Permasalahan Solat Jamak dan Qasar

Author Topic: Permasalahan Solat Jamak dan Qasar  (Read 69369 times)

0 Halaqian and 2 Guests are viewing this topic.

diya

  • *
  • Posts: 380
  • aku masih mencari CINTA yang HAKIKI..
    • View Profile
29 May, 2007, 07:46:08 PM
  • Publish Di FB
  • HUKUM MENGUMPULKAN DUA WAKTU SEMBAHYANG

    Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja mengabungkan waktu sembahyang zuhur dengan asar (sembahyang di akhir waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya).

    Renungkan
    hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan tersebut.

    Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda, "Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail".

    Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas, "Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya".

    Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang
    mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)

    SEKSA NERAKA BUKAN KEPALANG

    Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di dunia dan di alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan.Tiga jenis seksa di dalam kuburialah:-

    1) Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga
    berselisih tulang-tulang dada;

    2) Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan membakar tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti; dan

    3) Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul Aqra" dan ular itu berkata,"Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia-siakan sembahyang Subuh." Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan
    sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar, begitulahseterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat.

    CUAI SOLAT LIMA WAKTU
    Di dalam neraka Jahanam terdapat wadi (lembah) yang didalamnya adalahular-ular bersaiz sebesar tengkuk unta dan panjangnya sebulan perjalanan.
    Kerjanya tiada lain selain mengigit orang-orang yang tidak menunaikan sembahyang semasa hidup mereka. Bisa ular itu pula menggelegak di dalam badan mereka selama 70 tahun sehingga luruh seluruh daging badan mereka. Kemudian tubuh mereka kembali pulih lalu digigit lagi dan begitulah seterusnya.

    Renungilah, betapa seksaan yang disediakan itu bukan kepalang sakit, pedih dan derita yang tiada hujungnya. Untuk mereka yang mahu mengambil iktibar daripadanya, ia sudah cukup menggerunkan dan sudah tentu kita manusia yang kerdil ini tidak mampu menghadapinya. Untuk itu sepatutnya ia akan menyedarkan kita daripada terus alpa dengan dosa-dosa. Dosa itu bermakna kemurkaan Allah dan murka Allah balasannya adalah seksa di neraka kelak.

    Selagi hayat masih dibadan, sebelum tiba masanya kita dijemput Allah,perbanyakkanlah taubat untuk dosa-dosa yang kita lakukan dan memperbanyakkan amal ibadah sebanyak-banyaknya dan banyak mengingati Allah. Semoga mati kita di dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT, dan diampunkan dosa kita.

    Jangan berputus asa dengan rahmat Allah SWT. Walau sebanyak mana dosa yang kita lakukan, kalau bertaubat dengan bersungguh-sungguh, insyaallah akandiampunkan Allah, kerana Allah itu Maha Pengampun. Namun kalau dosa itu ada
    kaitan dengan manusia seperti menganiaya seseorang, mengumpat,menceroboh harta dan sebagainya, perlu meminta maaf daripada orang berkenaan di samping memohon keampunan Allah SWT. Mudah-mudahan demi untuk menghindarkan diri dari seksa Allah itu akan mendorong kita bersungguh-sungguh menbuat kebaikan dan menjauhi kemungkaran, malah berusaha mencegahnya.
    ---------------
    e-mail dr RAKAN MASJID, UUM
    « Last Edit: 20 June, 2009, 12:31:53 PM by assiddiq »
    "Say your prayers before prayers for you are said"
    "Blessed are they who have the gift of making friends, for it is one of God's best gifts. It involves many things, but above all, the power of going out of one's self, and appreciating whatever is noble and loving in another."
    [/center

    al_haq

    • *
    • Posts: 385
    • ~Hidup & Mati hanya untuk Islam~
      • View Profile
    Jawab #1 30 May, 2007, 08:03:47 PM
  • Publish Di FB
  •  

    Apabila masuknya waktu solat, wajib seseorang itu melakukan salah satu daripada dua perkara:-
    1.   terus mendirikan solat, itulah yang paling afdhal atau
    2.   azam untuk menunaikan solat dalam waktunya.

    Dan sekiranya menangguhkan solat sehingga terlepas solat tersebuat maka berdosalah atasnya..Jadi marilah sama-sama kita menjaga solat kita dan sentiasa muhasabah hubungan kita dgn Allah
    "Semua manusia tidak dapat lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan,yang penting kembali dan bertaubat kepadanya,(aku mengharapkan keredaanmu ya Allah)(",)"

    ummie_fatimah

    • *
    • Posts: 31
      • View Profile
    Jawab #2 12 June, 2007, 12:50:27 AM
  • Publish Di FB
  • Perjalanan Pn Mas menaiki bas bermula dari pukul 8am sehingga pukul 5pm, perjalanannya melebehi 90 km. Pn Mas ingin menjamak solatnya pada waktu asar, kerana beliau biasanya akan sampai ke detinasi pada waktu asar. J Pn Mas telah menunaikan  solatnya sebanyak 4 rakaat. Pn Mas telah berniat seperti berikut dalam solatnya.

    1.   Sahaja aku sembahyang fardu Asar 2 rakaat, jamak takdim kerana Allah Taala.
    2.   Sahaja aku sembahyang fardu Zohor 2 rakaat, jamak takkhir kerana Allah Taala.

    Daripada senario Pn Fatimah sahkah solat yang di tunaikannya?



    alhaudhie

    • *
    • Posts: 2057
      • View Profile
    Jawab #3 12 June, 2007, 01:12:28 AM
  • Publish Di FB
  • Perjalanan Pn Mas menaiki bas bermula dari pukul 8am sehingga pukul 5pm, perjalanannya melebehi 90 km. Pn Mas ingin menjamak solatnya pada waktu asar, kerana beliau biasanya akan sampai ke detinasi pada waktu asar. J Pn Mas telah menunaikan  solatnya sebanyak 4 rakaat. Pn Mas telah berniat seperti berikut dalam solatnya.

    1.   Sahaja aku sembahyang fardu Asar 2 rakaat, jamak takdim kerana Allah Taala.
    2.   Sahaja aku sembahyang fardu Zohor 2 rakaat, jamak takkhir kerana Allah Taala.

    Daripada senario Pn Fatimah sahkah solat yang di tunaikannya?



    Serba Ringkas.

    Sedikit pembetulan perlu dibuat kepada niat,

    Kesemuanya (Solat Zohor Dan Asar ) hendaklah diniatkan kepada jama' ta'khir.
    Sholat Zohor Qosar dan Jama' Ta'khir
    Sholat Asar Qosar dan Jama; Ta'khir

    Perlu diambil perhatian bahawa jika jama' ta'khir, perlulah berniat sebelum masuk waktu Asar, untuk menjama'kan sholat Zohor ke dalam waktu Asar.

    Mungkin ada sahabat lain boleh membuat penambahan jika masih ada lagi kekurangan.
    Sekian
    ISLAM untuk semua

    - Pentadbiran
    - Pondok Tahfiz

    ummie_fatimah

    • *
    • Posts: 31
      • View Profile
    Jawab #4 12 June, 2007, 01:27:22 AM
  • Publish Di FB
  • saya ulang begini yer...

    1.   Sahaja aku sembahyang fardu Asar 2 rakaat qosar, jamak ta'khir kerana Allah Taala.

    2.   Sahaja aku sembahyang fardu Zohor 2 rakaat qosar, jamak ta'khir kerana Allah Taala.



    alhaudhie

    • *
    • Posts: 2057
      • View Profile
    Jawab #5 12 June, 2007, 01:34:27 AM
  • Publish Di FB
  • itu sudah mengcukupi...

    ummie_fatimah

    • *
    • Posts: 31
      • View Profile
    Jawab #6 12 June, 2007, 01:37:08 AM
  • Publish Di FB
  • terima kasih ustaz..

    abu atiyah

    • *
    • Posts: 387
      • View Profile
    Jawab #7 12 June, 2007, 09:13:30 AM
  • Publish Di FB
  • 1. ‘Jamak’ maksudnya ialah “menghimpunkan. ‘Takdim’ pula maksudnya mendahulukan. Manakala Ta’khir’ memberi maksud menangguhkan.
    2. Sembahyang fardhu yang dibenarkan untuk dijamakkan adalah :
    i. Zohor dengan Asar
    ii. Maghrib dengan Isya’
    3. Jamak Takdim ialah mengerjakan sembahyang Zohor dan sembahyang Asar pada waktu Zohor. Caranya ialah dengan dikerjakan sembahyang Zohor dua rakaat dan setelah memberi salam diiringi pula dengan sembahyang Asar dua rakaat juga.
    4. Jamak Takdim bagi sembahyang Maghrib dan Isya’ pula adalah dengan dikerjakan sembahyang Isya’ pada waktu Maghrib. Caranya ialah sembahyang Maghrib tiga rakaat (seperti biasa kerana ia tidak boleh diqasarkan) dan setelah memberi salam diiringi dengan sembahyang Isya’ dua rakaat.
    5. Jamak Ta’khir pula ialah dengan mengerjakan sembahyang Zohor dan Asar pada waktu Asar dan sembahyang Maghrib dan Isya’ pada waktu Isya’. Cara mengerjakannya ialah dengan dilakukan sembahyang Zohor kemudian diiringi dengan Asar demikian juga dengan sembahyang Maghrib dan Isya’.
    " Berpuluh tahun kita meninggalkan asal usul kita, demi mencari pengertian sebuah kehidupan. Namun tidak salah untuk kita kembali jatuh cinta pada dunia yang pernah membesarkan kita, dan di sinilah bermulanya kehidupan sebenar "

    almulk

    • *
    • Posts: 209
      • View Profile
    Jawab #8 19 October, 2007, 10:06:44 AM
  • Publish Di FB
  • Boleh menghimpulkan dua waktu solat.. iaitu zohor dengan asar, magrib gan isyak sahaja.. ketika musafir lebih  2 merhala..yang lain tak boleh...
    Kembara MencariNYA

    Mat Fakir

    • *
    • Posts: 130
      • View Profile
    Jawab #9 31 October, 2007, 09:17:39 PM
  • Publish Di FB
  • boleh jika bermusafir...
    Dalam seusiamu sibuklah dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu membina sahsiah muslimahmu,sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya yang bertapak di dalam hati yang suci

    ahmad

    • *
    • Posts: 20
      • View Profile
    Jawab #10 31 October, 2007, 09:29:27 PM
  • Publish Di FB
  • Diambil  Blog
    http://fiqh-sunnah.blogspot.com/

    Melihat kepada persoalan yang biasa ditanya di forum-forum siber mahupun yang diterima secara langsung, saya terlihat masih ada kekeliruan di kalangan orang awam seperti kita tentang solat jamak (menghimpunkan dua solat dalam satu masa).

    Antara kekeliruan/kesilapan yang boleh saya senaraikan adalah:

    [a] - Solat jamak hanya boleh dilakukan ketika bermusafir.

    - Ianya mesti dilakukan secara pakej, iaitu dilakukan berserta dengan solat qasar.

    [c] - Apabila di dalam pertanyaan menyebut ‘menjamakkan solat’ yang dimaksudkan penanya adalah melakukan solat jamak dan qasar. Bukan solat jamak sahaja.

    [d] - Tidak melakukan solat jamak kerana tidak tahu lafaz niatnya.

    [e] - Tidak boleh melakukan solat jamak melebihi tempoh tiga atau empat hari (kerana terkeliru antara solat jamak dan solat qasar)

    Tujuan saya menyusun risalah ringkas ini bukanlah untuk menghuraikan segala permasalahan solat jamak dan qasar tetapi sekadar berharap dapat memberi penjelasan dan pencerahan terhadap solat jamak sahaja. Semoga ianya dapat mengeluarkan pembaca daripada kekeliruan.

    BERKENALAN DENGAN SOLAT JAMAK

    Solat jamak bererti menghimpunkan dua solat dalam satu masa. [Lihat Fiqh dan Perundangan Islam, Prof. Dr. Wahbah az-Zuhaili, jld. 2, ms. 336]

    [1] - Zuhur + Asar di dalam waktu Zuhur (taqdim) atau di dalam waktu Asar (takhir).

    [2] - Maghrib + Isyak di dalam waktu Maghrib (taqdim) atau di dalam waktu Isyak (takhir).

    Dalil:




    كان صلى الله عليه وسلم في غزو تبوك إذا ارتحل قبل زيغ الشمس أخر الظهر إلى أن يجمعها إلى العصر فيصليهما جميعا , و إذا ارتحل بعد زيغ الشمس عجل العصر إلى الظهر , و صلى الظهر و العصر جميعا , ثم سار و كان إذا ارتحل قبل المغرب أخرالمغرب حتى يصليها مع العشاء , و إذا ارتحل بعد المغرب عجل العشاء فصلاها مع المغرب




    Adalah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dalam peperangan Tabuk, apabila hendak berangkat sebelum tergelincir matahari, baginda mengakhirkan solat Zuhur sehingga dikumpulkan solat Zuhur kepada solat Asar dan lalu baginda mendirikan kedua-duanya serentak (Jamak Takhir -pen).

    Apabila baginda hendak berangkat selepas tergelincir matahari maka baginda bersolat Zuhur dan Asar serentak (dalam waktu Zuhur) kemudian bagindapun berangkat (Jamak Taqdim -pen).

    Apabila baginda berangkat sebelum Maghrib maka baginda mengakhirkan solat Maghribnya sehingga disolatkan bersama solat Isyaknya (Jamak Takhir -pen).

    Dan apabila baginda berangkat selepas waktu Maghrib maka baginda mengawalkan solat Isyaknya lalu disolatkan bersama solat Maghrib (dalam waktu Maghrib) (Jamak Taqdim -pen). [Dikeluarkan Abu Daud, at-Tirmizi, ad-Darimi, al-Baihaqi dan Ahmad. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Silsilah al-Ahadits as-Sahihah – hadis no: 164.]

    Namun perlu diingatkan bahawa solat jamak hanya dibolehkan antara Zuhur dengan Asar dan Maghrib dengan Isyak. Selain daripada itu tidak dibolehkan jamak kerana tiada dalil yang menunjukkan sedemikian.

    SOLAT JAMAK DAN QASAR TIDAK SEMESTINYA SATU PAKEJ

    Maksud solat jamak seperti yang telah dijelaskan. Solat qasar pula bererti mendirikan solat-solat fardhu yang asalnya 4 rakaat secara 2 rakaat apabila seseorang itu berada dalam suasana perjalanan atau musafir. [Lihat Fiqh dan Perundangan Islam, Prof. Dr. Wahbah Zuhaili , jld. 2, ms. 336]

    Kedua-dua solat ini tidak semestinya dilakukan secara bersama. Kalau dilihat pada pensyaratan melaksanakan solat qasar dan jamak juga berbeza. Solat qasar hanya boleh dilakukan ketika di dalam keadaan bermusafir manakala syarat dibolehkan solat jamak pula lebih luas. Sila rujuk sub-topik SYARAT-SYARAT MEMBOLEHKAN SOLAT JAMAK DILAKSANAKAN.

    SOLAT JAMAK BUKAN DALAM KEADAAN BERMUSAFIR

    Bermusafir bukanlah faktor penentu untuk melakukan solat jamak kerana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sendiri pernah melaksanakan solat jamak ketika di Madinah. Disebut di dalam sebuah hadis dari Ibn Abbas:




    صلى رسول الله صلى الله عليه وسلم الظهر والعصر جميعا. والمغرب والعشاء جميعا. في غير خوف ولا سفر.




    Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melakukan solat Zuhur dan Asar secara jamak di Madinah bukan kerana ketakutan atau bermusafir. [Dikeluarkan Imam Muslim di dalam Sahih Muslim – hadis no: 705]

    Imam al-Nawawi telah berkata:

    “Segolongan ulamak besar membenarkan jamak di dalam keadaan tidak musafir, kerana ada keperluan, asalkan tidak dijadikan adat (kebiasaan -pen) yang tetap. Demikianlah pendapat Ibnu Sirin dan Asyhab dari ashab malik. Diriwayatkan juga oleh al-Khathabi dari al-Qaffal al-Kabir dari kalangan pengikut al-Syafi'i”. [al-Majmu’, jil. 4, ms. 264]

    Syarat bagi melakukan solat jamak bukanlah terbatas kepada faktor musafir sahaja. Syarat-syarat yang lain akan diterangkan secara terperinci di dalam sub-topik berikutnya.

    Syarat bagi melakukan solat jamak bukanlah terbatas kepada faktor musafir sahaja. Syarat-syarat yang lain akan diterangkan secara terperinci di dalam sub-topik berikutnya.

    SYARAT-SYARAT MEMBOLEHKAN SOLAT JAMAK DILAKSANAKAN

    [1] - Bermusafir

    Seperti yang telah disebutkan oleh hadis dari Ibn Abbas:




    صلى رسول الله صلى الله عليه وسلم الظهر والعصر جميعا. والمغرب والعشاء جميعا. في غير خوف ولا سفر




    Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melakukan solat Zuhur dan Asar secara jamak di Madinah bukan kerana ketakutan atau bermusafir. [Dikeluarkan Imam Muslim di dalam Sahih Muslim – hadis no: 705]

    Hadis di atas menunjukkan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah menjamakkan solat kerana ketakutan, musafir, juga atas sebab lain selain daripada sebab yang disebutkan. Sila lihat syarat-syarat lain di bawah.

    [2] - Suasana yang sukar atau sulit

    Apabila menghadapi kesukaran melaksanakan solat pada waktunya, hukum asal solat fardhu yang telah sedia ditetapkan pada waktu yang tertentu boleh berubah kepada meghimpunkan dua solat ke dalam satu waktu. Ini bertujuan membebaskan umat Islam daripada kesulitan yang ditempuhi. Kesukaran ini termasuklah sakit, menaiki bas yang tidak berhenti ketika kembali ke tempat asal sehingga luput waktu dan sebagainya. Ketika ditanya kepada Ibn Abbas radhialllahu‘anhu tentang mengapa dibolehkan solat jamak, beliau menjelaskan:




    أراد أن لا ‏ ‏ يحرج أمته




    Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bertujuan agar tidak menyukarkan umatnya. [Atsar sahabat yang dikeluarkan oleh Abu Daud, dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abu Daud – hadis no:1211]

    [3] - Jamak kerana hajat yang benar–benar mendesak

    Contoh keadaan memerlukan solat dijamak kerana hajat adalah apabila berdepan dengan keadaan yang memaksa untuk tidak dapat melakukan solat pada waktunya seperti doktor yang perlu melakukan pembedahan berjam-jam lamanya, seandainya beliau berhenti walaupun sebentar akan memudaratkan pesakitnya. Pelajar di luar negara yang menduduki perperiksaan atau terpaksa menghadiri kelas yang meliputi waktu solat yang pendek. Pegawai-pegawai keselamatan yang terpaksa mengawal sesuatu tempat dan keadaan tidak mengizinkan beliau meninggalkan kawasan jagaannya kerana kritikalnya suasana tersebut dan pelbagai lagi situasi seumpamanya. Dalilnya adalah:




    عن عبدالله بن شقيق، قال: خطبنا ابن عباس يوما بعد العصر حتى غربت الشمس وبدت النجوم. وجعل الناس يقولون: الصلاة. الصلاة. قال فجاءه رجل من بني تميم، لا يفتر ولا ينثني: الصلاة. الصلاة. فقال ابن عباس: أتعلمني بالسنة؟ لا أم لك! ثم قال: رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم جمع بين الظهر والعصر، والمغرب والعشاء.
    قال عبدالله بن شقيق: فحاك في صدري من ذلك شيء. فأتيت أبا هريرة، فسألته، فصدق مقالته.




    Abdullah bin Syaqiq berkata: Pada suatu hari Ibnu Abbas berpidato (memberikan kuliah/syarahan) kepada kami di Basrah selepas Asar sehingga terbenam matahari dan terbit bintang-bintang. Ini menyebabkan manusia yang hadir berkata: Solat, solat. katanya lagi: Lalu datang seorang lelaki dari Bani Tamim memperingatkan: Solat, solat. Lalu Ibnu Abbas berkata: Apakah engkau mengajar kepadaku sunnah? Sungguh tidak berguna kamu! Kemudian berkata: Aku melihat Rasulullah s.a.w. menjamakkan sembahyang antara Zuhur dan Asar, Maghrib dan Isyak.

    Abdullah bin Syaqiq berkata: Penjelasan Ibnu Abbas itu tidak memuaskan hatiku. Kemudian aku pergi kepada Abu Hurairah, dan bertanyakan hal tersebut, maka dia membenarkan perkataan Ibnu Abbas. [Dikeluarkan Imam Muslim di dalam Sahihnya – hadis no: 705]

    Riwayat di atas menjelaskan bahawa Ibnu Abbas menjamakkan sembahyang dalam keadaan bukan kerana bermusafir, bukan kerana ketakutan dan juga bukan kerana hujan. Di dalam kes ini dia telah menjamakkan solatnya ketika berada dalam urusan penting, iaitui pidatonya/syarahan/kuliahnya itu. Dia mengetahui jika syarahannya itu dihentikan maka akan hilanglah kemaslahatannya (kebaikan – pent.). Menurut perkiraannya meneruskan syarahan dianggap suatu hajat yang membolehkan jamak. [Lihat Koleksi Hadis Hukum, Prof. T.M Hasbi Ash-Shiddieqy, Penerbitan Bulan Bintang, jil. 4, ms. 350]

    Syaikh Athiyah Saqr rahimahullah berkata:

    “...Maka sekumpulan ulamak dari kalangan para imam telah bertindak mengambil zahir hadis Ibnu Abbas. Maka mereka mengharuskan mengerjakan jamak ketika hadar, iaitu tidak dalam musafir, hanya kerana hajat semata-mata. Tetapi dengan syarat ia tidak dijadikan sebagai adat (kebiasaan atau kelaziman –pen). Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari mengatakan: Dan orang-orang yang berpendapat demikian ialah Ibnu Sirin, Rabi'ah, Ibnul Munzir dan al-Qaffal al-Kabir. Dan telah diriwayatkan oleh al-Khitabi dari satu jamaah dari kalangan ahli Hadis. Hujah mereka (mengharuskan perbuatan jamak kerana hajat itu) ialah untuk menafikan kepayahan selama di sana terdapat suatu hajat/keperluan, antaranya ialah seperti kesibukan Ibnu Abbas terhadap pidato/khutbahnya." [Ahsanul Kalam Fil Fatawa Wal Ahkam, jil. 13, ms. 424-425]

    Dalam melaksanakan solat jamak kerana kesukaran atau hajat harus diambil perhatian bahawa

    a) Tidak dijadikan kebiasaan sehingga ianya dilakukan dalam keadaan tanpa ada sebab yang benar-benar mendesak kerana perintah asal bagi ibadah solat fardhu ialah dalam waktunya yang sedia termaktub lima kali sehari.

    b) Hajat hendaklah benar – benar mendesak dan tidak boleh dielakkan, jikalau ianya (hajat) ditinggalkan maka ianya akan membawa kepada hilangnya maslahat atau kebaikan yang lebih besar.

    c) Ianya tidak dijadikan alat untuk mempermain – mainkan agama dan alat untuk mereka yang malas mengerjakan solat untuk mengambil mudah di atas urusan agama.

    [4] - Jamak kerana hujan

    Antara salah satu sebab Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjamakkan solatnya di Madinah adalah kerana turunnya hujan lebat yang menjadi pegangan kuat mazhab Syafi’i. Hikmah yang boleh difikirkan adalah tindakan ini bertujuan supaya tidak menyusahkan umatnya untuk kembali semula ke masjid dalam suasana hujan yang pastinya menyebabkan para jemaah basah kuyup atau kotor kaki mereka kerana terpaksa meredahi becak dan lumpur akbat hujan tersebut. Disebutkan di dalam sebuah hadis daripada Ibn Abbas radhiallahu’anhu:




    جمع رسول الله صلى الله عليه وسلم بين الظهر والعصر، والمغرب والعشاء، بالمدينة. في غير خوف ولا مطر.




    Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah melakukan jamak solat antara zohor dan asar, dan antara maghrib dan isyak di Madinah tidak kerana ketakutan dan tidak kerana hujan. [Dikeluarkan Imam Muslim di dalam Sahih Muslim – hadis no: 705]

    Sekalipun hadis tersebut secara jelas menyatakan bahawa Rasulullah shalallallahu ‘alaihi wasallam pernah melakukan solat jamak selain disebabkan ketakutan atau hujan, secara mafhum (fahaman tersirat) ianya menunjukkan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjamakkan solat ketika hujan.

    Namun perlu diperhatikan syarat-syarat dan cara-caranya dilaksanakan:

    a. Solat jamak kerana hujan hanya boleh dilakukan oleh jamaah yang bersolat di masjid sahaja. Bagi mereka yang bersolat di rumah ianya tidak dibenarkan.

    b. Waktu yang dibenarkan untuk di"jamak"kan solat ialah pada waktu Zohor yang di”jamak”kan dengan waktu Asar, ataupun solat Maghrib yang di”jamak”kan dengan solat Isyak pada waktu Maghrib. Maknanya tiada “jamak taakhir” dalam kes “jamak” kerana hujan.

    c. Hujan yang turun samada di waktu Zohor atau Maghrib itu tidak berhenti sehingga jamaah selesai menunaikan solat Zohor ataupun Maghrib.

    d. Hujan yang menyebabkan solat boleh di”jamak”kan ialah hujan yang membasahkan baju dan bukannya hujan renyai – renyai.

    e. Ada juga di kalangan ulama Syafi’iyah yang meletakkan syarat tambahan, iaitu jamak kerana hujan ini hanya boleh dilakukan oleh mereka yang tinggal jauh dari masjid sahaja, dan barangsiapa yang tinggal dekat dari masjid mereka tidak dibenarkan melakukan jamak. (Pendapat ini disanggah oleh Imam Nawawi dari mazhab Syafi’i sendiri kerana menurutnya pendapat tersebut tiada asas yang kukuh dan tiada sandaran dalil yang kuat) [Lihat: al-Syarbini al-Khatib (t.t), Mughni al-Muhtaj, Beirut: Dar Ihya al-Turath al-Arabi, jil: 1, hal: 275; al- Nawawi (1994M), Raudat al-Talibin, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, jil: 1, hal. 503, al-Hisni al-Syafii (1994M), Kifayat al-Akhyar, tahqiq: A Hamid Ba Haji, Beirut: Dar al-Khayr, hal. 140. Dinukil daripada tulisan Ustaz Maszlee Malik, Rukhsah Solat Jamak]

    TIDAK TAHU LAFAZ NIAT SOLAT JAMAK

    Ini merupakan pengalaman peribadi suatu masa dahulu, keluarga, sahabat handai dan orang-orang yang bertanya. Antara peyebab ditinggalkan solat jamak adalah kerana tidak tahu bagaimana hendak melafazkan niat bagi solat jamak. Adakah “sahaja aku solat jamak zuhur dan asar…” ataupun “sahaja aku jamakkan solat zuhur dan asar..”? Sesungguhnya ketahuilah bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak pernah mengajar bagaimana melafazkan niat untuk apa jua solat sekalipun, termasuklah solat jamak. Itulah sebabnya mengapa tiada hadis sahih berkenaan cara-cara melafaz niat baik untuk solat fardhu mahupun solat sunat. Setiap amalan memerlukan niat, tetapi bukanlah memerlukan melafaz niat. Cukup sekadar lintasan azam/hasrat/keinginan di dalam hati kita mengetahui apa yang hendak/bakal dilakukan. Melafazkan niat itu hanyalah ijtihad ulamak bagi membantu orang yang mempunyai penyakit was-was yang keterlaluan.

    Di dalam Ighatsatul Lahfan Ibn Qayyim rahimahullah menyatakan:

    Niat ertinya menyegaja dan bermaksud sungguh-sungguh melakukan sesuatu. Dan tempatnya adalah di dalam hati, dan tidak ada sangkut pautnya sama sekali dengan lisan... [Dikemukakan oleh Imam Ibnu Qudamah dalam Dzammul Muwaswisin, ms 5-6 dan Syaikh Sayyid Sabiq di dalam Fikih Sunnah, Victorie Agencies, jld. 1, ms.286]

    Dalam menghuraikan tentang hadis "tiap-tiap amal perbuatan tidak lain berdasarkan niat", Ibn Hajar al-Asqalani menukilkan:

    Imam Nawawi mengatakan, bahawa niat bererti maksud, iaitu keinginan yang ada dalam hati. Tetapi Syaikh al-Karmani menambahkan, bahawa keinginan hati adalah melebihi maksud...

    ...Baidhawi berkata: "Niat adalah dorongan hati untuk melakukan sesuatu sesuai dengan tujuan, baik mendatangkan manfaat atau menolak mudharat, sedangkan syari'at aadalah sesuatu yang membawa kepada perbuatan yang diredhai Allah dan mengamalkan segala perintah-Nya" [Dinukil secara berpisah dari Fathul Baari Penjelasan Kitab Sahih al-Bukhari (terjemahan Gazirah Abdi Ummah, Pustaka Azam, jld 1 ms. 19]

    Berikut adalah satu contoh bagi memudahkan pemahaman: Niat hendak makan roti canai. Tidak perlulah melafazkan atau menyusun ayat dalam hati "sahaja aku makan roti canai pada waktu tgh hari berserta kuah kacang dal". Memadai lintasan dlm hati kita mengetahui kita ingin menikmati roti canai maka kita pun pergi makan roti canai.

    Namun ditegaskan, Apabila hendak menunaikan solat secara jamak dalam waktu yang kedua (Jamak Takhir), maka dituntut bagi orang tersebut mengetahui dengan sedar dalam waktu yang pertama bahawa dia akan melakukan solatnya itu di waktu yang kedua. Contohnya bagi seseorang yang mahu melakukan solat Zuhur dan Asar secara jamak dalam waktu Asar maka dia wajib secara sedar berniat dalam waktu Zuhur bahawa dia akan menunaikannya secara jamak dengan solat Asar dalam waktu Asar. Ini tercapai dengan lintasan hati atau sebutan mulut bahawa solat Zuhur aku ini akan aku jamakkan dengan solat Asar dalam waktu Asar nanti. Demikian juga bagi solat jamak takhir Maghrib dan Isya'. Tuntutan ini diwujudkan bagi membezakan bahawa seseorang itu bersolat jamak takhir berdasarkan pengetahuan yang sedar sejak dari awal dan bukan kerana lalai, berlaku remeh atau malas ketika dalam waktu yang pertama. [Fiqh dan Perundangan Islam, Prof. Dr. Wahbah Zuhaili, jld. 2, ms. 377]

    PENUTUP KATA

    Moga risalah ringkas ini dapat menjawab persoalan dan merungkai kekeliruan tentang solat jamak. Moga pengetahuan mengenai solat jamak ini juga dapat menjadikan kita tidak mudah bersangka buruk dengan individu yang mengamalkan solat jamak berbeza dengan pemahaman ilmu kita yang terhad sebelum ini. Semoga Allah melimpahkan hidayah dan taufik-Nya kepada kita.

    Wallahua’lam...


    ummie_fatimah

    • *
    • Posts: 31
      • View Profile
    Jawab #11 16 December, 2007, 06:42:04 PM
  • Publish Di FB
  • tapi macam mana pulak yer kalau, kita memang dah niat untuk jamak takhir zohor dan asar tapi terkandas dalam perjalanan menyebabkan waktu magrib baru sampai ke destinasi.....

    Sang Pencinta

    • *
    • Posts: 446
      • View Profile
    Jawab #12 17 December, 2007, 09:44:12 AM
  • Publish Di FB
  • Perlu diambil perhatian bahawa jika jama' ta'khir, perlulah berniat sebelum masuk waktu Asar, untuk menjama'kan sholat Zohor ke dalam waktu Asar.

    Mungkin ada sahabat lain boleh membuat penambahan jika masih ada lagi kekurangan.
    Sekian

    Betul tu Ustaz,kalau tidak kena solat ganti bagi zuhur.

    Sedikit kisah pasal solat jamak ni pada hari melakukan perjalanan.NAbi SAW apabila keluar bermusafir sebelum waktu zuhur, baginda akan buat Jamak Takhir.Tetapi jika baginda keluar bermusafir selepas Zuhur,baginda akan tunaikan solat zuhur dahulu dan kemudian qasarkan asar apabila masuk waktu didalam perjalanan.Namun,tidak menghalang kita dari mengerjakan jamak takdim,dan tak le pula bidaah kerana Nabi tak lakukan.Tetapi yang sebaik-baiknya ikutlah Nabi.

    ummie_fatimah

    • *
    • Posts: 31
      • View Profile
    Jawab #13 30 August, 2008, 01:08:24 AM
  • Publish Di FB
  • tugasan saya memaksa saya ke merata tempat......

    kadang-kadang masuk kerja pukul 7am sampai umah 10pm.........baru boleh rehat-rehat kan diri

    erkk sah tak solat saya jika saya niat jamak takhir magrib dan dan isyak

    tapi saya niat sekali untuk qado solat asar yang terlepas waktunya.....please sape-sape bantu saya...

    m_husna

    • *
    • Posts: 68
      • View Profile
    Jawab #14 30 August, 2008, 02:27:27 PM
  • Publish Di FB
  • saya pernah terdengar ada pendapat mengatakan...kalu kita ada function penting..misalnya hari konvokesyen atau upacara2 penting di tempat kerja..n katakanlah sidang tu berlangsung dari 130pm hingga 5pm..maksudnya kita akan ter'miss' solat zuhur..tapi pendapat yg saya dengar ni mengatakan; kita boleh solat jamak takhir zuhur n asar tu...boleh ke tak sebenarnya ?
    ada ke hukum yg membolehkan kita solat jamak selain jadi musafir lebih 2 marhalah nih ?

    m_husna

    • *
    • Posts: 68
      • View Profile
    Jawab #15 30 August, 2008, 02:32:35 PM
  • Publish Di FB
  • n lagi satu persoalan...kalu kita nak solat jamak takhir la misalnya...yg mana wajib didahulukan? solat zuhur atau solat asar? ada stgh pendapat cakap, perlu solat asar dahulu, sbg menghormati waktu solat yg baru masuk tu...n ada satu pendapat lagi, perlu solat zuhur dahulu sbb mst mengikut tertib waktu solat... so camne ye?

    ummie_fatimah

    • *
    • Posts: 31
      • View Profile
    Jawab #16 31 August, 2008, 01:24:12 AM
  • Publish Di FB
  • n lagi satu persoalan...kalu kita nak solat jamak takhir la misalnya...yg mana wajib didahulukan? solat zuhur atau solat asar? ada stgh pendapat cakap, perlu solat asar dahulu, sbg menghormati waktu solat yg baru masuk tu...n ada satu pendapat lagi, perlu solat zuhur dahulu sbb mst mengikut tertib waktu solat... so camne ye?

    setahu saya ia bergantung kepada jamak  yang kit buat, kalau jamak takhir maknanya buat di akhir waktu....jadi buat yang akhir dulu..........jadi buat solat asar dulu la....sebab memang jamak takhir di buat dalam waktu asar....kalau di buat jamak takdim....kita buat solat zohor la dulu...mudahkan?

    ummie_fatimah

    • *
    • Posts: 31
      • View Profile
    Jawab #17 31 August, 2008, 01:40:59 AM
  • Publish Di FB
  • saya pernah terdengar ada pendapat mengatakan...kalu kita ada function penting..misalnya hari konvokesyen atau upacara2 penting di tempat kerja..n katakanlah sidang tu berlangsung dari 130pm hingga 5pm..maksudnya kita akan ter'miss' solat zuhur..tapi pendapat yg saya dengar ni mengatakan; kita boleh solat jamak takhir zuhur n asar tu...boleh ke tak sebenarnya ?
    ada ke hukum yg membolehkan kita solat jamak selain jadi musafir lebih 2 marhalah nih ?

    syarat jamak solat, bukan untuk musafir jer ke?

    hairil.abubakar

    • *
    • Posts: 422
      • View Profile
    Jawab #18 01 September, 2008, 05:57:32 AM
  • Publish Di FB
  • saya pernah terdengar ada pendapat mengatakan...kalu kita ada function penting..misalnya hari konvokesyen atau upacara2 penting di tempat kerja..n katakanlah sidang tu berlangsung dari 130pm hingga 5pm..maksudnya kita akan ter'miss' solat zuhur..tapi pendapat yg saya dengar ni mengatakan; kita boleh solat jamak takhir zuhur n asar tu...boleh ke tak sebenarnya ?
    ada ke hukum yg membolehkan kita solat jamak selain jadi musafir lebih 2 marhalah nih ?


    syarat jamak solat, bukan untuk musafir jer ke?


    ***********************************************************
    http://www.rantauan.com/forum/viewtopic.php?t=4033&highlight=jama

    MENJAMA’ SOLAT MAGHRIB DAN ISYA’ DI MUSIM PANAS

    Apakah hukum menjama’ solat Maghrib dan Isya’ di musim panas kerana terlalu lewat waktu Isya’ di sebahagian negara sehingga mencapai tengah malam atau melampauinya atau disebabkan tiada tanda bagi waktu Isya’ sebagaimana yang dinyatakan oleh syara’?

    Jawapan

    Solat adalah satu kewajiban yang mempunyai waktu-waktu tertentu, sebagaimana yang difirmankan oleh Allah taala yang bermaksud;

    “Sesungguhnya salat itu adalah kewajiban yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman.” (An-Nisa : 103)

    Waktu-waktu solat yang lima telah diketahui melalui Sunnah Nabi yang berbentuk perbuatan. Ia telah Mutawatir (diriwayatkan oleh ramai, pent) di kalangan umat Islam di Timur dan Barat.

    Setiap solat, dan solat yang lima mempunyai waktu tertentu dan tidak boleh menunaikannya sebelum masuk waktu. Tidak boleh pula melewatkan solat dari waktunya kecuali kerana keuzuran. Sesiapa yang melewatkannya (sehingga berlalu waktu solat, pent) adalah berdosa.

    Namun di antara kemudahan dan sifat realistik agama ini ialah ia mensyariatkan jama’ antara dua solat; antara Zohor dan Asar, serta antara Maghrib dan Isya’. Ini dilakukan samada secara Taqdim (mendahulukan solat yang kemudian) atau Takhir (menangguhkan solat ke waktu terkemudian) kerana pelbagai sebab antaranya ialah musafir, sebagaimana yang telah tsabit dari Sunnah Nabi s.a.w.

    Antara sebabnya juga ialah menjama’ solat kerana hujan, atau seperti lecak atau yang lebih buruk ialah salji, begitu juga angin yang kuat dan pelbagai halangan cuaca dan tabi’i yang menimbulkan kesulitan dan kepayahan untuk menunaikan solat pada waktunya.

    Antara sebabnya juga ialah menjama’ solat kerana keperluan atau keuzuran, bukan pada waktu bermusafir, bukan kerana takut dan bukan pula kerana hujan tetapi hanya kerana menghilangkan kesulitan dan kepayahan dari umat Islam, sebagaimana yang dinyatakan dalam hadits Ibn Abbas yang akan datang.

    Dari petanda mukjizat agama ini ialah seorang Muslim boleh mendapati nas-nas yang boleh meliputi pelbagai keadaan dan perkembangan masa yang dahulunya tidak diketahui manusia atau tidak dijangka akan berlaku di zaman mereka.

    Kami dapati perkara ini dalam apa yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ibn Abbas r.a bahawa ia berkata“Rasulullah s.a.w telah solat Zohor dan Asar secara jama’ dan Maghrib dan Isya’ juga secara jama’ bukan kerana takut atau bermusafir.”

    Dalam satu riwayat dinyatakan “Rasulullah s.a.w telah menjama’kan Zohor dan Asar serta Maghrib dan Isya’ di Madinah tanpa ada takut atau hujan. Lalu dikatakan kepada Ibn Abbas “Apakah yang beliau kehendaki dari itu?” Ibn Abbas berkata “Dia mahukan agar tidak menyulitkan umatnya.”

    Dalam riwayat Abdullah b Syafiq, ia berkata “Pada satu hari, Ibn Abbas telah menyampaikan khutbah kepada kami setelah waktu Asar, sehingga terbenam matahari dan timbul bintang-bintang. Orang ramai mula berkata “Solat! Solat!” Ibn Abbas lalu berkata “Adakah kamu mahu mengajar aku apa itu Sunnah? Tiada kebaikan bagi kamu!” Dia kemudian berkata “Aku melihat Rasulullah s.a.w telah menjama’kan antara Zohor dan Asar serta Maghrib dan Isya’.” Abdullah b Syafiq berkata “Hatiku merasa tidak selesa dari pernyataan itu. Aku lalu mendatangi Abu Hurairah dan bertanya kepadanya. Beliau membenarkan kata-kata Ibn Abbas. ”

    Ini adalah ta’lil (penetapan sebab) dari Ibn Abbas, iaitu Rasulullah s.a.w mahu memberi keluasan bagi dan kemudahan bagi umat Islam. Dia tidak mahu meletakkan mereka dalam kepayahan dan kesempitan. Sedangkan Allah taala tidak menjadikan kesusahan dalam agama ini. Bahkan Allah taala mahukan kemudahan bagi hamba-hambaNya. Dia tidak mahu kesulitan ke atas mereka.

    Hadits itu amat jelas dan terang akan pensyariatan jama’ kerana keperluan. Abu Daud, An-Nasa`i dan At-Turmuzi telah meriwayatkannya juga dalam kitab Sunan mereka.

    Imam Abu Sulaiman Al-Khitabi dalam kitab Ma`alim As-Sunan berkata “Tidak ramai para fuqaha berpegang dengan hadits ini....”

    Ibn Al-Munzir pernah berkata bukan hanya seorang dari ahli-ahli hadits yang menceritakan mengenainya (hadits ini). Aku mendengar Abu Bakar Al-Qaffal menceritakannya dari Abu Ishaq Al-Maruzi.

    Berkata Ibn Al-Munzir “Tiada ertinya mengaitkan perkara itu (jama’ solat) dilakukan kerana sesuatu keuzuran kerana Ibn Abbas telah memberitahu `illah (sebab) hukumnya, iaitu kata-kata beliau “Dia mahu agar umatnya tidak berasa kepayahan.”

    Ibn Sirrin menceritakan bahawa ia tidak merasakan apa-apa kesalahan untuk menjama’ dua solat, jika ada hajat atau sesuatu, selama mana ia tidak menjadi kebiasaan .

    Ibn Qudamah juga menukil dalam kitab Al-Mughni dari Ibn Syabramah bahawa dia berkata sama seperti apa yang Ibn Sirrin katakan .

    Al-Hafiz Ibn Hajar berkata dalam kitab Al-Fath “Sekumpulan imam telah berpegang dengan zahir hadits. Mereka mengharuskan jama’ pada ketika tidak bermusafir semata-mata kerana ada hajat dengan syarat bahawa ia tidak menjadi kebiasaan. Antara yang berpendapat sedemikian ialan Ibn Sirrin, Rabi`ah, Asyhab, Ibn Al-Munzir dan Al-Qaffal Al-Kabir. Al-Khitabi pula menceritakannya dari sekumpulan ahli hadits. ”

    Walau bagaimana pun, di sisi kita ialah hadits Sahih yang tidak dikritik akan kesahihannya. Ibn Abbas telah meriwayatkannya dan Abu Hurairah pula mengakuinya. Bahkan Ibn Abbas mengamalkannya secara praktikal. Dia telah menjadikan hadits ini sebagai hujjah ke atas mereka yang mengingkari tindakannya mentakhir solat Maghrib. Dia menta’lil (menetapkan sebab bagi) perbuatan itu dengan apa yang ia telah nyatakan. Kesemua ini memberi faedah kepada kami dalam menjawab soalan yang dikemukakan. Iaitu harus menjama’ solat Maghrib dan Isya’ di Eropah di musim panas ketika waktu Isya’ amat lewat sehingga ke pertengahan malam atau selepas tengah malam, sedangkan orang ramai dikehendaki untuk pergi bekerja pada awal pagi. Bagaimana mungkin kita membebankan mereka untuk berjaga malam bagi menunaikan solat Isya’ pada waktunya? Yang sedemikian itu merupakan kepayahan dan kesulitan bagi mereka. Sedangkan segala kepayahan telah diangkat dari umat ini dengan nas Al-Quran dan dengan apa yang dikatakan oleh Ibn Abbas r.a, perawi hadits jama’ solat semasa bukan bermusafir.

    Bahkan harus juga menjama’ solat di negara-negara berkenaan di musim sejuk kerana waktu pagi yang amat pendek dan kesukaran menunaikan solat pada waktunya bagi mereka yang bekerja di pelbagai perbadanan dan syarikat. Ia tidak didapat dilakukan kecuali dengan kepayahan dan kesempitan, sedangkan segala itu telah diangkat dari umat ini.
    "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami imam kepada orang-orang yang bertaqwa." [Surah Al-Furqan: 74] http://hairilabubakar.blogspot.com/

    hairil.abubakar

    • *
    • Posts: 422
      • View Profile
    Jawab #19 01 September, 2008, 05:57:58 AM
  • Publish Di FB
  • saya pernah terdengar ada pendapat mengatakan...kalu kita ada function penting..misalnya hari konvokesyen atau upacara2 penting di tempat kerja..n katakanlah sidang tu berlangsung dari 130pm hingga 5pm..maksudnya kita akan ter'miss' solat zuhur..tapi pendapat yg saya dengar ni mengatakan; kita boleh solat jamak takhir zuhur n asar tu...boleh ke tak sebenarnya ?
    ada ke hukum yg membolehkan kita solat jamak selain jadi musafir lebih 2 marhalah nih ?


    syarat jamak solat, bukan untuk musafir jer ke?


    **********************************************************************
    http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=29850

    Solat Jama' hukumnya Jaaiz (boleh) atau Harus (Mubah), iaitu ia tidak dilarang (Mamnuu'). Kesemua mazhab mengatakan bahawa solat Jama' ini diperbolehkan (Jaaiz), dan bukan mustahab (digalakkan), meninggalkannya adalah lebih baik, ia merupakan Ruhsah; kerana meninggalkannya menjauhkan seseorang dari khilaf (perselisihan) ulama'. Kerana didalam Mazhab Abu Hanifah rh., sesungguhnya adalah tidak dibenarkan menjama'kan solat diantara Zohor dan Asar, Maghrib dan Isya', kecuali di Muzdalifah; kerana 'illahnya disisinya adalah - Solat jama' ini adalah dari Bab Haji dan bukan dari Bab Uzur. Jumhur melihat pandangan ini sebagai pandangan yang lemah. [al-Sharh Mumthi' - Jld 2, Kitab Solah - Bab Solat Ahli Uzur, Daar al-Ansar, 2003, ms 213].

    Menurut Syiekh Ibn Utsaimin rh [al-Sharh Mumthi', 2/214], padangan sahih ialah Solat Jama' ini sunnah sebab :-

    a. Sesungguhnya ia merupakan Ruhsah (kelonggaran) yang diberikan oleh Allah swt [kepada hambanya]. Allah swt menyukai hambanya yang mengambil ruhsahnya.

    b. Ia merupakan amalan ikutan kepada Nabi saw, dimana beliau melakukan solat jama' apabila wujud sebab yang membolehkan untuk menjama' solat. Ini juga termasuk didalam makna umum hadith baginda : Solatlah kamu sebagai kamu melihat aku Bersolat [hadith Riwayat Bukhari #605].

    Menjama'kan solat diperbolehkan apabila berlaku kesukaran. Menurut Ibn Utsaimin, apabila timbul kesukaran maka diperbolehkan menjama' solat, contohnya kesukaran mengambil wudhu' dsb. Beliau mengatakan kesukaran (Musyaqqah) itu pelbagai (والمشقات متعددة). Allah swt sentiasa memberi kemudahan kepada hambanya yang menghadapi kesukaran. Firman Allah swt :

    يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ
    "(Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran"[al-Baqarah : 185]

    وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ
    "dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama" [al-Haj : 78]

    Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi ha. membenarkan Solat diJama'kan berdasarkan musyaqqah yang ditimpa, atau katanya Solat Jama' disebabkan hajat. Menurut beliau :-

    فقهاء الحنابلة للمسلم وللمسلمة الجمع بين الظهر والعصر، أو بين المغرب والعشاء في بعض الأحيان لعذر من الأعذار . وهذا تيسير كبير، فقد ورد أن النبي صلى الله عليه وسلم جمع في غير سفر ولا مطر، فسئل في ذلك ابن عباس فقيل له: ما أراد بذلك؟ فقال: أراد ألا يحرج أمته .. والحديث في صحيح مسلم. فإذا كان هناك حرج في بعض الأحيان من صلاة كل فرض في وقته، فيمكن الجمع، على ألا يتخذ الإنسان ذلك ديدنًا وعادة، كل يومين أو ثلاثة .. وكلما أراد الخروج إلى مناسبة من المناسبات الكثيرة المتقاربة في الزمن. إنما جواز ذلك في حالات الندرة، وعلى قلة، لرفع الحرج والمشقة التي يواجهها الإنسان. فمثلا، شرطي المرور إذا كانت نوبته قبل المغرب إلى ما بعد العشاء، فله أن يجمع المغرب مع العشاء جمع تقديم أو تأخير، على حسب استطاعته. أو طبيب يجري عملية لمريض، ولا يستطيع تركها، يمكنه في هذه الحالة أن يجمع جمع تقديم أو تأخير ..
    "Ulama' Hanbali membenarkan bagi Muslimin dan Muslimat menjama'kan diantara Zohor dan Asar, atau diantara Magrib dan Isya' kadang-kala kerana 'uzur daripada ke'uzuran. Ini adalah kemudahan yang besar! Ia datang dari Nabi saw menjama' tanpa bermusafir dan tanpa hujan, maka Ibnu Abbas pun ditanyakan kepadanya: Apakah maksud perbuatan itu? Kemudian beliau berkata : Dia tidak mahu menyempitkan umatnya .. Hadis dari Shahih Muslim.

    Maka disana jika ada kesempitan kadang-kala bagi menunaikan solat setiap fardu dan waktunya, maka dibolehkan jama', dan bukanlah kepada mereka yang menjadi tabiatnya, setiap hari atau tiga kali...dan bilamana ia ingin meninggalkan keadaan yang sempit dari pelbagai tanggungan didalam waktu tersebut, sesungguhnya keadaan yang jarang berlaku itu dibenarkan, dan ianya sedikit, maka kesempitannya diangkat terhadap masalah yang sedang dia hadapinya.

    Sebagai contoh : Pegawai trafik jika shiftnya sebelum Magrib sehinggalah lewat Isya', maka keatasnya menjama'kan Magrib bersama Isya' iaitu Jama' Taqdim, atau Ta'khir, menurut keupayaannya. Atau seorang Doktor yang melakukan pembedahan keatas seorang pesakit, dan dia tidak boleh meninggalkannya, maka dibenarkannya didalam keadaan ini melakukan jama' Taqdim atau Ta'khir... " [sumber :Laman al-Ahkam, Fatwa & Kenyataan Ulama', http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=9336 ]
    ------------------

    Didalam kes saudara diatas, kesukaran untuk bersolat didalam perjalanan juga boleh menyebabkan solat dijama'kan. Syeikh Mohammad Salih al-Munajjid juga pernah menyatakan hal ini :-

    يجوز للمقيم أن يجمع بين الصلاتين إن كان هناك حرج من أداء الصلاة الثانية في وقتها ، والجمع أوسع من القصر ، فلا قصر إلا لمسافر ، والجمع يجوز للمسافر والمقيم حيث يوجد الحرج من أداء الصلاة الثانية سواء في وقتها أو في جماعة .
    "Dibenarkan bagi seseorang yang bermukim (tidak musafir) menjama'kan dua solat jika ia menjadi terlalu sukar untuk melakukan solat yang kedua pada waktunya. Kebenaran menjama'kan solat adalah LUAS berbanding dengan memendikkan solat, kerana memendik (qasar)kan solat hanya dibenarkan kepada musafir sahaja. Akan tetapi jama' dibenarkan kepada musafir dan bukan musafir untuk menjama' solat apabila menghadapi kesukaran menunaikan solat yang kedua samaada pada waktunya atau didalam jemaah" [Islam-QA : Soalan no: 20017]
    -----

    Kesimpulannya, sebelum berangkat anda dibenarkan menjama' solat jika timbul kesukaran bagi anda untuk melakukan solat yang kedua pada masa perjalanan. Solat tidak boleh diQasarkan kerana anda masih lagi belum keluar dari sempadan bandar anda (belum status musafir). Begitu juga dengan keadaan anda apabila pulang dari permusafiran, ruhsah Qasar telah pun hapus sebaik sahaja masuk di sempadan tempat tinggal anda, maka dibenarkan melakukan Solat secara jama' diatas alasan yang sama, iaitu wujud musyaqqah (kesukaran). WA.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    4 Replies
    2760 Views
    Last post 28 August, 2009, 07:03:33 PM
    by Ummi Munaliza
    10 Replies
    5406 Views
    Last post 07 August, 2011, 12:18:59 PM
    by tuneja
    0 Replies
    477 Views
    Last post 05 January, 2012, 04:19:26 PM
    by emm