Forum Islamik Anda
Assalamualaikum. Kami gembira anda bersama kami. Daftar Halaqian Di Sini!!!
Penulis Topik: Sister In Islam - Sedarkah umat mengenainya?  (Dibaca 10359 kali)
0 Halaqian and 1 Tetamu sedang melihat topik ini.
Topic starter
*
Offline
11.01.09 35

Syukron
Beri: 0 Terima: 2
Paparan Profil
« pada: 16 February, 2009, 08:19:10 PM »

 assalamualaikum

Sesiapa ada maklumat mengenai sister in islam, sila berikan info tersebut disini.

p/s : lebih baik jika ada satu template untuk diattachkan disini supaya dapat dprintkan dan disebarkan.. jaz
Topic starter
*
Offline
11.01.09 35

Syukron
Beri: 0 Terima: 2
Paparan Profil
« Jawab #1 pada: 16 February, 2009, 08:26:00 PM »

KENYATAAN AKHBAR

12 Februari 2009

PUM PP selar penganjuran MUSAWAH membawa agenda Islam Liberal ke Malaysia dan mempertikaikan prinsip-prinsip asas Islam

Persatuan Ulama' Malaysia cawangan Pulau Pinang (PUMPP) dengan ini menyelar sekeras-kerasnya program 'Musawah' iaitu Global Movement for Equality and Justice in the Muslim Family anjuran pendukung kuat fahaman sesat Islam Liberal di Malaysia iaitu Sisters in Islam (SIS). Pertemuan Musawah dilihat berhasrat mempertikaikan pelbagai prinsip-prinsip Islam khususnya dalam hukum syariah berkaitan wanita dan kekeluargaan yang dipersetujui dan diterima oleh kesepakatan ulamak muktabar.

Perjumpaan ini bakal dihadiri oleh pelbagai tokoh Liberal Muslim yang dipertikaikan oleh ulamak Islam muktabar. Mereka yang hadir termasuklah Muhammad Khalid Masud, iaitu pengerusi Majlis Ideologi Islamik dari Pakistan, Farida Bennani dari Morocco, Sana Benachour (Tunisia), Hussein Muhammad (Indonesia), Ziba Mir-Hosseini (Britain), Zainah Anwar (Malaysia), Siti Musdah Mulia (Indonesia) dan Nur Rofia (Indonesia) dan aktivis bukan Islam seperti Cassandra Balchin (UK) dan lain-lain.

200 Liberalis Muslim telah dijemput dari 40 buah negara dan berkumpul di hotel mewah (bertaraf lebih lima bintang) The Prince Hotel, Kuala Lumpur pada 13 Februari 2009 bagi menghadiri mesyuarat 5 hari tersebut. Perjumpaan tertutup ini juga tidak membenarkan penyertaan dari pihak luar selain dari jemputan tertutup mereka. PUM PP melihat perjumpaan dengan dana besar ini berkemungkinan disokong oleh kepentingan Barat dengan tujuan meliberalkan Islam dan mengharapkan pihak penguatkuasa dapat menyiasat punca sumber-sumber dana membiayai program terbabit.

Perjumpaan ini juga akan memberi persepsi yang negatif kepada Malaysia yang bakal digambarkan sebagai negara yang mengamalkan undang-undang Syariah yang mendiskriminasi wanita, terutamanya apabila perjumpaan ini bakal dibawa perhatian kepada wakil Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dengan kehadiran Professor Yakin Erturk (The United Nations Special Rapporteur on Violence Against Women) yang akan merasmikan perjumpaan tersebut.

PUM PP juga menyelar kehadiran pimpinan negara bagi merasmikan program tersebut seolah-oleh tidak merujuk terlebih dahulu kepada pihak autoriti agama dalam negara seperti JAKIM dan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Kertas kerja dan bengkel-bengkel yang bakal dibentangkan semasa perjumpaan dilihat berhajat untuk menginterpretasikan semula al Quran dan Hadith dari sudut pandang wanita yang selama ini dikatakan bias pada lelaki. Musawah juga bakal mengenengahkan isu hak samarata antara lelaki dan perempuan dalam kekeluargaan Islam melalui hukum-hakam seperti poligami, faraid, ketaatan isteri, izin keluar rumah, aurat wanita, dan sebagainya. Hukum-hakam ini bakal dipertikaikan dengan melanggar segala Syari'at yang dibawa oleh al-Qur'ān dan al-Sunnah.

PUM PP juga mengharapkan kumpulan-kumpulan dan masyarakat bukan Islam tidak terpengaruh dengan propaganda kumpulan liberal Islam ini dan tidak campurtangan dalam urusan Aqidah dan prinsip-prinsip ajaran Islam sepertimana Islam mengajar penganutnya untuk tidak campurtangan dan menghormati dalam ajaran agama-agama lain sepertimana penegasan al Quran

لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ (109:6)

· 109:6 Unto you, your religous law, and unto me, mine !" [3]

Sehubungan dengan itu, PUM PP menyelar pelaksanaan program ini dan dilihat bakal merosakkan lagi aqidah umat Islam di Malaysia seterusnya membawa perpecahan kepada umat Islam dan member persepsi yang salah kepada Islam kepada semua pihak, termasuk masyarakat dunia yang hadir dan melihat perkembangan di Malaysia.


Dr Wan Salim Wan Mohd Nor

Yang di Pertua
Persatuan Ulama' Malaysia
cawangan Pulau Pinang (PUMPP)


Mohammad Nizam Mahshar
Setiausaha PUMPP

* untuk tujuan perhubungan sila hubungi :
Mohammad Nizam Mahshar
018 465 4074 / 013 402 5770

http://www.bernama.com
*
Johor
Offline
28.01.09 9656

Syukron
Beri: 591 Terima: 1372
Paparan Profil
« Jawab #2 pada: 16 February, 2009, 09:11:42 PM »

Terus terang saya katakan, saya tidak bersetuju dengan apa sahaja sister in Islam buat.

Saya pernah terbaca satu kenyataan yang ditulis dalam akhbar malaysia oleh Presidennya

mengenai Islam. Cakapnya memang bijak,pandanganya bernas bagi membela nasib wanita Islam.

Sayangnya, kalau kewajiban diri tidak mampu nak buat, seperti menutup aurat,

bagaimana nak membela ribuan wanita Islam yang lain. Caranya seolah mengajar ketam berjalan betul.

Bila di tanya kenapa tidak menutup aurat, mudah jawapnya, itu soal peribadi saya.

Kenapa tidak berkahwin, lelaki akan menyusahkan dia.

Saya malu bila mereka menggelar diri Sister In Islam.

Di peringkat antarabangsa mereka terkenal, dan itulah gambaran wanita Islam di Malaysia.

Pandai cakap tentang Islam tetapi tidak menjadikan Islam sebagai cara hidup.

Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
Penal Utama Baitul Muslim

*
Johor
Offline
28.01.09 9656

Syukron
Beri: 591 Terima: 1372
Paparan Profil
« Jawab #3 pada: 16 February, 2009, 09:18:05 PM »



Utusan Malaysia - Sisters in Islam Pertikai Keputusan Majlis Fatwa
Monday, 24 November 2008

KUALA LUMPUR: Sisters In Islam (SIS) menolak keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan amalan senaman yoga kerana tiada sebarang bukti dikemukakan bagi mewajarkan yoga diharamkan.

Pengurus Program SIS, Norhayati Kaprawi berkata, sehingga kini negara tidak pernah menerima apa-apa aduan atau bukti yang mengatakan ada individu beragama Islam bertukar kepada agama Hindu selepas mengamalkan senaman yoga.

''Jadi, mengapa perlu ia diharamkan? Mengapa terburu-buru untuk meletakkan undang-undang terhadap aktiviti senaman itu sedangkan ia tidak mengancam kedudukan agama Islam setakat ini?" soalnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Majlis Fatwa Kebangsaan semalam, yang mengharamkan umat Islam mengamalkan yoga secara sistematik kerana dibimbangi akan menghakis akidah jika pengamalnya meneruskan amalan itu ke peringkat lebih tinggi.

Menurut Norhayati, pihaknya mempunyai alasan kukuh mengapa pengharaman itu tidak patut dilakukan memandangkan amalan yoga tidak lebih daripada sekadar satu senaman untuk kesihatan.

''SIS tidak nampak ia boleh memesongkan akidah seseorang pengamalnya sama ada yang beragama Islam atau bukan Islam.

''Ini kerana yoga tidak lebih dari sekadar senaman untuk kesihatan jasmani, sama juga seperti senaman Tai Chi dan Qigong, '' katanya.

Sambil menyifatkan ia sebagai satu pengajaran, beliau bagaimanapun meminta supaya Majlis Fatwa lebih peka sebelum membuat sebarang tindakan membabitkan isu-isu sensitif seperti itu.

Dalam pada itu, beliau berkata, SIS juga akan memberi sokongan penuh sekiranya Majlis Fatwa mengambil langkah untuk mengkaji semula perkara tersebut bagi mengelak kekeliruan masyarakat.
*
Kuala Lumpur
Offline
14.01.09 788

Syukron
Beri: 35 Terima: 219
Paparan Profil
« Jawab #4 pada: 16 February, 2009, 09:27:13 PM »

Terus terang saya katakan, saya tidak bersetuju dengan apa sahaja sister in Islam buat.

Saya pernah terbaca satu kenyataan yang ditulis dalam akhbar malaysia oleh Presidennya

mengenai Islam. Cakapnya memang bijak,pandanganya bernas bagi membela nasib wanita Islam.

Sayangnya, kalau kewajiban diri tidak mampu nak buat, seperti menutup aurat,

bagaimana nak membela ribuan wanita Islam yang lain. Caranya seolah mengajar ketam berjalan betul.

Bila di tanya kenapa tidak menutup aurat, mudah jawapnya, itu soal peribadi saya.

Kenapa tidak berkahwin, lelaki akan menyusahkan dia.

Saya malu bila mereka menggelar diri Sister In Islam.

Di peringkat antarabangsa mereka terkenal, dan itulah gambaran wanita Islam di Malaysia.

Pandai cakap tentang Islam tetapi tidak menjadikan Islam sebagai cara hidup.

Sisters in Islam, or what so ever their name is, adalah sebuah gerakan perempuan yang hanya bertujuan untuk menunjukkan besarnya nafsu mereka...banyak hujjah mereka tidak didasarkan pada ilmiah, walaupun ilmiah modern...ada sebuah buku yang mereka karang di Indon, dan sangat menghina Syaikh Umar Nawawi al-Bantani... atau dikenal dengan nama Nawawi banten...mereka menghujat Nawawi Banten....buku mereka berjudul wajah baru relasi suami Istri....lalu Pondok Lirboyo telah berhasil mengcounter dengan mereka dengan judul potret Ideal Suami Istri.....


ليس الفتى يقول هو أبي لكن الفتى يقول هذا أنا

Reading to live - Flaubert ..... Say No to Intellectual Barbarism!
---Raden Kiai Mooksy---
*
Johor
Offline
28.01.09 9656

Syukron
Beri: 591 Terima: 1372
Paparan Profil
« Jawab #5 pada: 16 February, 2009, 09:28:29 PM »


Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,
pastinya kenal Aminah Wadud ...perempuan pertama yang menjadi imam untuk solat jumaat...
tak pernah berlaku dalam dunia Islam..akhirnya...dan dialah pengasas Sister In Islam di malaysia ini....

sahabat sekalin..memanglah kubur kita lain-lain..
tapi ini demi Islam..apa tindakan kita?  dimana sensitiviti kita?
Baru-baru ini telah ada segolongan pihak yang telah menghantar
memorandum agar tidak dikenakan tindakan moral kepada umat Islam...
kesannya...
umat  Islam boleh buat sesuka hati tanpa ada pihak yang menghalang....
patut ke....
isu logo halal, sosej babi...

sahabat-sahabat dah lupa ke...
dimana pendirian kita sebagai umat Islam...
tak terasa agama kita mula dipermainkan ke...
Sahabat-sahabat yang dikasihi Allah...
gunakan pancaindera kita sebaik-baiknya...
kerana islam makin ditekan...N
amun apakah tindakan kita?
salahkah kita pertahankan agama kita...

Saya bukan fanatik agama..
tapi agama Islam...
agama yang paling agung...
bersamalah kita muhasabah diri. 
*
Johor
Offline
28.01.09 9656

Syukron
Beri: 591 Terima: 1372
Paparan Profil
« Jawab #6 pada: 16 February, 2009, 09:35:56 PM »



Pada tahun 2006, saya menonton tv3 dalam program wanita hari ini.
terdapat perbincangan mengenai isu poligami.
akan tetapi panel yang dijemput ialah ngo dari SISTER IN ISLAM.

Mereka  yang dijemput menjadi ahli panel adalah terdiri daripada pengarah ,
penasihat undang undang dan sorang lagi saya tak ingat ( maybe setiausahanya kot ).

Masalah yang dibincangkan ialah mengenai bantahan SISTER IN ISLAM untuk menggubal undang-undang yang akan dibahaskan di parlimen yang berkaitan dengan isu poligami.

Dalam pemerhatian saya, terdapat beberapa perkara yang sangat saya tidak senangi mengenai SISTER IN ISLAM ni.

1. SISTER INI ISLAM seolah-olah cuba untuk menyampaikan mesej kepada masyarakat bahawa undang-undang Islam banyak kecacatannya.

2. saya jijik bila pengarah SISTER IN ISLAM itu berkobar- kobar menyatakan kepincangan undang-undang agama Islam. Sedangkan dalam masa yang sama dia sendiri tidak menutup auratnya = tidak memakai tudung.

3. SISTER IN ISLAM ingin mengubah undang - undang keluarga Islam sama dengan undang-undang keluarga yang digunakan oleh orang bukan Islam di Malaysia.

Saya tak nampak apa yang mereka perjuangkan itu untuk membela wanita Islam kah?

SAYA BERHARAP PIHAK AGAMA ISLAM TIDAK BERDIAM DIRI DALAM HAL INI KERANA IA MEROSAKKAN AKIDAH

HATI- HATI TERHADAP PERTUBUHAN SISTER INI ISLAM INI, MEREKA MENGGUNAKAN PERUNDANGAN UNTUK
MELEMAHKAN AKIDAH ORANG ISLAM.

YA ALLAH, SELAMATKANLAH KAMI, SELAMATKAN NEGARA KAMI DARIPADA GOLONGAN- GOLONGAN YANG SESAT
LAGI MENYESATKAN INI.

*
Johor
Offline
28.01.09 9656

Syukron
Beri: 591 Terima: 1372
Paparan Profil
« Jawab #7 pada: 16 February, 2009, 10:07:41 PM »

Harakah - Waspada Terhadap Golongan Sesat di Kalangan Umat Islam
Thursday, 30 October 2008



Rasulullah s.a.w. telah meninggalkan umatnya sejak empat belas abad yang lalu, iaitu satu tempoh yang agak lama, sepeninggalan baginda sebenarnya telah memberikan banyak input mengenai Islam dalam bentuk yang mudah difahami, apatah lagi umat hari ini yang boleh disifatkan sebagai golongan manusia yang mudah untuk memahami sesuatu, kerana mereka semakin cerdik.

Namun begitu, apa yang sepatutnya diharapkan dari umat ini ialah bagaimana mereka boleh menjadi individu-individu yang terbaik dalam segenap aktiviti atau agenda harian hidup mereka, kerana peluang dan kesempatan untuk mereka menggarap khazanah ilmu peninggalan baginda Rasulullah s.a.w. terbentang luas, sepatutnya mereka boleh jadi lebih baik dibandingkan umat terdahulu, sama ada di kalangan para sahabat, tabiin dan generasi selepas itu.


Tetapi apa yang dapat dilihat di kalangan umat Islam hari ini, mereka semakin menjadi lemah tidak keharuan, jumud (beku) cara berfikirnya, malah ada yang tersasar jauh daripada ajaran Islam sebenar, akibat tidak duduk dalam majlis-majlis ilmu atau bersama dengan golongan yang mampu mengingatkan mereka kepada Allah SWT.


Benarlah apa yang disabdakan oleh baginda Rasulullah s.a.w., bahawa akan datang satu masa (dianggarkan masa itu ialah pada hari ini), ramai di kalangan umat Islam menjauhkan diri daripada golongan ulama (tidak mahu memperdalami ilmu agama), tindakan mereka itu sebenarnya telah mengundang kemarahan Allah, dan Allah timpakan tiga bala ke atas diri mereka, iaitu Allah akan menarik segala sumber keberkatan dalam usaha/pekerjaan yang dilakukan, mereka akan diperintah oleh para pemerintah yang zalim dan mereka akan meninggalkan dunia ini dengan tidak membawa walaupun secebis iman dalam diri mereka.


Justeru, tidak hairanlah jika mereka bertindak sesuatu yang menyalahi ajaran agama Islam, akibat daripada menjauhkan diri daripada ulama yang merupakan pewaris nabi-nabi, malah mewarisi tugas, kerja, peranan nabi-nabi dalam menyampaikan kebenaran untuk menyeru manusia seluruhnya menerima Islam sebagai satu-satunya agama yang diperakui Allah SWT.


Sehubungan itu, baginda Rasulullah s.a.w. ada menegaskan dalam sebuah hadisnya yang bermaksud : Bagi orang yang mempelajari ilmu-ilmu agama, mereka akan berhadapan dengan (tiga) golongan yang mencabar keilmuan mereka, iaitu golongan yang menyeleweng daripada kebenaran agama Islam lagi melampaui batas-batas agama, golongan yang mencipta agama baru dan golongan yang jahil tentang Islam, tetapi cuba mentafsirkan Islam mengikut kepala mereka.


Jelas daripada apa yang ditegaskan oleh baginda, sesungguhnya bagi mereka yang benar-benar komited dengan Islam, berusaha untuk menyampaikannya kepada orang lain, tetapi pada masa yang sama akan berhadapan dengan golongan-golongan yang disifatkan oleh baginda sebagai anti kepada Islam yang mesti dibendung dengan apa cara sekalipun , lebih-lebih lagi golongan pemerintah.


Kenapa tidak, kerana golongan-golongan tersebut boleh memudaratkan akidah, pegangan, kepercayaan yang dianuti oleh orang-orang Islam yang lemah cara berfikirnya, dibimbangi akan mendatangkan musibah yang berpanjangan pada masa akan datang.


Kenyataan baginda di atas telah disebut seribu tahun yang lalu, tetapi ia dianggap segar dalam minda umat Islam yang sayangkan agama mereka, ini kerana golongan yang menyeleweng daripada kebenaran agama Islam lagi melampaui batas-batas agama semakin berleluasa dalam masyarakat, ia dapat dilihat dengan tindakan para pengusaha atau pengamal perfileman yang menerbitkan filem-filem yang dianggap tersasar jauh daripada kebenaran Islam dan sekaligus melampaui batas-batas agama Islam yang suci daripada sebarang bentuk penyelewengan.


Begitu juga dengan golongan yang mencipta agama baru, seperti lahirnya golongan yang mengaku menjadi nabi selepas Nabi Muhammad s.a.w., seperti Kahar Ahmad, Ayah pin dan lain-lain yang masih aktif dengan penyelewengan mereka yang sepatutnya dihukum sebagai terkeluar daripada agama Islam, namun penguatkuasaan ke atas mereka masih berada pada jalan buntu yang belum dirungkai.


Ini termasuk penyelewengan golongan yang cuba mentafsirkan Islam, sedangkan mereka sebenarnya jahil mengenainya, ia dapat dilihat seperti tindakan golongan liberisme, pluralisme, Sisters In Islam dan lain-lain yang jelas menunjukkan kejahilan mereka mengenai Islam, tetapi cuba mentafsirkan Islam yang jelas menyimpang jauh daripada landasan Islam sebenar.


Yang dibimbangkan, jika golongan-golongan berkenaan tidak dibendung dengan kadar segera oleh pihak berkuasa, lambat laun akan mempengaruhi umat khususnya di kalangan golongan remaja yang longgar ikatan dan hubungan mereka dengan Islam, kerana golongan-golongan berkenaan tidak pernah berdiam diri daripada berperanan untuk menyatakan pandangan mereka mengenai Islam mengikut acuan mereka yang tidak selari dengan islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.
Topic starter
*
Offline
11.01.09 35

Syukron
Beri: 0 Terima: 2
Paparan Profil
« Jawab #8 pada: 16 February, 2009, 10:24:04 PM »

 assalamualaikum

Saudara sekalian,

Andainya kita mulakan satu gerakan menentang SIS diwaktu ini, proses kehancuran SIS pasti akan jelma tiba...bagaimana? ada sesiapa yang menyokong cadangan ini? Kita jadikan Halaqah.net sebagai PLATFORM UTAMA untuk menghancurkan golongan munafiq ini..
*
Malaysia
Offline
05.04.08 1073

Syukron
Beri: 98 Terima: 208
Paparan Profil WWW
« Jawab #9 pada: 16 February, 2009, 11:11:08 PM »

assalamu'alaikum

Sila berikan strateginya dan perancangan yang boleh dibuat untuk dibincangkan..

*
Offline
27.01.09 3

Syukron
Beri: 0 Terima: 0
Paparan Profil
« Jawab #10 pada: 16 February, 2009, 11:41:59 PM »

golongan ini mmg payah dah nak brubah.....
klu kite bantah pun mrk akan melawan dgn sedaya upaya dgn dalil mrk....
mmg Allah dah jdkan hati mrk keras spt batu....
bg ana lah....
strategi yg dpt mgelakkn golongan ini trus berkembang biak ialah first sekali...
anak-anak mrk lah yg jd sasaran utama kita utk mgajar ttg agama islam....
klu antum dah jd cikgu ke, bg2lah nasihat n tarbiyah ttg kejahilan golongan tersebut dgn mdidik anak2 mrk memahami cra hidup islam yg unggul....
ini je pndpt ana....
klu ada ape2 musykillahhh....
we discuss together....
*
Offline
14.01.09 111

Syukron
Beri: 0 Terima: 0
Paparan Profil
« Jawab #11 pada: 16 February, 2009, 11:59:01 PM »

Astaghfirullah...Ya Allah ya Tuhanku,lindungilah umat Nabi Muhammad SAW ini dari golongan yang sesat ini.

SIS sangat bahaya.bagi mereka yang dangkal ilmu mengenai wanita dalam Islam pasti terpengaruh dengan pertubuhan tersebut.SIS ni tak boleh diambil tindakan ke?
*
Malaysia
Offline
05.04.08 1073

Syukron
Beri: 98 Terima: 208
Paparan Profil WWW
« Jawab #12 pada: 17 February, 2009, 12:02:10 AM »

Sister in Islam ini adalah salah satu isu yang bermusim.. bila panas maka ia akan timbul seperti isu terdahulu yang menyentuh mengenai menutup aurat (wanita memakai tudung menutupi dada), pewarisan - mengapa lelaki lebih mendapat banyak hak, isu poligami (dahulu mereka pernah mengadakan satu kempen satu isteri untuk satu suami), SIS juga terlibat dalam isu IFC dan menyokongnya, mereka ini juga mempertikaikan talaq di dalam tangan suami.

Dan banyak lagi.

Tetapi malangnya - mereka ini tetap dibenarkan bebas berada di dalam dada akhbar untuk memberi ulasan. Padahal sebenarnya sudah nyata mereka ini adalah golongan yang mempertikaikan hukum ALlah.
*
Offline
14.01.09 111

Syukron
Beri: 0 Terima: 0
Paparan Profil
« Jawab #13 pada: 17 February, 2009, 12:19:40 AM »

Ternyata media sangat menyokong mereka...apatah lagi kerajaan.takkan tiada pihak2 yang tertentu dapat menghalang mereka?seperti para mufti atau alim ulama' yang lain.
*
Malaysia
Offline
05.04.08 1073

Syukron
Beri: 98 Terima: 208
Paparan Profil WWW
« Jawab #14 pada: 17 February, 2009, 12:20:51 AM »

jika kita menjalan sedikit penyelidikan, kita akan dapat Persatuan Ulama Malaysia pun sudah mengadakan bantahan kepada SIS dan mereka yang sewaktu dengannya serta telah menghantar memorandum kepada raja-raja.
*
Offline
14.01.09 111

Syukron
Beri: 0 Terima: 0
Paparan Profil
« Jawab #15 pada: 17 February, 2009, 12:27:10 AM »

Alhamdulillah ade juga tindakan yang diambil ke atas mereka...tapi SIS semestinya tidak menghiraukan bantahan yang dikenakan ke atas mereka.pastinya mereka ingin terus menyebarkan Islam Liberalisme terhadap umat Islam di Malaysia.hmmm.
*
Malaysia
Offline
05.04.08 1073

Syukron
Beri: 98 Terima: 208
Paparan Profil WWW
« Jawab #16 pada: 17 February, 2009, 12:29:51 AM »

Sewajarnya kita mengambil tahu juga siapa di sebalik SIS. assalamualaikum Mengapa ia tidak diharamkan terus. Ada kepentingan tertentu? Walhal mereka ini telah banyak menghina hukum ALlah. Silalah baca memorandum PUM kepada majlis raja-raja di sini mengenai penulis yang menghina RasuluLlah dan ulamak. :

http://mari209.tripod.com/2002mac/2002-0340.htm

« Last Edit: 17 February, 2009, 12:50:57 AM oleh IbnuNafis »
*
Kuala Lumpur
Offline
14.01.09 788

Syukron
Beri: 35 Terima: 219
Paparan Profil
« Jawab #17 pada: 17 February, 2009, 02:12:57 AM »

Sewajarnya kita mengambil tahu juga siapa di sebalik SIS. assalamualaikum Mengapa ia tidak diharamkan terus. Ada kepentingan tertentu? Walhal mereka ini telah banyak menghina hukum ALlah. Silalah baca memorandum PUM kepada majlis raja-raja di sini mengenai penulis yang menghina RasuluLlah dan ulamak. :

http://mari209.tripod.com/2002mac/2002-0340.htm


Well, actually saya kenal secara peribadi dengan salah satu orang kuat yang juga memberi nyawa hidup SIS...saya pernah jumpa beliau sewaktu saya masih seorang pelajar/santri class 2 Aliyah...pada waktu itu saya pergi ke UK untuk mengajar agama pada mualaf2...then saya dikenalkan dengan beliau pada suatu jamuan makan malam bersama scholar2 di Kota UK tsb.. pada saat kami berbincang2, beliau datang dan berkata sesuatu pada saya...beliau secara bangga menemui seorang budak Malaysia yang study di  jawa..dan beliau berkata bahwa beliau sangat sanjung dengan ulama Indonesia, sebab berani memberi pandangan yang baru dan lebih segar dari ulama lain...pada mulanya saya suka, tapi selanjutnya saya terkejut bahwa pendapat tersebut adalah mengenai pendapat Seorang Kyai Liberal atau kyai yang teraring dalam Jaringan Islam Liberal (JIL) yang fitnahnya membuat kami2 dari golongan Nahdlatul Ulama terpaksa merasa malu dengan Umat Islam di seluruh dunia...sejak itu saya tau bahwa perempuan yang menemui saya ini adalah orang liberal...dan akhirnya, ia pun keluar di dalam media sebagai pengikut SIS....dan lebih sedihnya ia adalah orang besar dengan connection yang tinggi...

so memang Susah nak hilangkan SIS di Malaysia...
Topic starter
*
Offline
11.01.09 35

Syukron
Beri: 0 Terima: 2
Paparan Profil
« Jawab #18 pada: 19 February, 2009, 05:40:54 PM »

Sewajarnya kita mengambil tahu juga siapa di sebalik SIS. assalamualaikum Mengapa ia tidak diharamkan terus. Ada kepentingan tertentu? Walhal mereka ini telah banyak menghina hukum ALlah. Silalah baca memorandum PUM kepada majlis raja-raja di sini mengenai penulis yang menghina RasuluLlah dan ulamak. :

http://mari209.tripod.com/2002mac/2002-0340.htm


Well, actually saya kenal secara peribadi dengan salah satu orang kuat yang juga memberi nyawa hidup SIS...saya pernah jumpa beliau sewaktu saya masih seorang pelajar/santri class 2 Aliyah...pada waktu itu saya pergi ke UK untuk mengajar agama pada mualaf2...then saya dikenalkan dengan beliau pada suatu jamuan makan malam bersama scholar2 di Kota UK tsb.. pada saat kami berbincang2, beliau datang dan berkata sesuatu pada saya...beliau secara bangga menemui seorang budak Malaysia yang study di  jawa..dan beliau berkata bahwa beliau sangat sanjung dengan ulama Indonesia, sebab berani memberi pandangan yang baru dan lebih segar dari ulama lain...pada mulanya saya suka, tapi selanjutnya saya terkejut bahwa pendapat tersebut adalah mengenai pendapat Seorang Kyai Liberal atau kyai yang teraring dalam Jaringan Islam Liberal (JIL) yang fitnahnya membuat kami2 dari golongan Nahdlatul Ulama terpaksa merasa malu dengan Umat Islam di seluruh dunia...sejak itu saya tau bahwa perempuan yang menemui saya ini adalah orang liberal...dan akhirnya, ia pun keluar di dalam media sebagai pengikut SIS....dan lebih sedihnya ia adalah orang besar dengan connection yang tinggi...

so memang Susah nak hilangkan SIS di Malaysia...


Lagi susah kerana salah seorang orang kuat SIS ialah anak PM
*
Offline
29.01.09 26

Syukron
Beri: 0 Terima: 0
Paparan Profil
« Jawab #19 pada: 20 February, 2009, 02:44:08 AM »

Amina wadud lah diorang punya kpala,,dulu sibuk nak jadi imam solat jumaat kat US. Itu pun diorang tak sedar lagi.
Yang aku pelik, ada jugak lelaki kat sof belakang jadi makmum. BANGANG
 
Pindah ke:  

Related Topics
Subjek Dimulakan Oleh Jawapan Views Kiriman Terakhir
REPLIKA UMAT ISLAM...... Isu Semasa kanjeng سنن 6 1164 Kiriman Terakhir 13 November, 2009, 10:03:54 AM
oleh nurudin
UMAT ISLAM DIHINA? Dunia Islam « 1 2 3 4 5 » saladin 83 6642 Kiriman Terakhir 17 November, 2009, 07:53:41 PM
oleh jami
Lagi umat islam dianiaya... Isu Semasa ibnuwalidaini 2 337 Kiriman Terakhir 12 March, 2009, 10:22:53 PM
oleh kanjeng سنن