Hari-hari Yang Dilalui Seorang Pesakit...

Author Topic: Hari-hari Yang Dilalui Seorang Pesakit...  (Read 49168 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

wan_sgmt

  • *
  • Posts: 627
  • Salam ukhuwwah semua..
    • View Profile
Jawab #60 22 July, 2009, 06:59:09 PM
  • Publish Di FB
  • semoga pengalaman ummi jadi contoh pada kita..

    jgn cepat putus asa , patah semangat..

    " jika tiada jalan untuk di lalui, maka buatlah jalan baru walau dgn apa cara pun , pasti akan tercipta satu jalan baru"
    Bersama menyumbang ke Tabung Sehati Sejiwa..

    Nur_Ain

    • *
    • Posts: 228
      • View Profile
    Jawab #61 22 July, 2009, 07:17:48 PM
  • Publish Di FB
  •  

    Dan supaya hati kita selalu ceria dan bahagia, kita bina sendiri ceria itu dan bahagia itu.

    Jangan kita biarkan hari-hari yang indah berlalu begitu sahaja tanpa di manafaatkan

    dibandingkan jika kita asyik merintih dan mengeluh akan ujian yang diberikan oleh Allah itu.

    wan_sgmt

    • *
    • Posts: 627
    • Salam ukhuwwah semua..
      • View Profile
    Jawab #62 22 July, 2009, 11:17:38 PM
  • Publish Di FB
  • sakit jantung ummi? silent killer tuh? 

    lepas ni ummi kene sentiasa tenang la n byk berehat.. jangan risau2 tau..

    semua masalah terutama di halaqah, biar mod selesaikan..


    juwairiyah

    • *
    • Posts: 42
    • Hidup Atas Usaha Iman N Amal
      • View Profile
    Jawab #63 23 July, 2009, 01:40:44 AM
  • Publish Di FB

  • Ya Allah hebat betul dugaan yang Allah uji dkat ummi..ape pun saye doakan ummi terus kuat n cekal menghadapi dugaan... Semoga ummi sihat walafiat selalu..amin

    DOA UNTUK PENYEMBUHAN PENYAKIT

    Oleh : H. Mohamad Fatoni Asyhari, S.Ag

    Letakkan tangan kanan di tempat yang sakit dan berdoa dengan penuh keyakinan bahwa Allah SWT akan sembuhkan penyakit :

    بِسْمِ اللهِ dibaca 3x

    اَعُوْذُ بِاللهِ وَ قُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا اَجِدُ وَ اُحَاذِرُ
    dibaca 7 x

    Bismillah (3x) A’udzu billahi wa qudrotihi min syarri maa ajidu wa uhaadzir (7x)

    Artinya :

    Dengan nama Allah. Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaan-Nya dari keburukan sesuatu yang aku dapatkan dan khawatirkan.

    Sumber :

    عَنْ عُثْمَانَ بْنِ أَبِي الْعَاصِ الثَّقَفِيِّ أَنَّهُ شَكَا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَجَعًا يَجِدُهُ فِي جَسَدِهِ مُنْذُ أَسْلَمَ فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ضَعْ يَدَكَ عَلَى الَّذِي تَأَلَّمَ مِنْ جَسَدِكَ وَقُلْ بِاسْمِ اللَّهِ ثَلَاثًا وَقُلْ سَبْعَ مَرَّاتٍ أَعُوذُ بِاللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ . [رواه مسلم]


    Dari Utsman bin Abi Al-Ash Ats-Tsaqafy bahwa ia mengadu kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم tentang penyakit yang ada pada badannnya sejak masuk Islam, maka Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : Letakkanlah tanganmu pada badanmu yang sakit dan berdoalah “bismillah” tiga kali dan “a’udzu billahi wa qudrotihi min syarri maa ajidu wa uhaadzir” tujuh kali. (HR. Muslim)

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #64 23 July, 2009, 08:25:33 AM
  • Publish Di FB
  • sakit jantung ummi? silent killer tuh? 
    lepas ni ummi kene sentiasa tenang la n byk berehat.. jangan risau2 tau..
    semua masalah terutama di halaqah, biar mod selesaikan..

    InsyaAllah tak ada apa-apa, itu semua peringatan Allah kepada hambaNYA, supaya sentiasa berbuat sesuatu yang bermanafaat selagi hayat masih ada.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #65 23 July, 2009, 08:27:43 AM
  • Publish Di FB
  • Ya Allah hebat betul dugaan yang Allah uji dkat ummi..ape pun saye doakan ummi terus kuat n cekal menghadapi dugaan... Semoga ummi sihat walafiat selalu..amin

    Ameen...semoga kita semua makhlukNYA akan sentiasa redha di atas apa yang ditakdirkan untuk kita.

    Doakan juga agar Halaqah Net sentiasa sehat walafiat dan dapat menemui kita semua dan sentiasa bersama kita walau di mana jua. Halaqah tetap di hati.

    gurutajwid

    • *
    • Posts: 167
      • View Profile
    Jawab #66 23 October, 2009, 10:05:06 PM
  • Publish Di FB
  • Assalamualaikum Ummi,

    Saya amat kagum dengan ketabahan dan kesabaran Ummi. Kalau saya tak pasti samada saya mampu atau tidak bersabar andai diuji seperti Ummi. Saya doakan agar Ummi akan segera sembuh dan diberikan kesihatan oleh Allah.
    RAHSIA MENGUASAI ILMU TAJWID!!!
    http://abdullahidris.com

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #67 23 October, 2009, 10:10:20 PM
  • Publish Di FB

  • Serangan Heart attck yang ke 4

    Subhanallah hi wabihamdih....

    Sejak dua malam ni ,aku tidur jam 4.30 pagi. Ada saja perkara yang aku buat di internet ini. Malam semalam aku layan tangisan ku yang tak mahu surut, air mata mengalir tanpa henti hingga jam 3 pagi. Lepas tu dah 2/3 malam aku teruskan dengan bersolat hingga jam 4.30. Nak tunggu masuk waktu subuh terasa lambat pula,maka aku pun baring dan tidur. Sebelum itu aku makan sahur sebab aku memang belum makan seharian kerana melayan sedih dan pilu aku tu. Jam 6 aku tetap terbangun, syukur Allah tetap membangunkan aku, untuk melaksanakan kewajiban ku pada NYA.

    Aku tunggu anak-anak bersalam dengan aku sebelum mereka ke sekolah. Lepas tu, aku berjalan ke meja makan dan nampak kentang goreng, dan tanpa sedar aku ambik kentang dan menjamah. Potongan yang kedua aku baru teringat yang aku dah niat untuk berpuasa. Namun air teh yang ada dalam mulut ni, terus ku telan, maka terbatal lah puasa aku.

    Malam berikutnya, aku masih tidur lewat , jam 3 aku bersolat, lepas tu aku makan sahur. Sekali lagi aku niat untuk berpuasa. jam 4.30, aku rebahkan badan menanti waktu subuh. Alhamdulillah, jam 6 aku tetap terbangun untuk melaksanakan solat subuh. Seusai solat subuh aku terus mengadap laptop ini hingga ke waktu dhuha. Aku mengemaskini ruangan isu semasa dan sambil membaca posting yang dihantar oleh halaqaian di forum.

    Menjelang jam 1, aku terasa teramat mengantuk , berbaring dan tidur. jam 2 aku terbangun, dan terus solat zuhur. Lepas tu aku bangun mengadap laptop setia ni hingga menjelang asar. Lepas waktu asar, aku rehat sebentar dan bila hampir waktu maghrib aku memasak jaudah berbuka puasa. Selepas berbuka, aku solat maghrib. Oleh kerana aku ni cuma mampu bersolat duduk, aku terasa mengantuk selepas solat maghrib, maka aku pun berjalan perlahan ke dapur untuk mengoreng keropok keping dari Terengganu. Sedang aku meletakkan kuali di atas dapur dan menuang minyak kedalam kuali.

    Tiba2 , dada ku terasa sakit teramat. Bergegas aku jalan perlahan ke depan (anjung) untuk mencari tempat selesa duduk, sambil mengurut. Rupanya genap seminggu dari serangan ke 4 pada jantung aku, dan sekali ini serangan itu datang lagi. Terasa sakit setiap degupang jantung , aku rasakan. Menjelang isyak sakit telah berkurang dan aku masih boleh berkomunikasi dengan orang lain. Sekarang dah rasa lega, aku coretkan ini sebagai catatan...

    Penyakit Jantung !!



    Bahawa jantung adalah anggota badan yang bekerja untuk mengepam darah.Apabila otot jantung tidak mendapat bekalan darah yang cukup, orang itu dikatakan mengidap "sakit jantung".Bekalan darah ke otot jantung tidak cukup kerana

    -saluran darah menjadi sempit. Ini disebabkan dinding sebelah dalam, saluran darah
    dipenuhi lemak, terutamanya "kolesterol".

    Akibatnya :


    Bahagian jantung yang tidak mendapat bekalan darah yang cukup, menyebabkan seseorang merasa "sakit dada".


    Apakah yang berlaku?

    -Pesakit akan merasa dadanya seperti "diikat". Rasa sakit mungkin akan merebak ke bahagian tengkuk dan tangan.


    Serangan Sakit Jantung

    -Sekiranya saluran darah tertutup sepenuhnya, sebahagian dari otot jantung akan rosak.
    -Sakit dada yang teramat sangat akan terjadi. Keadaan inilah yang dinamakan "serangan sakit jantung".Apabila merasa sakit dada, segeralah ke hospital. Serangan sakit jantung dapat membawa kematian.

    Sakit Jantung : faktor penyebab

    1.Sebab utama sakit jantung. Asap rokok (ummi tak ada kena mengena dengan serangan ini) akan

    -mempercepatkan pembekuan darah.
    -menggalakkan pemendapan lemak pada dinding saluran darah.
    -mengurangkan bekalan oksigen ke jantung.

    2.Tekanan Perasaan (ummi stabil saja)

    -Seseorang yang mengalami tekanan perasaan, degup jantungnya, meningkat. Tekanan darahnya juga meningkat.

    3. Kandungan Lemak Yang Tinggi (:senyum:...)

    -Lebih tinggi kandungan lemak, lebih berbahaya. Makanan yang tinggi lemak, adalah seperti mentega, minyak sapi, daging berlemak.

    4.Kurang bersenam (ini betul sebab tak boleh banyak berjalan atau bergerak ,masalah tulang kaki)

    -Senaman penting untuk menguatkan jantung.
    -Juga penting untuk memperbaiki pengaliran darah ke jantung.Jadi,bersenamlah.

    5.Darah Tinggi (tiada penyakit ini,sebaliknya ummi  lebih kerap mengalami tekanan darah rendah)

    -Darah tinggi menggalakkan berlakunya penyempitan saluran darah.
    -Jantung "terpaksa" mengepam lebih kuat untuk mengalirkan darah melalui saluran yang sempit itu.
    -Lebih tinggi tekanan darah, lebih besar pula peluang serangan sakit jantung.

    6.Kencing Manis (ummi selalu mengalami hypo, kurang gula dalam darah)

    -Pesakit kencing manis lebih tinggi peluangnya mendapat serangan sakit jantung

    Jantung : Tiada Gantinya

    Jantung itu terlalu berharga. Lakukanlah perkara-perkara berikut sebelum terlambat

    -Berusahalah untuk tidak merokok (memang tidak merokok)
    -Selalulah bersenam
    -Dapatkan rehat yang cukup
    -Makanlah ubat seperti yang diarahkan (sekiranya anda pesakit darah tinggi atau kencing manis).

    Tapi aku belum ada ubat... baru ini aku pergi ke HSAJB hanya diberikan tarikh temujanji dengan pakar Kardiologi, Tarikh temujanji hanya pada bulan november nanti, baru dapat jumpa. Sempatkah aku menemui tarikh ini?
    « Last Edit: 24 December, 2009, 06:55:32 AM by Ummi Munaliza »

    wahieyda

    • *
    • Posts: 122
      • View Profile
    Jawab #68 23 October, 2009, 11:57:17 PM
  • Publish Di FB
  • Saya doakan ummi sihat insyaalah.. jgn berputus asa yer ummi kami suma akan doakan ummi.. jga pmakanan yer ummi.. jga diri.. Ana uhibbuki fillah ya umi..=)

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #69 24 October, 2009, 12:03:22 AM
  • Publish Di FB
  • Assalamualaikum Ummi,

    Saya amat kagum dengan ketabahan dan kesabaran Ummi. Kalau saya tak pasti samada saya mampu atau tidak bersabar andai diuji seperti Ummi. Saya doakan agar Ummi akan segera sembuh dan diberikan kesihatan oleh Allah.

     :ws:    :aamiin:

    Saya doakan ummi sihat insyaalah.. jgn berputus asa yer ummi kami suma akan doakan ummi.. jga pmakanan yer ummi.. jga diri.. Ana uhibbuki fillah ya umi..=)

    Terima kasih di atas doanya, semoga kita semua di dalam rahmat dan kasih sayang Allah.  :aamiin:
    « Last Edit: 24 December, 2009, 06:56:55 AM by Ummi Munaliza »

    Riot_heroes

    • *
    • Posts: 595
    • IMMORTALITY
      • View Profile
    Jawab #70 24 October, 2009, 01:44:26 AM
  • Publish Di FB
  • You can do it...because you have done it
    You'll Never Walk Alone

     Akaun Akhirat Anda No: CIMB 01180004462058 Halaqah Net Services

    mualli

    • *
    • Posts: 462
    • PERANGI MAKSIATTTT!!!!!ayuhhhh...
      • View Profile
    Jawab #71 24 October, 2009, 02:22:02 AM
  • Publish Di FB
  • salam...ummi,
     Kagumnya sya dgn ketabahan Ummi, Semoga ummi sentiasa tabah dan diberi
    kekuatan untuk menghadapi ujian hidup ini......

    Jika sy di tempat ummi adakah sy sekuat dan setabah ummi...wallahua'alam..

    Bgaimanakah kedaan ummi sekarang?
    Semoga Ummi sentiasa di Rahmati Allah....
    Hanya doa yg dapat saya titipkan buat ummi...Insyaallah,

    Ya Allah...Kau berilah kekuatan kepada Ummi...
    Berjihad Fisabilillah...
    Paksalah diri untuk melakukan ibadat...baguss gabuss
    Berilmu...Beramal...kerana ALLAH!
    PERANGI MAKSIATTTT!!!!!ayuhhhh...
    http://jomperahotakk.blogspot.com/
    http://imageshack.us/

    pedang baru 9

    • *
    • Posts: 207
    • SESAAT DAN SEDETIK TIDAK MELUPAKAN ALLAH
      • View Profile
    Jawab #72 24 October, 2009, 05:24:07 AM
  • Publish Di FB
  • InsyaAlah..Yang mendatang sakit adalah Allah dan yang menghilangkan sakit juga Allah SWT.Ubat tidak boleh menyembuhkan..yang menyembuhkan adalah Allah SWT..Sakit yang tiada sakit adalah ketika Sakratul maut..maka siapa yang dimudahkan Allah menerima sakit beruntung sebagai penghapus dosa sehinggakan sahabat cukup risau jika tiada sakit datang padanya kerana mereka merasakan Allah tidak mencintainya...Sakit adalah BONUS untuk meningkatkan darjat...
    Insyaallah..Semua penyakit dalam seluruh dunia ada ubatnya...Ubat akhir zaman ialah benda-benda yang datang dari kekacang..
    Salah satu daripadanya dengan izin Allah SWT adalah BUAH TUNJUK LANGIT @ BUAH MAHA GONI.
    Wlam..

    +AsNiza+

    • *
    • Posts: 3
      • View Profile
    Jawab #73 24 October, 2009, 09:29:18 AM
  • Publish Di FB
  • Salam,

    Sekadar 'Copy-paste' terjemahan ayat quran, surah al-baqarah ayat 284 hingga 286..

    Bismillahirrahmanirrahim..

    Maksudnya;

    [284]
    Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

    [285]
    Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali".

    [286]
    Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".

    Sadaqallahulazim..

    kayu manis

    • *
    • Posts: 13
    • Islam Sinar Hidupku...
      • View Profile
    Jawab #74 01 November, 2009, 01:58:27 PM
  • Publish Di FB
  • Setiap manusia,sama ada dia suka atau tidak, sama ada dia berjaga-jaga atau tidak, sama ada dia seorang yang taat kepada Allah atau tidak, pasti ditimpa sakit.Sakit itu adakalanya berupa peringatan dan ada kalanya berupa hadiah daripada Allah. Kita tetap perlu bersyukurkepada Allah, kerana itu menunjukkan kita sedang dalam perhatian Allah,walaupun sakit yang kita alami itu amat menyusahkan kita.
    Perkataan yang cantik "Allah S.W.T"
    Lagu yang merdu "Azan"
    Novel yang menarik "Al-Quran"
    Senaman yang baik "Sembahyang"
    Diet yang mujarab "Puasa"

    intizhar

    • *
    • Posts: 623
      • View Profile
    Jawab #75 27 November, 2009, 02:01:32 AM
  • Publish Di FB
  • Di atas IzinNya dan RahmatNya..Alhamdulillah syukur kita dengan segala nikmat KurniaanNya...

    Assalamualaikum Ummi,

    Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya...

    Kami di sini sekadar simpati, berdoa pada Ilahi, tetapi Ummi ..telah melaluinya..merasainya..tiada semua kami di sini yang Allah swt uji seperti Ummi.

    Kesakitan, keperitan mahupun kepayahan telah Ummi jalani, begitu juga di antara sedar Rahmat Allah tetap di kelilingi buat Ummi..

    Apalah ertinya, permohonan Ummi begitu tinggi di sisiNya tanpa di uji..?? sekian detik telah berlalu, bermacam usaha  dan ikhtiar di praktikkan, selain ingat , berdo'a serta berbanyak sabar atas ujianNya Yang Maha Agung lagi Maha Mengetahui..di harapkan jangan putus asa Ummi, tetapkan Istiqamah..mudahan Keredhaan Allah yang menanti Ummi...

    Ayuh Ummi, sesama kita renungkan Firman Allah swt " Jadikan sabar dan solat sebagai penolongmu, dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu', ( iaitu ) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui TuhanNya, dan bahwa mereka kembali kepada-Nya ". ( Al - Baqarah: 45 - 46 )...

    Abu Hurairah ra. berkata; Bersabda Baginda RasulAllah saw..Allah berfirman;

    Apabila ' Aku ' menguji hambaKu yang beriman, kemudian ia tidak mengeluh kepada pengunjung-pengunjungnya, maka Aku lepaskan ia dari ikatanKu dan Aku gantikan baginya daging dan darah yang lebih baik dari yang asal, dan ia boleh memperbaharui amal, sebab yang lalu telah diampuni semua...

    Diriwayatkan; Allah telah menurunkan wahyu kpd salah seorang NabiNya..Aku telah menurunkan ujian kpd seorang hambaKu, maka ia berdo'a, dan tetap Aku tangguh dan tunda permohonannya, akhirnya dia mengeluh, maka Aku berkata kpdnya; Hai hamba-Ku, bagaimana Aku akan melepaskan daripada Rahmat yang jesteru ujian itu mengandungi RAHMATKU..

     
    Please don't give up...baru nak cuba belajar speaking...

    Alhamdulillah syukur kita dengan segala nikmat kurniaanNya..

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #76 27 November, 2009, 06:48:22 AM
  • Publish Di FB

  • Sakit Sendi, dalam rawatan lagi...


    Anugerah Allah buat ku, dalam masa ini aku jalani 3 rawatan kesakitan serentak...sendi kaki, hati dan jantung... , Maha Agong, Maha Perkasa dan Maha Gagah Mu , wahai Tuhan ku...
    Aku tahu, Kau tetap Maha Adil, Maha Pengasih dan Maha Penyayang kepada diri ku ini. Kerana kasih sayang Mu ini, aku terus dalam ujian Mu...

    Sejak Isnin, 3 hb Ogos aku mula berulang alik antara Pusat Kesihatan,UTM, rumah dan HSAJB.
    Hari Selasa aku ke Pusat rawatan lagi...

    Hari Rabu, 5 Ogos, aku ke HSAJB, berjumpa dengan Pakar Ortopedik, memeriksa keadaan kaki aku ni dan terus berikan aku cuti sakit hingga hari Raya. Mr Masjudin kata, kalau pembiayaan approve awal, boleh cepatkan buat TKR kaki kiri ni pula. Tak lah lama sangat aku derita menahan sakit sebab aku dah tak mahu lagi makan apa-apa "pain killer". Steroid pun aku tak mahu makan. Selepas aku jalani "arthroscopy" (cleaning the joint) pada 20 Mac lalu, aku ingat sakit akan berkurang , rupanya tidak juga. Sebaliknya Mr Masjudin menemui kerosakan sendi pada bahagian tibia tahap 4. So , Mr Masjudin decide, mesti buat TKR juga pada kaki kiri. Tapi aku belum berniat nak buat dalam masa terdekat pada waktu itu. Rasanya sakit lepas pembedahan dengan masa recovery 3 bulan tu masih terasa lagi. 2 minggu lepas tu, aku buat suntikan pada sendi lutut. kos satu dos suntikan ialah RM 1550.00. Suntikan ini hanya mampu bertahan selama 2 bulan sahaja, sekarang nak berjalan, macam satu fobia bagi aku, kerana kesakitan yang di alami.

    Apa yang di katakan sakit sendi?


    Ikuti artikel yang aku petik dari google. Ini lah yang aku alami, cuma, keadaan aku ini lain dari yang lain. Mr.Masjudin ( pakar orthopedik yang merawat aku sejak Januari 2008) kata kerosakkan sendi aku ini adalah "Severe Tricompartmental Osteoarthiritis of Knee Joint" bahasa melayu nya "kerosakkan sendi lutut yang teruk" level 4. Sendi kanan dah buat pun " Total Knee Replecement (TKR)" bahasa melayunya "Penukaran sendi lutut" pada 15 Mac 2008. Sekarang aku menunggu masa untuk TKR sendi kaki kiri.

    ikuti...ceritanya...
    Osteoartritis sendi lutut tergolong dalam salah satu penyakit kronik yang ‘menyerang’ apabila seseorang berjalan, berdiri dan kadangkala semasa rehat juga.

    “Pesakit biasanya sukar menggerakkan lutut. Mereka mengadu sendi lutut tidak boleh dilipat penuh dan ini menyebabkan mereka terpaksa bersembahyang duduk di atas kerusi.

    “Tanda-tanda awal osteoartritis sendi lutut adalah sakit apabila mula berjalan atau hendak bangun. Sakit tersebut mungkin akan hilang apabila berjalan,” kata Pakar Runding Ortopedik Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur, Dr. Badrul Shah Badaruddin.

    Menurutnya, ramai juga yang mengadu sakit sendi lutut apabila naik turun tangga. Kadangkala terdapat bunyi meretih (krepitus) atau berasa tidak selesa menggerakkan sendi.

    Apabila keadaan ini berterusan, dan osteoartritis bertambah teruk, lutut tersebut menjadi bengkak disebabkan reaksi cecair sinovial. Tulang di hujung sendi juga boleh membengkak kerana terdapat pertumbuhan tulang baru yang dipanggil osteofit.

    Tulang osteofit inilah yang apabila terpisah dari tulang asal dan berada di dalam sendi sebagai anggota longgar menyebabkan krepitus dan kadangkala kesakitan apabila ia bergesel dengan struktur-struktur di dalam sendi.

    “Dalam kes-kes yang lewat dikesan, sendi lutut menjadi bengkok atau pengkar, menandakan kerosakan artritis yang teruk

    “Kebanyakan menyatakan sakit tersebut bertambah teruk sepanjang hari dan ada pula mengadu kaki menjadi kaku pada waktu pagi. Sebenarnya sakit ini disebabkan oleh kerosakan rawan di dalam sendi.”

    Rawan bertindak sebagai kusyen dan penyerap renjatan di antara tulang paha (femur) dan tulang betis (tibia). Sakit tidak datang dari rawan kerana rawan tidak mempunyai saraf.

    Sakit osteoartritis berlaku apabila terdapat geseran di antara tulang femur dan tibia di dalam sendi dan ini terjadi apabila rawan rosak atau haus.

    Sakit ini juga didapati dari struktur-struktur berhampiran sendi lutut seperti di otot paha dan betis terutama sekali apabila sendi tidak stabil akibat rawan haus.

    Punca


    “Umumnya, rawan akan haus akibat geseran. Ahli sukan dan buruh lebih senang mendapat osteoartritis akibat proses geseran yang lebih banyak berbanding orang lain.

    “Ia akan menjadi lebih teruk sekiranya terdapat kecederaan lutut ataupun struktur-struktur berhampiran lutut, seperti patah tulang,” ujar beliau.

    Faktor penggunaan berlebihan boleh menyebabkan kehausan rawan yang berterusan dan menggalakkan osteoartritis. Namun demikian, tidak bersukan atau kurang aktiviti fizikal menyebabkan otot di sekeliling sendi menjadi lemah dan lutut boleh menjadi tidak stabil manakala tulang pula mengalami osteoporosis.

    Sendi menjadi keras atau kaku dan senang mengalami kecederaan. Apabila sendi kurang pergerakan akibat otot-otot yang lemah, membran sinovial kurang mengeluarkan cecair yang perlu untuk pemakanan/nutrisi rawan seperti asid hialuronik.

    “Tanpa pemakanan yang cukup, rawan akan kurang berfungsi dan akhirnya rosak menjadi osteoartritis. Apabila ini berlaku, cecair sinovial akan bertambah, bukan dengan bahan-bahan nutrisi tetapi dengan agen-agen radang – sebahagian penyebab utama sakit sendi lutut.”

    Seseorang yang berat atau obes mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat osteoartritis sendi lutut dan juga sendi pinggul.Rawan tidak dapat menampung berat seseorang yang gemuk terutama mereka yang mempunyai lutut atau kaki yang kecil. Rawan tersebut mudah rosak dan mendapat radang.

    Sementara itu, belum ada bukti kukuh yang menyatakan keturunan boleh menyebabkan osteoartritis sekalipun terdapat kes-kes yang diwarisi.

    Rawatan


    Tujuan utama rawatan, kata Dr. Badrul adalah untuk mengurangkan sakit lutut, menambah julat pergerakan sendi lutut dan mengurangkan atau menghentikan proses osteoartritis itu sendiri.

    Ini akan meningkatkan kualiti hidup pesakit.. Mereka boleh berdikari dan tidak lagi memerlukan bantuan orang lain untuk melakukan rutin harian.

    - Senaman dan fisioterapi: Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Kurangkan berat badan bagi mengurangkan tekanan dan impak terhadap rawan..

    Bagi mereka yang mengalami osteoartritis sendi lutut peringkat awal, boleh melakukan senaman isometrik yang tidak melibatkan aktiviti-aktiviti impak seperti mengangkat kaki yang lurus untuk memantapkan otot-otot kuadriseps.

    Elakkan berlari, tetapi berjalan laju di kawasan rata amat digalakkan. Bagi osteoartritis teruk, senaman paling senang adalah berenang dan hidroterapi.

    - Ubat penahan sakit. Bagi rawatan segera untuk jangka masa singkat tidak lebih dua atau tiga minggu kerana, jika diambil secara berterusan boleh menyebabkan masalah lain seperti gastritis, ulser peptik, kegagalan buah pinggang dan jantung serta serangan angin ahmar.

    - Suplemen-suplemen seperti glucosamine sulfate dan chondroitin untuk kes-kes awal, yang boleh diperoleh di farmasi tanpa preskripsi doktor.

    - Suntikan viskosuplemen bagi mengganti atau menambah cecair sinovial untuk kelinciran sendi.

    - Pencucian artroskopi iaitu pembedahan segera mengeluarkan agen-agen radang di dalam lutut di samping mencuci rawan. Pemeriksaan dalam sendi lutut boleh dibuat melalui kamera video kecil yang dimasukkan melalui skop.

    Pembedahan gantian sendi (TKR)

    Sekiranya rawatan konservatif seperti senaman, fisioterapi, ubat penahan sakit, suplemen dan injeksi viskosuplemen gagal, rawatan seterusnya adalah pembedahan.

    Menurut Dr. Badrul: “Di antara rawatan yang popular di negara-negara maju adalah pembedahan gantian sendi. Di United Kingdom, lebih 50,000 pembedahan gantian sendi lutut dilakukan setahun berbanding hanya 1,000 di Malaysia.

    “Pembedahan gantian sendi adalah pembedahan di mana rawan di dalam lutut dibuang dan digantikan dengan lapisan prostesis di bahagian tulang femur dan tibia, di dalam lutut.”

    Prostesis ini kebanyakannya diperbuat daripada besi atau logam kobalt krom. Bagi mengelakkan lapisan-lapisan ini bergesel, satu lapisan plastik - insert diletakkan di antara kedua-dua lapisan prostesis tersebut.

    “Apabila penggantian sendi dilakukan, sakit yang dirasai di dalam sendi lutut kerana osteoartritis akan hilang serta-merta. Pembedahan biasanya mengambil masa satu hingga tiga jam. Osteoartritis yang lebih teruk akan mengambil masa pembedahan yang lebih lama.

    “Pesakit yang menjalani pembedahan ini akan menjalani fisioterapi di wad selama tiga hingga lima hari sebelum dibenarkan pulang. Pesakit disyorkan menjalani pemulihan semula di rumah dan berjalan menggunakan tongkat selama empat hingga enam minggu.”

    Luka yang disebabkan oleh pembedahan akan sembuh selepas enam minggu.

    Kenapa pembedahan gantian sendi tidak popular di kalangan masyarakat tempatan?

    “Faktor utama adalah kesedaran tentang pembedahan gantian sendi. Ramai pesakit mendapat maklumat negatif tentang rawatan ini dan ada pula tidak mengetahui yang ia boleh dilakukan di negara kita.

    “Sebenarnya ramai pesakit dari negara jiran dan Asia Barat datang ke Malaysia untuk mendapatkan khidmat perubatan ini,” kata Dr. Badrul.

    Faktor kedua adalah kewangan. Harga prostesis gantian sendi lutut bermula dari RM6,000 ke atas, bergantung jenis bahan dan pakej yang diperlukan.

    Bagi kebanyakan orang, ia adalah sangat mahal dan ramai yang tidak mampu. Beliau turut menarik perhatian, “Tetapi ada juga pernah berkata, ‘lebih baik beli kereta.”

    Tahap kesihatan yang lebih baik membolehkan rakyat Malaysia menikmati jangka hayat yang bertambah melebihi 70 tahun.

    “Oleh itu, jika seseorang yang berumur 60 tahun menghidap osteoartritis yang teruk dan dijangkakan akan hidup 10 hingga 20 tahun lagi, maka pembedahan gantian sendi sangat bersesuaian.

    “Adalah tidak munasabah seseorang itu terpaksa menderita sakit lutut untuk jangka masa yang panjang.”

    Pada masa ini, walaupun telah berumur 60 tahun, masih ramai warga tua yang aktif dan mungkin perlu bekerja untuk menampung sara hidup mereka pada masa akan datang berdasarkan umur persaraan mencecah 65 tahun di negara-negara maju.

    Tapi...tahukah kawan-kawan, anak-anak...yang ummi ini mula mengalami sakit lutut sejak usia 40 tahun, ummi bukan ahli sukan, ummi bukan seorang buruh kasar dan ummi tidak pernah mendapat sebarang kecederaan pada kaki. Doktor pakar pun hairan, bagaimana ummi boleh mendapat masalah kehilngan rawan ketika usia masih muda. Masa pertama kali sakit, hingga berpapah aku berjalan, terus doktor x-ray, yang kelihatan bercerucuk ialah Tulang osteofit inilah. Ini punca kesakitan yang aku alami. Macam tanduk kelihatan nya didalam imbas X-ray. Dari sini yang doktor terus buat "arthroscopy" dan membawa kepada TKR...
    Selepas pembedahan, dalam tempoh 6 hari lepas dibedah, aku masih gunakan "drip cecair epidural ditulang belakang". tahu kenapa? sebab sangat sakit...
    ini photonya...




    Dan ini semua adalah anugerah Ilahi buat diri aku yang kerdil...

    Moga kesabaran, ketabahan dan kekuatan bersama aku di dalam redha Tuhan, ameen.


    :)
    semoga ummi terus tabah & ketabahan ummi memberi semangat kepada yang lain juga untuk meneruskan kehidupan ini dengan penuh kesyukuran...


     :ws:

    Terima kasih di atas sokongan dan doa . Moga Allah terus memberikan kepada saya kekuatan , ketabahan dan kesabaran seteguh iman Nabi Allah Ayob.
    « Last Edit: 24 December, 2009, 07:20:08 AM by Ummi Munaliza »

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #77 27 November, 2009, 06:51:44 AM
  • Publish Di FB

  • Cardiovascular Cartography...


    Isnin 19 Oktober, selesai sahaja solat subuh , aku dan zauj bergerak menuju ke Melaka untuk mendapatkan rawatan jantung di Dr Ishak and Surgery. Awal kami tiba, belum pun pukul 8:00 pagi dah sampai. Perjalanan dari JB ke Ayer Keroh cuma mengambil masa 1 jam 30 minit sahaja.

    Jalan raya tidak sibuk seperti hari hari perayaan. Lagi pun hari Isnin, kebanyakkan orang ramai dah mula bekerja selepas bercuti hari Deepavali. Tiba di pusat rawatan terus aku mendaftar untuk bertemu doktor. Rupanya Dr Ishak, tuan punya pusat rawatan telah bersara dan diambil alih oleh anaknya, Dr Shahleen.

    Aku diterangkan berkenaan dengan "Cardiovascular Cartography - A New Non-Invasive Technique to Detect Coronary Artery Disease".

    Apakah yang dikatakan 'Cardiovascular Cartography'?


    "Cardio-vascular Cartography is non-invasive technique through which one can detect blood flow in the arteries of heart. One can also know about ischemia or narrowing of the coronary arteries. The new machine also informs about the blood flow through kidneys as well. This test is used for routine periodic monitoring of heart condition. It takes about half an hour to complete the test."

    "Cardiovascular screening to exclude coronary artery disease (CAD) forms a very important part of any aircrew evaluation. A routine ECG forms part of initial evaluation for aircrew duties. As the incidence of CAD is age-related, repeat ECG examination and even periodic Bruce protocol stress test are mandatory requirements by certain Regulatory Agencies including India. Routine use of cardiac stress testing has been controversial because of inadequate specificity when applied to an asymptomatic population. At times further invasive tests for delineation of the coronary arteries become necessary with avoidable stress and even risk to life to the apparently normal aircrew. Availability of population health data and increasing use of computer applications in medical database management have made risk analysis and risk stratification easier and more reliable."


    Ambik perhatian : Ini  bukan ummi ya...

    1) What is Cardiovascular Cartography?
    • This is a new technique for the early detection of Coronary Artery Disease (CAD)

    • The information obtained by cartography is not provided by the existing cardiac diagnostic tools

    • Some of the information was never possible, non-invasively, earlier

    • CAD is a progressive silent killer and if left undetected at its early stage leads to ANGINA PECTORIS [Chest Pain], MYOCARDIAL INFARCTION [Heart Attack], SUDDEN DEATH

    2) Who requires Cartography? Ini sebab aku dikehendaki melalui ujian ini.

    • Those who have had heart attacks and undergoing treatment

    3) What are the Advantages of Cartography?
    • Non-Invasive procedure

    • No Pain, No Anesthesia, No Catheterization

    • No "after effects"; No physical / mental stress

    • Can be repeated any number of times, unlike invasive methods

    • No hospitalization

    • Provides 5 page colour report on the functioning and current status of the heart

    • Indicates Myocardial (Heart Muscle) blood flow and oxygen demand and supply for every beat of your heart

    • The report is fully evaluated by an experienced and specially trained cardiologist providing you with expert advise/comments

    • Offers panoramic data of the heart for future monitoring/comparison for the treatment

    • The entire package is cost effective

    4) What should you do before coming for the test?
    • Should have been fasting for 6-12 hours

    • No drugs for a period of 12 hours

    • no alcohol/smoking or tobacco for 12 hours

    • No stimulants like coffee/tea/soft drinks for 12 hours

    • No physical exercise/long walks 12 hours before test

    • May take only little milks or water during fasting

    • Empty the urinary bladder before procedure

    Entry kali ini cuma nak cerita kan tentang ujian Cardiovascular Cartography saja. Nanti akan ada lagi sambungannya...

    Selepas menjalani rawatan circulation selama 3 jam, hingga aku terlena di kerusi, laptop on tapi internet slow, jadi tak dapat juga untuk aku melayari halaqahnet sambil circulation berjalan. Masa nak pasang drip tu, aku sangat marah dan geram dengan nurse yang cucuk jarum ditangan aku.

    Aku memang sejak lama dah tahu, saluran-saluran darah di tangan aku ni halus.Memang agak sukar untuk nurse atau doktor mengambil darah. Selalunya, untuk ambik setabung darah atau nak buat 'line' mesti kena cucuk 2,3 kali baru dapat. Hanya doktor yang mahir sahaja dapat cucuk sekali terus dapat 'line' darah.


    Ini rupanya yang dikatakan ' line' , senang nak masukkan darah atau air mineral.

    Tujuan buat 'line' jika aku dimasukkan ke wad adalah senang untuk 'drip'samada air mineral, atau masukkan antibiotik atau ubatan. Selali 'line' ni dibuat ditangan sahaja, jarang ditempat lain. Cuma pernah sekali hari tu, oleh kerana tangan-tangan aku dah bengkak membiru kerana banyak kali di cucuk ambik darah, lepas tu 'line ' tu blok, maka 'line' baru mahu dibuat. Masa tu, aku di dalam Dewan Bedah. Mereka buat 'line' dileher aku. Ngerinya tidak terkira, macam aku rasa nak disembelih .

    Masa di di Pusat rawatan tu, dah nurse tak berjaya buat setelah 2 kali cubaan, barulah dia panggil doktor buat. doktor pun sama juga mula-mulanya, sakit ,lepas tu jarum yang dah dicucuk itu digerak-gerakkan mencari sasaran saluran darah agar mengalir keluar. Dah berjaya, barulah drip dipasangkan untuk rawatan 'circuation'.

    Dari jam 10:00 pagi hingga 1:30 baru selesai rawatan tu, dan diberikan ubat, terus aku balik bersama-sama zauj. Sampai tertidur-tidur zauj di sofa sementara menunggu aku selesai rawatan.

    Kami berhenti solat jamak taqdim di Hentian Kulai. Sampai di rumah jam 5:00 petang dalam keadaan letih dan lesu.




    Di atas IzinNya dan RahmatNya..Alhamdulillah syukur kita dengan segala nikmat KurniaanNya...

    Assalamualaikum Ummi,

    Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya...

    Kami di sini sekadar simpati, berdoa pada Ilahi, tetapi Ummi ..telah melaluinya..merasainya..tiada semua kami di sini yang Allah swt uji seperti Ummi.


    Di atas IzinNya dan RahmatNya..Alhamdulillah syukur kita dengan segala nikmat KurniaanNya...
     :ws:
    Kadang kala ada kemanisan dalam ujian itu. Seperti sukarnya untuk meneguk madu dari sarang lebah di Pergunungan Afganistan. Terima kasih atas doa dan kata-kata hikmat buat penyubur jiwa. Doakan ummi memiliki iman seteguh Nabi Allah Ayob.
    « Last Edit: 24 December, 2009, 07:28:29 AM by Ummi Munaliza »

    Abd Hadi

    • *
    • Posts: 397
      • View Profile
    Jawab #78 27 November, 2009, 07:25:53 AM
  • Publish Di FB
  • masyaallah...hebat betul ujian yg ummi hadapi..terharu apabile membacenye..
    Menuntut ilmu lebih mulia daripada ibadah sunat
    Siapa yang inginkan dunia maka hendaklah dia berilmu,
    Dan siapa yang inginkan akhirat maka hendaklah dengan ilmu
    Ibadah yang paling hampir kepada Allah selepas perkara wajib ialah menuntut ilmu.

    dya adriza

    • *
    • Posts: 424
      • View Profile
    Jawab #79 27 November, 2009, 08:10:50 AM
  • Publish Di FB
  • :sedihnya: sedih...........
    semoga kalian tabah menghadapi ujian yang mendatang....
    Firman Allah: 'Allah tidak akan turunkan satu ujian yang kamu tidak mampu............'

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    3 Replies
    3606 Views
    Last post 07 May, 2009, 06:41:29 PM
    by otramen_mebius22
    8 Replies
    2532 Views
    Last post 03 June, 2009, 10:30:09 PM
    by alfaiz95
    6 Replies
    2051 Views
    Last post 18 May, 2010, 06:40:16 PM
    by abyana