TEPUNG GANDUM

Author Topic: TEPUNG GANDUM  (Read 13623 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

rsuha

  • *
  • Posts: 105
    • View Profile
26 February, 2009, 12:34:51 PM
  • Publish Di FB

  • Kenapa Tepung Gandum berwarna putih?

    Semalam saya pegi belek2 tepung gandum yg ada di pasaraya. ada lebih kurang 4 jenama..cuma 1 jenama jer yg takde tertulis Benzoyl Peroxide..brand 'Bunga Cempaka'..saya letak sebelah menyebelah dgn tepung gandum jenama lain, mmg warna tepung bunga cempaka ni perang sikit...dan paling best, harga di pon murah rm1.35 jer berbanding cap Sauh yg saya selalu beli, rm2.++


    dpt email dr En Sirajuddin...
    Hidup lebih sihat tanpa tepung gandum putih (bleached).

    Assalamualaikum wbh
    Beberapa bulan kebelakangan ini saya memang tersangat sibuk dan memenatkan. Insya-Allah hujung November saya dapat berehat dan dapat menulis lebih banyak artikel.


    Dua hari lepas alhamdulillah saya dan isteri dapat berkunjung ke rumah kakak sulung saya. Kakak saya ini sudah uzur maklumlah usia sudah melebihi 60 tahun. Abang ipar saya sudah berusia 68 tahun tetapi alhamdulillah kelihatan masih segak. Kakak dan abang ipar saya ini tinggal di Felda dan menjalankan kedai runcit di hadapan rumahnya.


    Dalam kunjungan saya kali ini, saya terserempak dengan satu pasangan yang juga bertamu ke rumah kakak saya ini. Pasangan ini dari kalangan orang berada berjawatan besar dan memandu kereta mewah. Apa yang ingin saya ceritakan di sini ialah berkenaan tetamu sang suami. Sang suami yang saya namakan Mr Y ini adalah orang penting di salah sebuah kilang pengeluar tepung gandum. Dengan kesempatan yang diberikan Allah SWT ini, saya mengambil peluang untuk bertanya berbagai soalan berkenaan tepung gandum.


    Maklumat pertama yang saya perolehi dari Mr Y ini ialah bahawa tepung gandum bersubsidi adalah dari jenama Cap Kunci yang boleh dibeli di pasaran dengan harga sekitar RM1.45 manakala tepung dari jenama lainnya adalah tidak bersubsidi dan dijual pada harga sekitar RM2.80. Apa yang saya ingin kemukakan sebagai satu persoalan ialah mengapakah rakyat marhaen tidak berpeluang untuk membeli tepung Cap Kunci ini? Pekedai terutama pekedai kecil yang memerlukan tepung Cap Kunci untuk membuat roti canai juga menghadapi masalah besar untuk mendapatkannya di pasaran. Agaknya siapakah yang berjaya membeli tepung Cap Kunci ini??


    Seterusnya saya bertanya bagaimana tepung gandum dihasilkan. Mr Y menjelaskan dengan terperinci proses bagaimana tepung gandum ini dihasilkan termasuk bagaimana tepung ini dilunturkan warnanya. Apa bila tiba bab ini, saya mencelah menceritakan bagaimana bahan kimia BENZOYL PEROXIDE (BP) digunakan untuk menjadikan tepung gandum berwarna putih melepak. Tepung gandum setelah dikisar berwarna kekuningan. Dengan mencampurkan bahan kimia BP ke dalam tepung ini, warna tepung akan dilunturkan menjadi warna putih dalam masa yang singkat. Mr Y menjelaskan kepada saya bahawa bahan kimia BP ini adalah merbahaya dan boleh menyebabkan berbagai penyakit. Mr Y menambah cerita bahawa kilang dimana beliau bekerja adalah satu-satunya kilang yang tidak menggunakan BP untuk memutihkan tepung. Beliau menambah bahawa pada satu waktu dahulu, satu lori tepung gandum seberat 20 tan untuk dieksport ke Singapore telah ditegah masuk kerana mengandungi bahan kimia BP. Bagusnya Singapore, mereka mengharamkan jualan tepung gandum yang mengandungi bahan kimia BP kerana hendak menjaga kesihatan rakyatnya tetapi mengapa Malaysia terus menzalimi rakyatnya dengan membenarkan jualan tepung yang mengandungi kimia merbahaya BP ini??


    Saya cukup merasa seronok kerana mengetahui ada jenama tepung gandum di Malaysia yang tidak mengandungi bahan kimia BP yang merbahaya ini. Demi untuk mengesahkan cerita dari Mr Y ini saya masuk ke kedai kakak saya untuk mengambil beberapa bungkusan tepung gandum yang dikeluarkan oleh kilang Mr Y bekerja. Saya membuat semakan pada bungkusan tepung tersebut untuk mengesahkan tiada perkataan "Benzoyl Peroxide" di luarnya. Setelah puas menyemak, saya begitu terkejut apabila melihat bungkusan ini tertera "mengandungi Benzoyl Peroxide". Mr Y lebih terkejut kerana pada sangkaannya kilang dimana beliau bekerja tidak menggunakan BP untuk melunturkan tepung gandum. Selain terkejut, Mr Y amat malu apabila sangkaannya bahawa kilang tepung tempat beliau bekerja tidak menggunakan BP adalah meleset.


    Semalam saya mengGoogle untuk mencari bacaan tambahan tentang BP dan berikut adalah antara dapatan saya:

    1. Dari http://getacnetreat ments.com/ review/benzoyl- peroxide/

    Benzoyl Peroxide
    Benzoyl Peroxide is a highly potent chemical often used in low concentrations as an acne treatment. Benzoyl Peroxide basically works as a peeling agent, stripping dead skin cells and killing bacteria within pores. Pure benzoyl peroxide is highly flammable, explosive, toxic, and is suspected of being a possible tumor promoter.

    Although Benzoyl Peroxide is generally considered safe at low concentrations, since it breaks down in contact with skin, it is known for causing nasty side effects such as hives, swelling of the face, itching, and dry and peeling skin. It is also a powerful bleaching agent and will cause discoloration when it comes in contact with clothing and hair.

    2. Dari http://msds. chem.ox.ac. uk/BE/benzoyl_ peroxide. html

    Benzoyl Peroxide
    Classified as: TOXIC, FLAMMABLE and EXPLOSIVE
    Toxicology
    Possible tumor promoter. May act as a mutagen. Toxic by inhalation. May be harmful if swallowed and in contact with skin. Eye, skin and respiratory irritant. Typical TLV 5 mg/m3.





    3. Dari http://pesticideinf o.org/Detail_ Chemical. jsp?Rec_Id= PC37521

    Toxicity to humans, including carcinogenicity, reproductive and developmental toxicity, neurotoxicity, and acute toxicity.






    4. Dari http://ptcl. chem.ox.ac. uk/~hmc/hsci/ chemicals/ benzoyl_peroxide .html

    *** Benzoyl peroxide presents a number of hazards. Firstly, it is potentially explosive when mixed with organic material. Friction or grinding may also be sufficient to make it explode.
    *** The compound is very flammable.
    *** Benzoyl peroxide is toxic if you breathe it in, and may be harmful if you swallow it or get it on the skin.
    *** In addition, benzoyl peroxide may act as a tumor promoter.
    « Last Edit: 02 September, 2009, 06:36:35 AM by Ummi Munaliza »

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #1 02 September, 2009, 05:42:29 AM
  • Publish Di FB


  • Di atas cerita tentang tepung gandum. Sebelum gandum menjadi tepung, mesti ia berasal dari tanaman. Macam nasi, sebelum dimasak ia dipanggil beras, sebelum beras diproses ia dipanggil padi. Dari padi diproses menjadi beras, dari beras jika terus dimasak jadi nasi, jika dikisar menjadi tepung, sudah jadi tepung, baru diproses menjadi kuih muih.

    Begitu juga dengan gandum, ada proses-prosesnya. Sebelum itu kenalkah orang Malaysia dengan pokok gandum? Kalau pokok padi, memang ramai yang kenal, terutama saya lah kerana dibesarkan di sawah padi. dari kecik bergelumamg dengan lumpur untuk menanam pokok padi bagi menghasilkan beras.

    Dan kenapa padi dan gandum dikenakan zakat? Sebab padi dan gandum merupakan makanan ruji sesuatu tempat. Apa itu makanan ruji? Makanan ruji maksudnya, makanan yang mengeyangan penduduk sesuatu tempat, dan digunakan untuk membayar fidayah dan kafarah. ( mengikut syarat-syaratnya).
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #2 02 September, 2009, 06:10:40 AM
  • Publish Di FB

  • Pokok Gandum(Wheat)

    Pokok Gandum (bahasa Inggeris: wheat) tergolong dalam famili rumput dan merupakan tanaman bijian yang kedua terbesar selepas jagung; ketiganya adalah padi. Nama botaninya Triticum spp.

    Bijiran gandum merupakan makanan ruji yang digunakan bagi menghasilkan tepung. Sekamnya boleh dipisahkan dan dihancurkan menjadi bran. Gandum juga ditanam khusus untuk tanaman ragut bagi ternakan dan untuk menghasilkan jerami.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #3 02 September, 2009, 06:12:03 AM
  • Publish Di FB


  • Sejarah Pokok Gandum

    Gandum yang ditanam bermula di [Asia Barat Daya] di kawasan yang kini dikenali sebagai "Sabit Subur" (bahasa Inggeris: Fertile_crescent). Bukti cari gali tertua bagi penanaman gandum datangnya dari Syria, Jordan, Turki, Armenia, dan Iraq. Sekitar 9,000 tahun dahulu, Gandum Einkorn ("einkorn" dalam bahasa Jerman membawa maksud harfiah "satu butir") liar dituai dan ditanam dalam apa yang telah dikatakan bukti arkeologi pertama pertanian[nb]1[/nb] di Sabit Subur. Sekitar 8,000 tahun dahulu, melalui mutasi berlaku dalam Gandum Emmer yang menghasilkan tumbuhan dengan benih yang lebih besar, tetapi tidak mampu disebar oleh angin (sila lihat Pertanian). Walaupun tumbuhan ini tidak mampu hidup meliar, Gandum Emmer telah menghasilkan lebih banyak makanan bagi manusia, berbanding gandum yang lain. Dalam ladang yang ditanam, pokok Gandum Emmer telah mengatasi tumbuhan lain yang mempunyai biji benih lebih kecil yang mampu bercambah sendiri, dan menjadi leluhur bagi jenis gandum moden.

    Leluhur liar Triticum turgidum dicoccoides (Körn.), salah satu bentuk Gandum Emmer (Triticum turgidum dicoccum (Schrank.)) tanaman yang terawal, telah dijumpai di kawasan Palestin oleh Aaron Aaronsohn pada tahun 1906. Penanaman gandum mulai tersebar ke Eropah pada permulaan Zaman Neolitik.

    [1] Pertanian merujuk kepada perihal pengeluaran makanan dan barangan melalui perkebunan, penanaman, penternakan dan perhutanan. Pertanian merupakan pembangunan penting kepada kebangkitan tamadun apabila penanaman dan penternakan membawa kepada lebihan makanan dan seterusnya membolehkan pembangunan dalam masyarakat yang semakin ramai dan berkelas. Pengkajian pertanian dikenali sebagai sains pertanian sementara amalan berkait iaitu perkebunan dipelajari dalam hortikultur.

    Pertanian merangkumi pelbagai bidang dan teknik termasuk cara meluaskan tanah untuk bercucuk tanam dengan membuat terusan air dan lain-lain bentuk pengairan. Penanaman tanaman dan penternakan haiwan kekal sebagai asas pertanian. Akhir-akhir ini terdapat perbezaan di antara pertanian mampan (seperti pertanian organik) dan pertanian intensif (seperti pertanian untuk industri).

    Agronomi (sains atau ilmu pertanian) moden, pembakaan tanaman, racun serangga dan baja, serta peningkatan teknologi telah membawa kepada peningkatan dalam hasil tanaman dan pada masa yang sama kerosakan ekologi dan kesan buruk kepada kesihatan manusia. Dalam penternakan intensif babi contohnya, menyebabkan peningkatan pengeluaran daging tetapi memberi kesan kepada kesihatan manusia. Hasil utama pertanian dikelaskan kepada makanan, serat, bahan api, bahan mentah, ubat-ubatan dan rangsangan, dan pelbagai lagi produk eksotik.

    Pada tahun 2000an, tumbuhan ditanam untuk bahan api bio, ubat-ubatan bio, plastik bio dan ubatan lain. Pada tahun 2007, satu pertiga daripada pekerja di dunia terlibat dalam pertanian. Walaupun begitu, kepentingan pertanian sudah jatuh sejak permulaan industrialisasi apabila sektor perkhidmatan mengatasi pertanian sebagai sektor yang paling banyak memberi pekerjaan di dunia. Walaupun pertanian melibatkan ramai penduduk dunia, ia hanya menyumbang kepada kurang dari 5% keluaran dunia kasar (iaitu aggregat kepada semua keluaran dalam negara kasar.[1]
    « Last Edit: 02 September, 2009, 06:15:43 AM by Ummi Munaliza »

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #4 02 September, 2009, 06:18:04 AM
  • Publish Di FB

  • Genetik dan penanaman

    Genetik gandum adalah lebih rumit berbanding genetik haiwan ternakan. Sebilangan spesies gandum merupakan poliploidi yang stabil, dan mempunyai lebih daripada dua set kromosom diploid. Banyak jenis gandum tidak berbeza hanya dari segi genom tetapi juga dalam bilangan genom yang dipunyai. Empat daripada lima jenis gandum yang paling biasa adalah hasil pengacukan. Gandum Einkorn adalah baka diploid (2x kromosom) yang boleh dianggap sebagai "leluhur" gandum.

    Gandum Einkorn menghibridkan dengan rumput diploid liar (Triticum speltoides, Triticum tripsacoides, atau Triticum searsii) untuk membentuk baka tetraploid (4x kromosom), iaitu Gandum Emmer dan Gandum Durum. Gandum Emmer dan Gandum Durum pula menghibridkan dengan lagi sejenis rumput diploid liar (Triticum tauschii) untuk menghasilkan baka heksaploid (6x kromosom), iaitu Gandum Spelta (Triticum spelta) dan Gandum Biasa (gandum yang digunakan untuk membuat roti).

    Adakah Gandum Emmer dihibridkan secara semula jadi ataupun dengan senjaga merupakan satu persoalan yang dapat dipertikaikan. Pengacukan kedua-dua leluhur Gandum Emmer memerlukan mutasi penduaan kromosom yang merupakan satu mutasi yang tidak boleh kekal secara semula jadi melebihi beberapa generasi. Kesemua kejuruteraan genetik (pengacukan) ini dilakukan beribu-ribu tahun dahulu oleh petani kuno yang tidak sedar akan genetik moden atau kesulitan untuk menghibridkan tumbuhan-tumbuhan poliploidi.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #5 02 September, 2009, 06:21:49 AM
  • Publish Di FB

  • 1. Kultivar

    Terdapat banyak sistem pengelasan taksonomi yang telah digunakan untuk spesies gandum, dan nama yang digunakan bagi setiap spesies gandum dalam sesuatu sumber maklumat mungkin berbeza dengan nama yang digunakan oleh sumber maklumat yang lain. Kultivar gandum dikelaskan mengikut:

    * musim bertumbuh, umpamanya gandum musim sejuk lawan gandum musim bunga; dan
    * kandungan gluten, umpamanya gandum keras (kandungan gluten yang tinggi) atau gandum lembut (kandungan kanji yang tinggi).

    1.1 Kumpulan utama kultivar gandum

    * Gandum Biasa (T. aestivum): spesies heksaploid yang ditanam dengan amat meluas di seluruh dunia.
    * Gandum Einkorn (T. monococcum): spesies diploid, dengan kelainan-kelainan liar dan tanaman. Salah satu jenis gandum yang terawal ditanam, jenis ini jarang ditanam pada hari ini.
    * Gandum Emmer (T. turgidum var. dicoccum): spesies tetraploid, dengan kelainan-kelainan liar dan tanaman. Ditanam pada zaman kuno, jenis ini tidak lagi ditanam secara meluas.
    * Gandum Durum (T. turgidum var. durum): bentuk tetraploid tunggal yang masih ditanam secara meluas pada hari ini.
    * Kamut® atau QK-77 (T. turgidum var. polonicum): spesies tetraploid yang berasal daripada Timur Tengah. Kelainan ini ditumbuh dalam jumlah yang kecil dan dipasarkan secara meluas.
    * Gandum Spelta (T. spelta): lagi sejenis spesies heksaploid yang ditanam dalam jumlah yang terhad.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #6 02 September, 2009, 06:22:46 AM
  • Publish Di FB


  • Ekonomi

    Untuk tujuan pasaran komoditi, bijirin gandum yang dituai dikelaskan mengikut ciri-ciri bijirin (lihat di bawah). Pembeli gandum menggunakan ciri-ciri ini untuk memutuskan jenis gandum yang dibeli kerana setiap kelas mempunyai kegunaan khusus. Penghasil gandum pula menggunakan sistem ini untuk menentukan kelas gandum yang lebih menguntungkan untuk ditanam.

    Gandum banyak ditanam sebagai tanaman kontan disebabkan hasil yang baik dari segi keluaran setiap ekar. Tambahan pula, pokok gandum tumbuh dengan mudah dalam cuaca serdahana walaupun musim tumbuh pendek sahaja, dan menghasilkan tepung yang bermutu tinggi untuk kegunaan-kegunaan yang meluas. Kebanyakan roti dihasilkan menggunakan tepung gandum, dengan banyak roti dinamakan sempena bijiran lain yang terdapat dalamnya, termasuk roti rai dan oat. Banyak makanan popular yang lain juga diperbuat daripada tepung gandum, dan menyebabkan permintaan bijiran gandum yang besar, termasuk ekonomi yang mempunyai lebihan makanan.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #7 02 September, 2009, 06:25:49 AM
  • Publish Di FB

  • Agronomi


    Perkembangan tanaman

    Pengurusan tanaman memerlukan pengetahuan mengenai tahap pengembangan tanaman tersebut. Khususnya, baja pada muzim bunga, herbisid, fungisid, dan pengatur pertumbuhan biasa digunakan pada peringkat pertumbuhan yang tertentu.

    Sebagai contoh, pengurusan tanaman terkini mencadangkan penggunaan baja nitrogen kedua apabila putik gandum (tidak kelihatan pada peringkat ini) bersaiz sekitar 1 sentimeter (Z31 pada skala Zadoks). Pengetahuan tahap ini adalah menarik bagi mengenal pasti tempoh berisiko tinggi, dari segi cuaca. Umpamanya, peringkat meiosis amat lemah kepada suhu rendah (di bawah 4 °C) atau suhu tinggi (melebihi 25 °C). Peladang juga turut mendapat faedah dengan mengetahui apabila daun penanda (daun terakhir) muncul kerana daun ini mewakili sekitar 75% reaksi fotosintesis bagi tempoh pembesaran bijirin dan dengan itu perlu dilindungi daripada penyakit atau serangan serangga bagi memastikan hasil yang baik.

    Beberapa sistem wujud bagi mengenal pasti tahap tanaman, dengan skala Feekes dan skala Zadoks yang paling banyak digunakan secara meluas. Setiap skala merupakan sistem piawaian yang menggambarkan setiap peringkat tanaman semasa musim menanam.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #8 02 September, 2009, 06:28:59 AM
  • Publish Di FB

  • Penyakit

    Gandum pada peringkat anthesis (pandangan hadapan dan sisi)


    Gandum lebih mudah diserang penyakit berbanding bijiran lain dan dalam sesetengah musim, terutamanya musim hujan, kerugian lebih besar akibat penyakit dihadapi berbanding tanaman bijiran yang lain. Gandum boleh diserang oleh:

        * serangga pada pangkal akar;
        * hawar yang menyerang daun atau jerami, dan akhirnya menafikan zat yang mencukupi bagi pembesaran bijirin;
        * kulapuk pada tongkol; dan
        * pelbagai jenis damar yang melekat pada tampuk di mana butir-butir telah dilonggokkan

    Contoh-contoh penyakit yang menyerang gandum adalah seperti berikut:


    Penyakit bakteria

        * Hawar daun bakteria: Pseudomonas syringae subsp. syringae
        * Reput selaput bakteria: Pseudomonas fuscovaginae
        * Reput glum basal: Pseudomonas syringae pv. atrofaciens
        * Sekam hitam = jalur bakteria: Xanthomonas campestris pv. translucens
        * Biji merah jambu: Erwinia rhapontici

    Penyakit kulat


        * Hawar daun Alternaria: Alternaria triticina
        * Antraknos: Colletotrichum graminicola
        * Bintik daun Ascochyta: Ascochyta tritici
        * Kulapuk hitam = kulapuk berjelaga: Alternaria spp., Cladosporium spp.
        * Bun biasa = smut berbau busuk: T. tritici, T. laevis
        * Kulapas kapas: Sclerophthora macrospora
        * Bun Kerdil: Tilletia controversa
        * Ergot: Claviceps purpurea
        * Reput pangkal = Reput pangkat darat: Fusarium spp.
        * Karat daun = karat perang: Puccinia triticina
        * Kulapuk salji merah jambu = tompok Fusarium: Microdochium nivale
        * Kulapuk serbuk: Blumeria graminis
        * Penyakit hampas = hawar kepala: Fusarium spp., Gibberella zeae, Microdochium nivale
        * Tompok Septoria: Septoria tritici = Mycospharella graminicola
        * Kulapuk storan: Aspergillus spp., Penicillium spp.

    Nematod, parasit


        * Nematod sista rumput: Punctodera punctata
        * Nematod puru akar: Subanguina spp.

    Penyakit virus dan agen seakan-akan virus


        * Mozek Agropyron: genus Rymovirus, virus mozek Agropyron (AgMV)
        * Mozek jalur barli: genus Hordeivirus, virus mozek jalur barli (BSMV)
        * Kerdil mandul oat: genus Fijivirus, virus kerdil mandul oat (OSDV)
        * Mozek tembakau: genus Tobamovirus, virus mozek tembakau (TMV)
        * Kerdil gandum: genus Monogeminivirus, virus kerdil gandum (WDV)
        * Mozek kuning gandum: bimovirus mozek kuning gandum

    Penyakit fitoplasma


        * Fitoplasma kuning aster


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #9 02 September, 2009, 06:31:45 AM
  • Publish Di FB

  • Kaitan antara pencemaran udara dan tompok septoria

    Bulir gandum dengan tiga antere terjulur.

    Sebuah pasukan penyelidik telah memeriksa perpustakaan sampel gandum British yang bertarikh semenjak 1843. Bagi setiap tahun, mereka menentukan paras DNA Phaeosphaeria nodorum dan Mycospharella graminicola dalam sampel-sampel itu. Selepas mengambil kira pengaruh seperti keadaan pembesaran serta penuaian, dan keadaan cuaca, mereka membandingkan data DNA dengan anggaran pengeluaran pencemaran udara. Kesan sulfur dioksida berkait dengan banyaknya dua jenis kulat. P. nodrum bertumbuh dengan lebih berjaya dengan kedatangan Revolusi Perindustrian. M. graminicola lebih banyak sebelum 1870 dan semenjak 1970-an. Kejayaan semenjak 1970-an membayangkan pengurangan dalam pengeluaran sulfur dioksida disebabkan pengawalan alam sekitar.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #10 02 September, 2009, 06:34:26 AM
  • Publish Di FB


  • Pengkelasan gandum


    Gandum dikelaskan kepada :-

    * Durum - amat keras, dan lut cahaya, dengan butir berwarna lembut; digunakan untuk menghasilkan tepung suji bagi pembuatan pasta.
    * Musim bungan Merah Keras - gandum keras, keperangan, dan berprotein tinggi; digunakan untuk membuat roti dan biskut.
    * Musim sejuk Merah Keras - gandum keras, keperangan, dan berprotein tinggi; digunakan untuk membuat roti dan biskut dan sebagai tambahan kepada tepung lain bagi meningkatkan kandungan protein.
    * Musim sejuk Merah Lembut - gandum lembut, keperangan, dan berprotein serdahana; digunakan untuk membuat roti.
    * Putih Keras - gandum keras, berwarna lembut, legap, berkapur, dan berprotein serdahana; ditanam di kawasan beriklim serdahana dan digunakan buntuk membuat roti dan penapaian.
    * Putih Lembut - gandum lembut, berwarna lembut, dengan protein yang amat rendah; ditanam di kawasan beriklim serdahana yang lembab dand digunakan untuk membuat roti.

    Gandum keras lebih sukar diproses dan gandum merah mungkin perlu diluntur. Dengan itu, gandum lembut dan putih biasanya lebih berharga berbanding gandum keras dan gandum merah di pasaran komoditi.

    Kebanyakan teks berikut dipetik dari Household Cyclopedia tarikh 1881:

    Gandum boleh dikelaskan kepada dua pembahagian utama, walaupun setiapnya merangkumi beberapa subbahagian. Yang pertama merangkumi kesemua kepelbagaian gandum merah. Pembahagian kedua merangkumi kesemua kepelbagaian gandum putih yang boleh dipecahkan lagi kepada bersekam tebal dan bersekam nipis.

    Gandum jenis bersekam tebal ditanam secara meluas sebelum 1799, kerana jenis ini menghasilkan tepung terbaik dan pada musim kering, jenis ini menghasilkan sama banyak dengan jenis berkulit nipis. Bagaimanapun, jenis bersekam tebal lebih mudah dijangkiti kulapuk, sementara jenis bersekam nipis lebih lasak, dan secara umumnya lebih tahan kulapuk. Dengan itu, akibat serangan kulapuk yang meluas pada 1799 memulakan peralihan perlahan-lahan kepada penanaman gandum jenis bersekam tebal.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #11 02 September, 2009, 06:38:43 AM
  • Publish Di FB

  • Apakah Benzoyl Peroxide ?

    Benzoyl Peroxide adalah :

    · Bahan toksik

    · Bahan penggalak tumor

    · Boleh menyebabkan alahan pada kulit

    · Bahan mutagen iaitu bahan yang boleh menyebabkan mutasi pada sel badan.

    · Bahan peluntur kuat yang mampu melunturkan iaitu menukarkan ke warna putih pakaian dan juga rambut yang berwarna.

    Itulah sebabnya BP digunakan untuk menukarkan warna tepung gandum kepada warna putih kerana BP adalah satu bahan peluntur yang amat kuat sehinggakan rambut hitam boleh bertukar putih bila disentuhkan BP ini.

    Proses pemutihan tepung gandum dilakukan adalah dengan cara mencampurkan tepung gandum dengan bahan kimia BP ini. Dalam tempuh yang singkat, iaitu tidak sampai pun 1 jam, semua tepung gandum ini akan bertukar ke putih. Selain menukar (meluntur) kepada warna putih, BP juga bertindak balas dengan tepung gandum ini lalu menukarkan protin gluten yang terdapat dalam tepung gandum ini. Ia juga mengakibatkan sebahagian nutrisi didalam tepung gandum yang asal merosot. Ini mengakibatkan serangga kurang menggemari tepung putih berbanding tepung gandum yang asal (sila baca artikel berbahasa Inggeris di bawah). BP ini akan terus berada di dalam tepung putih ini apabila dipasarkan.

    Dalam bahasa mudah, tepung gandum putih adalah kurang baik kerana mengandungi bahan toksik BP yang boleh mengakibatkan berbagai masalah disamping sebahagian nutrisinya telah hilang.

    Saya sebagai seorang yang pernah mengalami "acute gout" sudah masak benar dengan kesan negatif tepung putih ini ke atas pesakit gout. Sesiapa yang menghidap penyakit gout, sila buat eksperimen ini. Sebagai permulaannya, kawallah permakanan sehingga gout anda berkurang dan hampir tidak ada. Setelah itu, makanlah makanan yang dibuat dari tepung putih seperti mee kuning atau roti canai dalam kuantiti yang banyak dan tunggulah kesannya. Insya-Allah dalam tempuh 24 jam, pesakit gout akan mengalami simptom gout yang serius. Itulah akibat dari memakan tepung putih yang mengandungi bahan kimia Benzoyl Peroxide.

    Sebagai eksperimen kawalan (control experiment), lakukan pula eksperimen yang sama seperti di atas tetapi menggunakan pula spageti atau makaroni atau capati. Kesemua makanan ini diperbuat daripada gandum juga namun tepung ini tidak campurkan dengan benzoyl peroxide. Insya-Allah eksperimen ini tidak akan menyebabkan symptom gout.

    Daripada kedua-dua eksperimen ini menunjukkan dengan jelas bahawa bukan gandum yang membahayakan pesakit gout namun ialah kandungan benzoyl peroxide di dalam tepung gandumlah yang membahayakan pesakit gout.

    Bagi mee kuning, selain benzoyl peroxide yang merbahaya, kandungan aid borik sebagai pengawet di dalamnya menambah parah kepada pesakit gout.

    Bagi pesakit gout, bacalah dan amalkanlah saranan saya sebagaimana di dalam srtikel bertajuk GOUT, punca dan insya-Allah anda boleh puleh, TIPs di http://emjayjb. multiply. com/journal/ item/75 .

    Pesakit gout, diabetes dan arthritis perlu mengelakkan segala makanan yang mengandungi tepung gandum putih (yang telah dilunturkan oleh BP) seperti mee kuning, roti canai, roti serta kueh mueh yang diperbuat dari bahan ini.

    Bagi pendapat saya sebenarnya terdapat agenda sulit mengapa tepung gandum perlu diputihkan dengan menggunakan bahan kimia BP ini. Begitulah juga mengapa garam halus dimasukan bahan kimia merbahaya di dalamnya. Kesemua usaha ini adalah bermotifkan agar kesemua manusia kecuali Y***** mengalami ………….

    Hidup lebih sihat tanpa tepung gandum putih (bleached).

    Seorang manusia tidak akan menerima kesan negatif dari BP dalam tempuh yang singkat. Namun setelah mengambil produk tepung putih untuk tempuh yang panjang iaitu melebihi 20 atau 30 tahun, kesan negatif dari BP bakal semakin ketara. Kini masalah gout, athritis dan diabetes semakin lumrah di kalangan rakyat Malaysia. Penyakit ini mula menyerang seawal usia hujung 20an atau awal 30an. Pada pendapat saya, produk dari tepung putih adalah satu punca penting selain banyak faktor lain yang menyebabkan gout, diabetes dan athritis.

    Di bawah ini saya copy paste bahan bacaan tambahan berkenaan tepung gandum putih serta bahan kimia benzoyl peroxide di dalamnya.

    Sekian wassalam wallahuaqlam

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #12 02 September, 2009, 06:42:20 AM
  • Publish Di FB


  • Untuk pengetahuan anda, warna asal tepung gandum ialah berwarna kuning. Bukan warna putih melepak seperti yang kita lihat dan jumpa hari ini.

    Apakah bahan kimia yang terdapat di dalam tepung gandum? BENZOYL PEROXIDE! Apakah kegunaan sebenar bahan kimia ini? Merupakan salah satu bahan peluntur yang sangat kuat. Ia berkemampuan melunturkan warna baju, warna hitam rambut dan tidak hairan la warna kekuningan tepung gandum yang masih belum diproses dapat dilunturkan. DAN, bayangkan pula jika bahan kimia ini masuk ke dalam perut anda?

    Pesakit gout, diabetes dan arthritis tidak digalakkan meneruskan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan tepung gandum yang sangat tinggi. Ini akan menjadikan penyakit mereka lebih parah kerana kandungan asid borik yang terdapat di dalamnya dan nutrisi gandum yang telah hilang akibat penggunaan Benzoyl Peroxide. Kesan bahan kimia ini tidak dapat dilihat dalam masa yang singkat. Sebaliknya, ia mengambil masa 20 hingg 30 tahun untuk kesan buruknya kelihatan. Patutlah penyakit gout, diabetes dan arthritis dah menjadi lumrah dalam masyarakat kita.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #13 02 September, 2009, 06:46:22 AM
  • Publish Di FB




  • Tepung GandumNama ; Inggeris: Wheat Flour/ Plain Flour


    Tepung gandum adalah putih dan halus dimana hama gandumnya dan kulit biji-bijian (dedak) nya telah dibuangkan. Ia boleh digunakan seperti mana tepung digunakan iaitu untuk membuat kek dan menjadikan masakan pekat. Tepung gandum boleh digunakan untuk membuat biskut, kuah sos dan kuah makanan lain di mana agen penaik tidak diperlukan. Tetapi ia tidak sesuai untuk roti atau masakan bakar (bakar) dimana tepung yang lebih ‘keras’ diperlukan.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #14 02 September, 2009, 06:56:24 AM
  • Publish Di FB

  • Roti Canai  

    Bahan-Bahan:
    1 kg tepung gandum
    1 biji telur
    ½ cawan susu pekat manis
    3 sudu besar marjerin
    1 sudu kecik garam
    air untuk menguli

    Cara:
    Campur tepung, telur, susu dan marjerin hingga lembut sambil dicampur air sedikit-sedikit. Bahagikan pada ketul-ketul kecil dan lumurkan dengan marjerin.
    Biar 5.-6 jam. Canai dan ltebarkan nipis-nipis. Panaskan kuali dan goreng. Bila masak, angkat dan tepuk-tepuk. Makan bersama kari ikan, kuah dal  atau kari ayam dan sambal tumis.

    p/s: ini juga boleh dijadikan kulit murtabak. (sediakan inti daging atau ayam terlebih dahulu)

    Sum79

    • *
    • Posts: 569
    • THE TRUTH IS OUT THERE!!
      • View Profile
    Jawab #15 02 September, 2009, 10:35:45 AM
  • Publish Di FB
  • maafkan saya, x tau plak roti canai ada campur susu cap teko.;patut lah sedap.
    "It's better to be hated for what you are, than to be loved for what you're not..." - Kurt Cobain

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    53 Replies
    6498 Views
    Last post 25 February, 2011, 01:48:52 AM
    by dba
    11 Replies
    2977 Views
    Last post 09 November, 2012, 12:25:57 PM
    by RNLQ