0 Halaqian and 1 Tetamu are viewing this topic.
Quote from: Ummi Munaliza on 02 February, 2009, 09:30:01 PMTakpe...ummi mulakan...sebab ummi kahwin ketika umur 19 tahun,masa tu berada tahun 2 di universiti...suami ummi masa pensyarah pengajian Islam,masuk mengajar untuk ganti pensyarh sebenar tak datang,ternampak ummi sekali, duduk paling belakang,Rupanya...keluar je kelas, dia merisik mencari maklumat,minggu depan ada orang panggil ummi untuk majlis taaruf,minggu depan lagi,dia pergi sendiri meminang pada mak ayah,3 bulan pastu bernikah.Semua keluarga suami datang bertandang.Buat majlis walimah di rumah ummi saja,hantaran tak tinggi,hadiah iringan sebuah al-quran dan sehelai sejadah.tak ada pelamin,tak ada sanding,tak ada makan beradap.Kiranya ummi pecahkan tradisi kampung,majlis walimah besar tapi tak ada ghazal, tak ada kompang.Majlis bersiram pun tak ada apa tah lagi mandi puteri.Sebulan pastu bunting pelamin,walaupun tak ada pelamin.Genap 9 bulan 10 hari lahirkan putera.masa ni lah yang nak jadi cerita...Dah ada anak,tak ada pembantu,ummi duduk luar,bukan asrama lagi,Bila pergi kuliah,anak kena bawa,sebab anak tak pandai menyusu lembu,bila ummi masuk kelas,bagi anak pada kawan yang duduk asrama,tolong jaga,bila kawan tu ada kelas, passing lagi pada kawan lain...nanti ummi habis kuliah,ummi kena keliling blok cari anak ummi di mana...masa tu mana ada handphone...tunggu dia menangis baru tahu di bilik mana dia berada...Bila malam nak buat report lab, nak study,Nasib baik hubby yang baik hati,bertimbang rasa,Makan minum ummi dia yang sediakan...Cuci kain baju tentulah mesin...benda pertama dibeli bila dah kahwin...biar tak ada katil atau kerusi meja...Alhamdullilah tamat gak ummi belajar...Berumah tangga dan anak tak jadi masalah...Yang jadi masalah...Ummi digantung pengajian kerana purdah...Last...masalah ini settle juga...Sekarang ummi masih menyambung pengajian,walaupun anak dah ada 10 0rang,dah ada cucu...Semoga cerita ummi menjadi semangat untuk kahwin awal... mudahnya urusan jodoh ummi. semoga urusan jodoh saya juga dipermudahkan oleh Allah. tapi ye lah, kita manusia hanya merancang, tapi Dia yang menentukan segala-galanya. Alhamdulillah, selama hampir 22tahun saya hidup ni, hati tak pernah terbuka langsung untuk menjebakkan diri dalam hal2 'couple' dan sebagainya. Saya bukan dibesarkan dalam keluarga yang kuat agama, mahupun bersekolah aliran agama dan sewaktu dengannya. Disebabkan itu, sejak dari sekolah lagi saya lihat pelbagai karenah manusia, terutama anak muda remaja yang galak mencari 'couple' ketika masih bersekolah. Ber 'sms' dgn teman istimewa masing2. tapi entahlah, saya sedikit pun tak tertarik dengan semua tu, bila kawan2 bertanya, "kau ni tak nak cari 'couple' ke?" saya selalu senyum je, sambil jawab "hmm..tak apa lah..:senyum:". Terdetik di hati Mungkin Allah nak jaga saya..Itu dulu, masa zaman sekolah. Tahun ni saya masuk 22 tahun, dan masih menuntut di universiti. dan ketika ini, hati seolah2 terbuka untuk mengenal apa itu cinta. tapi bukan 'couple' yang saya maksudkan. Kalau boleh biarlah cinta itu subur dengan wujudnya perkahwinan. Semoga Allah menjawab persoalan istikharah saya.. Dan doakan agar urusan jodoh saya dipermudahkan..
Takpe...ummi mulakan...sebab ummi kahwin ketika umur 19 tahun,masa tu berada tahun 2 di universiti...suami ummi masa pensyarah pengajian Islam,masuk mengajar untuk ganti pensyarh sebenar tak datang,ternampak ummi sekali, duduk paling belakang,Rupanya...keluar je kelas, dia merisik mencari maklumat,minggu depan ada orang panggil ummi untuk majlis taaruf,minggu depan lagi,dia pergi sendiri meminang pada mak ayah,3 bulan pastu bernikah.Semua keluarga suami datang bertandang.Buat majlis walimah di rumah ummi saja,hantaran tak tinggi,hadiah iringan sebuah al-quran dan sehelai sejadah.tak ada pelamin,tak ada sanding,tak ada makan beradap.Kiranya ummi pecahkan tradisi kampung,majlis walimah besar tapi tak ada ghazal, tak ada kompang.Majlis bersiram pun tak ada apa tah lagi mandi puteri.Sebulan pastu bunting pelamin,walaupun tak ada pelamin.Genap 9 bulan 10 hari lahirkan putera.masa ni lah yang nak jadi cerita...Dah ada anak,tak ada pembantu,ummi duduk luar,bukan asrama lagi,Bila pergi kuliah,anak kena bawa,sebab anak tak pandai menyusu lembu,bila ummi masuk kelas,bagi anak pada kawan yang duduk asrama,tolong jaga,bila kawan tu ada kelas, passing lagi pada kawan lain...nanti ummi habis kuliah,ummi kena keliling blok cari anak ummi di mana...masa tu mana ada handphone...tunggu dia menangis baru tahu di bilik mana dia berada...Bila malam nak buat report lab, nak study,Nasib baik hubby yang baik hati,bertimbang rasa,Makan minum ummi dia yang sediakan...Cuci kain baju tentulah mesin...benda pertama dibeli bila dah kahwin...biar tak ada katil atau kerusi meja...Alhamdullilah tamat gak ummi belajar...Berumah tangga dan anak tak jadi masalah...Yang jadi masalah...Ummi digantung pengajian kerana purdah...Last...masalah ini settle juga...Sekarang ummi masih menyambung pengajian,walaupun anak dah ada 10 0rang,dah ada cucu...Semoga cerita ummi menjadi semangat untuk kahwin awal...
orang selalu duk sebut pasal 'dah sampai seru'. saya cuba hadam. tapi masih tak faham macam mana nak kesan 'dah sampai seru' tu.
Sampai seru? Sampai jodoh lah tu.Nak kesan dah sampai jodoh, apabila kita telah bertemu dengan calon isteri dan apabila kita telah melafazkan ijab dan kabul.Selagi belum ijab dan kabul, maka belumlah sampai serunya untuk bernikah.
Ada sahabat kita dikalangan halaqah yang mudah juga urusan jodohnya. Masih muda dalam lingkungan 20 tahun.......Begitu mudah jodohnya tanpa diduga dan mudah kepada ibu bapanya menerima. Anak yang taat, tidak banyak kata.
Kalau taat tapi banyak kata? :senyum: banyak kata ni maksudnya banyak cakap / banyak melawan ke?
Ada sahabat kita dikalangan halaqah yang mudah juga urusan jodohnya. Masih muda dalam lingkungan 20 tahun.Semasa senarai peserta gathering HHH 5 di letakkan, dia mendaftar sebagai peserta.Sudah bincang pengangkutan bagaimana dia akan ikut serta, dari Kelantan datang ke Kuala Lumpur dan menumpang kereta dengan seorang peserta lain.Semalam dia menghubungi saya menyatakan tak dapat ikut serta sebab, 3 Jun 2012 adalah hari pernikahan dan walimahnya.Dalam tempoh sebulan sahaja, seorang mulimin datang melamar melalui ibu bapanya, mereka setuju dan terus menetapkan tarikh pernikahan. Ketika itu dia masih lagi berada di sebuah Pondok Pengajian di kelantan. Begitu mudah jodohnya tanpa diduga dan mudah kepada ibu bapanya menerima. Anak yang taat, tidak banyak kata. Beliau ialah Rasya Humaira.
Quote from: Nurul Nawar on 24 May, 2012, 09:49:25 PM Kalau taat tapi banyak kata? :senyum: banyak kata ni maksudnya banyak cakap / banyak melawan ke?Banyak kata dengan banyak melawan berbeza pengertian. Banyak cakap kerana peramah dan menceriakan hati ibu bapa lain dengan banyak melawan atau membantah kata ibu bapa. Banyak melawan akan menyebabkan kadang-kadang ibu bapa jadi terasa dan sakit hati.
Assalamualaikum...Putri nak tanya...Usia muda dalam lingkungan umur berapa?..Kadang-kadang umur 25-30 pun dikira muda lagi...So bagaimana?...
tersenyum sekejap bila baca tulisan elsanxs dan putri...=)ramai yang tidak sepakat dalam menyatakan usia muda tu dikra bagaimana. ada yang kata sebelum 30 tu dikira muda. ada yang kata sebelum cecah angka 4 di depan pun dikira muda. dan ada yang kata sebelum 25 tu dikira muda. akak nikah ketika usia 22 tahun dan bercerai ketika usia 25 tahun. justeru itu, mereka tetap kategorikan kedua2 usia tatkala melalui semua itu dalam usia muda...
Quote from: putri_hambali on 12 June, 2012, 12:55:24 PMAssalamualaikum...Putri nak tanya...Usia muda dalam lingkungan umur berapa?..Kadang-kadang umur 25-30 pun dikira muda lagi...So bagaimana?...25-30 tu bagi kak els kira tua dahh.. Kalau orang lain tatau la.. kot perasan muda macam 20-24 tu..
Quote from: robhunhayati on 12 June, 2012, 01:31:25 PMtersenyum sekejap bila baca tulisan elsanxs dan putri...=)ramai yang tidak sepakat dalam menyatakan usia muda tu dikra bagaimana. ada yang kata sebelum 30 tu dikira muda. ada yang kata sebelum cecah angka 4 di depan pun dikira muda. dan ada yang kata sebelum 25 tu dikira muda. akak nikah ketika usia 22 tahun dan bercerai ketika usia 25 tahun. justeru itu, mereka tetap kategorikan kedua2 usia tatkala melalui semua itu dalam usia muda...Alahai..tabahnya akak. Moga Allah permudahkan lagi perjalanan hidup akak.
Dimulakan Oleh Ummi Munaliza Dzulhijjah
Dimulakan Oleh Ashraf Ramli « 1 2 » Bait Muslim
Dimulakan Oleh klone Munakahat