Anak Istimewa - Hyperaktif - Page 1

*

Author Topic: Anak Istimewa - Hyperaktif  (Read 19142 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

04 February, 2009, 10:04:31 PM
  • Publish
  • Kanak-kanak yang Hiperaktif



    Masalah hiperaktif tidak selalu ditemui di klinik kanak-kanak walaupun di
    negara maju seperti Eropah dan Amerika Syarikat.Keadaan ini dianggap sebagai
    masalah kesihatan mental yang paling kerap berlaku di kalangan kanak-kanak.

    Kebanyakan kanak-kanak yang dikatakan terlalu lasak oleh ibubapa boleh dikawal
    dan didisiplinkan.Mereka semakin kurang lasak apabila usia mereka meningkat 8
    tahun.Tetapi yang menyulitkan para ibubapa ialah apabila keadaan lasak ini
    menjadi tidak terkawal. Anak tak mendengar kata, asyik dengan
    aktivitinya,terlalu resah,tidak boleh duduk diam hampir dalam semua situasi (di
    tadika,di klinik,di kedai,di taman permainan)dan tidak boleh menumpukan
    perhatian kepada sesuatu aktiviti. Keadaan ini dikenali sebagai ‘Sindrom
    Hiperaktif’ atau ‘Attention Deficit’ atau ‘Hyperactive Disorder’.

    Kanak-kanak hyperaktif kadangkala bukan sahaja disebabkan oleh sifat semulajadi
    atau dari sudut pengasuhan tetapi juga perlu dilihat dari sudut kekurangan zat
    yang amat diperlukan oleh saraf otak mereka yang dikenali sebagai Asid
    Dokosaheksanoik.

    Keadaan seperti Attention Deficit Hyperactive Disorderi yang mana kanak-kanak
    tersebut bukan sahaja hyperaktif dan menunjukkan sifat degil, malah kurang daya
    tumpuan dan impulsif dan ini dikaitkan dengan kandungan Asid Dokosaheksanoik
    yang rendah dalam darah mereka. Kanak-kanak ini biasanya turut mempamerkan
    tahap pembelajaran yang rendah berbanding dengan rakan seumur mereka.

    Rawatan - Biobrain mempunyai kandungan utamanya iaitu Asid Dokosaheknoik yang
    mampu membantu kanak-kanak degil dan hyperaktif dalam mewujudkan daya tumpuan
    yang lebih peka terhadap sesuatu aktiviti. Ia turut membantu merembeskan
    neurotransmitter serotonin yang bertanggungjawab memberikan perasaan ceria
    kepada kanak-kanak ini dan membolehkan mereka bergaul dengan kanak-kanak lain
    seperti biasa.

    Bolehkah dibayangkan bagaimana untuk mendidik mereka ini?
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Reply #1 06 February, 2009, 12:20:19 PM
  • Publish
  • Masa mengajar memasak, goreng ikan bilis, tempat memasak kotor.
    ada kesan minyak pada  dapur masak gas 2 tungku.(macam dapur kat rumah tu la)
    Ummi beri arahan pada seorang pelajar hyperaktif,
    "cuci dapur tu lepas kita masak, jangan biar dapur berminyak"
    Macam ummi beri arahan pada seorang pelajar hyperaktif yang seorang lagi,
    "cuci pinggan dan kuali yang telah digunakan"
    Pelajar ni pun bawa pinggan dan kuali kotor ke singki dan mencuci dengan
    cecair pencuci dan span. Lepas tu ,dibilas dan diletakkan ditempat rak pinggan.
    pelajar hyperaktif yang ummi suruh cuci dapur pun melakukan ikut apa yang ummi suruh.
    "Cuci dapur"...agaknya itu yang terfikir di kepalanya.
    Selepas ummi melihat pada pelajar yang seorang lagi susun pinggan,
    terperanjatnya ummi melihat kearah singki...
    dapur gas 2 tungku ada di atas singki berlumuran dengan buih cecair pencuci.
    " Haikal : awak buat apa? Kenapa dapur tu?"
    " cikgu kata cuci dapur"...dengan selamba dia jawap.
    Tak terkata apa lagi ummi...salah sebut beri arahan...sepatutnya "lap dapur masak",
    bukan sebut "cuci" dapur.

    Tu lah anak istimewa...nak marah pun tak jadi...mereka lurus bendul...
    kita yang silap...

    Reply #2 07 February, 2009, 07:39:36 AM
  • Publish
  • Suatu hari yang panas........
    akmal,anak hyperaktif...
    hilang dari kelas...
    tanya kawan-kawan dia...
    "mana akmal?"
    mereka jawap "akmal pergi bilik air"
    Eh...kenapa lama benar Akmal ke bilik air? saya terfikir.
    " Hanif, boleh tolong tengok,apa akmal buat di bilik air."
    Tiba Hanif balik, "cikgu, akmal mandi dalam kolam"
    "Kolam mana?"
    "Kolam Ikan dekat taman, cikgu."
    MasyaAllah... pergi saya ke sana memujuk Akmal keluar kolam...
    Dia berendam dengan pakaian sekolah....
    Terpaksa telefon,ibu bapanya...
    Rupanya ibu bapa kata Akmal ada sawan air,
    pantang tengok ada air bertakung macam kolam ...
    pasti dia akan terjun berendam...
    Mujur kolam ikan kat sekolah tu tak dalam airnya...

    Moral:
    cikgu mesti mengetahui latar belakang setiap pelajar istimewa,
    setiap pelajar baru datang ada je keistimewaan berbeza yang tidak terduga.

    Reply #3 11 February, 2009, 12:58:12 PM
  • Publish
  • Cikgu Rohaya mengajar kelas pengurusan diri.
    Selepas kelas...pelajar ingin minum air dan mengambil puding yang ada di dalam peti sejuk.
    selepas mengambil air minuman dari dalam peti sejuk,
    terdapat puding yang tumpah di dalam peti sejuk tu.
    " Amir, pergi cuci peti sejuk tu", kata cikgu Rohaya.
    Sementara cikgu Rohaya ingin mengambil kain tuala untuk mengelap makanan yang tumpah....
    Tiba-tiba terdengar "burr"....
    Terkejut cikgu Rohaya....
    Rupanya  Amir telah mengambil sebaldi air dan menyimbahkan air ke peti sejuk.
    Cikgu Rohaya " kenapa Amir siram air ke peti sejuk?"
    Amir " cikgu kata cuci peti sejuk".
    Cikgu Rohaya "????"

    Moral: Amir adalah pelajar hyper aktif,tak boleh duduk diam dan arahan diberi guru salah.
    sepatutnya "bersihkan makanan yang tumpah di dalam peti sejuk" bukan " cuci peti sejuk"
    seperti kebiasaan kita bercakap di rumah. Untuk mengajar anak istimewa, perkataan arahan mesti betul,
    kalau tersilap, cikgu juga yang terkena semula...

    Reply #4 11 February, 2009, 01:05:18 PM
  • Publish
  • Hari ni nak ajar anak-anak menjahit jelujur...
    Sebelum menjahit, mesti ajar cara nak cucuk benang ke lubang jarum...
    Penumpuan anak hyperaktif  terhadap sesuatu perkara tak sampai 5 minit,
    nak cucuk benang ke lubang jarum ambil masa 20 minit...
    kerana benang lembut , bukan macam tali tangsi...
    bayangkan macamana saya  nak buat?

    Terpaksa guna kaedah...
    masukkan lubang jarum ke benang...
    benang dipegang dan jarum digerakkan masuk ke benang...
    Cuba anda buat,
    mana lebih senang?
    masukkan benang ke lubang jarum atau lubang jarum dimasukkan benang?


    Reply #5 11 February, 2009, 07:18:44 PM
  • Publish
  • Rasanya jaarum ke benang kot..
    tapi selalu yang normal kita buat benang ke jarum..
    umi ajar anak2 tu macam mana...??
    I Luv Allah and Rasulullah...

    Reply #6 11 February, 2009, 09:42:06 PM
  • Publish
  • AlhamduliLlah, bagus ruangan ini. Terima kasih kerana berkongsi ilmu ya ummi :) Semoga ilmu dan pengalaman yang dicurahkan mendapat keberkatan.

    Reply #7 23 February, 2009, 09:31:08 AM
  • Publish

  • Terfikir hari ni,macamana nak ajar budak-budak ni mendarab.

    Nak suruh hafal sifir, mana mereka mampu.

    Tapi mendarab tetap kena ajar juga yang asas-asas.

    Camana ye?

    Ooo...macamni guna guli je lah....

    kumpulkan guli  dua-dua biji satu kumpulan pastu suruh kira jumlahnya...

    Tapi...

    MasyaAllah guli tu dia buat lontar macam peluru pulak...

    Nak marah tak boleh... pujuk-pujuk je yang boleh...

    Sebelum ni gunakan gula-gula...mereka makan gula-gula

    bila mendarab salah, rupanya gula-gula tu tak cukup bilangannya...

    agak-agak....lepas ni nak guna apa pulak sebagai bahan untuk mengira?

    Reply #8 27 February, 2009, 01:32:02 PM
  • Publish
  • Nurul Nazurah Aqilah,

    Nama yang sedap dan lembut dipanggil,

    usia mencapai 15 tahun,


    belum boleh membaca atau mengira....

    semalam,

    ingin menguji ingatan,

    di suruh ke kantin minta belikan teh ais,

    5 minit balik semula, "cikgu , nak beli air apa."

    "teh ais",  segera dia belari ke kantin sambil mulut menyebut teh ais, teh ais.....

    5 minit kembali ke kelas ssambil menjinjit air yang dibeli,

    disuakan kepada saya,

    hanya sekarung ais sahaja dengan straw, tanpa ada tehnya...

    Rupanya apabila sampai di kantin,yang teringat hanya ais sahaja...

    tehnya telah terlupa...

    takkan cikgu nak suruh lagi ke kantin...

    Begitulah ingatan anak hyperaktif ini, yang tak pandai diam hanya berjalan ke sana kemari...

    tak tahu di rumah bagaimana mereka....

    Anak hyperaktif tak suka cuti sekolah, mereka sangat rajin datang sekolah. Kenapa?


    "ANAK ISTIMEWA TANGGUNG JAWAB BERSAMA"

    Reply #9 27 February, 2009, 02:13:31 PM
  • Publish
  • Salah satu sifat kanak kanak hyperaktif yang pernah aku baca ialah,
    anak akan cepat boring dengan sesuatu benda yang dia buat dan lihat.
    Cenderung untuk tidak duduk diam serta suka teroka benda baru.

    Syafique dengan Faeiz biasanya bangun tidur lebih awal dari ayah dia.
    Aktiviti pertama yang dia buat ialah buka TV channel cartoon.

    Pada hari hari yang biasa sebelum ni, bahasa yang biasa yang digunakan oleh channell katun ni adalah Bahasa Inggeris,
    tapi pagi tadi aku terkejut bila lihat Tom and Jerry bercakap dalam bahasa cina dekat cartoon network.
    Dan Syafique ngan Faeiz masih jugak tergelak gelak dengan lawak katun tu.

    Aku: Ibu kenapa katun ni boleh cakap cina pulak ni?

    Ibu:Syafique  tukar audio dia la tu. Habis semua channel katun dia tukar bahasa yang pelik- pelik.

    Aku:Apa dia cakap tu Syafique?

    Syafique: Chi Chin Tai Yai.

    Aku: Apa tu?

    Ibu: Chi Chin Tai Yai tu bahasa cina. Dah boring la tu dengar kartun cakap bahasa Iinggeris.
           Memandai tukar bahasa cina.

    Aku: Ooo... baru ayah tau Cartoon Network pun ada bahasa cina ye...

    ... dan Syafique dengan Faeiz terus gelak ketawakan lawak Tom and Jerry.

    Hyperaktif kah mereka?

    Reply #10 05 March, 2009, 09:20:02 AM
  • Publish
  • Minggu ini asyik melatih anak-anak istimewa bernasyid lagu "Doa Perpisahan".

    Mereka diminta untuk buat persembahan di majlis persaraan pengetua sekolah.

    Memanglah irama nasyid ini mendayu, sayu dan pilu.

    Sesuai sangatlah.

    hati orang yang melatih ni,tak ada siapa yang tahu.

    Setiap kali melatih mereka, saya yang menangis tak berhenti...

    Menangis bukan kerana lirik dan irama lagu...

    tapi menangis melihat kesungguhan mereka untuk menyanyi di dalam

    kekurangan, mereka tidak pandai membaca, tapi pegang kertas senikata

    seseolah mereka boleh membaca, ada yang pelat,

    bila bercakap suku kata yang hujung sahaja disebut.

    Mereka menyanyi denagn penuh keasyikkan, dan penghayatan.

    Sambil jadi konduktor, airmata ni tak henti mengalir...

    Melihat anak-anak istimewa ini cuba untuk menyempurnakan diri

    seperti insan lain. Bukan mereka pinta lahir kedunia seperti ini.

    "INSAN ISTIMEWA TANGGUNG JAWAB BERSAMA"


    Reply #11 05 March, 2009, 03:57:23 PM
  • Publish
  • Kaedah P & P bagi kanak-kanak itu biasanya di Malaysia ini adalah mengikut kaedah di negara Barat berdasarkan kepada teori-teori psikologi Barat.

    Sejauh mana di neraga Malaysia pendekatan atau kaedah P & P yang digunakan adalah mengikut kaedah Islam?

    Adakah guru atau penjaga mereka melaksakan kaedah ini?:

    " Didiklah anak kamu bersolat bila mereka berumur tujuh tahun dan rotanlah mereka jika tidak bersolat bila sudah berumur 10 tahun." (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dll, sanadnya Hasan seperti dalam Misykatul Mosabih).

    4 Qul itu, adakah kanak-kanak itu menghafal dan sentiasa membacanya?

    .

    Reply #12 05 March, 2009, 04:21:22 PM
  • Publish
  • Saudara Asabakri,

    memang guru-guru dan ibu bapa ingin dan buat pendidikan mengikut Islam

    kepada anak-anak ini. Kami di sekolah tidak mengikut dan menggunakan kaedah pendekatan

    barat keatas anak-anak ini. Mereka suci, wali yang diturun ke bumi untuk menguji kita yang

    sempurna akal fikiran dan sempurna tubuh badan.

    Memang anak-anak ini lambat segalanya, menghafal juga mengambil masa

    yang lama untuk dapat. dari bilangan 67 orang pelajar saya, tak sampai

    10 orang yang boleh membaca. Yang lainny, ada yang baru mengenal A,B,C
     
    ada yang baru mengeja dua suku kata. Memang kita bercita-cita nak mereka

    boleh mengerjakan solat, tapi berwuduknya sudah 4 tahun diajar masih tak betul.

    Alif dengan Ba masih lagi terbalik-balik. Usia mereka dah menjejak 18 tahun.

    Ini lah dugaan kepada ibu bapa dan guru-guru dalam mendidik mereka.

    Harapan kami apabila meninggal orang yang menyayangi mereka(ibu bapa)

    mereka masih boleh hidup menumpang sesiapa tapi tidak menyusahkan.

    Apa yang kami ajar adalah bagaimana nak senduk nasi, cuci pinggan,

    bancuh air minum sendiri,kemas tempat tidur, dan pandai mengurus diri sendiri

    tanpa mengharap bantuan orang lain.

    "INSAN ISTIMEWA TANGGUNG JAWAB BERSAMA"

    Reply #13 05 March, 2009, 07:02:16 PM
  • Publish
  • Terima kasih Munaliza,

    Memanglah mereka lambat boleh membaca dan menulis, malah kanak-kanak yang normal pun bab membaca dan menulis ini ramai yang keciciran di sekolah rendah biasa.

    Saya maksudkan kaedah Islam itu juga termasuklah kaedah "menghafal"... Sebab Rasulullah s.a.w. apabila meynampaikan Ayat-ayat Al-Qur'an para sahabat baginda terus menghafalnya;  menulis/menyalin adalah setelah ayat-ayat itu dihafal.

    Saya berpendapat kanak-kanak itu perlu dititik beratkan dari sgi kebolehan menghafal terlebih dahulu sebab apabila mendirikan solat mereka boleh membacakan ayat-ayat Al-Qur'an lazim itu;  dan solat tidak perlu kepada kemahiran membaca/menulis.  Ada banyak CD bacaan Al-Qur'an boleh diperdengarkan kepada mereka.  Misalnya dari link ini:
    http://alafasy.tripod.com/
    Klik saja Surah apa pun,  kita boleh dengar bacaannya dan berilah mereka selalu mendengranya.

    Demikianlah juga dengan doa dari ayat-ayat Al-Qur'an, latih mereka supaya menghafalnya supaya mereka boleh berdoa sendiri.  Antara doa tersebut ialah:



    رَّبِّ زِدْنِي عِلْماً

    Allahumma Barik lahuma fi khairin. Rabbana Hab Lana min azwajina wa zurriyyatina qurrata a’yun waj’alna lilmuttaqina imama. Rabbana Atina Fiddunya hasanah wa fil akhirati hasanah waqina azabannar.

    Apabila mereka menghafalnya, walaupun diajarkan dalam bentuk nyanyian,  bererti mereka sendiri yang terus berdoa untuk diri mereka masing-masing.

    .
    « Last Edit: 05 March, 2009, 07:05:26 PM by Asabakri »

    Reply #14 05 March, 2009, 08:53:40 PM
  • Publish
  • Terima kasih atas perhatian saudara.

    InsyaAllah akan saya terapkan kaedah menghafal ini.

    Setakat hari ini memang kaedah menghafal yang saya jalankan

    seperti menghafal perktaan pendek yang mereka boleh ingat maknanya

    hingga akhir hayat seperti perkataan Bismillah,Alhamdullilah,Allahu Akbar,

    Subhannallah, Insyllah akan saya lebih terapkan kaedah yang saudara sarankan.

    terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu dengan kami.

    Reply #15 05 March, 2009, 10:16:01 PM
  • Publish
  • Salah satu aspek P & P ialah asepk apa yang disebut sebagai Entry level behaviour..  Ini adalah aspek di mana guru hendaklah mengetahui setakat mana murid telah berjaya menguasai sesuatu kemahiran yang telah kita ajar atau yang telah mereka pelajari.  Ini bererti setiap murid mempunyai entry level behaviour-nya masing-masing.  Maka wujudlah apa yg dinamakan Pengajaran menggunakan Kaedah Individu.

    Bagi murid-murid istimewa, tentulah lebih ketara pebedaan pencapaian mereka masing-masing sebab minda mereka masing-masing berada di dunia mereka sendiri.  Guru bagi murid istimewa ini memang guru yang istimewa kebolehannya iaitu mesti berkemampuan masuk ke dalam dunia minda murid-murid itu dan mesti dapat melihat, mendengar dan mempersepsikan sebagaimana murid-murid itu melihat, dan mendengar sehingga ke tahap apa yang disebut sebagai empati.  Jika tidak,  maka berlakulah jurang kmunikasi antara murid dengan guru.

    Khususnya bagi murid down syndrom, ia perlu dikendalikan P & P menggunanakan kaedah Pengajaran Mikro, iaitu sesuatu kemhairan kecil yang ingin murid itu kuasai perlu menggunakan latih tubi yang berulang-ulang.  Misalnya kemahiran memegang sudu, menggunakan sudu; ada murid mengambil masa sampai sebulan,  betul tak?

    Kaedah functionalisme juga amat berkesan,  iaitu dilatih murid itu memahami apakah kegunaan atau fungsi sesuatu itu,  misalnya sudu.  Apa gunanya sudu...

    Sebenarnya memang seronok mengajar murid-murid istimewa.... jika kita tahu entry level behaviour seseorang murid itu dan tahu memasukkan diri kita ke dalam dunia mereka.

    Hyperactive ini pula ialah pemikiran mereka juga terlalu aktif iaitu mereka tidak boleh memberikan tumpuan kepada sesuatu itu terlalu lama, betul tak?  Bila mereka berbuat sesuatu hanya sekejap saja,  terus saja mereka nak buat benda lain;  itu pun hanya sekejap saja juga.

    .

    .
    « Last Edit: 22 March, 2009, 06:19:31 PM by Asabakri »

    Reply #16 05 March, 2009, 11:31:17 PM
  • Publish
  • Memang untuk mendidik anak istimewa, kita perlu mengistimewakan diri kita dulu.
    Ada banyak jenis kekurangan mereka. Semua guru anak-anak istimewa mesti ada kebolehan
    untuk mengenalpasti jenis kekurangan dan kelebihan mereka.

    Setiap anak mempunyai kaedah mengajar individu, dan rancangan pengajaran & pembelajaran
    individu unutk jangka pendek dan jangka panjang. Apa saja perancangan dan keadah mendidik
    adalah secara individu. Sebab itu jadual waktu mereka adalah fleksibel kerana penumpuan
    mereka terhadap pelajaran setakat 5 minit. Jadi bergantung pada gurulah untuk memujuk
    mereka. Tidak kiralah menarik mana pun kaedah  guru mengajar,  mereka tetap tidak mahu meneruskan
    pembelajaran. JIka orang biasa gemar menonton TV, tapi mereka usahkan TV, kartun yang menarik
    pun mereka tidak suka menonton lebih dari 5 minit. Mereka lebih gemar bergerak, berjalan-jalan
    melihat persekitaran yang meransang dari duduk dalam keadaan pasif.

    " INSAN ISTIMEWA TANGGUNG JAWAB BERSAMA"
    « Last Edit: 05 March, 2009, 11:35:06 PM by Munaliza Ismail »

    Reply #17 22 March, 2009, 06:27:22 AM
  • Publish

  • Sebaik habis mencerita sejarah Kelahiran Rasullulah, sempena Bulam Maulud ini,

    ummi pun menyoal, mengulang kembali ilmu yang di ajar tadi bagi menguji
    kefahaman dan ingatan anak-anak istimewa.
    Kumpulan yang ummi didik ini adalah kumpulan satu,kumpulan terbaik dari semua
    pelajar istimewa seramai 58 orang.
    "Siapa nama nabi kita?"
     "Abu Bakar"
    "Abdullah bin Abdul Mutalib"
    "Ali bin Abi Talib"

    Jawapan yang diberikan tidak sama. Sedihnya...bukan sekali diualng cerita siapa nabi kita
    tapi berulang-ulang kali, rasanya lebih 10 kali ditekankan, Nabi kita ialah "Muhamad bin Abdullah"

    Moralnya: ingatan mereka memang sangat lemah, bukan mereka tidak diajar atau tidak tahu.
    jadi jangan salahkan mereka, memang mereka diciptakan begitu.

    Reply #18 22 March, 2009, 06:39:16 PM
  • Publish

  • Sebaik habis mencerita sejarah Kelahiran Rasullulah, sempena Bulam Maulud ini,

    ummi pun menyoal, mengulang kembali ilmu yang di ajar tadi bagi menguji
    kefahaman dan ingatan anak-anak istimewa.
    Kumpulan yang ummi didik ini adalah kumpulan satu,kumpulan terbaik dari semua
    pelajar istimewa seramai 58 orang.
    "Siapa nama nabi kita?"
     "Abu Bakar"
    "Abdullah bin Abdul Mutalib"
    "Ali bin Abi Talib"

    Jawapan yang diberikan tidak sama. Sedihnya...bukan sekali diualng cerita siapa nabi kita
    tapi berulang-ulang kali, rasanya lebih 10 kali ditekankan, Nabi kita ialah "Muhamad bin Abdullah"

    Moralnya: ingatan mereka memang sangat lemah, bukan mereka tidak diajar atau tidak tahu.
    jadi jangan salahkan mereka, memang mereka diciptakan begitu.


    Jika ingatan mereka memang sangat lemah mungkin kerana dari teori komunikasi pengajaran dan pembelajaran bahawa mereka itu addalah di pihak yang tidak dapat mengenkodkan apa yang guru sampaikan (kodkan).  Di sini faktor yang menjadi penghalang kenapa murid itu gagal mengenkodkan itu kena diatasi. 

    Guru ==>KOD ==>[SALURAN] ==>ENKOD<== Murid.

    SALURAN  adalah kaedah yang digunakan oleh guru bagi menyampaikan dan di sinilah guru kena kodkan apa yang hendak disampaikan itu mestilah mengikut entry level behaviour murid itu yang boleh dapat diterima atau difahami oleh murid.

    SALURAN atau disebut medium termasuklah alat pandang dengar yang digunakan. Jika bercerita secara lisan saja, tanpa digunakan bahan-bahan alat pandang dengar, memang murid yang normal pun tidak semua mudah boleh mengenkodkan apa yang guru kodkan...  Ini dipanggil jurang komunikasi.

    Komuniksasi hanya boleh berjaya jika sekiranya adanya pertindanan pengalaman antara pihak penyampai (guru) dengan pihak penerima (murid).

    Contohnya konsep Nabi... Guru tentulah sudah tahu apa itu Nabi.  Tetapi murid, adakah mereka tahu?  Apa gunanya Nabi (fungsi), jika mereka tiada pertindanan pengalaman dengan apa yang guru tahu,  maka mereka sukar nak faham.  Bila sukar nak faham maknanya mereka tak faham.  Bila tak faham,  akibatnya adalah mereka jadi LUPA.





    « Last Edit: 22 March, 2009, 06:41:00 PM by Asabakri »

    Reply #19 22 March, 2009, 10:00:35 PM
  • Publish
  • salam..ana baru pulang dari program meraikan anak2 istimewa sindrom down...bukan hyperactive but their learning behaviour almost the same..ana pun masih mentah lg dalam bidang terapi, banyak lagi benda yang perlu ana pelajari, mungkin ummi boleh jadi rujukan ana dimasa depan..nak tanya ummi, ada tak services dari ahli terapi kat tempat ummi berkhidmat sekarang???
    hidup bukan mencari puji,
    tidak juga ingin dikeji,
    sekadar untuk mencari erti,
    kenapa aku ada "disini"

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    46 Replies
    25270 Views
    Last post 05 February, 2013, 03:41:39 PM
    by mashatul
    1 Replies
    1478 Views
    Last post 15 September, 2012, 08:08:26 PM
    by Nurul Nawar
    4 Replies
    817 Views
    Last post 28 October, 2014, 01:15:47 PM
    by azalinamatzaini.lin