Islam Liberal

*

Author Topic: Islam Liberal  (Read 10374 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

29 May, 2007, 07:16:30 PM
  • Publish



  • Sinopsis : ISLAM LIBERAL
    Islam Liberal, satu aliran yang menolak kesepakatan ulama serta menafsirkan al-Quran dan Hadis menurut fahaman akal. Mereka adalah golongan yang begitu ghairah ingin menyebarkan ilmu agama. Namun, apa yang mereka sangkakan betul itu tidak menepati al-Quran dan Sunnah. Tafsiran dan penjelasan mereka penuh dengan kekeliruan serta boleh menggugat aqidah umat Islam.

    Akhirnya, golongan intelek, fanatik, ekstremis dan golongan yang kurang ilmu agama, begitu mudah menerima aliran ini. Apa tidaknya, hanya berhujahkan logik akal semata-mata mereka sudah terpedaya. Antara isu yang diperjuangkan seperti wanita menjadi imam kaum lelaki, persamaan hak lelaki dan wanita, menolak sistem poligami, tudung tidak sesuai di zaman moden dan sebagainya.

    Pernahkah anda terfikir, mungkin segelintir saudara seagama yang anda kenali terjebak dengan fahaman dan aliran yang kian menular ini? Atau mungkinkah anda juga terpengaruh dengan aliran ini?
    Menyedari bahayanya aliran ini, buku ini diterbitkan untuk menyedarkan anda agar berpegang teguh pada al-Quran dan Sunnah yang sahih. Buku Islam Liberal ini menjelaskan secara terperinci ciri-ciri aliran ini. Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut, anda perlu memiliki buku ini sekarang.

    Harga : RM 6.00
    Halaman :176
    ISBN : 967-86-0260-1
    Penerbit : alaf21
    Kajian Hingga Akhir Hayat...

    diya

    • *
    • aku masih mencari CINTA yang HAKIKI..
      • View Profile
    Reply #1 29 May, 2007, 09:07:45 PM
  • Publish
  • Kiranya sama dgn hadis nabi s.a.w yg berbunyi,

    "Barangsiapa diminta fatwa sedang dia tidak mengerti maka dosanya adalah atas orang yang memberi fatwa."
    Hadis Riwayat Ahmad
    "Say your prayers before prayers for you are said"
    "Blessed are they who have the gift of making friends, for it is one of God's best gifts. It involves many things, but above all, the power of going out of one's self, and appreciating whatever is noble and loving in another."
    [/center

    ahmad_siddiqui

    • *
    • "Aku menyembuhkan jiwaku kerana perbuatannya."
      • View Profile
    Reply #2 29 May, 2007, 10:23:39 PM
  • Publish
  • masalah Islam Liberal nie dah berjangkit ke MAlaysia dah...ingat tak isu IFC ari tuh?

      salah seorang "org kuat" ifc nie,anak "org besar" negara kita...:sedihnya:..sedihh..
    "Aku hanyalah insan biasa yang menyatakan sesuatu hari ini, mungkin esok ku ubah kembali, dan mungkin lusa ku ubah lagi.." -Imam Abu Hanifah.

    diya

    • *
    • aku masih mencari CINTA yang HAKIKI..
      • View Profile
    Reply #3 29 May, 2007, 10:30:41 PM
  • Publish
  • Bukan setakat tu, cuba tengok perjuangan Sister In Islam...

    Haih... mengeluh bila tengok apa yang mereka perjuangkan..

    Reply #4 29 May, 2007, 10:53:31 PM
  • Publish
  • kepala kepada SIS ialah, aminah wadud yg dulunya telah menggemparkan dunia
    dengan menjadi IMAM solat jumaat yang tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia.
    inilah bidaah yg besar.
    selain dari pada teori gelap aminah wadud ini, SIS juga dipengaruhi oleh JIL (jemaah Islam Liberal) yang bertapak di Indon.
    feminisme (persamaan gender) menjadi agenda UTAMA dalam perjuangan SIS setakat ini dengan mengambil idea dari JIL indon ini.
    selain dari feminisme, agenda yang diperjuangkan oleh geng2 JIL ialah pluraslisme,
    sekularisasi dan mengkritik al-Quran dan seumpamannya.

    antara kepala kepada JIL ialah nukolas madjdid atau dikenali sebagai CAK NUR yang memasukkan unsur sekularisasi dalam Islam, ideologi ini dipengaruhi oleh harvey COX , sekitar dalam tahun 1970an dan diperkembangkan oleh anak2 buah yang mempunyai pemikiran yg mengarut seperti ini.

    bagi mereka yg tidak mendalami ilmu al-Quran dan al-Hadith sudah tentu tidak akan dapat menjawab hujjah2 mereka ini. antara perkara bahaya yg dipersoalkan
    oleh mereka ialah ketulenan al-Quran yg ada pada tangan kita hari ini. tentang mushaf uthmani....dan perkara2 yg lain.


    p/s: sebahagian yg sy tulis ini ada dalam buku ini....dan sebahagian yg lain mungkin tiada.....kena rujuk banyak buku.....
    « Last Edit: 29 May, 2007, 11:08:58 PM by tanpanama »

    diya

    • *
    • aku masih mencari CINTA yang HAKIKI..
      • View Profile
    Reply #5 29 May, 2007, 11:02:14 PM
  • Publish
  • antara lain yg mereka persoalkan adalah kesamarataan gender dan juga poligami..

    Reply #6 29 May, 2007, 11:39:01 PM
  • Publish
  • info tambahan:
    di indonesia sekarang ini pendidikan pluralisme telah bermula di sekolah rendah lagi.
    sebuah sekolah rendah telah diwujudkan dengan silibusnya terdiri daripada
    ajaran pelbagai Agama (Islam, Hindu, kristian , DLL). teori mereka, semua agama adalah sama,iaitu menuju kepada Tuhan yang satu.

    boleh rujuk kertas kerja seminar ancaman Islam liberal
    yg telah di adakan di Kota Bharu pada 3 jun 2006

    Ummi Munaliza

    • *
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #7 31 July, 2009, 03:41:48 PM
  • Publish

  • Definisi Islam Liberal

    Menurut Kurzman, Islam liberal merujuk kepada pentafsiran Islam yang lebih terbuka terhadap idea-idea demokrasi, pengasingan agama daripada politik, hak-hak wanita, kebebasan berfikir dan kemajuan manusia (human progress). Pentafsiran ini, menurut Kurzman, adalah selari dengan faham liberalisme dan gerakan liberal dalam budaya dan agama lain.

    Kurzman mengenalpasti tiga aliran Islam liberal iaitu (i) syaria’h liberal (liberal shariah); (ii) syari’ah diam (silent shari’ah); dan (iii) syariah yang ditafsirkan (interpreted shari’ah). Aliran syari’ah liberal mengandaikan bahawa wahyu dan amalan Nabi Muhammad s.a.w. mengandungi perintah-perintah yang mengkehendaki kaum Muslimin supaya mengambil sikap yang liberal dalam amalan dan fahaman agama. Ali Bula umpamanya memetik Ayat 6 Surah al-Kāfirūn yang bermaksud "kepada kamu agama kaum dan kepada ku agama ku” untuk menyokong pandangan ini. Beliau menyifatkan Perlembagaan Madinah yang menyediakan satu formula kehidupan bersama bagi masyarakat berlainan agama sebagai satu dokumen liberal.

    « Last Edit: 31 July, 2009, 03:49:40 PM by Munaliza Ismail »
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #8 31 July, 2009, 03:51:25 PM
  • Publish

  • Manifestasi Islam Liberal di Malaysia

    Sejak pertengahan dekad 1990-an, golongan liberal dalam masyarakat Islam di Malaysia telah mula mengkritik pelaksanaan undang-undang keluarga dan jenayah Islam yang mereka lihat bertentangan dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia dan bersifat diskriminatif terhadap wanita.[5] Bermula awal tahun 2000, golongan liberal ini telah mewujudkan gabungan dengan pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia, pertubuhan agama bukan Islam dan individu-individu dalam menentang pelaksanaan undang-undang Islam dan undang-undang kecil kerajaan tempatan yang mencegah perlakuan maksiat dan kurang sopan (juga disebut sebagai undang-undang kawalan moral) yang dikatakan bertentangan dengan hak asasi manusia dan kebebasan individu.

    Perkembangan ini telah mewujudkan pertentangan aksi dan idea antara golongan “liberal” dan ”konservatif” dalam masyarakat. Golongan liberal diwakili oleh pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan seperti SIS, Artikel 11, Majlis Peguam dan pertubuhan agama bukan Islam seperti MCCBCHS, manakala golongan konservatif pula terdiri daripada pertubuhan Islam arus perdana seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Jamaah Islah Malaysia (JIM), Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) dan Majlis Koordinasi NGO Islam Malaysia (ACCIN). Manifestasi idea dan aksi Islam liberal dapat dilihat dalam beberapa siri kempen dan inisiatif kearah mewujudkan kebebasan beragama (yang seringkali dilihat sebagai kebebasan dalam beragama dan daripada agama) menurut acuan faham sekular Barat. Ianya memperlihatkan percubaan untuk ”mentafsir semula” idea kebebasan dalam Islam agar selari dengan tuntutan pemikiran sekular-liberal Barat.

    Kempen Anti Kawalan Moral

    Pada awal tahun 2005, sekumpulan aktivis hak asasi manusia yang diketuai oleh Sisters in Islam telah melancarkan kempen Anti Kawalan Moral oleh pihak berkuasa agama dan kerajaan tempatan. Kempen ini dilancarkan ekoran tindakan para penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menahan lebih 100 orang pengunjung kelab malam Zouk di Kuala Lumpur. Mereka ditahan atas pelbagai kesalahan termasuklah meminum arak dan berpakaian kurang sopan.

    Inisiatif ini signifikan kerana ianya cuba memberikan pentafsiran liberal terhadap hukum-hakam Islam dengan berlandaskan ayat-ayat al-Qur’an dan hadis yang dicampur-aduk dengan perspektif sekular mengenai nilai dan prinsip hak asasi manusia sejagat. SIS dalam satu kenyataan mendakwa tindakan penguatkuasa JAWI adalah bertentangan dengan semangat al-Qur’an dan hak asasi manusia.[6] Pertubuhan itu memetik beberapa ayat al-Qur’an yang bermaksud “Janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang";[7] dan “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya”[8] untuk menyokong pendirian mereka bahawa tindakan kawalan moral tidak ada asas dalam Islam. Kenyataan itu, dalam semangatnya yang liberal, merumuskan bahawa “perimbangan antara undang-undang dan moral mesti diputuskan secara demokratik oleh masyarakat dan bukannya melalui tindakan perundangan pihak atasan tanpa sokongan dan perbahasan umum.”[9] Dalam satu kenyataan lain, mereka menegaskan bahawa “bagaimana seseorang itu berpakaian dan di mana, bagaimana dan dengan siapa mereka ingin bergaul” adalah terserah kepada pilihan individu itu sendiri.[10]

    Kempen ini ditentang oleh pertubuhan-pertubuhan Islam arus perdana seperti ABIM dan JIM yang melihat ianya sebagai salah satu tanda proses sekularisasi dalam masyarakat.[11] Proses sekularisasi ini, mereka berhujjah, tertonjol dalam gesaan para juru kempen anti kawalan moral supaya agama diperosok ke dalam ruang individu sahaja dan menolak peranan institusi agama dalam melaksanakan undang-undang Islam.[12] Pertubuhan ini sebaliknya berpandangan bahawa pelaksanaan undang-undang pencegahan maksiat sebagai salah satu daripada tanggungjawab menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran (al-amr bi al-ma’rūf wa al-nahy an al-munkar) yang dilakukan secara kolektif oleh masyarakat Islam melalui institusi-institusi agama.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #9 31 July, 2009, 03:53:46 PM
  • Publish

  • Menangani Faham Islam Liberal

    Penyebaran faham Islam liberal adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Pertama, peningkatan tahap pendidikan moden di kalangan masyarakat telah membuka minda golongan terpelajar terhadap idea-idea baru, terutamanya dari Barat, yang disalurkan melalui institusi pendidikan dan media massa. Jika diteliti, faham feminisme dan pasca moden banyak mempengaruhi pemikiran kelompok Muslim liberal dalam menanggapi perkara-perkara asas dalam Islam. Berasaskan kepada faham-faham ini, agak sukar bagi mereka untuk membezakan autoriti dalam agama Islam dengan autoritarianisme yang menindas. Bagi mereka, autoriti dalam agama semestinya bersifat autoritarian dan menindas.[43]

    Kedua, kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi membuka lebih banyak ruang kepada penyebaran dan pertarungan idea dalam masyarakat. Kemunculan media baru umpamanya memberi ruang kepada sesiapa sahaja untuk mengakses maklumat dan menyebar idea secara pantas dan bebas. Dalam hal-hal berkaitan agama umpamanya, seringkali kita membaca di internet pandangan-pandangan mengenai Islam baik yang bersifat objektif mahupun emotif yang dilontarkan samada oleh golongan ilmuwan atau bukan ilmuwan. Fenomena ralat ilmu (error of knowledge) sepertimana yang disebutkan oleh Professor Syed Muhammad Naquib Al-Attas dalam bukunya Islam and Secularism mudah berlaku apabila masyarakat tidak lagi dapat membezakan antara pandangan golongan ilmuwan dengan bukan ilmuwan, sebaliknya menerima sesuatu pandangan berasaskan retorik dan emosi semata-mata. Faham Islam liberal yang cuba menyamaratakan golongan ulama’ dan bukan ulama’ dalam membahaskan perkara-perkara asas Islam merupakan satu bentuk ralat ilmu yang menjadi cabang utama proses sekularisasi.

    Ketiga, realiti masyarakat majmuk berbilang agama di Malaysia memudahkan faham sekular Islam liberal mendapat dokongan terutamanya daripada masyarakat bukan Islam. Penolakan golongan liberal terhadap pelaksanaan undang-undang Islam, penerimaan terhadap hak kebebasan beragama (termasuk hak menyebarkan agama) secara mutlak dan pluralisme agama merupakan hal-hal yang menarik perhatian sebahagian besar masyarakat bukan Islam. Malah realiti kemajmukan ras dan agama dijadikan sandaran bagi para pendokong Islam liberal untuk menggalakkan faham negara sekular, bukan negara Islam, sebagai landasan pembentukan identiti “Bangsa Malaysia”.[44]

    Berdasarkan faktor dan realiti ini, para ulama’ Islam perlu memainkan peranan yang lebih proaktif dalam menyebarkan ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat baik secara formal (melalui institusi-institusi pendidikan) atau tidak formal (melalui media massa, media baru, dlll). Perlu diingat bahawa penyebaran faham Islam liberal adalah salah satu bentuk penyelewengan ilmu yang merupakan cabang proses sekularisasi dalam masyarakat. Ramuan utama dalam menangani gejala ini tentu sekali melalui pengukuhan budaya ilmu dalam masyarakat. Masyarakat yang berilmu sudah tentu dapat membezakan antara yang benar dan yang batil.


    Ummi Munaliza

    • *
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #10 01 August, 2009, 02:22:27 AM
  • Publish
  • Soalan :

    Apakah konsep islam liberal dan cabarannya di masa depan?

    Jawapan :

    Islam liberal adalah satu kefahaman yang bertentangan dengan Islam iaitu satu bentuk pemikiran Jahiliah baru moden yang dianuti oeh sebahagian cerdik pandai Muslim hari ini khususnya yang berlatarbelakangkan pendidikan Barat yang cuba membebaskan diri daripada disiplin ilmu agama yang digagaskan oleh ulamak. Pemikiran ini berasal dari ideologi sekular-liberal yang lahir di Barat. Pada hakikatnya pendokong pemikiran Islam Liberal bermatlamat menimbulkan keraguan terhadap kebenaran agama Islam dalam kalangan penganut-penganutnya. Kalau tidak dibendung akan meracuni pemikiran generasi umat Islam masa kini dan akan datang.

    divider3
    halaqahforum4