Forum > Pendidikan

Hala Tuju Selepas SPM

<< < (12/15) > >>

Ummi Munaliza:
1) Sekarang UPU masih dibuka untuk isi borang secara online, jadi isilah. Maklumat boleh didapati melalui laman web kementerian pengajian tinggi. http://www.mohe.gov.my

2) Borang untuk kemasukkan matrikulasi dah kena isi masa sebelum SPM hari tu.

3) Bila keputusan SPM keluar,dalam tempoh 10 hari mesti buat kemaskini borang UPU, yang telah diisi. Kemaskini hanya boleh dibuat 3 kali sahaja untuk menukar kursus yang dipohon. Keputusan SPM tidak perlu diisi kerana KPM memang ada link dengan KPT.

4) JIka ingin memohon menyambung pengajian ditempat selain di bawah KPM dan KPT, seperti IPTS (KUIS, KIJ, KIM, KIP, IKIP atau apa-apa pusat pengajian swasta) maka ikuti tawaran iklan yanh disiarkan di akhbar. Rasanya sekarang semua permohonan adalah secara online.

5) Jika ingin menjadi jururawat, bomba  dan lain-lain perkhidamatan awam sila kunjungi laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, isi borang SPA8. Begitu juga jika ingin menjadi pelatih seperti juru latih anggota atau juru X-Ray atau sebagainya. Banyak kategori kelulusan yang ada disitu. Laman  http://web http://www.spa.gov.my

6) JIka ingin menjadi guru,jangan lupa buat permohonan secara online bahagian PendidikanGuru dan pastikan dipanggil untuk menduduki peperiksaan bertulis untuk ujian minat menjadi guru. Nombor PIN kena beli di BSN juga.

7) Jika anda pelajar cemerlang,pastikan isi borang JPA dan MARA untuk tawaran belajar ke luar negara.
 
InsyaAllah setakat ini sahaja maklumat yang ummi ketahui. Jika ada lagi maklumat lain akan diberitahu.

Ingatan: Jika ingin memohon pengajian di UiTM, letakkan pilihan kursus di UiTM tempat 1,2,3 dalam senarai kursus pilihan.

Ace Abbas:
Saya nak kongsi sikit.
Senarai biasiswa di Malaysia.
http://ohmalaysia.com/senarai-biasiswa-di-malaysia/

Ummi Munaliza:
Destinasi Anda Selepas SPM?


Kebanyakan pelajar lepasan SPM masih tercari-cari hala tuju masing-masing. Sukar untuk membuat keputusan yang tepat yang bakal menentukan masa depan sendiri. Di sini saya ingin berkongsi idea dan pendapat mengenai pilihan destinasi selepas SPM.

1. Universiti

Pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang bolehlah memilih universiti sebagai destinasi mereka selepas SPM. Jika anda ingin ke universiti, anda harus memohon UPU lepasan SPM/setaraf sebelum ditawarkan program diploma atau asasi di mana-mana IPTA di Malaysia.

Kini dengan membeli pin nombor unik ID UPU di BSN, anda boleh terus mengisi untuk kursus Diploma di IPTA, Politeknik,Kolej Komuniti, IKBN dan ILP.  Tidak perlu lagi beli nombor unik ID lain.

2. Kolej Matrikulasi

Sekiranya anda gagal mendapat program asasi melalui UPU, janganlah bersedih. Anda masih boleh membuat program foundation atau pengajian asas di matrikulasi dalam bidang Sains Hayat, Sains Fizikal atau Perakaunan. Sama saja dengan asasi.

Selepas matrik, boleh apply UPU lagi untuk lepasan STPM/setaraf di mana anda akan memilih course untuk pengajian ijazah anda. Matrik ada yang programnya setahun dan ada yang dua tahun bergantung kepada keputusan SPM anda.



3. Luar Negara

Pelajar-pelajar yang mendapat biasiswa akan melanjutkan pelajaran di luar negara. UK, US, Australia, New Zealand, Indonesia, India, Japan, Korea, France, Egypt, Russia, Ireland dan Canada antara negara-negara yang menjadi pilihan pelajar-pelajar Malaysia.

4. Politeknik

Jangan berputus asa sekiranya anda gagal UPU dan matrik. Anda masih boleh melanjutkan pelajaran di politeknik-politeknik di seluruh Malaysia. Bila dah dapat result SPM, mohon cepat-cepat sebelum tutup tarikh permohonan. Di politeknik, anda boleh mohon sijil atau diploma.

Dengar-dengar ada 3 politeknik yang bakal dinaik taraf menjadi universiti. Tapi saya pun tak pasti politeknik mana. Politeknik Ungku Omar (PUO) dan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) antara politeknik yang bagus dari segi akademiknya.

5. Kolej-kolej Swasta

Kalau beli newspaper sekarang ni, banyak iklan-iklan kolej swasta. Tapi kena pandai pilihlah kolej mana yang bagus. Kalau nak sangat masuk kolej, saya rekemenkan anda masuk kolej-kolej yang ada nama sikit macam Kolej Mahsa ke, Masterskill ke. Nanti masuk kolej yang tak diiktiraf MQA (dahulunya LAN), susah nak dapat kerja.

Saya syorkan anda mohon medical courses seperti Farmasi, Teknologi Makmal Perubatan dan Sains Kesihatan sebab banyak peluang pekerjaan menanti anda diluar sana.

Ada juga kolej yang tawarkan program diploma bersekutu dengan IPTA-IPTA di Malaysia. Contohnya di Kolej Shahputra ada ditawarkan program diploma UiTM. Anda juga boleh mohon Kolej Komuniti. Buatlah pilihan yang bijak.

6. Tingkatan 6

Ramai pelajar lepasan SPM menjadikan tingkatan 6 sebagai destinasi terakhir mereka selepas SPM. Kenapa tingkatan 6 kurang popular? Bila masuk tingkatan 6, rasa macam budak-budak sekolah lagi kan? Kena pakai uniform sekolah, kena pergi ke sekolah, ada perhimpunan dan sebagainya. Tak macam di universiti, matrikulasi atau kolej yang ada sedikit kelonggaran.

Tapi sedar tak sedar, STPM juga berharga sebenarnya. Kalau mohon UPU untuk STPM/setaraf, pelajar-pelajar lepasan STPM diberi keutamaan dulu berbanding pelajar-pelajar lepasan diploma dan matrikulasi.

7. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
http://www.spa.gov.my

Ramai yang tak tahu kewujudan website SPA dan ada juga yang tak tahu langsung pasal SPA ni. SPA ni boleh anda mohon kerja-kerja tertentu seperti jururawat, juru x-ray, juruaudit, juruukur dan sebagainya.

Jika permohonan anda berjaya, anda akan ditemuduga. Lulus temuduga barulah anda akan ditawarkan melanjutkan pengajian di kolej-kolej kejururawatan. Untuk kerja selain jururawat, saya tak berapa pasti.

8. ALAM dan KTU

Sesiapa yang berminat untuk melibatkan diri dengan dunia pekerjaan yang lebih mencabar, bolehlah mohon Akademi Laut Malaysia (ALAM) dan Kolej Tentera Udara (KTU).

Perhatian:

    Untuk semua senarai pilihan di atas, mungkin ada syarat-syarat kemasukan yang ditetapkan.

najwa_hamali:

--- Quote from: Ace Abbas on 21 April, 2011, 07:26:03 AM ----salam-

Maafkan saya. Saya ada mohon Program Ijazah Luar Negara (PILN) bawah tajaan MARA.
Dan saya terkejut sebab semalam saya sendiri baru diberitahu oleh kawan saya yang juga memohon PILN bawah tajaan MARA.
Dia kata, untuk PILN bawah tajaan MARA, kena buat esei.
Betul ke kena buat esei? Mana saya boleh dapatkan soalan esei tu?

--- End quote ---
:)
Mungkin boleh merujuk di laman web MARA.

Akh FalAh:
Matrix

1. Under kerajaan - Tak perlu bayar. Siap dapat elaun lagi. (Pro)
2. Nak masuk susah (Contra)
3. Cepat tamat pengajian - Terus masuk degree. (Pro)
4. Subject yang compact dan pembelajaran yang laju (Contra)
5. Kurang praktikal (Contra)
6. Perlukan result yang gempak. Or else, akan di tendang. (Contra)
7. Matrik, korang dapat 3.5 pun belum tentu boleh pergi jauh. (Super Contra)
8. Lepasan Matrik tak boleh di gunakan untuk dapatkan kerja. (Contra)

Asasi / Foundation

1. Kalau under IPTS, kena bayar sendiri / Biasiswa. Loan or Pinjaman PTPTN dan MARA mostly not available. (Contra)
2. Nak masuk susah (Contra)
3. Cepat tamat pengajian - Terus masuk degree. (Pro)
4. Kurang praktikal (Contra)
5. Perlukan result yang gempak. Or else, akan di tendang. (Contra)
6. Kalau lulus, tempat / course (kos) untuk degree lebih terjamin berbanding Matrik. (Pro)
7. Sijil Asasi / Foundation tak boleh digunakan untuk dapatkan kerja. (Contra)

Diploma

1. Masa pembelajaran yang panjang - Mostly 3 hingga 4 tahun. Tapi sambung degree dengan hanya 2 tahun. (Not so contra)
2. Lebih praktikal dari Asasi dan Matrik dan Form 6 etc. (Pro)
3. Lebih peluang kerja - Matrik + Ijazah vs Diploma + Ijazah, Diploma + Ijazah akan menang. (Pro)
4. Ilmu lebih banyak dari Asasi dan Matrik - Diploma, kadang-kadang minor course lagi banyak dari major. (Pro)
5. Pembelajaran lebih relax. (Pro)
6. Mungkin melekakan. (Contra)
7. Diploma boleh di gunakan untuk dapatkan pekerjaan tak seperti Matrik dan Asasi.

Tahmidi (USIM)

1. Ini yang orang paling tak tahu maksudnya. Aku pun tak berapa tahu. Tapi apa yang aku tahu, ianya sama macam matrikulasi dan asasi. Tapi khas untuk lepasan sekolah agama sahaja mungkin.
2. Perlu power bahasa arab.

Form 6

1. Tempoh pengajian yang singkat (Pro)
2. Pembelajaran yang sukar, cepat dan compact. (Contra)
3. Korang score 4 flat dalam kelas aliran sains, sure korang boleh masuk apa course sains yang korang nak. (Super Pro)
4. Nak fly ke mana-mana pun tak der hal bila result 3.5 science stream. MARA sure sayang korang. (Super Pro)
5. STPM adalah peperiksaan yang paling sukar di asia. (Pro? Contra?)
6. STPM candidates akan sentiasa di dahului berbanding Matrik. (Pro)
7. STPM science stream, korang dapat pointer dalam 2.75 pun korang mungkin dah boleh kalahkan matrik yang pointer 3.2-3.4 (Pro).

Sijil

1. Pra- U (Contra)
2. Sijil boleh di gunakan untuk mendapatkan pekerjaan. Tak seperti Asasi, Foundation dan Matrik. (Pro)
3. Tempoh pengajian yang lama. Ambil sijil dalam 3 tahun, then kalau nak sambung Diploma dalam 2 or 1 1/2 tahun. Then sambung degree 2-3 tahun. Tempoh pengajian 6 tahun minima. (Contra)
4. Sesuai untuk orang yang nak masuk dalam bidang yang baru. Contohnya, korang kelas science then korang nak cebur dalam bidang Account, korang patut ambil Sijil Account.


copy paste je ni from MAJLIS ILMU,,,,

Navigation

[0] Message Index

[#] Next page

[*] Previous page

Go to full version