Hari-hari Yang Dilalui Seorang Pesakit...

Author Topic: Hari-hari Yang Dilalui Seorang Pesakit...  (Read 45833 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Ummi Munaliza

  • *
  • Posts: 14510
  • Anniversary Ke 30
    • View Profile
23 March, 2009, 08:50:56 PM
  • Publish Di FB
  • Apa yang ingin dipaparkan di thread ini adalah sebuah kisah dan pengalaman yang  dilalui oleh seorang pesakit. Bermula usia yang muda hingga tua. Kesakitan dan penyakit adalah ujian dari Allah untuk menguji keimanan hambaNya. Apabila kesakitan dan penyakit ini mampu dihadapi dengan sabar dan tabah, ia menjadi nikmat dan menganggap suatu anugerah. Bukan ramai manusia yang mampu dan menerima ujian ini bertimpa-timpa dengan tabah dan sabar. "Dan sesungguhnya Allah tidak akan membeban seseorang itu dengan bebanan yang dia tidak mampu pikul"

    سُوۡرَةُ البَقَرَة
    لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَا‌ۚ لَهَا مَا كَسَبَتۡ وَعَلَيۡہَا مَا ٱكۡتَسَبَتۡ‌ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذۡنَآ إِن نَّسِينَآ أَوۡ أَخۡطَأۡنَا‌ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحۡمِلۡ عَلَيۡنَآ إِصۡرً۬ا كَمَا حَمَلۡتَهُ ۥ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِنَا‌ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلۡنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِۦ‌ۖ وَٱعۡفُ عَنَّا وَٱغۡفِرۡ لَنَا وَٱرۡحَمۡنَآ‌ۚ أَنتَ مَوۡلَٮٰنَا فَٱنصُرۡنَا عَلَى ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡڪَـٰفِرِينَ (٢٨٦)

    Bermaksud: 

    "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.
    Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir." (Al-Baqarah, 286)



    Jadikan kisah ini sebagai panduan dan teladan jika ianya baik dan menjadi sempadan dan pengajaran pada manusia yang menghargai kesihatan. Catatan ini ditulis ketika pesakit berada di wad  selama 1minggu menunggu detik-detik untuk pulih selepas menjalani pembedahan kali ke empat. Kali ke 6 memasuki dewan bedah dan tidak terkira kali keberapa dimasukkan dalam wad. Sehingga wad di HSAJB bagaikan rumah ke dua baginya.
    « Last Edit: 27 November, 2009, 07:47:53 AM by Ummi Munaliza »
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #1 23 March, 2009, 08:51:13 PM
  • Publish Di FB

  • Dari Umur 11 tahun,aku telah di uji tuhan dengan pelbagai kesakitan dan penyakit. Pengalaman pertama, asalnya sakit belakang sahaja...

    Berlarutan hingga aku lumpuh seluruh tubuh tanpa mampu mengerakkan apa-apa kecuali mengelip mata. Dalam keadan begitu,ibu tetap berusaha menyuapkan air minuman, kerana aku tidak di bawa ke hospital. Ibu menjaga aku yang lumpuh di rumah dan berikhtiar mengubati secara urutan tradisional sahaja.

    Berkat sabar seorang ibu, usaha, iktiar dan doa serta tawakkal, setelah 5 bulan terbaring kaku aku boleh bangun semula dan mula jalan bertatih. Semasa lumpuh aku sedar,tetapi tidak mampu berkata-kata, hanya memandang dan melihat sahaja. Akhirnya aku sembuh dan boleh menduduki peperiksaan penilaian darjah 5.
    « Last Edit: 27 November, 2009, 07:49:44 AM by Ummi Munaliza »

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #2 23 March, 2009, 08:52:51 PM
  • Publish Di FB
  • Ketika aku berumur 14 tahun,sakit lain pula yang aku hidapi. Bermula batuk dan selsema yang  tidak surutnya, aku berjumpa doktor dan disahkan mengidap paru-paru berair.Aku berusaha mengubati diri sendiri,pergi ke Pusat Kesihatan Kecil Tanah Kebun dengan berbasikal. Sebelum mengesahkan aku mengidap paru-paru berair, aku perlu menghantar sample kahak setiap hari bagi memastikan jenis bakteria yang ada di dalam kahak menyebabkan batuk dan selsema yang tidak baik-baik walaupun  berbagai antibiotik ditelan.Berkat usaha aku lebih kurang setahun berjumpa doktor dan makan ubat yang diberikan mengikut aturan, sakit ini sembuh.
    « Last Edit: 24 December, 2009, 03:30:48 AM by Ummi Munaliza »

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #3 23 March, 2009, 08:53:45 PM
  • Publish Di FB


  • Menjangkau usia 18 tahun,aku mula diserang migrain. Bila rasa sakit menyerang, kesakitannya tidak terucap, sehingga aku muntah,badan jadi lemah dan terdampar di katil. Bila migrain menyerang sebahagian kepala samada di bahagian depan , atau sebelah kanan,atau sebelah kiri,atau  di bahagian belakang kepala akan sakit berdenyut-denyut. Tak tahu apa puncanya kenapa, migrain sering menyerang diri ini. Bila selalu sangat migrain menyerang, aku jadi malas ke klinik untuk berjumpa doktor, sebaliknya hanya menelan 'pain killer' postant sahaja.

    Sebelum itu,aku sudah memakan panadol sahaja tetapi kemujarabannya lambat bertindak hingga aku menjadi lemah longai menahan sakit. Migrain yang datang sekali sekala ini berlarutan hingga sekarang.
    « Last Edit: 24 December, 2009, 03:32:05 AM by Ummi Munaliza »

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #4 23 March, 2009, 08:54:16 PM
  • Publish Di FB


  • Setelah melahirkan anak kedua, migrain yang menyerang semakin teruk dan suami bertindak membawa bertemu doktor pakar, dan aku menjalani scan otak dan x-ray di kepala. Doktor menemui keabnormalan pada bahagian otak aku. Doktor memberi pilihan samada mahu meneruskan rawatan dengan tinggal di  wad untuk beberapa hari bagi penyiasatan dijalankan. Memandang anak kedua masih kecil dan menyusu badan, aku memilih untuk tidak meneruskan rawatan dan terus mengamalkan makan 'pain killer' postant bila migrain menyerang.
    « Last Edit: 24 December, 2009, 03:32:55 AM by Ummi Munaliza »

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #5 23 March, 2009, 08:55:25 PM
  • Publish Di FB

  • Mengandung anak kelima doktor mengesahkan uri (plasenta) berada di bahagian bawah rahim. Ini bermakna, bila mahu melahirkan bayi, uri yang berada di bahagian bawah rahim akan menutup jalan bayi dilahirkan secara normal. Menjelang minggu akhir bermula minggu ke36 kandungan, aku terpaksa berulang-alik ke klinik Gynekology setiap 2 kali seminggu untuk memeriksa kandungan agar jangan sampai aku mengalami tumpah darah.

    Doa dan solat hajat tidak pernah putus aku panjatkan kepada Allah agar membantu aku. Aku sentiasa bersabar bila terpaksa berulang ke klinik gyne, menunggu giliran yang lama di samping penyakit migrain yang  sering menyerang tidak tentu masa. Alhamdullilah, bila tiba saat melahirkan, dengan pertolongan Allah, uri telah bergerak ke atas dan membuka jalan untuk bayi di lahirkan secara normal. Bayi ini di lahirkan pada hari Deepavali, 13 November 1993.

    « Last Edit: 27 November, 2009, 07:51:19 AM by Ummi Munaliza »

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #6 23 March, 2009, 08:56:56 PM
  • Publish Di FB


  • Tahun 1995,aku terlalu sibuk dengan tugas sebagai Penyelaras Pusat Sumber Sekolah. Mana mahu mengendalikan perpustakaan dan bilik alat pandang dengar, aku terpaksa juga mengendalikan peralatan siaraya sekolah. Pada masa itu Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti baru di buka. Yang ada hanya sebuah perpustakaan yang kosong dengan rak-rak buku serta kerusi meja. Aku terpaksa mencari dan membeli buku-buku dan bahan bacaan bagi kelengkapan sebuah perpustakaan.

    Aku tidak sedar telah hamil, sehingga mengalami tumpah darah yang banyak tanpa henti.Bila di bawa ke unit kecemasan hospital, kandungan aku yang berusia 9 minggu telah mengalami kegagalan untuk diteruskan bernyawa dan keguguran berlaku. Aku di bawa ke Dewan Bedah untuk dibuat D&C bagi membersihkan rahim dari saki baki kandungan yang telah  gugur.
    « Last Edit: 24 December, 2009, 03:34:58 AM by Ummi Munaliza »

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #7 23 March, 2009, 08:57:52 PM
  • Publish Di FB


  • Suatu hari aku merasa kesakitan di bahagian abdomen. Aku di bawa berjumpa doktor, dan doktor mengesahkan aku hamil anak ke tujuh, tetapi bersama dengan kandungan itu di dalam rahim dikesan ada fibroid dan di dalam ovari ada cyst. Doktor menyaran kepada  aku agar mengugurkan kandungan yang telah berusia 12 minggu itu. Setelah melakukan solat istikharah dan mohon petunjuk dari Allah SWT, aku pasrah untuk meneruskan kandungan.

    Dalam susah payah dan kesakitan yang sering dialami dibahagian abdomen, aku melahirkan anak ke tujuh ini hanya di atas katil wad Hospital Daerah Kulai sahaja. Sedangkan rancangan doktor pakar perbidanan Hospital Besar yang memeriksa sepanjang tempoh kandungan adalah melahirkan melalui pembedahan. Tetapi manusia hanya merancang, Allah juga merancang, rancangan Allah yang terbaik.

     :aamiin:
    « Last Edit: 24 December, 2009, 03:36:38 AM by Ummi Munaliza »

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #8 23 March, 2009, 08:58:46 PM
  • Publish Di FB

  • Selepas melahirkan anak ketujuh, aku memulakan rawatan dengan pakar perbidanan dan sakit puan untuk berbincang membuang fibroid dalam rahim dan cyst dalam ovari. Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang tidak diperlukan didalam tubuh badan manusia. Kenapa doktor  menyaran anak digugurkan semasa hamil ke tujuh lalu adalah kerana fibroid ini sifatnya seperti parasit. Disamping dia menumpang dia juga mengambil makanan untuk dia tumbuh dan membunuh perumah itu akhirnya.

    Maka jika ada anak yang dikandung bersama fibroid,selalunya anak yang di kandung akan kalah dan mengalami kecacatan kerana darah yang menyalurkan makanan melalui plasenta kepada bayi turut menyalur makanan kepada fibroid. Dalam kes  aku di atas, keyakinan pada pertolongan Allah ,doa dan tawakal memberi kelebihan kepada  aku dapat melahir anak dengan sempurna akal fikiran dan sempurna anggota tubuh badan.

    Sesungguhnya Allah itu Maha Pemberi Rahmat dan Maha Kasih Sayang.
    « Last Edit: 24 December, 2009, 03:38:55 AM by Ummi Munaliza »

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #9 23 March, 2009, 09:00:08 PM
  • Publish Di FB

  • Doktor telah menetapkan tarikh pembedahan pembuangan rahim kerana bentuk fibroid yang ada di dalam rahim melebar melekap kepada sebahagian besar dinding rahim. Jika fibroid sahaja dibuang, dinding rahim akan mengalami luka yang besar, dan risiko pendarahan amat tinggi. Jadi doktor mengambil keputusan untuk membuang rahim sekali, kerana pembedahan begini lebih mudah dan risikonya lebih rendah dibandingkan jika hanya fibroid sahaja dibuang.

    Pada hari yang telah  ditetapkan aku masuk wad, hati aku masih berbelah bagi, nak buat pembedahan atau tidak. Berhari-hari bahkan berminggu aku memikir dan membuat permohonan kepada Allah agar diberi petunjuk adakah menjalani pembedahan itu lebih baik atau tidak. Bagi aku ketetapan hati adalah  petunjuk dari Allah agar perjalanan hidupku sentiasa di dalam rahmatNYa.
    « Last Edit: 24 December, 2009, 03:40:09 AM by Ummi Munaliza »

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #10 23 March, 2009, 09:02:23 PM
  • Publish Di FB
  • Tiba hari lagi pembedahan sepatutnya dijalankan, suami diarah menjalankan tugas diluar kawasan, dan tiada siapa yang boleh menghantar aku ke hospital serta menolong menjaga anak di rumah. Oleh kerana tugas itu sangat penting, suami perlu pergi juga ke luar kawasan.

    Bila suami tiada, aku tidak mahu ke hospital, dan menelefon pihak hospital agar membatalkan pembedahan yang sepatutnya dijalankan pada 11 Mei 1997. Setelah pembedahan itu aku batal,bermakna aku tidak boleh lagi merujuk sebarang kesakitan di hospital berkenaan. Aku mencari perubatan alternatif, dengan memakan ubat herba bagi mengecutkan fibroid. Alhamdullilah, setelah 3 tahun aku makan ubat herba melayu dengan konsistan, didapati fibroid itu mengecut sedikit demi sedikit.

    Pembedahan yang telah dirancang, terbatal begitu sahaja. Itulah petunjuk dari Allah.
    « Last Edit: 24 December, 2009, 03:42:12 AM by Ummi Munaliza »

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #11 23 March, 2009, 09:04:03 PM
  • Publish Di FB

  • Itulah petolongan Allah kepada aku setelah aku memohon petunjuk dan ketetapan hati samada perlu rahim dibuang atau tidak. Jika rahim dibuang bermakna aku tidak boleh lagi hamil. Aku amat bersyukur dengan petunjuk yang diberikan oleh Allah, walaupun  nampak seseolah suami macam tidak mahu membantu dan bertanggung jawap pada kesihatan isteri, tetapi rupanya Allah memberi jalan agar aku tidak perlu membuang rahim.

    Setahun selepas aku membatalkan pembedahan buang fibroid , aku mula hamil anak yang ke lapan. Aku menjalani rawatan antenatal di Poliklinik yang lain dan tidak mahu menceritakan sebarang sejarah kehamilan yang lalu. Aku yakin dengan pertolongan Allah jika aku berhadapan dengan sebarang masalah.

    Jangkaan pakar sebelum ini menyatakan yang  aku tidak boleh hamil lagi sekiranya fibroid tidak dibuang adalah meleset. 41 minggu kemudian aku selamat melahirkan anak di atas troli di HSAJB sahaja, kerana aku memang mudah bersalin.
    « Last Edit: 24 December, 2009, 03:44:54 AM by Ummi Munaliza »

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #12 23 March, 2009, 09:24:49 PM
  • Publish Di FB

  • Ketika anak kelapan berusia 1 tahun 3 bulan, masih menyusu ibu, aku mendapat tawaran  pergi menunaikan haji ke Baitullah. Ketika ini usia aku 35 tahun. Aku mempersiapkan diri dan menjalani kursus mengerjakan haji selama setahun agar ibadah yang aku jalankan menepati  hukum syarak.

    Sebelum tarikh berangkat, aku teringin untuk menderma darah. Aku pergi dengan suami ke Bank Darah sebuah hospital besar di Johor Bahru. 2 minggu selepas  menderma darah aku mendapat panggilan telefon urgent dari Bank Darah tersebut.
    « Last Edit: 24 December, 2009, 03:45:52 AM by Ummi Munaliza »

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #13 23 March, 2009, 09:25:59 PM
  • Publish Di FB

  • Aku dan suami bergegas pergi semula ke hospital berkenaan dan aku diminta menjalani peperiksaan ujian darah semula. Melalui sample darah yang aku derma, rupanya mereka dapat mengesan sesuatu bendasing ujud di dalam darah yang memberi kesan kesihatan jangka panjang, aku akan mendapat penyakit kronik.

    Setelah  ujian kedua di lakukan, mereka mengesahkan keujudan bendasing itu benar ada dan aku dikehendaki mula menjalani rawatan. Oleh kerana tarikh keberangkatan menunaikan haji  hampir tiba, aku berjanji akan memulakan rawatan sebaik balik dari Makkah nanti.
    « Last Edit: 24 December, 2009, 03:47:13 AM by Ummi Munaliza »

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #14 23 March, 2009, 09:36:03 PM
  • Publish Di FB


  • Sekembalinya aku dari tanah suci, dimana dengan rahmat dan kasih sayangnya, selama aku di sana,
    keadaan kesihatan aku sangat baik dan nikmat mengerjakan ibadah haji dapat aku laksanakan dengan
    baik dan sempurna. Pengalaman aku di sana selama 42 hari ibarat pergi berbulan madu. Betapa indah
    dan nikmat berada di rumah Allah dan menjadi tetamuNya. Akan dikisahkan dalam bab lain pengalaman
    mengerjakan haji. 2 minggu setelah tiba di tanah air, pihak hospital telah pun menelefon menuntut janji
    kepada aku, agar memulakan rawatan. Melalui ujian darah, kompenan darah, mendapati ada yang tidak
    kena dengan darah dan organ yang ada kaitan darah. Aku dikehendaki tinggal di wad untuk memudahkan
    penyiasat/mengdiagnosa penyakit darah aku ini. 2 minggu di wad, aku telah menjalani biopsy hati.

    « Last Edit: 24 October, 2009, 07:20:05 AM by Ummi Munaliza »

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #15 23 March, 2009, 09:38:47 PM
  • Publish Di FB
  • Setelah menjalani ujian biopsy hati, aku dibenarkan keluar wad. Balik sahaja ke rumah, aku jalani kehidupan seperti biasa. Tetapi 10 hari selepas balik rumah, tiba-tiba aku diserang demam dan sakit kepala yang teruk. Seluruh sendi sakit, tekak sakit sehingga menelan nasi seseolah menelan pasir. Meneguk air seperti meneguk jadam pahitnya. Bila berbaring, aku terasa seperti berbaring di atas pasir. Sudahnya aku tidak makan. Setelah 4 hari demam tidak pulih, aku pergi sekali lagi ke klinik untuk mengambil sample dan ujian darah.


    Hari pertama demam sample darah telah diambil juga.Bila doktor membuat bandingan keputusan ujian darah, di dapati paras platlet aku menurun dengan mendadak di samping white blood count meningkat. Doktor mengesyaki sesuatu. Bilangan platlet di hari pertama demam ialah 270,000  dan di hari ke 4 ialah 70,000. Terdapatnya penurunan paltlet darah menunujukkan keujudan sesuatu virus asing yang memusnhakan platlet dalam darah aku.
    « Last Edit: 24 December, 2009, 03:50:12 AM by Ummi Munaliza »

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #16 23 March, 2009, 09:42:44 PM
  • Publish Di FB

  • Pada hari ke 5 demam, aku membuat ujian darah lagi, paras platlet makin menurun kepada 35,000 penurunan yang sangat pantas. Kesan kekurangan platlet dalam darah
    akan menyebabkan darah menjadi cair dan bila luka darah tidak beku. Sebelum ke klinik pagi itu, aku dapati ada darah keluar bila aku memberus gigi, hidung dan tempat lain. Darah segar ini keluar tanpa sebab.Ianya bukan luka.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #17 23 March, 2009, 09:44:54 PM
  • Publish Di FB

  • Doktor mengarahkan segera masuk mendapatkan rawatan lanjut  di Hospital Tun Aminah Johor Bahru. Dalam ujian darah pagi itu , telah dapat dikesan virus yang menyebabkan aku demam. Rupanya aku dijangkiti demam denggi berdarah. Sampai di unit kecemasan HSAJB, darah sekali lagi diambil dan diperiksa,paras platlet telah menurun ke paras 26,000.

    Ketika ini darah sudah ada yang keluar seperti seorang perempuan tumpah darah. Kulit telah berwarna terang, bintik seperti ruam kelihatan jelas diseluruh tubuh badan. Saat ini adalah saat kritikal bagi seorang pesakit denggi berdarah,jika lambat diselamatkan akan mengakibatkan kematian.


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #18 23 March, 2009, 09:46:12 PM
  • Publish Di FB

  • Di Unit Kecemasan, para petugas sibuk menyiasat untuk mengenal pasti kenapa darah banyak keluar seperti perempuan mengalami keguguran. Darah yang keluar adalah darah segar, kerana paras platlet yang rendah, darah sudah tidah membeku lagi. Melalui ujian urine dan scan di bahagian abdomen, mereka mendapati aku hamil 6 minggu dan sedang mengalami tumpah darah kerana virus denggi tadi telah dapat membunuh janin yang baru berkembang.

    Sebenarnya aku tidak tahu yang aku hamil, dan dengan segera aku di tempat di kawasan jagaan rapi sementara menunggu persiapan ke Dewan Bedah. Di sini platlet mula dimasukkan ketubuh aku bagi menambah platlet yang makin menurun.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #19 23 March, 2009, 09:48:49 PM
  • Publish Di FB

  • Sebanyak 4 beg platlet telah dimasukkan ketubuh aku, dan aku di bawa ke Dewan Bedah,untuk mengeluarkan janin yang telah mati bagi menghentikan tumpah darah. Sampai di Dewan Bedah, sebelum general anestatik bertindak sepenuhnya, aku sempat lagi melihat para petugas memasukkan platlet ke tubuh aku dengan menggunakan picagari melalui saluran drip yang sedia terpasang  ditangan sebelah lagi. Tujuan nya agar paras platlet meningkat dengan lebih cepat. Selepas itu aku tidak sedar lagi kerana anestatik telah bertindak sepenuhnya keatas tubuh aku.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    3 Replies
    3505 Views
    Last post 07 May, 2009, 06:41:29 PM
    by otramen_mebius22
    8 Replies
    2463 Views
    Last post 03 June, 2009, 10:30:09 PM
    by alfaiz95
    6 Replies
    1960 Views
    Last post 18 May, 2010, 06:40:16 PM
    by abyana