Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck - Prof Dr Hamka

*

Author Topic: Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck - Prof Dr Hamka  (Read 13297 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

29 May, 2007, 06:40:05 PM
  • Publish
  • Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck - Prof Dr Haji Abdul Malik bin Karim bin Amrullah (HAMKA)

     :) Sebelum saya menerangkan sinopsis novel ini, (emm agaknya bukan sinopsis coz buku ni pun x ada sinopsis so ana terangkan apa yg ana dah baca sebanyak 3 kali nie.. ana ringkaskan dalam bahasa ana apa yang ana faham) saya pasti saudara saudari sudah tahu siapa Prof HAMKA sebenarnya, ttp sy terangkan sikit biodatanya. HAMKA lahir pada 17 Februari 1908 di Meninjau, Sumatera Barat dan meninggal dunia pada 24 Julai 1981 di Jakarta. Nama sebenar Hamka ialah Haji Abdul Malik bin Karim bin Amrullah. Beliau merupakan salah seorang tokoh pendakwah yang disegani di rantau Nusantara, juga seorang yang bijak dan mahir dalam bidang kesusateraan, penulisan kreatif dan politik, seorang pujangga dan ahli falsafah Islam.

    Novel ini mengisahkan mengenai perjalanan hidup seorang pemuda, Zainuddin namanya. Beliau anak yatim piatu. Kemudian merantau kerana tiada sanak saudara kecuali Mak Base nya.. emm Mak Base tu nenek dia kot. Kemudian beliau berkenalan dgn Haryati, gadis kampung dari tempat yang berlainan dgn asal Zainuddin. ttp mendapat tentangan drpd pihak keluarga Haryati dan akhirnya kahwin paksa, bukan aje kahwin paksa ttp kahwin dgn pemuda yg buruk akhlaknya. Last2 perkahwinan Haryati tak berkekalan. Zainuddin pula tak pernah kahwin krn amat cintakan Haryati dan memegang janji Haryati yang akan menunggunya smpi bila2. Sehinggalah Zainuddin menjadi seorang yang terkenal dan terhormat barulah Haryati rasa menyesal atas perbuatannya yang lampau. Emm.. ana tak pandai cerita sangat.. tp antum bacalah buku ni.. ana agak Prof Dr Hamka menceritakan sebuah kisah yang benar sebab jalan ceritanya seolah2 benar2 terjadi di alam ini. Walaupun novel ini mula dibuat pada 1938 tp ceritanya amat berguna smpailah sekarang, agak2 dah nak 70 tahun lamanya. lamakan?
    "Ya Allah, letakkanlah dunia di tanganku, bukan di hatiku">

    Reply #1 19 June, 2007, 11:22:45 PM
  • Publish
  • mana nak dapat novel ni?

    Reply #2 31 January, 2008, 08:21:05 PM
  • Publish
  • bagi yang punya novel ini tolong di share di sini semua juga pengin memiliki     !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    Reply #3 03 February, 2009, 01:52:11 AM
  • Publish
  • Di Popular ada jual..
    Rintis mendidik galang berilusi

    Ummi Munaliza

    • *
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #4 03 February, 2009, 11:03:43 AM
  • Publish
  • Novel ni ummi baca 23 tahun yang lalu.
    Ummi baca novel ni ketika dalam pantang lepas melahirkan putera sulung.
    Best sangat...
    kadang-kadang membaca novel saja,boleh merubah kehidupan kita.
    Macam kita baca buku ayat-ayat cinta,novel pembangunan jiwa...
    Begitu juga novel ketika Cinta Bertasbih,Sejadah cinta, Salju Cinta.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Reply #5 03 February, 2009, 03:05:59 PM
  • Publish
  • sy ada beli & baca novel ni masa form 5 dulu(year 2000).... skrg masih ada g sy simpat...

    jln crita yg menarik, byk maksud tersirat...bagi org yg tau menghayati novel ini...
    BE MY GUEST....KALAU TAK MAMPU MEMBERI KOMEN YG BAIK...JGN CKP BYK...

    Reply #6 05 March, 2009, 04:08:54 PM
  • Publish
  • Wow....
    Sdp nye jln crite....
    Mesti sronok baca buku tu kan....
    MaLaS BuKaN SeSuAtU PeRkArA YaNg HaRuS DiBaNgGaKaN.......

    zueadna

    • *
    • Ya Allah terimalah segala amalanku
      • View Profile
    Reply #7 05 March, 2009, 05:49:37 PM
  • Publish
  • Salam,

    Actually saya baca novel ni masa waktu secondary school dulu...baru2 ni saya beli novel ni kat kedai buku Minerva & just habis baca..hmm..very touching love story kisah antara 2 darjat...ego zainudin yang sangat tinggi membuatkannya kehilangan hayati buat selama2nya...

    Anyone nak baca novel ni...boleh la pm saya...

     

    Kecantikan abadi terletak pada keelokan adab, ketinggian ilmu. bukan pada wajah & pakaiannya..   - Hamka -
    [img]http://dl10.glitter-graphics.net/pub/1868/1868270fotwibw5m2.gif[/img]

    cokodok08

    • *
    • Rindu dan Cinta Teragung hanya milikNya!
      • View Profile
    Reply #8 05 March, 2009, 06:55:26 PM
  • Publish
  • saya tak pernah baca buku ni..tapi rasa cm berminat la nak baca..hmm saya cadangkan buku trilogi bagaikan puteri, cinta sang ratu dan hijab sang pencipta.. cuba la baca..

    Reply #9 05 March, 2009, 07:08:55 PM
  • Publish
  • Nobel itu adalah buku teks subjek Kesusasteraan Melayu bagi STPM dalam tahun 1963.
    « Last Edit: 05 March, 2009, 10:19:02 PM by Asabakri »

    Reply #10 21 March, 2009, 12:34:36 AM
  • Publish
  • Novel ni mmg menarik, kisah adat & harta benda memisahkan cinta mereka.

    Yg membuatkan cerita ini menjadi lebih menarik, Zainuddin melepaskan kesedihannya dalam berkarya.
    Sehinggakan karyanya menjadi hangat. Walaupun Zainuddin hidup mewah, namun hatinya tetap sedih
    kerana cinta yang silam..

    Tak rugi beli novel ni..

    Reply #11 08 July, 2009, 05:48:14 PM
  • Publish
  •  

     :)

    jln cerita sangat menarik saya dah baca..
    sapa yang belum baca kena baca

    great_teacher

    • *
    • "Maha Suci Allah-Tuhan Sekalian Makhluk"
      • View Profile
    Reply #12 08 July, 2009, 08:34:13 PM
  • Publish
  • buku yang baik...untuk pembangunan jiwa....baca jgn tak baca...
    *kalaubukankitasiapalagi,kalaubukansekarangbilalagi,kalaubukandisinidimanalagi*

    Reply #13 06 January, 2010, 03:15:34 PM
  • Publish
  • Perpustakaan Utama Universiti Malaya

    Tenggelamnya kapal Van Der Wijck
        Hamka, 1908-1981.
    Publisher:   Pustaka Dini,
    Pub date:   2002,2006
    Pages:   x, 286 p. ;
    ISBN:   983942243X
    Item info:    2 copies available at P. Utama/Main Library and PPZ/Za'ba Memorial Library.
    3 copies total in all locations.
    Holdings   
    P. Utama/Main Library
        Copy   Material   Location
    PL5129 HAM.T   3    Book/Buku   Due: 11/1/2010
        4    Book/Buku    STACKS
    PPZ/Za'ba Memorial Library
        Copy   Material   Location
    PL5129 HAM.T   1    Book/Buku    STACKS
    Mrs. Ikan Pari

    Reply #14 28 April, 2010, 01:34:43 AM
  • Publish
  • Saya dah membacanya, seronok ....suka akan gaya penulisan Hamka.
    "Novel yang berunsurkan keagamaan, adat, dan sosio-budaya masyarakat setempat. persoalan yang diketengahkan juga membuka mata akan keterikatan masyarakat timur pada adat setempat sehingga merugikan agama" - barangkali boleh juga saya persoalkan apakah adat yang ada perlu ditinggalkan, atau sekadar 'ambil yang jernih buang keruh' :)

    Reply #15 28 April, 2010, 11:12:16 AM
  • Publish
  • Perpustakaan Utama Universiti Malaya

    Tenggelamnya kapal Van Der Wijck
        Hamka, 1908-1981.
    Publisher:   Pustaka Dini,
    Pub date:   2002,2006
    Pages:   x, 286 p. ;
    ISBN:   983942243X
    Item info:    2 copies available at P. Utama/Main Library and PPZ/Za'ba Memorial Library.
    3 copies total in all locations.
    Holdings   
    P. Utama/Main Library
        Copy   Material   Location
    PL5129 HAM.T   3    Book/Buku   Due: 11/1/2010
        4    Book/Buku    STACKS
    PPZ/Za'ba Memorial Library
        Copy   Material   Location
    PL5129 HAM.T   1    Book/Buku    STACKS


    best ke buku niii... nanti tolong bacakan untuk pari ye

    Best sgt2 nanti kita cerita ye:-)

    Reply #16 28 April, 2010, 03:01:36 PM
  • Publish
  • to Pari ...

    best bangat..

    divider3
    halaqahforum4