Mentaati ibu bapa - jadilah anak yang soleh dan solehah.

*

Author Topic: Mentaati ibu bapa - jadilah anak yang soleh dan solehah.  (Read 28640 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

normustafa

  • *
  • Posts: 10
    • View Profile
Reply #20 30 December, 2009, 11:49:24 PM
  • Publish
  • Betul tu.. anak2 bkn setakat amanah saja malahan itulah peluang ke syurga. Kena ada disiplin yg betul seperti yang dikehendaki Allah swt dan Rasul saw.Macamana nak bentuk anak dari rebung sekiranya ibu bapa yang dah jadi buluh pun tak tahu dosa pahala. Bagus tajuk ni..Belai anak sejak lahir sampai enam tahun dengan lemah lembut , belai anak dengan hikmah dan rotan mulai 7 tahun sehingga 14 tahun, bersahabat dengan anak selepas 14 tahun.Insya Allah anak akan jadi soleh .. Rotan anak pun dengan cara berhikmah bukan main sembarangan. Tapi ana musykil lah macamana ibu bapa yang masih berseluar ketat nak rotan anak dan macamana ibu bapa yang solatnya selang seli nak bersahabat dengan anak.Ke mana arahnya anak beranak ni ... ?
    « Last Edit: 31 December, 2009, 12:01:03 AM by normustafa »

    elzuddin

    • *
    • Posts: 578
    • dunia ini bagai melepaskan ikan di air..??
      • View Profile
    Reply #21 31 December, 2009, 12:01:56 AM
  • Publish
  • Pahala mentaati ibu bapa melebihi jihad fisabilillah

    RAMAI anak yang tidak mengaku apabila dituduh menderhaka kepada ibu bapa. Namun, siapa yang dapat menafikan kebenaran ayat Allah dan hadis Rasulullah SAW yang menyimpulkan bahawa termasuk dosa besar yang kedua selepas syirik ialah apabila seseorang melupakan tanggungjawab menjaga kedua orang tua.

    Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya, apabila salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu.” – (Surah Al-Isra’ ayat 23)

    Rasulullah SAW lebih jelas menegaskan mengenai dosa besar ini di dalam sabdanya yang bermaksud: Mahukah kamu aku khabarkan tentang dosa besar? Kami (sahabat menjawab: Ya, tentu wahai Rasulullah. Beliau bersabda: Ada tiga, iaitu menyekutukan Allah, derhaka kepada kedua ibu bapa dan ucapan dusta dan kesaksian dusta, Baginda mengulanginya berkali-kali sehingga kami berkata mudah-mudahan baginda diam.” – (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)

    Semua anak mengaku mereka sudah memenuhi hak kedua ibu bapanya walaupun hati tak merindu, jauh sekali khuatir, sedih dan pilu mengenang keuzuran kedua orang, pemegang kunci syurga mereka di akhirat nanti. Bahkan anak dunia itu seolah-olah tidak mahukan akhirat.

    Lantas mereka lalai dan lupa akibat mengejar cita-cita dunia sehingga tak tersisa sedikit pun ruang untuk ayah dan ibu di dalam hati. Hati yang sentiasa sibuk, memberi kesan pada wajah mereka yang kian suram apabila berdepan dengan ayah dan ibu. Mereka lebih rela menjadi tanda-tanda dekatnya kiamat dengan berlaku derhaka daripada harus menanggung beban hidup bersama orang tua.

    Pelbagai alasan dicipta untuk menghalalkan keuzuran mereka daripada menjaga ibu bapa, tetapi di sudut hati nurani anak-anak manusia siapakah kiranya yang boleh melepaskan diri daripada kenangan kasih sayang ibu bapa ketika kecilnya.

    Mereka juga berselindung di sebalik amal salih yang lain, sebahagiannya ahli tahajjud, setia membaca al-Quran, ahli masjid, istiqamah mengerjakan haji dan umrah, ahli sedekah dan puasa. Tetapi, mereka membuat hati ibu bapa menangis, jiwa mereka terdera dan impian hari tua yang indah bagi mereka hancur berkecai.

    Padahal keutamaan berkhidmat kepada orang tua melebihi pahala jihad fisabilillah seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas’ud beliau berkata: “Saya bertanya kepada Nabi SAW. “Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah SWT? Baginda bersabda: Solat pada waktunya, saya bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbuat baik kepada kedua orang tua. Saya bertanya: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berjihad di jalan Allah.” – (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
    Ironinya mereka mengejar pahala ibadat sunat tetapi yang wajib ditinggalkan. Kewajipan berkhidmat kepada ibu bapa mereka dianggap bukan ibadat melainkan hanya adat kehidupan manusia. Maka jika mereka lalai mengingati kedua-duanya, tidak ada kekesalan di dalam hati, tidak rasa berdosa dan bermaksiat kepada Allah SWT.

    Sungguh penyelewengan yang tidak disedari, melainkan apabila keduanya kembali ke rahmatullah. Lalu anak-anak itu secara tabienya menjadi ibu dan bapa generasi baru. Dia merasai sakit menjaga dan mendidik anak seperti ibu bapa dulu. Akhirnya dia sedar betapa seksa diderhaka dan dibuang bagaikan al-Quran usang.

    Bukan hanya ibu bapa yang terguris hati, Rasulullah SAW pun pernah menitiskan air mata mendengar pengaduan seorang lelaki tua mengenai anaknya yang menderhaka. “Wahai Rasulullah, anakku telah aku didik tetapi setelah dewasa dia menzalimiku. Lelaki itu kemudian menyatakan kesedihannya dengan untaian syair yang memilukan:

    “Ketika engkau masih kecil, tangan ini yang memberimu makan.

    “Engkau minum juga aku yang tuangkan. Apabila dirimu sakit, aku berjaga semalaman.

    “Kerana sakitmu itu aku mengeluh kerisauan. Tetapi, di saat engkau dewasa dan mencapai tujuan.

    “Kulihat pada dirimu apa yang tak ku harapkan. Kau balas aku dengan kekasaran.

    “Seakan-akan nikmat dan anugerah engkau yang berikan.”

    Mendengar bait-bait syair lelaki tua itu, berlinanganlah air mata Rasulullah SAW seraya bersabda yang bermaksud: Kamu dan hartamu milik ayahmu.” – (Ditakhrij oleh Ibnu Majah 2357, Imam Ahmad dalam al-Musnad 6883, Ibnu Hibban dalam sahihnya 409, 4182. Al-Baihaqi dalam al-Sunan 16054)

    Pelbagai takrifan diberi ulama mengenai tanda-tanda derhaka kepada orang tua seperti memutuskan hubungan dengan tidak mahu menziarahi mereka, tidak memberi nafkah, tidak memenuhi hak-hak mereka dan tidak mentaati mereka pada hal yang bukan bermaksiat kepada Allah SWT.

    Sesungguhnya kasih sayang yang paling ikhlas tanpa syarat hanyalah kasih sayang ibu bapa. Anak yang salih dituntut untuk membalas jasa mereka dengan adab dan akhlak yang baik. Kadang-kadang seulas senyuman dan kata-kata yang lembut lebih berharga daripada wang ringgit serta barangan berharga.

    Namun tidak dinafi juga kepentingan hadiah sebagai pengikat jiwa. Sikap mementingkan diri sehingga membiarkan ibu bapa hidup susah di sebalik kemewahan seorang anak sememangnya menunjukkan sifat tidak mengenang budi. Jika boleh dihitung berapa juta ringgit yang mesti dibayar, sudah tentu jasa ibu bapa tak akan terbayar dengan sebarang jenis mata wang pun di dunia ini.

    elzuddin

    • *
    • Posts: 578
    • dunia ini bagai melepaskan ikan di air..??
      • View Profile
    Reply #22 31 December, 2009, 12:04:25 AM
  • Publish
  • Mentaati Kedua Ibu Bapa

    Hadith :


    Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: " Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa."




    Riwayat al-Hakim


    Huraian
    Pengajaran hadis:
    i) Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua ibu bapa terbahagi kepada dua iaitu tanggungjawab semasa mereka masih hidup dan tanggungjawab selepas mereka meninggal dunia.
    ii) Semasa kedua-dua ibu bapa masih hidup anak-anak hendaklah berbakti dan berbuat baik kepada mereka kerana ibu bapa adalah orang yang paling banyak berjasa kepada anak. Di antara adab yang mesti dipraktikkan sentiasa ialah berlemah lembut dan berbudi bahasa apabila berkomunikasi dengan mereka, berbelanja untuk keperluan ibu bapa dan menjaga mereka dengan sebaik-baiknya.
    iii) Manakala apabila kedua-dua ibu bapa telah meninggal dunia adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka, menzirahi pusara mereka, melaksanakan nazar mereka yang belum tertunai, menghubungkan silaturahim dengan sahabat handai ibu bapa, mengqadakan puasa yang terhutang, menunaikan haji sekiranya mampu, membaca al-Quran dan melunaskan hutang ibu bapa yang belum langsai semasa hayat mereka.
    iv) Sesungguhnya bagi setiap anak, meskipun telah mempunyai keluarga sendiri mereka wajib mentaati dan menghormati kedua-dua ibu bapa. Anak yang tidak mentaati kedua-dua ibu bapa dianggap sebagai anak yang derhaka sedangkan kesalahan menderhaka termasuk di kalangan dosa-dosa besar.
    v) Setiap anak yang derhaka akan dilaknat oleh Allah S.W.T, amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yang memungkinkan perbuatan baik yang dilakukan sepanjang hayatnya akan sia-sia. Oleh itu Islam menitikberatkan keredaan kedua-dua ibu bapa agar hidup sentiasa diberkati Allah.



    Saya Hamba

    • *
    • Posts: 1375
      • View Profile
    Reply #23 16 March, 2010, 01:20:00 PM
  • Publish
  • Sejahtera ke atas kalian
    (1:1) Dgn menyebut nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.  

    (19:15)  Kesejahteraan atas dirinya pd hari ia dilahirkan & pd hari ia meninggal & pd hari ia dibangkitkan hidup kembali.

    (4:36)  Sembahlah Allah & janganlah kamu mempersekutukan-Nya dgn sesuatupun. & berbuat baiklah kpd dua org ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, org2 miskin, tetangga yg dekat & tetangga yg jauh , & teman sejawat, ibnu sabil  & hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai org2 yg sombong & membangga-banggakan diri,
    (4:37)  (yaitu) org2 yg kikir, & menyuruh org lain berbuat kikir, & menyembunyikan karunia Allah yg telah diberikan-Nya kpd mrk. & Kami telah menyediakan untuk org2 kafir  siksa yg menghinakan.

    Dari Anas r.a. berkata,"Ada 7 pahala yang akan tetap  diterima oleh  seseorang itu apabila ia mati kelak  iaitu;

       •Orang yang mendirikan masjid & masjid itu terus digunakanoleh orang ramai sebagai tempat untuk beribadah.

       •Orang yang mengalirkan air sungai selagi mana orang tetap menggunakannya.

       •Orang yang membuat telaga selagi mana orang tetap menggunakannya.

       •Orang yang menulis mushaf selagi masih ada orang yang menbacanya.

       •Orang yang menanam buah-buahan selagi ada yang memakan buahnya sama ada manusia ataupun binatang.

       •Orang yang mengajarkan ilmunya selagi ilmu itu diamalkan oleh mereka yang mempelajarinya.

       •Orang yang meninggalkan anak yang soleh. Anak itu sentiasa mendoakan akan kesejahteraan kedua orang tuanya.


    Rasullah SAW juga ada bersabda,Katanya"Apabila telah mati anak Adam itu maka terputuslah semua amal ibadatnya kecuali pada 3 perkara iaitu;
    Sedekah jariah, Ilmu yang berguna dan dimanfaatkan oleh pengamalnya dan anak yang soleh yang tidak lupa mendoakan ibu bapanya.



    hada_islamic

    • *
    • Posts: 1198
    • ~cintailah DIA yang mencintai kita~
      • View Profile
    Reply #24 14 October, 2010, 03:22:43 PM
  • Publish
  •  :)
    yup...taatilah ibu bapa...jangan menderhaka

    SETIAP anak wajib berbakti kepada ibu bapa, lebih-lebih lagi bagi orang Islam yang sangat dituntut untuk berbuat baik terhadap orang tuanya.

    Ini sebagaimana ditegaskan pada ayat 36, daripada surah an-Nisa’ yang bermaksud: “Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada orang tua (ibu bapa).”


    Penegasan ini disusuli dengan sabda Rasulullah s.a.w se bagaimana dinyatakan oleh at-Tabrani, maksudnya: “Ber baktilah kamu kepada dua ibu bapa kamu agar anak-anakmu kelak akan berbakti kepadamu. Dan peliharalah dirimu daripada perzinaan agar isteri-isterimu memelihara diri nya.”

    Berbakti kepada ibu bapa adalah wajib kerana ia hukum Allah. Anak yang enggan berbakti kepada dua ibu bapanya dianggap anak derhaka dan perbuatan derhaka adalah dosa besar.

    Derhaka kepada ibu bapa termasuk dalam empat dosa besar. Keadaan ini jelas berdasarkan kata-kata nabi yang dinyatakan Bukhari: “Sebesar-besar (daripada) dosa besar adalah me nyekutukan Allah, membunuh manusia, derhaka kepada ibu bapa dan menjadi saksi palsu.”

    Perintah Islam supaya anak berbuat baik kepada ibu bapa adalah perintah yang wajar. Baru saja tiga bulan hamil, si ibu menghadapi pelbagai keperitan. Badan selalu letih, kepala pening dan selalu loya.

    Apabila kandungan semakin besar, hatinya diganggu was-was, khuatir dan penuh persoalan. Apa akan terjadi kepada anak yang bakal dilahirkan? Apakah jantinanya? Apakah sempurna anggotanya?

    Tiba detik melahirkannya, perasaan ibu bertambah gelisah. Khuatir keselamatan diri dan anak sentiasa menghantui fikiran. Tetapi segala kerisauan, kebimbangan dan kesakitan terubat sebaik mendengar tangisan bayi yang dilahirkan.

    Bermula anak yang sebesar tapak tangan itu, ibu bapa tidak renggang membesarkan anaknya disusuli dengan kasih sa yang tidak berbelah bahagi. Makan, minum, pakaian, pen didikan dan segala keselesaan diberikan, sehinggalah anak yang kecil tadi menjadi seorang kanak-kanak, remaja dan dewasa seganding dengan ibu bapanya.

    Jasa ibu bapalah membolehkan si anak mengenal dan mengecap nikmat dunia, malah dapat menggali khazanah dunia serta menerajuinya. Justeru, sudah selayaknya ibu bapa dimuliakan, dibajai dengan kasih sayang sebagaimana mereka mencurahkan kasih kepada anaknya yang kecil dulu.

    Anak yang enggan berbakti kepada ibu bapa adalah anak derhaka, yang menerima balasan buruk. Ini sebagaimana dapat difahami daripada hadis yang diceritakan Tabrani: “Dua (kejahatan) yang akan dibalas oleh Allah di dunia ini adalah zina dan derhaka kepada dua ibu bapa.”

    Ada banyak contoh yang menunjukkan pengajaran betapa azabnya derita yang ditanggung derhaka di dunia. Seksa ini datang dalam bentuk penderitaan sakit, baik rohani atau jasmani, sukar mencari nafkah, gagal mendapatkan pekerjaan dan tiada ketenteraman dalam kehidupan.

    Kisah Wail bin Khattab pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, satu peristiwa yang boleh dijadikan teladan. Disebabkan terlalu cintakan isteri, Wail selalu mencaci ibunya, mem percayai segala yang dilaporkan isterinya berkaitan ibunya.

    Waktu Wail menghadapi kematian, dia mengalami pen deritaan sakit yang tidak terhingga. Dia menggelupur se hingga keluar keringat dingin membasahi seluruh badan. Mati tidak, sembuh pun tidak ada harapan.

    Selama berpuluh hari dia berada dalam keadaan demikian. Matanya merah menyala, mulutnya terbuka lebar tetapi kerongkongnya tersumbat sehingga tidak terdengar jeritan, manakala kaki dan tangannya kaku.

    Sahabat menunggu kematiannya, namun tidak tiba. Mereka berasa terharu melihat penderitaan yang dihadapi Wail. Mereka bersilih ganti mengajarkan Wail mengucap kalimah syahadah, namun semuanya buntu.

    Wail cuba sedaya upaya mengucap dua kalimah syahadah tetapi yang kedengaran daripada mulutnya hanya perkataan “oh, oh, oh, oh”. Keadaan semakin mengerikan.

    Akhirnya seorang sahabat Ali bin Abi Talib menemui nabi bagi menceritakan keadaan Wail. Nabi Muhammad meminta ibu Wail dijemput menemui beliau. Nabi mahu mengetahui bagaimana keadaan dan perlakuan Wail terhadap ibunya sebelum sakit.

    Apabila ditanya, ibu Wail menyatakan anaknya sentiasa mencaci lantaran hasutan isterinya. Dia percaya dan me ngikut apa saja yang dilaporkan isterinya tanpa usul periksa. Ini menyebabkan ibunya berasa sakit hati kepadanya.

    Nabi Muhammad s.a.w memujuk ibu Wail supaya segera mengampuni dosa anaknya yang derhaka. Tetapi perempuan itu berkeras tidak mahu memenuhinya. Dia berkata, air matanya belum kering lantaran perbuatan Wail yang me nyakitkan hatinya.

    Melihat keadaan itu, nabi termenung seketika. Kemudian, baginda memerintahkan sahabat mengumpul kayu api. Wail akan dibakar hidup-hidup.

    Nabi Muhammad menyatakan, jika ibu Wail tidak mahu memaafkan dosa anaknya, Wail akan derita menghadapi maut dalam jangka masa yang tidak pasti.

    Mendengar kata-kata nabi itu, ibu Wail segera berkata: “Wahai Rasulullah, jangan dibakar dia. Wail anakku. Aku telah ampuni dia. Kesalahannya aku telah maafkan.”

    Menurut sahabat, sebaik saja Wail diampuni ibunya, wajahnya mula berubah. Akhirnya dia dapat mengucap sya hadah dan menghembuskan nafas terakhir.

    INSYA ALLAH...REDHA IBUBAPA REDHA ALLAH
    mencari redha ALLAH...jadilah insan berguna kepada orang lain

    mohdazri

    • *
    • Posts: 1061
      • View Profile
    Reply #25 14 October, 2010, 04:00:52 PM
  • Publish

  • selain daripada kita mendidik anak dengan akhlak islamiah dan juga kehidupan sebagai seorang muslim sejati kita juga perlu perhatikan punca pendapatan kita adakah sahih halal atau masih lagi ada unsur haram.makanan yang kita sajikan adakah benar-benar halal dan baik untuk anak-anak kita. banyak kehancuran anak-anak kita di zaman ini berpunca daripada makanan yang tidak jelas halal dan haramnya.

    Pak_Long

    • *
    • Posts: 661
    • Redha MU YA ALLAH ku harapkan.. AMIN
      • View Profile
    Reply #26 20 November, 2010, 11:35:27 AM
  • Publish
  •  :)

    Mentaati ibu dan bapa bukan hanya bila mereka hidup saja. Kalau diorang dah kembali ke warahmatullah pun, kita perlu taat, bukan saja pada ibu bapa, tapi pada Allah dan RasulNya. InsyaAllah, pesanan untuk Pak long jugak ni. Kalau tak, mana nak datang anak yang soleh. Moga2 kita semua berjaya menjadi anak yang soleh. Amin
    Sesiapa yang dikalangan kamu yang melihat kemungkaran,maka ubahlah dengan tangannya,jika dia tidak mampu,maka ubahlah dengan lidahnya dan jika dia tidak mampu (walau hanya dengan lidah) maka ubahlah dengan hatinya. Dan itu adalah selemah-lemah Iman. Muslim

    Ummu Fatimah

    • *
    • Posts: 2154
      • View Profile
    Reply #27 20 November, 2010, 11:56:32 AM
  • Publish
  • Setuju dengan pak long, ustaz juga pernah cakap, taat ibubapa bukan depan mereka ja, tapi kat belakang mereka juga..

    Kalau ibubapa tak bagi merokok, maka kat belakang mereka juga tak boleh merokok. Kalau ibubapa tak bagi bercinta, kat belakang mereka juga tak boleh bercinta. Bukan setakat depan ibubapa, pijak semut pun tak mati tapi kat belakang.. Na'uzubillah..
    zaujah n aliah yusri.. ummu yusuf ramadhan & nur fatimah mujahidah..

    halawah

    • *
    • Posts: 2606
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #28 09 December, 2010, 10:20:02 PM
  • Publish
  •  :)

    Katakanlah : “Marilah kubacakan apa yang diharamkan atas kalian oleh Rabb kalian, yaitu janganlah mempersekutukan sesuatu dengan Dia dan berbuat baiklah terhadap kedua orang tua.” (Al An’am : 151)

    Dan Rabbmu telah memerintahkan supaya kalian jangan beribadah kecuali kepada-Nya dan hendaklah berbuat baik kepada kedua orang tua dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau keduanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu maka sekali-kali janganlah mengatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak keduanya dan ucapkanlah kepada keduanya ucapan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah : “Wahai Rabbku, kasihilah mereka berdua sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.” (Al Isra’ : 23-2
    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    NOR JANNAH

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Reply #29 04 May, 2011, 10:47:26 AM
  • Publish
  • YUP taati lah ibu bapa...ibu bapa adalah cinta hakiki yang kekal di dalm hati...selalu lah mendoakan untuk  ibu bapa kita...insyallah akan di makbulkan allah...berikan la yg terbek tu ibu bapa kita.....terus berbakti untuknye.......love you mak abah....

    maliki

    • *
    • Posts: 621
    • LAILLAHAILLAHAH-TIADA TUHAN SELAIN ALLAH
      • View Profile
    Reply #30 04 May, 2011, 12:06:11 PM
  • Publish
  • teringat kata2 ustaz tadi,semua dosa yang kita buat dimuka bumi ini Allah akan tangguh hukumannya melainkan dosa derhaka kepada ibubapa..barangsiapa yang derhaka pada ibubapa Allah akan segera turunkan balasanNya
    Nama diberi Ahmad Maliki.ukwah fillah senyum*
    Ape yang baik itu semuannya dari Allah taala,dan ape yang buruk itu datangnya dari kelemahan ana sendiri.Maaf.

    hamimah

    • *
    • Posts: 632
      • View Profile
    Reply #31 29 June, 2011, 01:05:41 AM
  • Publish
  • sama sama lah kita berusaha untuk menjadi yang soleh dan soleha....
    YA ALLAH....ampunilah dosaku hari ini,semalam,dan hari2 yg akan dtg..
    kuatkanlah hati ini semoga thabat dlm perjuangan agamaMU..

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    10 Replies
    8883 Views
    Last post 05 July, 2012, 10:55:06 PM
    by sunnatulhuda
    15 Replies
    9410 Views
    Last post 24 September, 2010, 09:49:45 AM
    by Arozi
    1 Replies
    1830 Views
    Last post 01 July, 2013, 02:58:17 PM
    by ain uwaisy