SYARIAT< TAREKAT< HAKIKAT < MAKRIFAT (1)

*

Author Topic: SYARIAT< TAREKAT< HAKIKAT < MAKRIFAT (1)  (Read 29379 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

kanjeng sunan

  • *
  • Posts: 2192
  • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
    • View Profile
14 March, 2009, 12:28:45 AM
  • Publish
  • Islam adalah iman , ilmu dan amal .
    Iman adalah persoalan aqidah atau ketuhanan.
    Ilmu dan amal pula, ada yang berbentuk lahiriah dan ada yang berbentuk
    batiniah atau rohaniah.

    Bertolak dari aqidah, maka timbullah keperluan untuk beribadah sama
    ada ibadah lahir mahupun ibadah batin. Setelah Tuhan dikenali,
    dicintai dan ditakuti, maka akan terdoronglah kita untuk menyembah dan
    mengagungkan- Nya dan untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Akan
    terdoronglah kita untuk melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan
    segala larangan-Nya. Akan terdoronglah kita untuk patuh dan taat
    kepada-Nya. Akan terdoronglah kita untuk berjuang dan berkorban
    kerana-Nya.

    Ilmu lahiriah ialah ilmu feqah yang bersangkut paut dengan amalan
    lahir. Ilmu batiniah atau rohaniah pula ialah ilmu tasawuf yang
    bersangkut paut dengan amalan hati. Amalan sama ada yang lahir atau
    yang batin mestilah didorong oleh aqidah. Ia mesti didorong oleh rasa
    cinta dan takut kepada Allah . Barulah amalan itu akan bermakna dan
    akan mempunyai erti dan maksud yang betul. Amalan adalah jalan, kaedah
    atau cara untuk membukti dan merealisasikan rasa cinta dan rasa takut
    kita kepada Allah.

    Bila Allah sudah dikenali, barulah kita betul-betul boleh
    mempraktikkan atau melaksanakan agama. Barulah Allah itu menjadi
    matlamat dan tumpuan ibadah dan pengabdian kita. Barulah amalan kita
    itu ada tempat tujunya. Barulah akan terjalin dan tercetus hubungan
    antara hamba dengan Tuhannya. Dalam beragama, kenal Allah itu perkara
    pokok yang mesti didahulukan. Selepas itu baru timbul soal amalan. Ini
    sesuai dengan hadis yang bermaksud : "Awal-awal agama mengenal Allah"

    Amalan agama yang tidak didahului oleh rasa cinta dan rasa takut
    kepada Allah sudah tentu tidak akan membawa kita kepada-Nya. Sudah
    pasti ia didorong oleh perkara-perkara dan kerana-kerana yang lain.
    Mungkin kerana mahukan Syurga. Mungkin kerana takutkan Neraka. Mungkin
    kerana mahukan pahala dan fadhilat. Walaupun tujuan-tujuan ini tidak
    salah kerana ianya sebahagian dari janji-janji Tuhan, tetapi maqamnya
    terlalu rendah. Justeru itu hasil dan manfaat dari ibadah seperti ini
    juga adalah rendah.

    Ibadah yang didorong oleh perkara-perkara seperti ini, walaupun
    banyak, tidak akan dapat mengubah akhlak dan peribadi kita. Ia tidak
    akan menimbulkan rasa bertuhan dan rasa kehambaan di dalam hati kita.
    Kerana itu, ia tidak akan mampu menyuburkan sifat-sifat mahmudah dan
    membakar sifat-sifat mazmumah yang bersarang di hati kita. Ini kerana
    Tuhan tidak dilibatkan dan tidak dijadikan matlamat dalam ibadah kita.
    Kalau Tuhan tidak dilibatkan, maka hati akan kurang berperanan kerana
    hati itu wakil Tuhan. Ibadah yang tidak ada Tuhan ini sudah tentu
    tidak ada rohnya, tidak ada rasanya dan tidak ada khusyuknya. Bila
    hati tidak berperanan, maka tidak akan ada penghayatan dan penjiwaan
    dalam ibadah.

    Tambahan pada itu ibadah kerana hendakkan Syurga, pahala dan fadhilat
    dan kerana takutkan Neraka ini ada risikonya. Disebabkan Tuhan dan
    hati tidak dilibatkan sama dalam ibadah seperti ini, maka ibadah ini
    tidak ada kekuatannya. Lama kelamaan, ia akan dicelahi dengan rasa
    bosan dan jemu. Sukar hendak diistiqamahkan. Ia juga mudah dihinggapi
    penyakit riyak, ujub dan sum'ah. Ini semua akan memusnahkan pahala
    ibadah. Lebih-lebih lagilah kalau tujuan dan niat ibadah itu adalah
    untuk dipuji, untuk disanjung, untuk mendapat nama dan glamour, untuk
    menunjuk-nunjuk dan kerana sebab-sebab lain yang berbentuk duniawi.
    Sudah tentulah ia tidak ada nilai apa-apa. Malahan ibadah seperti ini
    akan Allah lemparkan semula ke muka pengamalnya berserta dengan
    laknat-Nya sekali. Ibadah seperti ini tidak akan mendekatkan seseorang
    itu dengan Allah. Malahan dia akan bertambah jauh dari Allah. Dia
    berbuat maksiat dan kemungkaran dalam ibadahnya. Lagi banyak dia
    beribadah, lagi dia rasa sombong, angkuh, riyak, ujub, rasa diri
    mulia, rasa diri baik dan sebagainya. Lagi banyak dia beribadah, lagi
    dia pandang orang lain hina, jahat dan tidak berguna.

    Beramal dalam Islam ada tertibnya. Ada urutan dan susunannya. Ada
    "progression" nya dari satu tahap ke tahap yang lebih tinggi. Ia
    bermula dengan Syariat , kemudian dengan Tariqat , diikuti pula dengan
    hakikat dan diakhiri dengan Makrifat .

    Syariat.
    Ini adalah ilmu sama ada ilmu bagi amalan, lahir (feqah) atau ilmu
    bagi amalan hati (tasawuf). Ini adalah langkah pertama dalam tertib
    beramal. Ia melibatkan ilmu tentang peraturan, hukum-hakam, halal
    haram, sah batal dan sebagainya. Ilmu perlu dalam beramal. Tanpa ilmu,
    kita tidak tahu macam mana hendak beramal mengikut cara yang Tuhan
    mahu. Kalaupun kita sudah cinta dan takut dengan Tuhan dan kita
    terdorong untuk menyembah-Nya, kita tidak boleh berbuat demikian ikut
    sesuka hati kita atau ikut cara yang kita cipta sendiri. Tuhan tidak
    terima, kita mesti ikut cara yang ditetapkan oleh Islam, kita mesti
    belajar. Amalan tanpa ilmu itu tertolak. Ilmu atau syariat ini ibarat
    biji benih.

    Tariqat .
    Ini adalah peringkat menghidupkan ilmu menjadi amalan sama ada amalan
    lahir mahupun amalan hati secara istiqamah dan bersungguh-sungguh.
    Ilmu (syariat) yang ada perlu dilaksanakan. Ini dinamakan juga tariqat
    wajib dan ia tidak sama maksudnya dengan tariqat sunat yang
    mengandungi wirid-wirid dan zikir-zikir yang menjadi amalan sesetengah
    pengamal-pengamal sufi. Tariqat ini ibarat kita menanam biji benih
    tadi (syariat) hingga ia bercambah, tumbuh dan menjadi sebatang pokok
    yang bercabang dan berdaun.

    Hakikat.
    Hakikat adalah buah. Selepas kita ada syariat, kemudian kita amalkan
    syariat itu hingga ia naik ke peringkat tariqat, yakni ia menjadi
    sebatang pokok yang bercabang dan berdaun, maka kalau cukup
    syarat-syaratnya maka pokok itu akan menghasilkan buah. Buah tariqat
    adalah akhlak dan peningkatan peringkat nafsu atau pencapaian
    maqam-maqam mahmudah. Boleh jadi ia menghasilkan maqam sabar , maqam
    redha , maqam tawakkal , maqam tawadhuk , maqam syukur dan
    berbagai-bagai maqam lagi. Boleh jadi hanya terhasil satu maqam sahaja
    (sebiji buah sahaja) atau boleh jadi akan terhasil beberapa maqam yang
    berbeza dari satu pokok yang sama. Hakikat adalah perubahan jiwa atau
    perubahan peringkat nafsu hasil dari syariat dan tariqat yang dibuat
    dengan faham dan dihayati.

    Makrifat .
    Ini adalah hasil dari hakikat, iaitu hal-hal hakikat yang dapat
    dirasai secara istiqamah. Ia adalah satu tahap kemajuan rohaniah yang
    tertinggi hingga dapat benar-benar mengenal Allah dan
    rahsia-rahsia- Nya. Orang yang sudah sampai ke tahap ini digelar Al
    Arifbillah .

    Kalau kita lihat dengan teliti, tertib dalam amalan ini bermula dari
    yang lahir dan berakhir dengan yang batin. Syariat dan tariqat itu
    terletak dalam kawasan lahir. Hakikat dan makrifat pula menjangkau ke
    dalam hati dan rohani. Kita juga dapat lihat bahawa peringkat syariat
    dan tariqat adalah peringkat-peringkat yang agak mudah dicapai kerana
    ia hanya melibatkan usaha lahir.
    TuhAN cInTa aGuNg..

    rich_km

    • *
    • Posts: 446
      • View Profile
    Reply #1 23 April, 2009, 05:17:55 AM
  • Publish
  • Aslkm.

    Demi mengembalikan reputasi umat Islam (yang merudum) dan menyemarak kembali syiar Islam (yang dah lama malap), malah telah diancam oleh kapitalisme, liberalisme dan murtadisasi sekarang ini, lupakanlah fahaman panteisme ini. Kalau dulu para Nabi terutama Nabi Muhammad saw berjuang membawa manusia seluruhnya ke alam realiti; janganlah kita pula berjuang membawa manusia (terutama umat Islam yang telah menerima cahaya itu) kembali ke alam panteisme (yang kabur itu). Sesungguhnya Allah telah memberi petunjuk yang mubin bagi menghapuskan panteisme yang gelap itu.

    Wslm.
     

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4590
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Reply #2 23 May, 2009, 01:29:39 PM
  • Publish
  • Islam adalah iman , ilmu dan amal .
    Iman adalah persoalan aqidah atau ketuhanan.
    Ilmu dan amal pula, ada yang berbentuk lahiriah dan ada yang berbentuk
    batiniah atau rohaniah.



    Mmg orang lama pak kanjeng..
    Alhamdulillah dengan info ni..
    Syukran~
    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    Lelaki

    • *
    • Posts: 6
      • View Profile
    Reply #3 14 October, 2009, 01:32:28 AM
  • Publish
  • Iman, Islam, dan Ihsan
    عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَيْضاً قَالَ : بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوْسٌ عِنْدَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ إِذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِيْدُ بَيَاضِ الثِّيَابِ شَدِيْدُ سَوَادِ الشَّعْرِ، لاَ يُرَى عَلَيْهِ أَثَرُ السَّفَرِ، وَلاَ يَعْرِفُهُ مِنَّا أَحَدٌ، حَتَّى جَلَسَ إِلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَأَسْنَدَ رُكْبَتَيْهِ إِلَى رُكْبَتَيْهِ وَوَضَعَ كَفَّيْهِ عَلَى فَخِذَيْهِ وَقَالَ: يَا مُحَمَّد أَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِسْلاَمِ، فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم : اْلإِسِلاَمُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ وَتُقِيْمَ الصَّلاَةَ وَتُؤْتِيَ الزَّكاَةَ وَتَصُوْمَ رَمَضَانَ وَتَحُجَّ الْبَيْتَ إِنِ اسْتَطَعْتَ إِلَيْهِ سَبِيْلاً قَالَ : صَدَقْتَ، فَعَجِبْنَا لَهُ يَسْأَلُهُ وَيُصَدِّقُهُ، قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِيْمَانِ قَالَ : أَنْ تُؤْمِنَ بِاللهِ وَمَلاَئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ. قَالَ صَدَقْتَ، قَالَ فَأَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِحْسَانِ، قَالَ: أَنْ تَعْبُدَ اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ . قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنِ السَّاعَةِ، قَالَ: مَا الْمَسْؤُوْلُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّائِلِ. قَالَ فَأَخْبِرْنِي عَنْ أَمَارَاتِهَا، قَالَ أَنْ تَلِدَ اْلأَمَةُ رَبَّتَهَا وَأَنْ تَرَى الْحُفَاةَ الْعُرَاةَ الْعَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ يَتَطَاوَلُوْنَ فِي الْبُنْيَانِ، ثُمَّ انْطَلَقَ فَلَبِثْتُ مَلِيًّا، ثُمَّ قَالَ : يَا عُمَرَ أَتَدْرِي مَنِ السَّائِلِ ؟ قُلْتُ : اللهُ وَرَسُوْلُهُ أَعْلَمَ . قَالَ فَإِنَّهُ جِبْرِيْلُ أَتـَاكُمْ يُعَلِّمُكُمْ دِيْنَكُمْ
    [رواه مسلم]

    Arti hadits / ترجمة الحديث :
    Dari Umar radhiallahuanhu juga dia berkata : Ketika kami duduk-duduk disisi Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam suatu hari tiba-tiba datanglah seorang laki-laki yang mengenakan baju yang sangat putih dan berambut sangat hitam, tidak tampak padanya bekas-bekas perjalanan jauh dan tidak ada seorangpun diantara kami yang mengenalnya. Hingga kemudian dia duduk dihadapan Nabi lalu menempelkan kedua lututnya kepada kepada lututnya (Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam) seraya berkata: “ Ya Muhammad, beritahukan aku tentang Islam ?”, maka bersabdalah Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam : “ Islam adalah engkau bersaksi bahwa tidak ada Ilah (Tuhan yang disembah) selain Allah, dan bahwa Nabi Muhammad adalah utusan Allah, engkau mendirikan shalat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan dan pergi haji jika mampu “, kemudian dia berkata: “ anda benar “. Kami semua heran, dia yang bertanya dia pula yang membenarkan. Kemudian dia bertanya lagi: “ Beritahukan aku tentang Iman “. Lalu beliau bersabda: “ Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan hari akhir dan engkau beriman kepada takdir yang baik maupun yang buruk “, kemudian dia berkata: “ anda benar“. Kemudian dia berkata lagi: “ Beritahukan aku tentang ihsan “. Lalu beliau bersabda: “ Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatnya, jika engkau tidak melihatnya maka Dia melihat engkau” . Kemudian dia berkata: “ Beritahukan aku tentang hari kiamat (kapan kejadiannya)”. Beliau bersabda: “ Yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya “. Dia berkata: “ Beritahukan aku tentang tanda-tandanya “, beliau bersabda: “ Jika seorang hamba melahirkan tuannya dan jika engkau melihat seorang bertelanjang kaki dan dada, miskin dan penggembala domba, (kemudian) berlomba-lomba meninggikan bangunannya “, kemudian orang itu berlalu dan aku berdiam sebentar. Kemudian beliau (Rasulullah) bertanya: “ Tahukah engkau siapa yang bertanya ?”. aku berkata: “ Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui “. Beliau bersabda: “ Dia adalah Jibril yang datang kepada kalian (bermaksud) mengajarkan agama kalian “.
    (Riwayat Muslim)


    Lelaki

    • *
    • Posts: 6
      • View Profile
    Reply #4 14 October, 2009, 01:33:43 AM
  • Publish
  • Merdeka

    Bebaskan dirimu wahai insan...
    Pergilah kepada Tuhan...
    Berhadaplah ke hadapan...
    Jangan berpaling ke belakang...
    Kerana tiada apa-apa di belakang...
    Yang ada hanyalah bayang-bayang...
    Jangan kamu berbimbang-bimbang dengan bayang-bayang...
    Kerana itu tempat pengzahiran Tuhan...
    Barangmana kamu berhadap,
    di sanalah "wajah" Allah...
    Tuhan, Seru sekelian alam...
    -Syeikhku

    kalimantan

    • *
    • Posts: 15
      • View Profile
    Reply #5 14 October, 2009, 03:53:05 AM
  • Publish
  • Quote
    hati itu wakil Tuhan.

    hati itu wakil tuhan???
    adakah hati ini akan menyampaikan berita kepada Allah SWT???

    Quote
    Makrifat .
    Ini adalah hasil dari hakikat, iaitu hal-hal hakikat yang dapat
    dirasai secara istiqamah. Ia adalah satu tahap kemajuan rohaniah yang
    tertinggi hingga dapat benar-benar mengenal Allah dan
    rahsia-rahsia- Nya. Orang yang sudah sampai ke tahap ini digelar Al
    Arifbillah .

    kita adalah manusia yang lemah dan saling bergantung antara satu dengan yang lain. Segala perbuatan manusia adalah terbatas kerana manusia adalah ciptaan daripada yang maha esa..setiap benda yang diciptakan oleh yang lainnya,ianya pasti bersifat terbatas...jadi,kita tidak boleh tahu rahsia-rahsia Allah SWT kerana kita adalah manusia yang akalnya adalah terbatas...


    dol_bendol

    • *
    • Posts: 1661
    • http://al-merapu.blogspot.com
      • View Profile
    Reply #6 14 October, 2009, 06:38:43 AM
  • Publish

  • Apakah makna syariat, hakikat , makrifat itu ?

    Sebenarnya syariat itu tidak boleh dipisahkan dengan hakikat dan makrifat.
    Karena dibalik syariat itu ada hakikat ….seperti wujud gula tidak boleh dipisah dengan manisnya… Jika ada orang yang memakan gula namun tidak merasakan "manis" maka berarti ada yang salah atas lidah orang itu, .. mungkin sedang sakit !

    Begitu pula orang yang melakukan solat, jika dia tidak merasakan apa-apa dalam solatnya, maka jelas ada yang salah didalam hatinya, ... mungkin hatinya sedang sakit, sehingga tidak mampu menangkap kelazatan solat tersebut … Hatinya tertutup karena tidak mendapat sinar ilahi.

    Hakikat itu adalah kebenaran atas syariat itu sendiri, misalnya ada nash yang menyatakan bahwa "berpuasalah maka niscaya kalian akan sehat". Kalimat ini adalah teks syariat, yang jika kita melakukan puasa dengan benar, ... dan ternyata kita mendapatkan manfaat dari puasa, seperti merasa badan lebih sehat dari sebelumnya… Dan para pakar menyatakan, bahwa memang puasa itu menyebabkan sehat bagi tubuh manusia maupun mental ….. Hal inilah yang dimaksud dengan hakikat / rahsia dibalik syariat atau firman.

    Kalau anda mendapatkan manfaat itu, maka anda adalah orang yang disebut yang mengetahui (atau makrifat atas kebenaran ayat tersebut), bukan mengakui secara intelektual saja akan tetapi mengetahui secara transendental.

    Setiap syari'at itu mengandung hakikat dan didalam hakikat itu ada pengetahuan atau makrifat…tidak boleh dipisahkan.

    Syariat : membahas aspek dalil atau nash, seperti aqimush shalata wa atuz zakata (dirikanlah shalat dan bayarlah zakat ( An nisa': 77 )

    Thariqah : membahas aspek praktis dan kesempurnaannya, bagaimana takbir yang baik, rukuk yang baik, sujud yang baik serta mengatur perjalanan rohani agar tidak menyimpang dari shalat.

    Hakikat : membahas aspek ruhiyah, masalah hikmah atau dampak dari pelaksanaan syariat, seperti dalam "inna shalata tanha anil fahsyai wal munkar", sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar" (Al Ankabut :45), untuk itu bagi orang yang solat namun ia tidak mampu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar, maka orang tersebut tidak mendapatkan hakikat dari solat, sehingga Allah mengkritik pelaku solat dalam surat Al Maun : 4-6) :

    "Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang soalat, (yaitu) oang yang lalai dari solatnya, yaitu orang yang berbuat riya"


    Ma'rifat : adalah orang yang telah mengalami keadaan solat tersebut secara transenden, orang yang merasakan manisnya iman, ... orang yang merasakan kelezatan solat dan orang yang mengetahui tentang Allah (makrifatullah)

    Ilmu makrifat adalah ilmu yang membahas masalah sifat, asma, af'al dan dzat Allah.


    Dengan demikian sangatlah tidak relevan jika istilah-istilah itu menjadikan ummat berpecahan, ... yang mungkin terjadi adalah, perbedaan pengalaman dalam mejalani syariat tsb. Ada yang merasa bahwa syariat itu memberikan dampak kepada jiwanya sehingga hatinya menjadi damai, ... ada sebagian orang tidak merasakan apa-apa dalam bersyariat, bahkan syariat itu menjadi beban bagi dirinya. Perbedaan itu seharusnya menjadi koreksi bagi kita semua ….benarkah syariat itu.

    semuga ada manfaatnya.

    dan jika mahu berfikir, bolehlah membaca di blog:
    http://al-merapu.blogspot.com

    syazwan721

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Reply #7 09 November, 2010, 04:53:29 PM
  • Publish
  • akal manusia memang terbatas,tapi hati manusia besar,sampai boleh mengandungi tuhan~ jadi lihatlah dengan hati.persoalannya, HATI DI MANA?

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    16 Replies
    12793 Views
    Last post 09 December, 2012, 10:51:40 AM
    by Fakir Billah
    89 Replies
    13766 Views
    Last post 10 June, 2011, 09:04:36 AM
    by imanhilmi
    15 Replies
    2616 Views
    Last post 19 December, 2012, 07:21:12 PM
    by 5zul