Mentaati ibu bapa - jadilah anak yang soleh dan solehah.

*

Author Topic: Mentaati ibu bapa - jadilah anak yang soleh dan solehah.  (Read 27782 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Ummi Munaliza

  • *
  • Posts: 14487
  • Anniversary Ke 30
    • View Profile
25 March, 2009, 07:10:24 AM
  • Publish
  • [box title=Mentaati Ibu bapa]                      Anakku jadilah anak yang soleh dan solehah[/box]


    Bagaimana caranya mendidik hati dan diri agar menjadi anak yang soleh dan solehah?

    « Last Edit: 02 April, 2009, 06:59:14 AM by Munaliza Ismail »
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #1 25 March, 2009, 07:12:31 AM
  • Publish

  • Untuk mendidik diri agar menjadi insan yang solehah adalah dengan banyak melakukan amalan yang terpuji, berusaha untuk meninggalkan dosa-dosa yang kecil apakah lagi dosa-dosa besar. Jangan tinggalkan amalan yang wajib, jalinkan siraturrahim dengan sanak keluarga dan hormati kedua ibu bapa, sebab keredhaan Allah itu tergantung kepada kerdhaan ibu bapa terhadap kita. Namun yang paling penting tutuplah aurat agar kehidupan mendapat keberkahan Allah SWT.

        Banyakkan membaca Al Quran dan berzikir insya Allah, hati akan menjadi tenang.
        Doa-doa untuk mendidik hati dan diri, diantaranya  adalah seperti berikut:-

        *Doa agar terhindar dari kesesatan (Ali Imran ayat 8).
        *Doa agar tetap pendirian (Ali Imran 147).
        *Doa agar diberi rahmat (Al A'raf 23).

    « Last Edit: 05 August, 2009, 12:30:39 PM by Munaliza Ismail »

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #2 25 March, 2009, 07:24:21 AM
  • Publish
  • [box title=Mentaati ibu bapa]Ibu tidak memelihara anaknya semasa kecil, sebaliknya anak itu diberikan kepada orang lain .
    Ibu itu  tidak pernah mendidik dan ambil tahu semasa anak masih kecil di dalam jagaan orang lain. Apabila tua, ibu menuntut anak itu menjagnya.
    [/box]  

      Walaupun seorang ibu tidak memberikan tumpuan yang sewajarnya kepada anaknya khasnya dari sudut pendidikan, sebaliknya anaknya sendirilah yang bertungkus lumus berusaha untuk memajukan dirinya, namun tidaklah menjadi kesalahan dalam Islam apabila seseorang anak itu ingin berbakti kepada ibunya mengikut sekadar yang termampu dan menghubungkan tali silaturrahim dengannya.

        Islam sangat menggalakkan umatnya menghubungkan tali silaturrahim dengan orang yang memutuskan tali silaturrahim dengan mereka, apalagi jika yang memutuskan hubungan tali silaturrahim itu adalah ibunya sendiri. Amat besar pahalanya apabila berbakti kepada ibu sendiri. Selain itu yang terlibat juga dinasihatkan supaya banyak bersabar, mudah-mudahan dengan banyak bersabar menghadapi karenah ibu sendiri, Allah SWT akan mudahkan kita dengan beberapa nikmat yang kita tidak sangka-sangka datangnya kepada kita.

        Ingatlah Nabi SAW boleh bersabar menghadapi karenah pimpinan Quraisy yang sesetengahnya bertanggungjawab membunuh anak perempuannya sendiri, kenapa kita tidak boleh bersabar dalam berbuat demikian terhadap ibu sendiri. Buangkanlah perasaan benci dan dendam kepada ibu sendiri, kerana perbuatan ini tidak elok menurut pandangan Islam.

    « Last Edit: 05 August, 2009, 12:31:07 PM by Munaliza Ismail »

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #3 25 March, 2009, 07:33:14 AM
  • Publish
  • [box title=Mentaati ibu bapa]Sebagai seorang anak kita mestilah taat kepada kedua Ibu & Bapa Jikalau kita ingin melakukan sesuatu pekerjaan yang baik ataupun yang ringkasnya sesuatu yang diredhai Allah, tetapi Ibu tidak redha diatas pekerjaan tersebut adakah kita harus akur terhadap kehendaknya (Ibu). Kerana setahu saya keredhaan Ibu adalah jua keredhaan Allah s.w.t ...
    Tetapi  saya masih lagi berharap ke hadrat Allah supaya saya dapat melaksanakan niat saya itu.

    [/box]


        Menurut Al Qurthubi, derhaka kepada kedua orang tua ialah menyalahi perintah keduanya, sebagaimana bakti keduanya bererti mematuhi perintah mereka berdua. Berdasarkan ini jika keduanya atau salah seorang dari mereka menyuruh anaknya, maka anaknya wajib mentaatinya, jika perintah itu bukan maksiat. Meskipun pada asalnya perintah itu termasuk jenis mubah, begitu pula bila termasuk jenis mandub (sunat).

        Dalam sebuah hadis dijelaskan, Rasulullah SAW bersabda: Dari Abdullah bin Amr, ia berkata: seorang lelaki datang kepada Rasulullah, lalu berkata: "Wahai Rasulullah, aku datang untuk berjihad bersama baginda kerana aku ingin mencari redha Allah dan hari akhirat. Tetapi aku datang kesini dengan meninggalkan ibu bapaku dalam keadaan menangis". Lalu sabda baginda: "Pulanglah kepada mereka. Jadikanlah mereka tertawa seperti tadi engkau jadikan mereka menangis". (Riwayat Ibnu Majah)
      Jadi perintah ibu atau bapa yang bukan bersifat maksiat atau mempersekutukan Allah, maka kita wajib mentaatinya. Namun jika perintah nya bersifat melawan kehendak dan hukum agama, maka tolaklah dengan cara yang baik.
    « Last Edit: 05 August, 2009, 12:32:00 PM by Munaliza Ismail »

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #4 25 March, 2009, 07:41:58 AM
  • Publish
  • [box title=Mentaati ibu bapa]Apakah yang dimaksudkan dengan amalan anak yang salih diterima oleh kedua ibubapanya?
    Adakah anak tersebut perlu meniatkan amalan tersebut khas kepada ibubapa mereka atau tidak?

    [/box]
    Segala amal kebajikan yang dilakukan oleh seseorang dapat dikatakan sebagai amalan anak yang soleh, kerana setiap kita mempunyai ayah dan ibu. Samada kita kirim secara khusus doa untuk orang tua atau kita beramal untuk diri kita sendiri, maka segala kebaikan dan kebajikan yang kita lakukan itu merupakan ibadah anak yang soleh. Adalah lebih baik kita mendoakan kedua ibu bapa dengan doa yang khusus seperti yang tercantum dalam ayat Al Quran dan diamalkan oleh setiap orang selesai mengerjakan solat.
    « Last Edit: 05 August, 2009, 12:32:31 PM by Munaliza Ismail »

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #5 04 April, 2009, 09:44:02 PM
  • Publish

  • Semalam  bertarikh 3 April ibu Sum79 telah meninggal duni kerana sakit jangkitan usus. Selama 14 tahun ibu Sum79 lumpuh kerana serangan angin ahmar. Selama itulah Sum79 telah menjaga ibunya, Allah telah memberi peluang kepadanya untuk berbakti.

    Allah telah menganugerahkan peluang itu kepadanya. Telah terpilih dia menjadi anak yang soleh. Dia mengorbankan usia yang selayaknya berumahtangga kerana menjaga ibu yang sakit.

    Semoga Sum79 mendapat ganjaran yang setimpal dengan apa yang dilakukan sebagai  anak soleh yang diberi peluang untuk berbakti kepada ibu bapa.

    Adakah kita terpilih untuk mendapat kesempatan dan peluang ini?
    « Last Edit: 04 December, 2009, 06:49:50 AM by Ummi Munaliza »

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #6 10 April, 2009, 03:01:49 PM
  • Publish

  • Sejak kita dilahirkan, kita telah dijaga, dibelai, dididik dan diasuh dengan begitu perihatin oleh kedua ibu bapa kita. Sewaktu kecil, apabila kita merengek di tengah malam buta, ibu kita dengan kerelaan hatinya terpaksa bersengkang mata untuk memujuk dan memberikan susu. Manakala ayah pula sibuk berusaha memastikan kehidupan keluarganya dalam keadaan yang baik agar kita dapat hidup dengan selesa dan sempurna.

    Lihatlah betapa besarnya jasa dan pengorbanan kedua ibu bapa kita. Apakah tindakan kita yang sewajarnya untuk membalas jasa mereka ini? Pernahkah selama ini kita membuatkan mereka kecil hati? Sesungguhnya ingatlah syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Derhaka kita kepada mereka bererti derhaka kita kepada Allah Taala. Taatilah mereka selagi mana tidak bercanggah dengan hukum Islam. Berusahalah membahagiakan mereka. Sentiasalah berdoa akan keselamatan dan kesejahteraan mereka di dunia dan di akhirat. Sesungguhnya doa daripada anak-anak yang soleh inilah yang akan menerangi kehidupan mereka di alam barkzah nanti. Ingatlah suatu hari nanti kita juga bakal menjadi ibu dan ayah dan kita pasti akan mengharapkan agar dikurniakan anak-anak yang soleh sepertimana harapan ibu dan bapa kita juga.
    « Last Edit: 05 August, 2009, 12:33:04 PM by Munaliza Ismail »

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4596
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Reply #7 04 May, 2009, 10:59:28 AM
  • Publish

  • [box title=APA PUNCA ANAK DERHAKA?]>
    Bagaimana mahu melahirkan anak-anak berakhlak jika di sekolah para guru tidak bermoral?
    “Selalu saya tekankan, jika baran dan marah sekalipun, tolong jangan keluarkan perkataan-perkataan celupar seperti bodoh, bengap atau  dungu kepada anak murid, kerana kata-kata guru seperti emak, sebahagian daripada doa,” pesannya.
    >
    Sabda nabi saw, “Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan  rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukul.”
    >
    “Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda  penghargaan . Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi  selalunya usia beginilah ibu bapa mula renggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka,” ujarnya.
    >
    Beliau turut menjelaskan, anak-anak harus dilatih sembahyang  jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka.
    >
    “Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumah  tangga. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik  ke  rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.
    >
    “Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup,” katanya lagi.
    [/box]
    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4596
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Reply #8 04 May, 2009, 11:00:22 AM
  • Publish
  • [box title=DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL]
    >
    Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka  bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan onang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar.
    >
    Jawab Sayyidina Umar, budak-budak kecil tidak berdosa dan doa  mereka Mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau jumpa budak kecil, baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun  anak anak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah.
    >
    Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka  mengadu bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.[/box]

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4596
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Reply #9 04 May, 2009, 11:00:53 AM
  • Publish
  • [box title=BERTAUBAT SEBELUM MELARAT]
    >
    Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat.  Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya anak derhaka dan melawan mereka?
    >
    “Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak dan bacakan ayat-ayat  suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. “Sedekah ke masjid atas nama ibu. Walaupun ibu sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.
    >
    “Allah maha pengampun dan luaskan rahmatnya. Tetapi jangan ambil  kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram. Lebih teruk lagi, Allah tunjukkan dalam bentuk bala.
    >
    “Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari.  Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah  yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan,  jika semuanya baik turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan
    dengan ibu ?
    >
    >
    “Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak  rugi jalin hubungan yang baik kerana hayat orang tua bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita.”
    > [/box]

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4596
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Reply #10 04 May, 2009, 11:01:34 AM
  • Publish
  • [box title=HUBUNGAN DENGAN BAPA]
    >
    Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak.
    “Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetE0pi dalam  konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi sunuh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa.
    >
    “Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati.Begitu juga dengan nenek,  walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan  mereka. “Sebenannya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita.  Walaupun Allah
    tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghorma ti golongan tua.”[/box]

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4596
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Reply #11 04 May, 2009, 11:02:06 AM
  • Publish
  • [box title=USAH DERHAKA KEPADA MENTUA]
    >
    “Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua  sendini. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga?”
    >
    “Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap  mentua yan g terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin  hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung,” jelasnya.
    >
    Tuan Ibrahim juga menjelaskan, kewajipan anak lelaki, pertama  kepada  Allah , kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.
    >
    “Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan  ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. “Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas  menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail, suatu hari,
    Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah  isteninya pun tidak kenal dengan mentuanya. “Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum  balik d ia
    berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik isteninya pun menggambarkan rupa  lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya.
    >
    “Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita ya berakhlak, lalu diceraikan. “Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak  mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik  hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik  dan jangan ditukar kepada yang lain.”

    Tuan Ibrahim berpesan, “Ibu-ibu tolong maafkan anak-anak dan  Doakan keselamatan mereka. Memang anak-anak yang degil dan tidak mendengar kata, itu ujian Tuhan Berdoalah kepada Allah semoga bila usia anak meningkat perangainya berubah :
    “Jika masih tidak berubah, berdoa lagi moga-moga berubah selepas kahwin Sekiranya tidak berbeza, sebelum meninggal tulislah wasiat kepada anak-anak. Tolong jangan tinggal sembahyang dan jadilah anak yang soleh. Ibu-ibu juga Amalkan surah Toha ayat satu hingga enam kerana ia mujarab melembutkan hati anak-anak.”[/box]

    muaalim

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Reply #12 05 August, 2009, 12:12:11 PM
  • Publish

  •  Ana Muaalim  Salam Ukhuwah

    Ibu memahami tangisan bayi mungkin kerana rasa dek lapar atau tidak dipeduliSuami memahami tangisan isteri mungkin kerana dek hilangnya sesuatu yang dikasihiKekasih memahami tangisan kekasih dicintai mungkin kerana dek sebab janji yang dikhianatiTatapi INSAN yang sering lupa diri..........Hayatikah kita tangisan NABIMemohon agar umatnya tidak dimurkau ilahiDimanakah maruah,martabat dan rasa hormat kita pada insan semulia ini :ws:

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #13 19 August, 2009, 09:15:35 PM
  • Publish

  • Berikut antara perkara-perkara yang perlu diperhatikan:

    1.Ibu bapa suka jika anak berbakti kepadanya. Sahut panggilannya, penuhi suruhannya, ringankan kerjanya, membantu tanggungan sara hidupnya, jaga dia ketika sakit, hidangkan makan, bertanya khabar dan ambil tahu kehidupannya jika tinggal berjauhan dan sebagainya.

    2.Ibu bapa ada hati dan perasaan. Walaupun umpamanya mereka sudah nyanyuk dan lanjut usia tapi hati mereka masih boleh merasa dan terkesan dengan kata-kata serta tindak-tanduk anak.

    3.Ibu bapa pantang ditegur. Umumnya ibu bapa sentiasa rasa diri mereka lebih betul dari anak sebab mereka lebih dulu makan garam. Jadi pantang kalau anak tegur ibu bapa dalam satu-satu perkara secara semberono.

    4.Ibu bapa mudah terkesan dengan pandangan mata anaknya. Kalau anak pandang dengan kasih sayang, ibu bapa akan tahu. Begitu juga jika sebaliknya.

    5.Ibu bapa tidak suka digula-gulakan oleh anak. Mereka sukakan pemberian dari anak tapi hati kecil mereka menolak pemberian yang bukan dari hati atau sekadar untuk ambil hati.

    6.Ibu bapa tidak suka anak campuri urusan peribadi mereka. Misalnya jika ayah seorang duda dan berhasrat kahwin lagi, dia tidak akan senang jika anak tunjuk sikap membangkang atau membuat komen yang sakitkan hati.

    7.Ibu bapa suka dijadikan tempat rujuk. Kalau anak tak pernah minta pandangan, tak pernah minta restu dan doa, hati mereka boleh terguris.

    8.Diam ibu bapa biasanya tanda tak setuju. Ini anak perlu faham. Kalau anak meminta persetujuan ibu bapa dalam sesuatu perkara tapi mereka diam saja, maka diam itu berkemungkinan besar tanda tidak setuju.

    9.Semakin lanjut usia, ibu bapa semakin sensitif. Kalau seseorang itu ada ibu atau ayah yang sudah lanjut usia, ada baiknya dia lebih berhalus untuk jaga hati mereka. Tersilap sedikit pun boleh lukakan hati dan mengundang rajuk mereka.

    10.Ibu bapa umumnya suka manjakan cucu dan tidak senang jika cucunya diapa-apakan. Jadi kalau hendak marah atau rotan anak, ia tidak boleh dibuat di depan mata nenek atau datuknya untuk jaga perasaan mereka.  Jadi banyak sudut yang boleh ditengok untuk menjaga hati dan perasaan ibu bapa. Bolehlah dikatakan, menjaga hati mereka bagaikan menjaga kaca yang mudah pecah.

    Nur_Ain

    • *
    • Posts: 228
      • View Profile
    Reply #14 16 October, 2009, 09:25:06 AM
  • Publish

  • Menghormati Ibu Bapa dan Orang Lebih Tua

    Soalan:
    Apakah hukum seseorang yang tidak menghormati orang yang tua daripadanya seperti, ayah, ibu, abang atau kakaknya sendiri?

    Jawapan:
        Bagi orang yang tidak menghormati kedua ibu bapanya maka hukumnya berdosa besar. Begitu juga jika tidak menghormati orang lebih tua daripada kita, baik tua dari segi usia mahupun tua atau matang dari segi ilmu pengetahuan. Di dalam Islam orang yang derhaka kepada kedua ibu bapanya termasuk ke dalam kategori dosa besar setelah mensyirikkan Allah, dan akan di masukkan ke dalam neraka. Firman Allah SWT maksudnya: "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ah (uff) dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia". (Al Isra' 23) Orang yang tidak menghormati ibu bapa akan dilaknat oleh Allah SWT. Sebagaimana dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang bermaksud: "Ada tiga macam orang yang terkena laknat Allah SWT iaitu: Seorang yang membenci kedua ibu bapanya, seseorang yang berusaha menceraikan sepasang suami isteri, kemudian setelah isteri tersebut dicerai ia menggantikannya sebagai suaminya dan seseorang yang berusaha agar orang-orang mukmin saling membenci dan saling mendengki antara sesamanya dengan hasutan-hasutannya".
    (Riwayat Ad Dailami daripada Umar ra)

    Sila rujuk buku:
    1. 40 Peranan Anak Mithali DN 242
    2. Wanita Solehah DN 148

    Nur_Ain

    • *
    • Posts: 228
      • View Profile
    Reply #15 16 October, 2009, 09:26:47 AM
  • Publish

  • Sombong Terhadap Orang Arif dan Lebih Tua

    Soalan:

    Apakah hukum seseorang yang sombong dan bongkak terhadap orang yang lebih arif dan tua daripadanya?

    Jawapan:
        Menghormati orang yang lebih arif merupakan tanggungjawab setiap idividu kerana Rasulullah SAW sangat mencintai orang yang menghargai ilmu, sebagaimana baginda menyayangi saidina Ali Karamallahu wajhahu yang merupakan babul ilmi atau gedung ilmu pada zamannya. Bahkan Saidina Ali ra. sendiri pernah berkata : "Orang berilmu lebih utama daripada orang yang selalu berpuasa, bersolat (sunat) dan berjihad. Apabila mati orang yang berilmu, maka terdapatlah suatu kekosongan dalam Islam yang tidak dapat ditutup selain oleh penggantinya atau orang yang berilmu juga".

        Begitu juga tentang sifat sombong merupakan sifat yang paling dibenci oleh Allah SWT jika para hamba-Nya memilikinya. Kerana yang berhak memiliki kesombongan itu hanya Allah, sebab Dialah Yang Maha Kuasa. Sifat sombong juga menyebabkan seseorang terhalang untuk dimasukkan ke dalam syurga di akhirat kelak. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Barangsiapa kelak pada hari kiamat ia suci dari tiga perkara, maka ia akan masuk syurga, iaitu dari sikap sombong, rasuah dan hutang". (Riwayat Tirmizi)     Bertawadhuklah  serta merendahkan diri kepada Allah, agar kita tidak menyombongkan diri dalam segala hal. Dengan demikian kita akan tergolong insan yang diredhai-Nya. Insya Allah.

    Sila rujuk buku:
    1. 170 Amalan Yang Ditolak

    mualli

    • *
    • Posts: 462
    • PERANGI MAKSIATTTT!!!!!ayuhhhh...
      • View Profile
    Reply #16 16 October, 2009, 11:55:38 PM
  • Publish
  • Salam...
    bila baca jer artikel dan soal jawab yag dikirimkan ,
    terasa diri masih jauh ketinggalan lagi utk mendapat title anak yg solehah...

    Peringatan utk diri dan sahabat2:
    Sesungguhya...syurga itu di bawah tapak kaki ibu dan
     Redha Allah terletak kepada keredhaan ibubapa kita...

    Insyaallah marilah kita semua berusaha dan memaksa diri kita agar
    menjadi anak yg soleh dan solehah...harta paling berharga buat ibu dan ayah...
    Berjihad Fisabilillah...
    Paksalah diri untuk melakukan ibadat...baguss gabuss
    Berilmu...Beramal...kerana ALLAH!
    PERANGI MAKSIATTTT!!!!!ayuhhhh...
    http://jomperahotakk.blogspot.com/
    http://imageshack.us/

    halawah

    • *
    • Posts: 2589
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #17 17 October, 2009, 01:02:05 AM
  • Publish
  •  :)

    Dari Al Qur’anul Karim

     BismillahirRahmanirRahiim.
    'Dengan Nama Allah yang amat pengasih lagi maha Penyayang"

    Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman :

    “Beribadahlah kalian kepada Allah dan janganlah mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua … .” (An Nisa’ : 36)

    Imam Ibnu Katsir rahimahullah berkata tentang ayat di atas : “Kemudian (setelah menyuruh bertauhid, pent.) Allah Subhanahu wa Ta'ala memberi wasiat untuk berbuat baik kepada kedua orang tua. Karena Allah menjadikan mereka berdua sebagai sebab keluarnya engkau dari ‘tidak ada’ menjadi ‘ada’. Dan banyak sekali Allah menggandengkan perintah beribadah kepada-Nya dengan berbuat baik kepada kedua orang tua.”


    Katakanlah : “Marilah kubacakan apa yang diharamkan atas kalian oleh Rabb kalian, yaitu janganlah mempersekutukan sesuatu dengan Dia dan berbuat baiklah terhadap kedua orang tua.” (Al An’am : 151)

    Dan Rabbmu telah memerintahkan supaya kalian jangan beribadah kecuali kepada-Nya dan hendaklah berbuat baik kepada kedua orang tua dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau keduanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu maka sekali-kali janganlah mengatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak keduanya dan ucapkanlah kepada keduanya ucapan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah : “Wahai Rabbku, kasihilah mereka berdua sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.” (Al Isra’ : 23-24)


    “Dan Kami wajibkan manusia untuk berbuat baik kepada kedua orang tua. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu maka janganlah kamu mengikuti keduanya. Hanya kepada-Ku-lah kalian kembali lalu Aku khabarkan kepada kalian apa yang telah kalian kerjakan.” (Al Ankabut : 8)

    Dan ingatlah ketika Luqman berkata kepada anaknya di waktu ia memberi pelajaran kepadanya : “Wahai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan-Nya itu adalah kedhaliman yang besar.” Dan Kami perintahkan kepada manusia untuk berbuat baik kepada kedua orang tua, ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada-Ku-lah kembalimu. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu maka janganlah kamu mengikuti keduanya dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku. Kemudian hanya kepada-Ku-lah kalian kembali maka Ku-beritahukan kepada kalian apa yang telah kalian kerjakan. (Luqman : 13-15)


    Kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungnya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia dewasa dan umurnya telah sampai empat puluh tahun, ia berdoa : “Ya Rabbku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan supaya aku dapat berbuat amal shalih yang Engkau ridlai, berilah kebaikan kepadaku dengan memberi kebaikan kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku termasuk orang yang berserah diri.” Mereka inilah orang-orang yang Kami terima dari mereka amalan yang baik yang telah mereka kerjakan dan Kami ampuni kesalahan-kesalahan mereka bersama penghuni-penghuni Surga sebagai janji yang benar yang telah dijanjikan kepada mereka. (Al Ahqaf : 15-16)Sodaqallahul'Aziim.

    Ayat-ayat Allah Subhanahu wa Ta'ala yang agung di atas memberikan pelajaran kepada kita betapa besarnya kedudukan kedua orang tua. Kita wajib mematuhi keduanya selama keduanya menyuruh kepada kebaikan dan ketaatan kepada Allah.
    WabillahitTaufiq Walhidayah
    Wassalamualaikum wr.wb.wm.
    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    SNF

    • *
    • Posts: 904
    • "Kau ibarat permata berharga"
      • View Profile
    Reply #18 04 December, 2009, 09:15:39 PM
  • Publish
  • Ibu bapa yang amat penting dalam mendidik anak dari kecil,terutamanya untuk menghindari anak2 derhaka kepada mereka.
    Kalau elok didikan ibu bapa dari kecil InsyaAllah anak tak akan derhaka..
    Mendoakan anak ini juga sebahagian dari proses didikan. Nabi Zakaria a.s. berdoa,

    Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. (Ali-Imran : 38)


    Doa ibu bapa untuk anak bermula seawal anak masih belum lahir, malah sejak anak di alam roh lagi. Sebab itu dianjurkan berdoa sebelum melakukan hubungan suami isteri dengan doa yang bermaksud,

    Ya Allah! Jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari apa yang Engkau rezekikan kepada kami (zuriat keturunan)

    Lahirnya anak perlu disambut dengan doa. Selain doa ibu ayahnya, juga doa dari orang yang soleh. Di zaman Rasulullah, adalah satu kelaziman para Sahabat membawa bayi mereka hadapan Rasulullah untuk Baginda tahnik dan doakan. Kisah Ummu Sulaim lebih menarik. Berkat doa Rasulullah, hasil percantuman benih dengan suaminya sepulangnya suami dari musafir, lahir seorang anak yang kemudiannya menjadi tokoh.

    Didikan anak seawal masih bayi
    Didikan sejak bayi hingga usia mumayyiz banyak guna pendekatan bermain-main dan membelai dengan kasih sayang. Selepas mumayyiz, sudah mula diajak solat dan biasakan amalan-amalan yang baik. Menjelang akil baligh, diberi persediaan ilmu-ilmu fardhu ain dan penerapan kemahiran hidup. Diceritakan soal tanggungjawab kepada Allah, pada ibu bapa, masyarakat dan agama. Menjelang usia kahwin pula, dipesankan tentang tanggungjawab berkeluarga. Sampailah anak sudah kahwin, ibu bapa masih patut pantau, bimbing & beri nasihat.

    Selain kawasan kediaman, suasana sekolah anak juga mempengaruhi pembentukan peribadinya. Begitu juga tempat dia bekerja. Langkah-langkah memelihara keturunan seperti yang disenaraikan di atas adalah proses yang berterusan. Dari ibu bapa turun kepada anak-anak, cucu, cicit dan seterusnya. Dengan mengikut langkah-langkah ini, setiap orang mengharap keselamatan untuk diri dan keluarganya, seperti maksud firman Allah,

    Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka... (At-Tahrim : 6)

    Wa'Allahualam.

    SNF

    • *
    • Posts: 904
    • "Kau ibarat permata berharga"
      • View Profile
    Reply #19 30 December, 2009, 11:35:54 PM
  • Publish
  • Mendidik anak biarlah bermula dari rebungnya, agar kelak tumbuh lurus menghela ke puncak sinar kejayaan..
    Apa yang kuperoleh daripada hadith ialah berwaspadalah pada dunia… jangan sampai alpa dan leka mengejar akan nikmat dunia yang sementara, dan hilang pedoman menuju ke alam akhirat sana, yang lebih kekal abadi dan hakiki…. Nauzubillah …
    Hilangkanlah dalam dirimu penyakit al-wahan (cintakan dunia, takutkan mati)
    Keluarga itu adalah amanah dan tanggungjawab, bukannya senang2 nak punggah sana sini.
    Ingatlah sentiasa, setiap yang menjadi kewajipan di dunia ini akan disoal di akhirat sana. Berpegangnya kamu pada tanggungjawabmu, dibalasNya dengan syurga yang penuh kenikmatan. Namun, berpatah arangnya kamu dengan amanah dan kewajipanmu, bersedialah akan dosa yang pula menjadi tangungan.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    10 Replies
    8648 Views
    Last post 05 July, 2012, 10:55:06 PM
    by sunnatulhuda
    15 Replies
    9274 Views
    Last post 24 September, 2010, 09:49:45 AM
    by Arozi
    1 Replies
    1761 Views
    Last post 01 July, 2013, 02:58:17 PM
    by ain uwaisy