Sunburn dan Sunblock

*

Author Topic: Sunburn dan Sunblock  (Read 11536 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

ana afiqah

  • *
  • Posts: 55
    • View Profile
24 January, 2009, 04:57:02 PM
  • Publish
  • assalamualaikum..

    korang sume taux sunburn tu pe???
    ala yg bile korg kne cahye matahari tu korg akn jd hitam..
    :senyum:
    bkn ar hitam tp gelap..
    tp fiqa kt cni bkn nk bg petua kat korang sume..
    tp nk mntak petuakat korang..
    sesape yg de petua yg brkesan bleyh ar kongsi ngn fiqa..
    sbb fiqa bru je kne sunburn sbb bru abes tonement basketball ritu..
    abes gelap kulit nie!!!
    so kpd sesape yg de petua bleyh ar syer yer!!!
    wasalam..
    be a simple woman..
    jage akhlak aurat dan solat..
    study smart for spm'09..
    remember ALLAH alwayz..

    sofia

    • *
    • Posts: 396
      • View Profile
    Reply #1 04 April, 2009, 12:25:49 AM
  • Publish
  • salam...kali ini, saya terpanggil untuk berkongsi satu petua khas untuk mereka-mereka yang selalu terdedah kepada matahari. mungkin kerana faktor kerja, sukan serta aktiviti riadah lagi...
    petua ini  saya dapat dari kawan saya, sebab kebetulan saya dan kawan saya memang mudah terkena 'sunburn' lebih2 lagi, kami aktif melakukan aktiviti sukan...jadi bila dh kena surnburn ni, kulit akan jadi merah dan pedih buat seketika dan lama-kelamaan akan jadi hitam..

    baiklah, untuk tidak melengah2 kan masa yang semakin suntuk ini, caranya mudah saja:

    1) beli YOGURT STRAWBERY ((beli yg strawbery aje tau...klu yg lain, xtest lg keberkesanannya))

    2) makan dl yogurt ((kalau xnak makan pn boleh jgk))..

    3)sisa2 akhir yogurt itu bolehlah dilumur terus ke muka..((boleh lumur macam krim muka ataupun nk buat masker pn boleh))

    4)dibiarkan seketika wajah.....

    5) 2-3 jam setelah itu boleh lar dibasuh muka

    6) nk bawak tido pun boleh, tapi saya risau jika esok pagi, muka digigit sang semut pl...:senyum:

    7) setelah basuh, kita akan rasa muka kita lembut dan kesan 'sunburn' pn akan hilang sedikit demi sedikit..muka pun xakan rasa pedih dek kerana matahari

    8) kalau xkena 'sunburn' pn boleh jg guna utk masker...jimat... yogurt RM2 je..

    9)saya dh cuba..anda bila lg??
    Suara kehidupanku memang tak akan mampu menjangkau telinga kehidupanmu; tapi marilah kita cuba saling bicara barangkali kita dapat mengusir kesepian dan tidak merasa jemu.

    ariza

    • *
    • Posts: 49
      • View Profile
    Reply #2 04 April, 2009, 02:09:27 AM
  • Publish
  • time kaseh yea..nti bleh la try petua ni..muka ana pn dh burn ni c0z bpans d bwh terik mentari sepnjg minggu nie...
    i LuV iSlaM

    sofia

    • *
    • Posts: 396
      • View Profile
    Reply #3 04 April, 2009, 02:44:48 AM
  • Publish
  • time kaseh yea..nti bleh la try petua ni..muka ana pn dh burn ni c0z bpans d bwh terik mentari sepnjg minggu nie...

    sama2.. cubalah ariza.... insyaAllah, xde effect dimuka....

    wardah_asywak

    • *
    • Posts: 54
    • mujahadah itu pahit kerana jannah itu manis..
      • View Profile
    Reply #4 04 April, 2009, 09:41:03 AM
  • Publish
  •  :)

     :syukur: dapat petua yg mudah sbb selama ni tercari petua hilangkn burn tanpa menggunakan bahan yg susah di cari..
    yogurt blh cari dekat pasaraya atau kedai yg berdekatan dirumah sahaja..
    syukran pd sofia kerana sudi berkongsi petua ini.. sukasangat
    "ktenangan dn kbahagian adlh hembusn dr langt..dturunkn ke lubuk ati org yg beriman..mrk akan ttap tguh dkala org lain dlm kgoncangan..-Syed Qutb-"

    wildan salsabila

    • *
    • Posts: 162
      • View Profile
    Reply #5 04 April, 2009, 10:15:06 AM
  • Publish
  • Assalamu'alaikum ...
    Salam Ceria sahabat..Untuk menghilangkan sunburn pada muka, selain dari petua yang Sofia kongsikan bersama kita...Untuk pengetahuan sahabat semua, buah tembikai juga boleh digunakan..sebenarnya, buah-buahan ni banyak khasiatnya jikalau kita pandai membuatnya sendiri, isi tembikai yang di hiris nipis2 boleh lah ditekapkan pada muka selama 15 - 20 minit..hasilnya sunburn akan hilang, sejuk ja muka..best! wildan dh cuba..sofia, wildan x cuba lagi cara sofia tu, InsyAllah wildan akan cuba, cam best ja letak yogurt kat muka, uuuss, best best!!  sukasangat, syukran jazilan 'ala kulli hal ya ukht sofia !!
    ::[Nota Buat Da'ie]::

    ::Apabila kita sendiri sering diuji dengan apa yang kita dakwahkan, itu petanda Allah sdg mendidik kita agar melaksanakan apa yg kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dlm usaha kita mengingatkan manusia

    sofia

    • *
    • Posts: 396
      • View Profile
    Reply #6 04 April, 2009, 10:21:03 AM
  • Publish
  • Assalamu'alaikum ...
    Salam Ceria sahabat..Untuk menghilangkan sunburn pada muka, selain dari petua yang Sofia kongsikan bersama kita...Untuk pengetahuan sahabat semua, buah tembikai juga boleh digunakan..sebenarnya, buah-buahan ni banyak khasiatnya jikalau kita pandai membuatnya sendiri, isi tembikai yang di hiris nipis2 boleh lah ditekapkan pada muka selama 15 - 20 minit..hasilnya sunburn akan hilang, sejuk ja muka..best! wildan dh cuba..sofia, wildan x cuba lagi cara sofia tu, InsyAllah wildan akan cuba, cam best ja letak yogurt kat muka, uuuss, best best!!  sukasangat, syukran jazilan 'ala kulli hal ya ukht sofia !!


    oohh..tembikai mempunyai kandungan air yang banyak..kadang2 muka kita ni cepat kering.... boleh jg guna petua wildan ni...

    melon

    • *
    • Posts: 3
      • View Profile
    Reply #7 04 April, 2009, 11:56:50 AM
  • Publish
  • thanx bg petua
    nanati saye try
    tapi kenape mesti pilih yogurt strawberry?
    kalau buah lain boleh tak?

    sofia

    • *
    • Posts: 396
      • View Profile
    Reply #8 04 April, 2009, 12:55:17 PM
  • Publish
  • thanx bg petua
    nanati saye try
    tapi kenape mesti pilih yogurt strawberry?
    kalau buah lain boleh tak?

    strawberi mempunyai 7 zat antioksida yang lebih tinggi dari buah2 lain...ia dapat melambatkan proses penuaan serta kereputan pd wajah,...kalau diamalkan selalu boleh menghaluskan kulit,cerah dan bersih.. kalau buah2 yang lain ni, saya xpernah cuba pn lg.... tapi yang pasti, kalau kita guna khasiat alam ni mmg bagus pun....

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #9 26 April, 2009, 10:12:16 AM
  • Publish


  • [box title=Petua nak elakkan Surburn]Campurkan oats dengan air untuk membentuk pes. Sapukan pada kulit dan biarkan selama 15 minit. Ini boleh membantu untuk mengurangkan bahang merah (sunburn) akibat pancaran matahari.[/box]
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #10 26 April, 2009, 10:15:00 AM
  • Publish
  • [box title=SUNBLOCK / SUNSCREEN]Pendedahan pada cahaya matahari dalam kadar yang rendah adalah baik, contohnya untuk penghasilan vitamin D oleh sel-sel kulit kita, tetapi pendedahan berlebihan akan menyebabkan kesan-kesan buruk yang ketara.

    Oleh itu, penggunaan sunblocker atau penahan cahaya matahari adalah sangat digalakkan sekiranya anda berada di bawah terik mentari. Dalam rencana bulan ini, kami akan mengupas serba sedikit berkaitan dengan produk-produk sunblock ini.
    [/box]

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #11 26 April, 2009, 10:18:10 AM
  • Publish
  • INFO TENTANG SUNBURN
    [box title=Cahaya matahari dan cahaya UV]Cahaya matahari mengandungi jaluran-jaluran yang berbeza dari segi kekuatannya, bergantung kepada wavelength jaluran tersebut. Wavelength ini diukur dalam nanometers (nm). Mata manusia hanya boleh melihat cahaya matahari dari wavelength 700nm (warna merah) sehingga 400nm (warna violet).

    Kebanyakan spektrum cahaya matahari ini tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia. Spektrum yang tidak dapat dilihat ini ialah:   

          cahaya infra red (IR) yang mempunyai wavelength 780nm sehingga 8,000nm.   

          cahaya ultraviolet (UV) yang mempunyai wavelength 60nm sehingga 400nm.

    Cahaya UV inilah yang menjadikan pendedahan kepada cahaya matahari merbahaya kepada kita. Cahaya-cahaya UV boleh menembusi kulit dan menyebabkan perubahan struktur sel kulit anda dengan mengubah kedudukan fiber-fiber elastin kulit. Antara kesan akhir pendedahan ini ialah kanser kulit dan proses penuaan yang cepat daripada sepatutnya.
    [/box]

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #12 26 April, 2009, 10:20:42 AM
  • Publish
  •       [box title=Ada tiga jenis cahaya UV yang utama iaitu:]Ultraviolet A (UVA) iaitu wavelength 320nm sehingga 400nm - cahaya ini adalah cahaya yang paling banyak dalam cahaya matahari, dan ia mampu menembusi lapisan atas kulit dengan mudah. Cahaya UVA akan menyebabkan kerosakan pada tisu-tisu penyambung dan meningkatkan risiko mendapat kanser kulit. UVA adalah cahaya yang menyebabkan kulit menjagi tan (suntan - sila lihat di bawah) secara perlahan-lahan. Selain daripada kanser kulit dan kedutan awal, UVA juga telah dikaitkan dengan penurunan sistem imuniti.
       
          Ultraviolet B (UVB) iaitu wavelength 290nm sehingga 320nm - kandungan cahaya ini dibumi kita adalah kurang berbanding UVA kerana kebanyakannya telah diserap oleh lapisan ozone. UVB seringkali dikaitkan dengan kebakaran kulit (sunburn - sila lihat di bawah). Kesan UVB banyak dilihat pada ketika panas terik seperti waktu tengahari.
       
          Ultraviolet C (UVC) iaitu wavelength kurang daripada 290nm - cahaya ini adalah sangat merbahaya tetapi boleh dikatakan 100% cahaya ini tidak sempat mencapai bumi kerana ia diserap oleh lapisan ozone.
    [/box]

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #13 26 April, 2009, 10:23:49 AM
  • Publish
  • [box title=Kesan-kesan pendedahan kepada cahaya UV]      Pendedahan kepada cahaya UV adalah faktor persekitaran yang paling penting yang boleh menyebabkan kanser kulit dan bibir. Kanser seperti melanoma adalah jenis kanser yang sangat merbahaya.

              Selain daripada itu, cahaya UV ini akan menyebabkan "premature ageing" iaitu proses penuaan yang berlaku dengan lebih cepat daripada sepatutnya.

              Pendedahan cahaya UV pada mata boleh menyebabkan masalah mata yang lebih dikenali sebagai cataract.

              Kerosakan yang berlaku pada kulit akibat cahaya matahari adalah "cumulative", iaitu ia akan berkumpul. Oleh yang demikian, adalah penting untuk memastikan bahawa kanak-kanak diberi perhatian yang lebih tentang bahaya pendedahan kepada cahaya matahari. Adalah dianggarkan bahawa orang yang berusia 15 tahun telahpun menerima separuh daripada jumlah keseluruhan hidupnya, radiasi-radiasi yang merbahaya akibat cahaya matahari. Ini kerana kanak-kanak lebih gemar bermain di luar rumah tanpa memikirkan keburukan-keburukan yang bakal mereka hadapi. Risiko untuk mendapat kanser kulit semasa kanak-kanak ini dewasa akan meningkat.
    [/box]

    [box title=FAKTA TENTANG CAHAYA UV]
    Penembusan cahaya-cahaya UV ke dalam lapisan dalam kulit akan meyebabkan penghasilan melanin yang lebih banyak. Melanin ini akhirnya akan keluar ke bahagian luar kulit dan menyebabkan kulit kelihatan lebih gelap. Keadaan ini dikenali sebagai suntan. Suntan bukanlah satu petanda bahawa anda sihat. Ini kerana suntan adalah respon kepada kecederaan yang berlaku akibat cahaya UV yang telah merosakkan sel-sel kulit anda.

    Sunburn pula ialah proses bila kulit menjadi terbakar kerana tidak tahan dengan cahaya matahari yang mengenainya. Sunburn tidak selalunya dapat dilihat serta merta. Kadangkala ia mengambil masa sehingga 24 jam untuk melihat kerosakan sebenar yang ditanggung. Sekiranya ia berlaku, anda perlu menyapu krim atau lotion khas untuk tujuan ini. Ubatan seperti hydrocortisone juga boleh disapu (kebanyakan lotion dan ubat ini boleh didapati dari farmasi). Untuk kes yang lebih teruk, contohnya bila diiringi dengan sakit kepala, demam dsb, rawatan segera adalah diperlukan.

    Adalah lebih mudah dan murah untuk mencegah daripada merawat. Perlu diingat bahawa kerosakan akibat UV ini tidak boleh diperbaiki (non-reversible), malah ia akan berkumpul (cumulative).

    Kejadian sunburn dan suntan banyak bergantung kepada jenis kulit selain daripada jumlah cahaya matahari yang mengenainya.
    [/box]
     
    « Last Edit: 26 April, 2009, 10:34:53 AM by Munaliza Ismail »

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #14 26 April, 2009, 10:38:43 AM
  • Publish
  • [box title=Jenis-jenis sunblock / sunscreen]
    Penggunaan produk-produk sunblcok perlu difahami dan dilihat dari segi kebolehan sesuatu produk itu memberikan perlindungan daripada cahaya matahari, dan bukannya untuk membolehkan atau menggalakkan anda berjemur di bawah terik matahari lebih daripada sepatutnya.

    Kini terdapat pelbagai jenis sunblock di pasaran seperti dari jenis losyen, spray, gel, milk, dan sebagainya. Ada juga yang khusus untuk bayi dan muka sahaja. Jenis yang hypoallergenik pula sesuai untuk penggunaan individu yang cepat alahan

    Secara kasarnya produk-produk sunblock ini terbahagi kepada dua jenis:
       
          absorbers (penyerap) - mengandungi octyl methoxycinnamate (OMC) dan oxybenzone. Ia bertindak balas dengan cahaya matahari untuk memberikan perlindungan kepada kulit.
       
          reflectors (pelantun) - jenis ini menjadi halangan secara fizikal dengan melantunkan cahaya matahari daripada kulit. Selalunya ia mengandungi titanium dioxide. Jenis ini lebih disyorkan daripada jenis yang pertama dan ia adalah lebih sesuai untuk permukaan yang lembut seperti bibir dan muka.
    [/box]
    [box title=SPF]Semasa membeli produk sunblock ini tentunya anda akan melihat pelbagai produk yang mempunyai SPF yang berlainan. Apakah sebenarnya SPF itu ?

    SPF bermakna "sunprotection factor". SPF yang tinggi bererti perlindungan yang lebih tinggi. Untuk kegunaan seharian anda, atau semasa anda berkelah dsb, anda perlu menggunakan produk yang mempunyai SPF sekurang-kurangnya 15.

    SPF bolehlah dikatakan sebagai ukuran perlindungan. Bagaimanapun, ia mempunyai kaitan dengan masa anda boleh berada di bawah cahaya matahari sebelum anda mengalami sunburn. Contohnya SPF 30 akan membolehkan anda berada di bawah cahaya matahari 30 kali lebih lama, berbanding tanpa penggunaan sunblock. Sekiranya anda boleh duduk di bawah cahaya matahari tanpa terbakar kulit selama 10 minit, penggunaan produk yang mempunyai SPF 30 membolehkan anda berada di bawah cahaya matahari selama 30 x 10 minit, iaitu bersamaan dengan 300 minit atau 5 jam.

    Bagaimanapun ia adalah sekadar anggaran sahaja. Faktor SPF ini didapati dengan menjalankan ujian di dalam makmal. Sebagai contohnya, SPF dikira menggunakan ketebalan 2mg/cm padu sedangkan kajian mendapati bahawa pengguna-pengguna sunblock hanya meletakkan sebanyak 0.5 sehingga 1.3mg/cm padu sahaja pada kulit mereka. Oleh yang demikian, secara praktikalnya, produk sunblock mungkin perlu disapu lebih kerap berbanding secara teorinya sahaja.

    Definisi sebenar SPF yang lebih tepat ialah kadar perbandingan (ratio) berapa banyak tenaga UV yang diperlukan untuk menyebabkan kemerahan (suntan) pada kulit yang disapu dengan sunblock tersebut, berbanding dengan tenaga UV yang diperlukan untuk menyebabkan perkara yang sama pada kulit yang tidak diletakkan dengan sunblock.

    Orang yang berkulit putih dan kanak-kanak perlu menggunakan produk yang mempunyai SPF yang lebih tinggi untuk perlindungan yang lebih. Orang yang berkulit gelap memerlukan sunblock dengan SPF yang minima sahaja. Sila lihat carta "Jenis-jenis kulit" yang disertakan di atas sebagai panduan.
    [/box]

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #15 26 April, 2009, 10:43:53 AM
  • Publish
  • [box title=Perkara-perkara lain]
    Penggunaan sunblock bukan bererti anda boleh duduk di bawah cahaya matahari lebih daripada biasa, sekiranya tidak ada aktiviti yang perlu dilakukan seperti berkelah, dsb.

    Di samping penggunaan sunblock, anda juga perlu mengambil langkah-langkah lain untuk memastikan perlindungan yang maksima. Antara yang boleh anda lakukan ialah :

          menggunakan pakaian berlengan panjang dan menutup bahagian-bahagian lain yang selalunya terdedah kepada
          cahaya matahari.
       
          penggunaan pakaian dari kain woven adalah yang terbaik. Pakaian pula hendaklah longgar (tidak ketat).
       
          kurangkan keluar untuk melakukan aktiviti dari masa 9 pagi sehingga 4 petang, iaitu semasa cahaya matahari
          paling panas.
       
          baju yang basah memberikan perlindungan yang rendah berbanding baju yang kering. Oleh itu, salinlah pakaian anda
          selepas  anda mandi-manda.
       
          pakaian yang berwarna gelap memberikan perlindungan yang lebih berbanding pakaian yang berwarna cerah.
       
          amalkan penggunaan cermin mata yang boleh menyaring cahaya UV untuk mencegah cataracts.
       
          sentiasa mencari tempat-tempat redup. Bagaimanapun, perlu juga diingat bahawa pantulan cahaya matahari dari pasir,
          bangunan  dsb masih boleh mencapai kulit anda, oleh itu penggunaan sunblock masih juga disyorkan walaupun anda
          berada di tempat yang  redup atau semasa langit berawan tebal.
       
          pakai topi.
       
          gunakan lipscreen dengan SPF sakurang-kurangnya 15 untuk melindungi bibir anda.
       
          sapu losyen sunblock anda mengikut waktu yang ditetapkan atau disyorkan oleh pembuatnya, contohnya setiap
          sejam, dsb.
       
          lihat tarikh luput produk tersebut. Sunblock selalunya tidak tahan lama, lebih-lebih lagi jika botolnya diletakkan
          pada tempat  yang panas. Oleh itu, sunblock yang digunakan pada tahun lalu hendaklah dibuang dan tidak
          digunakan lagi.
       
          sunblock hendaklah disapu 30 minit sehingga 60 minit sebelum berlaku pendedahan pada cahaya matahari
       
          water-resistant atau water-proof sb tahan lebih lama. Bagaimanapun ia masih perlu disapu selepas anda mandi
          atau berpeluh  dengan banyak.
       
          ada berlaku masalah alahan pada segelintir pengguna. Ini mungkin disebabkan bahan-bahan yang digunakan seperti
          lanolin dan  PABA. Produk yang hypo-allergenik yang tidak mengandungi PABA adalah lebih sesuai untuk individu ini.
       
          penggunaan produk yang water-proof atau water-resistant tidak sesuai untuk kulit muka kerana ia akan menutup
          pori-pori muka. Gunakan produk yang khusus untuk muka.
    [/box]
    « Last Edit: 26 April, 2009, 10:48:53 AM by Munaliza Ismail »

    wildan salsabila

    • *
    • Posts: 162
      • View Profile
    Reply #16 26 April, 2009, 11:23:42 AM
  • Publish
  • Assalamu'alaikum..
    Banyaknya topik yang sama >> topik 'sunburn' ni dh pun sedia wujud >> untuk makluman >> terima kasih >> sukasangat >> http://halaqah.net/v10/index.php?topic=5476.0

    sofia

    • *
    • Posts: 396
      • View Profile
    Reply #17 26 April, 2009, 11:24:39 AM
  • Publish
  • assalamualaikum..

    korang sume taux sunburn tu pe???
    ala yg bile korg kne cahye matahari tu korg akn jd hitam..
    :senyum:
    bkn ar hitam tp gelap..
    tp fiqa kt cni bkn nk bg petua kat korang sume..
    tp nk mntak petuakat korang..
    sesape yg de petua yg brkesan bleyh ar kongsi ngn fiqa..
    sbb fiqa bru je kne sunburn sbb bru abes tonement basketball ritu..
    abes gelap kulit nie!!!
    so kpd sesape yg de petua bleyh ar syer yer!!!
    wasalam..



    salam ana afiqah... ini petua sunburn yg saya guna sejak dl lg.. sbb saya selalu terlibat dlm aktiviti sukan, petua ni mmg menjadi... InsyaAllah......

    1) beli YOGURT STRAWBERY ((beli yg strawbery aje tau...klu yg lain, xtest lg keberkesanannya))

    2) makan dl yogurt ((kalau xnak makan pn boleh jgk))..

    3)sisa2 akhir yogurt itu bolehlah dilumur terus ke muka..((boleh lumur macam krim muka ataupun nk buat masker pn boleh))

    4)dibiarkan seketika wajah.....

    5) 2-3 jam setelah itu boleh lar dibasuh muka

    6) nk bawak tido pun boleh, tapi saya risau jika esok pagi, muka digigit sang semut pl...:senyum:

    7) setelah basuh, kita akan rasa muka kita lembut dan kesan 'sunburn' pn akan hilang sedikit demi sedikit..muka pun xakan rasa pedih dek kerana matahari

    8) kalau xkena 'sunburn' pn boleh jg guna utk masker...jimat... yogurt RM2 je..

    9)saya dh cuba..anda bila lg??

    sofia

    • *
    • Posts: 396
      • View Profile
    Reply #18 26 April, 2009, 11:28:14 AM
  • Publish
  • betul tu wildan.... ana afiqah boleh cuba klik di link ini ::: http://halaqah.net/v10/index.php?topic=5476.0

    ana afiqah

    • *
    • Posts: 55
      • View Profile
    Reply #19 29 March, 2010, 11:02:29 PM
  • Publish
  • thanx kpd semua yg mmberi an pendapat..petua tg sgt2 brguna tmbahan waktu skrg ny yg mmg sgt2 panas..syukran jazila~

    divider3
    halaqahforum4