Ciri-ciri Pantun Melayu Asli

*

Author Topic: Ciri-ciri Pantun Melayu Asli  (Read 9065 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Daeng Jati

  • *
  • Posts: 616
  • Daeng Jati Merah Silu
    • View Profile
29 January, 2009, 10:17:18 AM
  • Publish
  • As salamualaikum wbt dan salam ukhwahfillah.

    Tak Lapuk Dek Hujan, Tak Lekang Dek Panas

    Nan Tak Lapuak Dek Ujan, Nan Tak Lakang Dek Paneh

    Adaik basandi syarak
    Syarak basandi kitabullah
    Syarak mangato adaik mamakai
    Adaik manurun syarak mandaki

    Saya membuka topik ini adalah bertujuan untuk menerangkan  PANTUN dan cirri-ciri pantun melayu.

    Pantun merupakan puisi tradisi Melayu yang di dalamnya terserlah kehalusan budi dan ketajaman fikiran. Kekayaan khazanah pantun Melayu diwarnai oleh sekumpulan pantun yang sungguh istimewa dan unik serta mewakili peri ketinggian daya pemikiran dan kehalusan bahasa Melayu. Pantun tersebut sentiasa segar dalam hafalan masyarakat Melayu, diingati generasi demi generasi, malahan berterusan hingga ke hari ini sebagai khazanah pantun klasik Melayu. Pantun klasik juga didefinisikan juga sebagai Pantun Istana berdasarkan takrifan yang diberikan oleh saya sendiri.

    Contoh Pantun Klasik (Pantun Istana)

    Tenang-tenang air di laut
    Sampan kolek mudik ke tanjung
    Hati terkenang mulut tersebut
    Budi yang baik rasa nak junjung

    Tingkap papan kayu bersegi
    Sampan sakat di Pulau Angsa
    Indah tampan kerana budi
    Tinggi bangsa kerana bahasa

    Dalam semak ada kebun
    Dalam kebun ada bunga
    Dalam gelak ada pantun
    Dalam pantun ada bicara

    Dalam kehidupan masyarakat melayu sehari-hari, pantun merupakan jenis sastera lisannya paling popular. Bak Kata pepatah;

    ”Di mana orang berkampung di sana pantun bersambung, di mana ada nikah kawin di sana pantun dijalin. Di mana orang berunding di sana pantun  bergading. Dimana orang muafakat di sana pantun di angkat. Di mana ada adat dibilang, di sana pantun diulang. Di mana adat dibalas di sana pantun dilepas.”

    Pantun terpendek terdiri daripada dua baris yang mempunyai ikatan berirama dan mempunyai sebutan yang sama dihujungnya. Baris-baris ini pula boleh dikumpulkan menjadi empat, enam ataupun lapan baris. Jarang terdapat pantun yang melebihi lapan baris dan pada kebiasaannya pantun terdiri daripada empat barisan.

    Contoh:

    Kayu mempoyan kulitnya manis
    Patah galah dalam paya
    Laku perempuan mulutnya manis
    Cakap sepatah jangan percaya

    Ciri-ciri pantun yang berbagai-bagai dapat dibincangkan dari dua aspek yang penting, iaitu aspek luaran dan dalaman. Aspek luaran pantun terdiri dari segi struktur dan ciri-ciri visual. Pantun terdiri daripada rangkap-rangkap yang berasingan. Setiap rangkap terhasil daripada baris-baris yang sejajar dan berpasangan. Setiap baris mempunyai empat dasar manakala jumlah sukukata pada sebaris ialah lapan hingga sepuluh sukukata. Setiap rangkap mempunyai pembayang dan maksud dengan rima a,b,a,b. Selain daripada rima, asonansi juga merupakan aspek yang dominan dalam pembentukan sebuah pantun.
    « Last Edit: 07 January, 2013, 04:17:02 PM by PenaHalaqah »
    'Berjinjang Naik, Bertangga Turun' - http://signifikankkal.blogspot.com

    halawah

    • *
    • Posts: 2606
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #1 29 January, 2009, 06:24:51 PM
  • Publish
  • Dalam semak ada betong
    Dalam kebun berbagai tanaman
    Dalam agama ada terbendong
    Dalam kebudayaan berbagai tikaman.

    Ilmu tauhid ilmu aqedah
    Ilmu dunia ajaran kedua
    Iman usah terbiar punah
    Ilmu bak cahaya dikepala
    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    Shohib Mirbat

    • *
    • Posts: 363
    • MurkaNya adalah Rahman, CintaNya adalah Rahim
      • View Profile
    Reply #2 03 February, 2009, 04:12:14 PM
  • Publish
  • Keras batu dibuat asah,
    Keras kayu dibuat beduk;
    Keras kepala dihantuk tiada pecah,
    Keras hati diukir tiada bentuk.
    "Hitori no kamisama shika hoka ni kami ha nai, Muhanmado ha kamisama no shito"

    halawah

    • *
    • Posts: 2606
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #3 03 January, 2013, 01:18:43 PM
  • Publish
  • Air deras tanda bah
    wabak kerana hati tabah
    waktu solat usah dilupa
    jika mahu hidup barakah

    Ewah ewah simbang dunia
    tiada penjaga buat suka
    tidakkah Allah depan kita
     kepala hati kenapa lalai leka?

    Hanya ulamak takuti Allah
    kerana perintah junjungan utama
    azan peringatan tiada diutama
    sembang selamba Allah tiada...

    Sifat muslim jadi mukmin
    sentiasa hidup berwaspada
    hilang bermusim tiada mustaqim
    jembatan pertunjuk hilang kemana?

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    8 Replies
    3588 Views
    Last post 12 May, 2010, 09:36:24 PM
    by cahaya pencinta
    3 Replies
    8809 Views
    Last post 07 August, 2011, 10:46:05 AM
    by Ummi Munaliza
    10 Replies
    10961 Views
    Last post 24 June, 2012, 01:21:43 PM
    by rabbitah