Saya Seorang Guru - Page 2

*

Author Topic: Saya Seorang Guru  (Read 35370 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Reply #20 22 March, 2009, 06:06:02 AM
  • Publish

  • Faseha menceritakan pengalaman sebagai seorang guru kepada anak-anak masalah pendengaran.

    Kalau nak tahu lagi pengalaman ummi sebagai seorang guru, boleh lihat topik

    Halaqah Raudah>Pendidikan>Anak istimewa-Hyperaktif, Autisme.

    Di situ ummi ceritakan segala pengalaman mendidik mereka-mereka insan istimewa.

    Silalah membaca...
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Reply #21 22 March, 2009, 12:13:35 PM
  • Publish
  • salam....sy plk merupakan seorang pelajar dan isyaAllah pada hujung tahun 2010 akan bergelar seorang guru...insyaAllah...doa2kan saya... walaupun bidang perguruan bukanlah cita-cita saya pd asalnya, namun berkat doa mak ayah serta keluarga,alhamdulillah,...sekarang xsabar rasanya nak mengajar anak-anak murid....sepanjang saya belajar di UPSI, banyak perkara yg telah dipelajari baik dalam kuliah dikampus serta aktiviti2 yang disertai.... pengalaman menjadi guru tutor di SMK Khir Johari selama setahun meningkatkan lg semangat sy utk menjadi seorang guru... walaupun hanya utk seketika, tetapi anak-anak murid masih ingat pada saya, walopun hanya bergelar seorang guru tutor...apabila tangan dicium oleh anak murid dihadapan kawan-kawan semasa membeli belah di pekan Tanjung Malim, saya merasakan diri terlalu dihargai walaupun saya merasa tidak byk sumbangan yg telah diberikan oleh saya kpd mereka....saya doakan mereka berjaya dalam SPM tahun ini...insyaAllah kalian boleh lakukan yang terbaik utk diri sendiri,keluarga,agama, bangsa,serta sekolah....
    Suara kehidupanku memang tak akan mampu menjangkau telinga kehidupanmu; tapi marilah kita cuba saling bicara barangkali kita dapat mengusir kesepian dan tidak merasa jemu.

    Reply #22 22 March, 2009, 12:43:41 PM
  • Publish
  • salam..
    sy juga bakal guru..:senyum:, insyaAllah.. Alhamdulillah, xsangka sbb Allah bg peluang tuk sy m'jd salah seorang dari beribu-ribu penyambung perjuangan Rasulullah s.a.w menjadi muallim, murabbi, muaddib, mudarris dan mursyid..InsyaAllah, sy akan guna pluang ni sebaik mgkin.. tapi sedar @ tidak sejauhmana insan2 yg bergelar sebagai guru ni sedar peranan mrk..xramai yg berjya menjadikan anak muridnya seorang manusia yg benar2 manusia..bukan "kacang je" tugas seorang guru ni.ramai yg berjaya mengajar tapi xramai yg berjaya menjdi pendidik kpd anak2 muridnyer..plg pnting bg seorang guru ialah niat yg ikhlas Lillahi Taala tuk mengajar & mndidik anak2 bangsa mengenal Allah, dan bersedia tuk berkorban msa, tenaga dan wang rggit jka kita btul2 nak memanusiakan manusia..

    Reply #23 22 March, 2009, 02:57:46 PM
  • Publish
  • slm,

    "pendidik" to be..insya Allah..amin..=)

    org ckp..bkn sy ckp..
    bila kita mengajar, mendidik, menerangkan dan menjelaskan sesuatu ilmu..
    kita bukan saja memberi dan mencurahkan ilmu..
    tapi dlm masa yg sama, kita juga peroleh ilmu yg baru dari pelajar..
    in term of cara explaination ke..cara buat soklan ke..atau cara nota yg akan kita bg kt student..
    dari hari ke hari..
    we give and gain new knowledge..
    ilmu itu sentiasa berkembang..
    x luak ilmu kalu kita nak belajar dan mengajar..
    x kira pelajar atau pendidik..
    we are knowledge contributer..
    at the same time we are also knowledge consumer..



    p/s: "give and take" org putih ckp..=)
    "it is not about 'money'..it is about sending a message"

    Reply #24 22 March, 2009, 03:36:48 PM
  • Publish
  • saya juga seorang guru.setahun jagung. baru mengenali dunia pendidikan.saya tak sedar kesukaan saya kesekolah melambangkan saya menjadi warganya. seronok mengajar dan mendidik tetapi apatah daya saya yang baru mula bergelumbang ini. rupa-rupanya menjadi guru yang baik tidak semudah memetik jari. guru tidak diukur daripada keutamaan tetapi sampingan..........

    Reply #25 22 March, 2009, 04:20:25 PM
  • Publish
  • "eiii cikgu azhar... you rileks saja.. tak payah nak bertungkus lumus sangat mengajar.. mana-mana budak yang takmau belajar, you biarkan saja.. tak buat keje sekolah biar la diorang... yang penting you dapat you punya gaji tiap bulan.. saya bukan apa cikgu azhar.. saya lagi pening kepala kalau mak ayah budak2 datang merungut bagitau anak kena rotan... sekarang ini macam... you datang sekolah, you ajar biasa-biasa saja sudah... " kata guru besar cina kepada cikgu azhar...

    itulah yang berlaku kepada kawan saya Cikgu Azhar di sekolah Cina JOHOR..
    Kalau Takder Hacker.. Saper Lagi Yang Nak Merosakkan Pc??
    Virus Terbaik Melissa.exe.. Virus Baik Crackers.exe Virus Sangat Baik Zet.exe

    Reply #26 23 March, 2009, 02:03:10 AM
  • Publish
  • salam..
    emm..bukan senang upenyer jd cikgu ni...
    dlm paper kosmo 23/3/2009 de cter pasai ckgu..cternye bukan pasai guru kene saman sbb denda plajar yg wat kslahan tp pasai ramai guru sakit jiwa..
    nauzubillah...

    Reply #27 23 March, 2009, 11:43:31 AM
  • Publish
  • salam..
    emm..bukan senang upenyer jd cikgu ni...
    dlm paper kosmo 23/3/2009 de cter pasai ckgu..cternye bukan pasai guru
    kene saman sbb denda plajar yg wat kslahan tp pasai ramai guru sakit jiwa..
    nauzubillah...

    boleh cik azah firzah petik sedikit sebab dan kenapa guru itu sakit jiwa?
    buka semua orang dapat membaca  surat khabar itu. Supaya dapat kita
    berkongsi bersama maklumat itu.

    Reply #28 23 March, 2009, 11:45:59 AM
  • Publish
  • rupa-rupanya menjadi guru yang baik tidak semudah memetik jari. guru tidak diukur daripada keutamaan tetapi sampingan..........

    Apa ya yang dimaksudkan dengan sampingan?
    Boleh orkid merah terang dan huraikan kenapa seorang guru tidak diukur daripada keutamaan?

    Reply #29 23 March, 2009, 01:49:13 PM
  • Publish
  • esok hari pertama mengajar sbg guru sandaran ..macam2 perasaan ada,risau gembira..macam2 ada..
    takutnya dah le tak ada pengalaman mengajar..ada sesiap bole tlg bg tips??..risau sgt ni..
    takut tak dapat jadi guru yg terbaik untuk pelajar2...Ya Allah tlg lah hambaMu ini...
    I Luv Allah and Rasulullah...

    Reply #30 23 March, 2009, 02:17:50 PM
  • Publish
  • Esok ayu mula posting kah?
    Atau GSTT atau guru ganti?
    kalau dalam tempoh seminggu siapa yang dapat menilai samada kita
    guru yang baik atau tidak...
    pergi saja ke sekolah, berjumpa pelajar, berkenalan dahulu, tarik minat pelajar,
    semoga bila mereka tertarik dengan kita, maka mereka akan ada minat
    memberi perhatian pada apa yang ingin kita didik dan sampaikan.
    Jangan tunjukkan yang negatif pada hari pertama, agar minat mereka
    tidak terbantut dan turut memberi respon negatif pada guru.

    Reply #31 23 March, 2009, 02:26:00 PM
  • Publish
  • ye umi sok saya start mengajar..
    GSTT..esok kena pergi pejabat ambil surat, dengar taklimat and then pergi sekolah..
    betul tu umi jangan sesekali tunjuk sifat negatif...itu saya kena tanamkan dalam hati...risau betul rasanya....umi doakan saya berjaya ye...

    Reply #32 23 March, 2009, 02:33:33 PM
  • Publish
  • betul tu umi jangan sesekali tunjuk sifat negatif...itu saya kena tanamkan dalam hati...
    risau betul rasanya....umi doakan saya berjaya ye...

    InsyaAllah, ayu mampu buat yang baik dan terbaik.
    Didiklah anak murid dengan amanah dan ikhlas.
    moga ayu berjaya dan dirahmati Allah.

    Reply #33 23 March, 2009, 02:38:56 PM
  • Publish
  • betul tu umi jangan sesekali tunjuk sifat negatif...itu saya kena tanamkan dalam hati...
    risau betul rasanya....umi doakan saya berjaya ye...

    InsyaAllah, ayu mampu buat yang baik dan terbaik.
    Didiklah anak murid dengan amanah dan ikhlas.
    moga ayu berjaya dan dirahmati Allah.


    terima kasih umi doakan saya..insyaAllah saya akan buat terbaik..
    nak jadikan umi sebagai contoh..tabah dan sabar..kuat untuk mengajar anak murid..insyaAllah..

    Reply #34 23 March, 2009, 05:21:50 PM
  • Publish
  • esok hari pertama mengajar sbg guru sandaran ..macam2 perasaan ada,risau gembira..macam2 ada..
    takutnya dah le tak ada pengalaman mengajar..ada sesiap bole tlg bg tips??..risau sgt ni..
    takut tak dapat jadi guru yg terbaik untuk pelajar2...Ya Allah tlg lah hambaMu ini...

    salam..macamana haura rana apply jadi guru sandaran? boleh bgtau macamana prosesnya?

    Reply #35 23 March, 2009, 05:37:05 PM
  • Publish
  • petikan dari ruangan rencana utama dlm paper kosmo online 23/3/2009 sbg memenuhi permintaan munaliza ismail

    RAMAI GURU SAKIT JIWA

    Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN
    nor.afzan@kosmo.com.my

    Profesion perguruan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan mental.

    PESAKIT mental terpaksa berjumpa pakar psikiatri secara berkala.

    BEBANAN kerja sebagai guru semakin kompleks kerana selain mengajar, mereka juga terpaksa menyediakan soalan-soalan peperiksaan dari semasa ke semasa, mengisi buku kedatangan, buku disiplin dan ringkasan mengajar, borang kesihatan dan rekod kemajuan murid, kelab dan persatuan, serta mengendalikan persiapan hari sukan.

    Justeru, guru-guru dikatakan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan sehingga boleh membawa kepada penyakit mental yang serius seperti bipolar, kebimbangan melampau dan kemurungan.

    Kajian oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendapati 70 peratus daripada 9,000 guru di seluruh negara tertekan bukan sahaja kerana beban tugas tetapi juga terpaksa berdepan dengan kerenah pengetua, kerani, ibu bapa dan juga pelajar.

    Bagi Noreha (bukan nama sebenar), selain terpaksa berdepan dengan masalah rumah tangga, dia turut tertekan dengan kerenah pengetua sekolah tempatnya bertugas.

    Guru berusia 46 tahun itu yang ditemui di Wad Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berkata, dek kerana tekanan, dia sering diketepikan dalam pelbagai aktiviti sekolah.

    "Sebelum ini saya memang sudah mengalami tekanan. Pengetua pula selalu mempertikaikan cuti yang saya pohon sedangkan surat daripada doktor disertakan.

    "Bila kerja semakin bertambah, dicampur pula dengan tekanan daripada orang atas dan kerenah anak-anak, saya semakin runsing," katanya.

    Noreha yang merupakan penanda kertas peperiksaan Matematik untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) memberitahu, dia sebenarnya seronok menjadi guru.

    "Saya memang suka mengajar, lebih-lebih lagi apabila murid banyak bertanya dan cemerlang dalam peperiksaan. Tetapi keadaan sekeliling seperti pengurusan sekolah dan rakan sejawatan banyak memberi tekanan.

    "Ada juga yang faham keadaan saya, tetapi lebih ramai yang mengatakan saya gila. Mereka tidak faham mengapa saya perlu cuti untuk pergi berjumpa pakar psikiatri. Mereka juga anggap saya terlalu ikutkan perasaan," jelasnya.

    HARAPAN yang tinggi terhadap keputusan peperiksaan pelajar turut memberi tekanan kepada golongan guru.

    Noreha yang berasal dari Pulau Pinang tidak menafikan pihak sekolah ada memberi pelepasan kepadanya tetapi apa yang menyesakkan fikirannya ialah cutinya sering menjadi buah mulut orang.

    Ada yang mendakwa Noreha sengaja menjadikan tekanan yang dialaminya sebagai alasan untuk bercuti.

    "Secara fizikalnya saya memang sihat, tetapi dalaman saya berkecamuk. Saya bukan buat-buat sakit. Ikutkan hati, saya tak mahu masuk hospital dan tinggalkan keluarga dan kerjaya saya," katanya.

    Ibu kepada dua orang anak ini juga memberitahu, dia cuba untuk mengawal perasaannya daripada terus tertekan, tetapi adakalanya semakin dia cuba untuk tenang, semakin agresif pula jadinya.

    "Kadang-kadang saya tak rasa tertekan. Saya rasa sihat, tetapi orang sekeliling tak anggap begitu, mereka mula sorokkan pisau. Kebelakangan ini saya kerap dimasukkan ke wad berbanding dulu," katanya.

    Kerja tujuh hari seminggu

    Berbeza dengan Norehan, akibat terbeban dengan kerja sebagai guru JQAF, Zaimah Mishan, 42, pernah mengalami sakit jiwa.

    Dia yang mengajar sekolah aliran agama tidak mampu untuk menanggung beban tersebut lebih-lebih lagi banyak masa dihabiskan di sekolah berbanding bersama keluarga.

    "Saya pernah mengalami masalah jiwa iaitu kecelaruan bipolar sehingga saya tidak mampu mengajar. Enam bulan saya dirawat dan direhatkan.

    "Ramai melihat guru JQAF tidak banyak kerja memandangkan mereka hanya mengajar agama tidak seperti sekolah aliran kebangsaan. Namun, mereka juga dibebani dengan komitmen luar," katanya.

    NOR ZURAIDA



    Zaimah yang pernah mengajar di beberapa buah sekolah berkata, ada pengurusan sekolah yang memahami tanggungjawab guru JQAF namun ada juga sekolah yang menyamakan guru JQAF seperti guru-guru lain.

    "Semasa saya mengajar di sekolah A, saya pernah bekerja tujuh hari seminggu, dari pagi hinggalah petang sampaikan tiada masa untuk suami dan anak-anak.

    "Hari Isnin hingga Jumaat, saya mengajar seperti biasa. Kadang-kadang saya diminta menggantikan guru lain mengajar subjek bukan aliran JQAF.

    "Hari Sabtu pula, ada kegiatan kokurikulum yang mana semua guru terlibat dan hari Ahad pula saya selaku guru JQAF diwajibkan terlibat dalam Kem Bestari Solat," katanya.

    Menurut Zaimah, beban terlalu berat yang tidak dipantau oleh pegawai yang sepatutnya itu ternyata memberi kesan kepada guru-guru JQAF.

    "Kami terbeban, tersepit, letih, dan hampir kena mental block. Masa yang ada untuk berehat ialah waktu malam, itu pun kami terpaksa bawa pulang buku latihan murid-murid untuk ditanda.

    "Itu tidak termasuk kursus atau kertas kerja yang perlu dibereskan untuk aktiviti gerak kerja," katanya.

    Zaimah yang baru lima bulan mengajar semula selepas bercuti panjang menjelaskan, keadaan dirinya ketika 'sakit' dahulu bertambah teruk lebih-lebih lagi apabila suaminya berkahwin lain dan anak-anak enggan berjumpa dengannya.

    "Bila saya tertekan dengan kerja, suami kata dia nak kahwin lain dengan alasan saya terlalu sibuk dengan kerja. Keadaan saya bertambah teruk waktu itu.

    "Bila sakit saya datang, anak-anak tidak mahu dekat dengan saya. Hanya keluarga saya yang datang memberi sokongan untuk saya jalani terapi dan rawatan di hospital.

    "Selepas bercuti lama, saya mengajar di sekolah lain. Alhamdulillah, selepas menjalani rawatan dan sesi kaunseling, saya sudah boleh mengawal tekanan di tempat kerja. Suami dan anak-anak pula sudah kembali pada saya," katanya.

    Berisiko mendapat penyakit kritikal

    MENURUT Pakar Perunding Kanan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Nor Zuraida Zainal, setiap tahun dianggarkan 22,000 pesakit mendapatkan rawatan di klinik dan wad psikiatri hospital berkenaan. Kira-kira 10 peratus daripada mereka terdiri daripada golongan guru.

    “Guru sekarang tidak seperti guru zaman dahulu. Guru sekarang terbeban kerana banyak tugasan baru yang perlu dilaksanakan selain mengajar.

    “Di samping sibuk dengan aktiviti persatuan, panitia, kelab, rumah sukan, kursus dan gerak kerja luar sekolah, guru-guru juga perlu berdepan dengan tekanan lain.

    “Mereka turut berhadapan dengan perangai pelajar dan kerenah ibu bapa serta pengetua yang sentiasa menaruh harapan tinggi untuk melahirkan pelajar cemerlang dalam peperiksaan,” katanya.

    Ramai ibu bapa, tidak kira di bandar atau di luar bandar, masih menganggap bahawa sekolah dan pusat tuisyen ialah tempat untuk mendidik anak mereka dan menyerahkan tanggungjawab itu sepenuhnya kepada guru.

    Apabila ada anak yang gagal, sesetengah ibu bapa terus menuding jari kepada guru sedangkan kejayaan para pelajar tidak hanya bergantung kepada pengajaran di sekolah.

    Bercakap mengenai gejala tekanan yang sering dialami oleh pesakit-pesakitnya yang juga guru, Nor Zuraida memberitahu, kebanyakan mereka menghidap kecelaruan bipolar iaitu kewujudan pelbagai karakter yang berlawanan dengan keadaan guru terbabit sebelumnya. Ini diikuti kebimbangan melampau dan kemurungan.

    “Mereka yang mengalami kecelaruan bipolar nampak sihat seperti biasa, malah pada tahap hipoaktif, mereka menjadi rajin dan produktif dalam melakukan sebarang kerja walaupun tidak mempunyai waktu rehat yang cukup.

    “Tetapi kerja yang dilakukan tidak pernah habis dan ini yang mendatangkan sangsi kepada orang di sekeliling mereka,” katanya.

    Tiga faktor utama yang menyebabkan tekanan ialah keturunan, faktor sekeliling seperti kerja dan jaringan sosial seperti keluarga, rakan-rakan dan masyarakat.

    Sekiranya terdapat keturunan yang mempunyai masalah jiwa, risiko untuk guru mendapat tekanan menjadi lebih tinggi.

    Malah, jelas Nor Zuraida, guru yang tertekan berisiko empat kali ganda lebih tinggi untuk mendapat penyakit kritikal seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan buah pinggang.

    “Tanda-tanda awal penyakit ini bermula dengan kemurungan. Guru akan mula hilang tumpuan mengajar, bosan, pendiam dan jika berlarutan mereka tidak mampu lagi untuk mengajar dan melakukan aktiviti harian.

    “Sekiranya wujud keadaan-keadaan seperti ini, pihak pengurusan sekolah perlu memahami dan membantu guru berkenaan dengan mengurangkan waktu dan kelas mengajar serta memberi kelonggaran untuk menjalani terapi dan kaunseling,” jelas Nor Zuraida.

    Reply #36 24 March, 2009, 01:43:22 AM
  • Publish
  • saya merupakan bekas guru, yang kini di tahun akhir sarjana ICC.
    banyak pengalaman yang saya peroleh dari mereka, dan setiap seorang dari mereka mempunyai kisah masing-masing.

    anda pernah tengok Dead Poets Society?
    this is a very inspiring story of a teacher, yang menyuruh anak muridnya supaya "seize the day" atau carpe diem.
    dia mengajar mereka 'berfikir' dengan cara yang berbeza.  pada hari suai kenal tersebut, dia menyuruh anak muridnya seramai 30 org untuk berjalan dengan cara yang berbeza antara satu sama lain. tegasnya, manusia itu berbeza-beza. bagaimana pun cara kamu berjalan menuju ke satu titik. kamu pasti berhasil, asalkan berusaha.

    mungkin juga boleh menonton Dangerous Mind,  atau Monalisa Smile.  ;)
    "AKU akan membelimu; masamu; nafasmu; hartamu; dan hidupmu. Habiskan semua itu kepada-KU. Palingkan semua itu kepada-KU. dan Ku-bayar dengan kebebasan, keagungan dan kearifan Ilahiah. Inilah hargamu di mata-KU.

    Reply #37 05 April, 2009, 11:45:56 AM
  • Publish
  • salam...i am going to be a teacher..
    sekarang saya belajar di institut perguruan. saya dah rasa aura2 nak jadi guru, terutamanya semasa kami pengalaman berasaskan sekolah minggu lalu.tak sabar rasanya nak tamat belajr dan pegi sekolah...

    Reply #38 05 April, 2009, 11:52:04 AM
  • Publish
  • salam...lagu pelajar2 institut pendidikan guru malaysia (IPGM)
    "kami bangga menjadi guru..."
    walaupun ada orang yang mengatakan kerjaya guru sekarang ni sering jadi pilihan terakhir,tapi itulah pilihan utama saya...
    sabda nabi:sampaikanlah dariku walaupun satu ayat...

    Reply #39 05 April, 2009, 12:36:18 PM
  • Publish
  •  :)
    Sy pn se0rg guru jgk..skrg ngjr kt salah sebuah sek di k.l..memg bt0l,byk sgt cabarn mjd se0rg pendidik nie..bkn hnya mengjr shj tp bgaimana mdidik plajr2 ini supy mjd se0rg insan bguna di dunia n akhirat..harap2 niat untk mendidik pelajar2 ini dipmudahkn olehNYA..amen
    i LuV iSlaM

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    24 Replies
    5958 Views
    Last post 18 December, 2009, 06:48:20 PM
    by cikanaISLAM
    40 Replies
    6287 Views
    Last post 30 June, 2012, 01:52:45 PM
    by Saya Hamba
    20 Replies
    2775 Views
    Last post 06 June, 2012, 02:36:30 PM
    by gadis_89