SUNNAH YANG DIABAIKAN : PENGHULU ISTIGHFAR

*

Author Topic: SUNNAH YANG DIABAIKAN : PENGHULU ISTIGHFAR  (Read 12608 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

tanpanama

  • *
  • Posts: 409
    • View Profile
26 January, 2009, 10:41:00 AM
  • Publish
  •  :)

    Antara zikir rasulullah saw yang dibaca pada setiap pagi dan petang ialah sayyid al-istighfar (penghulu istighfar) yang dijanjikan dengan syurga kepada sesiapa yang membacanya lalu dia meninggal pada hari itu sama ada pagi atau petang sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari.

    LAFAZ SAYYID AL-ISTIGHFAR :


    اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّى لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ ، خَلَقْتَنِى وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَىَّ ،وَأَبُوءُ بِذَنْبِى ، فَاغْفِرْ لِى ، فَإِنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلا أَنْتَ ،


    Maksudnya :

    Ya Allah, Engkaulah Rabbku tiada tuhan yang layak disembah melainkan Engkau. Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah hambaMu. Dan aku tetap di atas perjanjian dan taatsetia terhadapMu dengan segala kemampuanku. Aku berlindung denganMu daripada kejahatan yang aku lakukan. Aku mengakui segala nikmatMu kepadaku dan aku mengakui dosa yang aku lakukan, oleh itu ampunilah dosaku. Sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan dosa melainkan Engkau.

    WAKTU DIBACA :

    Selepas subuh dan selepas asar.

    KELEBIHAN SESIAPA YANG MENGAMALKANYA :


    مَنْ قَالَهَا مِنَ النَّهَارِ مُوقِنًا بِهَا ، فَمَاتَ مِنْ يَوْمِهِ ، قَبْلَ أَنْ يُمْسِىَ ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ ، وَمَنْ قَالَهَا مِنَ اللَّيْلِ ، وَهُوَ مُوقِنٌ بِهَا ، فَمَاتَ قَبْلَ أَنْ يُصْبِحَ ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ )


    Sesiapa yang mengucapkannya pada siang hari ( pagi) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia pada hari tersebut sebelum petang maka dia dari kalangan ahli syurga. Dan sesiapa yang mengucapkannya pada waktu malam ( petang ) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia maka dia dari kalangan ahli syurga. ( riwayat Imam al-Bukhari ).

    Alangkah ruginya kita, jka amalan yang amat mudah tapi dijanjikan dengan syurga pun masih kita tidak amalkan. Semoga Allah memberi kekuatan agar kita mampu mengamalkannya.

    SUMBER :http://ceria.my/proquransunnah
    Kajian Hingga Akhir Hayat...

    selamat1

    • *
    • Posts: 110
      • View Profile
    Reply #1 06 February, 2009, 10:08:41 AM
  • Publish
  • senang la kalau gitu, baca ja masuk syurga. daripada tak baca baik lah baca, tapi baca yang lagu mana yang dikatakan boleh masuk syurga, faham lagu mana , yakin lagu mana, hang cerita ja. habaq mai sikit

    zanashikh

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Reply #2 20 March, 2010, 12:16:40 AM
  • Publish
  • biasanya kalau org yg selalu membaca penghulu istighfar ni kita sendiri boleh fikir bagaimana peribadi orgnya..takkan ler perompak penyamun tu nak baca benda2 macam ni...kita kalau disuruh buat kebaikan jgn terlalu banyak soal.....hendak tau sebetul2nya rujuk pada para ustaz

    zanashikh

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Reply #3 20 March, 2010, 12:18:56 AM
  • Publish
  • semoga Allah  kita dan ditambah keimanan kita dari masa ke semasa..jauhi kita dari rasa curiga kepada kebesaranNya kerana ia bisikan syaitan yang hanya akan menyesatkan kita, walahualam

    anazahra

    • *
    • Posts: 924
      • View Profile
    Reply #4 20 March, 2010, 12:20:01 AM
  • Publish

  • Ada dalam Al Mathurat..

    SUGI

    • *
    • Posts: 302
      • View Profile
    Reply #5 20 March, 2010, 12:21:44 AM
  • Publish
  • Setiap amal kebaikan ada ganjaran. Oleh itu banyakan beramal... semoga perjalanan menjadi selamat& selesa & tenteram. Insya ALLAH

    ALLAHU A'lam
    Insya ALLAH
    MAHA SUCI ALLAH

    Anda boroi...? kempiskan perut boroi anda dengan berjogging  semoga mendapat perut seperti perut Nabi Muhammad S.A.W. yang separas dengan dada baginda. Anda mampu mengubahnya...

    halawah

    • *
    • Posts: 2589
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #6 16 October, 2011, 09:57:55 AM
  • Publish
  • :)

    Antara zikir rasulullah saw yang dibaca pada setiap pagi dan petang ialah sayyid al-istighfar (penghulu istighfar) yang dijanjikan dengan syurga kepada sesiapa yang membacanya lalu dia meninggal pada hari itu sama ada pagi atau petang sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari.

    LAFAZ SAYYID AL-ISTIGHFAR :


    اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّى لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ ، خَلَقْتَنِى وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَىَّ ،وَأَبُوءُ بِذَنْبِى ، فَاغْفِرْ لِى ، فَإِنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلا أَنْتَ ،


    Maksudnya :

    Ya Allah, Engkaulah Rabbku tiada tuhan yang layak disembah melainkan Engkau. Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah hambaMu. Dan aku tetap di atas perjanjian dan taatsetia terhadapMu dengan segala kemampuanku. Aku berlindung denganMu daripada kejahatan yang aku lakukan. Aku mengakui segala nikmatMu kepadaku dan aku mengakui dosa yang aku lakukan, oleh itu ampunilah dosaku. Sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan dosa melainkan Engkau.

    WAKTU DIBACA :

    Selepas subuh dan selepas asar.

    KELEBIHAN SESIAPA YANG MENGAMALKANYA :


    مَنْ قَالَهَا مِنَ النَّهَارِ مُوقِنًا بِهَا ، فَمَاتَ مِنْ يَوْمِهِ ، قَبْلَ أَنْ يُمْسِىَ ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ ، وَمَنْ قَالَهَا مِنَ اللَّيْلِ ، وَهُوَ مُوقِنٌ بِهَا ، فَمَاتَ قَبْلَ أَنْ يُصْبِحَ ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ )


    Sesiapa yang mengucapkannya pada siang hari ( pagi) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia pada hari tersebut sebelum petang maka dia dari kalangan ahli syurga. Dan sesiapa yang mengucapkannya pada waktu malam ( petang ) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia maka dia dari kalangan ahli syurga. ( riwayat Imam al-Bukhari ).

    Alangkah ruginya kita, jka amalan yang amat mudah tapi dijanjikan dengan syurga pun masih kita tidak amalkan. Semoga Allah memberi kekuatan agar kita mampu mengamalkannya.

    SUMBER :http://ceria.my/proquransunnah

    Amalkan dan yakinlah maka jiwa akan sentiasa tenang... :ins:
    Fadhilahnya pun siap  tersedia diterangkan disini,Maha Suci Allah BesarNya Pengampunan dan Maha Kaya Pengampunan siap tempat distinasi(Syurga)disiapkan :msya: Besar Budi Allah swt dari makhloknya tapi siapalah saya sebagai hamba Nya dimuka bumi :'(
    « Last Edit: 16 October, 2011, 10:00:06 AM by halawah »
    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    imanhaqeem

    • *
    • Posts: 57
      • View Profile
    Reply #7 16 October, 2011, 05:24:13 PM
  • Publish
  • Sayyidul Istighfar merupakan sabda Rasulullah saw dalam sebuah hadis
    yang telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad,Bukhari, Tarmizi dan Nasai yang
    meriwayatkan daripada Syaddad Bin Aus ra.

    Dalam Sayyidul Istighfar ini Rasulullah mengajarkan kita beristigfar iaitu dengan
    meminta ampun dengan bertawassul dengan amal salih secara mentauhidkan ALLAH SWT
    melalui tauhid Rububiyah dan tauhid Uluhiyyah.

    Beriktikad bahawa ALLAH SWT adalah Rabul Al Alamin, yang menciptakan makhluk dan alam.
    Beriktikad bahawa seluruh amalan hanya kepada ALLAH SWT, berjanji untuk terus istiqomah
    dalam beribadah. Berjanji melaksanakan segala perintaNYA dan meninggalkan apa yang di
    larangNYA. Bersyukur dengan nikmat yang di beriNYA dan mengakui segala dosa yang di lakukan
    serta bertaubat.Semoga tergolong sebagai penghuni syurga......InsyaALLAH...

    Ace Abbas

    • *
    • Posts: 417
      • View Profile
    Reply #8 23 January, 2012, 04:37:49 PM
  • Publish
  • senang la kalau gitu, baca ja masuk syurga. daripada tak baca baik lah baca, tapi baca yang lagu mana yang dikatakan boleh masuk syurga, faham lagu mana , yakin lagu mana, hang cerita ja. habaq mai sikit
    Bukannya senang nak masuk syurga dengan sebut semata-mata. Kena betul-betul paham dan hayati ayat tu. Sama jugak dengan lafaz istighfar "astaghfirullahal 'azim, al-ladhi la ilaha illa huwal hayyul qayyumu wa atubu ilaih". Ada hadith yang kata, siapa baca lafaz istighfar ni sekali, Allah akan ampunkan dosa dia walaupun dia lari dari perang. Tapi kalau nak dapat keampunan tahap dosa lari dari perang tu bukan hanya dengan sebut lafaz tu semata-mata. Kena paham maksud dan kena hayati betul-betul. Sama jugak dengan lafaz "la ilaha illallah". Bukannya senang nak gegarkan Arasy Allah dengan sebut "la ilaha illallah". Kena betul-betul tahu maksud "la ilaha illallah" tu, baru dapat gegarkan Arasy Allah. Nak paham, kena berguru la. Tapi walau apa pun, kalau sebut, tapi tak paham, tetap dapat pahala, insha Allah. Ibn 'Ataillah RH kata dalam al-Hikam yang maksudnya lebih kurang macam ni, lebih baik berzikir dalam keadaan lalai daripada lalai untuk berzikir. Wallahu a'lam.

    halawah

    • *
    • Posts: 2589
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #9 25 January, 2012, 12:50:08 PM
  • Publish
  •  :)

    KELEBIHAN SESIAPA YANG MENGAMALKANYA :


    مَنْ قَالَهَا مِنَ النَّهَارِ مُوقِنًا بِهَا ، فَمَاتَ مِنْ يَوْمِهِ ، قَبْلَ أَنْ يُمْسِىَ ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ ، وَمَنْ قَالَهَا مِنَ اللَّيْلِ ، وَهُوَ مُوقِنٌ بِهَا ، فَمَاتَ قَبْلَ أَنْ يُصْبِحَ ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ )


    Barangsiapa mengucapkannya disiang hari dalam keadaan yakin dengannya kemudian dia mati pada hari itu sebelum petang hari, maka dia termasuk penduduk syurga dan siapa yang mengucapkannya di waktu malam hari dalam keadaan dia yakin dengannya, kemudian dia mati sebelum shubuh maka dia termasuk penduduk syurga.” (HR. Al-Bukhari – Fathul Baari 11/97)

    LAFAZ SAYYID AL-ISTIGHFAR :


    اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّى لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ ، خَلَقْتَنِى وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَىَّ ،وَأَبُوءُ بِذَنْبِى ، فَاغْفِرْ لِى ، فَإِنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلا أَنْتَ ،


    Maksudnya :

    Ya Allah, Engkaulah Rabbku tiada tuhan yang layak disembah melainkan Engkau. Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah hambaMu. Dan aku tetap di atas perjanjian dan taatsetia terhadapMu dengan segala kemampuanku. Aku berlindung denganMu daripada kejahatan yang aku lakukan. Aku mengakui segala nikmatMu kepadaku dan aku mengakui dosa yang aku lakukan, oleh itu ampunilah dosaku. Sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan dosa melainkan Engkau.



    faa zahra

    • *
    • Posts: 1036
    • pimpin daku menuju jalanNya
      • View Profile
    Reply #10 25 January, 2012, 07:08:38 PM
  • Publish

  • Ada dalam Al Mathurat..

    maafkan saya..betul2..
    amal pagi petang..elok tu..
    ..jAdIkAn aKu mEncIntAi sEsuAtu yAng mEmbAwA kEpAdA kEcIntAanMU..
    ..salamesrakuntukmuselamanya..

    nursolehah

    • *
    • Posts: 135
    • "Perbaiki diri dan serulah orang lain"
      • View Profile
    Reply #11 26 January, 2012, 12:35:26 AM
  • Publish
  • :)

    Antara zikir rasulullah saw yang dibaca pada setiap pagi dan petang ialah sayyid al-istighfar (penghulu istighfar) yang dijanjikan dengan syurga kepada sesiapa yang membacanya lalu dia meninggal pada hari itu sama ada pagi atau petang sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari.

    LAFAZ SAYYID AL-ISTIGHFAR :


    اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّى لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ ، خَلَقْتَنِى وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَىَّ ،وَأَبُوءُ بِذَنْبِى ، فَاغْفِرْ لِى ، فَإِنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلا أَنْتَ ،


    Maksudnya :

    Ya Allah, Engkaulah Rabbku tiada tuhan yang layak disembah melainkan Engkau. Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah hambaMu. Dan aku tetap di atas perjanjian dan taatsetia terhadapMu dengan segala kemampuanku. Aku berlindung denganMu daripada kejahatan yang aku lakukan. Aku mengakui segala nikmatMu kepadaku dan aku mengakui dosa yang aku lakukan, oleh itu ampunilah dosaku. Sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan dosa melainkan Engkau.

    WAKTU DIBACA :

    Selepas subuh dan selepas asar.

    KELEBIHAN SESIAPA YANG MENGAMALKANYA :


    مَنْ قَالَهَا مِنَ النَّهَارِ مُوقِنًا بِهَا ، فَمَاتَ مِنْ يَوْمِهِ ، قَبْلَ أَنْ يُمْسِىَ ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ ، وَمَنْ قَالَهَا مِنَ اللَّيْلِ ، وَهُوَ مُوقِنٌ بِهَا ، فَمَاتَ قَبْلَ أَنْ يُصْبِحَ ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ )


    Sesiapa yang mengucapkannya pada siang hari ( pagi) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia pada hari tersebut sebelum petang maka dia dari kalangan ahli syurga. Dan sesiapa yang mengucapkannya pada waktu malam ( petang ) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia maka dia dari kalangan ahli syurga. ( riwayat Imam al-Bukhari ).

    Alangkah ruginya kita, jka amalan yang amat mudah tapi dijanjikan dengan syurga pun masih kita tidak amalkan. Semoga Allah memberi kekuatan agar kita mampu mengamalkannya.

    SUMBER :http://ceria.my/proquransunnah
    Sabda Rasulullah SAW" Tidak berguna hari ini bagiku andai tidak bertambah ilmuku pada hari ini"

    Mohd Azlann

    • *
    • Posts: 9
    • I Loved Allah SWT and Muhammad SAW
      • View Profile
    Reply #12 14 February, 2012, 12:24:18 PM
  • Publish
  • as salam kepada semua, boleh tak siapa2 yang boleh ubah dari aku kepada kami dalam sayyidul istighfar? saya ada terdegar imam di surau yang saya singgah untuk solat membaca untuk semua..
    saya harap sangat2..
    mari berdakwah

    halawah

    • *
    • Posts: 2589
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #13 23 February, 2012, 12:49:57 AM
  • Publish
  •  :)
    Barangsiapa suka beristighfar maka Allah akan mengampunkan dosa dosanya sebanyak buih lautan
    dan akan dibuka jalan penyelesaiannya maka terbentang akalnya untuk menghasilkan Rezki yang tiada terhingga..... :msya:
     "Bersegeralah kamu minta keampunan pada Tuhanmu pada pagi dan petang....
    dan Syurga itu terbentang luas di langit dan di muka bumi...."
    Semoga hati dan akal kita selalu rasa Aman dan Tenteram..
    dan suci memikirkan hal  kenal dan mencintai Allah swt dan RasulNya;

    أستغفر الله إن الله كان توابا
    « Last Edit: 23 February, 2012, 02:44:02 PM by halawah »

    maliki

    • *
    • Posts: 607
    • LAILLAHAILLAHAH-TIADA TUHAN SELAIN ALLAH
      • View Profile
    Reply #14 23 February, 2012, 08:09:05 AM
  • Publish
  • antara fadilat2 istighfar pada Allah yang diriwayatkan oleh Abu Daud antaranya ialah



    seorang mukmin yang selalu perbanyakkan istighfar pada Allah akan diampuni dosanya walaupun dia melakukan 70 dosa dalam setiap hari...

    sesiapa yang beristiqomah dalam beristifar akan dijauhkan dari kesempitan hidup,mendapat rezeki yang tak disangka2 dan sebagainya...


    Jadi sidang halaqian yang mulia sekalian,lihatlah betapa kasihnya Allah pada kita,dengan penuh kerohimanNya,Allah kurniakan kita begitu banyak pahala dan pngampunan pada hambanya yang selalu membuat dosa..kita berbuat dosa Allah ampunkan kita bila kita berstighfar,berzikir..sebenarnya banyak lagi  kelebihan-kelbihan zikir ni khususnya untuk beristighfar ni..Allah sentiasa menantikan kata2 taubat dari hambaNya walaupun sudah bergunung dosa yang dilakukan..tapi dengan kasih sayang Allah,Allah akan ampunkan dosa2 kita itu.kasih sayang Allah digambarkan dengan begitu indah yang disertakan dengan limphan kurniaan yang tak terhingga.
    Nama diberi Ahmad Maliki.ukwah fillah senyum*
    Ape yang baik itu semuannya dari Allah taala,dan ape yang buruk itu datangnya dari kelemahan ana sendiri.Maaf.

    halawah

    • *
    • Posts: 2589
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #15 23 February, 2012, 02:55:04 PM
  • Publish
  •  :)

    Sayyidina Aisyah bertanya kepada Rasulullah SAW:
    "Wahai Rasulullah, adakah umatmu yang DAPAT MASUK SYURGA TANPA HISAB?" Jawab Baginda: "ADA, iaitu ORANG YANG MENGENANG-NGENANG DOSANYA LALU DIA MENANGIS".
    “Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”


    Subhanallah Maha Besar Allah swt Maha Pengampunan,
    Namun Pengampunan itu pun tak semudah nya api dalam hati mahu dipadamkan,
    beratnya dosa diri ini alangkah kerdilnya hambaMu ini...
    أستغفر الله إن الله كان توابا
    أستغفر الله العيظيم الذى لإاله إلا هو الحي القيوم وأتوب إليه

    Ya Allah aku minta ampun Sesungguhnya Engkau Penerima Ampun....
    Ya Allah aku minta ampun pada Allah Yang Maha Besar tiada Tuhan Selain Dia,
    Dia yang Maha Hidup Maha Kukoh dan aku bertaubat kepadaNya....

    mohdazri

    • *
    • Posts: 1063
      • View Profile
    Reply #16 23 February, 2012, 09:53:37 PM
  • Publish
  •  :)

    apa yang perlu kita fahami ialah apa yang kita sebutkan itu dan penghayatan apa kita sebutkan sepertimana solat, di dalam al-quran menyebut solat itu mencegah kemungkaran tetapi ada juga manusia yang solat tetapi masih melakukan mungkar kerana apa?kerana tidakmenghayati apa itu solat

    qalamsuci

    • *
    • Posts: 91
      • View Profile
    Reply #17 23 February, 2012, 10:50:40 PM
  • Publish



  • Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".
    (At-Tahriim 66:8)

    selagi qalamku belum terhenti menyampaikan  KALAMMU..aku tahu ENGKAU masih mengasihiku[/size]

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    3 Replies
    1774 Views
    Last post 07 October, 2008, 05:49:54 AM
    by puterilindunganbulan2005
    9 Replies
    17779 Views
    Last post 14 June, 2011, 11:38:32 AM
    by halawah
    4 Replies
    3052 Views
    Last post 20 August, 2009, 01:49:40 AM
    by SoulHunter003