut fakta sirah, sememangnya tidak terdapat  pula di zaman Nabi SAW, amalan bersalaman secara berjemaah selepas solat, tetapi amalan ini berlaku setelah Nabi SAW wafat. Maka ulama berbeza ijtihad dalam hal ini, sekumpulan ulama mengatakannya Bid'ah kerana tidak dilakukan oleh Nabi SAW dan para Sahabat.

    Berkata pula kumpulan ulama yang lain : Ia memang bid'ah (perkara baru iaitu dari sudut bahasanya) tetapi tidak ada dalil yang boleh menghadkannya sebagai bid'ah Hasanah atau Sayyi'ah, kerana tiada larangan tentangnya.

    Imam Ibn Taymiah pernah ditanya soalan ini, maka beliau berkata : ia adalah bid'ah yang tidak dilakukan oleh Rasul dan Sahabatnya. Imam Izzuddin Abd Salam pula berkata : Ia adalah bid'ah yang harus. Imam An-Nawawi pula berkata : "Ia adalah sunnah" mengambil kepada asal hukum bersalaman yang diajar oleh Nabi SAW tetapi pandangan ini tidak mengambil kira sunnah hanya berlaku pada waktu tertentu (ketika berjumpa) tidak pada waktu lain.[1]

    Kesimpulan saya:

        *
          Bersalaman sesama muslim sememangnya mempunyai dalil yang shohih, cuma dalilnya menyebut secara jelas ia dibuat ketika bertemu, maka persoalannya adalah : Adakah ia secara tidak langsung dan pasti "Qoti'e" melarang bersalaman di waktu lain?. Penulis berpandangan bahawa hukumnya adalah "harus" untuk seseorang berpegang dengan umum hadith, iaitu galakkan berjabat tangan tanpa dihadkan pada waktu-waktu tertentu, tanpa menafikan bahawa ketika bertemu adalah waktu yang paling digalakkan. Ia adalah digalakkan terutamanya apabila ia dibuat atas asas adat, dan bukannya atas asas rekaan baru ibadat khusus. Sebagaimana yang diketahui bahawa penerimaan sesuatu adat di dalam Islam adalah menurut ‘maqasid' atau hikmah perilaku adat tersebut dan terdapat percanggahan dengan mana-mana hikmah hukum Islam atau tidak, jika tiada maka haruslah sesuatu adat tersebut.

        *
          Kaedah Islam yang menerima adat seperti ini adalah " Al-‘Adat Muhakkamah" ertinya : "Adat yang tidak bercanggah dengan Syara' boleh menentukan hukum sesuatu perbuatan dan tindakan". (Rujuk Al-Madkhal al-Fiqhi Al-‘Am, Syeikh Mustafa Az-Zarqa, 2/885 ; Syarh alQawaid al-Fiqhiyyah, Syeikh Ahmad Az-Zarqa, ms 219). Terdapat satu keadah lain berbunyi : " Innama tu'tabaru al-‘Adat iza attaradat aw ghalabat " ertinya : Sesungguhnya diiktiraf sebagai adat (yang tidak bercanggah) apabila ianya berterusan dilakukan dan dilakukan oleh majority". (Al-Qawaid al-Fiqhiyyah, Ali Ahmad An-Nadawi, ms 65)

        *
          Kesimpulannya, jika terdapat individu yang ingin mengambil ruh dan ‘maqasid' atau hikmah dari berjabat tangan (bersalaman) dengan menggunakan ijtihad sendiri di bawah naungan hadith tadi, penulis merasakan adalah amat tidak wajar untuk kita mendakwanya telah melakukan perkara haram serta salah. Ini adalah kerana, terdapat kemungkinan bahawa apa yang dikehendaki dan di ‘target' oleh Nabi SAW dari amalan berjabat tangan itu adalah terbitnya rasa ukhuwwah sesama Muslim, justeru, jika benar demikian maka bersalaman tanpa dibatasi waktu dan keadaan tertentu amat besar peranannya dalam merapatkan hubungan sesama Muslim, keadaan ini juga disokong oleh hadith yang menyuruh kita memberikan lafaz Assalamu'alaikum sesama Muslim supaya dapat menghasilkan perasaan saling mengasihi antara satu sama lain. Sebagaimana sabda baginda SAW :

    لا تدخلون الجنة حتى تؤمنوا ولا تؤمنوا حتى تحابوا أولا أدلكم على شيء إذا فعلتموه تحاببتم أفشوا السلام بينكم

    Ertinya : "Kamu tidak akan memasuki syurga sehinggalah kamu beriman dan sehinggalah kamu saling berkasihan (antara muslim) , dan adakah kamu ingin aku menunjukkan kepada satu perkara yang jikalau kamu melakukannya nescaya kamu akan saling berkasihan, sebarkanlah ucapan salam di antara kamu"( Riwayat Muslim, Abu Daud )[2]

        *
          Adat dan kebiasaan masyarakat Malaysia yang melakukannya sejak sekian lama juga perlu diambil kira sebelum menjatuhkan hukuman. Terutamanya dalam hal  furu' dan bersifat ijtihadiyah ini. Kerana adat dan ‘uruf yang tidak bertentangan dengan syara' malah dapat mengukuhkan lagi salah satu di antara maqasid as-syara' sememangnya di galakkan.

        *
          Walaupun demikian, jika terdapat sesiapa yang benar-benar ingin mengikuti zohir nas semata tanpa sebarang percubaan berpegang dan melihat kepada ruh dan maqasid hasil daripada arahan untuk berjabat tangan, maka eloklah untuknya berjabat tangan ketika bertemu sahaja. Bagaimanapun, janganlah sampai mendakwa individu yang melakukannya telah melakukan perkara yang salah lagi haram, kerana terdapat banyak kemungkinan bahawa ahli jemaah yang baru sahaja menunaikan solat itu sememangnya baru sahaja bertemu, lalu hanya sempat berjabat tangan sesudah menunaikan solat. Ketika itu, ia termasuk dalam kategori hadith tadi secara tepat. Wallahu a'lam.
        *
          Bagaimanapun, sesiapa yang ingin melakukannya perlulah mengetahui dan menyedari bahawa amalan merutinkannya bukanlah sesuatu yang lebih baik dari zaman Nabi SAW.

    Sekian

    UZAR

    25 April 07
     

    [1] Al-Fatawa, Atiyyah Saqar, 1/513

    [2] Sohih Muslim, No 54, 1/74 ; Sunan Abu Daud, no 5193, 4/350 (Hadith bertaraf shohih)
    "Aku hanyalah insan biasa yang menyatakan sesuatu hari ini, mungkin esok ku ubah kembali, dan mungkin lusa ku ubah lagi.." -Imam Abu Hanifah.

    Reply #1 05 August, 2008, 02:39:04 PM
  • Publish
  • Pendapat Al-Imam An-Nawawi

    Al-Imam An-Nawawi rahimahullah mengatakan bahwa bersalaman sangat baik dilakukan. Ketika ditanyakan tentang hukum bersalaman yang dilakukan sesudah shalat, beliau mengatakan bahwa bersalaman sesudah shalat adalah bid’ah mubahah dengan rincian hukum sebagai berikut:

    Jika dua orang yang bersalaman sudah bertemu sebelum shalat maka hukum bersalamannya adalah mubah(harus), dianjurkan saja, namun jika keduanya belum bertemu sebelum shalat berjamaah hukum bersalamannya menjadi sunnah, sangat dianjurkan. (Lihat Fatawa al-Imam an-Nawawi)

    Dalam kitab Bughyatul Mustarsyidin disebutkan bahwa bersalaman disunnahkan setelah shalat karena orang yang sholat itu sama saja dengan orang yang ghaib alias tidak ada di tempat karena bepergian atau lainnya.Setelah sholat, seakan-akan dia baru datang dan bertemu dengan saudaranya. Maka ketika itu dianjurkan untuk berjabat tangan.

    Dalam halaman yang lainnya dari kitab yang sama disebutkan:

    المُصَافَحَةُ المُعْتَدَةُ بَعْدَ صَلاَتَيِ الصُبْحِ وَالعَصْرِ لاَ أصْلَ لَهَا, وَذَكَرَ ابْنُ عَبْدِ السَّلاَمِ أنَّهَا مِنَ البِدَعِ المُبَاحَةِ او اسْتَحْسَنَهُ النَّوَاوِيُّ. وَيَنْبَغِى التَّفْصِيْلُ بَيْنَ مَنْ كَانَ مَعَهُ قَبْلَ الصَّلاَةِ فَمُبَاحَةٌ وَمَنْ لَمْ يَكُنْ مَعَهُ فَمُسْتَحَبَّةٌ. إذِ هِيَ سُنَّةٌ عِنْدَ اللِّقَاءِ إِجْمَاعًا.


    Berjabatan tangan yang biasa dilakukan setelah salat subuh dan salat ashar adalah sama sekali tidak ada dasarnya. Ibn Abdis Salam menyebutkan bahwa jabatan tangan tersebut adalah termasuk bid'ah yang diperbolehkan atau yang dianggap bagus oleh Imam Nawawi. Sepatutnya diperinci di antara orang yang beserta dia sebelum salat, maka jabatan tangan di antara keduanya sesudah salat tersebut adalah mubah; dan orang yang tidak beserta dia sebelum salat, maka hukumnya sunnah. Karena jabatan tangan itu adalah disunahkan secara ijma' (kesepakatan para ulama) pada waktu bertemu.
    eramuslim
    ISLAM untuk semua

    - Pentadbiran
    - Pondok Tahfiz

    Reply #2 06 August, 2008, 12:24:14 PM
  • Publish
  • Saya cuba pandang dari segi positifnya yer..
    Kalau salam keretapi tu supaya semua orang dapat bersalam-salaman, elok ler tu.. takde masalahnya.. kalau taknak salam .. tak payah la bangun..  kalau bangun tu elok la juga.. lepas bangun terus solat sunat... pastu lepas tahiyyat terus zikir.
    ItsMichaelJackson.INFO

    Reply #3 16 December, 2008, 11:56:26 AM
  • Publish
  • Sekarang bersalaman lepas solat ni menjadi semakin pelik...dah ada salam keretapi, berpusing2 menjadi bulatan...saya yg jahil ni jadi keliru....adakah ini sunnah Nabi saw. Ada ulamak beritahu perkara bida'ah ni walaupun bida'ah hasanah jgn di mulakan...lama kelamaan ia akan menyesatkan. Syaitan ada byk tipu helah dalam agama untuk menyesatkan manusia, salah satunya ialah perkara2 bida'ah yg disangka kan baik dan kita terus dalam amalan tersebut tanpa menyedari ianya semakin menyimpang...halus nya tipu daya syaitan

     Bukankah sudah diberikan dalil yang jelas. Maka kenapa anda mengatakan jangan dimulakan? Berapa banyak kali dalam sehari orang ramai bersalaman dengan jiran tetangga, dengan sahabat baru yang dikenali?

    Ditakuti kita menyalahkan juga para jemaah haji yang selalu bersalaman selepas solat di Masjidil Haram.

    Fikiran yang perlu diperbetulkan adalah - adakah bersalaman selepas solat itu semua orang menganggap ia sebagai wajib? Saya tidak pernah lagi mendengar orang kata ia adalah wajib. Bahkan biasa saya melihat orang yang bangun lepas solat dengan tidak berdoa, kendian terus keluar dari masjid kerana ada urusan masing-masing walaupun berdoa selepas solat adalah sunnah. Memang zaman ini nak bersalaman dan bermanis muka pun susah nak lihat. Apatah lagi jika di hati subur dengan sikap suka bermusuh, berdengki dan sebagainya. Lihat sendiri akhlaq para pemuda dan pemudi yang ada di antara mereka hilang sudah perasaan hormat menghormati kepada yang tua dan sesama mereka.

    yang kedua : Adakah bersalaman selepas solat termasuk di dalam rukun solat? Adakah bangun dari tempat duduk selepas solat termasuk dalam rukun solat? Makan selepas solat termasuk rukun solat? Membaca al Quran, mandi, dan sebagainya adakah anda hendak memasukkan ke dalam rukun Solat? Dan adakah semua perbuatan ini ada dalil qot'ie yang melarang?

    Bersalaman seperti keretapi? Nih istilah baru untuk menghina orang yang menghidupkan sunnah berselawat secara beramai-ramai ka? Anda belajar di dalam kelas dan kuliah dalam kedudukan yang bagaimana duduk? lelaki di depan dan perempuan di belakang? atau anda duduk di lantai? atau anda duduk di kerusi? Adakah cara tersebut ditunjukkan oleh RasuluLlah dan anda ikut betul-betul dalam satu majlis ilmu yang mengajak kita mengingati ALlah?

    Jika kita ini jahil, maka belajarlah. Dan lebih dari itu jika anda dah belajar tentang al Quran dan Sunnah tambah lagi sikit belajar beradab. Tambah lagi pula belajar tentang uruf keadaan, kerana ulamak juga melihat uruf sebagai salah satu faktor sebelum mengeluarkan sesuatu hukum.

    WaLlahua'lam
    « Last Edit: 16 December, 2008, 12:11:23 PM by IbnuNafis »

    Reply #4 16 December, 2008, 02:39:11 PM
  • Publish
  • bersalaman yg membawa pahala dan jatuhnya dosa2 kecil2 ialah salam(jabat tangan) yg disertakan dengan selawat keatas Nabi.
    Salam semasa berjumpa sesama muslim hukumnya sunat,
    salam semasa ingin beredar atau pulang hukumnya harus,

    Imam Ibn Taymiah pernah ditanya soalan ini, maka beliau berkata : ia adalah bid'ah...
    didalam kitab2 fekah karangan ulama2 mazhab syafie menolak sebahagian fatwa ibn taymiah (sila rujuk tokoh agama seperti Guru2 pondok) dan ajaran wahabi serta kaum muda...

    Reply #5 16 January, 2009, 08:31:05 PM
  • Publish
  • Berikutlah pendapat al-Ramli dalam fatawa:

    ( سئل ) عما يفعله الناس من المصافحة بعد الصلاة هل هو سنة أو لا ؟ ( فأجاب ) بأن ما يفعله الناس من المصافحة بعد الصلاة لا أصل لها , ولكن لا بأس بها


    ليس الفتى يقول هو أبي لكن الفتى يقول هذا أنا

    Reading to live - Flaubert ..... Say No to Intellectual Barbarism!
    ---Raden Kiai Mooksy---

    Reply #6 17 January, 2009, 01:15:19 AM
  • Publish
  • salam..
    pada pandangan saya, tidak salah sekiranya kita bersalam selepas solat, kerana ianya tidak bertentangan dengan agama. Lagipun ianya mampu untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama saudara.

    Reply #7 17 January, 2009, 01:22:20 AM
  • Publish
  • Bahaya betul, timbul salam kereta api pulak skarang ni. Kadang2 lepas berdoa tu kita masih nak sambung zikir lagi. tapi terpaksa bangun untuk salam kereta api la pulak. apabila dah bangun berat pulak nak duduk. lagi2 kalau ada majlis lepas tuh. Hidayat betol....

    saper suruh miker bangun kalo dah tau bahaya...duduk jer la diam2...orang pun tak kata miker kapir kalo tak bangun bersalam tu aih...
    " Semua manusia tahu bagaimana
    hendak bercakap tetapi
    tidak semua orang tahu bila dia
    patut bercakap."

    Reply #8 19 January, 2009, 08:24:09 AM
  • Publish
  • Soalan :

    Apakah hukum berjabatan tangan bagi seorang Muslim kepada saudara seagamanya setelah selesai solat?

    Jawapan :

    Berjabatan tangan itu adalah Sunnah pada hukum dasarnya. Imam Nawawi berkata,

        "Ketahuilah bahawa berjabat tangan ketika berjumpa itu adalah Sunnah hukumnya. Ini sudah menjadi ijma' di kalangan para 'alim ulama." (Al Hafiz Ibnu Hajar, Fathul Bari, vol 11, hlm 55 diambil daripada pendapat Imam Nawawi).


    Ibnu Baththal berkata,

        "Hukum dasar berjabat tangan itu adalah baik dan elok sekali menurut para ulama' umumnya." (Al Hafiz Ibnu Hajar, Fathul Bari, vol 11, hlm 55 di ambil daripada pendapat Imam An Nawawi : dan Al Mubarakfuri, Tuhfat al Ahwazi vol 7, hlm 426).



    Banyak di kalangan para ahli feqah dari pelbagai mazhab yang menyatakan dengan tegas bahawa sunnahnya berjabat tangan di antara sesama kaum lelaki. Mereka mengambil dalil di atas hal itu dari sejumlah hadith-hadith sohih dan hasan, antara lainnya hadith yang diriwayatkan oleh Saidina Ka'ab bin Malik RadiyaLLahu 'anhu, beliau berkata :


        "Aku memasuki Masjid, ternyata bahawa di dalamnya (masjid) ada RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam. Lalu saidina Abu Talhah bin UbaiduLLah radiyaLLahu 'anhu yang berdiri kepadaku (menyambut) dengan langkah cepat (bergegas) hingga dia menjabat tanganku dan mengucapkan selamat padaku." (Hadith riwayat Ahmad, Musnad Ahmad vol 3, hlm 458 : Bukhari, Sohih BUkhari, vol 4, hlm 1607 dan Muslim, Sohih Muslim vol 4, hlm 2126)



    Juga hadith yang diriwayatkan daripada Saidina Qatadah radiyaLLahu 'anhu, bahawa beliau berkata,

        "Aku bertanya kepada Saidina Anas radiyaLlahu 'anhu. Apakah berjabat tangan itu dilakukan oleh para Sahabat Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam? " beliau (Anas radiyaLLahu 'anhu) menjawab, "Ya" (Hadith Riwayat Bukhari, Sohih Bukhari, vol 5, hlm 231 ; dan Ibnu Hibban, Sunan Ibnu Hibban, vol 2 hlm 245).

    Hadith yang diriwayatkan daripada Atha' bin Abu Muslim AbduLlah Al Khurasani bahawa beliau berkata, RasuluLLah SallaLLahu 'alaihi wasallam telah bersabda (yang bererti) :

        "Berjabat tanganlah kalian, pasti hilang kedengkian. Dan saling kalian memberi hadiah, pasti kalian saling sayang menyayangi dan hilanglah kebencian (sifat saling bermusuhan). " (Hadith riwayat Dailami, Musnad al Firdaus, vol 2, hlm 47)



    Manakala berjabat tangan setelah selesai solat, tidak ada seorang pun dari para ulama' yang mengharamkan berjabat tangan. Mereka berpendapat, hukumnya (berjabat tangan) adalah Sunnah dan itu adalah bid'ah hasanah, atau bid'ah yang mubah (diharuskan).

    Imam Nawawi memperincikan penjelasan tentang masalah ini dan berkata :

        " Jika seseorang yang berjabat tangan sebelum solat, maka itu adalah Sunnah yang baik. Jika dia mengucapkan salam kepadanya (yang berjabat tangan) sebelumnya (solat) maka hukumnya adalah mubah (harus)" (Imam Nawawi, Al Majmu' vol 3, hlm 469-470)



    Al Hashkafi berkata,

        "Sebutan secara mutlaq (menyebutkan secara mutlaq 'bersalaman setelah selesai solat' tanpa mengaitkannya dengan solat tertentu atau keadaan tertentu) daripada pengarang (iaitu al Tamartasyi) mengikut ad Durar, al Kanz, al Wiqayah, An Niqayah, al Majmu', al Multaqa' dan selainnya menunjukkan hukumnya (berjabat tangan) adalah boleh, walaupun setelah selesai solat Asar."

        Adapun ucapan mereka. "Sesungguhnya itu bid'ah maksudnya adalah bid'ah hasanah yang diperbolehkan' sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam Nawawi di dalam kitab al Azkar. "
        (Al Hashkafi. Al Durr Al Mukhtar, dicetak Kitab Hasyiah 'Abidin di bahagian tepinya, vol 6, hlm 380)


    Setelah menyebutkan pendapat sebahagian daripada ulama Mazhab Hanafi yang menyatakan bahawa hukumnya adalah sunnah secara mutlaq. Ibnu Abidin memberikan pandangan mengenai kenyataan tersebut dan berkata :...

        "Itulah pendapat yang seiring dengan apa yang telah dikemukakan oleh Syarah (Al Hashkafi) dari pemutlaqan ungkapan kitab-kitab matan. Beliau berdalil terhadap pendapat itu daripada umumnya nas-nas yang diriwayatkan berkenaan dengan disyariatkannya kita berjabat tangan. "

    (Ibnu Abidin Radd al Muhtar 'Ala Ad Durr Al Mukhtar yang dikenali dengan Hasyiah Ibnu 'Abidin, vol 6, hlm 381) Mereka menyatakan bahawa berjabat tangan setelah selesai solat adalah sunnah secara mutlak.

    Imam Thobari menguatkan hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad radiyaLlahu 'anhu dan Bukhari dari Abu Juhaifah radiyaLLahu 'anhu, beliau berkata :

        "RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam telah keluar pada tengahari yang panas ke lembah (di luar batas Mekah; pada masa lalu). Lalu Baginda sallaLLahu 'alaihi wasallam berwuduk kemudian melakukan solat Zohor 2 rakaat dan Asar 2 rakaat (solat jamak dan qasar). Dan di depannya ada tongkat (bermata yang lebih pendek dari tombak) yang di belakangnya telah lalu seorang wanita. Orang-orang pun berdiri, lalu mereka mulai meraih (mengambil) kedua tangan Baginda sallaLLahu 'alaihi wasallam dan mengusap-usap dengannya (tangan Baginda sallaLLahu 'alaihi wasallam) ke wajah-wajah mereka. Abu Juhaifah radiyaLlahu 'anhu berkata, "Lalu aku meraih (mengambil) tangannya (tangan Baginda sallaLLahu 'alaihi wasallam) dan aku meletakkannya ke wajahku; ternyata ia (tangan Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam) lebih sejuk daripada salju dan lebih wangi daripada misk (minyak wangi) ". (Riwayat Bukhari, Sahih Bukhari, vol 3, hlm 1304)



    Al Muhib At Thobari berkata, "Dijadikan sandaran kuat dengan halitu, (bersalaman) terhadap apa yang sesuai dalam tradisi orang ramai, iaitu berjabat tangan (bersalaman) setelah selesai solat berjemaah. Khususnya Solat Asar dan Solat Maghrib. Apabila disertai dengan tujuan yang baik seperti mengambil keberkatan, mengakrabkan diri, dan seumpamanya.

    Sementara Izzuddin Abdissalam. setelah membahagi-bahagikan perkara-perkara bid'ah ke dalam 5 bahagian iaitu : Wajib, Haram, Makruh, Sunnah dan Mubah (harus), beliau berkata :

        "Bid'ah-bid'ah yang mubah (harus) ada beberapa, antara lainnya ialah : berjabat tangan (bersalaman) setelah selesai Solat Subuh dan Solat Asar." (Izzuddin Ibnu Abdissalam, Qawa'id al Ahkam fi Mashalih al Anam, vol 2, hlm 205)



    Imam Nawawi berkata, "Adapun berjabat tangan (bersalaman), yang telah mentradisi atau mengamalkannya setelah selesai Solat Subuh dan Solat Asar ialah :

    Syaikh Imam Abu Muhammad bin Abdissalam (semoga ALLah subahanahu wa ata'ala merahmati beliau) telah menyebutkan bahawa itu termasuk di dalam bid'ah yang mubah (harus) ; tidaklah disifatkan sebagai makruh dan galakan. Apa yang beliau sebutkan ini adalah baik. Pendapat yang dipilih disebutkan begini : apabila seseorang yang berjabat tangan (bersalaman) dengan orang yang bersamanya sebelum solat, maka hukumnya adalah mubah (harus), sebagaimana yang telah kami kemukakan. Apabila seseorang berjabat tangan (bersalaman) dengan orang yang tidak bersamanya sebelum solat, maka hukumnya adalah Sunnah. Ini adalah sebab berjabat tangan (bersalaman) ketika berjumpa adalah perbuatan Sunnah Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam berdasarkan ijma' yang bersandarkan kepada hadith-hadith sahih tentang hal itu (bersalaman). (Imam An Nawawi, Al Majmu', vol 3, h;m 469-470)

    Dengan ini, maka bolehlah kita ketahui bahawa siapa yang mengingkari perbuatan ini (bersalaman), maka boleh jadi dia tidak mempunyai pengetahuan tentang apa yang kami sebutkan atau dia tidak berjalan di atas bidang 'ilmiah sama sekali. Dan ALLah subahanahu wa ta'ala Maha Tinggi lagi Maha Mengetahui.

    Sumber : Prof Dr Ali Jum’ah, Penjelasan Terhadap Masalah-masalah KhilafiahAl Bayan – Al Qawin li Tashbih Ba’dhi al Mafahim, .2008, Penerbitan Dar Hakamah, Selangor

    meow

    Reply #9 19 January, 2009, 10:43:44 PM
  • Publish

  • Sekarang bersalaman lepas solat ni menjadi semakin pelik...dah ada salam keretapi, berpusing2 menjadi bulatan...saya yg jahil ni jadi keliru....adakah ini sunnah Nabi saw. Ada ulamak beritahu perkara bida'ah ni walaupun bida'ah hasanah jgn di mulakan...lama kelamaan ia akan menyesatkan. Syaitan ada byk tipu helah dalam agama untuk menyesatkan manusia, salah satunya ialah perkara2 bida'ah yg disangka kan baik dan kita terus dalam amalan tersebut tanpa menyedari ianya semakin menyimpang...halus nya tipu daya syaitan

    Tak semua perkara baru itu bid'ah.. ada juga perkara baru yg dipayungi oleh hadith-hadith dan nas-nas umum..
    « Last Edit: 19 January, 2009, 10:45:33 PM by meow »

    Reply #10 03 June, 2009, 12:15:32 AM
  • Publish
  •  :)
    Minta izin berbicara. Bagi sesiapa yang tak mahu buat atau beramal, tak perlulah melarang orang lain daripada mengamalkannya. Para ulama telah bersusah payah berjihad melawan hawa nafsu serta iblis dan syaitan untuk menegakkan sunnah Rasulullah SAW sehingga dapat kita amalkan sampai ke hari ini dan sehingga kiamat, tiba-tiba ada di kalangan kita yang nak jadi tentera iblis dan syaitan yang menghalangi manusia daripada berbuat kebaikan.
     :msya:
    12345warna 123456sempurna

    Reply #11 03 June, 2009, 02:38:14 AM
  • Publish
  • [box title=Berjabat Tangan = Bersalam]Kesimpulannya, jika terdapat individu yang ingin mengambil ruh dan ‘maqasid' atau hikmah dari berjabat tangan (bersalaman) dengan menggunakan ijtihad sendiri di bawah naungan hadith tadi, penulis merasakan adalah amat tidak wajar untuk kita mendakwanya telah melakukan perkara haram serta salah. Ini adalah kerana, terdapat kemungkinan bahawa apa yang dikehendaki dan di ‘target' oleh Nabi SAW dari amalan berjabat tangan itu adalah terbitnya rasa ukhuwwah sesama Muslim, justeru, jika benar demikian maka bersalaman tanpa dibatasi waktu dan keadaan tertentu amat besar peranannya dalam merapatkan hubungan sesama Muslim, keadaan ini juga disokong oleh hadith yang menyuruh kita memberikan lafaz Assalamu'alaikum sesama Muslim supaya dapat menghasilkan perasaan saling mengasihi antara satu sama lain. Sebagaimana sabda baginda SAW :

    لا تدخلون الجنة حتى تؤمنوا ولا تؤمنوا حتى تحابوا أولا أدلكم على شيء إذا فعلتموه تحاببتم أفشوا السلام بينكم

    Ertinya : "Kamu tidak akan memasuki syurga sehinggalah kamu beriman dan sehinggalah kamu saling berkasihan (antara muslim) , dan adakah kamu ingin aku menunjukkan kepada satu perkara yang jikalau kamu melakukannya nescaya kamu akan saling berkasihan, sebarkanlah ucapan salam di antara kamu"( Riwayat Muslim, Abu Daud )[2]
    [/box]
    [box title=Amalan berjabat salam]
    Pada saya, amalan bersalam selepas solat, ada kebaikannya, terutama dalam pendidikan anak-anak di rumah. Selepas sahaja solat berjamaah di rumah, kita akan didik mereka agar bersalam dengan ayah ibu, abang adik dan saudara yang lain (yang mahram baginya). Tujuannya adalah untuk mengeratkan ukhuwwah sesama saudara, menerbitkan rasa kasih sayang dan yang paling utama, mungkin dalam seharian bergaul itu, mereka ada bergaduh, terasa hati, tersilap kata, maka dengan bersalam selepas solat itu, bukan sekadar berjabat tangan , tetapi untuk saling bermaaf-maafan. Ada yang ego, selepas bergaduh, malu nak mohon maaf, jadi dia tunggu lepas solat untuk mohon maaf , waktu bersalaman itu. Bersalam juga tersirat pendidikannya, bahawa yang muda menghulur salam pada yang tua, anak kepada ibu bapa. Tujuannya untuk timbul rasa hormat antara mereka, seperti mana pendidikan pada anak-anak bila berjalan depan orang tua, tundukkan badan sedikit. Selain itu kita juga mengalakkan anak-anak, bila mahu pergi kemana-mana, bersalam dan bila balik juga bersalam. Adakah cara pendidikan ini salah dan bertentangan sunnah?
    [/box]

    Ada tak, hadith bila berpisah kita boleh atau dilarang bersalam?
    « Last Edit: 03 June, 2009, 02:42:26 AM by Munaliza Ismail »
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Reply #12 03 June, 2009, 08:34:29 AM
  • Publish
  • Inilah jarum2 yahudi ..
    mereka mewujudkan rasa kpd umat islam berkenaan perkara2 yg remeh & umat islam turut melayani rentaknya
    sehinggakan lupa asas yg lebih kukuh...
    sy bersetuju dgn tok jati
    :)
    Minta izin berbicara. Bagi sesiapa yang tak mahu buat atau beramal, tak perlulah melarang orang lain daripada mengamalkannya. Para ulama telah bersusah payah berjihad melawan hawa nafsu serta iblis dan syaitan untuk menegakkan sunnah Rasulullah SAW sehingga dapat kita amalkan sampai ke hari ini dan sehingga kiamat, tiba-tiba ada di kalangan kita yang nak jadi tentera iblis dan syaitan yang menghalangi manusia daripada berbuat kebaikan.
     :msya:

    Reply #13 03 June, 2009, 08:51:40 AM
  • Publish
  • Takde salahnya bersalaman ... tapi kita boleh persoalkan sejauh mana para jemaah yg bersalam-2 tu menghayati roh dan falsafah ukhwah Islamiyyah dari amalan bersalam yang dianjurkan tu ?

    ini kadang-2 ada yang salam express (lagi laju dari salam keretapi) sekadar cukup syarat ... takpe la kan .. barangkali jemaah tersebut ada urusan penting tapi kalau benar-2 ada urusan penting boleh saja tinggalkan masjid seusai solat tanpa perlu tunggu nak bersalam .....

    ada tu pulak yang salamnya seolah-2 tidak ikhlas .. tangan dihulurkan pada seorg jemaah tapi mata dan muka berpaling pada jemaah yg lain .... salam dengan seorang jemaah tapi pada masa sama bercakap dengan kawan baiknya yang berdiri di sebelah jemaah tu ... ini bukan nak eratkan ukhwah, buat orang sakit hati ada la ....

    Jadi kalau betul nak hidupkan sunnah bersalam buat betul-2 dengan penghayatan berserta pemahaman terhadap tuntutan sunnah tersebut ...

    Reply #14 03 June, 2009, 09:32:09 AM
  • Publish
  • assalamualaikum kepada semua pembahas..kenapalah masih ada yang berpendapat seperti WALID. Kita sepatutnya tidak mencanggahi orang lain dengan mengatakan itu bid'ah,ini bid'ah. Kita tak perlu menyalahkan orang lain melakukan sesuatu perkara sehingga ada nas yang melarang. Kadang2 ada yang mengambil hukum hanya berdasarkan zahir hadis dan mengatakan orang lain sesat dan bid'ah. Inilah sebenarnya mainan iblis yang sentiasa ingin melihat umat Islam berpecah belah disebabkan perkara furu'. Salam ataupun tidak selepas solat tidak menjadi masalahnya. Yang penting sekarang ini ialah kita kena kembali pada amalan asas yang paling penting iaitu solat. Kalau orang dah solat dan dia nak salam selepas solat dan nak zikir selepas solat takdak apa2 masalah. Yang penting dia dah solat. Sedangkan zikir dan salam selepas solat itu tidak ada nas yang menghalangnya,kenapa kita yang sibuk2 nak menghalang orang buat semua itu. Kita pada masa sekarang perlu fikir bagaimana nak bawa orang ke masjid. Tunaikan solat di masjid. Kalau tak pun kita pastikan masyarakat bersolat walaupun terpaksa solat berjamaah di rumah...Ini perkara asasnya. Kita jangan selalu cepat membidahkan orang yang sudah membuat ibadah. Tetapi kita kena tengok amalan masyarakat kita yang kian hari menyimpang dari al-quran dan hadis. Betapa banyak amalan barat yang sudah masuk dalam masyarakt kita yang perlu kita basmi dan keluarkan kenyataan bahawa perbuatan itu adalah bidaah yang sebenar yang diomong2kan banyak orang..Bangkit tentang kebatilan. Bukan menentang ahli ibadat!!

    Reply #15 03 June, 2009, 10:40:59 AM
  • Publish
  • Assalamualaikum....
    saya bukanlah dari orang yang arif..cuma sekadar ingin belajar... ada suatu hari tu selepas saya solat asar berjemaah di masjid tempat saya belajar, perkara biasala bersalaman....tapi saya ni muslimah biasa yang bukan menggunakan tudung labuh....jadi, jemaah perempuan yang bersolat dengan saya ni semua bertudung labuh dan ajk masjid..yang saya hairankan, selepas bersolat tu mereka hanya bersalam sesama sendiri dan seolah-olah tidak mempedulikan kehadiran saya...yang bersalam dengan saya cuma yang solat di sebelah saya....adakah kerana pakaian itu membezakan keimanan seseorang?dan kerana saya tidak bertudung labuh mereka tidak mahu bersalaman?
    wallahualam....
    saya cuma mahu berkongsi dan meminta pendapat....

    Reply #16 03 June, 2009, 12:15:54 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum....
    saya bukanlah dari orang yang arif..cuma sekadar ingin belajar... ada suatu hari tu selepas saya solat asar berjemaah di masjid tempat saya belajar, perkara biasala bersalaman....tapi saya ni muslimah biasa yang bukan menggunakan tudung labuh....jadi, jemaah perempuan yang bersolat dengan saya ni semua bertudung labuh dan ajk masjid..yang saya hairankan, selepas bersolat tu mereka hanya bersalam sesama sendiri dan seolah-olah tidak mempedulikan kehadiran saya...yang bersalam dengan saya cuma yang solat di sebelah saya....adakah kerana pakaian itu membezakan keimanan seseorang?dan kerana saya tidak bertudung labuh mereka tidak mahu bersalaman?
    wallahualam....
    saya cuma mahu berkongsi dan meminta pendapat....
    bg ana tanggapan anti tu x betul bkn pakaian tu yg membezakan iman tp iman kita sendiri tu bkn blh dilihat dari cara berpakaian..dan ana x sokong langsung dgn cara jemaah muslimah tu diaorg mana blh wat mcm tu apa salahnya pn klu kita salam sume jemaah p'puan yg ada kt situ..sbb bkn tudung labuh x nak salam x nak kwn tu bkn cara yang di ajar dlm islam..kita sume sama..kdg2 x tentu yang pakai purdah tu baik,iman kuat..kdg2 diaorg lagi teruk dari kita yang biasa ni..
    wanita bkn dcipta dr kepala utk disanjungi bkn juga dicpta dr tapak kaki utk dijdkn alas,tp wanita dicipta dr tulang rusuk sblh kiri lelaki utk dilindungi..fikir2 kan lah..

    http://eja-hasnizaeja.blogspot.com

    Reply #17 03 June, 2009, 12:34:06 PM
  • Publish
  •  :)
    bersalaman adalah salah satu drpada perkara sunnat yg tlah djlaskan oleh ustaz zaharuddin.syukran ustaz..
    ia menunjukkan sesuatu hubungan sesama islam yg membawa kepada bersatunya umat islam.. mudah2han kita mendapat pengajaran dripdanya.. "BeRsAtU TeGuH BeRcErAi RoBoH".itu semua drpada pndangan analah  jika terdapat kesalahan atau sebaliknya tegur2lah demi membina ummah yg gemilang ana pn bknlah org yg arif hanya dikurniakan akal yg sme sprti insan biasa lagi hina..renung2 lah bersama..
    salam..

    Reply #18 03 June, 2009, 02:11:23 PM
  • Publish
  • :)
    bersalaman adalah salah satu drpada perkara sunnat yg tlah djlaskan oleh ustaz zaharuddin.syukran ustaz..
    ia menunjukkan sesuatu hubungan sesama islam yg membawa kepada bersatunya umat islam.. mudah2han kita mendapat pengajaran dripdanya.. "BeRsAtU TeGuH BeRcErAi RoBoH".itu semua drpada pndangan analah  jika terdapat kesalahan atau sebaliknya tegur2lah demi membina ummah yg gemilang ana pn bknlah org yg arif hanya dikurniakan akal yg sme sprti insan biasa lagi hina..renung2 lah bersama..

    Dan perkara sunnah ini dapat menunjukan silatulrahim sesama umat islam..
    Kenal atau pun tak kita tetap bersalaman dan secara tidak langsung kita telah melakukan sunnah Rasul..
    Wa'allahua'alam..

    Reply #19 03 June, 2009, 02:40:30 PM
  • Publish
  • TIDAK SALAH BERSALAMAN ANTARA JEMAAH LELAKI DAN LELAKI BEGITU SEBALIKNYA WANITA DENGAN WANITA...

    TINDAKAN BERSALAMAN INI MENGERATKAN LAGI SILATURRAHIM ANTARA MEREKA...KERANA ISLAM ITU SENDIRI MENGUTAMAKAN PERSAUDARAAN....

    divider3
    halaqahforum4