Anak Istimewa - Hyperaktif

Author Topic: Anak Istimewa - Hyperaktif  (Read 17633 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

MamaRia

  • *
  • Posts: 1
    • View Profile
Reply #20 03 April, 2009, 12:13:43 PM
  • Publish
  • assalammualaikum...

    saya nak tahu lebih lanjut pasal anak hyper aktif nie la.. saya ada anak berumur 1thn... dia mmg lasak.. tak boleh duduk diam... suka panjat2.. suka explore semua bender... tu hyper ker?? saya risau dgn keadaan ini..

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14486
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #21 03 April, 2009, 12:26:46 PM
  • Publish
  • assalammualaikum...

    saya nak tahu lebih lanjut pasal anak hyper aktif nie la.. saya ada anak berumur 1thn...
    dia mmg lasak.. tak boleh duduk diam... suka panjat2.. suka explore semua bender...
    tu hyper ker?? saya risau dgn keadaan ini..

    Yang boleh mengelaskan seorang kanak-kanak itu hyperaktif  atau tidak, hanyalah doktor pakar kanak-kanak.
    Mereka akan membuat ujian peringkat demi peringakat semada melalui ujian fizikal dan ujian IQ.
    Mereka akan melihat perkembangan pembesaran kanak-kanak tersebut dalam jangka waktu tertentu.
    Selagi tiada pengesahkan dari doktor pakar, kanak-kanak itu tidak boleh disahkan hyperaktif.
    Jika mama ria merasa ragu-ragu sila bawa anak berjumpa doktor pakar kanak-kanak.

    Disini saya hanya memaparkan sedikit ciri-ciri kanak-kanak hyperaktif sebagai rujukan dan panduan.

    Kebanyakan kanak-kanak yang dikatakan terlalu lasak oleh ibubapa boleh dikawal
    dan didisiplinkan.Mereka semakin kurang lasak apabila usia mereka meningkat 8
    tahun.Tetapi yang menyulitkan para ibubapa ialah apabila keadaan lasak ini
    menjadi tidak terkawal. Anak tak mendengar kata, asyik dengan
    aktivitinya,terlalu resah,tidak boleh duduk diam hampir dalam semua situasi (di
    tadika,di klinik,di kedai,di taman permainan)dan tidak boleh menumpukan
    perhatian kepada sesuatu aktiviti. Keadaan ini dikenali sebagai ‘Sindrom
    Hiperaktif’ atau ‘Attention Deficit’ atau ‘Hyperactive Disorder’.

    Kanak-kanak hyperaktif kadangkala bukan sahaja disebabkan oleh sifat semulajadi
    atau dari sudut pengasuhan tetapi juga perlu dilihat dari sudut kekurangan zat
    yang amat diperlukan oleh saraf otak mereka yang dikenali sebagai Asid
    Dokosaheksanoik.

    Keadaan seperti Attention Deficit Hyperactive Disorderi yang mana kanak-kanak
    tersebut bukan sahaja hyperaktif dan menunjukkan sifat degil, malah kurang daya
    tumpuan dan impulsif dan ini dikaitkan dengan kandungan Asid Dokosaheksanoik
    yang rendah dalam darah mereka. Kanak-kanak ini biasanya turut mempamerkan
    tahap pembelajaran yang rendah berbanding dengan rakan seumur mereka.
    « Last Edit: 12 August, 2009, 07:48:30 AM by Munaliza Ismail »
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    cekgu rose

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Reply #22 16 April, 2009, 04:26:09 PM
  • Publish
  • saya mahukan sedikit bantuan dari kawan-kawan..
    mengenai terapi -terapi yang sesuai untuk kanak-kanak pendidikan khas yang bermasalah pembelajaran ini......
    saya merupakan cekgu pendidikan khas.
    « Last Edit: 16 April, 2009, 04:32:46 PM by Munaliza Ismail »

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14486
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #23 16 April, 2009, 04:32:31 PM
  • Publish
  • saya mahukan sedikit bantuan dari kawan-kawan..
    mengenai terapi -terapi yang sesuai untuk kanak-kanak pendidikan khas yang bermasalah pembelajaran ini......
    saya merupakan cikgu pendidikan khas.

    Saya juga guru pendidikan khas.
    terapi yang bagaimana yang cikgu rose perlukan?
    slow leaner atau kanak-kanak khas ?
    dalam lingkungan usia berapa?
    selain dari hyperaktif ni, adalagi topik autisme di board ini.
    Lihatlah , pengalaman saya mendidik dan membimbing mereka.
    cikgu rose mengajar dimana dan telah berapa lama bersama mereka?

    luqmanul hakim

    • *
    • Posts: 3
      • View Profile
    Reply #24 04 May, 2009, 03:10:27 PM
  • Publish
  • TAHNIAH ummie khasnya dan guru2 yang m'ajar kanak2 istimewa ini... anda adalah pilihan ALLAH untuk diberi  keistimewaan 'menghidupkan' dunia anak-anak istimewa ini...

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14486
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #25 31 July, 2009, 12:09:45 PM
  • Publish
  • Anak istimewa, hyperaktif, dah 5 tahun , Syafiq, Haiqal, Vinotheni, Aiman dan Chan Jian Hui sekelas.
    Dari mula melapur diri masuk kelas ini, aku yang mendidik mereka subjek BM, Matematik ,Sains Sosial,
    Pendidikan Islam dan Kelmahiran Hidup.

    Tahap perkembangan akademik mereka rupanya dah statik. Dari mula dulu mereka mengeja ikut suku kata
    kvkv, hingga hari ini, tahun akhir mereka berada di sekolah menengah, usia dah mencapai 19 tahun, itulah
    sahaja ejaan yang mampu mereka ingat. Sedih juga  bila ingatkan, macam aku tidak mengajar apa-apa
    pula kerana dari mereka masuk hingga nak grade, mereka tetap tidak boleh membaca laju dan memahami
    apa yang dibaca.

    Cara berwuduk pun sama, hari -hari kita tunjuk ajar , lebih kurang sebulan pun cara berwuduk tetap tidak
    ikut tertib. Apatah lagi bab solatnya. Berkat kesabaran yang ada dalam diri ini sahaja yang boleh tahan
    untuk terus mendidik mereka. Mendidik mereka langsung tidak boleh marah atau menggunakan kekerasan.

    Walaupun aku tahu, mereka ini tergolong "wali" terlepas dosa pahala, tetapi kita ini tetap kena mendidik
    mereka untuk menguruskan diri supaya jangan ada orang ambil kesempatan di atas kelurusan mereka.
    Mereka mampu untuk mengurus diri tetapi tidak mampu untuk menguruskan hidup da kehidupan sendiri.
    Mereka tetap bergantung kepada insan lain agar hidup mereka tidak terbiar selepas sekolah dan di panggil
    "orang gila" atau "tiga suku". Wahai insan, bantu lah mereka jika ditemui dijalanan, mereka pun tidak mahu
    dilahirkan begitu.  

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14486
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #26 31 July, 2009, 01:24:01 PM
  • Publish
  • Attention deficit hyperactivity disorder (ADHD)

    Apakah "Hiperaktif " ADHD dan ADD?


    ADHD (Attention-Deficit Hyperactive Disorder). Secara biologikal, takrif bagi "hyper-active' adalah pengambilan gula yang berlebihan. Kanak-kanak adalah lebih cenderung kerana pada peringkat usia ini mereka lebih gemarkan makanan rapu, gula-gula dan makanan ruji. Tanpa pengawasan yang sewajarnya kadar gula akan melebihi daripada kapasiti yang sepatutnya. Sememangnya gula amat penting untuk pembekalan tenaga tetapi gula yang di perlukan untuk perkembangan otak adalah gula asli yang mempunyai unsur glukosa iaitu daripada sumber asli seperti sayuran, ubi kentang, ikan dan sumber lain. Namun, gula yang ada di pasaran sekarang adalah gula yang diproses melalui proses pengeringan dan tidak begitu sesuai dengan komposisi tubuh kanak-kanak.

    Pengambilan gula yang berlebihan oleh kanak-kanak boleh menyebabkan peningkatan suhu badan dan memberi tekanan pada perjalanan darah. Ini akan menyebabkan kanak-kanak hilang tumpuan dan kegagalan untuk memfokus kepada sesuatu perkara. Antara simptom perubahan kimia yang sering di hadapi kanak-kanak ialah:

        * mata memfokus terlalu cepat,
        * badan kerap berpeluh,
        * jari kaki dan tangan bergerak-gerak serta lutut meregang menyebabkan mereka kelihatan aktif dan tidak duduk diam.
        * Faktor lain yang menyebabkan kanak-kanak bersikap aktif selain pengambilan gula yang berlebihan ialah faktor
           genetik ibu bapa, cuaca dan alam sekitar.

    Antara ciri-ciri kanak-kanak "hyper-active" ialah kurang penumpuan iaitu:

        * tidak dapat memfokus kepada pelajaran atau tidak berminat kepada sesuatu perkara yang penting.
        * Yang kedua terlalu agresif, dimana mereka kelihatan tidak berdisplin, tidak memberi perhatian dan mengabaikan tugasan
           yang di berikan serta lebih suka kepada bermain dan mengusik rakan-rakan lain.
        * Faktor ketiga ialah cepat terpengaruh. Mereka lebih suka meniru gaya atau perwatakan orang yang lebih besar,
           biasanya ianya berlaku pada peringkat usia 2 tahun keatas.

    Kebiasaannya pada usia 9 tahun sikap "hyper-active" mulai kurang kerana pada peringkat ini mereka sudah mulai berfikir dan ada sesetengahnya sudah mencapai akal baligh (dewasa). Namun jika masalah ini masih berterusan kemungkinan mereka menghadapi sindrom ADHD atau ADD. Kadangkala sindrom ini sukar di kesan di peringkat awal dan guru atau ibu bapa mengambil langkah mudah sekiranya masalah seperti menumbuk kawan, memukul haiwan, mengusik rakan dan perangai yang pelik di lakukan.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14486
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #27 31 July, 2009, 01:30:58 PM
  • Publish
  • Apakah tanda-tanda ADHD

    Kanak-kanak ADHD haruslah menunjukkan tingkah laku yang terdapat dalam tiga kategori utama yang sering berlaku dalam beberapa persekitaran seperti:

        * di rumah,
        * di sekolah dan sebagainya

     

    1. Hiperaktiviti

        * Kerap menggerakkan tangan atau kaki atau menggeliang-geliut di tempat duduk.
        * Selalu meninggalkan tempat duduk ketika di kelas
        * Selalu berlari ke sana ke mari atau suka memanjat dan pada kebanyakan masa kelihatan kekok
        * Kerap menghadapi masalah untuk bermain atau melakukan aktiviti riadah secara senyap
        * Banyak bercakap
        * Sering bergerak cergas atau kerap bertindak seolah-olah digerakkan oleh motor.

    2. Tempoh tumpuan yang singkat

        * Sering gagal memberi tumpuan yang teliti kepada butir-butir terperinci atau cuai serta membuat kesilapan
           semasa membuat kerja sekolah atau aktiviti-aktiviti lain
        * Selalu tidak mematuhi arahan dan gagal menyiapkan kerja sekolah, kerja harian atau tugas
        * Kerap mengalami masalah untuk mengatur tugas dan aktiviti-aktiviti
        * Kerap mengelak, tidak suka atau keberatan hendak melakukan sesuatu tugas yang memerlukan tumpuan
           yang lama (seperti kerja sekolah atau kerja rumah)
        * Selalu kehilangan barang (misalnya pensil, pemadam, buku atau tugasan sekolah, mainan dan sebagainya)
        * Tumpuan mudah bertukar dari satu aktiviti ke satu aktiviti lain
        * Mudah lupa walaupun tidak sepatutnya jika mengikut usia dan keupayaan.

    3. Tingkah laku impulsif

        * Selalu memberi jawapan sebelum soalan lengkap diajukan
        * Kurang sabar dan hadapi masalah ketika menunggu giliran
        * Sering mengganggu atau mencelah perbualan atau aktiviti orang lain
        * Sering membuat pertimbangan yang salah dan mudah mengalami kemalangan

    Ini lah yang guru-guru selalu hadapi, apabila penumpuan pembelajaran mereka sangat singkat. Seorang guru itu dikira
    berjaya apabila dia boleh membimbing anak hyper aktif boleh duduk dan memberi tumpuan terhadap pelajaran hari itu jika
    melebehi 5 minit. Sebab itu anak-anak hyper aktif langsung tidak berminat untuk menonton cerita kartun.

    Jadi pada ibu bapa boleh bezakan samada mereka itu hanya setakat hyper aktif atau tergolong dalam ADHD
    dengan menyuruh melihat kartun. Sekiranya mereka terlalu aktif pun, jika masih boleh dan suka menonton kartun,
    itu telah dikira baik dan mereka tidak tergolong dalam OKU.

    Moralnya : jangan marah pada anak-anak yang suka tengok kartun.

    qiraati

    • *
    • Posts: 283
    • Ukhwah Fillah Abadan Abada
      • View Profile
    Reply #28 12 August, 2009, 07:41:27 AM
  • Publish
  • Salam alayk

    Semasa ana belajar subjek "young guiding children", untuk anak yang aktif, ada prof kata, jangan bagi coklat bila anak itu hyper. Dan adalah normal bagi kanak-kanak atau bayi pada umur 1 tahun aktif dan explore sana sini. Di namakan stage oral dan phallic stage. Bukan cara kita kurangkan mengikut kehendak kita tetapi adakah kita sendiri mampu ??sekiranya kita tidak mampu, perlu aktiviti-aktiviti dimana tenaga anak2 ni boleh disalurkan sambil belajar, sebab kanak-kanak hyper ini kadangkala cepat belajar. Kadang-kadang, dia akan merayau-rayau kalau dah tahu ABC. Kalau nak darjah satu, dia akan bosan dan ganggu orang sana sini.sebab apa? sebab dia dah tahu ABC dan perlu berikan pendidikan yang sama length dengan keupayaannya. Teori ni dikenali sebagai cognitive development. Keupayaan minda kanak2 mesti sama level. Kita mesti faham. sebagai ibubapa, walaupun ana belum, anak-anak kecil ini tidak akan faham apa yang kita nak kerana perbezaan minda kita. Kalau tidak percaya, cuba buat eksperimen pada bayi, main cak cak. Ada reaksi atau tidak. Bagi bayi beberapa bulan dia akan statik. Bagi anak-anak yang emosi dan minda yang tengah membina, dia akan tersenyum, mencari, menggapai tangan kita dan tahu kita telah ada di sebalik tangan kita. Jadi di sini, tidak salahnya kalau anak-anak berumur setahun 2 tahun aktif, cara mengawalnya ada banyak jenis. Insya Allah, sekiranya ana ada masa, ana akan kongsikan. Ana telah pun buat eksperimen pada anak buah ana. Alhamdulillah, terkawal sedikit demi sedikit. Antum juga boleh belajar dan baca dalam bab social development of children atau lihat di youtube. Memang menarik.
    Cuba berjuang menjadi muslimah terbaik

    fizarisna

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Reply #29 01 December, 2009, 03:45:11 PM
  • Publish
  • Salam..
    Saya mempunyai seorang anak perempuan berumur 9 tahun yang slow learner dan hyperaktif ingin mengetahui cara-cara mengikuti terapi dan inclusion program di NASOM. 
    Anak saya pula hanya hyperaktif di hadapan kami ibu-bapanya sahaja tetapi dihadapan guru kelas pendidikan khas beliau merupakan seorang yang pemalu. 
    Saya juga telah membuka laman web NASOM tetapi hanya aktif bhg lamannya sahaja. Diharap suapaya mendapat petunjuk dan tunjuk ajar serta dapat berkongsi pendapat mengenai anak slow learner dan hyperaktif ini.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14486
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #30 01 December, 2009, 04:25:47 PM
  • Publish
  • Salam..
    Anak saya pula hanya hyperaktif di hadapan kami ibu-bapanya sahaja tetapi dihadapan guru kelas pendidikan khas beliau merupakan seorang yang pemalu. 
    Saya juga telah membuka laman web NASOM tetapi hanya aktif bhg lamannya sahaja. Diharap suapaya mendapat petunjuk dan tunjuk ajar serta dapat berkongsi pendapat mengenai anak slow learner dan hyperaktif ini.


     :ws:
    Cuba puan baca dari awal tajuk ini, sebab tadi puan jumpa tajuk anak istimewa - austisme, mungkin ada yang boleh membantu puan.

    hasneeza

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Reply #31 04 March, 2010, 03:56:38 AM
  • Publish
  • Assalamualaikum, saya ibu kepada anak istimewa. Lebih mirip kepada ADHD. Melalui Kauffman test, anak saya yang berusia 12tahun sebenarnya mempunyai kematangan diusia 8-9tahun. Juga menghadapi masalah pembelajaran di sekolah. Subjek kegemaran ialah Math. Disuruh baca mula la berkhayal. Diajak berbual dia jawab, saya tak tau macam mana nak cakap.. Speech problem. Mulanya saya menghadiri teraphy dengan pakar di salah sebuah pusat rawatan swasta. Result tak banyak berubah. Fr monthly session ke weekyl session. Bayaran untuk pakar lebih kurang ++100 per hour. Akhirnya anak saya diberi ubat ritalin. Kecewa dengan result, saya bertekad berhenti kerja dan menjaga anak saya sepenuhnya. Alhamdullillah. Ada prof cakap, kami pakar hanya dapat guide puan, tapi as a mother, naluri keibuanlah yang dapat membantu anak puan. Betul sangat2. Saya tetap percaya yang ibu dan bapalah yang dapat membantu anak istimewa ini disamping guru-guru. Thanx to all the teacher yang yakin dan sentiasa membantu insan-insan istimewa ini...

    fiqlizz

    • *
    • Posts: 12
      • View Profile
    Reply #32 07 March, 2011, 10:16:14 AM
  • Publish
  •  :)

    saya ada sorang anak. umurnya baru 2 tahun. anak saya terlalu aktif (hyperaktif) semua benda akan dibuat dan sukar dikawal..
    saya berkerja dan mak saya yang jaga anak saya sejak bayi lagi .. sebelum ni balik kerja, saya akan amik anak balik rumah..
    setahun lalu saya telah berpindah rumah yang lebih dekat dengan tempat kerja tetapi jauh dengan rumah mak. saya tak tahu nak hantar tempat lain sebab anak dah biasa ngan atuk dia dan dia jenis takut orang (orang dewasa). disebabkan jauh nak ulang alik seminggu sekali baru saya amik anak. tapi dalam seminggu tu sekali atau 2 kali mesti saya balik rumah mak dan tidur kat sana.
    Masa anak banyak dengan atuknya.. anak saya memang aktif. tapi sejak2 masuk umur 2 tahun.. dia dah semakin aktif dan sukar dikawal.. saya kasihankan mak saya.. mesti penat nak jaga cucu yang hyperaktif tapi saya tak tahu boleh atau tak dia duduk ngan orang lain..sebab dia takut orang. bila dia takut, dia akan jadi budak yang sangat baik, pendiam dan mendengar kata.. tapi tu semua sebab dia takut.. bila balik rumah aktif nya makin menjadi-jadi seolah-olah melepas geram tak boleh lasak2 kat rumah orang tadi.
    anak tak takut kalau saya marah (biarpun muke dah macam singa) dan time kita marah, dia akan buat sesuatu yang akan buat kita ketawa dan hilang tumpuan nak marah... yang dilarang tu la yang makin nak dibuat.. acapkali saya pukul sebab terlalu geram.. (tak la sampai lebam2 dan mencederakan).. saya pukul pun dia tak nangis, takut pun tak dan masih terus dengan aktiviti lasaknya. anak saya seorang yang susah nak nangis.. kalau jatuh atau terhantuk sampai benjol pon belum tentu nangis.. cuma cakap.. "eh jatuh" atau "sakit" lepas tu terus sambung main.
    dan satu lagi yang merisaukan dia suka pukul kawan sebaya/lebih tua.. selalu bawak g mana2 kalau ada budak lain sebaya/lebih besar skit dari dia, dia suka pukul sampai nangis budak tu.. saya tak tahu nak buat apa..
    kepada warga halaqian yang tahu.. harap dapat memberi pandangan, nasihat atau panduan untuk saya menangani  anak saya yang terlalu aktif ni..

    ina_72

    • *
    • Posts: 30
      • View Profile
    Reply #33 07 March, 2011, 10:30:38 AM
  • Publish
  • Anak yang aktif ni..selalunya anak yang bijak.

    Pernah bawa anak  berjumpa pakar kanak2?

    Kalau boleh...janganlah dipukul anak tu....kesian bru dua tahun.

    Anak2 ni akan ikut apa yg ibuayah dia buat.

    Akak nasihatkan...cubalah adik bawa anak berjumpa pakar kanak2 dan dptkan pandangan . Kerana akak yakin anak adik seorang yg bijak.


    fiqlizz

    • *
    • Posts: 12
      • View Profile
    Reply #34 08 March, 2011, 01:45:05 PM
  • Publish
  • trima kasih .. bijak?? :ins: :aamiin: tapi kat mana nak cari pakar ek? saya duk area ulu tiram,johor..

    SUGI

    • *
    • Posts: 302
      • View Profile
    Reply #35 08 March, 2011, 02:09:34 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum, saya ibu kepada anak istimewa. Lebih mirip kepada ADHD. Melalui Kauffman test, anak saya yang berusia 12tahun sebenarnya mempunyai kematangan diusia 8-9tahun. Juga menghadapi masalah pembelajaran di sekolah. Subjek kegemaran ialah Math. Disuruh baca mula la berkhayal. Diajak berbual dia jawab, saya tak tau macam mana nak cakap.. Speech problem. Mulanya saya menghadiri teraphy dengan pakar di salah sebuah pusat rawatan swasta. Result tak banyak berubah. Fr monthly session ke weekyl session. Bayaran untuk pakar lebih kurang ++100 per hour. Akhirnya anak saya diberi ubat ritalin. Kecewa dengan result, saya bertekad berhenti kerja dan menjaga anak saya sepenuhnya. Alhamdullillah. Ada prof cakap, kami pakar hanya dapat guide puan, tapi as a mother, naluri keibuanlah yang dapat membantu anak puan. Betul sangat2. Saya tetap percaya yang ibu dan bapalah yang dapat membantu anak istimewa ini disamping guru-guru. Thanx to all the teacher yang yakin dan sentiasa membantu insan-insan istimewa ini...

     :)

    Daya ingatan dia macam mana?
    Pergaulan dengan rakan sebaya?

    ALLAHU A'lam
    Insya ALLAH
    MAHA SUCI ALLAH
    Anda boroi...? kempiskan perut boroi anda dengan berjogging  semoga mendapat perut seperti perut Nabi Muhammad S.A.W. yang separas dengan dada baginda. Anda mampu mengubahnya...

    ainarohani

    • *
    • Posts: 28
      • View Profile
    Reply #36 12 February, 2014, 02:13:45 PM
  • Publish
  •  :)
    Saya ingin meminta pendapat, cadangan serta pandangan berkenaan cara menangani murid y hyper active...kembar dan berada di kelas yang sama.Nak marah tak sampai hati, nak dicubit kesian pulak.bila di tegur, tak makan saman, maklumlah baru tahun 1:-)
    Sekarang saya sedang mencari cara bagaimana untuk mengawal mereka daripada:
    1.membuat bising di dalam kelas
    2. Cara untuk mengelakkan mereka Dari mengganggu murid lain
    3. Macam mana nak pastikan mereka tidak keluar kelas sesuka hati sewaktu guru mengajar
    4. Nak kurangkan "hyperactive" sewaktu berada di sekolah.
    Kadangkala timbul rasa kesian tengok budak2 ni.
    Kepada sahabat2 yang ada pendapat atau pengalaman boleh la tolong bagi tip sikit.:-)
    Gajet Terbaik Untuk Yang Tercomel
    http://amnicollections.com]AMNI Collections[URL]

    NurAqilah21

    • *
    • Posts: 71
      • View Profile
    Reply #37 12 February, 2014, 02:47:24 PM
  • Publish
  •  :ws:

    sekadar pendapat..

    mungkin perlu tegas sikit..ad masanya kita perlu garang..ada masanya kena berlembut..pisahkan kedudukan mereka..mungkin selang 2 baris cmtu..kembar ni selalunya suka fight sesama sendiri..cuba nak jadi yg terbaik..jadi cuba slow talk dengan mereka..yang boleh dengar cakap cikgu..rajin..xkluar kelas..xmain2 dalam kelas...adalah murid yg palinggg cikgu sayang..=) or maybe boleh bagi gift..or tengah2 mengajar..kalau mereka mula nak buat bising..boleh buat game or kuiz cmtu..buat soal jawab..spe boleh jwb dgn betul,dpt hadiah..dah try..tp kat kanak2 4-6 thunlh..yg kembar tu 4 thun dlu =)

     :jaz:

    lislam

    • *
    • Posts: 881
      • View Profile
    Reply #38 12 February, 2014, 02:57:15 PM
  • Publish
  • Sepatut nya pelajar macam ni ada kelas yang lain...

    Tak bisa dicampurkan dengan pelajar yang lain...

    Memang tak akan selesai la kerja guru kalau nak ditumpukan pada dia dua orang tu saja...

    Mohon pihak ibu bapa atau guru berbincang...mungkin ibu bapa kena pindahkan anak mereka ke sekolah lain...

    Dan biasanya budak macam ni tak makan saman...tak menjadi kalau setakat marah...diorang tak mengerti...

    Yang mereka dapat hanya sakit...bukan pelajaran...mahu pun pengajaran...

    NurAqilah21

    • *
    • Posts: 71
      • View Profile
    Reply #39 12 February, 2014, 03:15:18 PM
  • Publish
  • mereka yg terlalu aktif ni kadang2 kita boleh 'memanfaatkan' keaktifan mereka..kita nak menghalang kita bukan parents mereka..apalagi nak kawal faktor pemakanan yg mungkin salah 1 sebab mereka terlalu aktif..kita lihat apa yg mereka suka..bermain?jadi kita bermain dgn mereka..but with our way =)

    kadang2 kalau kita ada kerja2 yang ringan nak dibuat..kita boleh minta tolong mereka..kadang2 silap kita terlalu manjakan mereka..kesian tengok mereka buat kerja..lama2 bila besar..dah jadi kebiasaan..semua pun xnak buat..so start dr kecil kita train mereka..biar jadi berdikari..beri mereka buat kerja2 yg mudah..

    saudari ni cikgu subjek apa ye..?kalau ajar subjek sains..kita boleh buat eksperimen2 yg mudah..n biar mereka yg buat/cuba sendiri..n relatekan eksperimen2 tu dgn kekuasaan Allah..mungkin relate skit dgn ibu bapa..so lama2 mereka akan minat apa yg kita ajar..n memberikan spenuh tumpuan smsa kita mengajar =)

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    46 Replies
    23888 Views
    Last post 05 February, 2013, 03:41:39 PM
    by mashatul
    1 Replies
    1383 Views
    Last post 15 September, 2012, 08:08:26 PM
    by Nurul Nawar
    2 Replies
    624 Views
    Last post 15 April, 2010, 12:10:49 AM
    by msa