Apakah cara2 imam wanita untuk memimpin solat jemaah (wanita sahaja)?

*

Author Topic: Apakah cara2 imam wanita untuk memimpin solat jemaah (wanita sahaja)?  (Read 17481 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

anonymous

  • *
  • Posts: 123
    • View Profile
24 March, 2009, 04:51:49 AM
  • Publish
  • Bolehkah sesiapa memberi informasi? Lebih afdhal jika boleh dibandingkan dengan cara2 solat jemaah yang dipimpini oleh imam lelaki (untuk solat jemaah umum) dan imam wanita (untuk solat jemaah wanita sahaja).

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14526
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #1 24 March, 2009, 05:24:17 AM
  • Publish

  • Terlebih dahulu saya paparkan disini kelebihan solat berjamaah dan syarat-syarat mengikut imam.

    [box title=SYARAT MENGIKUT IMAM]                                     SOLAT BERJAMAAH[/box]

    Rasulullah SAW bersabda: 'Solat berjamaah itu lebih afdhal daripada solat bersendirian sebanyak 27 kali ganda.' - Hadis Bukhari & Muslim

    Solat berjamaah adalah sunat muakkad, iaitu sunat yang digalakkan. Selain daripada mendapat ganjaran yang banyak, solat berjamaah mengandungi hikmah meningkatkan syariat Islam di samping memperteguh perpaduan ummah.

    Syarat Mengikut Imam:

        1. Makmum wajib berniat mengikut Imam, iaitu dengan menambah perkataan "Makmuman"di dalam niat solat.

        2. Solat yang didirikan oleh Imam dan Makmum adalah sama. Tidak sah orang yang solat fardu mengikut orang
            yang solat Jenazah. Tetapi jikalau berlainan niat, misalnya orang yang hendak solat fardu mengikut orang
            yang solat sunat adalah dibolehkan.

        3. Makmum mengetahui pergerakan Imam yang diikuti sama ada dengan melihat atau mendengarnya.

        4. Makmum tidak boleh mendahului Imam dalam semua keadaan sama ada dari segi saf, tempat atau perbuatan.

        5. Makmum hendaklah mengikuti segala perbuatan Imam. Tidak mendahului atau terlambat daripadanya 2 rukun
           solat. Jikalau berlaku demikian maka batallah solat makmum.

        6. Makmum hendaklah berdiri di belakang Imam. Jikalau makmum berdiri di hadapan Imam maka batallah solat itu.

        7. Makmum hendaklah meyakini solat Imam yang ikutinya itu sah. Jikalau tidak, misalnya orang yang bermazhab
            Syafi'e berimamkan orang yang bermazhab Hanafi, dan ragu makmum akan Imamnya menyentuh akan
            isterinya selepas solat, maka batal solat makmum.

        8. Imam yang di ikuti oleh makmum tidak boleh mengikuti orang lain misalnya: Imam yang di ikuti sedang menjadi
            makmum dan mengikuti Iman yang di hadapannya.

        9. Imam bukan seorang yang ummi [tidak tahu membaca atau menulis], hendaklah ia seorang Qari.

        10. Berhimpun atau berkumpul Imam dan makmum pada suatu tempat

    Peringatan:

    Sekiranya ia solat seorang lebih khusyu' daripada solat berjamaah maka solat keseorangan itu lebih afdal.

    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14526
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #2 24 March, 2009, 05:39:42 AM
  • Publish

  • Kedudukan Dalam Jemaah

    Bagaimanakah kedudukan/jarak imam dan makmum dalam sembahyang berjemaah:
    a)  sesama perempuan

    Jawapan:
    a)  Sesama perempuan
         Jarak imam dengan makmum dalam solat jamaah yang diimami oleh orang perempuan. sesetengahnya
         berpendapat imam perempuan berada dihadapan sedikit dari makmum, tetapi yang afdalnya menurut
         imam An-Nawawi di dalam Syarah Muhaddhabnya, imam perempuan hendaklah berdiri di tengah-tengah
         saf yang pertama, kemudian jarak antara saf demi saf adalah sebagaimana yang biasa kita lihat sekarang.

    masri

    • *
    • Posts: 28
      • View Profile
    Reply #3 24 March, 2009, 12:22:35 PM

    riwayat dari Raithah Al Hanafiyah :

    أَنَّ عَائِشَةَ أَمـــَّتْهُنَّ وَقَامَتْ بــــَيْنـــَهُنَّ فِيْ صَلاَةٍ مَكْتُوْبــــَةٍ ( رواه الدارقطني(

    “Bahawasanya Aisyah pernah mengimami wanita-wanita pada salah satu shalat wajib, dan beliau berdiri di antara mereka” (HR. Daraquthni) Diriwayatkan daripada Ummu Salamah رضي الله عنها:

    أَنـــَّــهَا أَمَّتْهُنَّ فَقَامَتْ وَسَطًا( رواه عبد الرزاق و البيهقى(

    “Bahwasanya beliau (Ummu Salamah, istri Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam) mengimami para wanita; beliau berdiri di tengah (shaf)” (HR. Abdur Razzaq dan Al Baihaqi)

    وفي الأم :"قال الشافعي : روى الليث عن عطاء عن عائشة أنها صلت بنسوة العصر فقامت في وسطهن"

    Di dalam al-Umm: Berkata al-Imam al-Syafie rhm: al-Laith meriwayatkan daripada 'Atho daripada 'Aisyah ra bahawa dia ('Aisyah ra) solat Asar bersama wanita dan beliau berdiri di tengah-tengah mereka.

    Fatwa Lajnah Daimah:
    -dibenarkan untuk wanita mengimami solat sesama wanita
    -imam berada ditengah-tengah saff ma'mum
    -jika solat berdua (seorang imam dan seorang makmum),makmum wanita akan berada disebelah kanan imam wanita.
    http://al-fikrah.net/Forums/viewtopic/p=72890.html#72890

    masri

    • *
    • Posts: 28
      • View Profile
    Reply #4 24 March, 2009, 12:25:14 PM
  • Publish

  • Peringatan:

    Sekiranya ia solat seorang lebih khusyu' daripada solat berjamaah maka solat keseorangan itu lebih afdal.

    Assalamualaikum wbt,

    boleh akak nyatakan sumber rujukan untuk hal ini.

    Saya tak pasti untuk wanita afdhal jemaah atau seorg diri jika lebih khusyuk. Akan tetapi untuk lelaki solat jemaah adalah hal yang amat diberatkan, hatta di dalam mazhab Hanbali fardhu ain, manakala mazhab syafie fardhu kifayah. Maka para lelaki jangan menjadikan alasan khusyuk untuk solat seorang diri. Sebaik-baik petunjuk ialah petunjuk Rasulullah saw, Rasulullah saw tidak pernah soat fardhu di rumah atau sendirian.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14526
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #5 24 March, 2009, 12:32:16 PM
  • Publish

  • Peringatan:
    Sekiranya ia solat seorang lebih khusyu' daripada solat berjamaah maka solat keseorangan itu lebih afdal.

    boleh akak nyatakan sumber rujukan untuk hal ini.

    saya bercerita ikut tajuk topik ini.
    Ini berkaitan dengan wanita. solat berjamaah  wanita.
    Melainkan kalau wanita itu berada dalam suatu majlis yang ada ramai wanita,
    maka baik lah bersolat jamaah.
    Jika wanita itu memang berada di rumah, tidak menjadi kewajiban dia pergi ke surau
    untuk bersolat jamaah.
    Maka adalah baik dai solat berseorangan di rumah.
    Yang satu tulis di atas info dahulu bagaimana solat jamaah dilakukan.

    masri

    • *
    • Posts: 28
      • View Profile
    Reply #6 24 March, 2009, 12:46:28 PM

    Ya, benar wnaita afdhal solat di kediaman, bukan di masjid atau surau.

    Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda kepada seorang wanita :

    “Shalat di kamarmu lebih utama daripada shalat di rumahmu. Shalat di rumahmu lebih utama daripada shalat di masjid kaummu” (HR. Ibnu Khuzaimah)

    “Janganlah kalian melarang wanita-wanita kalian (untuk pergi ke) masjid dan rumah-rumah mereka lebih baik bagi mereka” (HR. Ibnu Khuzaimah)

    Cuma jika di bilik atau rumah tu ada kawan-kawan lain, bolehlah ajak mereka solat jemaah bersama, tidak perlu ke masjid kecualilah di masjid ada majlis ilmu atau lain-lain.

    zawq

    • *
    • Posts: 362
      • View Profile
    Reply #7 24 March, 2009, 12:56:03 PM
  • Publish
  • :)

    maaf, saya pun terkeliru tadi dengan pernyataan "solat berseorangan lebih baik sekiranya kusyuk".

    setahu saya lebih afdhal untuk solat berjemaah (walaupun tidak kusyuk), bagi lelaki mahupun wanita.

    ini kerana, salah satu sabda rasulullah berbunyi lebih kurang begini "sekiranya api turun dari langit, maka tidak ada yang akan selamat dari api itu melainkan orang yang biasa ke masjid. (berjemaah di masjid, iktikaf dan sebagainya) sebab itu nabi nak bakar rumah orang-orang yang solat fadhu di rumah, walau apa jua alasan mereka. (kecuali uzur)

    cuma wanita digalakkan solat awal waktu di rumah, (secara jemaah juga). kalau ada anak, adik, kakak, jemaahlah sekali.

    "AKU akan membelimu; masamu; nafasmu; hartamu; dan hidupmu. Habiskan semua itu kepada-KU. Palingkan semua itu kepada-KU. dan Ku-bayar dengan kebebasan, keagungan dan kearifan Ilahiah. Inilah hargamu di mata-KU.

    khairunnisa

    • *
    • Posts: 143
      • View Profile
    Reply #8 24 March, 2009, 09:30:40 PM
  • Publish
  • salam..maaf dahulu...

    ana pernah mendengar bahawa sekiranya kita solat berjemaah lebih baik kerana insyaALLAH khusyu' yg kita dapat tu lebih..ana mengaku memang sukar utk mendapat khusyu' dr awal solat hingga akhir..mungkin hanya pada rakaat pertama shj kita khusyu'..namun sekiranya kita solat berjemaah mungkin khusyu' tu boleh dikongsi bersama..contoh mungkin imam btol2 khusyui rakaat pertama, makmum pertama rakaat kedua dan makmum ketiga rakaat ketiga..jadi boleh dapat satu solat yg khusyu' dr awal solat hingga akhir...wallahualam..
    ana yg jahil ni sekadar ingin pastikan...
    \"Ya ALLAH, bukakanlah bagiku pintu-pintu syurga dan tutupkanlah bagiku pintu-pintu neraka. berilah kemampuan kepadaku untuk membaca ayat-ayat suci Al-Qur\'an\"

    masri

    • *
    • Posts: 28
      • View Profile
    Reply #9 25 March, 2009, 01:42:00 AM
  • Publish
  • salam..maaf dahulu...

    ana pernah mendengar bahawa sekiranya kita solat berjemaah lebih baik kerana insyaALLAH khusyu' yg kita dapat tu lebih..ana mengaku memang sukar utk mendapat khusyu' dr awal solat hingga akhir..mungkin hanya pada rakaat pertama shj kita khusyu'..namun sekiranya kita solat berjemaah mungkin khusyu' tu boleh dikongsi bersama..contoh mungkin imam btol2 khusyui rakaat pertama, makmum pertama rakaat kedua dan makmum ketiga rakaat ketiga..jadi boleh dapat satu solat yg khusyu' dr awal solat hingga akhir...wallahualam..
    ana yg jahil ni sekadar ingin pastikan...

    Assalamualaikum wbt.

    Betulkah kita akan dapat khusyuk dari khusyu' jemaah yang lain? Ada dalilnya?

    divider3
    halaqahforum4

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    8 Replies
    2858 Views
    Last post 14 June, 2012, 02:16:01 PM
    by Fakir Billah
    18 Replies
    37227 Views
    Last post 15 November, 2011, 11:16:00 AM
    by al_ahibbatu
    1 Replies
    3779 Views
    Last post 15 April, 2012, 08:32:19 PM
    by IbnuNafis