Kahwin Ketika Usia Muda

*

Author Topic: Kahwin Ketika Usia Muda  (Read 138607 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

maharcinta5740

  • *
  • Posts: 555
  • Aku Hamba Allah...
    • View Profile
Reply #700 19 December, 2009, 05:11:14 PM
  • Publish

  • Sebaik anak lelaki ummi bersuara menyatakan hasrat mahu berkahwin sebaik tamat diploma, sebelum menyambung degree, terus ummi pergi pinangkan anak dara yang dia nyatakan. InsyaAllah,ummi beri masa bertunang lebih kurang 5 bulan sahaja. Ertinya sebelum pertengahan tahun depan ,adalah walimahnya untuk majlis nikah.

    selamat menerima menantu ya ummi ku sayang  ceria*
    "aku mencintaimu kerna agama yang ada pada dirimu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, maka hilanglah cintaku padamu.."
    (Imam Nawawi)  baguss

    Wanita yang bijaksana mampu mengubah sahara yang gersang
    menjadi taman yang menghijau.. ceria* ceria* ceria*

    PAK ARAB

    • *
    • Posts: 288
      • View Profile
    Reply #701 19 December, 2009, 06:37:00 PM
  • Publish

  • Sebaik anak lelaki ummi bersuara menyatakan hasrat mahu berkahwin sebaik tamat diploma, sebelum menyambung degree, terus ummi pergi pinangkan anak dara yang dia nyatakan. InsyaAllah,ummi beri masa bertunang lebih kurang 5 bulan sahaja. Ertinya sebelum pertengahan tahun depan ,adalah walimahnya untuk majlis nikah.


    Alhamdulillah satu tindakan yang bijak daripada seorang ibu yang penyayang.  Ini salah satu cara terbaik selamatkan anak2 daripada fitnah dunia terutama wanita. 

    Pandangan, pendengaran, pergaulan yang tidak sihat ; bukan hanya di luar bahkan dipejabat2, sekolah2, di pasaraya dimana saja semuanya menarik kepada kemungkaran. Sekurang2nya hati menjadi cedera dengan pandangan2 yang tidak dapat dikawal. 

    Moga kita semua dapat mengikut jejak langkah baik ini.

    Wassalam
    NAIKLAH BAHTERA PEWARIS NABI,
    PEGANGLAH TALINYA SEKUAT HATI,
    KAFILAH KESUCIAN TIDAK AKAN BERHENTI,
    DISANA FAJAR MENUNGGU MENTARI.....!

    solehah

    • *
    • Posts: 204
      • View Profile
    Reply #702 20 December, 2009, 11:05:13 PM
  • Publish
  • Salam....sekadar perkongsian...
    nak kahwin dalam usia muda,tak ade masalah sebenarnya....
    Alangkah baiknya kita kahwin atas memenuhi tuntutan Islam dan bukan atas kehendak "Hawa Nafsu" semata2...
    apabila kita kahwin niat Ikhlas kerana Allah dan ingin mendapat Redhonya,,,insyaAllah kita akan dapat apa yang kita niatkan...
    yang menjadi masalah ialah apabila kita kahwin demi nak mendapat keseronokkan "Batin" sahaja lantas kita tidak mempelajari ilmu Agama dan ilmu perhahwinan itu sendiri maka itu yang menjadi masalah bagi remaja masa kini....

    Memang tidak di nafikan "kahwin muda"..lepas tu "bercerai juga"...ia akan bercerai bila mana Allah mengkendakinya...
    ingat bahawa jodoh pertemuan,ajal maut itu di tangan Allah SWT....

    "Kita Merancang, Allah Jua Merancang dan Perancangan Allah lagi Hebat dan Terbaik untuk Hamba2Nya"

    Wallahua'lam

    fayah_89

    • *
    • Posts: 446
      • View Profile
    Reply #703 20 December, 2009, 11:24:08 PM
  • Publish
  • Bagi Pendapat Saya..Kawen muda tak salah...Sekiranya Lelaki dan perempuan sudah bersedia dari segi ILmu agama dan mampu membing keluarga
    dan dapat tunaikan tanggungjawab sebagai suami Isteri ,walaupun pendapatan tak seberapa..
    # Yang Selalu jadi Masalah Lelaki dan Perempuan belum bersedia -->>tue la banyak kes pencerian berlaku --->>bersedia dari segi Ilmu agama ,cara nak bimbing keluarga...
    #..Kita Lihat orang tua tua dahulu walaupun kawen d Usia Muda--->>namum Rumah tangga Diorang dapat bertahan -->>d sebabkan persidaan yang cukup dari Segi Fizikal ,mental,Rohani dan Sahsiah..........
    Menghijrahkan Diri Mmg Payah" "Ada Masa Kita Kalah" "Ada Masa Kita Lelah" "Ada Masa Kita Bertuah" "Itulah Namanya MUHAJADAH" "Kerana Ku Tahu Akhirnya Pasti Indah"

    naaz93

    • *
    • Posts: 209
    • ..::ISLAM ITU INDAH::..
      • View Profile
    Reply #704 21 December, 2009, 01:40:09 AM
  • Publish


  • kawin muda tak salah..
    selagi si lelaki yg bakal jg penghulu rumahtangga tu dpt menyara keluarganya..
    mantap imannya..
    dpt membimbing isterinya..
    « Last Edit: 21 December, 2009, 06:05:27 AM by Ummi Munaliza »
    ..::Langkah Hari Ini Menentukan Destinasi Hari Esok::..

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #705 21 December, 2009, 06:11:59 AM
  • Publish
  • Quote
    perlukah kite jauhkan diri dari mereka?
    benci mereka?
    tidak berkawan dengan mereka?
    mengata belakang mereka?
    mengutok dan mencerca mereka?
    hmm..ape kesan/natijah/impak nya?
    fikirkan...

    KIta tidak boleh menjauhkan diri dari mereka, kita mahu didik mereka, kita mahu membimbing mereka kita mahu berkawan dengan semua orang, kita tidak mencerca atau mengutuk mereka, kita tidak sekali-kali mengata mereka...

    tetapi ...

    mahu kah mereka apabila telah tersedar melakukan kesilapan, kembali ke pangkal jalan, mahukah mereka menghulur tangan minta dipimpin dan dibimbing?

    Inilah...hanya mereka yang tahu, mereka silap, dan menyerah diri dan bertaubat...

    Adakah kita yang perlu tarik tangan mereka, adakah kita yang kena sentap mereka dari dunia yang mengkhayalkan mereka?

    Ini yang perlu difikirkan, kerana mereka atau kita tahu impak,natijah dan kesan sesuatu perbuatan yang telah silap itu...
    « Last Edit: 21 December, 2009, 06:13:57 AM by Ummi Munaliza »
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #706 21 December, 2009, 06:41:50 AM
  • Publish
  • berebut2 nak kawin awal..
    ade la 3 4 orang yang kawin mase form 5..
    kawin ngan budak sebaye pulak tu..
    da mengandung,beranak,lepas tu cerai.

    Bila mereka berkahwin dengan niat yang salah, ini  natijahnya...kahwin -----> beranak---->cerai

    Cuma persoalan saya, kahwin masa form 5, dikira bawah umur...mesti ada persetujuan, mesti melalui temuduga, dan banyak prosedur jabatan agama, bagaimana jabatan agama boleh lepaskan perkahwinan ini jika sudah nampak dan tahu yang lelaki atau yang perempuan sedang belajar tingkatan 5?

    Hanya satu sebab sahaja jabatan agama lepaskan /izinkan perkahwinan ini iaitu mereka -mereka ini telah terlanjur, kerana ibu bapa tidak mahu malu, mahu menutup malu tersebut, biar mereka bercerai ketika usia muda, tetapi jangan orang awam tahu anak mereka telah mengandong muda...

    Bagi ibu bapa anak-anak ini, rela anak mereka dapat status janda  dari ibu tanpa isteri...

    Setelah pernikahan dilakukan, sepatutnya ibu bapa yang bimbing, orang awam tidak tahu mereka ini telah buat silap,sebab ibu bapa dah tutup silap yang mereka buat dari penglihatan awam.

    Jadi kita jugakah yang salah, kita jugakah yang silap kerena tidak peduli mereka, tidak hirau mereka, tidak bimbing mereka?

    Inikan puncanya? Punca dari rumah mereka...

    Banyak hal yang dorang buat sampai kantoi macam serong,smoke,lepak kat cc,beranak dalam skola dll....

    Hidayat

    • *
    • Posts: 16
      • View Profile
    Reply #707 21 December, 2009, 07:24:04 AM
  • Publish
  • Pandangan saya, nak nikah muda memang sangat perlukan sokongan keluarga.
    Tanpa sokongan ibubapa mungkin cabarannya tinggi.
    "Katakanlah, sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam." (Al-An'am: 162)

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #708 21 December, 2009, 07:32:06 AM
  • Publish
  • Pandangan saya, nak nikah muda memang sangat perlukan sokongan keluarga.
    Tanpa sokongan ibubapa mungkin cabarannya tinggi.

    Betul Hidayat, berkahwin  ketika usia masih muda perlu sokongan dan bimbingan ibu bapa dan keluarga. Pasangan pula mesti bersedia terima bimbingan dan teguran. InsyaAllah rumahtangga akan terjaga. Macam orang dulu-dulu, mereka kahwin muda, ibu bapa bimbing mereka, walaupun ketika itu, suami belum bekerja. Yang penting, diri sentiasa ingin belajar dan belajar.

    Jika berlaku perceraian, bukan sebab kahwin ketika usia muda saja, orang yang kahwin lewat pun bercerai, yang dah kahwin lama pun bercerai. Tak ada statistik lagi menyatakan perceraian hanya berlaku disebabkan berkahwin ketika usia muda, atau statistik menunjukkan perceraiaan tinggi dari pasangan yang berkahwin ketika usia muda.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #709 30 December, 2009, 06:36:32 AM
  • Publish
  • Relevenkah perkahwinan di usia muda?

    Saya dapt simpulkan bahawa ahli panel bersetuju dengan perkahwinan awal tapi bersyarat.Dibawah ini saya kemukakan nota-nota penting yang sempat saya catit semasa forum berlangsung.


        * Jiwa celaru kerana tiada cinta


        * Perkahwinan tak susah dan tak mudah


        * Perspektif ibubapa bila anak nak kahwin semasa usia muda: Pelajaran terabai, Nak tanggung macam
           mana anak bini.


        * Oleh itu: ubah persepsi ibu bapa dengan buktikan bahawa kita mampu untuk menghadapi semua ini
           dengan persediaan.Contoh: Mendapat kecemerlangan dalam pelajaran, ada tabungan sendiri.


        * Persediaan mesti cukup: Persediaan mental,fizikal dan emosi: Mesti BANYAK SABAR!


        * Persediaan cukup berat: Pikul tanggung jawab besar bila kahwin

        * Cinta yang dibuat atas dasar suka-suka maka ia di ambang BAHAYA


        * Kalau serius maka tunjukkan serius dengan memecahkan perspektif ibu bapa seperti yang diterangkan diatas.


        * Terdapat sesetengah orang yang bercinta sebab ikut-ikut ataupun Emosi tak matang yang mana terlalu
           bergantung pada orang untuk buat keputusan.Maka ia memilih untuk bercinta supaya di `support`.
           Orang yang sensatif juga begitu.


        * Perkahwinan perlu mendapat restu mak dan ayah dalam mendapat keberkatan.


        * Matang awal adalah digalakkan berkahwin awal.Matang di sudut emosi,fizikal dan mental.


        * Paling mustahak adalah matang EMOSI.


        * Kebanyakan kes ceria di malaysia adalah kerana masalah remeh temeh seperti nasi panas
           sangat dan sebagainya (contoh dari ahli panel).


        * Ketika undergraduate tak digalakkan kahwin kerana masalah wang dan sebagainya.


    Itulah sedikit point.Dan kebanyakan ahli panel adalah kahwin awal .Sebagai contoh Prof. Dr M. Hamdi berkahwin pada usia 24 tahun ketika mengambil master.Mungkin ini kot definisi awal.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #710 30 December, 2009, 06:38:01 AM
  • Publish

  • Saya cukup bersetuju bahawa perkahwinan itu bukanlah satu jalan semata-mata ingin mengelakkan maksiat.Tapi ia adalah tentang komitmen terhadap pasangan.Bagi mereka yang ingin berkahwin awal maka persediaan perlulah dibuat dari sekarang.Buatlah tabungan awal walaupun anda masih di tahun 1.


    Berapa ramai yang bercerai dan diceraikan kerana perilaku sendiri.Sikap bengis,panas baran mestilah diturunkan.Perkahwinan adalah ketenangan bagi mereka yang sekufu.Ego dan perilaku buruk bakal merosakkan rumah tangga .Kesimpulannya kahwinlah awal jika sudah cukup persediaan dan mendapat restu ibu bapa.


    Ingatlah jangan cemari perkahwinan yang mulia dengan cerai.Hormat menghormati saling hargai menghargailah sesama pasangan.Pujian pasti menaikkan seri rumah tangga.

    kaseeh88

    • *
    • Posts: 27
    • hidup penuh dugaan
      • View Profile
    Reply #711 30 December, 2009, 10:40:11 AM
  • Publish
  • bagi ana.kawin muda,adalah elok.utk mgelakkn maksiat dn komitmen yg lain,apabila seseorg itu mampu utk berumah tgga.
    dn dgn restu ibu bapa,akn menjamin kebahagiaan,d masa akn dtg,dn seeloknya byk2 berdoa pd Allah s.w.t,smoga hubungan kekeluargaan
    akn d rhmati oleh Nya
    sesuatu yg hadir  buruk atau baiknya dr Allah S.W.T

    mohdazri

    • *
    • Posts: 1063
      • View Profile
    Reply #712 30 December, 2009, 10:51:09 AM
  • Publish
  • bagi saya perkahwinan di usia muda ni teramat la baik sebabnya kita mengikut sunnah nabi,insyaallah kejayaan dalam hidup dunia dan akhirat menanti.tentang masalah teknikal seperti tanggungjawab yang besar itu adlah lumrah dan boleh diatasi dengan baik melalui ilmu dan munajat pada Allah

    nur zulaikha

    • *
    • Posts: 515
    • cinta ALLAH ku dmbakn krn merindui rahmatNYA
      • View Profile
    Reply #713 30 December, 2009, 12:19:47 PM
  • Publish
  • tidak salah jika berkahwin dalam usia muda...
    -dapat mencegah kemungkaran berlaku...
    tapi perlu diingat...adakah mereka telah bersedia memikul tanggungjawab untuk melayari kehidupan berumahtangga...
    perlu persediaan fizikal dan mental yang kuat...insya'allah jika mereka benar-benar bersedia tiada masalah dan perlu bertolak ansur serta persefahaman antara satu sama lain.
    cintai saudaramu mendekati sunah dan suruhan
    rasulmu dan ALLAH
    cintai rasulmu mendekati mu kepada ALLAH...
    cintai ALLAH mendekati kamu dengan keredhaanNYA...

    nazirul razali

    • *
    • Posts: 875
    • HIDUP JIHAD, MATI SYAHID, ALLAH HUAKHBAR.
      • View Profile
    Reply #714 30 December, 2009, 01:28:27 PM
  • Publish
  • kawin waktu muda???
    hurm...... waktu tu tak stabil mane pn......
    lalalalaa...................
    <')))))<                              <')))))<                              <')))))<                              <')))))<                              <')))))<
                         <')))))<

    khalila

    • *
    • Posts: 957
      • View Profile
    Reply #715 30 December, 2009, 01:34:24 PM
  • Publish
  • kawin waktu muda???
    hurm...... waktu tu tak stabil mane pn......
    lalalalaa...................


    Siapa cakap tak stabil mana??
    Contoh paling hampir pada Ummi Munaliza..
    Seawal usia remajanya dia sudah berkahwin..
    Anak beliau pun sama..
    InsyaAllah..
    Yakin dengan pertolongan Allah..

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #716 30 December, 2009, 01:56:27 PM
  • Publish
  • tapi perlu diingat...adakah mereka telah bersedia memikul tanggungjawab untuk melayari kehidupan berumahtangga...
    perlu persediaan fizikal dan mental yang kuat...insya'allah jika mereka benar-benar bersedia tiada masalah dan perlu bertolak ansur serta persefahaman antara satu sama lain.

    Entahlah mungkin zaman telah berubah, zaman ummi dahulu dengan zaman sekarang berbeza. Yang ummi tahu, berkahwin itu fitrah, tak ada dalam perancangan hidup ummi pada ketika itu, tiba-tiba ada orang datang meminang , bertunang 3 bulan dan bernikah.

    Tak ada ummi perlu persediaan dan persiapan apa-apa. Bila dah berumah tangga, Allah kurniakan kemurahan rezeki, dapat anak masa tengah berkuliah. Ummi lalui macam orang zaman dahulu lalui kelangsungan hidup.

    Jika kita redha dengan segala apa yang telah Allah takdirkan buat kita ,maka segalanya mudah dengan pertolongan , rahmat dan kasih sayang Allah.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #717 30 December, 2009, 02:03:34 PM
  • Publish


  • Begitu juga, apa yang ummi  lihat  dan lalui terhadap rumah tangga anak ummi, mereka melalui kelangsungan hidup dalam rahmat dan kasih sayang Allah, segala dugaan, cabaran , mereka tempuhi bersama dalam kesabaran. Memang dalam apa jua keadaan, akan ada ujian  dan cabaran, ketika ini yang diperlukan bukan persediaan persiapan , tetapi keimanan yang mantap , kesabaran, serta  penyerahan diri kepada Allah SWT, dan sokongan dari keluarga.

    nurqhazi

    • *
    • Posts: 13
    • http://nurqhazirahman.blogspot.com
      • View Profile
    Reply #718 30 December, 2009, 02:31:24 PM
  • Publish
  • Elok kawen awal,.tapi qhazi blm sedia lagi,dan lagi pun takut keluarga tak faham dan dtentang sebab masih dlm pengajian.
    harap berkunjung ke http://nurqhazirahman.blohgspot.com
    islam untuk semua.

    sebaikwanita

    • *
    • Posts: 53
    • Cintailah yang Maha Menyintai
      • View Profile
    Reply #719 14 January, 2010, 07:30:49 AM
  • Publish
  • Ummi,

    berkahwin awl sgt2 bgus. sy sokong 100%. bg sy bcinta lama2 blum menentukan dia jodoh kita. kan lebih elok jika dimuliakan hubungn n rasa cinta pd mereka yg halal. Lebih diberkati dan suci.

    Saya lihat teman-teman saya lebih gemar bercinta. Alasan belajar lagi. Tunggu habis belajar. Xde duit nk kwen tapi yg herannya kata xde duit tp weekends panggung wayang n kuar mkn ngn pkwe ada plak duit. Kan bgus kalau duit tu disimpan untuk blanje kawen. sebenarnya mampu tp hati tu yg xbersungguh..

    Waallahua'lam..
    .::: ALLAH did not promise that life would be easy, but HE did promise to go with you..every step of your life, with HIM by your side :::. ^_^

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    9 Replies
    2016 Views
    Last post 06 December, 2010, 11:43:22 PM
    by gerairizqi
    21 Replies
    7249 Views
    Last post 11 January, 2012, 07:53:58 PM
    by Ana Tholibah
    15 Replies
    9573 Views
    Last post 09 February, 2012, 11:58:44 PM
    by al_ahibbatu