Zina hati - Page 1

*

Author Topic: Zina hati  (Read 8067 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

13 March, 2009, 06:14:02 PM
  • Publish
  •  :)

    saya pernah chatting dengan seorang kawan dan bercerita tentang couple..then,
    dia ada sebut pasal zina hati tapi tak berapa jelas dan saya tak faham...
    ada sesiapa yang boleh jelaskan...apa yang dimaksudkn dgn zina hati??
    « Last Edit: 09 November, 2009, 12:09:36 PM by Ummi Munaliza »

    Reply #1 13 March, 2009, 09:54:14 PM
  • Publish
  •  :ws:
    insya Allah wa bs meringankan kebingungan Neng..., dr apa yg pernah wa baca dan yg sy mengerti...
    zina hati merupakan sesuatu yg tidak dpt kita raba dan bahkan kita sendiri tidak menyadarinya.
    So...dri cerita yg sesingkat-singkatnya yg Neng punya...sbenarny wa msh kurang paham,
    apakah Neng sedang membahas hubungan seseorang ataukah tentang couple itu sendiri....
    Tapi wa akan menganalkan apa itu zina hati...

    Tp kayaknya harus langsung mengena dengan apa yang dialami oleh Neng seperti cerita Neng....
    bila saya coba menjadi kawan Neng. Saya bilang soal zina hati pada saat mbahas soal cup le...:senyum:....
    ini mengena pada dua buah hati...yg so pasti soal 2 insan yg ad ikatan cup le na itu...
    yg lbh mengena...menurut wa ad beberapa hal

    1. Dalam suatu hubungan psti ad Tangis and Tawa...nah inilah zina hati. Menyakiti perasaan salah satunya...
    2. Selain itu, dalam hal ini, zina hati tidak lah jauh dari apa yg namanya cinta....disini qt bs sja tdk merasakan bahwa hati ini menzinai hati qt sendiri....karna dlam menjali yg namanya cup le...qt tak pernah brtanya pada dri sendiri, apakah dengan cup le qt dpt merasa senang...PASTii...bagaimana dgn TANGiisss....JELASS!!!....tp knp qt tak pernah mlihat hati qt sendiri dan pertanya kepadanya....."Apakah cinta q pda Allah and Nabi Muhammad saw. terkalahkan hanya karna cup le q yg tercinta?????"
    Dri smua kemungkinan itu insya Allah ad yg mengena dr maksud kawan Neng....
    sry klo agak mbulet, ya tp klo msh blum jelas...entr neng bisa tanya lge.....

    ^_~ v
    [/quote]
    « Last Edit: 13 March, 2009, 10:08:29 PM by Munaliza Ismail »

    Reply #2 13 March, 2009, 10:08:18 PM
  • Publish
  •  :)

    Insya Allah ana berikan pandangan ana mengenai apa itu zina hati.

    Perbuatan zina jenis ini biasanya dikaitkan dengan individu yang tidak mampu untuk menjaga hatinya.
    Dalam hal couple pula, biasanya zina hati ini berlaku apabila seseorang yang lalai daripada mengingati Allah. Sebaliknya, dia lebih mengingati seorang hamba yang dia minati atau suka.

    Maksudnya di sini, apabila kita selalu berangan-angan atau terbayang-bayang akan seseorang yang berlainan jantina kerana tertarik hati kepadanya sehingga boleh menundukkan diri kita kepada nafsu syahwat, itulah dinamakan zina hati.

    Adapun harus ingat, zina hati ini bukanlah bermakna sama tarafnya dengan perbuatan berzina, tetapi ini untuk melambangkan perkara ini seakan-akan kita mendekatkan diri kepada perkara-perkara yang boleh membawa kepada zina..

    Wallahualam.

    Reply #3 14 March, 2009, 12:41:48 AM

    Time kasih kpd asrar_syamim. Jawapan yg agak jelas tentang topik ini.

    Dan melakukan perkara2 yg membawa kpd zina adalah diLARANG.

    "Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk."
     Terjemahan: (Surah Al-Isra': 32)

    Bunga2 zina ini boleh mendorong kpd kancah zina sebenar..

    (Sekadar peringatan kpd diri sendri dan rakan2 lain)

    Wallahualam.
    “Sejauh mata yang memandang…..Langit nan biru….Namun ada hijab yang tidak telihat oleh mata dan tidak terjangkau oleh akal yang memikirkan akan ZatNya…Kerana hanya Yang Maha Esa…mengetahui segala perancanganNya terhadap alam ini dan khalifahNya.” =)

    Reply #4 15 March, 2009, 02:45:03 AM
  • Publish
  • :ws:
    insya Allah wa bs meringankan kebingungan Neng..., dr apa yg pernah wa baca dan yg sy mengerti...
    zina hati merupakan sesuatu yg tidak dpt kita raba dan bahkan kita sendiri tidak menyadarinya.
    So...dri cerita yg sesingkat-singkatnya yg Neng punya...sbenarny wa msh kurang paham,
    apakah Neng sedang membahas hubungan seseorang ataukah tentang couple itu sendiri....
    Tapi wa akan menganalkan apa itu zina hati...

    Tp kayaknya harus langsung mengena dengan apa yang dialami oleh Neng seperti cerita Neng....
    bila saya coba menjadi kawan Neng. Saya bilang soal zina hati pada saat mbahas soal cup le......
    ini mengena pada dua buah hati...yg so pasti soal 2 insan yg ad ikatan cup le na itu...
    yg lbh mengena...menurut wa ad beberapa hal

    1. Dalam suatu hubungan psti ad Tangis and Tawa...nah inilah zina hati. Menyakiti perasaan salah satunya...
    2. Selain itu, dalam hal ini, zina hati tidak lah jauh dari apa yg namanya cinta....disini qt bs sja tdk merasakan bahwa hati ini menzinai hati qt sendiri....karna dlam menjali yg namanya cup le...qt tak pernah brtanya pada dri sendiri, apakah dengan cup le qt dpt merasa senang...PASTii...bagaimana dgn TANGiisss....JELASS!!!....tp knp qt tak pernah mlihat hati qt sendiri dan pertanya kepadanya....."Apakah cinta q pda Allah and Nabi Muhammad saw. terkalahkan hanya karna cup le q yg tercinta?????"
    Dri smua kemungkinan itu insya Allah ad yg mengena dr maksud kawan Neng....
    sry klo agak mbulet, ya tp klo msh blum jelas...entr neng bisa tanya lge.....

    ^_~ v
    [/quote]

    saya membahaskan soal zina hati tentang couple..terima kasih atas penerangan anda.. 
    « Last Edit: 15 March, 2009, 09:34:01 PM by Munaliza Ismail »

    Reply #5 15 March, 2009, 09:28:19 PM
  • Publish
  •  :syukur:
    Syukur alhamdulillah.....ternyata dikit-dikit mengena juga....
    heheheh....^^
    Oh ya Neng...wa kan org baru dlam dunia situs halaqah Net nie....
    Pa lge banyak hal tentng dunia Islam yg pengen wa ketahui....
    Mungkin Neng bisa ajarin wa banyak hal tentng Islam...
    ^^....
    Makasih ya Neng

    Reply #6 15 March, 2009, 09:32:53 PM
  • Publish
  • InsyaAllah Eyez...selalulah bersama halaqah...jika tidak tahu sila bertanya,

    jangan malu dan jangan segan...

    Ramai halaqian di sini yang sudi menunjuk ajarkan...

    yang penting istiqomah...
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim

    Reply #7 15 March, 2009, 09:41:36 PM
  • Publish
  • ermmm...saya suka dgn perkataan istiqomah....dlm amalan itu ada mcm2 keajaiban, salah satu nya keramah

    Reply #8 09 September, 2009, 06:35:15 AM
  • Publish
  • wah................menarik semua pendapat yang di berikan oleh warga halaqah disini.
    semua ada pendapat dan pandangan yang berbeza dan bernas.
    manfaatkan ilmu yang ada sebaiknye.

    Reply #9 09 October, 2009, 08:44:28 PM
  • Publish
  • Sebaiknya kita jgn couple terus la untuk elakkan zina hati
    Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis

    Reply #10 10 October, 2009, 02:26:08 AM
  • Publish
  • salam, ana nak tanya sesuatu la... bagaimana kalau suatu masa tu, ana ada teringat dekat seorang wanita ni. tahap syok da ni...then, ana nak cakap terus terang kat saudara ana. spupu ana yang sama umur dan jantina ngan ana. target nak beri tahu dia waktu asar sebab dia baru abes kelas. tapi time solat zohor tu, ana terdengar satu statement macam nie la dalam usrah. tanpa sebarang ketika, ana terus memutuskan untuk tidak mengingati wanita tersebut. tapi ana rasa sangat derita sebab selalu teringat je...tak tau nak wat ape lagi da... som sejak dari itu, ana berubah jadi seorang yang anti-perempuan bagi mengelakkan perkara yang sama berulang kembali... sakit sangat bila da teringat walaupun terpandang sekejap. ana terdetik dalam hati, adakah dia jodoh ana? tapi kalau jodoh mesti lekat punya..namun begitu ianya perlu diusahakan... ana konpius time tu.. secara tak langsung, ana decide yang hidup ini perlu tegas dalam setiap peraturan..jika dah namanya haram dan tegahan, maka ianya perlu dikuat kuasakan walau apa pun harganya... ana dah 2x membatalkan hasrat untuk bertunang kerana fahaman ana ini..kini, ana lebih selesa single..kerana ana rasa ana selesa sebegini... lagipun ana takut bila ada isteri, ana akan meninggalkan dia. ini dah zalim buat dirinya.. maka, single la ana sampai kini...----cerita member ana buat tatapan semua... dah 'jauh' sangat da member ana ni...tolong

    Reply #11 10 October, 2009, 11:13:22 AM
  • Publish
  • AsSalamu 'alaikum,

    Hadis Abu Hurairah r.a:
    Nabi s.a.w bersabda: Allah s.w.t telah mencatat bahawa anak Adam cenderung terhadap perbuatan zina. Keinginan tersebut tidak dapat dielakkan lagi, di mana dia akan melakukan zina mata dalam bentuk pandangan, zina mulut dalam bentuk pertuturan, zina perasaan iaitu bercita-cita dan berkeinginan mendapatkannya manakala kemaluanlah yang menentukannya berlaku atau tidak.
    Sahih Muslim

    Semoga hadis di atas dapat membantu, wallahu'alam.
    Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu cuba mendustakan aku kerana sesungguhnya orang yang mendustakan aku akan dimasukkan ke dalam api Neraka
    Sahih Muslim

    Reply #12 10 October, 2009, 12:53:27 PM
  • Publish
  • assalamualaikum...
    Islam itu indah..begitu juga ajarannya..
    macam nilah..
    anta xperlulah untuk anti kepadaperempuan..
    just jadi cam biasa je...
    kerana sesungguhnya mmg lumrah kehidupan manusia akan jatuh cinta
    sesama insan dan apabila sampai waktunya anta kan bertemu dgn seseorg yg anta sayang dan kemungkinn besar anta akn
    mmbina satu rumah tgga yg bahagia...
    wallahua'alam...jauhilah sebarang perasaan yg mengundang penzinaan..
    salam ukhwah..smoga dirimu mmpu mncari jodoh yg berkekalan hgga ke akhir hayat..
    berdoalah semoga Allah merahmati dirimu...wassalam...
    [/i]
    Allah aku rindu Kamu....

    Reply #13 14 October, 2009, 12:04:54 PM
  • Publish
  • AsSalamu 'alaikum,

    Hadis Abu Hurairah r.a:
    Nabi s.a.w bersabda: Allah s.w.t telah mencatat bahawa anak Adam cenderung terhadap perbuatan zina. Keinginan tersebut tidak dapat dielakkan lagi, di mana dia akan melakukan zina mata dalam bentuk pandangan, zina mulut dalam bentuk pertuturan, zina perasaan iaitu bercita-cita dan berkeinginan mendapatkannya manakala kemaluanlah yang menentukannya berlaku atau tidak.
    Sahih Muslim

    Semoga hadis di atas dapat membantu, wallahu'alam.

    Wa'alaikummussalam,

    Sesungguhnya Allah S.W.T. merekodkan (segala) pahala kebaikan dan dosa kejahatan, sehingga Baginda Mulia (Nabi Muhammad s.a.w.) menerangkan, Siapa (orang Islam) yang berazam melaku (mengerjakan) kerja yang baik tidak ia lakukan, Allah S.W.T. memberi baginya 1 pahala kebajikan yang penuh, tapi jika ia berazam dan melakukannya, Allah memberi ia 10 pahala kebajikan yang penuh sehingga 700 kali ganda, dan sehingga lebih banyak lagi, dan jika sesorang orang Islam berazam hendak melakukan sesuatu kerja jahat (yang berdosa) tidak ia lakukannya, Allah mengurniakannya 1 pahala kebajikan yang penuh, tapi jika ia berazam dan melakukannya, Allah menulis dosa satu kejahatan yang penuh, dan tidak binasa seseorang itu disisi Allah S.W.T. melainkan orang yang telah ditakdir binasa (Bukhari, Muslim – Jamek Saghir 1/270)

    walaahu'alam.
    Say What You Mean and Mean What You Say
    http://amanarab.blogspot.com

    Reply #14 28 October, 2009, 12:36:21 PM
  • Publish
  • salam..cara yg islam benarkan adalah apabila lelaki telah terpikat dengan seseorang wanita itu,hendaklah dia berterus terang dengan ibu bapanya tentang perasaannya dan melamar gadis tersebut. jika wanita itu bukan isteri org,bukan tunangan org dan cantik rupanya,elok keturunannya,hartanya dan agamaya..seperti kata nabi beruntunglah orang yang memilih agamanya..apa2 pn saudara mintalah petunjuk Allah..lakukan solat istikharah..jika sudah jelas..kahwini lah gadis tersebut..itu lah jalan yang paling selamat..perbuatan saudara memutuskan pertunangan hanya kerana pendirian saudara tu serasa ana,tidak berapa elok..islam tidak melarang perkahwinan..bahkan memang dijadikan nafsu lelaki menyukai wanita..jadi ubatnya adalah perkahwinan..berkahwinlah jika sudah berkemampuan..saudara akan rasa tenang di jiwa..insyaAllah..

    Reply #15 06 November, 2009, 03:43:06 PM
  • Publish
  • :)

    saya pernah chatting dengan seorang kawan dan bercerita tentang couple..then,
    dia ada sebut pasal zina hati tapi tak berapa jelas dan saya tak faham...
    ada sesiapa yang boleh jelaskan...apa yang dimaksudkn dgn zina hati??

    Assalamualaikum,

    Zina hati ialah suatu perasaan atau bayangan yang boleh membawa kepada benda-benda yang haram. Cntohnya katakanlah anda meminati seseoarang, dari perasaan suka itu anda membayangkan perkara-perkara yang boleh membawa kepada dosa, seperti membayangkan auratnya sehingga boleh mendatangkan syahwat.

    Wallahu'alam.
    RAHSIA MENGUASAI ILMU TAJWID!!!
    http://abdullahidris.com

    Reply #16 06 November, 2009, 04:19:20 PM
  • Publish
  • Zina Hati
    Soalan:

    Salam ustaz,

    Mintak ustaz jelaskan skit mengenai zina hati. Bagaimana kalau kita membayangkan atau merindui seseorg yakni bukan mahram tetapi bukan atas keinginan syahwat. Adakah itu juga termasuk didalam zina hati? Harap ustaz bleh perjelaskan berkenaan zina hati dari segi maksud sebenar dan cara menghindarkannya..

    Jawapan:

    Zina hati bermaksud hati mencitai atau mengingati perkara yg tidak halal seperti mengingati kekasih atau perempuan yang bukan mahram.

    Jika yang diingat itu ialah semata2 diri seorang wanita kerana kita ingin mengahwininya atau atau seorang majikan mengingati pekerja wanitanya maka ini tidak termasuk zina hati.

    Zina hati ialah mengingati atas dasar seronok dan membuahkan peraan keinginan.

    Zina hati adalah dosa kecil tidak sebagaimana zina kemaluan yang merupakan dosa besar.

    wallahua'lam

    Ustaz Azhar Idrus
    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    Reply #17 06 November, 2009, 04:21:22 PM
  • Publish
  • zina hati ialah mengigati atau memikirkan sesuatu yg diharam oleh Allah tanpa mmbuat nya.. contoh.. kita hanya mmbayangkan org yg bkan muhrim kita... itu sdah dikira zina hati..

    Reply #18 06 November, 2009, 05:01:13 PM
  • Publish
  • salam..cara yg islam benarkan adalah apabila lelaki telah terpikat dengan seseorang wanita itu,hendaklah dia berterus terang dengan ibu bapanya tentang perasaannya dan melamar gadis tersebut. jika wanita itu bukan isteri org,bukan tunangan org dan cantik rupanya,elok keturunannya,hartanya dan agamaya..seperti kata nabi beruntunglah orang yang memilih agamanya..apa2 pn saudara mintalah petunjuk Allah..lakukan solat istikharah..jika sudah jelas..kahwini lah gadis tersebut..itu lah jalan yang paling selamat..perbuatan saudara memutuskan pertunangan hanya kerana pendirian saudara tu serasa ana,tidak berapa elok..islam tidak melarang perkahwinan..bahkan memang dijadikan nafsu lelaki menyukai wanita..jadi ubatnya adalah perkahwinan..berkahwinlah jika sudah berkemampuan..saudara akan rasa tenang di jiwa..insyaAllah..

    setuju...good opinion...

    Reply #19 06 November, 2009, 06:15:09 PM
  • Publish
  • Dalam Al-Quran dalam surah Al-Nur ayat 30-31 memerintahkan kaum lelaki dan wanita Islam menutup pandangan dari perkara maksiat, menjaga kehormatan diri dan tidak boleh menzahirkan perhiasan badan kecuali yang biasa kelihatan sahaja iaitu muka dan tapak tangan bagi kaum wanita. Perasaan cinta sebenarnya adalah perasaan semulajadi yang wujud pada badan manusia. Mereka cinta kepada ayah ibu, anak, sahabat handai dan lain-lain. Islam tidak pernah melarang cinta ini, cuma yang Islam tekankan ialah teknik bercinta itu sendiri. Jika cinta seseorang itu kepada bapa dan ibunya melebihi cinta kepada Allah dan rasulnya, jelas perbuatannya ini satu perbuatan yang bercanggah dengan  nas al-Quran. Seseorang yang bercinta mengikut cara Islam  begitu mudah, tidak payah sebagaimana sangkaan sesetengah pihak. Apabila hatinya berkenan kepada seseorang gadis hendaklah ia menunaikan solat hajat atau istikharan dua rakaat. Setelah keputusannya bulat kepada gadis terlibat hendaklah ia meminang gadis itu melalui ibubapanya atau secara terus kepada gadis terlibat, seterusnya melangsungkan perkahwinan.  Setelah berkahwin  bolehlah suami tadi bercinta dengan isterinya sebanyak mana yang ia mahu, kerana cara ini adalah satu cara yang paling halal di sisi Allah dan syarak. Inilah satu-satu caranya bercinta dalam Islam, bukan sebagaimana yang banyak berlaku sekarang bercinta-cinta bertahun-tahun sehingga banyak berlaku perkara mungkar dan maksiat dan menjadi masalah kepada negara. 

    divider3
    halaqahforum4

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    Zina makin berleluasa

    Started by umsha « 1 2 3 » Akhlaq

    48 Replies
    12489 Views
    Last post 09 September, 2009, 10:49:02 AM
    by nur zulaikha
    17 Replies
    4161 Views
    Last post 20 July, 2011, 10:04:54 AM
    by jen
    18 Replies
    1429 Views
    Last post 25 January, 2012, 08:45:23 PM
    by Ana Tholibah