Halawatul Iman - Page 1

*

Author Topic: Halawatul Iman  (Read 7101 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

29 May, 2007, 07:49:02 PM
  • Publish
  • Kelazatan iman tidak boleh dirasai jika kita tidak memulakan langkah untuk memahami hikmat di sebalik setiap apa yang kita lakukan, mengapa dan bagaimana kita lakukannya. Kesedaran diri adalah kata awalan terhadap setiap amalan yang kita buat.

    Diriwayatkan daripada Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Ada tiga hal, yang jika tiga hal itu ada pada seseorang, maka dia akan berasakan manisnya iman. (Iaitu) Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya; mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah; benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan darinya, seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api.” (Muttafaq alaih)

    Anas berkata, “Aku melayani Rasulullah SAW selama sepuluh tahun, Baginda tidak pernah memukulku, tidak pernah mencelaku dan tidak pernah bermuka masam di hadapanku. Rasulullah SAW mendoakan Anas dikurnia harta dan anak yang ramai dan doa Baginda dikabulkan Allah.

    Makna hadis ini, ada tiga sifat yang jika ada pada seseorang maka orang itu akan berasakan manisnya iman. Manisnya iman adalah rasa nikmat ketika melakukan ketaatan kepada Allah, ketenangan jiwa, kesenangan hati dan lapangnya dada.

    Al-Imam Ibnu Hajar al-Asqalani berkata, “Syaikh Abu Muhammad bin Abu Hamzah berkata: “Pengungkapan dengan lafaz ‘manis’ kerana Allah mengumpamakan iman seperti pohon, seperti di dalam firman-Nya bermaksud: “Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik.” (Surah Ibrahim, ayat 24)

    Kalimat yang baik adalah kalimat ikhlas, kalimat tauhid, sedangkan pohon adalah pokok daripada keimanan, cabangnya adalah menjalankan perintah dan menjauhi larangan, daun-daunnya adalah segala amal kebaikan yang harus diperhatikan seorang mukmin, dan buahnya adalah segala macam bentuk ketaatan.

    Manisnya buah ketika buah sudah matang, dan puncak daripada rasa manis itu adalah apabila buah telah benar-benar masak. Maka ketika itulah akan terasa manisnya buah itu.

    Mencintai Allah mestilah melebihi cintanya kepada orang lain seperti orang tua, anak, diri sendiri dan sesiapa saja yang dekat dengan kita. Beriman kepada Allah memiliki rasa manis yang tidak mungkin dinikmati, kecuali oleh orang yang beriman dengan sebenar-benar keimanan, penuh keikhlasan dan ilmu.

    Oleh kerana itu, tidak semua orang yang mengatakan dirinya Muslim atau mukmin secara automatik dapat berasakan manisnya iman. Iman bukan cukup hanya dengan angan-angan, tetapi wajib dimantapkan dalam hati, dikuatkan dengan perkataan dan perbuatan yang dijiwai sepenuh hati. Kata kunci segala permasalahan ini adalah ikhlas.

    Mengikut Imam Ibnul Qayyim, antara perbuatan untuk memperoleh kecintaan Allah dan kemanisan iman, selepas melakukan ibadat wajib:

    l Membaca al-Quran dengan merenungkan dan memahami maknanya.

    l Mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan amalan sunat.

    l Terus menerus berzikir kepada Allah dalam setiap tindak tanduk kehidupan dengan hati, lisan atau perbuatan.

    l Mendahulukan apa yang dicintai Allah daripada apa yang dicintai diri sendiri.

    l Berkawan dengan orang yang jujur mencintai Allah dan orang salih.

    l Menjauhi segala perkara yang dapat menghalangi pautan hati dengan Allah.

    Mencintai Rasulullah SAW yang menyusul selepas mencintai Allah adalah ciri terpenting yang harus dimiliki siapa saja yang ingin berasakan kelazatan iman. Cinta Allah dan Rasul-Nya adalah kayu ukur bagi kecintaan terhadap diri sendiri, orang tua, anak dan seluruh manusia.

    Suatu ketika Saidina Umar berkata kepada Nabi SAW: “Wahai Rasulullah, sungguh engkau lebih aku cintai daripada segala sesuatu apa pun, kecuali diriku.” Maka Nabi SAW menjawab, “Bukan begitu, demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, sehingga aku lebih engkau cintai daripada dirimu sendiri.” Maka Umar menjawab, “Demi Allah, sesungguhnya engkau sekarang lebih aku cintai daripada diriku sendiri.” Maka Nabi SAW menjawab, “Sekarang Umar, (telah sempurna imanmu).”

    Anas juga meriwayatkan daripada Rasulullah SAW, beliau bersabda yang bermaksud: “Tidak beriman salah seorang di antara kalian, sehingga aku lebih dia cintai daripada orang tuanya, anaknya dan seluruh manusia.”

    Antara cara mencintai Nabi SAW:

    l Beriman bahawa Muhammad SAW adalah utusan Allah, yang diutus kepada seluruh umat manusia, sebagai pemberi peringatan dan khabar gembira, sebagai penyeru ke jalan Allah dengan pembawa cahaya kebenaran.

    l Bercita-cita untuk bertemu dengan Baginda dan khuatir jika tidak dapat bertemunya.

    l Menjalankan perintah Baginda dan menjauhi larangannya. Orang yang mencintai seseorang, maka akan mentaatinya walaupun nyawa jadi galang gantinya.

    l Menolong sunnahnya, mengamalkan, menyebarkan, membela dan memperjuangkannya.

    l Banyak berselawat dan bersalam kepada Rasulullah SAW.

    l Berakhlak dengan akhlak Baginda dan beradab dengan adabnya.

    l Mencintai sahabat dan kaum kerabat Baginda dan membela mereka.

    l Mengkaji perjalanan hidup dan sirah Baginda serta mengetahui keadaan dan berita berkaitan Baginda.

    Mencintai seseorang kerana Allah maksudnya menjaga hubungan kasih sayang antara seorang Muslim dengan saudaranya atas landasan iman kepada Allah SWT dan amal soleh.

    Kita mencintai saudara kita bukan kerana keuntungan kebendaan atau harta, kita membencinya atau menjauhinya bukan kerana kemiskinan atau tidak memperoleh manfaat dunia darinya. Ukuran cinta kita kepadanya adalah atas dasar iman dan amal salih.

    Saling mencintai kerana Allah mempunyai hak yang harus ditunaikan antaranya membantu memenuhi keperluan saudaranya dan menolong pada saat dia memerlukan bantuan, tidak membuka aib, tidak membenci, tidak iri dan dengki terhadap nikmat yang diberikan Allah kepada saudara kita.

    Sentiasa mendoakan saudara kita tanpa pengetahuannya dan mengucapkan salam jika bertemu, bertanya khabar keadaannya, tidak sombong dan tinggi diri. Jalinan seorang Muslim dengan Muslim lain dibangun atas landasan cinta kepada Allah.

    Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan sabda Baginda mengenai tujuh golongan yang akan dinaungi Allah antaranya: “Dua orang yang saling menyintai kerana Allah, berkumpul kerana-Nya dan berpisah kerana-Nya.”
    -------------------
    e-mail yg diya terima dr rakan masjid UUM
    « Last Edit: 29 May, 2007, 08:37:56 PM by diya »
    "Say your prayers before prayers for you are said"
    "Blessed are they who have the gift of making friends, for it is one of God's best gifts. It involves many things, but above all, the power of going out of one's self, and appreciating whatever is noble and loving in another."
    [/center

    Reply #1 09 June, 2007, 03:48:46 PM
  • Publish
  • dapat kah capai tahap halawatul iman jika diri selalu lalai dr ingati-Nya?
     >:( usaha sebaik mungkin...
    Success Through Endeavour
    <img src="http://i87.servimg.com/u/f87/12/77/43/73/banner12.gif?v=0" border="0">

    Reply #2 09 June, 2007, 11:19:09 PM
  • Publish


  • Kemanisan Iman

    Manusia adalah semulia-mulia makhluk Tuhan di bumi ini. Semulia-mulia yang ada di dalam tubuh manusia adalah hatinya dan semulia-mulia yang ada dalam hatinya adalah keimanannya. Maka iman merupakan anugerah Allah yang paling berharga dan nikmat terbesar yang patut disyukuri.

    Keimanan dan ketaqwaan sahaja menjadi tempat penilaian Allah yang sebenarnya. Lantas, iman wajib dipelihara kerana iman manusia boleh bertambah dan berkurang.

    Setiap individu hendaklah sentiasa berdoa dan menjaga imannya supaya tetap di atas jalan yang benar. Walaupun hidayah itu anugerah Allah kepada seseorang, namun Allah juga memberikan akal kepada kita untuk membuat pilihan dan berusaha mencari cahaya iman. Iman dan pengisian kerohanian merupakan sumber kekuatan terpenting bagi setiap individu.

    Gambar solat jama'ah di Union Square, San Francisco, USA, dari Yaznotjaz @ Flickr.com

    Kemanisan iman adalah rasa senang hati juga kegembiraan ketika menunaikan ibadah, serta kesanggupan menanggung segala kesukaran demi keredhaan Allah serta RasulNya. Orang yang mendapat kemanisan iman senantiasa mengutamakan Allah dan RasulNya dari yang selainnya.

    Kemanisan iman dapat dinikmati jika seseorang memiliki ciri-ciri tersebut:

        * cintanya kepada Allah dan RasulNya melebihi segala-galanya
        * mengasihi sesama manusia kerana Allah semata-mata
        * membenci kekufuran seperti dia membenci jika dia dicampakkan ke dalam Neraka

    Batas-Batas Iman

    Seseorang dianggap keluar daripada iman dan Islam apabila lahir daripadanya perkataan, perbuatan atau keyakinan yang membatalkan Kalimah Syahadah. Batas-batas utama yang menjadikan terbatalnya iman seseorang adalah apabila dia mengingkari atau mencela Allah atau sebarang Sifat-SifatNya atau mengingkari atau mencela Rasulullah, kerasulannya atau apa yang dibawanya dalam rupa hukum syariat. Dari itu, iman seseorang boleh terbatal dengan berlakunya salah satu antara berikut:
    + menentang hikmat syariat
    + menghukum dengan yang lain selain dari hukum Allah
    + mempersendakan seorang Muslim kerana Islamnya
    + memusuhi seorang Muslim kerana berpegang teguh kepada Islam
    + bekerjasama dan menolong musuh Islam
    + merelakan berleluasanya kemungkaran

    Langkah-langkah untuk kembali kepada iman setelah terkeluar daripadanya:

       1. bertaubat
       2. mengadakan pembaikan
       3. menerangkan kebenaran
       4. berpegang teguh kepada Islam
       5. mengikhlaskan diri kerana Allah

    Orang Beriman Kekasih Allah

    Allah menguji hamba-hambaNya dengan berbagai bentuk ujian untuk menilai keimanan mereka sama ada mereka bersyukur atau kufur. Orang beriman seringkali diuji Allah untuk menambahkan keimanannya serta mengangkat darjat dan menghapuskan dosa. Semakin tinggi dan mantap keimanan seseorang, semakin banyak pula ujian yang dikenakan terhadapnya.

    Berbekalkan iman yang kukuh, seseorang itu senantiasa bersyukur kepada Allah dan menggunakan nikmat yang dianugerahkan sebaik mungkin, baik dalam waktu senang mahupun susah. Orang beriman senantiasa beristiqomah, iaitu tetap dalam ketaqwaan, menjalankan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang ditegah. Orang yang beriman dan memiliki kekuatan iman yang tinggi sanggup berjihad melawan musuh dan nafsunya. Keimanan yang mantap dan jitu memberi keyakinan, ketenangan jiwa serta ketenteraman.

    ISLAM untuk semua

    - Pentadbiran
    - Pondok Tahfiz

    Reply #3 19 October, 2008, 12:19:50 AM
  • Publish


  • Kemanisan Iman

    Manusia adalah semulia-mulia makhluk Tuhan di bumi ini. Semulia-mulia yang ada di dalam tubuh manusia adalah hatinya dan semulia-mulia yang ada dalam hatinya adalah keimanannya. Maka iman merupakan anugerah Allah yang paling berharga dan nikmat terbesar yang patut disyukuri.

    Keimanan dan ketaqwaan sahaja menjadi tempat penilaian Allah yang sebenarnya. Lantas, iman wajib dipelihara kerana iman manusia boleh bertambah dan berkurang.

    Setiap individu hendaklah sentiasa berdoa dan menjaga imannya supaya tetap di atas jalan yang benar. Walaupun hidayah itu anugerah Allah kepada seseorang, namun Allah juga memberikan akal kepada kita untuk membuat pilihan dan berusaha mencari cahaya iman. Iman dan pengisian kerohanian merupakan sumber kekuatan terpenting bagi setiap individu.

    Gambar solat jama'ah di Union Square, San Francisco, USA, dari Yaznotjaz @ Flickr.com

    Kemanisan iman adalah rasa senang hati juga kegembiraan ketika menunaikan ibadah, serta kesanggupan menanggung segala kesukaran demi keredhaan Allah serta RasulNya. Orang yang mendapat kemanisan iman senantiasa mengutamakan Allah dan RasulNya dari yang selainnya.

    Kemanisan iman dapat dinikmati jika seseorang memiliki ciri-ciri tersebut:

    &nbsp; &nbsp; * cintanya kepada Allah dan RasulNya melebihi segala-galanya
    &nbsp; &nbsp; * mengasihi sesama manusia kerana Allah semata-mata
    &nbsp; &nbsp; * membenci kekufuran seperti dia membenci jika dia dicampakkan ke dalam Neraka

    Batas-Batas Iman

    Seseorang dianggap keluar daripada iman dan Islam apabila lahir daripadanya perkataan, perbuatan atau keyakinan yang membatalkan Kalimah Syahadah. Batas-batas utama yang menjadikan terbatalnya iman seseorang adalah apabila dia mengingkari atau mencela Allah atau sebarang Sifat-SifatNya atau mengingkari atau mencela Rasulullah, kerasulannya atau apa yang dibawanya dalam rupa hukum syariat. Dari itu, iman seseorang boleh terbatal dengan berlakunya salah satu antara berikut:
    + menentang hikmat syariat
    + menghukum dengan yang lain selain dari hukum Allah
    + mempersendakan seorang Muslim kerana Islamnya
    + memusuhi seorang Muslim kerana berpegang teguh kepada Islam
    + bekerjasama dan menolong musuh Islam
    + merelakan berleluasanya kemungkaran

    Langkah-langkah untuk kembali kepada iman setelah terkeluar daripadanya:

    &nbsp;  1. bertaubat
    &nbsp;  2. mengadakan pembaikan
    &nbsp;  3. menerangkan kebenaran
    &nbsp;  4. berpegang teguh kepada Islam
    &nbsp;  5. mengikhlaskan diri kerana Allah

    Orang Beriman Kekasih Allah

    Allah menguji hamba-hambaNya dengan berbagai bentuk ujian untuk menilai keimanan mereka sama ada mereka bersyukur atau kufur. Orang beriman seringkali diuji Allah untuk menambahkan keimanannya serta mengangkat darjat dan menghapuskan dosa. Semakin tinggi dan mantap keimanan seseorang, semakin banyak pula ujian yang dikenakan terhadapnya.

    Berbekalkan iman yang kukuh, seseorang itu senantiasa bersyukur kepada Allah dan menggunakan nikmat yang dianugerahkan sebaik mungkin, baik dalam waktu senang mahupun susah. Orang beriman senantiasa beristiqomah, iaitu tetap dalam ketaqwaan, menjalankan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang ditegah. Orang yang beriman dan memiliki kekuatan iman yang tinggi sanggup berjihad melawan musuh dan nafsunya. Keimanan yang mantap dan jitu memberi keyakinan, ketenangan jiwa serta ketenteraman.




    Renungan dan tatapan yg cukup tepat dan manis.Semoga menjadi keyakinan yg mantap dan tepat.Amin.Syukran.

     Walaupun dlm keadaan typing yg stug2 dan gangguan kelembapan malam krn hal Kemanisan Iman tu tetap didorong oleh;Nasrullah Qarib....membuat cekal utk kerja amanah Allah swt jua diusahakan.Masya Allah.
    Wassalam
    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    Reply #4 09 March, 2010, 06:17:04 PM
  • Publish
  •  :)
    Sinar Keimanan

    Iman akan memancarkan sinar yang terbit menyinari di dalam hati, sehingga hati menjadi hidup. Amr Ibnu Qais berkata, “Aku mendengar bukan hanya dari seorang shahabat saja yang berkata, “Cahaya iman adalah tafakkur.”Yaitu merenungkan dan memikirkan segala kebesaran dan kekuasaan Allah, segenap makhlukNya, memikirkan asma’ dan sifat sifat Allah yang Maha Luhur, sehingga kalau itu semua memenuhi hati, maka akan membuatnya bersinar dan bercahaya, yang itu akan terus menambah kedekatan dan rasa cinta terhadap Allah Rabb Pencipta dan Pemeliharanya

    surat ath-Thalaq ayat 2, 3, 4 dan 5.

    Artinya: “Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya.“

    Artinya: “Dan barang -siapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya.”

    Artinya: “barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya Dia akan menghapus kesalahan-kesalahannya dan akan melipat gandakan pahala baginya. “

    Ibnul Jauzi berkata, “Barangsiapa yang menginginkan selalu mendapatkan kekekalan dan kesejahteraan tanpa merasakan cobaan, maka dia belum memahami hakikat hidup dan penghambaan diri kepada Allah.”

    Iman harus tetap hidup

    Ketika cahaya iman tetap menyala dalam hati dan pikiran kita, insya Allah kita tak akan pernah berada dalam kegelapan. Iman akan hidup dan memberikan tenaga bagi kita untuk memandu ke jalan yang benar. Kita tak akan pernah terpengaruh dengan kerusakan yang melingkari kehidupan kita.

    Ibarat ikan yang hidup di air laut yang penuh dengan garam. Air laut yang asin itu, selama ikan masih hidup dan masih bergerak ke sana kemari, asinnya air laut tak akan mampu meresap ke dalam tubuhnya. Tapi begitu ikan mati, maka air laut yang asin itu akan dengan mudah menyusup ke dalam tubuhnya. Sehingga tubuh ikan itu menjadi asin.

    Seorang Muslim yang keimanannya tetap hidup dalam dirinya, Insya Allah tak akan mudah larut dalam kehidupan yang rusak. Dan, harus dipahami bahwa keimanan itu harus kita pelihara terus. Bagaimana cara memelihara agar iman tetap hidup?

    “Iman itu kadang bertambah dan kadang berkurang,” begitu sabda Rasulullah saw. Itu memang benar. Tapi Rasulullah saw. melanjutkan dalam hadis tersebut adalah,
     “iman bertambah dengan taat, dan iman bekurang dengan maksiat.”
    Ya, ketika kita berbuat maksiat, maka tentu saja keimanan kita telah turun atau berkurang. Cepatnya pengurangan tergantung jenis kemaksiatan dan banyaknya kemaksiatan yang kita lakukan. Begitu pula bertambahnya keimanan akibat kita taat. Seberapa cepat bertambahnya? Itu bergantung jenis dan banyaknya ketaatan yang kita lakukan.

    Itu sebabnya, nyalakan terus cahaya keimanan dalam hidup kita. Bagaimana agar cahaya keimanan tetap menyala? Para sahabat, generasi awal kaum Muslimin yang berhasil dididik Rasulullah saw. mengaitkan aktiviti berpikir dengan keimanan. Mereka menjelaskan bahwa, “Cahaya dan sinar iman adalah banyak berpikir” (Kitab ad-Durrul Mantsur, Jilid II, hlm. 409)


    « Last Edit: 09 March, 2010, 06:19:58 PM by halawah »

    Reply #5 31 December, 2010, 09:58:15 AM
  • Publish
  •  
    الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته
    Iman itu adalah; menurutt  bahasa;
    Lafaz dimulut dan ikrar(mengakui)dan membenarkan di dalam hati

    tetapi dalam pengakuan/ikrar agama;


      ( آمَنْتُ بِاللهِ العَظِيْمِ، وَكَفَرْتُ بِالْجِبْتِ وَالطَّاغُوْتِ، وَاسْتَمْسَكْتُ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى، لاَ اَنْفِصَامَ لَهاَ، وَاللهُ سَمِيْعٌ عَلِيمٌ.  (ثلاثا)

          " Aku beriman kepada Allah Yang Maha Agung dan ingkar terhadap sembahan selain Allah, kejahatan dan thoghut (segala yang disekutukan dengan Allah), dan aku berpegang dengan tali yang kukuh yang tidak akan terputus. Dan Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui."  (3X)
     (Surah Al-Baqarah Ayat 256)

    Dari Bukhari yang menceritakan satu peristiwanya kepada Rasulullah s.a.w. lalu baginda berkata;
     “Syurga itu Islam, dan berpeganglah Pegangan Yang Teguh (urwat al-wuthqa) supaya kamu sentiasa menjadi seorang Muslim sampai kamu mati"(Diriwayatkan oleh Abdullah ibn Salam)

    (  رَضِيْتُ بِاللهِ رَبـًّا، وَ بِالإِسْلاَمِ دِيْنـًا، وَبِمُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَبِيًّا وَرَسُولاً.     (ثلاثا)
         Aku ridha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad s.a.w. sebagai Nabi dan Rasul. (3X)

    Dari Abu Daud dan Tirmidzi;
     Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
    “Sesiapa berdoa setiap pagi dan petang dengan doa ini akan masuk ke syurga.”
    ( Surah 3: Ali-Imran Ayat 19):
     "Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam"


    Reply #6 31 December, 2010, 12:40:36 PM
  • Publish
  • :)
    Last belajar halawatul iman ini tak silap form 5 atau form 3..tapi dipelajari untuk dikejari bukan untuk dipelajari,diluah dan dilupainya...iman umpama belon..banyak angin yang dimasukkan ke dalam belon,besar le belon tu..kalau kita biar dicucuk dengan jarum..tak tampal balik..belon akan jadi kecil..lama2..kucup terus..bahaya2..kemanisan iman juga dapat diperoleh melalui melayan tetamu dengan baik,bangun malam,berzikir menjauhi perkara maksiat,bila dapat..subhanallah,ketenangan yang dirasai membuatkan kita rajin untuk membuat kebajikan..jom sama2 mencari halawah=kemanisan iman...:-)
    Jangan menilai saya berdasarkan penulisan atau post saya!!!!!(kalau saya post pasal christianity/pluralisme bukan saya nak ajak anda join agama/fahaman itu!!!!atau saya seorang christian!!!!!TETAPI saya sedang berkongsi apa yang saya belajar!!!!!
    INGAT!!!!DAKWAH IS NOT ABOUT I AM BETTER THAN YOU!!!

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    10 Replies
    4006 Views
    Last post 29 October, 2010, 02:59:05 PM
    by zunita
    3 Replies
    1521 Views
    Last post 08 December, 2011, 08:11:55 AM
    by Satu Hati
    10 Replies
    2617 Views
    Last post 24 September, 2011, 10:05:38 PM
    by imanhilmi