Adakah Kaki dan Dagu Aurat?

Author Topic: Adakah Kaki dan Dagu Aurat?  (Read 17003 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

anonymous

  • *
  • Posts: 123
    • View Profile
24 March, 2009, 04:18:52 AM
  • Publish Di FB
  • Banyak muslimah tidak menutup kaki mereka dengan stokin bila mereka keluar ke tempat umum. Adakah ia (kaki) dianggap sebagai aurat?

    Dagu - kalau tak ditutup dengan telekung atau tudung semasa solat, solat tu sah tak? maksud saya hujung dagu hingga bawah dagu tu terdedah.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #1 24 March, 2009, 08:08:14 AM
  • Publish Di FB

  • Ini berkaitan dagu terbuka ketika solat.

    Seluruh tubuh wanita termasuk aurat melainkan muka dan tapak tangan. Dagu adalah sebahagian dari muka, maka dagu yang terbuka tidaklah membatalkan solat.

    Sila rujuk buku-buku berikut:
    1. Fardhu Ain Khusus Wanita DN 091
    2. Bunga Idaman Mutiara Syurga 'Wanita Solehah' DN 148
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #2 24 March, 2009, 08:29:21 AM
  • Publish Di FB

  • Berkaitan dengan kaki- adakah ia aurat?


    Terdapat banyak pandangan:

    Pandangan Para Fuqaha

    Ibn Rusyd dalam kitabnya, Bidayat al-Mujtahid menyebut para fuqaha berbeza pendapat tentang aurat wanita. Kata beliau, jumhur ulama berpendapat seluruh tubuh wanita itu aurat kecuali muka dan dua tapak tangan. Abu hanifah pula berpendapat bahawa kaki bukan aurat. Sementara Ahmad bin Hanbal berendapat semua tubuh wanita itu aurat tanpa kecuali.

    Sebab berlakunya perbezaan pendapat seperti itu ialah kerana perbezaan pendapat dalam mentafsirkan firman Allah : “ ولا يبدين زينتهن إلا ما ظهر منها ” al-Nut (24) : 31 yang bermaksud : “Dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak darinya” – al-Nur (24) : 31. Persoalah yang timbul ialah apakah yang dikecualikan itu anggota tertentu atau mana-mana sahaja anggota yang tidak dapat dikawal daripada ternampak. Bagi mereka yang berpendapat bahawa maksudnya anggota yag tidak dapat dikawal daripada ternampak pada waktu bergerak, berpendapat aurat wanita itu seluruh badannya. Sedangkan mereka yang berpendapat maksudnya anggota badan yang biasanya tidak ditutup berpendapat yag dikedualikan ialah muka dan dua tapak tangan.

    Ibn Qudamah, dalam kitab ¬al-Mughni pula menyebut hal yang sama. Bagaimanapun beliau tidak menyebut secara jelas bahawa yang berpendapat bahawa semua tubuh wanita itu aurat ialah al-Imam Ahmad Ibn Hanbal. Beliau sebaliknya menyebut : “Dan sesetengah ulama mazhab kita (Hanbali) berkata.......”. Malah kemudiannya menyebut itu adalah pandangan Abu Bakr al-Harith Ibn Hisyam.

    Al-Syaukani dalam Nail al-Authar , pula menyebut Abu Hanifah juga dalam satu riwayat lain berpendapat kaki wanita termasuk dalam aurat. Beliau juga menyebut bahawa Ahmad Ibn Hanbal dalam satu riwayat lain mengecualikan muka. Bagitu juga pandangan Daud al-Zahiri. Sementara mereka yang berpendapat kaki bukan aurat termasuk al-Imam al-Thauri.

    Al-Dimisyqi pula dalam kitabnya Rahmat al-Ummah Fi Ikhtilaf al-A’immah menyebut hanya ada dua riwayat sahaja daripada Ahmad Ibn Hanbal. Pertamanya iaitu yang paling masyhur mengecualikan muka, dan keduanya sama seperti jumhur, mengecualikan muka dan kedua tapak tangan.

    Kenyataan-kenyataan yang berbeza-berbeza daripada kitab-kitab Fiqh Perbandingan ini menimbulkan satu persoalab tentang pandangan sebenar setengan imam mazhab berkenaan. Abu Hanifah misalnya ada dua pandangan. Pertamanya mengecualikan tapak kaki, dan keduanya tidak. Ahmad Ibn Hanbal pula ada berbagai riwayat daripadanya. Pertamanya tiada pengecualian langsung, keduanya mengecualikan muka sahaja, dan ketiganya sama seperti jumhur, mengecualikan muka dan tapak tangan.

    Kepelbagaian riwayat ini akan lebih meluas apabila pandangan dalam masing-masing mazhab diambil kira. Bukan semua ulama daripada mazhab-mazhab berkenaan sependapat dengan pemimpin-pemimpin mazhab mereka. Al-Syaukani misalnya menyebut sesetengah umala mazhab Syafi’i berpendapat bahawa semua tubuh wanita itu aurat tanpa apa-apa pengecualian. Al-Qasim pula ada dua riwayat daripadanya. Riwayat pertama mengecualikan muka dan dua tapak tangan, sementara riwayat kedua pula mengecualikan sama tapak kaki.

    Cuma apa yang tidak disebut langsung oleh kitab-kitab Fiqh Perbandingan berkenaan ialah pandangan Ibn Abbas, Qatadah dan al-Miswar bin Makhramah yang disebut oleh al-Qurtubi sebagai mengecualikan juga tangan hingga ke separuh lengan. Malah Ibn Qudamah menyebut Ibn Abbas mentafsirkan bahwa yang ditafsirkan itu ialah muka dan dua tapak tangan. Al-Syaukani pula menyebut Ibn Abbas berpendapat tapak kaki dikecualikan.

    Apakah ini bererti para fuqaha mazhab telah menolak atau mengenepikan pendapat Ibn Abbas berkenaan? Atau sekurang-kurangnya mengenepikan riwayat al-Qurtubi tentang pandangan Ibn Abbas itu? Kalau demikian, bagaimana pula dengan hadis ‘Aisyah r.a. yang disebut oleh al-Qurtubi sebagai asas kepada pandangan Ibn Abbas, Qatada dan al-Misqar itu?

    Maerujuk kepada riwayat-riwayat yang mentafsirkan maksud firman Allah s.w.t. : “ولا يبدين زينتهن إلا ما ظهر منها” sepertimna yang disenaraikan oleh al-Tabari dalam tafsirnya , tetnyata bahawa hadis “لا يحل لامرأة أن تؤمن بالله يوم الأخر إذا عركت أن تظهر إلا وجهها ويديها هنا, وقبض على نصف الذارع”, sepertimana yang disebut olehal-Qurtubi dalam tafsirnya itu diriwayatkan oleh Qatadah dan bukan oleh ‘Aisyah r.a. Apa yag diriwayatkan oleh ‘Aisyah r.a. ialah satu hadis yang berbunyi :
    " قالت عائشة : دخلت على ابنة أخى لامى عبد الله بن الطفيل مزينه : فدخل النبي (ص) فاعرض, فقالت عائشة : يا رسول الله أنها ابنة أخى وجارية, فقال : إذا عركت المرأة يحل لها أن تظهر إلى وجهها وإلا ما دون هذا, وقبض على ذارع نفسه, فترك بين قبضته وبين الكف مثل قبضة أخرى "

    Yang bermaksud :
    “Kata ‘Aisyah r.a. : Anak perempuan Abdullah Ibn al-Tufail saudaraku seibu telah datang menemui ku dalam keadaan berhias. Rasulullah s.a.w. yang kemudiannya masuk ke situ tidak mahu melihatnya. Saya lalu berkata : Ya Rasulullah, dia anak saudaraku dan masih muda. Baginda bersabda : Apabila seseorang itu telah berisi tidak haram baginya menampakkan kecuali muka dan setakat ini. Baginda memegang lengan baginda sendiri pada jarak setapak tangan daripada tapak tangannya”

    Berasaskan kepada huraian-huraian dalam kitab-kitab Fiqh Perbandingan di atas ternyata muka dan dua tapak tangan perempuan bukan aurat. Walaupun ada sedikit sebanyak perbezaan pendapat para fuqaha dalam masaah ini, tetapi majoroti besar para ulama berpendapat semikian. Tafsiran ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. juga boleh dikatakan menyokong tafsiran yang sederhana ini.

    Tinggal lagi maslaah tapak kaki dan separuh atau satu pertiga lengan. Jawapan kepada peroalan ini perlua dilihat daripada kenyataan-kenyataan yang terdapat dalam kitab-kitab mazhab berkenaan.

    Mengenai tapak kaki, sepertimana yang disebut sebelum ini, Ibn Rusyd dan al-Syaukani menyebut Abu Hanifah dalam satu riwayat daripadanya menyatakan ia bukan aurat. Bagaimanapun, pandangan yang disebut sebagai pandangan Abu Hanifah ini tidak disebut oleh al-Jassas, iaitu seorang pentafsir ayat hukum yang sangat dihormati dalam mazhab Hanafi .

    Huraian mengenai kaki ini dibuat oleh al-Haskafi dalam Ruddul-Muhtar . Kata beliau, mengikut qaul yang mu;tamad dua tapak kai bukan aurat bagi wanita.

    Mengulas kenyataa ini, dalam syarahnya menyebut, maksudnya pendapat yang mu’tamad daripada tiga yang disaring dalam mazhab Hanafi. Pendapat kedua megatakan aurat, sementara pendapat ketiga pula mengatakan ia bukan aurat dalam sembahyang, tetapi aurat di luar sembahyang.

    Beliau kemudian menyebut perbezaan pendapat di kalangan para fuqaha mazhab Hanafi tentang sebelah bawah tapak kaki. Kata beliau, sebeah atas tapak kaki diterima oleh para fuqaha sebagai bukan aurat. Tetapi perbezaan pendapat berlaku tentang sebelah bawah tapak kaki (باطن القدم) .

    Dalam al-Mabsut dan Bada’i , perbincangan tentang aurat ini tidak ada. Mungkin kerana itulah al-Zuhayli dan bukunya Fiqh al-Islami Wa Adillatuh tidak merujuk kepada dua buku utama dalam mazhab Hanafi dan hanya merujuk kepada al-Haskafi dan al-Zaila’i sahaja .

    Kedudukan ini tidak memberi kekduatan bagi pandangan yang mengatakan tapak kaki itu bukan aurat untuk tengah. Lebih-labih lagi Ibnu Qudamah dalam menolak pandangan berkenaan menyebut ianya bertentangan dengan hadis riwayat Abu Daud dariapda Ummu Salamah yang berbunyi :

    " قلت يا رسوا الله اتلى المرأة درع وخمار فى درع وخمار وليس عليها ازار؟ نعم إذا كا بسابغا يغطى ظهور قدميها " – رواه ابو داود

    Yang bermaksud :
    “Saya berkata : Wahai Rasulullah, bolehkan perempuan bersembahyang dengan memakai baju labuh dan tudung kepala tanpa memakai kain? Jawab Rasulullah s.a.w. : Ya! Kalau ia cukup labuh sampai menutup dua tapak kakinya” – Hadis riwayat Abu Daud

    Satu hadis lain yang hampir sama ialah yang diriwayatkan oleh Ibn Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :

    " لا ينظر الله إلى من جر ثوبه خيلاء . فقالت أم سلمة : فكيف يضع الساء بذيولهن ؟ قال : يرخيت شبرا. فقالت : إذا تنكسف إقدامهن ؟ قال : فيرخينه ذراعا لا يزدن عليه " – رواه الترمزى
    Yang bermaksud :
    “Allah tidak (suka) melihat orangyang mengherek pakaiannya (yang labuh) dengan penuh megah. Lalu Ummu Salamah berkata : Bagaimana sepatutnya orang perempuan buat dengan hujung (pakaian) mereka? Sabda Rasulullah s.a.w. : mereka perlu melabuhkannya satu jengakal. Kata Ummu Salamah : Kalau begitu, tapak kaki mereka akan terdedah. Sabda Rasulullah s.a.w. : kalau begitu, mereka perlu melabuhkannya sehasta dan jangan lebih daripada itu” – Hadis riwayar al-Termidzi.

    Mengenai lengan pula, tidak ada kitab-kitab fiqh mazhab yang memperkatakannya. Seolah-olah pandangan ini tidak berbangkit sama sekali.
    « Last Edit: 16 December, 2009, 10:17:08 PM by Ummi Munaliza »

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #3 24 March, 2009, 08:31:51 AM
  • Publish Di FB

  • Berkaitan kaki, adakah ia aurat?


    Pandangan-pandangan Fiqh Semasa

    Abdul-Rahman al-Jaziri dalam Kitab al-Fiqh al-Madzahib al-Arba’ah hanya menukilkan pandangan-pandangan para fuqaha terdahulu tanpa apa-apa ulasan daripada beliau sendiri. Dalam nukilan tersebut, beliuan menyebut aurat wanita ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan dua tapak tangan, tanpa menyebut apa-apa tengang tapak kaki atau lengan. Malah tidak pun menyebut pandangan mazhab Hanafi tentang kaki.

    Pendirian yang hampir sama diambil oleh al-Zuhaili . Seperti biasa, beliau Cuma menukilkan pandangan-pandangan para fuqaha terdahulu tanpa apa-apa ulasan lanjut. Dalam ulasan tersebut, beliau menyebut semua pandangan para fuqaha termasuk pandangan mazhab Hanafi yang mengecualikan tapak kaki daripada aurat. Bagaimanapun, beliau tidak menyentuh tentang lengan, mungkin kerana tidak tersebut dalam kitab-kitab fiqh terdahulu.

    Membataskan pengecualian daripada aurat perempuanitu muka dan dua tapak tangan sahaja dan tidak termasuk tapak kaki dan lengan, sebenarnya kecenderungan terbanyak fiqh semasa. Dalam bukunya ¬al-Hijab , Abu al-A’la al-Maududi menyimpulkan bahawa berasaskan kepada riwayat-riwayat yang ternyata sekali seluruh badan wanita itu aurat kecuali muka dan tapak tangannya. Bagaimanapun, kata beliau, berasaskan kepada nas-nas yang ada juga terdapat kelonggaran bagi para wanita yang sudah melepasi batasan fitnah tarikan hawa nafsu, misalnya mereka yang sudah berumur.

    Pendirian yang sama juga dibuat oleh Yusuf al-Qaradhawi. Dalam buku beliau al-Halal Wa al-Haram Fi al-Islam , beliau memilih untuk mentarjih bahawa yang dimaksudkan sebagai “apa yang lahir daripadanya” sepertimana yang tersebut dalam ayat 31, surah al-Nur itu ialah muka dan dua tapak tangan.kata beliau, ini adalah pendangan terbanyak para fuqaha terdahulu. Sebelum membuat kesimpulan berkenaan, beliau menyebut sepintas lalu pandangan yang menyatakan termasuk sebahagian lengan, malah juga menyebut pandangan yang lebih ketat, iaitu tanpa pengecualian.

    Alasan yang diberikan oleh beliau ialah keperluan untuk tidak menutup muka dan tapak tangan itu bagi tujuan urusan hidup seharian. Tentang tapak kaki, beliau meminjam kata-kata al-Razi dalam tafsirnya yang mengatakan, keperluan untuk membukanya tidak sama dengan keperluan bagi muka dan dua tapak tangan. Sebab itulah, kata al-Razi, para ulama berbeza pendapat tantangnya .

    Muhammad al-Ghazali juga nampaknya mempunyai pendirian yangsama. Dalam buku beliau, Qadhaya al-Mar’at , beliau mengkritik tentang cara berpakaian wanita zaman sekarang , tetapi mempertahankan bahawa muka wanita bukan aurat . Dalam buku tersebut, beliau tidak pula membincangkan soal kaki dan lengan.

    Bagaimanapun, terdapat juga para penulis yang secara jelas menyebut kaki juga dikecualikan. Al-‘Aqqad dalam buku beliau, al-Mar’at Fi al-Quran , berkecenderungan untuk memasukkan sama tapak kaki sebagai bukan aurat. Pandangan beliau ini berasaskan Tafsir al-Kasyaf, iaitu yang disifatkan oleh beliau sebagai kitab tafsir yang terkemuka. Mengikut al-Kasyaf, anggota seperti muka, tapak tangan dan tapak kaki adalah anggota badan yag secara semulajadi dan pada kebiasaannya tidak ditutup, kerana perlua digunakan bagi tujuan kehidupan seharian. Kerana itu, ia termaksud dalam maksud “apa yang lahir daripadanya”. Khusus mengenai kaki, al-Kasyaf menyebut, ia perlu dibuka bagi tujuan untuk berjalan, tertama di kalangan mereka yang miskin.

    Kata-kata al-‘Aqqad lagi, antara para mufassirin semasa yang menyokong pandangan ini ialah Tantawi Juhairi, dalam tafsirnya Tafsir al-Jauhari. Dalam tafsir tersebut, beliau menyebut tapak kai bersama muka dan tapak tangan sebagai anggota yang perlu dibuka bagi tujuan urusan hidup harian .

    Mengulas tafsir-tafsir tersebut, beliau sendiri kemudainnya membuat kesimpulan bahawa bukanlah tujuan Islam untuk mengurung atau mengongkong kehidupan perempuan. Apa yang menjadi tujuan sebenar Islam ialah untuk menjaga maruah perempuan itu sendiri .

    Muhammad Izzad Daruzah dalam buku beliau al-Mar’at Fi al-Quran Wa al-Sunnah membangkitkan soal pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bersih daripada nafsu syahwat. Kata beliau, adalah penting sesudah mengambil kira semua ayat dan hadis yang memperkatakan tentang aurat, hijab dan merendahkan pandangan (Ghadd al-Basar) ini untuk menegaskan keperluan pergaulan yag bersih daripada dorongan hawa nafsu seks di antara lelaki dan perempuan. Ia perlu berlaku secara terbuka dan bukannya dalam bentuk berkhalwat atau terhad. Tegas beliau lagi, bukanlah menjadi tujuan Islam untuk memaksa satu fesyen pakaian tertentu sahaj bagi wanita di sepanjang zaman kerana fesyen pakaian sentiasa terdedah kepada perubahan selera dari semasa ke semasa. Apa yang penting ialah keperluan kepada pakaian yang bermaruah.

    Sehubungan dengan dasar umum ini, beliau nmenyebut hadis-hadis ‘Aisyah r.a. yang disebut oleh al-Tabari tentang separuh lengan yang dikatakan dikecualikan daripada aurat. Bagaimanapun, beliau tidak mengulas lanjut tentang hadis tersebut kecuali berkata ada beberapa hadis yang diriwayatkan oleh al-Tabari mengenai hal demikian .

    Seorang lagi ilmuan Islam zaman sekarag yang menyentuh tentang aurat wanita ialah Wahiduddin Khan, seorang cendikiawan Islam terkenal di India. Dalam buku beliau al-Mar’at Bain Syariat al-Islam Wa al-Hadharah al-Gharbiyah (terj.), Wahiduddin Khan sudah membentangkan tafsiran-tafsiran beberapa ulama Islam semasa seperti al-Albani , dan al-Sabuni telah menukilkan pandangan al-Syaikh Syabir Ahmad al-Uthman tentang masalah yang sama. Dalam getusan tersebut, beliau menyebut al-Uthmani berkata hadis dan athar menunjukkan muka dan dua tapak tangan adalah anggota-anggota badan yang dikecualikan daripada aurat. Sebabnya ialah kerana keperluan hidup dan keagamaan yang banyak yang tidak boleh dilaksanakan oleh para wanita kelau sekitanya mereka perlu menutup semua badan mereka. Dalam tafsiran itu juga, kata Wahiduddin, al-Uthmani menyebut para ulama terdahulu juga menggunakankaedah qiyas untuk menyamakan kai dengan muka dan tapak tangan .

    Abdul-Karim Zaidan pula dalam bukunya al-Mufassal li Ahkam al-Mar’at telah membentangkan pandangan-pandangan para fuqaha tentang aurat dan dalil-dalil mengenainya, termasuk perbezaan pendapat tentang tapak kaki. Beliau kemudiannya menukilkan pandangan-pandangan Ibn Hummam dan al-Babarti untuk mempertegaskan bahawa kaki bukannya aurat. Kata beliau : Boleh dikatakan, menutup dua tapak kaki dalam sembahyang bukannya wajib, tetapi sunat. Oleh kerana itu, dua tapak kaki bikanlah aurat yangmesti ditutup. Pandangan ini diperkukuhkan oleh keperluan membuka dua tapak kaki apabila berjalan tanpa beralas kaki. Selaindaripada itu, berbanding dengan muka, kaki tidak membangkitkannafsu. Maka, kalau muka bukan aurat, apatah lagi kaki .
    « Last Edit: 16 December, 2009, 10:16:09 PM by Ummi Munaliza »

    nazim

    • *
    • Posts: 204
    • Anak Soleh
      • View Profile
    Jawab #4 24 March, 2009, 09:26:03 AM
  • Publish Di FB
  • Ilmu Penyuluh hidup...banyak sungguh buku yang Ummi baca...banyak pandangan dan berbeza-beza...suka baca tulisan ummi..Bagi ana,jika dagu dan tapak kaki boleh mendatangkan fitnah buat muslimat,maka seboleh-bolehnya bahagian tersebut perlu ditutup,mungkin bahagian tersebut boleh merangsang nafsu lelaki yang melihatnya..

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #5 24 March, 2009, 10:11:08 AM
  • Publish Di FB


  • Hmm..pelik ya lelaki ni..sampai tengok dagu dan tapak kaki pun terangsang...(gurau aje)

    Mana tak nya, kalau kaki macam bunting padi...mulus dan halus...

    Ummi: memang jika bertudung pastikan dagu ditutup dan stokin mesti pakai.
    Kalau tak pakai stokin, rasa macam tak pakai tudung pulak...janggal.

    khairunnisa

    • *
    • Posts: 144
      • View Profile
    Jawab #6 24 March, 2009, 10:27:12 AM
  • Publish Di FB
  • maaf ya..ana masih jahil lagi ni..maknanya sekarang ni..yg terkecuali hanya muka dan tapak tangan??
    hukum dagu dan kaki ni kite nak ikut pandangan yg mana?? (ana b'stokin cuma ke halaman rumah tak laa..camne ye??)
    \"Ya ALLAH, bukakanlah bagiku pintu-pintu syurga dan tutupkanlah bagiku pintu-pintu neraka. berilah kemampuan kepadaku untuk membaca ayat-ayat suci Al-Qur\'an\"

    nazim

    • *
    • Posts: 204
    • Anak Soleh
      • View Profile
    Jawab #7 24 March, 2009, 10:41:16 AM
  • Publish Di FB
  • :senyum:..biasalah ummi,lelaki normal..; ),mungkinlah boleh terjadi,tak semuanya kot..yang bernafsu jahat jer..

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #8 24 March, 2009, 10:53:06 AM
  • Publish Di FB
  • maaf ya..ana masih jahil lagi ni..maknanya sekarang ni..yg terkecuali hanya muka dan tapak tangan?
    hukum dagu dan kaki ni kite nak ikut pandangan yg mana?? (ana b'stokin cuma ke halaman rumah tak laa..camne ye??)

    Yang baik kita ikut yang imam shafie...
    Aurat wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka dan tangan.
    Bawah dagu, kaki tu dikira aurat juga, perlu ditutup.
    Kalau keluar ke halaman nak sidai kain, nak buang sampah, nak tutup gate...
    takkan nak pakai stokin...
    Lagi pun halaman rumah kita...

    Jadi kita lihat lah bagaimana masa dan ketika perlu berstokin...
    nak keluar bekerja, nak ke kuliah, nak ke pasar dan bershopping...
    tempat yang kita pergi memang ramai orang...
    Aurat memang kita wajib tutup...

    UyunAhmad

    • *
    • Posts: 118
      • View Profile
    Jawab #9 24 March, 2009, 12:00:28 PM
  • Publish Di FB
  • tapi ada sesetengah pendapat mengatakan, dagu itu letakkan di kawasan muka, jadi ianya tidak dikira aurat. Melainkan kawasan bawah dagu yang dekat dengan leher. Wallauhalam. kena tanya kepada ustaz/ah.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #10 24 March, 2009, 12:48:31 PM
  • Publish Di FB
  • tapi ada sesetengah pendapat mengatakan, dagu itu letakkan di kawasan muka, jadi ianya tidak dikira aurat. Melainkan kawasan bawah dagu yang dekat dengan leher. Wallauhalam. kena tanya kepada ustaz/ah.

    Kat atas sekali dah ada kenyataan bahawa dagu adalah sebahagian dari muka,
    maka sah solat jika terbuka dagu.Bukan terbuka bawah dagu yang dikira sebahagian leher pula.

    blink23

    • *
    • Posts: 4
      • View Profile
    Jawab #11 05 May, 2009, 05:57:06 PM
  • Publish Di FB
  •  :)
    nk tanye..bwh dagu tu aurat ke..
    sbb dlm solat perempuan kene tutup bhg bwh dagu kan..

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4596
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Jawab #12 05 May, 2009, 05:59:40 PM
  • Publish Di FB
  • [box title=BAWAH DAGU WANITA, AURAT ATAU SEBALIKNYA ?]Terus terang saya katakan bahwa persoalan ini amat mencabar wibawa ustaz yang terpikul dibahu saya. Masakan tidak, gara-gara persoalan inilah hidup saya diganggu dengan suatu perasaan bersalah lanataran title yang saya bawa tidak meyakinkan saya untuk mengeluarkan hukum yang sebenarnya telah termatub berkaitan dengan persoalan yang senang ini.

    Apa pun saya ucapkan terima kasih buat saidari @ puan yang bertanya. Terima kasih kerana soalan anda telah menggerakkn minda, usaha, keinsafan dan semangat untuk saya serius mendalami bidang yang saya ceburi. Berada dalam bidang agama apatah lagi takhassus saya adalah bidang syariah menjadikan peluang saya lebar terbuka untuk berdamping dengan persoalan hukum-hakam yang pelbagai dalam masyarakat. Peluang yang kalau tersilap langkah akan merosakkan ummah dan membanyakkan beban fitnah yang terpaksa di pikul para ulamak. Waiyazubillah...

    Persoalan bawah dagu, aurat atau sebaliknya ? ...

    Saya sempat membaca Fatawa Muasarah ( Fatwa Terkini ) oleh Syeikh Dr. Yusof Qardhowi berkenaan 'Purdah antara pendapat Bidaah dan Wajib', Al-Bayan lima yashghalu al-azhan ( Penjelasan apa yang mengelirukan umat Islam ) oleh Syeikh Dr. Ali Jumaah, Mufti Mesir berkenaan 'Hukum pemakaian purdah bagi perempuan'. Kedua-duanya tidak pula menyebut tentang masalah hukum berkenaan bawah dagu bagi perempuan. Oleh kerana soalan yang ditanya adalah berkenaan masalah bawah dagu wanita, maka saya berpendapat tidak perlu saya bawakan perbincangan yang panjang lebar berkeanaan masalah ini. Walau bagaimana pun suka saya menyebut sedikit berkaitan dengan masalah aurat wanita mengikut pandangan jumhur adalah muka dan dua tangan untuk memudahkan saya menerangkan permasalahan yang berkaitan dengan topik perbincangan. Dalil kepada pernyataan ini adalah sebagaimana berikut :

    1. Tafsiran Sahabat berkenaan firman Allah SWT

    وَلا َيَبدِينَ ِزينَتَهُنَّ إلاَّ ما ظَهَرَ مِنها

    MAksudnya : Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya. (Al-N ur : 31)

    Tafsiran ayat mengikut jumhur ulama' di kalangan sahabat R.A dengan celak dan cincin dan seumpamanya yang terdiri daripada perhisan iaitu apa yang dimaksudkan dengan makna muka dan dua tangan yang merujuk kepada 2 bahagian di mana celak dan cincin dipakai.

    Imam Nawawi juga menyebut dalam kitab Majmuk " Aurat perempuan yang merdeka ialah keseluruhan badannya kecuali muka dan dua tangannya. Di samping Imam Syafie, pendapat ini juga adalah pendapat Imam Malik, Imam Abu Ahnifah, Imam Auza'i, Imam Abu Thaur, sekumpulan ulama' yang lain dan satu riwayat daripada Imam Ahmad bin Hanbal "


    2. Suruhan menutup belahan leher bajunya

    Firman Allah SWT

    وَلَيَضرِبنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ

    Maksudnya : Dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya denga tudung kepala mereka. ( Al-Nur : 31 )

    Allah SWT memerintahkan perempuan beriman supaya melabuhkan, melingkupi tudung serta menutup kepala sehingga ke bahagian leher dan dada. jangan dibiarkan ianya terdedah sebagaimana perangai perempuan jahiliah.

    Justeru kedua-dua dalil tersebut sebenarnya melengkapi apa yang sepatutnya dilakukan oleh wanita Islam dalam mematuhi hukum yang melayakkan mereka secara zahir untuk berada di laluan syurga Allah SWT. Cuma di sana terdapat beberapa persoalan yang berbangkit antaranya soal fesyen, warna atau apa yang cuba dikupas sebenarnya kali ini iaitu masalah tezahirnya sedikit bawah dagu sebagaimana yang di lakukan sekian ramai wanita Islam hari ini.

    Selepas beberapa hari saya mengumpulkan kudrat bagi mengeluarkan pandangan secara ilmiah kononnya soal masalah ini. Saya terpaksa akur juga engan keterbatasan ilmu yang ada dan meminta salah seorang ahli bait saya yang juga pelajar peringkat sarjan dalam bidang Fiqh Muqaran Universiti Al-Azhar, untuk bertanyakan sesiapa yang berkelayakan dalam soal ini memandangkan saya hanya memeperolehi hukum tanpa iqna'(yakin) dengan mana-mana dalil.

    Akhirnya saya mendapat keyakinan untuk menyokong dan iqna' dengan pandangan ustaz Hairul Nizam Mat Husin, Presiden PMRAM 2007 dengan mengatakan bahawa :
    " BAWAH DAGU WANITA YANG MEMAKAI TUDUNG ( SEBAGAIMANA AMALAN HARI INI ) ADALAH TIDAK AURAT BERHUJAHKAN RUKHSAH YANG DILELUASAKAN ALLAH KEPADA WANITA ISLAM SEHINGGA TIDAK MENAMPAKKAN LEHER ".

    Sebagaimana maklum, walaupun had wajah diqiaskan dengan ukuran wajah mengikut ketetapan wuduk iaitu ukuran panjang muka dari hujung tempat tumbuh rambut pada kebiasaan manusia (hujung dahi) hingga tempat tumbuh janggut (tulang dagu) dan lebarnya antara dua hujung anak telinga namun rukhsah diberikan dalam soal aurat di mana ia diringankan melebihi sedikit daripada paras dagu.[/box]

    SUMBER http://ulamaummah.blogspot.com/2007/05/bawah-dagu-wanita-aurat-atau-sebaliknya.html
    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4596
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Jawab #13 06 May, 2009, 04:37:40 PM
  • Publish Di FB


  • Hmm..pelik ya lelaki ni..sampai tengok dagu dan tapak kaki pun terangsang...(gurau aje)

    Mana tak nya, kalau kaki macam bunting padi...mulus dan halus...

    Ummi: memang jika bertudung pastikan dagu ditutup dan stokin mesti pakai.
    Kalau tak pakai stokin, rasa macam tak pakai tudung pulak...janggal.


    kenapa nak pelik..
    memang itu lumrah..
    godaan nafsu..
    sama2 berlindung dari godaan nafsu ke arah kesesatan..
    amin~

    nur zulaikha

    • *
    • Posts: 516
    • cinta ALLAH ku dmbakn krn merindui rahmatNYA
      • View Profile
    Jawab #14 06 May, 2009, 04:41:08 PM
  • Publish Di FB
  • aurat wanita yang kita ketahui muka dan kedua-dua tapak tangan.
    cintai saudaramu mendekati sunah dan suruhan
    rasulmu dan ALLAH
    cintai rasulmu mendekati mu kepada ALLAH...
    cintai ALLAH mendekati kamu dengan keredhaanNYA...

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #15 06 May, 2009, 05:09:25 PM
  • Publish Di FB
  • aurat wanita yang kita ketahui muka dan kedua-dua tapak tangan.

    Kenyataan saudari ni ada kesilapan ke? Atau ini yang saudari fahami dalam ukuran aurat?

    Aurat wanita adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan.

    leeya mawaddah

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Jawab #16 06 May, 2009, 08:21:53 PM
  • Publish Di FB
  • salam...maaf ana nk tanya..bagaimana pula ngn muka gadis @perempuan yg terlalu cantik apabila kuar rumah..wajibkah dia memakai purdah...stgh org cakp wajib pakai prdah selagi kecantikannya dpt ditutup dr nafsu lelaki yg buas apalagi kalau disuruh suami sendiri...

    newavicenna

    • *
    • Posts: 64
    • mari kita berdakwah, mari mujahadah, ALLAHUAKBAR
      • View Profile
    Jawab #17 11 May, 2009, 01:43:18 AM
  • Publish Di FB
  • kalau dah suami suruh, maka tiada pertikaian lagi, wajib pakai purdah.

    kalau kecantikannya hingga mendatangkan fitnah, sayugialah ia memakai purdah. adapun jika kehodohannya mendatangkan fitnah, eloklah memakai purdah.
    mudah-mudahan kamu bertakwa

    ibnusina

    Jawab #18 11 May, 2009, 02:01:33 AM
  • Publish Di FB
  • Banyak muslimah tidak menutup kaki mereka dengan stokin bila mereka keluar ke tempat umum. Adakah ia (kaki) dianggap sebagai aurat?

    Dagu - kalau tak ditutup dengan telekung atau tudung semasa solat, solat tu sah tak? maksud saya hujung dagu hingga bawah dagu tu terdedah.

    dagu adalah anggota sebahagian daripada muka...so...sah la solat tu...

    zinniratunnajua

    • *
    • Posts: 62
    • Ilahi..anta maqsudi..redhoKa mathlubi..
      • View Profile
    Jawab #19 11 May, 2009, 08:42:39 AM
  • Publish Di FB
  • Banyak muslimah tidak menutup kaki mereka dengan stokin bila mereka keluar ke tempat umum. Adakah ia (kaki) dianggap sebagai aurat?

    Dagu - kalau tak ditutup dengan telekung atau tudung semasa solat, solat tu sah tak? maksud saya hujung dagu hingga bawah dagu tu terdedah.


    dagu adalah anggota sebahagian daripada muka...so...sah la solat tu...


    nk kongsi cket ape yg ana penah bc,
    pasal dagu aurat atau x ade 2 pendpt ulama, 1- aurat, 2- x aurat. Jadi pilihla utk berpegang dgn yg mne ikut kesesuaian.
    Dagu tu mnjadi aurat krn menurut pndpt sstgh ulama, dagu tu adlh sbhgn dr muka maka xjd aurat, xdosa kalau kuar rumah xtutup dn solat sah kalau xtutup.
    Manakala pendpt ke-2 tu pulak jd aurat sbb ade pndpt ulama kata dagu adlh sebahagian leher dn ia juga termasuk dlm aurat wanita. Jadi bila kuar rumah wajib tutup dn dlm solat pun.
    Dan janganlah Engkau hinakan aku pada hari mereka dibangkitkan.(Yaitu) di hari harta dan anak tidak berguna, kecuali orang-orang yang menhadap Allah dengan hati yang bersih (Asy Syuara: 87-89)

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    134 Replies
    30525 Views
    Last post 03 November, 2012, 04:20:12 PM
    by Ana Tholibah
    29 Replies
    5290 Views
    Last post 08 September, 2012, 09:32:39 AM
    by cheksue89
    1 Replies
    750 Views
    Last post 18 April, 2012, 01:01:18 AM
    by putri_hambali