Kahwin Ketika Usia Muda

*

Author Topic: Kahwin Ketika Usia Muda  (Read 145898 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Reply #80 25 February, 2009, 08:33:30 AM
  • Publish
  • assalamualaikum....

    semakin dekat dengan  perkahwinan itu...
    semakin kuat debaran dihati..... xkeruan...tido pon xlena...:senyum:
    mungkin ini rasanya orang yang nak berkahwin ye ummi...??...
    namun....takdir Allah menentukan segalanya kan....
    semoga niatku dipermudahkan..dan dilepaskan dari halangan...
    amin....

    ibnuwalidaini

    • *
    • .:: StiLL iN JoUrNeY tO kNoW AbOuT LiFe ::.
      • View Profile
    Reply #81 25 February, 2009, 08:53:46 AM
  • Publish
  • kahwin ketika usia muda..teman mungkin tak merasa dah kot kahwin muda nih..sebab umur skarang ni dah masuk peringkat tua dah nih..:senyum:..tapi teman ada satu perkongsian pengalaman kahwin usia muda nih..bukan pengalaman teman yer...pengalaman sepupu teman..

    sepupu teman dan isterinya skarang ni adalah student uia..baru sahaja menimang cahaya mata yang pertama pada bulan 10 yang lalu..sebab aper teman cerita dia dapat cahaya mata..sebab nya teman nak ceritakan antara perkara yang perlu pasangan tempuhi nanti adalah sudah mempunyai anak diwaktu ibu dan ayah masih lagi belajar..

    ini adalah antara halangan yang perlu ditempuhi nanti..dan halangan lain adalah dari segi kewangan..insya Allah teman yakin, Allah pasti akan memberi rezeki pada pasangan tersebut..tetapi si suami perlu lebih bekerja keras..ya la..nak tumpu pada kerja dan study...dua tanggungjawab yang berat yang wajib dipikul kerana jalan itu telah sepakat bersama pasangan untuk ditempuhi bersama..

    teman teringat semasa teman mempengerusikan satu majlis berkaitan perkahwinan nih..salah seorang tetamu yang hadir telah memberi satu nasihat..katanya "jangan samakan kahwin dengan zaman bujang, disana ada perbezaan antara kahwin dan bujang" ...

    apa yang teman nak kaitkan ngan kahwin ketika usia muda ini adalah..pasangan terbabit perlu persiapkan diri dari segi mental nya bahawa dia sekarang sudah berkahwin..sudah terpikul tanggungjawab di bahu masing2...kemungkinan disebabkan faktor umur yang sedikit kurang matang dan pengalaman hidup yang baru nak kenal dunia tu..kadang2 ramai tertewas..

    apa2 pun..pada teman semua itu boleh dipelajari dari semasa ke semasa..yang penting individu yang mahu kahwin di usia awal remaja tersbut perlu peka dan tahu akan tanggungjawab diri sendiri..sekiranya tanggungjawab tersebut difahami dan dilaksanakan..insya Allah bahtera rumah tangga akan membelah lautan dengan mudah..kadang kala ditiup angin dan dipukul ombak itu perkara biasa dalam rumahtangga..yang kahwin ketika usiang 50an pun pasti akan dipukul ombak jugak..tak gitu ??
    " Semua manusia tahu bagaimana
    hendak bercakap tetapi
    tidak semua orang tahu bila dia
    patut bercakap."

    najwa_hamali

    • *
    • ~BIDADARI SYURGA IMPIAN DI HATI~
      • View Profile
    Reply #82 25 February, 2009, 08:18:54 PM

    betul tuh ibnuwalidaini.....
    kena banyak-banyak bersabar...
    YA ALLAH..........jadikanlah aku seorang muslimah...mukminah...mujahidah..dan seorang anak,isteri & ibu yg solehah....jadikanlah aku salah satu bidadari di syurga nanti......

    Ummi Munaliza

    • *
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #83 25 February, 2009, 09:04:59 PM
  • Publish
  • assalamualaikum....

    semakin dekat dengan  perkahwinan itu...
    semakin kuat debaran dihati..... xkeruan...tido pon xlena...:senyum:
    mungkin ini rasanya orang yang nak berkahwin ye ummi...??...
    namun....takdir Allah menentukan segalanya kan....
    semoga niatku dipermudahkan..dan dilepaskan dari halangan...
    amin....

    ya kah begini?
    tenangkan hati,berzikir dan salawat jangan dilupa...
    berdoa agar segala urusan dipermudahkan....
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim

    abuqais

    • *
    • al-muhami
      • View Profile
    Reply #84 25 February, 2009, 09:57:20 PM
  • Publish
  • kahwin muda ni.... tambah pulak semasa tengah belajar... memang mencabar. antara cabaran yang perlu di sahut:

    1) Nafkah isteri. Mana nak cari duit. Harap duit loan pendidikan atau loan FAMA. Kalau ta cukup kena buat part time yang halal.

    2) Masa study... yang ni mudah diatur kalau cara hidup mampu diubah. tapi kalau masih banyak masa terbuang dengan melepak bersama kawan, susah la sikit. Jadikan isteri sebagai kawan paling utama, kawan lain no 2. study group dengan isteri pun boleh, tapi kena pandai pilih tempat la. kalau salah pilih tempat, confirm tak jadi study...

    3)Tempat tinggal.. Dah kahwin tak kan nak duduk hostel asing-asing. Mesti nak menyewa rumah. Duit lagi. Transpot nak ke kuliah pun nak kena ada. maklumlah rumah sewa kadang-kadang jauh dari kampus. Kalau nak harap kenderaan awam, tak begitu ekonomi dan banyak buang masa menunggu.

    4) Kerja rumahtangga. Contohnya mengemas rumah, memasak, membasuh dan melipat kain, yang ini untuk isteri je ke? Bincang la baik-baik. bagi-bagi la kerja kalau sama-sama belajar.

    5) Beranak dan jaga anak. yang ni kena rancang elok-elok. Kalau tak merancang. Nanti anaknya berderet-deret tiap-tiap tahun. maklum la masa muda ni bajanya tengah subur. Nak jaga anak bukan senang, mengandung 10 bulan je. sakit beranak sejam dua je. tapi jaga anak sampai mati. Anyway kena terima hakikat bahawa kita hanya merancang. kalau dapat jugak anak tiap-tiap tahun, kena la terima. jangan pulak nak digugurkan. biar kita susah masa muda, asalkan masa tua kita senang.

    Reply #85 25 February, 2009, 10:13:00 PM
  • Publish
  • Sebaik-baik perempuan adalah perempuan yang berkahwin awal..
    Sering terfikir kalau perempuan tu kawen lambat maknanya perempuan tu tak baik la kot..??
    Dari zaman sekolah lagi dah set dalam diri tak nak kawen awal..
    sebab family sebelah abah dan mak semuanya pentingkan kerjaya..
    jangan kawen selagi  tak berjaya..
    alamatnya memang kawen lambat le jawabnya...
    seronok tengok kawan2 yang dah ada baby...
    I Luv Allah and Rasulullah...

    abuqais

    • *
    • al-muhami
      • View Profile
    Reply #86 25 February, 2009, 10:36:31 PM
  • Publish
  • Yang mana satu patut datang dulu?

    Kerjaya datang dulu, selepas tu baru ada tanggungjawab ATAU tanggungjawab datang dulu kemudian baru cari kerjaya.

    Bagi saya tanggungjawab kena datang dulu. kalau tak ada tanggugjawab buat apa susah-susah nak berkerjaya.

    kalau kita nak lebih berjaya dalam kerjaya, maka ia mesti didasari dengan tanggungjawab terlebih dahulu. Bila kita dah ada tanggungjawab, baru kita akan lebih bermotivasi untuk berkerjaya.

    Sebab dalam berkerjaya pun kita kena pikul tanggungjawab (terhadap majikan). Siapa yang boleh lari dari tanggungjawab?

    Formulanya mudah untuk difikirkan. Orang kata nak kahwin kena ada kerjaya. Tapi bila dah kahwin, kita kena terus berkerjaya. Maknanya  selepas berkahwin tak boleh hentikan kerjaya. Kerjaya kena buat banyak kali sampai mati... tapi kahwin biasanya dibuat sekali sampai mati. Jadi pilih la apa yang patut di kejar?

    Tapi keputusan dan kejayaannya terletak di tangan 2 orang lelaki (iaitu bakal suami dan bakal wali).

    Ummi Munaliza

    • *
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #87 25 February, 2009, 10:38:11 PM
  • Publish
  • kahwin muda ni.... tambah pulak semasa tengah belajar... memang mencabar. antara cabaran yang perlu di sahut:

    1) Nafkah isteri. Mana nak cari duit. Harap duit loan pendidikan atau loan FAMA. Kalau ta cukup kena buat part time yang halal.

    2) Masa study... yang ni mudah diatur kalau cara hidup mampu diubah. tapi kalau masih banyak masa terbuang dengan melepak bersama kawan, susah la sikit. Jadikan isteri sebagai kawan paling utama, kawan lain no 2. study group dengan isteri pun boleh, tapi kena pandai pilih tempat la. kalau salah pilih tempat, confirm tak jadi study...

    3)Tempat tinggal.. Dah kahwin tak kan nak duduk hostel asing-asing. Mesti nak menyewa rumah. Duit lagi. Transpot nak ke kuliah pun nak kena ada. maklumlah rumah sewa kadang-kadang jauh dari kampus. Kalau nak harap kenderaan awam, tak begitu ekonomi dan banyak buang masa menunggu.

    4) Kerja rumahtangga. Contohnya mengemas rumah, memasak, membasuh dan melipat kain, yang ini untuk isteri je ke? Bincang la baik-baik. bagi-bagi la kerja kalau sama-sama belajar.

    5) Beranak dan jaga anak. yang ni kena rancang elok-elok. Kalau tak merancang. Nanti anaknya berderet-deret tiap-tiap tahun. maklum la masa muda ni bajanya tengah subur. Nak jaga anak bukan senang, mengandung 10 bulan je. sakit beranak sejam dua je. tapi jaga anak sampai mati. Anyway kena terima hakikat bahawa kita hanya merancang. kalau dapat jugak anak tiap-tiap tahun, kena la terima. jangan pulak nak digugurkan. biar kita susah masa muda, asalkan masa tua kita senang.

    Ulasan: Apabila sedang belajar telah berkahwin, memang nafkah isteri menjadi tanggung jawab suami,tetapi sebelum nak berkahwin tu buat lah perjanjian,minta penangguhan dahulu. Kalau berkahwin sesama pelajar, anggapan macam orang bercouple sahaja, duduk asing-asing, makan bayar masing-masing,  cumanya boleh ke sana sini berduaan, naik motor atau kereta bersama, boleh jalan bersama, study di library bersama. Tak perlu bekerja, masing-masing ada penaja atau wang pembiyaan belajar. Jadi anggapkan macam pasangan bercouple sahaja. Bila hujung minggu, boleh lah kemana-mana yang perlu. Kalau baik dengan sesiapa, boleh menumpang semalam dua di rumahnya. Selagi belum habis belajar,cubalah merancang jangan ada anak dahulu. Jika di kurniakan juga anak, terima lah...moga Allah permudahkan segalanya kerana keikhlasan kita menurut sunnah rasulnya.

    Bukanlah maksud saya, lelaki mesti lepaskan tanggungjawab memberi nafkah isteri begitu sahaja untuk selamanya.Ini hanya waktu belajar,dan mesti ada perbincangan antara bakal suami dengan wali perempuan tu dahulu. Begitu juga dari segi tanggungjawab isteri melayan suami setiap hari. Perlu ada kelonggaran dan penangguhan buat sementara waktu semasa tengah belajar. Dah habis belajar,qadha lah...
    « Last Edit: 25 February, 2009, 11:11:11 PM by Munaliza Ismail »

    swordofdeen

    • *
    • Slashing Through Hypocrisy
      • View Profile
    Reply #88 25 February, 2009, 11:07:58 PM
  • Publish

  • Ulasan: Apabila sedang belajar telah berkahwin, memang nafkah isteri menjadi tanggung jawab suami,tetapi sebelum nak berkahwin tu buat lah perjanjian,minta penangguhan dahulu. Kalau berkahwin sesama pelajar, anggapan macam orang bercouple sahaja, duduk asing-asing, makan bayar masing-masing,  cumanya boleh ke sana sini berduaan, naik motor atau kereta bersama, boleh jalan bersama, study di library bersama. Tak perlu bekerja, masing-masing ada penaja atau wang pembiyaan belajar. Jadi anggapkan macam pasangan bercouple sahaja. Bila hujung minggu, boleh lah kemana-mana yang perlu. Kalau baik dengan sesiapa, boleh menumpang semalam dua di rumahnya. Selagi belum habis belajar,cubalah merancang jangan ada anak dahulu. Jika di kurniakan juga anak, terima lah...moga Allah permudahkan segalanya kerana keikhlasan kita menurut sunnah rasulnya.

    Namun begitu, KEWAJIPAN TETAP KEWAJIPAN. Suami tetap wajib memberi nafkah kepada Isterinya, walaupun jumlah yang sedikit. Dalam hal ini bolehkah alasan masih belum mampu membayar nafkah dijadikan alasan? Jika nak dijadikan alasan, mengapa berkahwin jika sedia tahu maklum?Jika tak mampu, maka mungkin jatuh hukum makhruh perkahwinan tersebut. Begitu juga si isteri; taat dan patuh dah berubah tampuk; dari bapa kepada suami. walaupun suami sama belajar; wajib tetap wajib; suami wajib diutamakan daripada semua orang lain.

    Persoalan untuk semua:

    1. Adakah kahwin muda ini supaya dapat ke sana ke mari berdua sahaja? itukah sahaja nilai perkahwinan?
    2. Adakah definisi maksiat itu hanya pada zina? dan bukan maksiat jika tidak mampu melaksanakan tuntutan masing-masing?adakah untuk menyalurkan nafus secara halal semata? maksud saya, hanya utk nafsu seks sahaja?
    Itu sahajakah reasonnya?

    Itu sahaja kah?

    Bukanlah diriku menentang kahwin awal; kahwinlah jika sudah mampu..then again, mampu is subjective.

    Allahu'alam
    We Punish to Preach, not Preach to Punish

    Khalawatul Iman

    • *
    • Hidup dan Matiku hanyalah ISLAM
      • View Profile
    Reply #89 25 February, 2009, 11:31:40 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum...isu ni sangat menarik sebab kebanyakan kita ni..bakal2 berkahwin atau yang sudah berkahwin tak kira tua tau muda..betul x?itu semua aturan ALLAH yang mentakdirkan qada dan qadar kita... bagi ana kahwin muda ada banyak barakah..bak kata pujangga..cinta yang baru disemai,mekar harum mewangi rumah tangga..tidak la ana katakan kalau kahwin tua tak begitu..ia bergantung pada pasangan yang berkahwin untuk menyemaikan cinta sesama pasangan...hmm..betulkan ana jika tersilap bicara..lebih2 lagi cinta sebelum kahwin kan..lagi mekar..wallahualam...maafkan ana sekiranya ana lari dari topik asal...
    Tiada rupa seindah AKHLAQ,tiada hati seindah IMAN,Tiada hidup seindah ISLAM,tiada cinta sesuci CINTA ALLAH

    Reply #90 25 February, 2009, 11:48:24 PM
  • Publish

  • Namun begitu, KEWAJIPAN TETAP KEWAJIPAN. Suami tetap wajib memberi nafkah kepada Isterinya, walaupun jumlah yang sedikit. Dalam hal ini bolehkah alasan masih belum mampu membayar nafkah dijadikan alasan? Jika nak dijadikan alasan, mengapa berkahwin jika sedia tahu maklum?Jika tak mampu, maka mungkin jatuh hukum makhruh perkahwinan tersebut. Begitu juga si isteri; taat dan patuh dah berubah tampuk; dari bapa kepada suami. walaupun suami sama belajar; wajib tetap wajib; suami wajib diutamakan daripada semua orang lain.

    Setuju bahwa kewajiban tetap wajib..tapi dalam fiqh diatur, apabila lelaki tidak mampu, maka seorang istri dianjurkan untuk ridla atau ikhlas...oleh karena itu, kita bolehlah mensiasahi masalah kawin muda ni sesuai dengan cara2 yang legal juga demi menyelamatkan diri dari api neraka...

    Ana beri contoh, lelaki tak mampu, mak bapak or scholarship tanggung nafkah...dalam hal ini tidak bertentangan dengan fiqh yang menetapkan ikhlas adalah lebih baik bagi istri...

    Memang ana setuju kalau sebelum nikah dah tau tak mampu, maka hukum menikah adalah makruh....seperti itulah fiqh,...tapi apakah haram?? atau larangan?? tidak!! sekarang lelaki kalau sudah sampai tahap perlu untuk kawin, juga wanita, tapi tidak mampu, kita bolehlah mensiasahi dgn cara seperti ini, lalu family planning...itu tidak salah...dar'u al-Mafasid Muqaddam ala jalbi mashalih...

    ليس الفتى يقول هو أبي لكن الفتى يقول هذا أنا

    Reading to live - Flaubert ..... Say No to Intellectual Barbarism!
    ---Raden Kiai Mooksy---

    Reply #91 26 February, 2009, 12:02:50 AM
  • Publish
  • Bagus... kalau rasa tak tertanggung.... puasa pon tak nak...
    Bincanglah elok elok dengan keluarga dan keluarga perempuan...

    Ana sendiripon kahwin masa study...
    Alhamdulillaah...

    Moga semuanya dipermudahkan jua oleh Allaah swt.
    ISLAM untuk semua

    - Pentadbiran
    - Pondok Tahfiz

    ibnuwalidaini

    • *
    • .:: StiLL iN JoUrNeY tO kNoW AbOuT LiFe ::.
      • View Profile
    Reply #92 26 February, 2009, 03:39:59 AM
  • Publish

  • Namun begitu, KEWAJIPAN TETAP KEWAJIPAN. Suami tetap wajib memberi nafkah kepada Isterinya, walaupun jumlah yang sedikit. Dalam hal ini bolehkah alasan masih belum mampu membayar nafkah dijadikan alasan? Jika nak dijadikan alasan, mengapa berkahwin jika sedia tahu maklum?Jika tak mampu, maka mungkin jatuh hukum makhruh perkahwinan tersebut. Begitu juga si isteri; taat dan patuh dah berubah tampuk; dari bapa kepada suami. walaupun suami sama belajar; wajib tetap wajib; suami wajib diutamakan daripada semua orang lain.

    Persoalan untuk semua:

    1. Adakah kahwin muda ini supaya dapat ke sana ke mari berdua sahaja? itukah sahaja nilai perkahwinan?
    2. Adakah definisi maksiat itu hanya pada zina? dan bukan maksiat jika tidak mampu melaksanakan tuntutan masing-masing?adakah untuk menyalurkan nafus secara halal semata? maksud saya, hanya utk nafsu seks sahaja?
    Itu sahajakah reasonnya?

    Itu sahaja kah?

    Bukanlah diriku menentang kahwin awal; kahwinlah jika sudah mampu..then again, mampu is subjective.

    Allahu'alam

    teman bersetuju ngan swordofdeen..kita nak menempuh alam perkahwinan yang serba mencabar ni perlukan tanggungjawab..sekiranya matlamat perkahwinan adalah semata-mata nak melempiaskan nafsu..itu yg banyak jadi usia rumah tangga tak mencecah 5 tahun pun kadang2...

    dalam keadaan diri yg tidak bersedia utk memikul tanggungjawab...kebanyakan akan kecundang..kecundang dalam perkahwinan walaupun dibolehkan..tapi Allah benci...

    apa2 pun macam swordofdeen cakap..benda mampu ni subjektif..kalau merasakan diri tu dah mampu kahwinlah..persilakan la..benda elok watper ditangguh..tapi pikir la semasak2..bukan bermakna orang yg usia seawal remaja ni tak boleh nak hadapi masalah yg timbul dalam rumahtangga.tapi mereka perlu lebih berusaha utk berdikari dan mematangkan diri..

    ingatan utk diri teman sendiri..kahwin ni benda besar..jangan sekadar nak cuba2 dan main2..disana banyak tanggungjawab yang perlu dipikul...jgn hanya sebab nakkan seks..kita tinggalkan tanggungjawab utk dipikirkan..padah nanti..

    Ummi Munaliza

    • *
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #93 26 February, 2009, 06:26:42 AM
  • Publish
  • Memang istilah mampu adalah subjektif pada setiap orang.

    Ada orang mahu berkahwin awal kerana keperluan. Keperluan ini juga subjektif dan luas.

    Saya beri contoh sepasang pelajar yang telah pun berkahwin setahun yang lalu.
    Keperluan muslimin pada masa itu ialah,ia mahu berteman, bukan kerana nafsu seks,
    perlukan teman untuk berkongsi cerita masalah,tekanan dn pelbagai dugaan hidup
    sebagai seorang pelajar. Setelah 3 tahun di universiti,dia begitu menjaga hubungan
    dengan mana2 perempuan kerana prinsipnya,tidak akan berkawan dengan perempuan
    kecuali yang akan jadi isterinya.Dia tidak cemburu pada pasangan couple, tetapi
    dia sunyi sangat. Jadi dengan bantuan seseorang menemukan dia dengan seorang
    muslimah.Selepas taaruf, dan sedikit perbincangan, terus dia memutuskan untuk bernikah segera.
    Dia sanggup berjumpa wali perempuan dan menyatakan hasratnya. Sebagai wali yang
    normal,mesti akan bertanya macamana nafkah,macamana tempat tinggal dan macam-macam
    lagi tanggungjawab sebagai seorang suami. Didepan perempuan dan wali perempuan dia
    menyatakan oleh kerena sama-sama masih belajar, masing-masing ada pembiyaan, maka
    tanggungjawap memberi nafkah dia minta tangguh sehingga dia bekerja, begitu juga
    dengan tempat tinggal, mereka mencari tempat tinggal yang kecil sewanya, mereka menggunakan
    perkhidmatan awam. Mereka berkongsi menggunakan wang pembiayaan bersama-sama.
    Ertinya mereka berjanji sanggup susah bersama, dan depan wali dia
    bertanya perempuan itu adakah dia ikhlas untuk  untuk redha dengan kesusahan yang dihadapi
    diawal perkahwinan.
    Setelah segala persetujuan dicapai,barulah majlis walimah dilangsungkan. Disini segala perkara
    telah dibincangkan dengan terang dan jelas. Adakah dia tidak melaksanakan tanggungjawap yang
    sewajarnya  dan mengambil mudah?

    Di dalam sebuah majlis Ilmu (Tafaqquh) yang dihadiri oleh Kiai Haji Nuruddin Marbu al-Banjari
    di sebuah pusat pengajian tinggi, beliau sendiri memberikan pandangan yang sama seperti
    yang dibuat oleh pelajar di atas. Beliau menggalakkan perkahwinan ketika belajar
    bertujuan menggelakkan hubungan couple.  Bila sama-sama bersetuju untuk bernikah maka
    mesti juga bersetuju memikul tanggungjwab bersama dan isteri mesti redha. Tidak ada
    tuntuntan suami tidak menunaikan tanggungjawab dan isteri tidak menunaikan tanggungjawab.
    Dan bukan semua yang berkesanggupan begini. Jadi  hanya yang mampu memikul, tidak salah
    untuk berkahwin awal.

    Dan pasangan yang diceritakan diatas telah pun bekerja sekarang dan masih belum mempunyai
    anak. Kerana bertanggung jawab sebagai seorang suami, sebaik tamat belajar dia terus mencari
    pekerjaan. 
    « Last Edit: 26 February, 2009, 06:31:01 AM by Munaliza Ismail »

    ibnuwalidaini

    • *
    • .:: StiLL iN JoUrNeY tO kNoW AbOuT LiFe ::.
      • View Profile
    Reply #94 26 February, 2009, 07:33:51 AM
  • Publish
  • syeikh nuruddin pasti bersetuju..sebab isteri kedua dia pun masih seorang pelajar...

    maksudnya disini..isu kahwin muda ini..kalau pasangan itu dah mampu dan bersedia..persilakan..sepertimana yang dinyatakan dalam posting2 yang atas tuh..

    seperti contoh yang ummi munaliza bawakkan tuh..ya itu contoh antara mereka yang kahwin di usia muda dengan ada rasa tanggungjawab..

    tapi tak semua orang macam tuh...dengan hanya menggunakan alasan nak jaga nafsu..rasanya nanti ramai salah gunakan alasan itu sekadar melempias nafsu mereka utk berkahwin..setelah puas..bercerai berai..sebab tu diulangi..perkahwinan perlu diiringi rasa tanggungjawab..bukan sekadar nak jaga nafsu seks sahaja...

    Reply #95 26 February, 2009, 01:56:02 PM
  • Publish
  • Saya tak pernah kenal seorang belia masa kini yang kahwin pada usia muda. Tetapi saya ingin menjadi salah seorang daripadanya. Lepas ini, saya akan minta pada ayah supaya menerima saja apa-apa pinangan yang dirasakan ayah baik untuk saya. Saya pasti pilihan ayah adalah yang terbaik kerana bukan mudah bagi seorang lelaki untuk menguatkan hati meminang anak seorang imam merangkap kadi. Zaman ini bukan zaman Khulafa. Orang sekarang takut hendak beristerikan anak orang yang kuat agama.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #96 26 February, 2009, 02:50:09 PM
  • Publish

  • Moga hawaniswah akan bertemu jodoh  yang baik di sisi Allah.
    Berdoalah, dan beritahu ibu ayah hasrat tu. Mereka tak tahu hawaniswah dah bersedia untuk
    memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu.

    Reply #97 26 February, 2009, 03:30:06 PM
  • Publish
  • kenape ek, org takut nk meminang anak seorang yg kuat agama??? seolah melepaskan sesuatu yang baik...

    Ummi Munaliza

    • *
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #98 26 February, 2009, 03:50:29 PM
  • Publish
  • kenape ek, org takut nk meminang anak seorang yg kuat agama??? seolah melepaskan sesuatu yang baik...

    Takut nanti  kena suruh jadi imam.
    Kena selalu azan bila masuk waktu.

    Reply #99 26 February, 2009, 04:04:24 PM
  • Publish
  • kenape ek, org takut nk meminang anak seorang yg kuat agama??? seolah melepaskan sesuatu yang baik...

    Takut nanti  kena suruh jadi imam.
    Kena selalu azan bila masuk waktu.

    salam. betul kot.:senyum:...
    saya rasa banyak yang perlu di ambil kira
    aspek bakal suami juga perlu baik dan beragama..
    sbb i2 ukhti hawaniswah xkisah dengan pilihan ayah sbb pilahan ayah mestilah macam abinya jgk..

    orang lain bukan takut.
    cuma malu xbeh nak jadi macam ayahnya, istiqamah..
    lagi2 anak orang yang kuat agamanya..
    baitul muslimnya jadi qudwah lagi kat kampung tu..

    sebab i2 setiap muslimat perlu mencari lelaki yang baik agamanya,
    jaga nama baik keluarga pada luarannya,
    tapi hakikatnya perlu mengimpikan IMAM yang mampu memimpin ke syurga
    membawa pada jalan2 dakwah..

    wajib bagi setiap muslimin menyiapkan diri dahulu dengan ilmu2 agama,
    ilmu baitul muslimnya dahulu,
    dan persediaan nafkah...

    divider3
    halaqahforum4