Kes perceraian semakin meningkat.

Author Topic: Kes perceraian semakin meningkat.  (Read 7806 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Ummi Munaliza

  • *
  • Posts: 14528
  • Anniversary Ke 30
    • View Profile
03 March, 2009, 11:14:43 AM
  • Publish Di FB

  • Kes cerai kini mencecah 75,299

    KUALA LUMPUR 2 Mac – Sebanyak 75,299 kes perceraian direkodkan di seluruh negara pada 2007 dan 2008 termasuk kes-kes tertunggak bagi tahun-tahun sebelumnya.

    Daripada jumlah tersebut, sebanyak 64,631 kes dicatatkan pada 2007 yang turut melibatkan tunggakan kes tahun-tahun sebelumnya, manakala sebanyak 10,668 kes dilaporkan tahun lalu.

    Jumlah kes perceraian itu didedahkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

    Beliau berkata, daripada keseluruhan kes pada tahun lepas, Johor mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 2,023 kes manakala catatan terendah ialah di Perlis iaitu 24 kes.

    Menurut Mashitah, antara punca perceraian ialah tiada persefahaman dalam menguruskan rumah tangga, suami atau isteri terbabit dengan hubungan orang ketiga dan poligami.

    ‘‘Selain itu, wujudnya campur tangan keluarga secara berlebihan dan tekanan bebanan kerja sehingga masa untuk bersama keluarga diabaikan,” katanya menjawab soalan Datuk Mohd. Jidin Shafee (BN-Setiu) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

    Mashitah berkata, jumlah kes perceraian di negeri lain pada 2008 ialah Kedah sebanyak 1,561 kes, Kelantan (1,386), Selangor (1,138), Perak (1,081), Terengganu (881), Melaka (675), Sarawak (571), Pahang (524), Wilayah Persekutuan (380), Sabah (346) dan Negeri Sembilan (78).

    Katanya, bagi menangani masalah membabitkan perceraian, kerajaan menubuhkan sulh di setiap mahkamah Syariah bagi menyelesaikan isu di peringkat awal sebaik saja difailkan di mahkamah.

    Menjawab soalan tambahan Mohd. Jidin sama ada hanya mahkamah dibenarkan membuat keputusan mengenai perceraian, Mashitah berkata, ia wajib dilakukan di mahkamah untuk mengelak berlakunya penganiayaan kepada mana-mana pihak.

    ‘‘Lafaz perceraian wajib difailkan di dalam mahkamah untuk mengelakkan berlakunya penganiayaan pada mana-mana pihak dan membolehkan sulh memanggil kedua-dua pihak bagi menjalani kaunseling untuk mengelakkan perceraian,” katanya.


    Walaupun cerai itu halal di dalam Islam tetapi sesuatu yang dibenci Allah.

    Maka berfikirlah dengan akal yang waras bukan dengan perasaan yang marah apabila masalah melanda dalam rumah tangga.



    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Shamill85

    • *
    • Posts: 37
    • Ya Allah, Kau permudahknlah urusanku dunia akhirat
      • View Profile
    Jawab #1 03 March, 2009, 01:57:08 PM
  • Publish Di FB
  •  :)
    betul tu ummi, tapi macam mana nak didik hati sebagai insan biasa spya bersabar dan bertahan dgn sikap suami yg langsung tidak menghargai pengorbanan isteri, baik semasa melahirkan zuriat mereka (suami) separuh nyawa - antara hidup dan mati (mak saya cakap), jaga makan pakai mereka, penuhi keperluan nafsu mereka. tak dinafikan semua ni ada 'reward' nye, tapi wajar ke tak mereka berlaku khianat terhadap isteri mereka??? seolah2 tidak tahu bersyukur apa yg ada dan langsung tidak berterima kasih pada isteri. untung kalau si isteri punyai kerjaya sendiri. tapi bagaimana dgn yg full time house wife? mana diorg nak cari tempat mengadu untuk membela nasib diri dan anak2? bukan sikit juga kes ditinggalkan suami, digantung tak bertali oleh kaum adam tersebut....

    macam mana ummi?
    Ya Allah, kepada-Mu aku berserah...

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #2 03 March, 2009, 03:35:36 PM
  • Publish Di FB
  • Merujuk kepada permasalahan di atas.

    Apakah sebab suami mahu menganiya isteri?

    Adakah suami ini kurang ilmu rumah tangga dan kurang pengetahuan agama? Mementingkan material?

    Sekiranya seorang suami memiliki ilmu pengetahuan agama walaupun yang asas, seperti

    memelihara solat 5 waktunya cukup, dia tidak akan bersikap demikian pada isterinya.

    Jadi permasalahan dalam rumah tangga mesti berpunca dari kurangnya pengetahuan agama

    dalam diri individu itu. Jika ilmu fardu ain belum sempurna, kewajiban solat sering diabaikan,

    maka secara tidak langsung dia akan mengabaikan juga perkara yang lain.

    Ini termasukkalah penganiyaan terhadap isteri, tidak bertanggung jawab, tidak menghargai

    pengorbanan isteri, tidak bersyukur dan lain-lain.

    Berani saya katakan,kalau begini sikapnya pada isteri, tentu dia juga mengabaikan ibu bapanya.

    Seorang suami yang baik pada ibu bapanya, akan berlaku baik juga pada isteri dan anak-anaknya.

    Jadi untuk penyelesaian masalah ini ialah,kembali kepada agama, pelajari ilmu agama Islam dan mengamalkan.

    « Last Edit: 02 September, 2009, 08:09:24 PM by Ummi Munaliza »

    adeq_fauzy

    • *
    • Posts: 692
    • :: KeranaMU ya Allah ::
      • View Profile
    Jawab #3 16 June, 2009, 01:17:35 PM
  • Publish Di FB
  • Saya merisaukan kesannya terhadap diri kita selepas majlis perkahwinan.
    Sebab ianya sudah berlaku di Johor baru(sy mendengar nya di radio).

    Johor merupakan negeri yang mencatatkan kes penceraian tertinggi sepanjang tahun lalu iaitu sebanyak 2,023 kes.

    Jumlah itu merangkumi hampir 19 peratus daripada keseluruhan kes penceraian yang dilaporkan di seluruh negara iaitu sebanyak 10,668 kes.

    Jika dikira secara purata, lebih daripada lima kes penceraian dilaporkan dalam sehari di negeri ini.

    Persoalannya, mengapa kes penceraian begitu tinggi di negeri ini?.

    Bagi menjawab soalan itu, pandangan Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadut yang menyatakan trend 'kahwin hutang' dan kemampuan kewangan yang lemah menjadi antara punca utama penceraian, perlu diberi perhatian serius.
    rujuk seterusnya :
    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0331&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_01.htm
    SUMBANGAN TABUNG HALAQAH
    CIMB 01180004462058 Halaqah Net Services
    "Saham akhirat anda, insyaAllah.."

    afiqfaiz86

    • *
    • Posts: 42
      • View Profile
    Jawab #4 16 June, 2009, 06:22:18 PM
  • Publish Di FB
  • johor merupakan yg tertinggi dalam kes penceraian..
    merisaukan..
    menyimpan dalam kadar jumlah yg banyak agak sukar bagi yg mempunyai gaji 1500 ke bawah
    terutama yg bekerja dan tinggal di bandar besar..
    "Bila dunia kehilangan cinta maka setiap wajah dalam bahaya

    tapi sungguh cinta adalah karunia dari dia sang maha pecinta

    semoga Allah membuat hati penuh cinta maka damailah dunia

    bukan cinta kpd rupa hanya cinta kpdNYA"

    latifah_aesyah

    • *
    • Posts: 22
      • View Profile
    Jawab #5 01 September, 2009, 08:22:27 PM
  • Publish Di FB
  •  :)

    baru-baru ini kita dikejutkan dengan kes perceraian seorang ustaz juga merupakan pendakwah bebas. selama ini kita hanya ditayangkan dengan kes perceraian dan tuntutan mut'ah serta nafkah oleh artis, ahli politik dan tokoh korprat.  jutaan ringgit berhabis kerana sebuah perkahwinan. akhirnya belum sampai ke anak cucu dah berpisah. dan ratusan ribu dan jutaan ringgit menuntut dibayar nafkah dan mut'ah. mungkin kita boleh simpulkan sebab-sebab berlaku perceraian mereka kerana cetek ilmu agama.

    ramai yang tertanya-tanya kenapa seorang pendakwah bertitle ustaz pun boleh bercerai. sebab title seorang ustaz masyarakat seolah-olah memandang rendah pada ustaz-ustaz yang lain. ibaratnya kerana setitik nila rosak susu sebelanga. ada langsung dah tak respect dan hormat pada seorang ustaz. berdakwah itu ini sana sini tapi rumahtangga sendiri hancur.

    Dimana silapnya? 
    Hadirkanlah hati dengan keinsafan. Moga ilmu menjadi wadah mendekatkan diri pada Allah...Ameen

    Nuur_Addin_Leen

    • *
    • Posts: 276
      • View Profile
    Jawab #6 01 September, 2009, 09:34:13 PM
  • Publish Di FB
  • Assalamualaikum...
    Saudara dan saudari sekalian...Itu adalah fakta nombor yang mana kes penceraian difailkan. Bagaimana dengan kes yang tidak difailkan? Zaman ini kita melihat penceraian itu menjadi perkara biasa. Perkahwinan sudah hilang nilainya. Jelas pasangan berkahwin kerana ingin menghalalkan yang haram. Yakni memenuhi tuntutan nafsu semata-mata. Disinilah letaknya kesilapan pertama kebanyakkan pasangan lakukan. Jika perkahwinan berasaskan nafsu, maka nafsulah yang akan mengemudi bahteramu. Di tempat saya sendiri, sudah terlalu banyak pasangan yang "stay together" (dengan izin). Logiknya ingin mencari keserasian. Jika sudah jemu masing-masing membawa arah baru. Jika ter"mengandung" barulah ke pejabat pendaftaran untuk mendaftar perkahwinan. Sekali imbas, macam tinggal di barat pulak. Budaya 1 nite stand itu sudah menjadi amalan anak-anak muda kita.
    Sedih melihat pasangan ini merendahkan nilai perkahwinan. Sedangkan pada saat berakhir lafaz akad itu, maka terbinalah masjid. Masjid adalah satu tempat yang suci. Tempat kita beribadat. Jika masjid sendiri tidak terjaga, bagaimana kita ingin membina masjid di hati? Fikir-fikirkan...
    Berkhidmat untuk Allah,Negara dan Bangsa!!!Allahuakbar!!!

    Ziarahmenilai

    • *
    • Posts: 1002
      • View Profile
    Jawab #7 03 September, 2009, 01:32:11 AM
  • Publish Di FB
  • :)

    baru-baru ini kita dikejutkan dengan kes perceraian seorang ustaz juga merupakan pendakwah bebas. selama ini kita hanya ditayangkan dengan kes perceraian dan tuntutan mut'ah serta nafkah oleh artis, ahli politik dan tokoh korprat.  jutaan ringgit berhabis kerana sebuah perkahwinan. akhirnya belum sampai ke anak cucu dah berpisah. dan ratusan ribu dan jutaan ringgit menuntut dibayar nafkah dan mut'ah. mungkin kita boleh simpulkan sebab-sebab berlaku perceraian mereka kerana cetek ilmu agama.

    ramai yang tertanya-tanya kenapa seorang pendakwah bertitle ustaz pun boleh bercerai. sebab title seorang ustaz masyarakat seolah-olah memandang rendah pada ustaz-ustaz yang lain. ibaratnya kerana setitik nila rosak susu sebelanga. ada langsung dah tak respect dan hormat pada seorang ustaz. berdakwah itu ini sana sini tapi rumahtangga sendiri hancur.

    Dimana silapnya?  

     :ws:
    Di mana silapnya?

    Silapnya ialah isteri pertamanya itu tidak redha dirinya dimadukan.  Ini bererti isteri pertamanya itu tidak dapat menerima apa yang Allah telah Aturkan, iaitu poligami itu halal dalam Islam.

    .

    Ziarahmenilai

    • *
    • Posts: 1002
      • View Profile
    Jawab #8 03 September, 2009, 01:43:22 AM
  • Publish Di FB
  •  :)

    Jika punca perceraian itu adalah kerana isteri pertama tidak redha dirinya dimadukan oleh isterinya lantas dia yang minta diceraikan, nak buat macam mana;  pada halnya Allah izinkan si suami berpoligami.

    Seorang suami biasanya cintanya terhadap isterinya tidaklah mudah berubah,  lebih-lebih lagi apabila sudah pun mempunyai anak... Tetapi kenapakah ada suami yang membahagikan cintanya itu kepada wanita lain pula?

    Sebvabnya ialah wanita lain itu mahu dan sanggup menerima laki orang dijadikan suami.  Betul tak?  

    Jika wanita lain itu tak mahu, walau digoda macam mana pun oleh suami orang,  pasti tak akan jadi...

    Itulah sebabnya bagi wanita kalau ditipu oleh jantan mengatakan yg dirinya masih bujang trang-tangtang, ibubapa dan kaum keluarga kena pergi menyiasat siapa jantan itu, jangan terus saja jatuh cinta (cinta kerana nafsu).

    Nak buat apa terima orang sudah beristeri dijadikan suami...?  Jika diterima juga maka berlakukan hakikat bahawa musuh wanita itu adalah wanita..

    Janganlah marah!
    .


    muhammad naufal

    • *
    • Posts: 33
      • View Profile
    Jawab #9 03 September, 2009, 02:01:25 AM
  • Publish Di FB
  • jika ada iman antara suami isteri sudah tentu tiada perceraian

    Ziarahmenilai

    • *
    • Posts: 1002
      • View Profile
    Jawab #10 03 September, 2009, 02:06:20 AM
  • Publish Di FB
  •  :)

    Syarat asas bagi boleh pasangan lelaki dan wanita itu bernikah kedua-duanya mestilah beragama ISLAM.  Apabila ISLAM bererti Allah telah Aturkan segala wadah dan wahana yang mesti digunakan dan diikuti sebab jika tak mahu ikut apa yang Allah telah Aturkan, terimalah padahnya,  kerana:

    (٢٩) وَمَا تَشَآءُونَ إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُ رَبُّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ
    “Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatu pun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah,  Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam. [b][color=#002FEE][At-Takwiir: 29].[/color][/b]

    Oleh itu kedua-dua pihak suami dan isteri apabila lari dari apa yang telah Allah Aturkan, janganlah masing-masing menyalahkan antara satu sama lain,  terima sajalah padahnya.

    Masalah nafkah kalau suami sudah beri (makan-minum dll yang sejenis yang diperlukan oleh isteri),  jika suami sudah berikan keperluan asas semua cukup;  maka sempurnalah tanggungjawab suami itu.  Setakat itulah rezeki si isteri.  Bukankah rezeki Allah yang tentukan,  bukannya suami yang tentukan?

    Yang penting ialah:  
    (إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥
    Setiap hari baca ayat itu bila mendirikan solat....  Jadi kalau minta apa-apa kepada suami benada-benda keperluan bebandingan yang merupakan comparative needs iaitu yang bukan keperluan asas; jika suami taknak bagi, maknanya apa?  Maknanya Allah taknak bagilah!

    Demikianlah:
    (ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ (٢)

    Itulah sebabnya kalau kelihatannya suami itu nampak dah jadi "lain" macam sudah tak sayang, macam sudah tak mengambil berat, janganlah pergi mengadu kepada orang ceritakan itu dan ini mengumpatnya;  sebab tempat mengadu ialah ALLAH.

    Bila mengadu kepada orang, syaitan pun masuklah campur.... hati sendiri menjadi bertambah sakit; dan jika suami pula tahu; hati suami pula menjadi sakit;  maka bilalah nak dapat kasih-sayang antara satu sama lain?

    .

    « Last Edit: 03 September, 2009, 02:10:31 AM by Ziarahmenilai »

    Saya Hamba

    • *
    • Posts: 1365
      • View Profile
    Jawab #11 03 September, 2009, 04:06:35 AM
  • Publish Di FB
  • Sejahtera ke atas kalian

    Org Islam bersaudara ... so bukanlag semata2 poligami yg dihalal dalam Islam .. jadilah org Islam yg bersaudara, tolenrasi

    lebih mudah menerima perpisahan melalui kematian, dari perpisah(berselisah pendapat)  sesama bernyawa .........

    Dari Abu Hurairah r.a : Telah bersabda Rasulullah SAW : " Sesungguhnya Allah Ta'ala itu baik, dia tidak akan menerima melainkan yg baik shj. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kaum Mukminin sama sebagaimana Dia memerintahkan para Mursalin (para Rasul). Allah berfirman : ' Wahai para Rasul, makanlah dr yg baik2 & kerjakanlah amalan yg saleh. ' Dan Allah berfirman lagi : ' Wahai org2 yg beriman, makanlah dari makanan yg baik yang Kami berikan kpd kamu.' Kemudian Rasulullah SAW mengisahkan tentang seorang lelaki yang telah belayar jauh. Rambutnya kusut, berdebu, mengangkat kedua belah tapak tangannya ke langit serta memohon : Ya Tuhanku ! Ya Tuhanku ! Sedangkan makanannya dari yang haram, minumannya dari yang haram dan pakaiannya dari yang haram, dan dia telah dikenyangkan dari sumber yang haram. Alangkah jauhnya dia ( doanya ) untuk dikabulkan. '
    * tambahlah doa2 atau amalan yg baik2
    maaf Sekadar Pendapat

    eena

    • *
    • Posts: 5
      • View Profile
    Jawab #12 10 September, 2009, 12:08:29 PM
  • Publish Di FB
  • "Silapnya ialah isteri pertamanya itu tidak redha dirinya dimadukan.  Ini bererti isteri pertamanya itu tidak dapat menerima apa yang Allah telah Aturkan, iaitu poligami itu halal dalam Islam." - ziarahmenilai

    mungkin benar silap nya pada isteri yang tidak redha dimadukan....poligami itu halal dlm islam....persoalannya,  bagaimana seorang suami boleh 'terjerumus' berjumpa seorang wanita lain, mengenali hati budi sehingga keperingkat untuk berkahwin?  hanya kerana Islam benarkan lelaki berkahwin hingga 4 bukan satu alasan kukuh.....correct me if I am wrong na'uzubillah..yang saya faham, perintah Tuhan yang satu ini bukan untuk kepentingan diri lelaki, Tuhan maha adil....tetapi seems like lelaki kawin lagi kerana untuk memenuhi keperluan diri sendiri - mementingkan diri sendiri...

    RS^

    • *
    • Posts: 157
    • Redha&Syukur: Rohku, ingat detik kembalimu kpdNya
      • View Profile
    Jawab #13 10 September, 2009, 12:44:25 PM
  • Publish Di FB
  • "Silapnya ialah isteri pertamanya itu tidak redha dirinya dimadukan.  Ini bererti isteri pertamanya itu tidak dapat menerima apa yang Allah telah Aturkan, iaitu poligami itu halal dalam Islam." - ziarahmenilai

    mungkin benar silap nya pada isteri yang tidak redha dimadukan....poligami itu halal dlm islam....persoalannya,  bagaimana seorang suami boleh 'terjerumus' berjumpa seorang wanita lain, mengenali hati budi sehingga keperingkat untuk berkahwin?  hanya kerana Islam benarkan lelaki berkahwin hingga 4 bukan satu alasan kukuh.....correct me if I am wrong na'uzubillah..yang saya faham, perintah Tuhan yang satu ini bukan untuk kepentingan diri lelaki, Tuhan maha adil....tetapi seems like lelaki kawin lagi kerana untuk memenuhi keperluan diri sendiri - mementingkan diri sendiri...


    Dinamakan poligami memanglah bila seorang perempuan yg dara/janda pilih utk menikah yg berstatus suami orang.

    Saya seorang suami sanggup menikahi mana-mana yg solehah apatah lagi jika mukminah walau tak kenal hatibudi,
    melihat wajah sekali di depan muhrimnya pun pada saya dah mencukupi, sudah boleh urus pernikahan.

    Cuma ada isteri pertama yang rasa lebih bijak dari hakim mahkamah syariah mempertikaikan 'kemampuan' suami
    hanya berasaskan rasa takut/bimbang tentang masa depan yg tiada sesiapa mampu beri jaminan baik hakim, suami
    atau isteri, melainkan Allah jua. 
    Aku musafir yg mencari kebenaran. Seorang manusia yg mencari erti kemanusiaan di antara manusia. Seorang warganegara yg mencari negerinya kemuliaan, kebebasan, kestabilan & kehidupan yg baik dlm naungan Islam yg hanif.

    http://bro-rs.blogspot.com/

    http://lamanpuisi-rs.blogspot.com/

    eena

    • *
    • Posts: 5
      • View Profile
    Jawab #14 10 September, 2009, 02:23:29 PM
  • Publish Di FB
  • Saudara RS,

    saya ingin tahu (untuk belajar mengenal sifat lelaki), kenapa dan apa tujuan saudara berkawin lagi?

    nazirul razali

    • *
    • Posts: 875
    • HIDUP JIHAD, MATI SYAHID, ALLAH HUAKHBAR.
      • View Profile
    Jawab #15 09 December, 2009, 06:13:56 PM
  • Publish Di FB
  • benci betol la bile dengar pasal kes cerai berai ni..................
    kes macam ne la yang meningkatkan lagi kadar masalah sosial dikalangan remaja umat islam zaman skrg ne...........
    <')))))<                              <')))))<                              <')))))<                              <')))))<                              <')))))<
                         <')))))<

    satriabiru

    • *
    • Posts: 19
      • View Profile
    Jawab #16 02 November, 2010, 11:56:10 AM
  • Publish Di FB
  • salah satu faktor penceraian adalah melibatkan campurtgn mertua
    lagi-lagi jika perkahwinan tanpa restu..
    fikirkan, ini juga menjadi SUMBANGAN dalam kes2 sebegini.

    hafizul_84

    • *
    • Posts: 323
      • View Profile
    Jawab #17 02 November, 2010, 12:12:58 PM
  • Publish Di FB
  • :)

    baru-baru ini kita dikejutkan dengan kes perceraian seorang ustaz juga merupakan pendakwah bebas. selama ini kita hanya ditayangkan dengan kes perceraian dan tuntutan mut'ah serta nafkah oleh artis, ahli politik dan tokoh korprat.  jutaan ringgit berhabis kerana sebuah perkahwinan. akhirnya belum sampai ke anak cucu dah berpisah. dan ratusan ribu dan jutaan ringgit menuntut dibayar nafkah dan mut'ah. mungkin kita boleh simpulkan sebab-sebab berlaku perceraian mereka kerana cetek ilmu agama.

    ramai yang tertanya-tanya kenapa seorang pendakwah bertitle ustaz pun boleh bercerai. sebab title seorang ustaz masyarakat seolah-olah memandang rendah pada ustaz-ustaz yang lain. ibaratnya kerana setitik nila rosak susu sebelanga. ada langsung dah tak respect dan hormat pada seorang ustaz. berdakwah itu ini sana sini tapi rumahtangga sendiri hancur.

    Dimana silapnya?

    Assalamualaikum..
    ramai orang buat hukuman ke atas seseorang hanya dengan melihat bukti dari surat khabar atau internet. kenapa tak yang buat ulasan berdasarkan apa yang dikatakan sendiri oleh orang yang terlibat seperti 'ustaz itu'.atau mendapatkan penjelasan darinya. Jika tiada penjelasan darinya, bersangka baiklah kita semua dan janganlah menjadi seseorang yang menghubungkan fitnah berpanjangan.
    wassalam

    hafizul_84

    • *
    • Posts: 323
      • View Profile
    Jawab #18 02 November, 2010, 12:23:12 PM
  • Publish Di FB
  • Assalamualaikum..
    wahai pemuda pemudi yang ingin berkahwin..
    Lengkapkan ilmu di dada sebelum kahwin..ilmu menjadi imam dan makmum
    fahami apa yang dikatakan mendirikan masjid..bagaimana konsep menegur imam
    fahami maksud..aku terima nikah si polan bt si polan ini dengan mas kahwin rm$$$..siapa menjadi saksi sebenar kita..
    fahami konsep menjaga amanah dan bukannya hak milik
    bukan main terjah..asal baligh dan alasan jauhi maksiat terus kahwin..Allah Maha Mengetahui..jangan disalahkah syaitan yang menggoda, salahkan diri sendiri yang tidak menghalang godaan syaitan..
    apabila si pasangan tahu tanggungjawab masing- masing dan di hatinya sentiasa terbuka dengan sebarang dugaan keimanan dari Allah..Nah..indahnya perkahwinan..
    dimana Allah di hatimu wahai suami?...dan dimana Allah di hatimu wahai si isteri?..
    HARAM bagi isteri memohon tuntukan cerai di mahkamah jika tidak mempunyai sebab munasabah....
    wasalam..

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    6 Replies
    3293 Views
    Last post 05 August, 2011, 02:38:27 PM
    by Insignia of Islam
    6 Replies
    1071 Views
    Last post 26 December, 2011, 02:04:30 AM
    by Mohd Zahiruddin
    3 Replies
    538 Views
    Last post 26 October, 2013, 02:20:31 PM
    by kasih voice